Thursday, 21 April 2011

1Melayu, 1Bumi -- fikir-fikirkan





ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu. Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru. Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi. Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.
Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung. Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah. Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini. Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

Pendapatan Belum Naik Barang Makanan Dah Naik




Oleh Subky Latif

SUDAH dua tahun kerajaan yang hendak mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melancarkan matlamat menjana rakyat berpendapatan tinggi.

Ia satu matlamat yang lebih maju ke depan dari sekadar membasmi kemiskinan yang diperjuangkan oleh para perdana menteri yang lalu. Ia bukan sekadar tidak ada lagi orang miskin, bahkan lebih dari pendapatan sederhana. Berpendapatan tinggi samalah dengan menjadi kaya.

Sekalian rakyat menunggu saat tibanya tuah berpendapatan tinggi itu. Bila? Sepuluh tahun? Lima belas tahun? Dua puluh tahun? Atau mati dulu generasi yang  ada ini baru masing-masing berpendapatan tinggi.

Sementara menunggu menjadi kaya, diuji dulu rakyat dengan amalan meneruskan kenaikan harga minyak. Yang dahulu dibincangkan dulu, bila minyak hendak dinaikkan. Riuh sekampung bagi menaikkan dua tiga sen seliter. Semasa membentangkan bajet barulah Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mengumumkan kenaikan harga minyak.

Sejak kerajaan rakyat didahulukan ini, sedar-sedar minyak naik berkali-kali. Pendapatan belum naik tetapi perbelanjaan sudah naik. Orang yang memiliki motosikal jika yang di kampung berpendapatan sederhana tetapi yang di bandar berpendapatan rendah, bertambah belanja hariannya. Yang bermotokar apa lagilah.

Yang berjimat tidak menggunakan kenderaan sendiri pergi bekerja. Menggunakan kenderaan awam. Tetapi tambang pula naik. Tambang pergi kerja naik dan tambang sekolah anak-anak naik. Ikan, sayur, beras, tepung, minyak masak, gula dan semua barang keperluan naik belaka berikutan kenaikan minyak. Pendapatan belum tinggi, belanja seisi rumah sudah tinggi.

Tidak maju negara kalau tidak ada restoran dan gerai makan. Negara yang ekonominya berkembang, gerai makan hidup di merata lorong. Belanja makan di kedai melambung. Bagi penduduk bandar yang bahan makan berbeli, membeli makan lebih ekonomi dari masak di rumah terutama yang si isteri bekerja.

Bagi keluarga yang beberapa orang anak bersekolah terasa peritnya tambahan belanja berikutan dengan kenaikan semua benda dan perkhidmatan. Bagaimana hendak menyalahkan polis rasuah dan pegawai awam rasuah? Hendak menampung berbelanjaan tinggi adalah beban besar. Tak rasuah, tak menipu dan tak mencuri tak cukup makan kerana pendapatan belum tinggi sedang perbelanjaan sudah tinggi.

Harga barang yang tinggi dan perbelanjaan yang tinggi itu tidak mati setakat yang sudah tinggi itu, ia akan bertambah tinggi tidak tentu masa. Barang yang sudah naik itu akan naik lagi. Seperti minyak yang naik di awal tahun akan naik beberapa kali lagi menjelang hujung tahun. 

Apa guna Tuhan menganugerah minyak pada Malaysia kalau harga runcit minyak naik berikut dengan kenaikan harga minyak dunia? Petronas berpendapatan tinggi tetapi rakyat berbelanja tinggi. Bila harga minyak dunia naik, minyak Petronas pun naik. Tetapi buat apa duit yang banyak itu?

Orang yang berpendapatan sederhana dua tahun dulu, berikut dengan belanja harian yang tinggi itu menjadikan pendapatan mereka di bawah sederhana. Dia hampir mencapai tahap kemiskininan atau sudah jadi miskin. Bagi yang miskin pula menuju kemiskinan tegar atau fakir.

Bagi yang fakir, apa lagi kalau tidak jadi papa kedana. Masyarakat kita berkembang. Tiap-tiap bulan ada tiga empat jemputan kahwin. Kadang-kadang dua tiga jemputan seminggu. Sejak lebih sepuluh tahun lalu jemputan bersalam sepuluh ringgit dengan tuan rumah. Kalau suami isteri hadir, suami bersalam dan isteri pun bersalam.

Walaupun harga barang sudah banyak kali naik dan harga katering pun sudah banyak kali naik, rata-rata salam tak naik. Kebanyakannya kekal sepuluh ringgit. Salam itu adalah  tanggungjawab masyarakat dan jiran yang amat penting bagi merengankan belanja perkahwinan sesudah amalan gotong royong mula hapus.

Dengan kenaikan perbelanjaan hidup yang tinggi sekarang, untuk bersalam sepuluh ringgi mulai menjadi beban di sebabkan bilangan jemputan bertambah. Mungkin harga salam terpaksa diturunkan kepada lima ringgit bagi mengimbangi belanja yang tinggi.

Saya tidak nampak harga minyak selalu naik itu dapat dikekal setakat yang ada. Ertinya belanja bagi setiap rakyat sudah tentu akan bertambah tinggi dan pendapatan tinggi entah bila hendak dicapai?

Kebimbangannya ialah bila pendapatan itu tinggi belanja juga sama tinggi atau bertambah tinggi. Akhirnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang juga.

YB: ada juga orang menyebut malas kerja sebagai punca tak cukup pendapatan. bukan sedikit manusia yang menyebutnya. sedih bila mendengar kenyataan tidak berperi kemanusiaan itu. namun apa kan daya. kerajaan tak mampu nak bantu semua. ada orang kena jadi kaya. ada orang kena jadi miskin.

Wednesday, 20 April 2011

Semua Rakyat 18 Tahun Ke Atas Dapat E-mel Peribadi



PUTRAJAYA: Mulai Julai 2010 warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memiliki e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia bagi menerima makluman kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan kerajaan.

Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga melengkapi beberapa perkhidmatan online kerajaan  seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi elektronik (e-kerajaan), MyEG. 

 Laman portal sehenti itu dibangunkan oleh Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan permohonan kerakyatan menerusi pautan. 

E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan khidmat berkaitan kerajaan. Kerajaan akan meletakkan notis dan pengumuman penting dalam e-mel pengguna.


Tricubes sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas. 

Faedah. Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan. Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan. 


