Tuesday, 9 June 2015

Muhyiddin bakal disingkir pada rombakan kabinet


  1. Pergolakan UMNO semakin panas apabila ura-ura mengatakan rombakan kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat dengan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  2. Lawatan Presiden UMNO ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bersama dua Naib Presidennya telah menimbulkan spekulasi bahawa kepulangan mereka akan disusuli dengan rombakan kabinet.
  3. Naib Presiden yang mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  4. Ramai berkata amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO untuk mengiringinya menunaikan umrah, kecuali ada perbincangan yang perlu disepakati di tanah suci itu.
  5. Oleh kerana bangsa Melayu begitu suka bergosip, maka pemergian beberapa pemimpin negara ke tanah suci Mekah dikatakan ada hubung kait dengan suasana politik yang sedang melanda negara.
  6. Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang diketahui mempunyai pendirian berbeza dengan Najib sejak kebelakangan ini terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa menunaikan umrah. Difahamkan beliau berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.
  7. Dengan Najib membawa Zahid dan Hishamuddin ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi ialah kemungkinan Muhyiddin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  8. Ini kerana kedudukannya dalam kabinet dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.
  9. Najib dikatakan sudah tidak tahan dengan karenah Muhyiddin yang kononnya tidak cukup setia terutama sejak isu 1MDB meletus.
  10. Tempat Muhyiddin akan diambil alih oleh Zahid manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan diberi portfolio Kementerian Kewangan sebagai persediaan menjadi  calon Perdana Menteri masa depan.
  11. Shafie pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.
  12. Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya mencadangkan penyingkiran Muhyiddin.
  13. Agensi itu mencadangkan Najib menamatkan `masa bertahan’ dan memulakan `serangan’ jika mahu terus kekal memimpin parti dan negara.
  14. Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan.
  15. Ini kerana Najib menyedari mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.
  16. Bagi mengisi kekosongan kabinet, Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad akan diserapkan semula kerana beliau sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.
  17. Najib dikatakan berpuas hati dengan pendekatan Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan Tun Mahathir.
  18. Nama lain yang disebut akan kembali ke dalam kabinet ialah Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
  19. Ini kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.
  20. Dalam menghadapi kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib tiada pilihan selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinet dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir dan Annuar untuk membenteng kedudukannya.
  21. Ini sekaligus menunjukkan bahawa pahlawan Bugis itu (Najib) sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini.
  22. Persoalannya jika Muhyiddin disingkirkan, apakah beliau akan berdiam diri dan reda dengan apa yang berlaku, atau bangkit menentang Najib dalam bentuk dan gaya yang sukar dibaca umum.


Selangor menuju kerajaan campuran baru




  1. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kini berada di ambang kehancuran akibat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
  2. Hal ini diakui ramai pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang sambil terpening-pening mencari formula menyelesaikan masalah itu.
  3. Walaupun PAS belum memuktamadkan penceraian PAS-DAP, mustahil kedua-dua parti itu berkerja seperti biasa di Selangor.
  4. Hubungan rapuh PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman PAS mahu menggunakan “lutut” dan “siku” bagi mengajar DAP.
  5. Bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi jika exco PAS-DAP enggan bekerjasama. Sudah pasti mesyuarat exco negeri akan huru hara apabila exco dari kedua parti itu saling tidak bertegur sapa.
  6. Bukan saja mesyuarat exco terkesan dengan permusuhan itu, malahan ia merebak di semua peringkat kerajaan Selangor.
  7. Ahli majlis tempatan PAS-DAP saling tidak mengendahkan komen, cadangan dan saranan ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan.
  8. Lalu DAP dan PKR sedang membuat penyusunan semula politik bagi membolehkan kerajaan PR terus berkuasa di Selangor.
  9. Kegagalan mencari gabungan yang menerima polisi bersama PR ternyata membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Selangor.
  10. Tidak mustahil kerajaan PR Selangor bakal hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan.
  11. Situasi yang mendorong ke arah pilihan raya negeri Selangor pernah terbayang sebelum ini apabila PAS tidak bersetuju Dr Wan Azizah Ismail diangkat sebagai MB Selangor.
  12. PAS menggunakan haknya agar Abdul Khalid terus menjadi MB Selangor tetapi Anwar Ibrahim berkeras bahawa jawatan MB adalah milik PKR walaupun kerusi DUN parti itu di Selangor kurang berbanding PAS.
  13. Lalu DAP dan PKR memberi tekanan paling hebat ke atas PAS sehingga parti Islam itu terpaksa tunduk dengan kehendak rakan sekongkolnya walaupun di hati PAS tetap tidak bersetuju.
  14. Akhirnya PR terselamat daripada kemusnahan apabila Mohamed Azmin Ali dipilih menjadi MB Selangor dan padahnya kersi exco PAS dikurangkan kepada tiga.
  15. Kini gelombang kemusnahan PR muncul sekali lagi. Sekali lagi PAS dipersalahkan kerana memutuskan hubungan dengan DAP.
  16. Saban hari penulis upahan PKR dan DAP melemparkan rencana kutukan ke atas PAS dengan menuduh parti Islam itu bersifat angkuh memutuskan hubungan dengan DAP tanpa melihat kesan ke atas kerajaan PR Selangor.
  17. Walhal apa yang berlaku ialah DAP sendiri begitu sombong menelanjangkan PAS sejak dua tahun lalu dengan pelbagai tuduhan tidak masuk akal.
  18. Barangkali blogger prepaid DAP dan PKR terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa DAP sendiri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
  19. Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS samalah dengan memutuskan hubungan dengan parti secara keseluruhan.
  20. Padahnya kerajaan PR Selangor huru hara di peringkat paling kritikal. Kit Siang dan anaknya Guan Eng sudah membayangkan Selangor akan jatuh ke tangan UMNO melalui kerjasama dengan PAS.
  21. Sambil memperkukuh tembok Cina Pulau Pinang, kedua beranak itu mengupah beberapa blogger Melayu paling kontroversi supaya menjenamakan kepimpinan PAS sebagai angkuh, sombong dan keras kepala. Sebutlah apa saja, spinlah apa saja, blogger pro DAP dan PKR pasti dibayar upah lumayan macam upah yang diterima Mat Sabu.
  22. Kini blogger Melayu pro DAP dan PKR sudah mula mencanai politik di Selangor. Mereka mendakwa DAP ada kekuatan tenaga dan modal untuk berdepan dengan PAS yang serba miskin.
  23. Kekuatan DAP sebanyak 15 kerusi DUN di Selangor sudah cukup untuk parti itu memboneka PKR.
  24. PAS juga ada 15 kerusi DUN Selangor tetapi dikatakan lemah kerana dua wakil PAS (Saari Sungip dan Hasnol)  dipecat atau digantung keahliannya.
  25. PAS kini pada dasarnya ada 13 kerusi sahaja dan tidak cukup bagi PAS membentuk kerajaan negeri bersama UMNO.
  26. Jika UMNO-PAS bergabung, mereka baru ada 26 kerusi termasuk calon bebas Khalid Ibrahim. Dengan sombong PKR dan DAP mendakwa mereka ada kelebihan lima kerusi untuk membentuk kerajaan. Mereka ada 30 kerusi iaitu PKR (13), DAP (15) dan dua kerusi wakil PAS yang dipecat.
  27. Walaupun kerajaan campuran DAP-PKR mempunyai kelebihan lima kerusi, ia tidak menstabilkan kerajaan yang ada.
  28. Untuk itu satu pilihan raya baru perlu diadakan bagi menyerahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan bentuk kerajaan Selangor yang baru.
  29. Janji Dr Wan Azizah mahu mendamaikan PAS dan DAP langsung tak bermakna apabila Guan Eng memberi amaran berupa nasihat kepada Presiden PKR supaya jangan jadi orang tengah.
  30. Sayugia dimaklumkan bahawa kebanyakan blogger upahan DAP dan PKR mencanai politik Selangor berdasarkan mesyuarat kedai kopi.
  31. Mereka terlupa UMNO dan PAS boleh mewujudkan kerajaan campuran bersama Mohamed Azmin Ali (bernaung di dalam kem Tun Mahathir Mohamed) dan rakan-rakannya DEMI MELAYU dan ISLAM.
  32. Bolehkah blogger Melayu pro DAP seperti Mohd Sayuti Omar dan rakan-rakannya mencanai situasi politik sebegini?

Monday, 8 June 2015

Pengarah dan penasihat 1MDB letak jawatan bulan depan


  1. Semua ahli lembaga pengarah 1MDB dijangka akan letak jawatan serentak pada bulan depan bagi mengurangkan tekanan syarikat yang saban hari dikecam rakyat Malaysia.
  2. Perletakan jawatan juga dijangka membabitkan mereka yang berada di dalam lembaga penasihat (advisory board) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
  3. Perkara itu dijangka berlaku pada bulan depan (Julai) atau selewat-lewatnya Ogos ini, kata sumber.
  4. Antara ahli lembaga pengarah 1MDB ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (pengerusi), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J. Valiram.
  5. 1MDB dilaporkan berhutang lebih RM42 billion dan kini sedang disiasat oleh Pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Kewangan Awam, Bank Negara dan PDRM.
  6. Sebelum ini beberapa pihak termasuk menteri mengakui hutang 1MDB agak membebankan dan dek kerana itu Putrajaya terpaksa tangguh segala pinjaman baharu.
  7. Antaranya Datuk Seri Abdul Wahid Omar di JPM pernah berkata, pelaburan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.
  8. Katanya, 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.
  9. Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.
  10. Kerajaan sedar bebanan hutang itu memberi impak kepada 1MDB dan berikutan itu tiga langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.
  11. Tiga langkah itu termasuk menangguh semua bentuk pinjaman baharu, fokus kepada dua projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.
  12. Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti. 1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.
  13. Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.
  14. Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.
  15. Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion. Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.
  16. Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada. Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.
  17. Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.
  18. Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.
  19. Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut.


Petanda baru Najib sedia bincang dengan PAS


  1. Ketika imej Perdana Menteri dilihat semakin menguncup, beliau dikatakan mahu berbincang dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
  2. Kesediaan itu disebut selepas golongan ulama PAS mendominasi semula kepimpinan parti pada muktamar minggu lalu.
  3. Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, PAS telah membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
  4. "Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.
  5. "Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
  6. Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
  7. "Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik berkata.
  8. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bersama di Kundasang, Sabah bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu.
  9. Sebelum ini, Abdul Hadi menggulung muktamar PAS dengan berkata walaupun ada pihak mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, UMNO tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.
  10. Rentetan petanda kerjasama PAS dan UMNO semakin terserlah, DAP mula gelisah dan melancarkan serangan demi serangan.
  11. Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang terus menyerang PAS melalui pelbagai kenyataan dangkal sambil menyifatkan hubungan Pakatan Rakyat sudahpun mati dan kini hanya menunggu digali kubur saja.
  12. Penganalisis politik pro DAP dan PKR juga mula mengorak langkah dengan melancarkan serangan ke atas PAS melalui media tajaan DAP.
  13. Mereka mula menuduh PAS didominasi golongan ulama yang bertunjangkan kesombongan. PAS juga dituduh kembali mundur 30 tahun ke belakang kerana menolak golongan progressif.
  14. Walhal golongan progressif itu sebenarnya merupakan proksi DAP dan PKR yang akan membawa dakyah pemimpin masing-masing apabila diperlukan.
  15. Sudah tentu pada masa ini mereka sedang berusaha keras menghalang usaha UMNO dan PAS berkerjasama dalam apa jua bentuk.
  16. Mereka sedar jika kedua-dua parti itu berkerjasama pada PRU14, maka sekurang-kurangnya 90 peratus daripada seluruh bangsa Melayu di Malaysia akan bersatu hati menyokong kepimpinan Melayu baru.
  17. Jika kerjasama itu berlaku, sudah pasti gabungan itu akan mengembalikan dua pertiga kerusi Parlimen kepada Melayu BN.
  18. Komponen lain seperti MCA, Gerakan dan MIC sudah hanya tinggal nama sahaja sedangkan semua ahlinya sudah menyertai DAP.
  19. Masa depan Melayu dan Islam di Malaysia kini bergantng kepada sejauh mana UMNO dan PAS berkerjasama. Itu adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan.
  20. Sambil itu, imej Datuk Seri Najib akan kembali pulih dan besar kemungkinan boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
  21. Ketika itu juga, suara sumbang dan negatif terhadap Najib akan mengendur kerana beliau membuktikan kewujudan semula kerajaan Melayu Islam dengan bilangan kerusi Parlimen melebihi dua pertiga. 


Tuduhan paling bengap, ulama PAS diwarisi orang sombong


  1. Kemenangan besar golongan ulama menyapu bersih semua kerusi tertinggi PAS baru-baru ini diratapi DAP dan PKR.
  2. Hampir semua calon pemimpin PR dalam PAS tersungkur termasuk Mohamad Sabu yang dianggap `petualang terbesar'.
  3. Mana-mana proksi PR yang dipilih masuk ke dalam kelambu golongan ulama seperti Mazlan Aliman sudah mula gelisah dan mahu keluar PAS kerana ramai rakan-rakannya jatuh `ke dalam gaung'.
  4. DAP pula sudah bersiap sedia untuk terus membelasah PAS pada bila-bila masa, manakala PKR pula berlakon mahu mendamaikan mereka.
  5. Namun dalam senyap DAP dan PKR sebenarnya telah melancarkan `serangan dalam selimut' melalui proksi masing-masing termasuk kumpulan penganalisis politik.
  6. Dengan menganggap diri mereka neutral, penganalisis politik upahan PKR dan DAP melihat Muktamar PAS ke-61 sebagai kemenangan golongan ulama yang sombong.
  7. Analisa bengap itu muncul apabila 99.9 peratus pemimpin proksi PR dalam PAS telah `terjun ke laut'. Lalu penganalisa bengap menyimpulkan “kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif dalam PAS.”
  8. Lebih bengap lagi apabila mereka mendakwa kaedah kempen, pola pengundian dan perjalanan muktamar yang berlangsung dapat dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi kesombongan.
  9. Berikut adalah antara petikan rautan bengap penganalisa pro PR yang dilontarkan kepada pemimpin PAS:
  10. Kerana sombong dan terlalu berbangga dengan dominasi terhadap ilmu agama, maka mereka yang tidak sealiran diketepikan.
  11. Kesombongan menyebabkan sukar bagi golongan agamawan untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif.
  12. Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.
  13. Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang “tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.
  14. Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya hidup subur dalam Umno.
  15. Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya. Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini.
  16. Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang “kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara”. Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan.
  17. Kesombongan menyebabkan PAS masih mahu berpegang pada Islamisme sedangkan dunia sedang bergerak ke arah pasca Islamisme. Kesombongan menyebabkan apa sahaja idea-idea yang bertentangan dilihat sebagai ancaman dan bukan sebagai kelainan.
  18. Tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. Kerana sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri, apa jua alasan cuba dihamburkan bagi menutup pembersihan yang berlaku.
  19. Sebagai contoh, penegasan yang yang parti itu masih mempunyai golongan profesional seperti pensyarah walaupun kumpulan progresif ini tersingkit. Tetapi profesional bukan sekadar dilihat dari segi status pekerjaan. Ia juga dicerminkan kepelbagaian ideologi, keterbukaan, kemahuan berbeza pandangan dan dekat dengan kemodenan.
  20. Bagi yang mengikuti secara dekat muktamar yang berlangsung selama tiga hari, kesombongan adalah bahasa badan yang paling menonjol terpapar.
  21. Dalam bentuk pengendalian muktamar yang jelas menampakkan kecondongannya pada ideologi semasa, dalam bentuk laungan takbir yang dikhususkan hanya untuk perwakilan pro-agamawan, dalam bentuk wajah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang amat ketat dan tidak langsung pernah tersenyum, dalam bentuk sorakan sindiran yang tidak putus-putus ditujukan kepada golongan progresif yang berucap dan sehinggalah kepada kehilangan suasana kesedihan yang sewajarnya dirasakan berikutan kepergian golongan progresif ini dari parti.
  22. Tangisan Hanipa Maidin dan juga nyanyian melankolik Mohamad Sabu hanya mampu mengheningkan suasana tetapi tidak mampu membuatkan mana-mana perwakilan untuk bangun memujuk atau menahan keputusan beliau yang ingin meletakkan jawatan dari semua jawatan yang disandangnya.
  23. Bahasa badan yang ditunjukkan bukan sahaja melengkapkan pembersihan yang berlaku tetapi semacam menghantar mesej “jika boleh, kami tidak mahu lagi kamu kembali di sini”.
  24. Apa yang berlaku dalam Muktamar PAS 61 adalah tragedi sebuah kesombongan. Sombong dengan kekuatan diri dan lantas menjadi taksub dan narsistik.
  25. PAS seperti seorang suami yang baru mendapat “isteri kedua” yang kaya, cantik dan berpendidikan. Tetapi apabila jatuh sakit, isteri pertama yang tua dan kurang cantik yang sering dicari untuk menjaga si suami kerana isteri kedua tadi rupanya tidak boleh diharapkan.
  26. Kesombongan menyaksikan kapal Titanic karam walaupun dianggap sebagai kapal yang tidak akan karam. Kesombongan membuka jalan kepada tragedi 9/11 di Amerika Syarikat. Kesombongan jugalah yang kini menjadikan Umno terumbang-ambing.
  27. Muktamar PAS menyarankan yang kesombongan merupakan nilai yang kini menjadi virtue dalam parti tersebut. Kesombongan yang wujud dalam PAS amat menakutkan dan lebih menakutkan dari kesombongan Umno. Dalam mana golongan ini sering mengkritik keangkuhan kuasa Umno, mereka terlupa untuk menyelak kesombongan diri sendiri.
  28. Benarlah kata-kata tokoh revolusi Poland, Lech Walesa yang mengingatkan tentang kewujudan pemimpin yang menghasilkan sistem dan kepimpinan yang lebih buruk (dibaca: lebih sombong) selepas menggulingkan sistem yang mereka tentang sebelum itu.
  29. Ironinya, kesombongan ini seolah-olah hanya disedari wakil DHPP yang bukan beragama Islam apabila menyatakan kejutannya terhadap kebejatan yang berlaku. Untuk wakil DHPP ini, pertimbangkan logik ini. Jika kesombongan seperti ini boleh dilakukan terhadap saudara seagama mereka, adakah anda merasakan yang mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan kesombongan yang serupa kepada mereka yang bukan seagama?
  30. Tahniah sekali lagi kepada PAS. Gunakanlah "cakaran", "siku", "lutut" (dan juga laungan takbir) itu sebaik mungkin.
  31. Analisa ke laut seperti itu sudah diramal akan muncul samada lambat atau cepat. Ini kerana DAP dan PKR sebenarnya meratapi kekalahan teruk calon-calon mereka dalam PAS yang sudah diternak sejak 1980an lagi.
  32. Selepas ini banyak lagi analisa bengap yang menghukum kemenangan PAS sebagai satu kegagalan misi mentadbir Kelantan dan visi untuk membantu PR mengurus Selangor dengan cekap dan berkesan.


Mat Sabu ajak exco PAS Selangor berhenti

  1. Mat Sabu kalah kerusi timbalan presiden dalam muktamar PAS baru-baru ini dan mengumumkan tidak mahu menerima gaji yang `disedekahkan' oleh kerajaan Cina Pulau Pinang.
  2. Telunjuk Mat Sabu dilihat lurus tetapi kelingkingnya berkait. Veteran kecewa itu mencetuskan isu dengan mengajak pemimpin PAS Selangor letak jawatan bagi menyatakan kesetiaan kepada ulama.
  3. Wal hal beliau tahu situasi Pulau Pinang dan Selangor berbeza. Di Pulau Pinang jawatannya itu diberi kerana simpati Lim Guan Eng.
  4. Di Selangor, kuasa pentadbiran diagih sama rata dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka sama-sama memenangi PRU13.
  5. Ternyata Mat Sabu tidak boleh menafikan dirinya berjiwa Cina DAP. Beliau sanggup menghasut bangsanya sendiri supaya berhenti mentadbir Selangor bagi memudahkan bangsa Cina DAP menguasai pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu.
  6. Atau mungkinkah hasutannya pada muktamar itu dirancang bersama atau dipengaruhi oleh Guan Eng untuk melihat bagaimana golongan ulama PAS menangani isu pentadbiran Selangor selepas parti itu menerima usul memutus kerjasama dengan DAP.
  7. Mat Sabu tahu PAS tidak boleh melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor kerana komposisi kerusi di Dewan Undangan Rakyat (DUN), keadaannya tidak semudah seperti di Pulau Pinang.
  8. Tetapi Mat Sabu mahu membuat provokasi selepas kalah dalam PAS. Ini adalah lagkah awal. Selepas ini Mat Sabu akan membuat banyak lagi provokasi lain yang akan memeningkan kepala pemimpin PAS.
  9. Umumnya DAP merasakan PAS perlu menamatkan kerjasama di Selangor. Tetapi PAS tidak akan mengguna pakai usul itu kerana kemewahan dan kuasa yang mereka akan hilang di Selangor.
  10. Buat masa ini, keadaan seperti biasa dalam kerajaan Selangor sehingga mereka membuat pendirian rasmi mengenai perkembangan terkini dalam PAS.
  11. Pelantikan semua jawatan rasmi adalah mengikut rundingan berdasarkan kepada kekuatan setiap parti dalam DUN Selangor.
  12. PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) manakala PKR memiliki 13 kerusi.
  13. Pecahan jawatan ini juga melibatkan mereka yang berada dalam jawatankuasa kampung, majlis tempatan, majlis mesyuarat kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
  14. Keadaannya berbeza di Pulau Pinang, di mana PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN daripada 40 Adun Pulau Pinang.
  15. Di Pulau Pinang ia sudah jelas. Ahli PAS dilantik dalam jawatan kerajaan negeri berdasarkan budi bicara ketua menteri. PAS tidak ada jawatan exco tetapi Adun tunggal parti itu, Datuk Salleh Man dilantik untuk mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang, atas syor Guan Eng.
  16. Oleh itu, apabila PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka ahlinya perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang. Perkara yang sama tidak boleh dilakukan di Selangor.
  17. PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 yang berakhir pada Sabtu lepas, menerima usul tanpa bahas mengenai cadangan memutuskan hubungan parti itu dengan DAP. Pemimpin PAS, bagaimanapun, menegaskan ia bukan keputusan muktamad parti.
  18. Usul itu dibawa Dewan Ulama PAS, tetapi kata putus sama ada untuk melaksanakannya akan dibuat oleh jawatankuasa pusat parti itu dan Majlis Syura yang dianggotai barisan ustaz.
  19. Serentak dengan berita penerimaan usul berkenaan, Lim mengumumkan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerjaaan Pulau Pinang.
  20. Individu pertama yang berbuat demikian ialah Mat Sabu yang digulingkan dalam pemilihan parti baru-baru parti.
  21. Pemimpin DAP Selangor berpendapat adalah wajar bagi PAS untuk melakukan perkara yang sama di sini.
  22. Pemimpin PAS Selangor, bagaimanapun, cuba untuk memujuk ketua mereka untuk tidak meluluskan usul itu.
  23. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan DAP di negeri ini dan memberi amaran pelaksanaan usul itu akan memusnahkan kerajaan PR di Selangor.
  24. PAS akan mencari jalan untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di Selangor bagi terus mendapat manfaat ketika berada dalam kerajaan negeri.
  25. Episod ini sebenarnya mahu menghasut ahli PAS supaya menilai sendiri sama ada golongan ulama mampu mengurus segala kerumitan yang berlaku dalam parti politik itu ataupun tidak.

Friday, 5 June 2015

Kesan buruk jika Najib hadir dialog Nothing 2 Hide



  1. Mungkin imej Perdana Menteri akan tercalar jika hadir pada dialog "Nothing 2 Hide" yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamed.
  2. Mungkin juga kewibawaan Perdana Menteri akan tergugat pada sesi dialog yang disifatkan sebagai pertembungan antara dua jaguh.
  3. Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah berdialog dalam gelanggang interaktif. Kebetulan juga tahap pidatonya sejauh ini masih lemah.
  4. Berdepan dengan ratusan pemimpin NGO di PWTC tidak boleh dipandang `enteng’. Pun begitu Najib sudah bersedia untuk berdialog kerana baginya `he has nothing to hide’ terutama dalam isu 1MDB.
  5. Najib mahu menjelaskan sekali lagi kepada rakyat bahawa 1MDB dilaksanakan mengikut prinsip dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
  6. Najib sudahpun mengosongkan jadualnya untuk pagi Jumaat dan ratusan pemimin NGO pula sudah menyusun pelbagai soalan yang mahu diajukan kepada Perdana Menteri.
  7. Tup tup di saat-saat akhir Mahathir mahu menyertai dialog itu. Hal ini menyebabkan Najib terkedu dan serba salah.
  8. Serba salah bukan kerana takutkan Mahathir, tetapi risau kesan buruk yang akan berlaku jika dialog itu panas dan tidak terkawal.
  9. Bayangkan reaksi umum yang fanatik jika berlaku perselisihan pendapat antara Najib dan Mahathir secara terbuka.
  10. Pastinya Najib akan menanggung malu dan kewibawaannya sebagai pemimpin nombor satu negara akan tergugat.
  11. Tambahan pula media dan bloggers sudah `siaga’ untuk mengganyang setiap inci perkataan kedua-dua jaguh politik itu untuk kepentingan media masing-masing.
  12. Media pembangkang sememangnya `kelaparan’ pada pagi Jumaat dan berharap Najib dan Mahathir bertempur di gelanggang PWTC.
  13. Jutaan manusia menunggu dengan penuh perasaan di laman Twitter, Facebook dan Youtube untuk mengetahui setiap inci dialog Mahathir dan Najib.
  14. Selepas mengambil kira kesan buruk yang bakal ditanggung oleh Perdana Menteri, para penasihat termasuk agensi Lim Kok Wing telah menghalang Najib daripada masuk gelanggang interaktif yang berbahaya itu.
  15. Untuk tidak memalukan Najib, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah membuat kenyataan pendek bahawa PDRM mendapati penganjur gagal menepati Standard Operating Procedure (SOP).
  16. Untuk tidak menghampakan selautan manusia yang membanjiri PWTC sejak awal pagi, penganjur telah meneruskan dialog dengan menjemput Mahathir memberi sepatah dua kata.
  17. Beberapa minit kemudian, polis naik ke pentas dan meminta Mahathir berhenti berucap kerana majlis itu tidak diluluskan oleh PDRM.
  18. Menjawab soalan media selepas turun dari pentas, Mahathir berkata, “Saya diminta pihak polis berhenti berucap kerana saya dikatakan terlalu membuat bising dalam program hari ini."
  19. Beliau juga tidak mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengeluarkan arahan supaya membatalkan program tersebut.
  20. "Saya tak tahu arahan dia, saya tak dengar, apa yang saya tahu polis datang kepada saya, minta saya berhenti (bercakap)," katanya.
  21. Forum anjuran Sukaguam itu dibatalkan di saat akhir selepas Ketua Polis Negara menerusi akaun Twitternya hari ini meminta ia ditangguhkan atas faktor keselamatan.
  22. Walaupun Sukaguam cuba berunding dengan pihak polis, namun forum yang lebih berkisar kepada penjelasan isu 1MDB itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.
  23. Mengulas lanjut, Mahathir berkata kehadirannya adalah untuk mendengar penjelasan Najib berhubung persoalan 1MDB.
  24. "Sebab itu saya datang dan minta izin supaya saya diberi peluang sama dengan Najib. Kalau dia dapat satu jam, saya juga minta satu jam.
  25. “Kalau dia nak jawab soalan, saya juga nak jawab soalan, tapi malangnya Najib tak dapat datang kerana polis membatalkan perjumpaan ini," ujarnya.
  26. Jelas Mahathir, meskipun beliau dihalang meneruskan ucapan, namun beliau meminta polis membenarkannya bertemu dengan pihak media.
  27. "Saya patuh kepada undang-undang, tetapi saya minta izin supaya saya dapat bercakap dengan media sahaja," jelasnya.
  28. Ketika ditanya tentang kelantangan beliau telah menakutkan Najib untuk muncul pada program tersebut, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan jika Najib boleh beri penjelasan.
  29. "Saya tak boleh mencederakan sesiapa, kenapa perlu orang (Najib) nak takut dengan saya, kamu (media) pun tak takut pada saya," ujarnya.
  30. Bagaimanapun Mahathir hanya beranggapan ketidakhadiran Najib itu kerana beliau sibuk dengan urusan rasmi kerajaan.
  31. "Kita pun tak tahu (kenapa Najib tak hadir), saya fikir dia sibuk, dia mesti ada tugas rasmi yang lebih mustahak berbanding jumpa dengan rakyat," katanya lagi.
  32. Pada sidang akhbar yang sama, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menuduh Perdana Menteri sebagai penakut.
  33. “Kalau hendak kata Mahathir pembelit, kaki pembohong, Mahathir berani datang ke dialog ini. Dia berani hendak berhadapan dengan semua orang. Tetapi Najib tidak berani datang, bagi saya dia penakut...  tiada alasan lain,” katanya.

Saturday, 30 May 2015

Gangster Thai upah media persenda Malaysia isu Rohingya

  1. Penemuan tapak kubur di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi fitnah media Thailand berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Islam Rohingya dan Bangladesh.
  2. Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa 'Malaysia benar-benar memalukan' susulan penemuan mengejutkan itu.
  3. Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP,  Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.
  4. Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.
  5. Kenyataan 'Don't visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya' dan 'Malaysia truly embarrassed' digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.
  6. Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.
  7. Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.
  8. Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.
  9. Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: "Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!" (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).
  10. Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
  11. Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.
  12. Rentetan itu media tempatan menemuramah beberapa warga Rohingya yang terselamata daripada kegiatan pemerdagangan manusia.
  13. Melalui temuramah itu beberapa bukti muncul antaranya kem transit di Wang Kelian dikendalikan oleh sindiket yang dikuasai oleh gangster Thailand.
  14. Ini kerana kumpulan tersebut berkomunikasi dalam bahasa Thailand dan warga Rohingya dihantar ke beberapa kawasan di selatan Thailand untuk dijadikan buruh murah dan ada juga menjadi buruh percuma bagaikan hamba abdi.
  15. Menyedari kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa Malaysia, sindiket berkenaan telah menggunakan media Thailand untuk mempersenda Malaysia, seolah-olah kegiatan jual beli buruh Rohingya itu dikendalikan oleh rakyat Malaysia.
  16. Diharapkan pihak PDRM dapat mengesan kumpulan gangster ini yang berselindung disebalik nama Yassin.
  17. Geng Yassin ini bukan saja menjual buruh murah malah menaniaya warga Rohingya lebih buruk daripada binatang.
  18. Di kem transit Wang Kelian, kebanyakan wanita Rohingya dirogol beramai-ramai dan kanak-kanak dibunuh kerana menyusahkan urusan jual beli buruh murah.
  19. Kini terpulang kepada PDRM untuk menyiasat jenayah paling kejam dan memalukan. Manakala rakyat Malaysia pula jangan kelam kabut dengan fitnah dari Thailand itu.

Sunday, 24 May 2015

Hikayat 1MDB versi The Untold Story


  1. Pelbagai versi cerita 1MDB bertebaran di seluruh negara. Rata-rata mengatakan ia merupakan pelaburan yang tidak cermat dan gelojoh.
  2. Perdana Menteri menjadi bungkem (tak terkata apa2) apabila menyaksikan pertanyaan awam bertali arus setiap hari dan dalam pada itu pembangkang kian galak menyerang dan melondehkan kepimpinan negara.
  3. Isu 1MDB sepatutnya boleh dijelaskan dengan cekap sehingga rakyat tak akan terkata apa-apa. Menagih masa untuk membuktikan 1MDB berada di landasan yang betul ternyata tidak cerdik.
  4. Rakyat mahu jawapan yang lebih meyakinkan. Menjelaskan sambil bermain tarik tali berkaitan istilah wang tunai dan aset tunai dalam bank di Singapura juga tidak berapa cerdik.
  5. Mengapa tidak berterus terang mengatakan 1MDB mahu menyelamatkan harta negara digerogoti (digigit rakus) setiap tahun oleh beberapa pemain industri pengeluar tenaga bebas atau IPP (independence power producer)?
  6. Jika alasan itu diketengahkan sedari awal, rakyat tak sebegitu marah dan menjadi `sawan’ dengan isu 1MDB.
  7. Mengapa perlu tunggu seorang manusia kerdil yang tidak berpangkat menteri mendendangkan The Untold Story mengenai 1MDb kepada media sosial.
  8. Seorang manusia yang mahu dikenali sebagai Eol Zari bercerita mengenai isu itu pada 18 Mei lalu dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak sekaligus menjadi viral. Tulisan beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr
  9. Berikut adalah sedutan sebahagian ceritanya. - Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenal konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.
  10. Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).
  11. Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.
  12. Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.
  13. Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.
  14. Bagi menangani masalah ini, sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.
  15. Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.
  16. Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.
  17. Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.
  18. Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.
  19. Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.
  20. Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost PASS Through (FCPT).
  21. Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.
  22. Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.
  23. Oleh itu, penstrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi; pengguna mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak; PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta.
  24. Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.
  25. Mengenai isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.
  26. Terdapat juga dakwaan pembangkang mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.
  27. Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.
  28. Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion yang mana ia bukan fakta sebenar.
  29. Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion seperti yang didakwa. Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.
  30. Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche BANK mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.
  31. Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.
  32. Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.
  33. Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.
  34. Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.
  35. Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.


Friday, 22 May 2015

Dilemma Melayu UMNO


  • UMNO mempunyai dua kaedah untuk mengatasi kemelut politik di antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu `Hawkish’ dan `Dovish’.
  • Hawkish (helang) merupakan kaedah bertelagah, manakala Dovish (merpati) pula mengamalkan konsep berunding.
  • Situasi yang berlaku sekaang ialah Najib tekad mahu pertahankan jawatan walau `badai membelah bumi’, manakala Mahathir terpaksa menyerang kerana Najib tidak membuka pintu rundingan.
  • Kelihatannya mereka sedang menggunakan pendekatan Hawkish, satu kaedah berbahaya yang mana kesannya UMNO berpecah dan lemah.
  • Kebencian terhadap UMNO telah menggunung berbanding perpaduan yang hanya membusut. Lalu pendekatan Hawkish ternyata tidak cerdik.
  • Sebenarnya majoriti bangsa Melayu UMNO sayang kepada Najib dan juga Mahathir. Namun mereka rasa kecewa kerana tidak ada pemimpin UMNO berusaha untuk membawa kedua-dua pemimpin ini berunding.
  • Kepada Najib dan Mahathir, cubalah lihat apa pilihan yang ada kepada UMNO berdasarkan senario semasa yang tuan-tuan berdua hasilkan.
  1. Anda ingin memenangi perdebatan atau menang PRU14?
  2. Anda ingin memenangi perdebatan tetapi kalah dalam PRU14?
  3. Kurangkan perbahasan, dan boleh menang PRU14?
  4. Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia?
  5. Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Ketua Pembangkang yang baru?
  6. Anda memenangi pertempuran tetapi anda kalah dalam peperangan?
  7. Kata orang putih, "look the tree, not the wood'!
  • Setelah melihat dan menimbang tujuh pilihan itu, mengapa UMNO tidak mahu berusaha mencari orang tengah yang benar-benar sesuai untuk menyatukan Najib dan Mahathir.
  • Minta mereka berdua duduk semeja dan berbincang bagi mencari jalan keluar, tanpa perlu berdebat di kaca televisyen dan pentas ceramah yang hanya mendatangkan mudarat kepada UMNO.
  • Pertelingkahan mereka juga menjadi bahan jenaka pembangkang sehingga PKR dan DAP mahu berehat seketika dari menghentam kerajaan kerana tugas itu sudah dilakukan oleh Mahathir.
  • Najib pula kemudiannya `menyuruh’ beberapa individu berkepentingan supaya menyergah dan mengertak Mahathir berhenti mengkritik Perdana Menteri.
  • Langkah tidak cerdik itu telah membangkitkan kemarahan lebih ramai warga UMNO terhadap Najib. Berulang kali Mahathir telah memberitahu UMNO bahawa kritikannya itu adalah untuk kepentingan UMNO dan BN.
  • Mahathir cukup sayang Najib, tetapi Perdana Menteri itu terlalu lemah dan tidak mampu menangani gelombang besar pembangkang pada PRU14.
  • Beberapa isu nasional telah diketengahkan oleh pembangkang dan Najib gagal mententeramkan kegelisahan awam, sebaliknya menjawab beberapa soalan secara `ala kadar’.
  • Najib mentadbir negara seolah-olah tidak memerlukan sokongan rakyat. Beliau hanya yakin pada sokongan pura-pura yang diluahkan di kaca televisyen menerusi kempen `I Love PM’.
  • Mahathir pula berikrar tidak akan berhenti mengkritik selagi matlamat menukar Perdana Menteri tidak berjaya. Kritikannya bertujuan untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada musnah dibaham pembangkang pada PRU akan datang.
  • Kesimpulannya, UMNO mesti pertemukan Najib dan Mahathir bagi memastikan lahirnya resolusi menang-menang.
  • Ketika UMNO sedang kalut dengan pelbagai isu nasoinal, pembangkang dikesan semakin cekap mengendalikan jentera bagi menghadapi PRU14.
  • Barangkali umat Melayu tidak kisah jika UMNO dan BN tewas pada PRU14 kerana beranggapan Pakatan Rakyat bukannya kerajaan komunis atau Buddists Myanmar yang akan membunuh dan membakar bangsa Melayu.
  • Malangnya jika UMNO tumbang, kerajaan Persekutuan akan dikawal pandu oleh Cina DAP secara mutlak.
  • DAP sudah berjaya mengawal kerajaan PKR Selangor sambil membenih cukup ramai `gurkha prepaid’ dalam PAS untuk menundukkan mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Buku Jingga.
  • Gelombang DAP akan bertukar menjadi badai apabila Singapura akan menyertai semula Malaysia dan semua ahli wakil rakyat Cina akan menguasai Dewan Parlimen Malaysia bagi mengubah landskap geopolitik sedia ada.

Janda Baik membadai UMNO

  1. Bangsa Melayu kian cemas dengan kemelut perpecahan UMNO sejak kebelakangan ini. Ternyata 1MDB tertonjol sebagai isu terpanas dan menjadi viral terbanyak dalam laman sosial.
  2. Terbaru di Janda Baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ceramah tertutup dengan memberitahu bahawa Perdana Menteri perlu memecat semua ahli lembaga pengarah dan pegawai tertinggi 1MDB.
  3. Muhyidin juga meminta Perdana Menteri mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kes itu tanpa perlu menunggu laporan daripada jawatankuasa audit negara.
  4. Malangnya ucapan Muhyiddin telah dirakam oleh pihak tertentu dan disebarkan ke laman sosial sehingga menjadi viral yang telah mencuri perhatian ramai.
  5. Rentetan itu, Timbalan Perdana Menteri menjadi buruan media pada hari pembentangan RMK11. Di lobi Parlimen, beliau mengesahkan dengan tenang apa yang terkandung dalam video berkenaan adalah benar.
  6. Katanya, beliau bercakap demikian dalam satu perjumpaan tertutup UMNO dan ia merupakan pandangan peribadi beliau.
  7. "Ia bukan perkara baru tentang apa yang saya cakap. Saya pernah menyebutnya secara terbuka di luar sebelum ini. Saya beritahu Perdana Menteri pecat semua lembaga pengarah 1MDB. Mereka harus dipecat kerana sebab mereka, Perdana Menteri terpaksa menanggung beban. Namun sehingga sekarang ini mereka belum dipecat lagi,"katanya.
  8. Kata Muhyiddin, hanya tindakan tegas saja dapat meyakinkan rakyat. Jika tidak ia akan jadi beban yang boleh menjatuhkan kita.
  9. Kenyataan Muhyiddin itu disifatkan sesetengah pihak sebagai `menongkah arus' atau menentang kepimpinan Perdana Menteri. Lantaran itu ada yang mahu Muhyiddin letak jawatan sepertimana yang dilakukan oleh Musa Hitam suatu ketika dahulu.
  10. Ada juga yang mahu Muhyiddin menggerakan jentera menjatuhkan Perdana Menteri melalui pelbagai cara termasuk undi tidak percaya dalam Parlimen.
  11. Pada masa yang sama UMNO sedang mencari penyangak yang menyebarkan klip video itu. Menurut sumber, ucapan Muhyiddin dirakam oleh salah seorang Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  12. Video itu dimanipulasi seolah-olah Najib dan Muhyiddin bersengketa ia merupakan agenda jahat dari dalam.
  13. Persoalan, mengapa Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini memilih hari pembentangan RMK 11 yang sepatutnya menjadi satu lagi “benchmark” kepada kerajaan Barisan Nasional dalam menarik sokongan rakyat.
  14. Beliau boleh sahaja memilih hari lain. Untuk apa? Apakah ia bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari membincangkan isu yang boleh menaikkan imej Perdana Menteri dan Barisan Nasional.
  15. Ini merupakan satu tindakan sabotaj yang serius kepada BN. Hasrat mahu menjatuhkan Perdana Menteri tidak harus sehingga menjejaskan perancangan dan perjuangan parti merencana masa depan negara.
  16. Jika badan Disiplin UMNO masih seumpama hidup segan mati tidak mahu dalam kes 5 sekawan dan sekarang ini pembocoran kursus tertutup UMNO, maka UMNO sudah menjadi seolah-olah organisasi yang menunggu masa dijahanamkan oleh ahli parti sendiri yang tidak sabar-sabar mahu menaikkan calon favourite mereka.
  17. Rentetan itu, puak penyokong Perdana Menteri pula mula menyerang Muhyiddin. Tak semena-mena Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah ke depan menjadi `kuda’ untuk menyerang Timbalan Perdana Menteri.
  18. Muhyiddin Yassin dianggap sebagai menteri pemalas kerana tidak menjaga portfolionya sebagai menteri pendidikan dan meninjau keadaan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
  19. Katanya, pegawai kementerian pendidikan yang bertanggungjawab juga tidak turun padang dan tidak tahu apa yang berlaku di bawah terutamanya di kawasan pedalaman.
  20. "Masih belum terbela. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah?
  21. "Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah," kata Puad dalam Facebook.
  22. Puad menggunakan dua gambar yang diterimanya, memaparkan murid sekolah rendah menggunakan meja kayu yang usang dan rosak, dikatakan sekolah di Keningau, Sabah.
  23. Puad turut membidas Muhyiddin yang hanya mengumumkan peruntukan perbelanjaan berbilion ringgit untuk sektor pendidikan tetapi meragui sama ada manfaat itu dinikmati rakyat.
  24. “Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbilion untuk 1Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya? Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman," katanya.
  25. Beliau turut membidas Pelan Pembangunan Pendidikan MALAYSIA (PPPM) yang diilhamkan Muhyiddin tetapi masih tidak cekap membela sekolah daif walaupun sudah memegang jawatan itu selama dua penggal.
  26. "Sepatutnya bila TPM jadi menteri pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah-sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau 'level playing field' masih tidak sama," katanya.
  27. Kenyataan Puad itu menimbulkan reaksi pengguna Facebook. Ramai mempersoalkan tugas Puad sebagai ketua pengarah JASA yang sepatutnya menerangkan dasar kerajaan dan bukannya mengkritik timbalan perdana menteri secara terbuka.
  28. Kini pertelingkahan Najib dan Mahathir sudah menjalar kepada Muhyiddin dan rantaian kepimpinan UMNO. Apakah ini menandakan UMNO sudah tekad untuk berperang sesama sendiri dan menjadi bahan ketawa puak pembangkang?

Tuesday, 19 May 2015

Bicara Negara Tun Dr Mahathir Mohamed


Berat hati Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menyatakan pendirian ikhlasnya untuk TIDAK MENYOKONG kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Bayangkan betapa sedihnya Mahathir apabila orang yang disayanginya dan berpotensi untuk mentadbir negara dengan baik tetapi selepas beberapa tahun mengurus tadbir Malaysia, Najib telah ditolak oleh sebahagian besar bangsa Melayu dan semua bangsa bukan Melayu.

Atas rasa tanggungjawab untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali ke paras gemilang, cemerlang dan terbilang, Mahathir telah menggunakan landasan "Bicara Negara" sekali lagi untuk memujuk semua ahli dan pemimpin UMNO supaya menukar presiden yang ada sekarang.

Kempen jelajah negara seumpama itu pernah dilakukan pada zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana kemerosotan UMNO dan BN dalam PRU12 sekaligus kehilangan majoriti dua pertiga.

Pada PRU13 di bawah kepimpinan Najib, keputusan PRU semakin buruk dan hampir tewas walaupun terdapat sedikit peningkatan sokongan UMNO tetapi kehilangan keseluruhan sokongan bangsa-bangsa lain.

Malaysia tidak boleh membangun tanpa sokongan bukan Melayu. Mahathir percaya jika Jika pertukaran kepimpinan itu tidak dilakukan sekarang, besar kemungkinan BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Jika itu berlaku, UMNO tidak mungkin dapat mengambil semula pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk tempoh yang sangat lama. Najib mungkin tidak terasa apa kerana kekayaannya yang melimpah ruah membolehkan beliau sekeluarga hidup senang di luar negara.

Namun bagaimana pula dengan nasib anak cucu bangsa Melayu Malaysia yang bakal menjalani kehidupan pada masa hadapan dalam situasi tertekan di bawah pentadbiran kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS.

Bicara Negara (Bahagian Satu)


Bicara Negara (Bahagian Dua)


Bicara Negara (Bahagian Tiga)


Bicara Negara (Soal Jawab)

Demi maruah Filipina mahu ambil semula Sabah


  1. Filipina sekali lagi menzahirkan kemahuan mereka menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.
  2. Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.
  3. Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.
  4. “Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal di sana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara terlebih dulu,” katanya.
  5. Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.
  6. Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.
  7. Tetapi Aquiono berkata, beliau tidak akan membiarkan media memainkan isu itu. “Saya pernah diberitahu sebelum ini ada pungutan suara dan rata-rata mereka mahu kekal di Malaysia,” katanya.
  8. Dalam pada itu kerajaan Malaysia berulang kali memberitau pihaknya tidak akan membenarkan Sabah keluar dari Malaysia, samada kembali ke pangkuan Filipina, kerajaan Sulu, mahupun berkerajaan sendiri.
  9. Ini kerana Sabah sudah memeterai perjanjian untuk bersama Malaysia pada 1963 dan hasrat itu datang dari pemimpin dan seluruh rakyat Sabah sendiri. Perjanjian itu juga membabitkan Sarawak.
  10. Namun pendirian kerajaan Malaysia tidak semudah yang disebut kerana Filipina sudah melihat dari pelbagai aspek termasuk perundangan sebelum membuat sebarang kenyataan untuk menuntut Sabah.
  11. Mungkin tuntutan mereka berhasil atau sebaliknya tetapi demi maruah mereka akan membawa isu itu ke pengadilan antarabangsa yang bakal memberi kesan sedikit sebanyak terhadap kepentingan ekonomi kerajaan persekutuan di Sabah khususnya hasil minyak dan gas asli.
  12. Rata-rata pemerhati melihat tuntutan itu ada kaitan dengan hasil minyak yang baru ditemui di perairan Sabah yang dikatakan bernilai lebih RM 7 trilion. Sejak penemuan itu, Filipina dan Sulu makin berusaha keras untuk mendapatkan Sabah.
  13. Segelintir rakyat Sabah sendiri mahu keluar dari Malaysia dengan harapan agar mereka dapat menikmati hasil petroleum itu tanpa gangguan mana-mana pihak. Apa yang jelas anpa petroleum tidak mungkin Sabah mahu keluar dari Malaysia.
  14. Jika Sabah tiada hasil mahsul, Filipina dan Sulu juga tidak mahu memandang negeri yang sebesar itu walau dengan sebelah mata.  


Monday, 18 May 2015

Semua presiden UMNO sebelum Najib dipilih secara tidak demokratik


  1. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Melayu bahawa tidak wajar baginya meletak jawatan kerana beliau merupakan presiden UMNO yang PERTAMA telah dipilih secara demokratik.
  2. Sekaligus beliau ingin memberitahu bangsa Melayu bahawa pemilihan presiden UMNO sebelum 2009 adalah tidak demokratik terutama sekali Tun Mahathir Mohamed yang dapat menguasai parti dan negara selama 22 tahun.
  3. Namun pengumuman Najib itu telah membawa implikasi buruk iaitu beliau secara tidak sengaja telah mengandaikan bahawa pemilihan presiden-presiden UMNO sejak 69 tahun lalu sebagai tidak demokratik termasuk ayahandanya sendiri Tun Razak Hussein.
  4. Insiden `slip of the tongue’ ini berlaku di PWTC hari ini apabila Najib mengumumkan bahawa beliau tidak wajar melepaskan jawatan presiden parti dan Perdana Menteri.
  5. Ini kerana dia akan membelakangkan kehendak majoriti anggota parti yang memilihnya secara demokratik.
  6. Memetik laporan Bernama, Najib berkata: “Sebagai presiden parti, saya amat  berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran Umno Sepetang Bersama Presiden.
  7. Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.
  8. Beliau berkata, sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan  selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.
  9. Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi Umno, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
  10. "Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan Umno, sayangilah Umno dan jagalah Umno," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.
  11. Menurutnya, meskipun Umno berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.
  12. "Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya.
  13. Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua.
  14. Kenyataan Najib itu dikatakan tersasar daripada perkara pokok iaitu `keberhutangan’ beliau kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk 17 juta bangsa Melayu untuk menjawab lebih 20 isu nasional secara tuntas dan jelas.
  15. Rakyat kecewa apabila Najib hanya menjawab ringkas 13 perkara melalui blognya najibrazak.com dan beliau tidak langsung mahu menjawab soal gaya hidup mewah keluarganya yang diperkatakan di seluruh dunia bagaikan keluarga Marcos dari Filipina.


Terusan Kra bakal membunuh Singapura


  1. SINGAPURA dikatakan cukup gelisah apabila melihat keseriusan kerajaan China dan Thailand membentuk kerjasama pelaburan termasuk membina sebuah terusan di Kra Isthmus.
  2. Terusan di selatan Thailand itu bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak baru-baru ini telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk mewujudkan satu terusan bagi memendekkan laluan dagang ke Eropah.
  3. Ini akan menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau, manakala Singapura bakal terjejas teruk dengan pembinaan terusan itu.
  4. Dalam kerjasama itu sebuah syarikat gergasi dari China akan dibenarkan melabur di selatan Thailand dalam pelbagai sektor pelaburan.
  5. Antaranya membina semula lapangan terbang, pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting ialah membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.
  6. Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.
  7. Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.
  8. Dari sudut sejarah, cadangan pembinaan terusan itu telah dicadangkan oleh Raja Narai dari kerajaan Ayuthia pada tahun 1677 dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.
  9. Pada tahun 1793, idea ini kembali diutarakan oleh adik bongsu Raja Chakri (Rama I) untuk memudahkan kapal-kapal perang melindungi pantai barat Siam.
  10. Pada awal kurun ke–18, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris juga menunjukkan minat kepada pembinaan terusan ini.
  11. Selepas Burma menjadi jajahan British pada tahun 1863 dengan Victoria Point yang bertentangan dengan muara Kra menjadi titik paling selatannya, satu peninjauan telah dilakukan tetapi dengan hasil negatif.
  12. Pada tahun 1882, pembina Terusan Suez, Ferdinand de Lesseps telah melawat kawasan ini tetapi dilarang untuk menyelidik lebih dalam atas arahan Raja Siam. Pada tahun 1897, kerajaan Siam dan Empayar British telah bersetuju untuk tidak membina terusan ini agar kepentingan Pelabuhan Singapura di rantau ini dilindungi.
  13. Pada kurun ke-20, idea tentang pembinaan terusan ini kembali diperkatakan, tetapi lokasinya berubah ke satu kawasan di selatan Thai, untuk menghubungkan Teluk Bandon berhampiran Surat Thani dengan Phangnga.
  14. Pada tahun 1985, terdapat satu rancangan oleh syarikat Jepun untuk membina terusan ini menggunakan lebih 20 peralatan nuklear yang setiap satunya berkekuatan dua kali ganda kuasa bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima.
  15. Tapak terbaru terusan ini dirancang di sepanjang wilayah Nakhon Si Thammarat dan Trang. Jika disiapkan, terusan ini dijangka bakal memberi ledakan ekonomi di kawasan berhampiran serta seluruh Thailand dan memberi saingan hebat kepada pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.
  16. Pada tahun 2005, The Washington Times melaporkan China sedang merancang pembinaan terusan di Segenting Kra lengkap dengan pelabuhan dan pusat penapisan MINYAK milik China, sebagai sebahagian dari strategi "rentetan mutira" (string of pearls)nya di pangkalan hadapan dan juga keselamatan tenaga.
  17. Kini hasrat yang terpendam sejak ratusan tahun itu muncul kembali dalam bentuk MoU di antara China dan Thailand yang dimeterai pada 10 April 2015.
  18. Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa  sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.
  19. Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.
  20. Anggaran awal kos pembinaan Terusan  Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia. Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.
  21. Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
  22. Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.
  23. Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.
  24. Sebab itulah Singapura telah melebarkan sayap pelaburan ke Iskandar Malaysia sejak beberapa tahun lalu dengan harapan ia boleh memayung beberapa industri utama jika terusan Kra menjadi kenyataan.
  25. Malah kini heboh dikatakan Singapura mahu masuk semula ke Malaysia melalui parti kembarnya DAP dengan harapan sayap pelaburan negara itu dapat dikembangkan ke wilayah utara seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
  26. Ini kerana pelaburan di negeri-negeri itu akan melonjak ke hadapan jika terusan Kra Isthmus dibina dalam tempoh beberapa tahun lagi.