KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan
fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal
kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat
perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir
serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara
bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40
darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin
laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km
sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada
kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu
berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan
dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan,
kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara
manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan
nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India,
sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai
bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta
setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub
bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti
taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga
akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini
bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi
juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran
kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa
lepas.
Pergerakan kutub
memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang
didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak
sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori
didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang
dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu
akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012
yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan
ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata,
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak
mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui
apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa
mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun
mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun
mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang
mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. -- (Hadis Riwayat
Bukhari)
Adakah fenomena pelik
melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu
peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata,
Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama)
dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat),
banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda
melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam,
kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba
seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah
terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah
pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya
selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit
dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.”
Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi
ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit.
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi
ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat
waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat
63)
No comments:
Post a Comment