Saturday, 13 September 2014

Suara minoriti mahu gugat keamanan negara


DEWASA ini kebebasan bersuara hangat dibincang dalam kalangan ahli politik dan generasi muda hingga ada suara sumbang kedengaran di sana-sini mendakwa kononnya kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mendiamkan atau melenyapkan suara rakyat yang dianggap tidak selaras dengan pemikiran politik pemerintah atau kerajaan.

Malah, pihak yang mengaku dirinya sebagai badan bertauliah dan arif dalam bidang perundangan juga berlumba-lumba mempertahankan individu atau kumpulan yang didakwa di mahkamah kerana gagal menghormati undang-undang negara iaitu undang-undang yang disediakan untuk menjamin keamanan dan keselamatan rakyat berbilang kaum dan agama.

Persoalannya, apakah kumpulan yang mendakwa kerajaan mengehadkan kebebasan rakyat bersuara benar-benar ikhlas dalam mengetengahkan pendirian mereka atau menggunakan sesuatu institusi ikhtisas untuk memperjuangkan agenda politik kumpulan atau parti politik tertentu?

Sebelum mencari jawapannya, adalah wajar kita meneliti matlamat dan kepentingan Akta Hasutan 1948 yang dikuatkuasakan di Malaysia dan langkah yang telah diambil oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, dalam meluaskan skop kebebasan rakyat bersuara agar demokrasi matang dapat dipelihara dan disuburkan di Malaysia.

Kebebasan bersuara, berkumpul dan menyatakan pendapat dalam bentuk lisan dan cetak adalah hak asas seseorang individu dalam sistem politik demokrasi tulen. Menyedari kebenaran ini, kerajaan umumkan Program Transformasi Politik (PTP) pada 16 September 2011 yang membabitkan penggubalan, pindaan dan pemansuhan.

Malah pembatalan beberapa undang-undang yang dianggap tidak relevan dengan peredaran zaman atau dianggap songsang oleh ahli politik, terutama masyarakat sivil yang mengharapkan pembaharuan dalam bidang perundangan agar suara rakyat dapat diluaskan.

Sehubungan itu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kian dicemuh oleh kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Selain itu, beberapa undang-undang seperti Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri juga dibatalkan. Akta untuk membenarkan dan memudahkan orang ramai berkumpul untuk menyatakan sesuatu pandangan atau hasrat kepada kerajaan juga digubal dan diluluskan.

Kebebasan untuk mencetak dan menerbit bahan-bahan cetak dalam menyebarkan fahaman sesuatu ideologi atau pendapat diperluaskan dengan membuat pindaan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didakwa mengongkong kebebasan pelajar universiti dan kolej dipinda dalam menjamin kebebasan kepada pelajar bergerak, menyertai politik di dalam dan luar kampus.

Perlu ditegaskan bahawa Program Transformasi politik dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan ruang demokratik diperluaskan untuk melayan dan menampung perbezaan pendapat serta persaingan idea dalam era globalisasi yang kian menuntut kebebasan individu ke tahap yang lebih tinggi. 

Pelaksanaan program itu jelas menunjukkan kerajaan berhasrat mencipta sebuah negara yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung sambil kepentingan individu dan komuniti diimbangi.

Kepemimpinan kerajaan berasakan Malaysia memasuki era demokrasi lebih matang dengan peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur tahap kematangan rakyat kepada pelindung kebebasan agar rakyat dapat menikmati hak asasi yang sepatutnya.

Walaupun ISA banyak membantu memastikan demokrasi dan hak asasi manusia dilindungi, kerajaan berpendapat masanya telah tiba untuk beralih kepada satu perundangan lebih progresif dan keselamatan negara adalah terletak atas kematangan politik rakyat.

Berteraskan fahaman ini, kerajaan menggubal undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk terus menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia. Kerajaan tidak menggubal undang-undang itu dengan sewenang-wenangnya, tetapi berlandaskan kepada kuasa yang ditetapkan Perlembagaan Malaysia.

Perkara 149 (1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi menangani ancaman oleh individu atau sesuatu kumpulan seperti berikut:

(a) Menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu;
(b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan;
(c) Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau penduduk ;
(d) Mengubah dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang;
(e) Mendatangkan mudarat kepada penyelenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana orang dalam Persekutuan;
(f) Mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam atau keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

Namun, ada pihak yang mengelirukan rakyat, malah mengeluh bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertentangan dengan hal yang berkaitan dengan kebebasan seorang individu seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 tidak bercanggah dengan kebebasan seseorang individu seperti termaktub dalam Perlembagaan terutama dalam Perkara 5 (kebebasan diri) Perkara 9 (kebebasan bergerak), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan) dan Perkara 13 (Hak terhadap harta).

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 memperluaskan lagi kebebasan seseorang individu kerana tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan atau aktiviti politik. Kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu yang terkandung dalam ISA dimansuhkan.

Polis pula hanya diberi kuasa menahan seseorang tidak melebihi daripada 28 hari untuk maksud penyiasatan. Selain itu, akta itu juga membenarkan orang yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan penahanan dan tatacara penahanan. Perkara yang terkandung dalam SOSMA jelas memperluaskan hak kebebasan bersuara dan berpolitik di Malaysia.

Kebanyakan negara di dunia yang dianggap sebagai peneraju dan pelindung demokrasi berparlimen dewasa ini juga memperketatkan undang-undang dalaman untuk menjamin keselamatan. Sebagai contoh, Amerika Syarikat melaksanakan Patriot Act 2001 dan Homeland Security Act 2002; Australia melaksanakan Terrorism Act 2005; Singapura yang selalui dicontohi oleh setengah pihak sebagai negara mengamal kebebasan rakyat bersuara melaksana Internal Security Act; United Kingdom melaksana Terrorism Act 2000; Sri Lanka melaksana Prevention of Terrorism Act 1982; Ghana melaksanakan Preventive Detention Act 1958 dan Brunei melaksanakan Internal Security Act.

Walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam bidang undang-undang untuk meluaskan kebebasan rakyat bersuara, ada pula pihak yang mendakwa kerajaan kini menggunakan Akta Hasutan 1948 dalam melenyapkan suara yang menentang kerajaan. Ada akhbar tempatan yang menyiar berita bahawa Perdana Menteri berasa gentar menghadapi kritikan rakyat dan dengan itu cuba menggunakan akta itu untuk senyapkan suara yang mengkritik kerajaan pimpinan beliau.

Apakah kumpulan yang menuduh kononnya Najib tidak berani bersemuka dengan pengkritik kepemimpinan beliau menghidap penyakit myopic atau rabun jauh? Apakah mereka tidak melihat betapa berani dan hebatnya Najib berunding secara terus menerus dengan ketua kumpulan pemberontak Ukraine dalam isu MH17, Alexander Borodai untuk mendapat kerjasama beliau agar pasukan penyelamat dan penyiasat Malaysia dan antarabangsa mendapat akses ke lokasi nahas, membawa balik jenazah kru dan penumpang yang menjadi mangsa dalam tragedi MH17, malah berjaya memujuk pemberontak menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia untuk membantu dalam siasatan punca nahas MH17.

Tidak dapat dinafikan sistem politik demokrasi memberi hak kepada rakyat bersuara. Kesuburan sistem demokrasi memerlukan penyertaan rakyat dalam memilih pemimpin atau wakil mereka melalui proses pilihan raya.

Rakyat bukan sahaja berhak menyuarakan pendapat, malah menyatakan pendirian secara terbuka terhadap sesuatu dasar yang diumumkan kerajaan atau sebelum sesuatu dasar diumumkan. Rakyat juga diberi kebebasan memberi pandangan semasa sesuatu dasar berada dalam peringkat penggubalan.

Perbincangan dan perdebatan mengenai sesuatu dasar kerajaan sebelum dilaksanakan atau dikuatkuasakan adalah asas atau sine qua non perjalanan sistem politik yang berlandaskan falsafah demokrasi.

Rakyat dibenarkan menyuarakan pendapat dalam mencari kebenaran. Terdapat juga kumpulan dan golongan yang sering menyalahgunakan hak atau kebebasan yang dinobatkan kepada rakyat oleh Perlembagaan sesebuah negara.

Menyedari lumrah manusia untuk menyalahgunakan kelonggaran yang terdapat dalam undang-undang yang disediakan untuk mengawal tingkah laku warga sesebuah negara, kerajaan yang mementingkan keamanan, keselamatan, moral dan hubungan antara rakyat secara amnya dan hubungan antara berbilang kaum dan agama, menyediakan undang-undang khusus untuk mengehadkan kebebasan secara yang boleh menimbulkan keresahan, permusuhan malah anarki.

Di Malaysia, rakyat diberi peluang yang luas untuk bersuara atau mengeluarkan pendapat mereka dengan bebas berasaskan kepada kebebasan dan sikap bertanggungjawab. Malaysia lebih mementingkan keharmonian antara kaum berteraskan sejarah politik negara. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diharapkan menghormati perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama.

Sebahagian besar rakyat Malaysia percaya dan yakin demokrasi tulen memerlukan amalan budaya rakyat memahami dan bergerak dalam ruang sempadan kebebasan yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Parlimen berkuasa menentukan kebebasan seseorang demi kepentingan rakyat umum.

Akta Hasutan 1948 dikuatkuasakan bukan untuk merencatkan kebebasan bersuara, tetapi untuk menjamin tidak sesiapa menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara kaum di Malaysia.

Baru-baru ini rakyat Malaysia menyaksikan ada pihak yang melanggar Akta Hasutan 1948 terutama Seksyen (4) (1)(b) and Seksyen 4(1)c), Akta Hasutan 1948. Ada pihak yang menyoal institusi Raja-Raja dan adapula pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menyemai benih pemikiran dalam kalangan rakyat Sabah untuk memisah daripada Malaysia.

Sehubungan ini, rakyat Malaysia perlu sedar apakah maksud dan tafsiran 'hasutan' yang disebut dalam Akta Hasutan 1948 agar tidak ada pihak yang cuba mengelirukan rakyat yang kurang arif dalam hal perundangan?

Menurut Seksyen 3(1) (a) hingga Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948, hasutan adalah dirujuk kepada 'kecenderungan' menghasut meliputi pelbagai keadaan termasuk membangkitkan perasaan benci terhadap mana-mana raja atau kerajaan, pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan membangkitkan permusuhan antara kaum. Seksyen 4 (1) (c) pula memperuntukkan kesalahan mencetak, menjual, mengedar, atau mengeluar ulang apa-apa penerbitan mengandungi bahan berunsur hasutan.

Namun, ada pihak yang menuduh Akta Hasutan 1948 merencatkan hak bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan, malah bertentangan dengan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan dikatakan memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia mengeluarkan pendapat atau fikiran.

Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara. Namun Perkara 10 (1) (a), hendaklah ditafsir bersamaan dengan lain-lain perkara dalam Perlembagaan yang mengehadkan kebebasan itu.

Perkara 10 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan had atau sekatan ke atas kebebasan bersuara jika ia diperlukan atau mustahak untuk melindungi tujuh perkara seperti berikut:

1. Kepentingan keselamatan negara;
2. Perhubungan kerajaan dengan negara-negara lain;
3. Ketenteraman awam;
4. Melindungi keistimewaan Parlimen/Dewan Undangan Negeri;
5. Penghinaan terhadap mahkamah;
6. Fitnah;
7. Perbuatan mengapi-apikan supaya melakukan kesalahan

Dengan ini jelas bahawa kebebasan bersuara bukanlah satu hak atau kebebasan yang mutlak. Lebih-lebih lagi, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, agama dan budaya tidak mampu membenarkan sesiapa mengeluarkan kenyataan, pendapat, pandangan atau fikiran dengan mutlak kerana bimbang elemen menghasut yang boleh menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa hingga menggugat keamanan negara yang terbina sejak negara mencapai merdeka.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia bebas untuk bergerak, berkumpul dan bersuara dengan bertanggungjawab. Rakyat Malaysia harus elak suara yang bersifat kekerasan, ekstrem dan berat sebelah. Disebaliknya, lebih utamakan suara yang bersifat jalan tengah, keseimbangan dan kebijaksanaan.

Rakyat yang menyokong suara sederhana perlu bangkit untuk menenggelamkam suara lantang yang dibangkitkan sesuatu kumpulan kecil dalam masyarakat yang cuba membelakangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Perlu ditegaskan bahawa kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang warga berhak menghina dan membangkit perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum.

Undang-undang perlu dikuatkuasakan dalam menjamin keseimbangan terbaik antara kebebasan bersuara selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan kompleksiti kemajmukan rakyat Malaysia agar perpaduan antara kaum, harmoni antara berbilang dan stabiliti politik sentiasa terjamin. - Oleh: JASA.

Media sosial dibanjiri blogger berjiwa kosong

  • Ulama terkenal, Sheikh Hamza Yusuf Hanson yang juga pengasas Institut Zaytuna di Amerika Syarikat memuji umat Islam di Malaysia kerana masih memiliki identiti yang kukuh dan terus mempertahankan manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan berpegang teguh kepada mazhab Imam Shafie dalam fekah, Abu'l Hasan al-Asha'ari dalam akidah dan tasauf Imam al-Ghazali.
  • Bagi beliau, umat Islam Malaysia belum dirosakkan oleh anasir luar seperti negara Islam lain yang terpengaruh dengan pasca modernisme. Beliau menyeru supaya dipertahankan tradisi ini daripada ancaman yang salah dan tidak menepati sunah.
  • Katanya, mustahil ajaran Islam perlu dibuat kajian semula setelah melalui zaman yang begitu lama dan proses saringan yang ketat oleh ratusan ulama muktabar sepanjang zaman. Justeru, beliau menyeru umat Islam benar-benar mengenali siapakah sebenarnya Ahlul Sunnah wal Jamaah dan ciri-cirinya.
  • "Ini kerana ramai yang mendakwa mereka adalah kumpulan selamat (firqah najiah) dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedangkan sebenarnya tidak," katanya dalam temubual eksklusif bersama deejay Mazlina Ismail di IKIMfm.
  • Sheikh Hamza yang disenaraikan sebagai ulama paling berpengaruh di dunia Barat oleh Prof John Esposito dalam bukunya, The 500 Most Influential Muslims datang ke Malaysia atas undangan Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Al-Naqiy Solutions.
  • Beliau berpandangan apa sahaja masalah yang berlaku dalam alam ini berpunca daripada krisis ilmu pengetahuan yang menjadi masalah pokok kepada krisis lain, sama ada ekonomi atau politik, manakala yang lain hanyalah simptom kepada penyakit sebenar yang dihadapi.
  • Katanya, penulis terkenal Amerika Syarikat, Mark Twain yang pernah melawat Palestin dan Florence Nightingale yang pernah tinggal hampir dua tahun di Mesir serta Turki tidak pernah menganggap umat Islam sebagai pengganas atau berpandangan jahat terhadap Islam.
  • Sebaliknya, mereka memuji umat Islam dan agama Islam. Oleh itu, bagaimana mungkin orang yang hidup lebih 100 tahun dahulu boleh melihat Islam itu positif, sedangkan hari ini tiada langsung kebaikan mengenai Islam dan itulah yang dikatakan krisis ilmu pengetahuan.
  • Beliau turut mengungkapkan pandangan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang membicarakan berhubung 'kejahilan biasa' dan 'kejahilan berganda'.
  • "Anak-anak biasanya tergolong dalam jahil biasa dan ini lambang keikhlasan serta kejujuran terhadap keilmuan yang dimiliki. Hari ini ramai yang jahil, namun berlagak alim dan mempunyai ilmu pengetahuan, inilah yang dikatakan jahil berganda," katanya.
  • "Penyakit ini apabila ramai yang mendakwa mengaku mengetahui sesuatu, tetapi sebenarnya kosong tidak mengetahui apa-apa. Ulama kita mengajar supaya kita mengungkapkan aku tidak tahu jika kita tidak tahu kerana itu adalah sebahagian daripada ilmu," katanya.
  • Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu. Ini halal dan ini haram, untuk mengadakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (Surah al-Nahl, ayat 116)
  • Kejahilan sombong ialah merasakan mengetahui sesuatu perkara lalu memberi pelbagai komentar dan pandangan pada hal mereka jahil sebenarnya. Perlakuan sebegini berbahaya untuk masyarakat awam dan akan mengelirukan mereka.
  • Sahabat Baginda SAW menolak untuk memberi pandangan kerana merasakan tidak layak serta ia suatu yang berat dan mereka amat takut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
  • Hari ini ramai yang menulis kosong tanpa ilmu di media sosial. Ada menggunakan nama palsu dengan identiti yang disembunyikan seolah-olah malaikat tidak mengetahui siapa penulis sebenar. Hari ini juga, untuk mengumpat tidak perlu lagi berdua seperti dahulu memadai dengan mengetuk papan kekunci komputer dan menghantarnya ke media sosial.
  • Hakikatnya, mereka ini tidak akan terlepas daripada hukuman Allah SWT atas pandangan mereka menyelewengkan dan menyesatkan masyarakat.
  • Sheikh Hamza menyeru supaya perbezaan pendapat yang wujud dalam masyarakat ditangani dengan cermat, halus, tanpa mewujudkan perpecahan dan pergeseran sesama umat Islam.
  • Katanya, ada ketikanya sesuatu amalan itu mungkin ada hujah atau dalil lebih kuat untuk tidak melakukannya, tetapi jika masyarakat sudah terbiasa dengan amalan yang hujahnya tidak begitu kuat dan demi menjamin perpaduan, lebih baik ia diamalkan bagi mengelakkan pergeseran.
  • "Ini antara pandangan ulama mazhab Maliki. Apa yang berbahaya apabila kita merasakan dan mendakwa hanya Islam yang kita fahami sahaja betul sedangkan Islam orang lain semuanya salah belaka. Tidak salah untuk kita meyakini yang kita fahami itu benar, namun untuk menafikan orang lain juga mungkin benar adalah satu sikap yang angkuh," katanya.
  • Sehubungan itu, Sheikh Hamza meminta umat Islam di Malaysia bersyukur atas segala nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kerana berdasarkan pengalaman mengembara ke banyak negara Islam, negara ini jauh lebih baik daripada banyak negara di dunia.
  • Katanya, majoriti rakyat di Syria, Libya, Iraq yang sedang bergolak sekarang ini mengatakan mereka lebih rela kembali hidup di zaman pemerintahan Saddam Hussein atau Muammar Gaddafi yang lebih aman berbanding hari ini.
  • "Mana-mana kerajaan pasti ada kelemahannya, tetapi rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati supaya Allah SWT terus menambahkan lagi nikmat yang lain. Pada masa sama, terus berusaha memperbaiki keadaan yang ada," katanya.
  • Mengakhiri perbualan, Sheikh Hamza dengan perasaan sebak sambil menitiskan air mata menyatakan kesedihan kerana umat Islam hari ini sudah hilang adab dan meminta supaya mereka menghayati sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya aku telah diadabkan oleh Tuhanku dan Dia memperelokkan adabku." – Tulisan Dr Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia.


