- Filipina sekali lagi menzahirkan kemahuan mereka menuntut Sabah dan akan melakukan kajian terperinci sebelum mengambil tindakan lanjut.
- Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.
- Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.
- “Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal di sana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia? Sepatutnya ada pungutan suara terlebih dulu,” katanya.
- Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.
- Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.
- Tetapi Aquiono berkata, beliau tidak akan membiarkan media memainkan isu itu. “Saya pernah diberitahu sebelum ini ada pungutan suara dan rata-rata mereka mahu kekal di Malaysia,” katanya.
- Dalam pada itu kerajaan Malaysia berulang kali memberitau pihaknya tidak akan membenarkan Sabah keluar dari Malaysia, samada kembali ke pangkuan Filipina, kerajaan Sulu, mahupun berkerajaan sendiri.
- Ini kerana Sabah sudah memeterai perjanjian untuk bersama Malaysia pada 1963 dan hasrat itu datang dari pemimpin dan seluruh rakyat Sabah sendiri. Perjanjian itu juga membabitkan Sarawak.
- Namun pendirian kerajaan Malaysia tidak semudah yang disebut kerana Filipina sudah melihat dari pelbagai aspek termasuk perundangan sebelum membuat sebarang kenyataan untuk menuntut Sabah.
- Mungkin tuntutan mereka berhasil atau sebaliknya tetapi demi maruah mereka akan membawa isu itu ke pengadilan antarabangsa yang bakal memberi kesan sedikit sebanyak terhadap kepentingan ekonomi kerajaan persekutuan di Sabah khususnya hasil minyak dan gas asli.
- Rata-rata pemerhati melihat tuntutan itu ada kaitan dengan hasil minyak yang baru ditemui di perairan Sabah yang dikatakan bernilai lebih RM 7 trilion. Sejak penemuan itu, Filipina dan Sulu makin berusaha keras untuk mendapatkan Sabah.
- Segelintir rakyat Sabah sendiri mahu keluar dari Malaysia dengan harapan agar mereka dapat menikmati hasil petroleum itu tanpa gangguan mana-mana pihak. Apa yang jelas anpa petroleum tidak mungkin Sabah mahu keluar dari Malaysia.
- Jika Sabah tiada hasil mahsul, Filipina dan Sulu juga tidak mahu memandang negeri yang sebesar itu walau dengan sebelah mata.
Tuesday, 19 May 2015
Demi maruah Filipina mahu ambil semula Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment