- Semua ahli lembaga pengarah 1MDB dijangka akan letak jawatan serentak pada bulan depan bagi mengurangkan tekanan syarikat yang saban hari dikecam rakyat Malaysia.
- Perletakan jawatan juga dijangka membabitkan mereka yang berada di dalam lembaga penasihat (advisory board) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
- Perkara itu dijangka berlaku pada bulan depan (Julai) atau selewat-lewatnya Ogos ini, kata sumber.
- Antara ahli lembaga pengarah 1MDB ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (pengerusi), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J. Valiram.
- 1MDB dilaporkan berhutang lebih RM42 billion dan kini sedang disiasat oleh Pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Kewangan Awam, Bank Negara dan PDRM.
- Sebelum ini beberapa pihak termasuk menteri mengakui hutang 1MDB agak membebankan dan dek kerana itu Putrajaya terpaksa tangguh segala pinjaman baharu.
- Antaranya Datuk Seri Abdul Wahid Omar di JPM pernah berkata, pelaburan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.
- Katanya, 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.
- Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.
- Kerajaan sedar bebanan hutang itu memberi impak kepada 1MDB dan berikutan itu tiga langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.
- Tiga langkah itu termasuk menangguh semua bentuk pinjaman baharu, fokus kepada dua projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.
- Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti. 1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.
- Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.
- Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.
- Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion. Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.
- Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada. Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.
- Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.
- Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.
- Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut.
Monday, 8 June 2015
Pengarah dan penasihat 1MDB letak jawatan bulan depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment