Monday, 23 December 2013

Jangan hentam tak tentu hala, dengarlah penjelasan TNB

Jangan melatah dengan kenaikan tarif elektrik. Soal siasat dulu.
 
  • Pemodal, pengusaha, peniaga tak kisah dengan kenaikan tarif elektrik kerana mereka akan memindahkan bebannya kepada pengguna. Peniaga sudah set kadar keuntungan (profit margin). Mereka mahu menikmati kemudahan asas semurah-murahnya bagi mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya.
  • Jika kita berdemonstrasi untuk tidak mengizinkan kenaikan tarif elektrik, kita sebenarnya mengizinkan peniaga besar (85% dikuasai bangsa Cina) terus berniaga dengan kos yang murah tapi untung berlipat kali ganda.
  • Sebenarnya kerajaan segan nak memberitahu hakikat ini kepada masyarakat Melayu Malaysia yang rata-rata makan gaji dan hidup dalam keadaan sederhana. Sebab itu kerajaan menggariskankan kenaikan tarif elektrik mengikut penggunaan.
  • Mereka yang biasa membayar bil letrik yang rendah tidak akan dikenakan caj tambahan. Tapi mereka yang membayar bil beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit sebulan, mereka inilah yang dikenakan membayar caj tambahan. Masih tak wajarkah itu?
  • Namun peniaga cukup bijak. Mereka sudah siap sedia mahu memindahkan beban caj itu kepada orang ramai. Sebentar lagi kita akan saksikan karenah peniaga menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
  • Kita baru saja dilambung kenaikan harga ikan, sayur, telur, bawang, gula, beras, garam, minyak dan sebagainya akibat kenaikan petrol RON95. Kini gelombang kenaikan harga barangan akan berlaku lagi akibat kerja bijak peniaga.
  • Mengapa kita nak hentam kerajaan kerana menaikkan tarif elektrik tetapi tak mahu hentam peniaga yang kaya raya yang membuat onar tanpa ada rasa belas kasihan terhadap pengguna miskin.
  • “Engkau tak mampu beli beras dan minyak bukan aku punya pasal. Aku kena naikkan harga barang kerana bil elektrik naik. Kau pegilah hentam kerajaan yang buat susah peniaga dan orang-orang (kaya) seperti aku”. Begitulah kenyataan yakan bakal kita dengar dalam tempoh beberapa bulan lagi.
  • Untuk itu, kita jangan mudah kelam kabut. Dengar dulu penjelasan TNB. Kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari 2014 sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat penjana elektrik.
  • TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.
  • Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh.
  • Sebab itu TNB bersusah payah membuat sesi penerangan mengenai penetapan tarif elektrik kerana orang ramai kelihatannya sudah termakan racun pihak tertentu mengenai isu berkenaan.
  • TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.
  • Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula, Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh TNB dan akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak dibenarkan masuk ke dalam tarif.
  • Berkuatkuasa 1 Januari depan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj pada masa ini. Dalam bahasa ekonomi, kenaikan kadar tarif itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara.
  • Pada masa yang sama Perdana Menteri berulang kali menjelaskan kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielak lagi demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.
  • Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan. Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya.
  • Susulan kenaikan tol nanti kerajaan akan menyediakan satu mekanisme bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit. Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim dan yang guna tiap-tiap hari, mungkin kerajaan beri kadar lebih rendah dan murah.
  • Lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. -- Yang Benar.

No comments:

Post a Comment