Barat 'serang' Islam atas nama demokrasi

  • TRAGEDI serangan terhadap WTC beri tekanan kepada kumpulan Al-Qaeda yang didakwa AS sebagai pencetus siri keganasan atas nama Islam.
  • Pernahkah kita terfikir bagaimana Islam boleh berkonflik dengan Barat? Islam adalah agama sedangkan Barat adalah blok atau kumpulan negara dan bukannya agama. Begitu juga dalam konteks politik dan pemerintahan, penggunaan istilah Islam dan demokrasi digunakan. Ada yang mempersoalkan bagaimana Islam boleh digandingkan dengan sebuah sistem politik ciptaan manusia yang terdedah dengan kekurangan?
  • Tidak dinafikan, terma Islam dan Barat atau Islam dan demokrasi sering kali dipilih bagi menggambarkan sebuah hubungan, juga pertembungan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana antara Islam dan Barat atau demokrasi, ia mewakili sejarah, pemikiran, budaya dan nilai yang berbeza. Lebih-lebih lagi demokrasi yang lahir di bumi Barat, telah membawa segala idea kemajuan yang berpaksikan kepada pembangunan dan pemodenan.
  • Dalam konteks masa kini, demokrasi telah menjadi satu jenama Barat yang semakin diterima baik, malah di beberapa tempat, bersikap tidak demokratik dianggap sebagai satu kesalahan besar, berbanding tidak menjalankan tuntutan agama.
  • Demokrasi disinonimkan dengan hak dan kebebasan, manakala agama pula amanah dan tanggungjawab yang dianggap membebankan. Malah, jika demokrasi sekalipun, ia mesti mengikut acuan dan selera Barat. Bukan demokrasi yang diubah suai, tetapi demokrasi salinan Barat.
  • Demokrasi sering kali dilihat mempunyai satu bentuk sahaja iaitu yang ditentukan oleh falsafah dan ideologi Barat. Dalam hal ini, hegemoni demokrasi Barat yang liberal amat kental dan mempengaruhi dalam konteks pelaksanaannya seperti soal hak asasi manusia dan kebebasan individu. Malaysia tidak terlepas dalam soal ini apabila sering disorot dan dibandingkan pelaksanaan demokrasinya mengikut perspektif Barat.
  • Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam serta masih sensitif dengan nilai dan budaya tempatan, demokrasi ala Barat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
  • Di sinilah letaknya kepentingan demokrasi diterjemahkan dalam konteks Islam yang meletakkan al-Quran dan as-sunah sebagai panduan, bukannya telunjuk dan ideologi Barat. Dalam erti kata lain, hegemoni terhadap demokrasi oleh Barat yang berpaksikan fahaman liberal dan kebebasan individu hendaklah dilunturkan dan diganti dengan prinsip dan nilai Islam.
  • Islam perlu memimpin demokrasi agar demokrasi terpimpin ini tidak terpisah dengan agama dan tradisi Islam. Dalam hal ini, Al-Maududi pernah memperkenalkan konsep theo-democracy iaitu demokrasi yang berasaskan agama. Konsep ini jelas menonjolkan peranan agama dalam memandu demokrasi, dan ia berbeza dengan demokrasi ala Barat yang lebih mengutamakan kehendak manusia dan kebebasan individu.
  • Maududi percaya bahawa demokrasi hanya boleh diterima jika sistem politik dari Barat itu berlandaskan agama atau 'lingkungan' yang telah ditetapkan oleh Islam.
  • Bagaimanapun, ini tidak bermakna umat Islam dihalang untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Mereka boleh mencari jalan penyelesaian atau hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak diputuskan secara langsung dalam al-Quran mahupun as-sunah. Malah dalam Islam, perkara yang dikategorikan sebagai siyasi iaitu cara untuk memerintah kerajaan dan menyelesaikan konflik, umat Islam diberikan kebebasan untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan syarat ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-sunah.
  • Berbeza dengan perkara yang dikategorikan sebagai adini iaitu hal yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan), ibadah (penyembahan) dan akhlak (tingkah laku), umat Islam mesti menerima apa juga ketetapan yang telah diputuskan dalam al-Quran dan as-sunah. Mereka tidak diberikan kebebasan untuk menentu dan mengubah tentang apa yang telah diputuskan berkaitan tentang ketiga-tiga perkara itu.
  • Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan negara, Malaysia wajar mendefinisikan demokrasi mengikut acuan Islam selain mengambil kira tuntutan nilai timur dan budaya tempatan. Pandangan ini sebenarnya pernah dilontarkan oleh John L Esposito dalam buku Islam and Democracy, apabila beliau melihat demokrasi adalah satu sistem politik yang sentiasa berubah, boleh diperdebatkan dan tidak hadir dalam satu bentuk sahaja.
  • Malah, beliau menyarankan demokrasi perlu digabungkan dengan nilai dan budaya tempatan termasuk faktor Islam dalam konteks ini. Pendekatan ini pastinya akan menjadikan demokrasi itu lebih 'dekat' dengan aspirasi Islam dan relevan dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia.
  • Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir walaupun melalui proses pemilihan secara demokrasi, dihalang untuk terus memerintah.
  • Tragedi 11 September 2001 telah memperkukuhkan kedudukan demokrasi selain Amerika Syarikat (AS) di peringkat global. Hegemoni Barat yang didalangi oleh AS telah dirobek selepas serangan terhadap World Trade Centre (WTC) dan sebahagian bangunan Pentagon. Ketika itu, AS tanpa mengambil masa yang panjang telah melancarkan kempen Perang Global Menangani Keganasan atau 'Global War Against Terror' (GWAT).
  • Meskipun kempen ini pada awalnya mahu memberi tekanan kepada kumpulan Al-Qaeda yang didakwa menjadi pencetus kepada siri keganasan atas nama Islam, tetapi kesannya menjalar kepada pergerakan Islam yang mengambil pendekatan sederhana, juga keseluruhan umat Islam. Situasi ini sebenarnya didorong oleh pendirian Barat yang melihat umat Islam adalah kumpulan yang bersifat monolitik atau seragam.
  • Sikap pukul rata ini memberi gambaran buruk kepada Islam sehingga agama dilihat sebagai satu elemen yang mendorong kepada keganasan. Dasar dan pendekatan beragama dianggap satu langkah berbahaya dan terkebelakang yang akan menolak keadilan dan kebebasan manusia.
  • Bagi Barat, demokrasi tidak hanya datang membawa pilihan raya, sebaliknya, ia datang bersama idea kemajuan yang mencabar peranan agama dengan mengagungkan proses rasionalisasi, konsep kekayaan material, pembebasan daripada kongkongan adat, pemisahan politik daripada agama serta kemampuan sains dan teknologi yang berjaya membekalkan manusia dengan keupayaan untuk menguasai dirinya dan alam sekeliling. Mana-mana negara yang menerima demokrasi, tetapi menolak idea kemajuan ini akan dianggap tidak membawa aspirasi asal Barat.
  • Justeru, kemenangan parti Islam dalam pilihan raya di beberapa negara dinafikan kerana mereka menggugat nilai demokrasi asal dan selera Barat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sebelum itu Parti Refah di Turki, Front Islamique Salvation (FIS) di Algeria dan Hamas di Palestin. Hak mereka untuk memerintah dihalang walaupun telah menggunakan proses demokrasi melalui pilihan raya yang sah.
  • Faktor demokrasi yang tidak berisiko memperlihatkan kerajaan hanya menerima demokrasi selagi demokrasi itu tidak membawa risiko apa-apa terhadapnya. Sebagai contohnya, kerajaan tidak bersedia menerima kemenangan daripada parti Islam meskipun pada awalnya menerima penyertaan parti itu dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.
  • Sikap tidak adil ini bukan sahaja tidak demokratik, malah lebih buruk daripada itu, ia mendorong kepada kelahiran kumpulan pengganas yang sudah tidak lagi mempercayai demokrasi dan pilihan raya. Apabila demokrasi disekat, keganasan politik akan berlaku dan inilah sebenarnya yang mahu dilihat oleh Barat, iaitu Islam menganjurkan keganasan.
  • Barat amat konsisten mempromosikan kebebasan atas nama demokrasi. Kini Barat tidak perlu lagi runsing kerana agenda itu dilakukan sendiri oleh umat Islam, khususnya golongan intelektual. Sebahagian mereka ditaja melalui dana penyelidikan antarabangsa yang besar dengan tujuan mempromosikan demokrasi, kebebasan dan keadilan yang mutlak dan meminggirkan peranan agama.
  • Kumpulan intelektual ini sememangnya digemari oleh Barat dan melalui suntikan dana penyelidikan, mereka menjadi jurucakap dan diberi pentas yang besar dalam mempromosikan 'Islam'. Kumpulan ini bukan semua berlatarbelakangkan agama, tetapi dengan kemampuan berbahasa Inggeris, berketrampilan dan sikap toleransi yang melampau, mereka mentafsir Islam menggunakan logik akal tanpa menggunakan sumber tertinggi, iaitu al-Quran dan as-sunah.
  • Fenomena pluralisme demokrasi dan kepelbagaian agama masa kini memburukkan lagi keadaan. Bagi mereka, sudah tidak ada kebenaran mutlak dalam Islam dan semua boleh disanggah dan diberi penafsiran yang pelbagai. Lebih malang, atas nama meraikan kepelbagaian, umat Islam dikelirukan dengan hujah dan logik akal mereka.
  • Ini termasuk memperjuangkan hak atas nama kebebasan dan demokrasi. Anehnya, mereka langsung tidak bercakap soal tanggungjawab atau sekurang-kurangnya mencari keseimbangan antara hak dan tanggungjawab. Sebaliknya, mereka melihat menuntut hak itu lebih besar dan mulia daripada memperingatkan soal tanggungjawab.
  • Sedangkan dalam konteks Islam, kita dilahirkan dalam keadaan berhutang kerana dianugerahkan nyawa dan kehidupan oleh Allah SWT. Kita sepatutnya malu kerana melebihkan soal hak dan melunakkan soal tanggungjawab. Bersuara soal hak tidak salah, tetapi ia mestilah seiring dengan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah SWT yang mempunyai batas dan sempadannya.
  • Apa yang penting, kita perlu cerdik mendefinisi dan menilai demokrasi mengikut acuan kita, bukan mencedok bulat-bulat dari Barat. Kenapa kita perlu tunduk dengan pendirian Barat sedangkan kita sendiri boleh membuat pilihan? Jika benar demokrasi bercakap soal hak dan kebebasan, kenapa kita tidak boleh menunaikan hak dan kebebasan itu untuk membuat pilihan?
  • Kebebasan bukanlah kunci utama memahami demokrasi, sebaliknya ilmu dan kebijaksanaan. Keghairahan kita mengejar kebebasan tidak akan membawa ke mana kerana suatu masa nanti, kita akan rebah dan tersungkur. Kebebasan tanpa had dan batas akan merosakkan kita.
  • Islam bukanlah agama yang mengekang umatnya daripada berfikir dan menyelidik. Jika Islam menghalang, maka tidak lahirlah tradisi ilmu Islam yang kekal sampai sekarang. Islam juga tidak menolak penolak pembaharuan, tetapi agama yang bersifat sejagat dan dinamik yang menjawab persoalan sepanjang hayat. Tugas kita adalah mencungkil kebenarannya dan apa juga kaedah penyelesaian mesti kembali kepada tanggungjawab kita mendaulatkan kesucian dan ketinggian agama.
  • Barat tidak memerlukan satu lagi tragedi selepas 11 September 2001 untuk melemahkan umat Islam. Ia boleh datang secara proksi dan kejahilan umat Islam sendiri yang melihat Islam itu hanya satu anutan bukan cara hidup yang sempurna. – Tulisan Mohd Izani Mohd Zain, Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).


Pulihkan semula imej MAS


  • TAHUN 2014 akan kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dengan tragedi berkembar pesawat Boeing 777 yang mengorbankan 537 penumpang dan anak kapal dalam masa 131 hari. Pada 8 Mac, pesawat MH370 terbang dari Kuala Lumpur ke China hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal. Empat bulan kemudian pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 orang di atas kapal dilaporkan ditembak di timur Ukraine.
  • Jika bencana pertama membuat rakyat Malaysia terkejut, yang kedua menakutkan seluruh dunia. Negara kita menghadapi beberapa situasi: kesedihan, pelbagai spekulasi dan teori, tuduh menuduh, penelitian antarabangsa dan implikasi undang-undang dan diplomatik yang serius. Semua pihak malah dunia masih menunggu siasatan. Adakah kemalangan berkembar pesawat MAS adalah kebetulan? Jika tidak, mengapa dan apakah kesan ke atas negara ini dan rakyatnya.
  • Sebelum 2014, Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai satu rekod keselamatan terbaik dunia dalam tempoh 68 tahun beroperasi. Mengikut satu sumber, MAS menghadapi kemalangan udara yang membawa kehilangan nyawa sebanyak 1 setiap 1.8 juta penerbangan iaitu 0.000055 peratus dalam tempoh kewujudannya hingga 2005.
  • Pada 4 Disember 1977, Penerbangan MH653, terbang dari Pulau Pinang ke Singapura terhempas dengan 100 orang penumpang meninggal dunia, Jika dikira tahun 2006 hingga 2014 kemungkinan terjadi lebih kecil, 30 peratus daripada data di atas.
  • Tambahan pula, MAS menerima beberapa anugerah lima bintang berprestij industri penerbangan daripada Skytrax (2005-7, 2009, 2012-13; satu daripada tujuh syarikat penerbangan di dunia dan pengiktirafan World Travel Awards sebagai syarikat penerbangan terkemuka di Asia dan ke Asia.
  • Tragedi kapal terbang menjadi perdebatan awam. Rakyat Malaysia keluarga penumpang MH370 yang hilang percaya tragedi penerbangan MH17 di Ukraine kebetulan semata-mata. Tetapi, ada juga pakar industri seperti Pengarah Rangkaian Keselamatan Penerbangan Harro Ranter, yang mengumpul kemalangan kapal terbang secara berkelompok, berhujah bahawa kemalangan di dalam kelompok tidak luar biasa.
  • Malah, Ranter berkata ia adalah lebih biasa bagi kemalangan berlaku hanya sehari selepas kemalangan lain daripada dua, tiga atau lebih hari kemudian. Menganalisis bilangan dan kekerapan kemalangan maut pesawat yang membawa 14 atau lebih penumpang sejak tahun 1990, beliau mendapati 45 kes apabila terdapat dua atau lebih kemalangan (tidak termasuk perlanggaran) dan 105 kes ada kemalangan berturut-turut (Gee, 2014). Analisis sebegini boleh meragui teori yang menyatakan nahas tragedi berkembar MH370 dan MH17 adalah kebetulan.
  • Malaysia menyasarkan sektor logistik sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan perjalanan udara adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan pusat logistik bersepadu. Ini adalah ke arah perdagangan import eksport barangan dan perkhidmatan perjalanan di mana KLIA dan MAS adalah antara dua aktor utama dalam rangka strategi ini. KLIA sebagai hab barangan dan perjalanan udara bukan saja untuk bisnes dan pelancongan tetapi juga pelancongan kekeluargaan.
  • Jika kerajaan masih boleh menangguhkan tindakan radikal ke atas MAS yang merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-turut, tragedi berkembar ini telah menampilkan keadaan yang memerlukan tindakan pantas, radikal dan strategik. MAS perlu dirancang dalam rangka pelan pertumbuhan ekonomi negara. Ini juga dapat memulihkan semula imej MAS sebagai syarikat penerbangan terkemuka.
  • Sebagai pemegang saham terbesar, Khazanah bercadang untuk mengambil alih sepenuhnya untuk menswastakan MAS supaya syarikat ini dapat disusun semula, dan mengubah strategi syarikat ini. Ini adalah satu cara yang baik untuk menyelamatkan MAS. Mungkin Khazanah boleh memperkenalkan bisnes model yang boleh menjadikan MAS lebih mantap dan kukuh.
  • Apabila berlaku insiden MH370 kedatangan pelancong China ke Malaysia telah terjejas. Ramai pelancong China membatalkan percutian ke negara kita. Di samping itu, kekerapan penerbangan dari China atau Taiwan ke Malaysia turut berkurang. Pelancong Barat meningkat tetapi adalah terlalu awal untuk menjangkakan kesan selepas MH17 ke atas pelancong Barat.
  • Dari segi hubungan diplomatik, negara kita telah mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan banyak negara lain. Sudah tentu pakar negara kita semakin cekap dan mendapat dari pengalaman negara lain.
  • Pemimpin kita telah diuji dalam keadaan paling sukar, setiap langkah diperhati. Kemahiran kepemimpinan kali ini ialah jenis kepemimpinan yang tidak diajar di dalam kursus kepemimpinan dan diplomasi konvensional di mana-mana universiti terkemuka di dunia. – Tulisan Dr Norma Mansor, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara.


Siapa di sebalik tabir PASMA

  • NAMA Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi kembali menghangatkan politik apabila beliau tampil mendakwa sebagai Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) - sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi 'Pas baru'.
  • Kemunculan semula beliau pantas mendapat perhatian kerana sudah menjadi pengetahuan umum, Pasma yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu dan didokong kumpulan Anwarinas bertujuan memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.
  • Itu pelan jangka pendek. Pelan jangka panjang pula, Pasma cuba mencorak pemikiran politik Pas yang dikatakan jumud dan ketinggalan kerana diterajui golongan ulama, sebelum sedikit demi sedikit 'NGO' berkenaan bertukar wajah untuk menjadi platform politik.
  • Struktur organisasi Pasma juga saling tidak tumpah Pas dan 'NGO' itu dilaporkan akan menubuhkan badan perhubungan negeri pertama di Pahang sekali gus melantik pesuruhjaya negeri pada masa sama. Ini bermakna langkah ke arah menjadi sebuah pertubuhan politik sudah bermula.
  • Malah perkara tersebut tidak dinafikan Phahrolrazi. Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah benar bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu merupakan watak utama di dalam Pas yang menggerakkan Pasma? Atau apakah beliau sekadar 'buah catur' untuk mengaburi identiti dalang utama?
  • Ini kerana masterplan Pasma sebenar cukup besar dan dengan aura yang ada pada Phahrolrazi sekarang, adalah mustahil untuk beliau menarik sokongan akar umbi Pas secara massa kerana pengaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor itu terhad di Kedah sahaja.
  • Bahkan cengkaman beliau di Kedah juga terbatas. Walaupun muncul antara tokoh Pas Kedah yang kuat menentang bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan dilihat pemimpin negeri yang senior, Phahrolrazi tidak terpilih untuk dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas yang baharu.
  • Sebaliknya, jawatan penting itu diserahkan oleh pucuk pimpinan Pas kepada Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, sehingga akhirnya Phahrolrazi mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah dipercayai kerana berkecil hati.
  • Jadi bagaimana untuk seorang yang dilihat sudah hilang pengaruh politiknya mampu untuk mencaturkan Pasma? Rancangan Pasma untuk menggoncangkan kepimpinan ulama tidak mampu direalisasikan tokoh yang bersifat lokal. Paling tidak, Presiden Pasma mestilah bersifat nasional yang ada jawatan di peringkat Pas Pusat.
  • Pengaruh di peringkat Pas Pusat itu penting kerana bukan lagi menjadi rahsia bahawa Pasma akan bergerak sebagai satu kumpulan bersama-sama PKR dan DAP demi menjaga hubungan di antara pakatan yang kini ibarat retak menanti belah.
  • Segala persoalan itu menimbulkan tanggapan apakah Phahrolrazi cuma sekadar proksi pihak tertentu di dalam atau juga di luar Pas? Apatah lagi dengan pengesahan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa nama beliau tiada dalam senarai seperti didaftarkan.
  • Kenyataan media ROS mengenai Pasma menyebut Mohamad Faiz Mohd. Taib (pengerusi); Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Pengerusi); Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha); Mohd. Iqbal Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha); Mohd. Rosli Abu Bakar (Bendahari) serta tiga ahli jawatankuasa iaitu Mohamed Zainal Hussin, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Mohamad Abdul Razak.
  • Jika sekadar proksi atau buah catur, siapa pula dalang sebenar yang menjadi tangan ghaib menggerakkan Pasma yang disifatkan Abdul Hadi sebagai nyamuk? Apakah benar Phahrolrazi cuma sekadar jawatankuasa awam? Jika begitu siapa pula yang membentuk jawatankuasa sebenar atau 'jawatankuasa tersembunyi'?
  • Mengenali Phahrolrazi, beliau sebenarnya bukanlah seorang tokoh politik yang mudah dipengaruhi apatah lagi untuk dijadikan buah catur pihak tertentu. Namun dalam politik terutamanya melihat kepada perkembangan semasa Pas yang kini berpecah dua, apa sahaja boleh berlaku.
  • Selain itu, kehadiran Muhammad Husin, iaitu aktivis Pas dari Kelantan dan seterusnya mengangkat diri sebagai Timbalan Presiden Pasma pada forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada Isnin lalu juga tambah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli Pas.
  • Forum tersebut sepatutnya menampilkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof tetapi tanpa sebarang alasan, tempat Husam diganti Phahrolrazi manakala Ahmad diganti dengan Dr. Abdul Aziz Bari.
  • Ahmad sebelum ini disebut-sebut sebagai Mursyidul Am Pasma tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut. Husam pula dikaitkan sebagai pemimpin Pas yang pro-Anwarinas apabila beberapa siri kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.
  • Secara kebetulan juga Muhammad yang mendakwa 'Timbalan Presiden Pasma' dikenali sebagai orang kuat Husam. Bagitu juga dengan dua lagi ahli jawatankuasa penaja sebagaimana disenaraikan ROS iaitu Muhamad Hisomudin dan Sheikh Umar.
  • Sebenarnya tidak susah untuk meneka siapakah pemimpin tertinggi Pas di sebalik Pasma dan dengan siapa pula di luar parti yang pencatur utama ini bekerjasama kerana seumpama nyamuk daripada dengung pun sudah boleh dikesan.
  • Maka, sebab itu adalah tidak pelik mengapa Ketua Pemuda Pas Sekijang, Johor, Shazni Munir Ithnin, secara terbuka mendesak Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden jika tidak bersetuju dengan Abdul Hadi dan bukannya menjadi anai-anai yang 'makan dalam senyap'. – Utusan Malaysia.


Wednesday, 10 September 2014

Blogger Sakmongkol hasut rakyat tolak kuasa mutlak Raja Melayu

  • BLOGGER berhaluan kiri Dato’ Mohd Arif Sabri atau nama blognya Sakmongkol dilihat sengaja membangkitkan isu Raja-Raja Melayu agar kerajaan mendakwa dan memenjaranya di bawah Akta Hasutan 1948.
  • Penjara atau denda baginya mungkin kecil berbanding populariti yang bakal diraihnya selepas ini sepertimana yang dinikmati oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari.
  • Rasanya beliau tak peduli statusnya sebagai Ahli Parlimen DAP Raub akan gugur jika disabit dengan kesalahan menghasut dan menghina Raja-Raja Melayu secara terbuka menerusi blognya.
  • Atau mungkin pucuk pimpinan DAP sudah menberi lampu hijau kepada Sakmongkol supaya membelasah institusi istana sebagai perjudian penting untuk meraih pengundi DAP pada PRU14 nanti selepas mengambilkira Adun Raub itu bakal tumbang atau tidak dicalonkan pada masa depan.
  • Tanpa rasa malu Mohd Arif yang masih menggunakan gelaran Dato’ yang dikurnia Sultan, beliau melondehkan sistem Raja Berperlembagaan, sekaligus menghina bangsa Melayu. Sepatutnya beliau perlu memulangkan gelaran Dato’ terlebih dahulu kepada istana sebelum menghentam Raja-Raja Melayu.
  • Dalam blog terbarunya beliau mahu rakyat Malaysia melawan cubaan untuk mengembalikan zaman raja mutlak sepertimana yang disebutkan oleh Pendita Zaaba. Ini kerana pada pandangan Zaaba, sistem raja mutlak lah antara penyebab utama yang memiskinkan orang Melayu.
  • Berikut adalah sebahagian daripada teks dalam blog Sakmongkol:
  • Jadi saya naik heran mengapa puak UMNO menyokong sangat pengembalian raja yang perintah secara mutlak. Asal orang tidak bersetuju dengan Raja, maka orang itu durhaka. Durhaka tidak ada kedudukan dalam undang2 Malaysia; ianya bukan satu jinayah. Durhaka bukan konsep yang releven lagi dalam sistem raja berperlembagaan.
  • Kita hendak merdeka dari feudalism yang menghambakan orang Melayu, mereka mahu menghambakan orang Melayu. Jawapannya ialah UMNO mahu berselindung di bawah slogan mempertahankan institusi Raja Melayu untuk mengekalkan sokongan bangsa Melayu.
  • Tapi tidak ada orang pun berani mencabar insitusi Raja Melayu. Tidak ada orang mencadangkan penghapusan raja Melayu. Apatah lagi bangsa bukan Melayu atau parti politik seperti DAP. Nak mampus?
  • Orang Melayu ada polis, ada askar Melayu diRaja, ada tentera, ada jentera kerajaan, ada badan tidak berdaftar seperti Pekida, 3 Line  dan sebagainya untuk mempertahankan Raja2 Melayu. Maka mustahillah bangsa lain berani menggugat kedudukan Raja2 Melayu.
  • Tapi di kalangan pendokong demokrasi dan kuasa rakyat, tidak kira bangsa, kita menentang kuasa `absolute, atau mutlak - samaada dalam bentuk parti politik atau Raja mutlak. Bukankah kedudukan Raja2 Melayu sudah terjamin oleh perlembagaan negara ini? Jadi apa yang ribut dan goga serta gegak gempita kononnya, menghina Raja Melayu itu sama dengan menghina bangsa Melayu?
  • Ini perbezaaan fundamental kita dengan UMNO. UMNO mahukan system feudal zaman dahulu kerana dibawah sistem yang demikian semua rakyat dianggap dungu dan pak pandir dan mengikut perintah secara membabi buta. Kalau anak bini diambik raja pun takpe. Benih raja itu bagus.
  • Pundek betul orang UMNO ini. Cakap besar mengenai Islam. Hari2 baca surah An-Nas tapi tak tahu maksudnya yang sebenar. Ostaz UMNO buat apa?
  • Surah 114 itu terang menyatakan: katakanlah: aku berlindung kepada Tuhannya manusia; Raja Manusia; Sembahan manusia; dari kejahatan setan yang bersembunyi; yang membisikkan kejahatan kedalam dada manusia; dari jin dan manusia.
  • Raja yang yang patut disembah ialah Tuhan sahaja. Bila mati nanti, raja2 Melayu pun sama diadili oleh Tuhan. Takde layanan special pun.
  • Sebab itu saya sudah katakan, dalam sistem raja berpelembagaan, konsep durhaka itu tidak ada kesahihan undang undang. Ianya bukan suatu kesalahan jinayah. Tak dengar cakap Sultan- dia boleh sedih tapi takkan nak penggal kepala orang yang tidak mahu dengar cakap nya.
  • Ada matlaon kata - jangan cuba lari dari membicarakan isu Selangor. Saya tak lari. Hanya saya ada kemampuan menulis mengenai banyak perkara sebab saya boleh. Kamu orang Melayu yang hanya suka ajak kelahi, kamu cakaplah mengenai isu Selangor sepuas hati. Cakap macam mana pun , saya tidak akan berganjak untuk setia kepada konsep raja berpelembagaan.
  • Adakah bersuara melawan suatu perkara yang memberi sakit kepada kita durhaka? Atau menghina Raja Melayu? Orang Melayu yang menyangka raja2 Melayu bodoh itulah yang menghina raja Melayu. Semua raja Melayu tahu mereka raja berpelembagaan- limited monarchy.
  • Ada satu mamat yang marah dan suruh saya pulangkan pingat kebesaran kerana saya durhaka kata nya. Saya hanya menyebut kembali apa yang Tunku Abdul Rahman kata dan DYMM Sultan Perak yang sekarang kata. Kala Raja2 Melayu tidak jaga perangai mereka, lama kelamaan kita hanya ada raja lekok dan raja kelawar.
  • Pendirian saya ialah. Saya hanya setia kepada raja berpelembagaan. Perlembagaan memberi kita hak dan kuasa, kita hendak buang? Raja Melayu tetap bertahkta, tapi mereka tidak perintah. Saya tidak akan sokong pemerintahan raja mutlak. Itu sahaja. Tapi saya akan mempertahankan raja perintah ikut perlembagaan.
  • Berdasarkan kepada pendirian ahli parlimen DAP itu, nyata beliau dikirim oleh pimpinan tertinggi untuk memainkan sentimen Melayu mengenai Raja-Raja Melayu. DAP perlu menggunakan `keldai’ di kalangan Melayu seperti Sakmongkol kerana bangsa Melayu tidak akan terima kenyataan dari bangsa Cina dan India yang mempertikaikan kuasa mutlak Raja-Raja Melayu kerana bangsa Melayu masih menganggap mereka bangsa pendatang.
  • Namun jika kenyataan itu datang dari Melayu seperti `matlaon’ yang bernama Mohd Arif, sudah tentu sedikit sebanyak bangsa Melayu akan termakan racunnya terutama Melayu berhaluan kiri dan menentang apa saja yang diusahakan oleh kerajaan dan UMNO.
  • Tambahan pula Melayu yang telah didoktrinkan oleh DAP, sudah tentu Melayu jenis ini akan berbuat apa saja yang diperlukan untuk kepentingan parti itu.
  • Dalam kes Sakmongkol, agak pelik juga dia menggunakan latar belakang sejarah Zaaba untuk menolak sejarah Melayu yang jauh lebih lama dari usia pendita itu sendiri. Malah Sakmongkol menggunakan kenyataan itu tanpa melihat situasi politik pada zaman itu yang mana rakyat dan Raja-Raja Melayu dibelenggu penjajahan British.
  • Sakmongkol main sebut apa-apa kenyataan dan surah dalam al Quran asalkan ia ada kaitan dengan apa yang nak disebutnya tanpa mentamsil maksud tersirat yang ingin disampaikan. Petikan dan kenyataan lama digunakan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri kerana Sakmongkol bukan pendita mahupun ulama untuk mengeluarkan fatwa.
  • Kalau disuruh mengaji pun rasanya tunggang langgang, tetapi dia mahu tunjuk hebat dengan menunjukkan pelbagai surah dalam al Quran pada catatan blognya dan ianya dilihat seperti mahu menunjukkan kepada umum bahawa dia ahli parlimen DAP yang pandai. Benar Sakmongkol memang pandai menipu terutama menipu rakyat mengenai sejarah Melayu.


Tuesday, 9 September 2014

PKR tak kisah derhaka kepada sultan kerana ia bukan jenayah

  • Pengikut tegar PKR Abdul Aziz Bari yang mendakwa dirinya pakar perlembagaan cuba menghasut rakyat bahawa apa-apa perbuatan yang dianggap menderhaka Raja-Raja Melayu bukanlah satu kesalahan jenayah.
  • Sambil itu beliau mendakwa tindakan PKR dan DAP mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar bukanlah satu kesalahan jenayah yang perlu dikenakan tindakan undang-undang walaupun perbuatan itu dimurkai Sultan Selangor.
  • Katanya, undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah, berbeza dengan Thailand  yang menguatkuasakan perundangan bagi menghalang perbuatan derhaka.
  • “Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya. Tidak seperti di Thailand ianya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.
  • “Itu hak ‘pihak’ berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa,” katanya ketika berucap di forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
  • Dengan nada sombong Abdul Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka.
  • Dakwanya lagi, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.
  • “Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.
  • “Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya,” dakwa Aziz lagi.
  • Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.
  • Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya.
  • “Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno.
  • “Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja,” katanya.
  • Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor.
  • "PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini.
  • "Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita,” kata Khairuddin.
  • Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  • Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri itu.
  • "Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.


Monday, 8 September 2014

What if PAS refuse to take up MB post?

Iskandar Samad, the next Selangor MB.

  • The Selangor palace is considering a new menteri besar from PAS due to treason showed by PKR and DAP but what would happened if the Islamic party refuse to take the offer?
  • Several PAS top leaders including Datuk Mustafa Ali and Mohamed Sabu have already made a clear decision that the party is not interested to take up the post, but their boss Datuk Seri Abdul Hadi Awang used his presidential power and named three candidates to the palace.
  • Earlier Sultan Sharafuddin Idris Shah expressed disappointment with parties disobeyed his decree to submit more than two names for the position.
  • "DAP and PKR's actions reflect their insolence towards the royal institution and is treason towards the Selangor Sultan," said the statement issued by the Sultan's private secretary, Datuk Munir Bani.
  • Luckily PAS submitted three candidates to the palace, namely Iskandar Samad, Salehen Muhyi and Dr. Ahmad Yunus Hairi whereby all of them are scheduled to have an audience with the state ruler any time within this week.
  • Question is, what if the Islamic party refuse to take up the state highest administrative post after Sultan Sarafuddin chose one of PAS excos to lead the state? This will lead to another question, what will PKR and DAP do next?
  • Are they going to commit the highest treason via demonstrations in front of Istana Alam Shah which may cause unnecessary commotion, or using all media engines to instigate the Selangor palace to give back the MB seat to PKR.
  • At the moment, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail made a public statement that she had been "slightly hurt" by Abdul Hadi’s comments on her capabilities as the future Selangor menteri besar.
  • But she added she respected his views and urged all not to respond to his comments, and instead focus on protecting the interests of the people.
  • "I was slightly hurt by the personal attacks against me even though I respect Datuk Seri Abdul Hadi Awang's opinion of my abilities and capabilities. However, I am not angry and I accept it as criticism so that I can improve myself, God willing," she said in a statement.
  • Thus, Dr Wan Azizah advised all followers not to respond to the statement made by PAS president and focusing on protecting the people from the actions of Umno/Barisan Nasional.
  • Meanwhile, PKR deputy president Azmin Ali also called on leaders and members of the party to remain calm in facing the Selangor political crisis that is now becoming increasingly critical.
  • He said he was confident that the situation would be resolved. "I urge all PKR leaders and members to remain calm and not resort to doing anything that will make the situation worse.
  • "I admit that we are now facing a little difficulty but I am confident, based on experience and the spirit of cooperation in the party and in Pakatan Rakyat (PR), the PKR leadership will be able to overcome the current situation," he said.
  • Azmin had previously been named as the second candidate besides Dr Wan Azizah by PAS to be appointed as Selangor menteri besar to replace Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
  • Azmin, however, rejected the offer to make way for Dr Wan Azizah, who is also the wife of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Meanwhile public from various parties gave mixed reaction over who is the most suitable candidate to be the next MB after Abdul Khalid Ibrahim.
  • Most PKR followers said Dr. Wan Azizah must take the MB seat even though she is not fit to lead the most complicated state as most administrative decision will be done by her hubby, Anwar either from home or prison.
  • DAP followers prefer the `kipas woman’ as long as the Chinese party can control Anwar, with having his sodomy information in file.
  • PAS followers dream of having either Iskandar, Selehen or Dr Ahmad Yunus to be the next MB so that the party would align the state administration towards Islamic ways. But all in all, the Selangor MB post is still locked in Sultan Sarafuddin’ mind.
  • In the latest development today, rumor said Iskandar to take oath as MB on Friday but he later trashed the report.
  • "I didn’t even know that I was supposed to take an oath. I didn’t even see His Highness the Sultan today as was reported by the media," he said.
  • In a press statement this morning, the Selangor palace confirmed that PAS had been the only party to adhere to the Sultan of Selangor’s request for PAS, DAP and PKR to give the names of at least two candidates. - Yang Benar.

KEWANGAN ISLAM KURANG MENYERLAH DI MALAYSIA


  • Semua umat Islam faham mengenai perbankan Islam yang diamalkan oleh bank komersil dan bersedia memberi sokongan.
  • Malangnya penyertaan peniaga Islam terhadap sistem pinjaman perbankan Islam tidak sampai 10 peratus, mengapa ini boleh berlaku?.
  • Kewangan Islam sering diuar-uarkan sebagai alternatif baharu di dalam industri kewangan dunia. Boleh dikatakan penganjuran seminar atau forum kewangan Islam antarabangsa agak kerap diadakan yang antara lain memuji pencapaian ekonomi Islam meliputi sektor halal dan kewangan Islam sendiri.
  • Sehingga kini aset kewangan Islam dunia bernilai lebih AS$2 trilion (RM6.2 trilion), sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun, apakah kesan perkembangan itu benar-benar dirasai oleh umat Islam ketika ini?.
  • Secara faktanya, kewangan Islam telah berkembang ke lebih 50 buah negara, tetapi lebih 50 peratus aset sektor itu hanya dikuasai oleh beberapa negara seperti Malaysia, Turki dan negara-negara teluk Arab (GCC).
  • Itupun penguasaan tersebut lebih disumbangkan oleh penerbitan sukuk atau bon Islam sama ada oleh kerajaan atau korporat.
  • Malaysia dalam tempoh beberapa tahun merupakan lokasi penerbitan sukuk terbesar dunia, membuatkan negara turut dilabel sebagai hab bagi sektor halal dan kewangan Islam dunia.
  • Tetapi, jika ditinjau secara mendalam ke atas Malaysia sendiri pun, adakah kewangan Islam benar-benar dirasai oleh penduduk terutama yang beragama Islam. Adakah mereka faham maksud sukuk atau konsep Murabahah atau Ijarah.
  • Pada forum kewangan Islam di Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, Halal Industry Development Corporation (HDC), mendedahkan daripada 4,400 syarikat pengeluar produk halal yang berdaftar dengan HDC, hanya 10 peratus sahaja yang menggunakan pembiayaan perbankan Islam.
  • Asasnya mengapa hal itu terjadi adalah kerana kadar faedah pinjaman perbankan Islam lebih mahal berbanding konvensional, sedangkan riba haram di sisi agama.
  • Hal itu sahaja sudah cukup membuatkan pinjaman Islam kurang daya penarik dan tentu sekali kehilangan pasaran pengguna-pengguna biasa termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
  • Tiadanya penguasaan negara-negara atau syarikat-syarikat Islam sendiri di dalam aktiviti ekonomi sebenar membuatkan tiadanya platform yang baik bagi mempromosi kewangan Islam.
  • Dalam pada itu, seminar atau forum mengenai kewangan Islam hanya dihadiri oleh ketua-ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan bank-bank Islam sahaja, dan kurang mendapat sambutan pengguna-pengguna biasa.
  • Tidak pasti adakah produk seperti wakaf ini boleh dipraktikkan secara meluas di Malaysia terutama sekali agen penggerak ekonomi negara iaitu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) sendiri lebih menumpukan usaha memaksimumkan keuntungan.
  • Badan berkuasa tempatan perlu mengkaji semula kedudukan kadar faedah pinjaman perbankan Islam, agar kompetitif sebagaimana perbankan konvensional. Setakat ini, produk kewangan Islam lebih dianggap sebagai premium dan bukannya alternatif.


THREE MB CANDIDATES TO HAVE AUDIENCE WITH SULTAN SARAFUDDIN IDRIS SHAH

Sultan Sarafuddin Idris Shah
  • Three Selangor executive councillors from PAS have been invited to have an audience with the state ruler Sultan Sarafuddin Idris Shah pertaining the replacement of the current menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  • Iskandar Samad will be the first to the palace today, while Salehen Muhyi will have an audience tomorrow and Dr Ahmad Yunus Hairi on Wednesday.
  • They were named by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang as his candidates for the menteri besar post in his first letter to the Selangor palace.
  • The appointments with the sultan come a day after PAS deputy president Mohamad Sabu and secretary general Datuk Mustafa Ali insisted the party would reject the menteri besar position even if it was offered the post.
  • "We"ll reject it," they told a press conference after chairing a PAS central committee meeting yesterday. However, Hadi did not attend the meeting.
  • Later yesterday evening, the Syura Council met and decided that Hadi has the final say in all matters concerning the party's interests.
  • It is learnt that the sultan will choose the new MB within the three PAS candidates, which will create havoc among PKR and DAP parties.
  • If the new MB to be selected from PAS, the other parties may call for state or nationwide demonstration to reject sultan’s decree.
  • At the same time, international media are waiting to spin this issue to create unhealthy atmosphere and sparks hatred towards the monarchy system who had turned down the democracy practise in Malaysia.
  • This will benefit the local opposition parties to raise public sympathy and votes in the next general election even though they are having a critical crisis at the moment due to PAS refusal to abide its promise to nominate only Dr. Wan Azizah for the menteri besar’s post.
  • PKR and DAP refused to accept any excuses given by the Islamic party for disliking Dr. Wan Azizah to fit for the post even though PAS has stated that al Quran strongly advised that women is not the best leader of a state or country as it would be troublesome in many ways.
  • PKR and DAP have no ground to follow the instruction or advice from al Quran due to the fact that their membership are open to all religions and races.
  • In fact they wanted to takeover Putrajaya to equalise the status races and religions in Malaysia in the name of democracy and multi-racial livings as they believed that the current status of Islam on top of all religions is not an absolute democracy. - Yang Benar.

SULTAN SELANGOR MURKA DAP DAN PKR KERANA ENGKAR TITAH BAGINDA



  • Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa amat dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang engkar terhadap titah Baginda supaya mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar daripada parti masing-masing yang bertarikh 27 Ogos yang lalu.
  • Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada pihak media.
  • Menurut Munir, DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
  • “Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan mereka kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Munir juga memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon MB dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) sepertimana titah Baginda sebelum ini.
  • Namun menurut Munir hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.
  • Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dua nama orang calon MB Selangor dan ia adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan oleh Baginda.
  • “Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal MB dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.
  • “Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar ia berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor,” jelasnya.
  • Tambahnya lagi, Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti PR yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor.
  • “Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima maka Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.
  • “Di dalam masa yang sama, memandangkan kuasa melantik MB Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka Baginda akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya.
  • Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor.
  • Beliau berkata, parti itu juga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita-cita untuk melantik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.
  • "Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembagaan tentang kedudukan raja-raja. Yang tersurat itu satu, yang tersiratpun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongkol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja," katanya.
  • Kini rakyat tertanya-tanya mengapa PKR dan DAP beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.
  • Kalau PKR betul-betul sebuah parti yang demokratik, mereka akan mendengar permintaan akar umbi dan juga titah istana, tetapi dalam hal ini rakyat percaya PKR mempunyai agenda lain.
  • Sultan Selangor dilihat cuba menamatkan krisis ini secepat mungkin, namun perbuatan PKR dan DAP dilihat sengaja membiarkan perkara ini berlarutan.
  • Jika hanya satu sahaja calon dikemukakan ia akan menyebabkan sultan dalam dilema dan serba salah untuk memilih calon menteri besar.
  • Nasib baik PAS mengemukakan beberapa nama untuk pilihan Sultan, jika tidak Baginda terpaksa melanjutkan tempoh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui negeri itu.
  • Sultan ada hak berbuat demikian sehingga melantik menteri besar baharu yang benar-benar layak.
  • Rakyat yakin sultan sebenarnya mahukan menteri besar yang berkaliber yang bukan sahaja mampu memajukan negeri Selangor tetapi disukai rakyat serta memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diinginkan baginda. - Yang Benar.