- Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Melayu bahawa tidak wajar baginya meletak jawatan kerana beliau merupakan presiden UMNO yang PERTAMA telah dipilih secara demokratik.
- Sekaligus beliau ingin memberitahu bangsa Melayu bahawa pemilihan presiden UMNO sebelum 2009 adalah tidak demokratik terutama sekali Tun Mahathir Mohamed yang dapat menguasai parti dan negara selama 22 tahun.
- Namun pengumuman Najib itu telah membawa implikasi buruk iaitu beliau secara tidak sengaja telah mengandaikan bahawa pemilihan presiden-presiden UMNO sejak 69 tahun lalu sebagai tidak demokratik termasuk ayahandanya sendiri Tun Razak Hussein.
- Insiden `slip of the tongue’ ini berlaku di PWTC hari ini apabila Najib mengumumkan bahawa beliau tidak wajar melepaskan jawatan presiden parti dan Perdana Menteri.
- Ini kerana dia akan membelakangkan kehendak majoriti anggota parti yang memilihnya secara demokratik.
- Memetik laporan Bernama, Najib berkata: “Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran Umno Sepetang Bersama Presiden.
- Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.
- Beliau berkata, sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.
- Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi Umno, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
- "Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan Umno, sayangilah Umno dan jagalah Umno," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.
- Menurutnya, meskipun Umno berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.
- "Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya.
- Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua.
- Kenyataan Najib itu dikatakan tersasar daripada perkara pokok iaitu `keberhutangan’ beliau kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk 17 juta bangsa Melayu untuk menjawab lebih 20 isu nasional secara tuntas dan jelas.
- Rakyat kecewa apabila Najib hanya menjawab ringkas 13 perkara melalui blognya najibrazak.com dan beliau tidak langsung mahu menjawab soal gaya hidup mewah keluarganya yang diperkatakan di seluruh dunia bagaikan keluarga Marcos dari Filipina.
Monday, 18 May 2015
Semua presiden UMNO sebelum Najib dipilih secara tidak demokratik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment