- Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa amat dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang engkar terhadap titah Baginda supaya mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar daripada parti masing-masing yang bertarikh 27 Ogos yang lalu.
- Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada pihak media.
- Menurut Munir, DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
- “Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan mereka kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
- Munir juga memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon MB dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) sepertimana titah Baginda sebelum ini.
- Namun menurut Munir hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.
- Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dua nama orang calon MB Selangor dan ia adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan oleh Baginda.
- “Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal MB dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.
- “Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar ia berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor,” jelasnya.
- Tambahnya lagi, Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti PR yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor.
- “Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima maka Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.
- “Di dalam masa yang sama, memandangkan kuasa melantik MB Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka Baginda akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya.
- Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor.
- Beliau berkata, parti itu juga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita-cita untuk melantik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.
- "Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembagaan tentang kedudukan raja-raja. Yang tersurat itu satu, yang tersiratpun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongkol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja," katanya.
- Kini rakyat tertanya-tanya mengapa PKR dan DAP beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.
- Kalau PKR betul-betul sebuah parti yang demokratik, mereka akan mendengar permintaan akar umbi dan juga titah istana, tetapi dalam hal ini rakyat percaya PKR mempunyai agenda lain.
- Sultan Selangor dilihat cuba menamatkan krisis ini secepat mungkin, namun perbuatan PKR dan DAP dilihat sengaja membiarkan perkara ini berlarutan.
- Jika hanya satu sahaja calon dikemukakan ia akan menyebabkan sultan dalam dilema dan serba salah untuk memilih calon menteri besar.
- Nasib baik PAS mengemukakan beberapa nama untuk pilihan Sultan, jika tidak Baginda terpaksa melanjutkan tempoh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui negeri itu.
- Sultan ada hak berbuat demikian sehingga melantik menteri besar baharu yang benar-benar layak.
- Rakyat yakin sultan sebenarnya mahukan menteri besar yang berkaliber yang bukan sahaja mampu memajukan negeri Selangor tetapi disukai rakyat serta memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diinginkan baginda. - Yang Benar.
Monday, 8 September 2014
SULTAN SELANGOR MURKA DAP DAN PKR KERANA ENGKAR TITAH BAGINDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment