Wednesday, 6 April 2011

Mufti Perak pertahan keputusan haramkan poco-poco 20 April ini


KUALA LUMPUR, 6 April : Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini.

Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.
Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Harussani yang kemungkinan akan membentangkan keputusan mengharamkan tarian poco-poco pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan 20 April.
Katanya, adalah  lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis.
Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk.
Adalah lebih selamat jika umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan, batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak.
------------------
Angkatan Belia Islam Malaysia juga menggesa Harussani agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu.
Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan.


No comments:

Post a Comment