Monday, 16 December 2013

Keluhan hati Ustaz Kazim Elias terhadap parti politik Islam di Malaysia.

 
Ustaz Kazim Elias merajuk dengan PAS kerana digelar Ustaz Khinzir.
 
  • Sekalipun rasmi sudah menolak jemputan untuk jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, namun kisah hidup Ustaz Mohd Kazim Elias, seorang pendakwah bebas terus menarik perhatian semua pihak.
  • Bagi penduduk di sekitar gugusan Manjoi, Ipoh mereka sering terserempak dengan Ustaz Kazim kerana pusat pendidikan Al Barakah yang dikelolanya terletak di situ. Tetapi ini tidak bererti sesiapa saja boleh menemuinya.
  • Maklum sajalah sebagai seorang pendakwah yang sibuk dan paling popular, programnya sentiasa padat sejak selepas solat subuh lagi. Kalau dapat bertemu dengannya di sekolahnya dianggap satu rezeki.
  • Kesibukan beliau itu bukan sejak sebulan dua kebelakangan ini. Ia berlarutan sejak lama dulu walaupun kesihatanya sering terganggu. Beliau secara berterus terang memberitahu para peminatnya bahawa kesihatannya agak “serius” sehingga doKtor yang merawatnya meminta beliau “ambil cuti dan berehat.”
  • Tapi biasalah nasihat doKtor itu tidak diendahkan. Maka inilah punca dia beberapa kali membayangkan nak berhenti berceramah. Pada 9 Disember lalu Ustaz Kazim merakam mengenai tahap kesihatannya begini:
  • “Memang kena berehat, sangat2 lemah seluruh badan. Doktor pun hanya geleng kepala, ustaz tolonglah sayang diri ustaz juga. Saat2 begini saya teringat lagu Sudirman yang sangat menyentuh hati. Gerimis di lautan, mendayung sampan ke kuala, pada rambulan punggok merayu...”
  • Beberapa bulan lalu Ustaz Kazim membuat kejutan dengan memaklumkan kepada umum bahawa beliau bercadang untuk berhenti berceramah pada 28 November. Salah satu faKtor ialah kesihatannya yang semakin tidak mengizinkan. Beliau pernah dirawat di hospital di bandaraya Ipoh kerana penyakit yang dihidapi.
  • Selain dari itu, beliau juga kecewa kerana menerima ugutan dari mereka yang mahu mencederakannya. Keluarganya turut terkena tempias dari mereka yang sering memfitnahnya. Sebuah akhbar tabloid pernah menyiarkan laporan ini mendedahkan ancaman maut itu.
  • Tetapi menjelang 28 November, mungkin kasihan kepada peminat, beliau masih kelihatan di pentas ceramah. Sebenar tidaklah sukar menemui Ustaz Kazim kerana pusat pendidikan AlBarakah kelolaannya, yang merupakan mercu tanda bagi penduduk di kawasan Manjoi, terbuka kepada sesiapa saja untuk berkunjung. Dan sebagai idola,mereka, Ustaz Kazim terus diburu peminatnya.
  • Bagi yang duduk di luar Manjoi atau di luar bandaraya Ipoh, mereka mengikuti perkembangan hidup Ustaz Kazim seperti program hariannya melalui FBnya. Sehingga kini FBnya mencecah 690,140 likes. Atau dengan lain perkataan lebih setengah juta orang sukakan FBnya dan tidak jemu mengikutinya.
  • Bakat semula jadi dalam bidang penulisan dimenafaat melalui entri dalam FBnya. Ia nyata sangat aktif. Bahasanya mudah serta ceritanya penuh dengan humour. Ustaz Kazim juga masih muncul dalam program TV Astro. Dengan itu mereka yang meminatinya berpeluang menghabiskan masa mengikuti program berkenaan.
  • Mari kita ikuti komennya dalam FBnya seperti berikut: “Harap2 malam ni sihat le untuk jadi juri pencetus ummah, cadang nak bercuti tapi saya rasa mungkin saya bercuti di hospital lagi la, setiap kali makan ubat, segenggam ubat 2 kali sehari, dah nak terkeluar balik rasanya bila telan ubat tu. Esok last buat ceramah walaupun sepatutnya 28 Nov lepas dah stop tapi dah janji kena tunaikan jugak jemputan tu, ramai tanya sampai bila ustaz nak berehat, nak bersara dari berceramah?
  • “Saya jawab saya tumpu dakwah kat sekolah saya dan TV serta radio aje. Bagi lah orang muda berceramah pulak, saya ngajar sekitar Ipoh udah le. Sakit saya ni makin terasa, ditambah lagi sakit akibat dicerca, dimaki, dibabikan, Alhamdulillah. Malam ni kita jumpa di Astro Oasis 106.
  • Kalau malam ni muka saya tak ceria, jangan komplen ye. Saya memang tak sihat. Cerita Ustaz Kazim nak ambil cuti panjang sering dijadikan bahan dalam FBnya. Soalnya jadi ke ustaz kita ni nak berhenti berceramah?. Pada 27 Nov lalu, beliau memaklumkan tentang proram Kalau dah Jodoh, satu program TV paling tinggi ratingnya bakal disambung semula.
  • Mengulas isu ini, Ustaz Kazim berkata: “Insyaallah, rancangan Kalau Dah Jodoh disambung untuk musim kedua bermula Disember ini, dan akan disiarkan bulan Feb 2014. Syukur KDJ melepasi  sempadan bahasa dan agama yang menontonnya, Insyaallah kita akan isi dgn tambahan maklumat dan setting lebih kemas serta tajuk2 yang semasa.
  • “Sebanyak 17  episod akan dirakam di 17 lokasi terpilih. Ada orang tanya,"Ustaz kalau rancangan KDJ disambung balik, maknanya ustaz tak jadi bersara dr berceramah lah ye?" Saya jawab."Rasa2nya la kot..."hah2 jgn maraa aaa”
  • Ustaz Kazim turut memberikan nasihat melalui laman FBnya kepada soalan yang sering dibangkitkan. Sama ada melalui telefon ataupun laman FB, nasihat diberi bagi menyelesai masalah. Sebagai contoh entri terbaru melalui FBnya, Ustaz Kazim bercakap mengenai hubungan anak dengan seorang ibu. Berikut tulisannya:
  • “Ustaz, makcik nak minta tolong sikit boleh? Nape makcik, kalau boleh tolong saya  tolong, jawab saya. Anak makcik dah 15 tahun tak balik rumah, lelaki ustaz anak saya tu. Nape dia tak balik makcik? Entah la ustaz, makcik pi rumah dia di KL pun dia tak nak jumpa. Astaghfirullah, MasyaAllah. Sedih saya tengok makcik ni, umur 60an, sakit lutut, dia cari saya naik teksi, minta tolong buat solat hajat, dia rindu anak dia. Dia menjanda seumur 25 tahun, tak kawin2 selepas tu, nak tumpu jaga anak, dia bukan nak duit anak dia cuma nak bermesra bermanja anak ngan ibu. Menangis depan saya teresak2, kata dia macam2 usaha nak berbaik tapi anak tetap tak mau pulang ke kampung. Anak dia sekarang kerja besar, tapi sayang ibu sendiri diabaikan.
  • Kesian kat ibu kita, terlalu banyak susah payah mereka, setitik susu ibu yg mengalir dalam badan kita tak terbalas walau dibayar berjuta ringgit, Redha Allah letaknya pada redha mak ayah, dah mak takde nanti baru kita tau sunyinya hidup ini. Bagi anak makcik tadi kalau baca tulisan ni, balik la, jumpa mak, peluk mak, mohon la ampun sementara mak masih ada.
  • Kalau terasa pada hati, buang jauh2 perasaan tu, balik la, sian kat mak.” Kepada lelaki atau suami yang “take things for granted” soal kesihatan isteri selepas bersalin, Ustaz Kazim berpesan dalam FBnya begini:
  • “Saya berleter kat seorang kawan yang isterinya baru 4 hari bersalin tapi dah membasuh kain lampin anaknya. Saya kata tak kesian kat isteri ke? Saya ajar dia bakar tungku, ajar dia cara dandan rambut isteri, buat bubur, cara pakai lampin anak, banyak la perkara berkaitan dgn org pantang ni.
  • Skrg anaknya dah dekat 10 orang, kalah tok guru dia. Kegemaran saya menungku, kalau isteri saya menungku pasti saya pun tungku sekali. Hari tu pak mertua saya tgok saya menungku, dia tanya, ni sapa yang bersalin ni?”
  • Ustaz Kazim juga bercerita rumah jirannya (di Manjoi) ditenggelami banjir. “Malam2 ni teringat kat mangsa banjir, ujian Allah. Kita doa sama2 buat solat hajat, moga Allah pelihara semua. Ingat masa rumah saya dilanda banjir, jiran2 pindah kat dewan orang ramai. Rumah saya agak tinggi jiran2 mai tumpang tidur, tu baru banjir kilat kejap je mcmana la sahabat di tempat2 yg dilanda banjir sekarang ni. Ya Allah kasihanilah kami Ya Allah.”
  • Kita terpanggil menyiar semula komen FBnya sebab-sebab dia menolak perlantikan MT UMNO. “Pertemuan saya dengan Perdana Menteri sangat terbuka, beliau menjelaskan rasional dan risiko melantik saya ke jawatan MT UMNO. Beliau sangat berharap supaya idea saya selama ini dalam ceramah dapat direalisasikan dengan adanya saya memegang jawatan.
  • Beliau meminta saya mengemudi peringkat akar umbi bermula dari tadika ke sekolah menengah, merangka program bersepadu supaya anak2 muda mencinta Islam dan berakhlak mulia. Beliau juga harap supaya penyatuan umat Islam menjadi kenyataan.
  • Rupanya dia ikuti ceramah saya dan memberi segala sokongan untuk kelangsungan dakwah saya walaupun dia tahu saya bukan dari aliran UMNO. Beliau nak membuktikan bahawa UMNO tidak menolak agamawan dan nak saya jadi pemangkin peranan belia.
  • Dia tak nak saya bertanding apa jawatan dan tak lantik saya untuk pegang jawatan kabinet supaya saya terus boleh menumpukan pada kerja dakwah. Saya fikir sangat molek usahanya. Inilah peluang orang biasa bercakap langsung kepada pimpinan negara.
  • Dalam sejam pertemuan dgnnya saya kemuka lima pandangan, Beliau terima dengan baik. Tapi itulah keputusan saya, walaupun berat tapi kekecewaan yang menghiris hati, tekanan kiri kanan yang saya hadapi, yang tak boleh saya luahkan di sini dan saya merasakan keselesaan yang lebih dengan menjadi penceramah bebas, mendorong saya mengambil keputusan menarik diri dari lantikan tersebut.
  • Bagi yang mfitnah, mengumpat, mencaci, mengutuk seolah2 jahat sungguh lantikan ini, jahat sungguh saya, atas kata nista itu saya serahkan pada Allah. Sampai hati panggil saya ustaz khinzir. Wallahi saya mengadu pada Allah atas kata2 kalian. Inikah yang dikatakan perjuangan Islam? Memaki dan memfitnah? Apa ingat saya kemaruk kuasa wang dan pangkat?
  • Maafkan saya Dato Seri, saya doakan niat murni Dato Seri akan dimakbulkan Allah dan bagi semua yang menyokong saya, terima kasih semua, kita jalan macam biasa kerja dakwah kita. Bagi yang perasan telah sempurna iman sampai boleh kata org lain munafik, bakal ahli neraka, babi, anjing dll, ingatlah Akhirat itu ada dan Allah akan membalasnya.
  • “Aku serah padamu Ya Allah. Saya sangat selesa sebagai pendakwah dan maafkan saya lagi sekali Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Dua keputusan saya. Pertama, Keluar Pas. Kedua, Tak masuk UMNO. Semoga Allah merahmati keputusan ini. Yang penting saya masih ISLAM walaupun tiada parti dan bendera di baju saya.”
  • Ok, sebelum kita akhiri rencana ini, kita ikuti kisah hidup Ustaz Kazim dari kaca matanya seperti ditulis dalam entrinya tidak berapa lama dulu:
  • “Saya lahir pada 28 Nov 1972, 6.45 pagi di Kampung Paya, Batu Kurau Perak. Ayah saya Elias bin Che Mat, mak Nadzirah binti Ismail. Mak melahirkan 11 anak, 2 daripadanya meninggal dunia waktu kecil. Ayah kerjanya menternak lembu dan kerbau, menjadi bilal masjid.
  • Masa baby tu, mak saya kata saya kuat menangis, siang malam asyik menangis, macam Ahmad Albab gamaknya ye? Pernah satu hari, ayah tak tahan, dia ambik saya dan dijemurkan di tengah panas di halaman rumah, sebab tu saya gelap sikit kut.
  • Ayah pandai bersilat, tarannum Al quran dan mengajar agama ketika tu. Abg2 cakap ayah tegas dan mesti bawa mereka untuk solat berjemaah di masjid. Saya tanya mak, mak panggil apa ayah? Mak kata Abg Aji atau Akhi, dia tak banyak bercakap tapi selalu bergurau.
  • Kalau kenduri kendara dialah kepala marhaban dan Qasidah. Ilmu itu turun pada abang saya, Hasbullah. Kelakar, turun pada saya. Pandai tarannum dapat pada abang saya Najmuddin. Meniaga, turun pada Abg Khalil. Pandai cari duit dapat pada Kak Enon, bila dia marah dia berleter dapat kat Kak Mek, kuat bekerja dan rajin dapat kak E. Banyak anak belum dapat kat sapa2, mungkin saya kot sebab ada 5 anak setakat ni.
  • Di kampong, orang panggil dia Pak Aji sebab dia pi haji ketika umur 14 tahun. Dia jual daging lembu dan jual kerbau, selalu dia naik lori bawa binatang2 untuk di hantar kepada pembeli atau untuk menjual daging. Satu hari pada bulan Jun 1973, ayah saya terlibat dalam kemalangan, dia tergelincir dari atas lori yang sedang bergerak dan jatuh keatas jalan tar di pekan Batu Kurau. Dia meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Masa tu umurnya 36 tahun dan saya pula berumur 8 bulan.”- OLEH YUSOF HARUN.