Monday, 11 April 2011

Kemiskinan Melebar - Harga Barang Keperluan Asas Menggunung



Subky Latif
SUDAH dua tahun kerajaan yang hendak mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian melancarkan matlamat menjana rakyat berpendapatan tinggi.
Ia satu matlamat yang lebih maju ke depan dari sekadar membasmi kemiskinan yang diperjuangkan oleh para perdana menteri yang lalu. Ia bukan sekadar tidak ada lagi orang miskin, bahkan lebih dari pendapatan sederhana. Berpendapatan tinggi samalah dengan menjadi kaya.
Sekalian rakyat menunggu saat tibanya tuah berpendapatan tinggi itu. Bila? Sepuluh tahun? Lima belas tahun? Dua puluh tahun? Atau mati dulu generasi yang  ada ini baru masing-masing berpendapatan tinggi.
Sementara menunggu menjadi kaya, diuji dulu rakyat dengan amalan meneruskan kenaikan harga minyak. Yang dahulu dibincangkan dulu, bila minyak hendak dinaikkan. Riuh sekampung bagi menaikkan dua tiga sen seliter. Semasa membentangkan bajet barulah Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin mengumumkan kenaikan harga minyak.
Sejak kerajaan rakyat didahulukan ini, sedar-sedar minyak naik dan berkali-kali.
Pendapatan belum naik tetapi perbelanjaan sudah naik. Orang yang memiliki motosikal jika yang di kampung berpendapatan sederhana tetapi yang di bandar berpendapatan rendah, bertambah belanja hariannya. Yang bermotokar apa lagilah.
Yang berjimat tidak menggunakan kenderaan sendiri pergi bekerja. Menggunakan kenderaan awam. Tetapi tambang pula naik. Tambang pergi kerja naik dan tambang sekolah anak-anak naik.
Ikan, sayur, beras, tepung, minyak masak, gula dan semua barang keperluan naik belaka berikutan kenaikan minyak. Pendapatan belum tinggi, belanja seisi rumah sudah tinggi.
Tidak maju negara kalau tidak ada restoran dan gerai makan. Negara yang ekonominya berkembang, gerai makan hidup di merata lorong. Belanja makan di kedai melambung.
Bagi penduduk bandar yang bahan makan berbeli, membeli makan lebih ekonomi dari masak di rumah terutama yang si isteri bekerja.
Bagi keluarga yang beberapa orang anak bersekolah terasa peritnya tambahan belanja berikutan dengan kenaikan semua benda dan perkhidmatan.
Bagaimana hendak menyalahkan polis rasuah dan pegawai awam rasuah? Hendak menampung berbelanjaan tinggi adalah beban besar. Tak rasuah, tak menipu dan tak mencuri tak cukup makan kerana pendapatan belum tinggi sedang perbelanjaan sudah tinggi.
Harga barang yang tinggi dan perbelanjaan yang tinggi itu tidak mati setakat yang sudah tinggi itu, ia akan bertambah tinggi tidak tentu masa. Barang yang sudah naik itu akan naik lagi. Seperti minyak yang naik di awal tahun akan naik beberapa kali lagi menjelang hujung tahun.
Apa guna Tuhan menganugerah minyak pada Malaysia kalau harga runcit minyak naik berikut dengan kenaikan harga minyak dunia? Petronas berpendapatan tinggi tetapi rakyat berbelanja tinggi. Bila harga minyak dunia naik, minyak Petronas pun naik. Tetapi buat apa duit yang banyak itu?
Orang yang berpendapatan sederhana dua tahun dulu, berikut dengan belanja harian yang tinggi itu menjadikan pendapatan mereka di bawah sederhana. Dia hampir mencapai tahap kemiskininan atau sudah jadi miskin. Bagi yang miskin pula menuju kemiskinan tegar atau fakir.
Bagi yang fakir, apa lagi kalau tidak jadi papa kedana.
Masyarakat kita berkembang. Tiap-tiap bulan ada tiga empat jemputan kahwin. Kadang-kadang dua tiga jemputan seminggu. Sejak lebih sepuluh tahun lalu jemputan bersalam sepuluh ringgit dengan tuan rumah. Kalau suami isteri hadir, suami bersalam dan isteri pun bersalam.
Walaupun harga barang sudah banyak kali naik dan harga katering pun sudah banyak kali naik, rata-rata salam tak naik. Kebanyakannya kekal sepuluh ringgit. Salam itu adalah  tanggungjawab masyarakat dan jiran yang amat penting bagi merengankan belanja perkahwinan sesudah amalan gotong royong mula hapus.
Dengan kenaikan perbelanjaan hidup yang tinggi sekarang, untuk bersalam sepuluh ringgi mulai menjadi beban di sebabkan bilangan jemputan bertambah. Mungkin harga salam terpaksa diturunkan kepada lima ringgit bagi mengimbangi belanja yang tinggi.
Saya tidak nampak harga minyak selalu naik itu dapat dikekal setakat yang ada. Ertinya belanja bagi setiap rakyat sudah tentu akan bertambah tinggi dan pendapatan tinggi entah bila hendak dicapai?
Kebimbangannya ialah bila pendapatan itu tinggi belanja juga sama tinggi atau bertambah tinggi. Akhirnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang juga.

Telur Sebutir Riuh Sekampung -- Mana Ada Telur Tiruan




Jabatan Veterinar mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan dibuat setakat ini.
Sampel telur itu diambil dari pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu. Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Merujuk kepada kes itu, Jabatan Veterinar beranggapan telur itu rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna. Perbezaan bentuk tidak bermakna ia telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza.
Untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos tinggi termasuk penyelidikan sedangkan telur tulen dijual dengan harga rendah iaitu 32 sen sebiji bagi gred terbaik - BERNAMA.
--------------
Nota: Inilah yang dinamakan bertelur sebiji riuhnya sekampung. Telur rosak dikatakan telur tiruan.

Friday, 8 April 2011

Mufti Pun Kena Buli Media - Elok Buat Media Sendiri





DOSA apa yang dibuat warga mufti hingga kena buli media seagama dengan mereka. Malah ada pihak meminta Jabatan Mufti seluruh negara membuat media sendiri bagi menyuarakan pandangan agar tidak "dipermainkan" media dan penajanya. Lebih parah lagi, ada pihak mahukan semua mufti letak jawatan sebagai tanda protes.


Kejadian berlaku ke atas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memperlihat mufti memang "dibuli" media tertentu. Media itu dikatakan "menutup" teguran Harussani mengenai video seks sebaliknya mufti itu difitnah kerana memperkatakan isu remeh seperti poco-poco. Padahal Harussani berkata beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada media berkenaan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan.

Hakikatnya pada masa kini banyak siaran akhbar mufti negeri disiarkan menerusi laman sesawang (websites) berikutan  tindakan beberapa media cetak tertentu "membakul sampahkan" kenyataan mereka.

Ada pihak melihat warga mufti bukan lagi sumber rujukan pemerintah kecuali pekara2 yang menguntungkan. Lantaran itu, beberapa cadangan baru dilahirkan dari minda pakar agama, antaranya:


1. Mufti mengadakan muzakarah secepat mungkin bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan qazaf dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari.


2. Mufti mendesak kerajaan negeri masing-masing mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. Dibimbangi mereka yang berada dalam kategori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain menyebabkan urusan tersebut tidak sah dan menanggung dosa sampai mati.



3. Mufti perlu boikot mana-mana majis pemimpin yang gagal mengambil perhatian terhadap kesalahan besar dan telah dibuat teguran oleh mufti. Ini akan mencerminkan ketegasan mufti sebagaimana dikehendaki dalam hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Mufti letak jawatan sebagai tanda protes kerana tiada guna kewujudan jabatan mufti kalau pandangan mereka disembunyikan oleh media pemerintah sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.


-------------------

Mufti Perak menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau membisu berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin politik pembangkang sebaliknya menegaskan sejak video disebar beliau membuat teguran bahawa pendedahan itu mengaibkan pihak yang belum dibuktikan kebenarannya.


--------------------
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh “Datuk T” yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Kepada PAS, Umno, DAP, PKR: Hentikan politik SELAK kain!




















OLEH: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut;


1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.

Wednesday, 6 April 2011

Customs officer falls to death during MACC probe





KUALA LUMPUR — A Customs officer died today after falling from the third floor of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) building on Jalan Cochrane where he was being investigated with others for over a billion ringgit in unpaid taxes.
The deceased was Ahmad Sarbani Mohamed, a 56-year-old assistant director from Customs Department in Selangor. Ahmad had returned to the MACC building at 8.26am today unannounced and requested to meet with the investigation officer.
Ahmad had already given his statement to MACC and released from custody at 12.30PM on Saturday. He had been remanded on March 29 following an MACC-led swoop on Customs staff, resulting in the arrests of 62 officers.
An officer then accompanied Ahmad to an office room before leaving to collect the case file but found him missing when he returned. Ahmad’s body was later found sprawled on the badminton court at the first floor.
Note: Ahmad Sarbani sentenced himself with mandatory death (if suicidal) and lost everything including Muslim status. May Allah blessed him.

-----------------
Meanwhile his childhood friend, Ridzuan Mohamad told of his disbelief when received news today.
“I was close to him and he was very humble. I think the charge against him by MACC is nonsense. He was just a scapegoat for someone else,” said the 46-year-old former reporter.

------------------
April 7 — MACC has suspended two officers for leaving Ahmad Sarbani Mohamed unattended before he fell to his death from the MACC office. They are supposed to accompany witnesses in MACC premises at all time. The suspensions are to assist internal investigations related to this matter and it will last until an internal probe is completed.

---------------
April 8 — The main Customs officers union decided today to seek an explanation from Datuk Seri Najib Razak and clear the department’s name after the fatal death plunge of a senior officer being investigated for suspected corruption over billions of ringgit of unpaid tax.
-----------------------
April 9 — Datuk Seri Najib Razak is prepared to meet Customs representatives to thrash out issues after its union said morale was damaged by the death of senior officer Ahmad Sarbani Mohamed and allegations of billion-ringgit corruption.The Prime Minister also said that Customs not to be concerned about the allegations they adhered to regulations.
---------------------

April 10 — PAS pusat mahu SPRM memastikan setiap siasatan ke atas suspek atau saksi dibuat secara telus supaya tiada lagi kematian — selepas nasib menimpa Teoh Beng Hock dan yang terbaru Ahmad Sarbani Mohamed.

Mufti Perak pertahan keputusan haramkan poco-poco 20 April ini


KUALA LUMPUR, 6 April : Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini.

Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.
Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Harussani yang kemungkinan akan membentangkan keputusan mengharamkan tarian poco-poco pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan 20 April.
Katanya, adalah  lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis.
Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk.
Adalah lebih selamat jika umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan, batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak.
------------------
Angkatan Belia Islam Malaysia juga menggesa Harussani agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan.


Sunday, 3 April 2011

Jones mahu anjur lagi kempen bakar al-Quran 22 April



1) GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis Florida yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu yang membawa demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.
2) Perbutan itu akan memburukkan lagi ketegangan sedia ada. Demonstrasi dua hari berturut-turut (semalam) di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB menyebabkan 20 orang terbunuh. Pastor Terry Jones berkata matlamatnya ialah untuk memberitahu dunia mengenai elemen radikal Islam. Paderi gila itu mendakwa bila ada yang terkorban, itu menandakan elemen radikal Islam.
3) Jones mendakwa akan meneruskan usaha membakar al Quran pada 22 April ini di depan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan. Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones. Beberapa pemimpin Kristian dan Islam Amerika juga mengecam Jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai 30 ahli.
4) Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.
5) 20 Mac lalu Jones membakar Al Quran di hadapan 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam. Video menunjukkan naskhah Al Quran direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.
Nota: Kempen membakar Al Quran mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia. Demonstrasi berdarah di Afghanistan dan Pakistan sehingga mengorbankan lebih 20 nyawa. Di Malaysia NGO dan kerajaan juga mengutuk perbuatan itu. Namun kutukan dan laungan tidak membawa apa-apa makna buat kuasa Barat. Mereka juga mengutuk pembakaran Quran tetapi pada masa yang sama mengizinkan penyembelihan manusia di Asia Barat, rampasan telaga minyak umat Islam atas nama keamanan sejagat, tragedi penyiksaan umat Islam di Penjara Guatanamo, kekejaman umat Islam di Palestin dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan atas perjuangan salib (crusade) yang mereka bawa sejak zaman berzaman untuk menghancurkan Islam dari muka bumi.

8,000 Jenayah Siber Dalam Tempoh Dua Bulan


Need for international crisis management plan to detect cyber crimes: Govt.

LUMUT (2 April) : Sebanyak 8,090 jenayah siber dilaporkan berlaku di Malaysia dalam tempoh dua bulan tahun ini. CyberSecurity Malaysia melaporkan angka itu membimbangkan dan boleh menimbulkan ancaman baru terhadap keselamatan negara jika tidak dibendung. Antara punca peningkatan tersebut adalah sikap pengguna tidak prihatin keselamatan semasa melayari Internet.

Selaku agensi yang dipertanggungjawabkan dalam keselamatan siber, CyberSecurity memandang serius perkembangan itu dan sedang merangka pelan khusus bagi menanganinya. Kebanyakan masyarakat tidak sedar mereka terdedah ancaman siber termasuk digodam, penipuan, ancaman virus serta kata laluan dicuri ketika melayari Internet.

Justeru itu pengguna perlu berwaspada dan berhati-hati bagi mengelakkan maklumat peribadi mereka dicerobohi ketika menggunakan Internet.

Nota: Oleh kerana FaceBook menjadi kegilaan ramai masakini, laman sesawang itu juga dijangkiti virus baru-baru ini. Modus operandi virus itu ialah menggunakan sistem tagging gambar. Sebagai contoh, jika kita tagged gambar tertentu yang dihantar dalam wall (bukan semua gambar) maka virus akan masuk ke dalam komputer dan musnahkan semua data didalamnya. 

Saturday, 2 April 2011

RM3 Bilion Lesap - 62 Pegawai Kastam dan Isteri Ditahan



Hiatt Handcuffs HH9010 Big Brutus Handcuffs, Chain
PUTRAJAYA, 2 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan "Operasi 3B" minggu ini dan menahan 62 pegawai Kastam seluruh negara termasuk seorang pegawai kanan dari Pahang dan isterinya. 
Operasi itu diadakan untuk mengesan kehilangan hasil negara dianggarkan RM3 bilion. Mereka ditangkap dalam operasi khas SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara.
Mereka akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kastam 1967 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
Sebelum itu desas desus mengatakan ramai pegawai kastam di pelabuhan seluruh Malaysia menerima dan meminta rasuah daripada syarikat penghantaran dan ejen bagi mengurangkan duti kastam serta mempercepat prosesan borang pelepasan Kastam.
Operasi di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tg Pelepas dan Pasir Gudang menunjukkan ada pegawai terima antara RM100 hingga RM500 bagi setiap Borang K1 yang diproses.
SPRM menyita akaun dan merampas tunai berjuta ringgit daripada beberapa pegawai, malah ada pegawai juga memiliki dua unit pistol tiruan beserta 241 butir peluru.
Nota: Ia adalah tangkapan paling ramai dalam sejarah jenayah kolar putih Malaysia sekaligus tamparan terhebat kepada organisasi Jabatan Kastam.

YANG BENAR: Fatwa Haram Poco-Poco Bukan Dibuat Sesuka Hati - M...

YANG BENAR: Fatwa Haram Poco-Poco Bukan Dibuat Sesuka Hati - M...: "DARI kiri, Harussani Zakaria, Mohamad Shukri Mohamad dan Dr Juanda Jaya. 1) IPOH (2 April 2011) : Keputusan mengharamkan tarian poco-poco..."

Fatwa Haram Poco-Poco Bukan Dibuat Sesuka Hati - Mufti Perak



DARI kiri, Harussani Zakaria, Mohamad Shukri Mohamad dan  Dr Juanda Jaya.
DARI kiri, Harussani Zakaria, Mohamad Shukri Mohamad dan Dr Juanda Jaya.


1) IPOH (2 April 2011) : Keputusan mengharamkan tarian poco-poco dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP) selepas melakukan kajian mendalam mengenai pelbagai aspek tarian itu daripada sudut hukum Islam, bukan dibuat berasaskan logik.
2) Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata keputusan JFNP itu bukan dibuat sesuka hati tetapi untuk menjaga akidah umat Islam selepas mendapati ia mengandungi unsur agama lain selain berlaku percampuran jelas lelaki dan wanita bukan muhrim.
3) Justeru, katanya, terserah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri lain sekiranya merasakan isu itu perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
4) Beliau tidak akan membawanya (isu itu ke peringkat kebangsaan). Itu tugas JAKIM. JFNP hanya bincang mengenai akidah. Dalam Islam, hukum tidak boleh dibuat mengikut logik akal. Mereka yang memberi pandangan (isu ini), jangan buat hukum ikut logik. Ibarat arak, jika diberi nama lain atau diisi dalam bungkusan lain sekali pun, ia tetap arak dan haram untuk orang Islam.
5) Harussani mengulangi saranannya supaya umat Islam menggunakan budaya tempatan seperti tarian tradisional sebagai satu bentuk senaman bukannya meniru budaya asing yang dibawa ke negara ini tanpa mengetahui asal-usul ia diperkenalkan.
6) Di Kota Bharu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan dan selaraskan di semua negeri.
7) Di Kangar,  Muftinya Dr Juanda Jaya berkata Perlis tidak mahu terburu-buru memutuskan pengharaman poco-poco, sebaliknya akan meneliti terlebih dulu kesahihan dakwaan yang mengaitkan tarian itu dengan upacara keagamaan Kristian.
8) Katanya, selagi tiada bukti sahih mengenai dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utamanya sekadar untuk bersenam dan menyihatkan badan.
9) Katanya, untuk kaitkan poco-poco dengan mana-mana anutan atau upacara keagamaan, sewajarnya pihak terbabit perlu bertanya atau rujuk terlebih dulu kepada agama berkenaan untuk mendapatkan pengesahan.
10) Perak sudah mengharamkan tarian itu Januari lalu kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.