Indoktrinasi ideologi masih berterusan

 
berhati-hati dengan ideologi intoktrinasi
 
  • Baru-baru ini Kunta Kinte dijemput bercakap kepada kakitangan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Antara yang mereka tanya Kunta Kinte adalah berkenaan perang ideologi dan indoktrinasi.
  • Kunta Kinte kata, cerita Siti Aishah Abdul Wahab, wanita berasal dari Malaysia dan berusia 69 tahun yang jadi hamba ideologi di London selama 30 tahun adalah contoh terbaik kesan perang ideologi dan indoktrinasi.
  • Kesan indoktrinasi ideologi Marxis atau dalam bahasa basahan, ideologi komunis begitu mendalam ke atas wanita Melayu itu sampai dia tak berasa dia dipenjarakan. Selepas dilawati oleh kakak dia sendiri pun, dia masih tak mahu balik.
  • Dalam bahasa yang mudah, indoktrinasi lebih kurang macam pukau. Cuma, ikut cerita, orang yang kena pukau hilang akal atau tak sedar sementara saja. Indoktrinasi lebih saintifik dan kesan psikologinya lebih mendalam.
  • Kunta Kinte tak hairan sangat dengan cerita Aishah. Bila Kunta Kinte dilahirkan, Perang Dingin baru bermula dan Kunta Kinte dewasa waktu Perang Dingin memuncak. Sedikit sebanyak, Kunta Kinte pun diindoktrinasikan juga.
  • Kalau Aishah diindoktrinasikan dengan ideologi komunis, Kunta Kinte diindoktrinasikan supaya benci kepada komunis. Cuma indoktrinasi Kunta Kinte tidaklah macam Aishah sampai dikurung dan diasingkan daripada masyarakat.
  • Satu perkara lagi, Kunta Kinte tak berapa hairan dengan kesan indoktrinasi yang berlaku kepada Aishah sebab Kunta Kinte baca banyak buku dan rencana berkenaan ideologi dan indoktrinasi. Ada yang curi-curi baca sebab masa itu haram. Boleh kena tangkap kalau pihak berkuasa tahu.
  • Proses indoktrinasi lebih akademik
  • Proses indoktrinasi jadi lebih jelas dan akademik bila Kunta Kinte dibagi biasiswa ke Berlin Barat, Jerman pada 1977. Secara tersirat, sebahagian kurikulum di Internationales Institut für Journalismus (Institut Kewartawanan Antarabangsa) Berlin adalah indoktrinasi ideologi kapitalisme.
  • Kunta Kinte baca juga macam mana Parti Komunis Malaya mengindoktrinasikan muda mudi, khasnya daripada masyarakat Cina, untuk taat setia dan berani mati kerana komunisme.
  • Kunta Kinte baca berkenaan Mao Zedong mengindoktrinasikan belia China supaya sokong dia dalam Revolusi Budaya 1966 dan 1971. Antara dua hingga tujuh juta rakyat China mati akibat revolusi dalam revolusi Mao itu.
  • Contoh semasa indoktrinasi politik dan ideologi adalah Korea Utara yang mana rakyatnya sangat taksub kepada kepemimpinan Dinasti Kim sampai sanggup mati kebuluran.
  • Jadi kita janganlah sangka bila Perang Dingin tamat pada 1991, dunia dah selamat. Sebaliknya, dunia lebih tak selamat. Yang paling teruk deritai kesan pasca-Perang Dingin adalah dunia Islam.
  • Dalam banyak perkara, dunia Islam wujud hanya pada nama. Dunia Islam pecah-belah, meletup dan meledak. Diletupkan musuh dan diledakkan oleh pergaduhan sama sendiri.
  • Tengok saja di Syria, Iraq, Mesir, Yaman, Afghanistan, Pakistan dan Somalia. Nak pergi sembahyang Jumaat pun tak selamat lagi. Bukan ditembak dan dibom oleh orang kafir, tapi oleh orang Islam sendiri.
  • Jangan mudah cetuskan isu
  • Kunta Kinte minta kita di Malaysia janganlah mudah sangat cetuskan isu, tak kira kerana akidah atau politik.
  • Kunta Kinte tak setuju kita tuduh atau kita haramkan pihak itu dan ini, melainkan ajaran sesat macam Al-Arqam, Tuhan Harun, Al-Ma’unah dan Kerajaan Langit.
  • Dulu masa Kunta Kinte kecil, ada satu ajaran sesat di utara yang dipanggil Taslim atau agama Ahmad Matahari yang diasaskan pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Kunta Kinte rasa cara yang lebih berkesan untuk sekat ajaran lain adalah dengan kita mengisytiharkan bahawa di Malaysia Perlembagaan hanya iktiraf dan benarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Tetapi kalau ada pengamal mazhab lain, kita janganlah bertindak keras dan kasar sampai jadi macam di Pakistan, Iraq dan banyak lagi negara di Asia Barat.
  • Kita kena ingat, negara kita amal dasar terbuka. Kita benarkan orang masuk keluar untuk berbagai-bagai tujuan. Jadi tentulah bukan semua yang masuk keluar itu ikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Janganlah cakap pasal persaudaraan Islam untuk sedapkan rasa saja. Ingat, inilah yang musuh Islam mahu. Mereka mahu umat Islam berpecah-belah. Wallahua’klam. -- BH

Belia Islam perlu ada budaya niaga

 
Belia Islam perlu ada budaya berniaga dan sedia bersaing dengan penganut agama lain.
  • BUDAYA berniaga bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Islam. Malah budaya berniaga ini amat ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pintu rezeki yang utama. Ini selaras dengan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud; Sembilan daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan."
  • Penekanan budaya berniaga dalam Islam turut menekankan nilai-nilai baik yang perlu diamalkan menepati prinsip dan matlamat syariah.
  • Walaupun Islam begitu menitikberatkan bidang perniagaan dan keusahawanan, namun hakikat hari ini menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna berbanding sebagai pengeluar dan pencipta terhadap barangan dan perkhidmatan.
  • Bukankah kita tahu bahawa melalui perniagaan inilah mereka boleh mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain? Seharusnya kita hari ini cuba mantapkan bidang keusahawanan ini dalam kalangan belia dengan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan. Hal ini juga dapat mengurangkan masalah siswazah yang menganggur.
  • Demikian jugalah suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam.
  • Persoalannya mengapa umat Islam tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sedangkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi perniagaan adalah merupakan punca utama rezeki pada masa itu.
  • Justeru, dalam merebut dan memantapkan budaya berniaga ini golongan belia harus mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh kerajaan. Pembentangan Bajet 2014 turut mendorong agar belia perlu menumpukan kepada bidang keusahawanan.
  • Melalui keusahawanan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh menyediakan peluang pekerjaan.
  • Bidang usahawan adalah satu profesion yang harus direbut dan dijadikan sebagai satu teras untuk mereka berjaya dalam hidup. Oleh itu pendedahan awal inilah sangat penting sama ada pendekatan dalam bentuk kurikulum, aktiviti sosial dan sebagainya. Hal ini penting supaya ekonomi negara dapat diseimbangkan dan dijana dengan baik.
  • Dalam meningkatkan dan memantapkan budaya berniaga atau keusahawanan ini maka kita perlu berbuat sesuatu dan dimulakan di peringkat akar umbi. Antaranya melalui gabungan peranan pihak sekolah, ibu bapa, persekitaran dan sokongan korporat serta masyarakat budaya ini dilihat mampu digarap dan dicanai dalam kalangan generasi muda. Terutamanya dari segi bantuan serta sokongan yang komprehensif.
  • Sebagai contoh, di pihak sekolah, guru-guru boleh menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar untuk mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan melalui pembelajaran yang lebih kreatif dan interaktif.
  • Manakala di peringkat ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburi dan merasai pengalaman berniaga seperti memberi dorongan bagi menyertai aktiviti keusahawanan di dalam atau di luar sekolah.
  • Ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak untuk menyertai aktiviti perniagaan dan keusahawanan dengan cara yang difikirkan sesuai bagi maksud menggalakkan kecenderungan mereka ke arah itu di samping memberi panduan memilih perniagaan yang dapat menepati kehendak pasaran semasa. Sebagai contoh ramai juga kalangan belia hari ini yang sudah memulakan perniagaan mereka menerusi online. Perniagaan seperti ini adalah mudah, cepat dan menjimatkan.
  • Selain itu, melalui persekitaran pula kita boleh mencontohi cara didikan dan pendedahan kaum Cina yang telah memberi pendedahan realiti dunia perniagaan kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Pendedahan awal seperti ini menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang perniagaan apabila besar kelak.
  • Begitu juga golongan korporat dan masyarakat, mereka boleh memberi sokongan dan galakan untuk mengerakkan aktiviti keusahawanan dan program-program motivasi seperti sekolah angkat, program keusahawanan dan bengkel serta ceramah kecemerlangan usahawan.
  • Pun begitu, adalah menjadi peranan pihak korporat dalam membantu usaha-usaha memperbanyakkan golongan usahawan dan peniaga Melayu, sekurang-kurangnya dengan memberi tajaan seperti mengadakan forum atau konvensyen keusahawanan dari semasa ke semasa.
  • Manakala di peringkat pengajian tinggi, peranan universiti yang menyediakan asas ilmu dan keterampilan boleh dikembangkan secara kreatif dan inovasi. Hal ini supaya graduan muda boleh memulakan bidang keusahawanan sebaik sahaja tamat pengajian.
  • Mentaliti graduan yang terlalu bergantung kepada makan gaji perlu dikikis dengan membuka ruang minda mereka dengan realiti dunia perniagaan. Sebagai siswazah mereka perlu berpandangan jauh dan tidak mengharapkan makan gaji semata-mata setelah tamatnya pengajian.
  • Galakan ini perlu diterapkan melalui pendedahan praktikal dalam sektor industri khususnya pendedahan dan penyertaan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ini penting untuk membentuk minat mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan yang sebenar.
  • Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, penilaian semula kurikulum di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi harus dilakukan supaya dapat memberi keutamaan kepada penjanaan budaya keusahawanan yang menepati ciri-ciri, nilai dan prinsip yang digariskan oleh Islam.
  • Kefahaman mendalam tentang budaya berniaga dan keusahawanan ini akan memudahkan lagi golongan belia untuk merebut dan mencipta peluang yang baru dalam perniagaan mengikut kehendak pasaran semasa. -- IKIM

Usah ragu kejujuran MTEM

 
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu mula dipertikaikan umum.
  • "KITA tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu memperkasakan individu dan NGO yang bangkit dan bertindak sebagai barisan depan dalam menuntut apa yang perlu bangsa kita miliki."
  • Itulah saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) iaitu sebuah organisasi yang menjadi payung kepada 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu di peringkat nasional pada 29 September 2011.
  • Saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri kemudiannya telah dijadikan azimat oleh kepimpinan MTEM yang tidak lagi menoleh ke belakang bagi memastikan bumiputera tidak terus terpinggir dalam sektor ekonomi berbanding kaum lain.
  • Selepas itu banyak isu yang diperjuangkan oleh MTEM termasuklah mendesak kerajaan memastikan tidak berlaku monopoli bagi kerja-kerja percetakan buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
  • Yang terbaharu adalah pada 7 November lalu apabila Pengerusi Kluster Minyak dan Gas MTEM, Tengku Putra Tengku Ahmad menyifatkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu.
  • Menurut beliau, menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu, pelbagai halangan telah diwujudkan sehingga menyebabkan syarikat tempatan termasuk bumiputera sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.
  • "Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut hingga kepada kontrak pembekalan roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya diberikan kepada syarikat asing," katanya.
  • Ekoran kenyataan itu, Tengku Putra dan Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar menjadi mangsa hentaman beberapa NGO Melayu.
  • Cukup aneh, semua yang menghentam itu tidak pernah terlibat secara langsung dalam perniagaan dan jauh sekali merasai susah payah ketika berurusan bagi mendapatkan kontrak dengan Petronas.
  • Pihak yang menghentam juga tidak menghiraukan nasihat bekas Penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terbuka melalui media massa meminta syarikat itu menyokong semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih diteruskan sehingga kini.
  • "Saya cuma dengar banyak orang tak puas hati. Jadi bila orang tak puas hati, saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) yang mempunyai kuasa eksekutif," jelasnya yang telah meletakkan jawatan sebagai penasihat berkuat kuasa 1 Disember lalu.
  • Dr. Mahathir berkata, pihak pengurusan kemudiannya memberi maklum balas dengan menyatakan mereka telah memenuhi objektif untuk membantu bumiputera dengan memberikan kontrak yang cukup besar kepada golongan itu.
  • Dalam pada itu, Tengku Putra dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini menjelaskan pihak yang mempertikaikan MTEM harus sedar bahawa kenyataan yang dibuat termasuk berhubung isu TPPA dan Petronas adalah berdasarkan kajian mendalam.
  • "Kita telah mengadakan persidangan meja bulat dan perjumpaan dengan pihak terlibat termasuk usahawan industri minyak dan gas yang pernah terlibat dalam Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas.
  • "Saya cerita ini semua ada bukti, tidak ada cerita yang kosong, kita tak cerita macam surat layang. Di MTEM, kita bercakap tentang fakta dan segala apa yang dicakapkan mengandungi isi, sebab itu kita tidak takut," katanya.
  • Sementara itu, Mohd. Nizam berkata, ekoran aduan yang diterima daripada usahawan bumiputera sejak 2012, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Shamsul Azhar pada 14 Februari 2013 selama dua jam bagi merungkai isu berbangkit.
  • Beliau berkata, dalam pertemuan itu kedua-dua pihak telah bersetuju secara dasar untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit.
  • "Selepas itu kita cukup kecewa kerana menerima surat daripada Petronas menyatakan syarikat itu 'non-committal' (tidak memberi komitmen) dengan sebarang kata sepakat yang dicapai dalam pertemuan ini termasuk cadangan mengadakan Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia," ujarnya.
  • Walaupun diserang bertubi-tubi di dalam media massa, Mohd. Nizam menjelaskan pihaknya mengambil pendirian tidak menjawab balik secara terbuka sebaliknya mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak berkenaan.
  • Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana semua yang menghentam itu tidak memahami peranan MTEM dan tidak faham tentang isu yang dibangkitkan.
  • "Antara yang kita telah bertemu ialah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang setelah kita senaraikan bukti-bukti yang sangat jelas, telah mengakui mereka tersilap menghentam kita," katanya.
  • Beliau memberitahu, MTEM menjadi mangsa permainan politik ganas pihak tertentu yang cuba menguasai industri minyak dan gas negara yang bernilai berbilion ringgit.
  • "Jangan terkejut jika saya katakan bahawa ada ketua GLC yang tidak segan silu untuk menuduh pemimpin-pemimpin negara sekarang korup.
  • "Mereka juga menuduh kakitangan syarikat GLC dan usahawan Melayu juga korup, tidak kompeten dan tiada merit sehingga mereka terpaksa membawa masuk pihak luar untuk bekerja di situ.
  • "Peneraju GLC ini mendakwa kita membuat bising kerana hendak projek, sedangkan MTEM bukanlah sebuah entiti perniagaan," katanya.
  • Pendedahan MTEM itu membuktikan GLC kini telah dijangkiti virus yang jika tidak diubati segera oleh kerajaan akan menjadi penyakit kronik.
  • Seperti yang ditulis Rhonda Byrne dalam buku motivasi, The Secret: "Whatever is going on in your mind is what you are attracting."
  • Beliau menulis, individu yang berjaya di seluruh dunia mengetahui satu rahsia iaitu fikiran kita adalah seperti magnet yang akan menarik segala apa yang kita fikirkan.
  • Oleh itu, kalau kita ingin melahirkan tokoh korporat bumiputera berwibawa dan bebas rasuah, peneraju GLC tidak boleh membiarkan pemikiran mereka dihantui persepsi negatif bahawa korupsi sedang berleluasa dalam kalangan usahawan bumiputera. – Utusan

GST dan dorongan rasa benci

GST menjadi kontroversi di Malaysia

  • PAKATAN pembangkang didakwa sedang merancang satu perhimpunan bagi menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) minggu ini bagi mengambil kesempatan menanam rasa benci kepada kerajaan dalam kalangan rakyat yang masih keliru dengan sistem baharu itu.
  • Bagi mereka yang peka dan cuba memahami perkembangan GST, demonstrasi yang didakwa akan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu umpama menjilat ludah sendiri sedangkan beliau dikatakan yang pertama membawa GST ke Parlimen pada 1993 selaku Menteri Kewangan di samping beberapa kali menyatakan 'sokongan' terhadap sistem tersebut.
  • Umum memahami, mereka yang tidak faham GST akan menyertai demonstrasi tersebut tetapi jika golongan yang sememangnya faham dan menyokong pelaksanaan sistem cukai itu terlibat berdemonstrasi, ia menunjukkan amalan politik tidak matang pembangkang dan berpaksikan kepentingan peribadi semata-mata.
  • Bukannya kali pertama tetapi sudah berulang kali golongan ini menggunakan kekeliruan rakyat untuk memupuk kebencian terhadap pemerintah, menolak semua dasar dan program yang diadakan sama ada baik atau buruk asalkan dapat mengurangkan sokongan politik kepada kerajaan.
  • Tindakan yang hanya akan mengganggu rutin harian rakyat itu, 16 bulan sebelum GST mungkin dilaksanakan, dilihat tidak lebih daripada usaha memupuk budaya demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang sememangnya 'wajib' diadakan pembangkang sepanjang tahun.
  • Maka, tidak pelik apabila ada yang mengatakan pembangkang negara ini tidak berkualiti dalam kapasiti mereka sebagai 'pengimbang' pentadbiran negara kerana lebih taksub mengejar kuasa pemerintahan daripada mengutamakan keputusan terbaik untuk masa hadapan rakyat dan negara.
  • Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, langkah mengajak rakyat ke jalan raya selepas diri sendiri bersetuju dengan GST menunjukkan pihak terbabit tidak konsisten dan tidak matang berpolitik.
  • "Sudah sokong tapi nak berdemonstrasi juga, cakap tidak serupa bikin. Jika mereka memerintah pun saya yakin mereka akan laksana GST juga.
  • "Seperti bila Selangor naikkan gaji tetapi menguntung segelintir exco sahaja, mereka tidak konsisten. Tetapi jika mahu buat demonstrasi juga itu hak demokrasi mereka, asalkan ikut peraturan," katanya.
  • Beliau kesal melihatkan pembangkang masih tidak dapat membezakan antara isu politik dan isu negara sedangkan perlu juga melihat kewajaran mempolitikkan sesuatu perkara agar tidak menjejaskan negara kelak.
  • Tambahnya, semua perkara boleh dipolitikkan jika mahu mengejar keuntungan peribadi atau kumpulan tertentu, tetapi isu seperti GST melibatkan polisi negara dan lebih wajar didebatkan di Parlimen.
  • "Sekarang ada ramai ahli pembangkang di Parlimen, kenapa tidak debatkan isu ini di sana, kemukakan hujah-hujah dan bukannya membuat demonstrasi, heret rakyat ke jalan raya.
  • "Jika terus begini, negara tidak akan berkembang. Kita kena tahu had-had berpolitik, biar bijak dan rasional. Ada Parlimen gunakanlah untuk bincang isu polisi. Pembangkang tidak patut heret rakyat ke jalan raya, ini menunjukkan mereka tiada kematangan berpolitik," ujarnya.
  • Pemerhati antarabangsa dan keselamatan, Mohamad Faisol Keling pula melihat masalah sebenar lebih besar daripada demonstrasi dan perhimpunan haram kerana pembangkang sebenarnya mengambil kesempatan atas kelemahan rakyat untuk berfikir sendiri.
  • "Demonstrasi bukan masalah utama kita, sama ada dalam isu GST, blackout, 40,000 pengundi Bangladesh mahupun isu Syiah. Masalah utama adalah ramai kalangan kita yang lemah kuasa berfikir dan lebih selesa menerima bulat-bulat apa dikatakan orang tanpa usul periksa.
  • "Ramai yang tidak berfikir secara kreatif, tidak boleh buat analisis sendiri, taksub dan terima apa saja orang kata. Ambil contoh isu Syiah, perkara yang nyata lagi jelas bertentangan dengan Islam tetapi ada yang sokong selepas pemimpin atau 'ulama' mereka nyatakan sokongan," tegasnya.
  • Tambahnya, tanpa kematangan dan kuasa berfikir sendiri, mana-mana pihak boleh mencipta apa jua isu pada bila-bila masa termasuk benda tidak masuk akal tetapi tetap diterima masyarakat dan menjadi ikutan ahli-ahli yang taksub.
  • Beliau mencadangkan kerajaan memberi tumpuan kepada punca masalah kurangnya daya fikir rakyat daripada melayan demonstrasi pembangkang yang hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan anggota masyarakat.
  • "Untuk tangani masalah demonstrasi, bukan sahaja dalam isu GST atau Syiah, kerajaan perlu tingkat kemampuan rakyat untuk berfikir sendiri secara matang dan kreatif. Tingkatkan mutu pendididkan, berikan penerangan melalui media massa secara berterusan dan pupuk pemikiran secara kritis.
  • "Lihat sahaja kesan masalah ini, orang tuduh ada 40,000 pengundi Bangladesh pun pengikutnya percaya bulat-bulat. Bila orang yang sama nafi pernah buat tuduhan itu, pengikutnya percaya juga. Terima bulat-bulat dan tidak berfikir sendiri," jelas Mohamad Faisol.
  • Dalam isu GST katanya, seolah-olah ia agenda peribadi atau agenda parti dalam kerajaan sedangkan setiap dasar melalui proses penilaian dari peringkat paling rendah ke jabatan dan kementerian sebelum dibawa untuk perbahasan dan undian di Parlimen untuk dilaksanakan.
  • Beliau melihat rakyat yang tidak nampak aturan proses itu mudah dimanipulasi dan percaya momokan pihak lain sedangkan pihak itu juga mempunyai ahli yang ramai di Parlimen untuk berhujah mahupun menghalang pelaksanaannya.
  • "Lebih malang lagi bila golongan yang boleh berfikir juga turut serta dalam demonstrasi sebegini demi kepentingan peribadi individu ataupun parti kesayangan mereka.
  • "Ini sindrom pemikiran lemah sehingga mudah dimanipulasi orang lain, sampaikan sanggup menyokong benda yang jelas salah seperti dalam isu Syiah. Agama, bangsa dan negara boleh terancam jika rakyat tidak boleh berfikir sendiri," ujarnya.
  • Mohamad Faisol bagaimanapun tidak meletakkan tanggungjawab membuka akal fikiran rakyat di bahu kerajaan sahaja kerana setiap individu perlu ada keazaman sendiri untuk meluaskan pemikiran daripada hanya mengikut telunjuk orang lain.
  • Beliau merasakan proses mempengaruhi rakyat masih berlaku selepas pilihan raya lalu, dari demonstrasi blackout sehingga kini ke isu GST tetapi berharap kerajaan tidak fokus kepada satu-satu isu dimainkan pembangkang sebaliknya menyelesaikan punca utama masalah tersebut.
  • "Jika rakyat boleh berfikir sendiri, tahu menilai isu dibangkitkan dan tindakan pihak terbabit, mereka dapat bezakan mana yang betul, salah dan terutama sekali mana yang tipu daya. Demonstrasi GST belum tentu berjaya jika rakyat dapat menilai dan berfikir sendiri," katanya. --  anuar.kari@utusan.com.my

Saturday, 14 December 2013

Soal Black Hawk Down....

Polemik Black hawk Down
 
  • Masih ingat lagi filem Black Hawk Down arahan Ripley Scott tentang sekumpulan tentera elit Amerika Syarikat yang terperangkap dalam serangan tentera militan Somalia di Mogadishu, Somalia?
  • Yang tidak dipaparkan di dalam filem tersebut ialah penglibatan dan pengorbanan tentera Malaysia di dalam operasi menyelamat tentera elit US itu!
  • Tetapi, setelah 20 tahun kejadian di Mogadishu itu, Amerika Syarikat akhirnya secara rasmi mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut.
  • Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.
  • Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
  • "Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.
  • "Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,'' katanya,
  • Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. - UM
  • Walau pun pengiktirafan Amerika Syarikat itu agak lewat tetapi kita tetap berbangga dengan pengiktirafan terhadap pergorbanan pihak tentera negara kita.
  • Dalam masa yang sama, kita juga tentu berasa mual dan menyampah dengan tindakan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang pernah memperlekeh dan menghina pergorbanan pihak keselamatan negara ini.-- blogger.
  • Apapun mengikut pendapat beberapa pengusaha Production House tempatan, kebanyakan mereka berkata filem adalah filem, ia boleh diubah-ubah mengikut selera pengarah bagi kepentingan tertentu dan untuk tujuan komersil.
  • Filem Black Hawk Down tidak semestinya wajib memaparkan sumbangan ATM Malaysia kerana filem adalah filem, manakala sejarah adalah sejarah. -- penerbit filem tempatan.
  • Semua pihak di Malaysia perlu berusaha bekerjasama menghasilkan filem bertaraf Hollywood agar dapat memperkenalkan negara di persada dunia. Tak payah bergantung kepada pengusaha Barat membawa nama kita dalam Black Hawk Down atau filem-filem lain.
  • Lihat saja bagaimana Korean membawa K-Pop manakala Mumbai membawa Bollywood di mata dunia. Kita boleh jika mahu membawa Malwood, Malaysiawood, Melayuwood atau Mwood -- Yang Benar

GLC disusun semula untuk kepentingan negara

Benarkah GLC ketepikan usahawan Melayu?

  • ARTIKEL saya bertajuk 'Ke manakah ekonomi bumiputera?' (Utusan Malaysia, 10 Disember 2013) mendapat maklum balas pelbagai pihak. Ada antaranya rakan-rakan saya yang bekerja sebagai eksekutif kanan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
  • Isu yang disentuh oleh saya mengenai GLC ini adalah isu yang dari dahulu sehingga kini mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera.
  • Selari dengan isu yang dibangkitkan, saya tertarik dengan berita yang mengatakan bahawa China sedang bercadang untuk menyusun semula pelaburan GLC-GLCnya. Diberitakan juga bahawa syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Malaysia (GLIC) juga banyak membuat pelaburan di luar negara. Antaranya seperti Tabung Haji.
  • Berita-berita mengenai GLC dan GLIC bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia tetapi juga rakyat negara-negara lain. Sudah semestinya banyak kajian akademik telah dibuat mengenai GLC dan GLIC di seluruh dunia.
  • Sebenarnya sudah ada langkah untuk mentransformasikan GLC, tetapi sejauh manakah kesannya ke atas pembangunan dan kemajuan negara umumnya, dan ekonomi bumiputera, khususnya?
  • Tindakan yang dibuat oleh China bertujuan untuk memperkukuhkan GLC tetapi pada masa yang sama kerajaan China masih menguasai kepentingan GLC. Acuan syarikat pelaburan Singapura dijadikan contoh. Adakah acuan yang sama perlu dilaksanakan oleh GLC Malaysia?
  • Bagi saya, tidak semestinya menggunakan sepenuhnya acuan yang sama. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengubahsuai acuan tersebut bertepatan dengan polisi untuk memajukan ekonomi bumiputera.
  • Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah dengan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi. Pendekatan ini sesuai untuk meningkatkan produk-produk terbaharu GLC bagi meningkatkan daya saing GLC di samping memastikan aset-aset GLC tidak terlepas ke tangan orang lain.
  • Sememangnya ada antara GLC-GLC ini diintai oleh pihak-pihak tertentu, kalau tidak masakan ada pihak mengesyorkan agar syarikat berkeuntungan tinggi seperti Petronas disenaraikan di Bursa Malaysia. Tujuan mereka untuk menguasai kepentingan syarikat sebegini yang merupakan syarikat mega bertaraf dunia.
  • Kerajaan perlu menumpukan kepada industri yang boleh menjana keuntungan tinggi di samping memberi impak besar kepada kepentingan ekonomi kaum bumiputera. Malangnya terdapat rungutan dalam kalangan eksekutif kanan GLC yang mengatakan bahawa GLC tidak boleh bersaing sepenuhnya kerana adanya 'tangan-tangan ajaib'.
  • Akhirnya GLC kelihatan seperti tidak membantu kaum bumiputera, tetapi hanya membantu pihak-pihak yang 'terpilih' sahaja. Rungutan ini merupakan rahsia umum yang merupakan antara barah lama yang berlaku sejak dahulu lagi.
  • Kerajaan perlu mengambil kira keluh-kesah ini kerana untuk menyalahkan sepenuhnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah satu tindakan yang tidak akan menyelesaikan isu GLC dan ekonomi bumiputera.
  • Ramai antara mereka ini merupakan CEO-CEO yang hebat-hebat belaka, jika tidak masakan ada antara mereka sebaik sahaja tidak menjadi CEO-CEO GLC dilamar terus oleh syarikat-syarikat lain termasuklah syarikat luar negara. Sayang sekali kita kehilangan mereka.
  • Jadi, tanggungjawab untuk memperkukuhkan ekonomi bumiputera bukan setakat terletak di bahu CEO-CEO sahaja tetapi juga melibatkan semua pihak terutamanya lapisan pentadbiran tertinggi GLC. Inilah keluh kesah yang dibawa oleh rakan-rakan saya dalam GLC dan luar GLC sebagaimana sudah menjadi rahsia umum kepada rakyat.
  • Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan langkah pembangunan vendor agar mereka ini benar-benar berdaya saing. Vendor-vendor ini mestilah mereka yang benar-benar terbukti berkualiti atau sekurang-kurangnya mempunyai minat mendalam untuk berjaya dalam perniagaan. Tiada lagi vendor yang hanya mahukan keuntungan sekelip mata dengan bantuan kerajaan.
  • Dengan kata lain, usahawan tulen yang berkualiti tinggi yang benar-benar berjiwa membantu ekonomi bumiputera perlu dikenal pasti. Kerajaan perlu memantau prestasi-prestasi vendor ini agar mereka ini benar-benar berada pada paras vendor berprestasi tinggi.
  • Usah ambil mudah perkara ini kerana jika tidak ia boleh menjejaskan kualiti ekonomi dan perniagaan kaum bumiputera dan kesannya ekonomi bumiputera masih lagi di takuk yang sama. Bagi vendor-vendor yang tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, kerajaan perlu menyantuni mereka dengan cara tidak merugikan ekonomi bumiputera.
  • Ekonomi kaum bumiputera tidak akan ke mana jika masih ada lagi golongan yang inginkan keuntungan sekelip mata demi kepentingan peribadi. Ayat mudah, mahu cepat kaya! Maka, timbullah isu ketirisan di sana sini apabila ada di antara golongan 'terpilih' ini menjual atau menyewa lesen perniagaan kepada kaum lain dan warga negara asing.
  • Sebab itulah Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera tidak boleh sesekali memandang sepi perkara ini.
  • Kerajaan perlu melibatkan semua golongan kaum bumiputera terutamanya setiap institusi ekonomi bumiputera seperti GLC dan GLIC perlu bergerak dengan sistematik, menyusun semula strategi dan tumpukan sepenuhnya polisi membantu bumiputera tanpa meminggirkan keuntungan jangka masa panjang untuk negara. Tanganilah perkara ini sebelum terlambat.-- Rohami Shafie, Universiti Utara Malaysia

Friday, 13 December 2013

Media asing Double Standard soal Malaysia dan Singapura

 
rusuhan Singapura
  • Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya. Kira-kira 400 perusuh telah membuat kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little India.  Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh sebuah bas ketika melintas jalan.
  • Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk meleraikan rusuhan.  Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan tersebut.
  • Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta, rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu, bukanlah besar, tetapi bukan juga kecil.  Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia, yang meletakkan kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah pada rakan-rakan Asianya.
  • Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang ketat tentunya merupakan satu berita hangat.
  • Namun, pelik sekali apabila media barat, terutamanya CNN tidak pula memberi liputan meluas mengenainya.  Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita sebegitu.  Malah, rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan, diulang-ulang dan dibincang berkali-kali dalam program-program mereka.
  • Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia, misalnya, sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk mana.  Benar, jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu hampir 4 kali ganda.  Pun begitu, kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura.
  • Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi, tetapi sekadar ingin melihat sendiri kekecohan itu, tanpa sedikit pun merasa takut.  Jelas, rakyat negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi.
  • Bagaimanapun, demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat.  Beberapa pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan seolah-olah ingin mengajar, kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia. 
  • Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi selamat.  Walhal, rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing.
  • Berbeza dengan demonstrasi di Singapura, rakyat dan kerajaan negara itu jelas terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang menduduki negara itu.
  • Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti kemalangan.  Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.
  • Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan Bangladesh, maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar.  
  • Tahun lepas, warga asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka.
  • Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa itu.  Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu.
  • Bagaimanapun, sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di Singapura, begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura.
  • Nampaknya, Singapura mendapat layanan istimewa dari barat.  Segala keburukan negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang ditonjolkan. 
    Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan ‘adik’ kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya.
  • Justeru, tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan ‘melepas batuk di tangga’ mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus menjadi mata, telinga ataupun ‘alat’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara, dalam usaha kuasa besar itu untuk menguasai dunia.- AD

Singapura dilanggar "todak India"

Singapura dilanggar todak India
 
  • KIRA-KIRA 12 tahun lalu di Singapura apabila anak seorang Amerika, Michael Faye menyembur cat pada sebuah kereta secara main-main, dia dijatuhi hukuman berat - didenda setimpal dengan perbuatannya.
  • Waktu itu Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton terus angkat telefon menghubungi Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong. Tetapi dijawab Chok Tong: "Jika Amerika Syarikat ada undang-undangnya, Singapura juga ada undang-undangnya."
  • Faye tetap didenda, sekali gus memperlihatkan ketegasan Singapura terhadap jenayah-jenayah berat, waima yang ringan sekali pun.
  • Namun, Ahad lalu di Singapura berlaku kejadian tidak disangka-sangka. Kira-kira 400 pekerja dari Asia Selatan terlibat dalam rusuhan yang menyaksikan 25 kenderaan termasuk bas serta 16 kereta polis musnah serta dibakar manakala 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam cedera. Kumpulan perusuh mengganas setelah tersebar berita kematian seorang rakyat India dilanggar sebuah bas.
  • Jika selama ini Singapura dianggap negara paling efisien - bersih dari sudut anti-jenayah, kemajuan tiada tolok banding serta penguatkuasaan undang-undang antara tersohor di dunia - rusuhan Ahad lalu merobek segala-gala imej republik itu.
  • Sama ada kerajaan Singapura 'terlepas pandang' bibit-bibit sebelum insiden ini, itu persoalkan kemudian.
  • Cuma daripada peristiwa ganas pekerja asing India dan Bangladesh di Little India, dekat Serangoon Road dan Race Course Road, Singapura itu, Malaysia sepatutnya beroleh satu perbandingan yang perlu diambil berat dari sudut-sudut perundangan, kesan ekonomi dan badan-badan antara kaum.
  • "Apa yang berlaku di Litte India, Singapura itu satu pengajaran berguna kepada negara-negara jiran bagaimana majunya negara itu, masih ada ancaman terhadap sosio budaya dan politik. Dengan keadaan di Singapura, sekali gus tampak pekerja-pekerja asing ini apabila besar bilangannya tetap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
  • "Masa bilangannya kecil, mereka hormat dan beradab tetapi bila bilangannya besar seperti di Singapura, Malaysia juga tidak mustahil mendepani masalah ini," kata Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim kepada penulis semalam.
  • Rais memberitahu, ancaman pekerja-pekerja asing di negara punca pencarian rezeki mereka bertambah berat dan serius apabila dibenarkan kelompok-kelompok kumpulan mereka 'mengadakan dunia mereka sendiri' seperti berhimpun.
  • "Kalau di Singapura, selain Little India, ribuan warga Filipina juga berhimpun setiap Ahad di Lucky Plaza dekat Orchard Road, sampaikan anda sendiri kalau ke sana 'sesak nafas' dibuatnya," katanya.
  • Dan apabila mereka ini mempunyai 'perpekanan' atau kawasan berhimpun secara sosial seperti di Serangoon Road dan Orchard Road, pihak berkuasa harus berwaspada dengan keadaan ini.
  • "Di Ampang contohnya, seperti mana Ampang Point dan Ampang Park, apa yang nampak kelibat besar warga Nigeria dan (benua) Afrika pada hujung minggu sehinggakan negara ini nampak negara Afrika.
  • "Bilangan mereka, apabila besar seperti mana di Singapura tempoh hari, mereka tak takut dah, sanggup buat apa sahaja, sekali pun bertempur dengan polis.
  • "Senario ini perlu dielakkan. Kaedah pencegahan perlu dicari dari sekarang. Juga, perlu berwaspada khabar-khabar angin bahawa sebahagian warga Bangladesh sudah dapat MyKad, selain ada laporan menunjukkan beberapa kumpulan pendatang dari Afrika memiliki dokumen-dokumen palsu," kata beliau.
  • Mengambil teladan daripada rusuhan di Singapura, kata Rais, isu di Malaysia adalah berkaitan soal ketenteraman awam dan langkah-langkah pencegahannya.
  • "Ini harus diwujudkan segera. Jika di Singapura pun yang sentiasa bersiap-siaga dengan penguatkuasaan anti-jenayah dan anti-rusuhannya yang cekap, apatah lagi dengan sistem kita," katanya.
  • Justeru, bagaimana penyelesaiannya? Rais antara lain menggariskan langkah-langkah berikut:
  • 1. Di bawah tajuk pencegahan, wajar dilihat sudut penguatkuasaan, pemilikan kad pengenalan dan kad sah kerja di Malaysia. Setakat ini 'check point' mengejut jarang dilakukan. Dalam konteks ini juga, Rais ada mengemukakan kepada kerajaan mengenai keperluan undang-undang pekerja asing dibuat secara menyeluruh.
  • Yang tersedia ada, masing-masing penguatkuasaan 'berpecah' di Kementerian Dalam Negeri, pihak kerajaan tempatan serta Kementerian Kesihatan (kesihatan pekerja). Tidak ada sistem menyeluruh bagi pendatang asing.
  • 2. Tidak membenarkan mana-mana warga asing mengadakan perhimpunan besar-besaran secara riadah atau berkaitan urusan kerja. Bila berhimpun terlalu ramai, akan wujudlah kumpulan gengster dan 'triad' (Cina).
  • 3. Operasi pencegahan ini wajar diumum dan dilaksanakan supaya tampak oleh masyarakat.
  • Apa yang dikongsi oleh Rais amat berguna untuk direnung bersama oleh pihak berkuasa dan kerajaan negara ini. Dengan bilangan berjuta pekerja asing selain bilangan yang haram pun belum dimuktamadkan angkanya, nisbah ini cukup besar.
  • Dianggarkan terdapat 2.5 juta pekerja asing di Malaysia. Juga, harus dibuat sesuatu dengan meneliti niat warga asing berkahwin dengan warganegara Malaysia. Bila beranak-pinak, mereka kelak akan minta pula mahu menjadi penduduk kekal atau terus memperoleh taraf warganegara di bawah proses pendaftaran. Jika beribu-ribu warga asing buat begini, macam mana?
  • Akibatnya, mereka akan bersaing pula dengan rakyat Malaysia dalam berebut faedah/kemudahan kesihatan, persekolahan, perumahan dan peluang pekerjaan.
  • Rais mengakhiri perbualannya: "Di Malaysia, kita mesti curiga terhadap pekerja asing. Kecurigaan ini perlu diterjemahkan dengan penguatkuasaan imigresen yang cekap. Bukan perkara memalukan jika rondaan dibuat setiap hari.
  • "Di KLCC misalnya, perlu dikerapkan rondaan semasa musim perayaan setiap tahun.
  • "Dan dalam konteks ini tidak salah dicadang diwujudkan latihan nasional supaya warga Malaysia sendiri berupaya mengambil peranan pekerja asing dalam sektor tertentu seperti pembantu rumah.
  • "Ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan terhadap warga asing." -- Utusan

Puncak Niaga awaits response from KDEB on improved takeover terms for water assets

water treatment plant
 
  • Puncak Niaga Holdings Bhd, which has accepted in-principle the offer from Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) to acquire its water assets, expects KDEB to respond before the year-end to its request for improved takeover terms.
  • “The company wishes to inform that Puncak Niaga received a letter from KDEB to request for time until Dec 31 to revert with an appropriate response to Puncak’s letter,’’ it said in a short statement to Bursa Malaysia yesterday.
  • Puncak Niaga had on Dec 4 accepted in-principle the offer by KDEB, on behalf of the Selangor government, to acquire its 100% equity stake in Puncak Niaga (M) Sdn Bhd and 70% equity stake in Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
  • However, in response to the offer, Puncak Niaga said its willingness to sell its assets was subject to several conditions.
  • It wants the total equity contribution to be paid to it and this includes a compounded return of 15% per year as compensation to the holding company for the loss of future earnings from the sale.
  • Puncak Niaga had then given KDEB seven days to respond to its request.
  • It is reported that Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was confident of sealing a deal with Puncak Niaga.
  • “Yes, there are a few conditions listed by Puncak Niaga, but I am confident we can reach an agreement on the matter,” he was quoted as saying.
  • To recap, the recent offer was the fifth attempt made by the Selangor government to consolidate the water assets in the last five years.
  • The latest offer values the four water concessionaires at RM9.65bil. The four are Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syabas and Konsortium Abass Sdn Bhd.
  • Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, amongst other, holds five water treatment concessions in Selangor, operating and managing 29 water treatment plants, including the Sungai Langat water treatment plant.
  • Puncak Niaga had claimed that under the terms of the last offer, the actual proceeds to be received by the concessionaires were a lot less than what was offered by the state.
  • Both Puncak Niaga and Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (which owns 30% equity stake in Syabas) said they had accepted the takeover offer from KDEB with conditions, while Gamuda Bhd said it was unable to consider the offer to buy out its 40% stake in water treatment operator Splash.

Water distruption, one million residents to be affected on Tuesday

water distruption in Klang Valley
  • ABOUT one million residents in Selangor and here will face water supply disruptions from Tuesday following a temporary partial shutdown at the Sungai Selangor Phase 2 water treatment plant.
  • Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) said in a statement here that the disruption would begin at 8am on Tuesday. Supply is expected to resume at 9pm the same day and continue in stages until Sunday.
  • The stoppage was to make way for the upgrading, repair and changing of switchboard and steel pipes.
  • The statement said it would involve 217,694 consumer accounts, including in several key areas such as the Royal Selangor Club, National Science Centre, Jalan Duta government complexes and Putra World Trade Centre.
  • Water supply in most areas is expected to be reconnected within 24 hours after the stop-work operations has been completed but it depends on the proximity to the source of supply.
  • "Syabas expects that areas on high ground and located far from the sources of water, particularly around Petaling, Kuala Lumpur and Klang/Shah Alam will have supply resumption last."
  • Syabas advised consumers to store sufficient water supply because no tanker lorries would be provided during the period of supply disruption (except for hospitals and dialysis centres) as early notices had been issued.
  • Consumers can get in touch with its Customer Service Centre (PUSPEL) at the toll-free number 1-800-88-5252 to seek further information.
  • The affected areas will be Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang and Shah Alam. For full list of affected areas

Kenapa UMNO dan Pas perlu muzakarah

  • 
    Umno dan Pas perlu bermuzakarah
    UMNO dan Pas perlu bermuzakarah adalah untuk mendapatkan persefahaman tentang perlunya kesatuan pemikiran dan agenda umat Islam sebagai umat yang komited dalam mengamalkan Islam dan membangunkan Islam dalam perspektifnya yang betul di negara kita.
  • Untuk merealisasikan kesefahaman dan kesatuan umat Islam, maka seluruh umat Islam yang ikhlas haruslah memahami Islam berdasarkan world view yang sebenarnya tentang Islam dan umat Islam itu.
  • Memahami Islam berdasarkan ideologi politik sering menimbulkan konflik di antara umat Islam seluruhnya, iaitu tentang kefahaman istilah-istilah ilmu yang ditafsirkan dari sudut politik seperti sekularisme, kebangsaan, fanatik, dan sebagainya.
  • Kefahaman istilah inilah yang sering dijadikan senjata untuk melabelkan para pengikut parti politik yang tertentu ketika berusaha mencari keuntungan politik kepartian, terutamanya kerana ingin mendapatkan sokongan kepada partinya dan mendapatkan undi dalam pilihan raya.
  • Isu-isu ini melibatkan akidah dan akhlak Islamiah, iaitu yang berlaku selama ini di antara UMNO dan Pas. Perjuangan dan agenda kerja politik yang disebutkan sebagai sekular, kebangsaan dan sebagainya yang ditakrifkan sebagai tidak Islamik, sering mengelirukan umat Islam sendiri tentang pentafsiran istilah-istilah itu yang sebenarnya.
  • Malah istilah dan label ini sering menjadi persepsi umat Islam sendiri, yang dianggapnya sebagai betul dari sudut pentafsiran akidah dan syariah serta moralnya.
  • Akibat persepsi dan fatwa inilah maka timbul perpecahan dan prasangka sesama umat Islam sendiri, khususnya antara ahli dan para penyokong dua parti Melayu Islam iaitu Pas dan UMNO, dan lebih serius lagi ialah tanggapan yang telah ditanamkan dalam akidah orang Islam, bahawa pengikut parti yang tertentu adalah kafir dan telah tercemar akidahnya, satu keadaan yang amat serius yang sering mengakibatkan perpecahan kalangan umat Islam seluruhnya.
  • Agenda pelaksanaan syariat Islamiah di negara ini juga haruslah disepakati menurut perspektif yang betul dan benar-benar mengikut kaedah fikah, falsafah hukum, maslahah umum, terutamanya dalam masalah pokok dan dasar Islam itu sendiri, termasuk juga kesepaduan pembangunan Islam dalam kepelbagaian dimensinya dari segi ekonomi, pendidikan, kewangan dan perbankan, alam sekitar, akhlak dan etika serta dasar-dasar syariah pada umumnya.
  • Persefahaman dan pentafsiran yang luas dalam agenda Islam yang besar ini dapat mengelakkan salah faham masyarakat Islam dan antarabangsa yang selama ini memahami istilah menegakkan negara Islam dengan pandangan dan perspektif yang sempit, iaitu yang hanya berlegar di sekitar hukum hudud semata-mata apabila dikemukakan idea pemerintahan Islam bagi negara kita.
  • Maknanya, istilah Negara Islam itu sendiri haruslah difahami dengan pengertian yang lebih global dan menyeluruh sebagai satu penjelmaan konsep Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap atau istilah yang sering digunakan bagi Islam sebagai Ad-deen.
  • Muzakarah yang sekiranya dapat difokuskan seperti isu-isu di atas di samping isu-isu berkaitan yang lain, saya rasa akan dapat mendekatkan world view atau tasawur Islami yang sebenar di antara dua parti Melayu Islam yang terbesar di negara kita ini, dan yang selama ini menjadi duri dalam daging bagi kedua-duanya yang amat jarang sekali dibangkitkan secara berterus terang dalam arena ilmu dan dialog.
  • Isu-isu ini hanya lahir dalam konflik kepartian, dan sering menjadi bahan permusuhan antara pemimpin dan pengikut parti yang lebih bersifat partisan serta fanatik politik yang tegar.
  • Muzakarah ini haruslah diadakan dalam suasana berbaik sangka dan ikhlas serta jujur untuk mencari kebaikan bersama, terutamanya dalam suasana ketegangan sesama Islam yang dapat kita lihat dalam dunia Islam kini, malah yang sering membawa kepada pertumpahan darah atas nama jihad dan perjuangan untuk menegakkan Islam, sedangkan perkembangan ini amat mencemarkan imej dan nama suci Islam.
  • Muzakarah ini tidak seharusnya menjadi polemik politik untuk tujuan politik umat Islam dalam persaingan politik di negara kita, terutamanya yang dihubungkan dengan kebangkitan perkauman dan agama akhir-akhir ini.
  • Malah haruslah dielakkan sama sekali tujuan politik untuk mendapatkan dua pertiga suara di dalam Parlimen umpamanya bagi meminda Perlembagaan untuk tujuan-tujuan yang boleh menyentuh kaum dan penganut agama lain di negara ini.
  • Kalau hal ini menjadi agendanya maka kaum dan penganut agama lain juga akan mengambil tektik yang sama bagi kaum dan pengikut agama mereka.
  • Saya percaya sekiranya titik perbezaan dari segi ideologi politik, kefahaman agama, kesatuan pemikiran dan agenda pembangunan Islam di negara kita ini dapat di selesaikan, maka tindakan-tindakan yang berikutnya dapatlah dilaksanakan dalam jangka pendek dan jangka panjangnya.— Oleh: Datuk Dr. Ismail Ibrahim, Pengerusi Institut Profesional Baitulmal, Wilayah Persekutuan.