DARI kiri, Harussani Zakaria, Mohamad Shukri Mohamad dan Dr Juanda Jaya.
1) IPOH (2 April 2011) : Keputusan mengharamkan tarian poco-poco dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP) selepas melakukan kajian mendalam mengenai pelbagai aspek tarian itu daripada sudut hukum Islam, bukan dibuat berasaskan logik.
2) Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata keputusan JFNP itu bukan dibuat sesuka hati tetapi untuk menjaga akidah umat Islam selepas mendapati ia mengandungi unsur agama lain selain berlaku percampuran jelas lelaki dan wanita bukan muhrim.

3) Justeru, katanya, terserah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri lain sekiranya merasakan isu itu perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
4) Beliau tidak akan membawanya (isu itu ke peringkat kebangsaan). Itu tugas JAKIM. JFNP hanya bincang mengenai akidah. Dalam Islam, hukum tidak boleh dibuat mengikut logik akal. Mereka yang memberi pandangan (isu ini), jangan buat hukum ikut logik. Ibarat arak, jika diberi nama lain atau diisi dalam bungkusan lain sekali pun, ia tetap arak dan haram untuk orang Islam.
5) Harussani mengulangi saranannya supaya umat Islam menggunakan budaya tempatan seperti tarian tradisional sebagai satu bentuk senaman bukannya meniru budaya asing yang dibawa ke negara ini tanpa mengetahui asal-usul ia diperkenalkan.
6) Di Kota Bharu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan dan selaraskan di semua negeri.
7) Di Kangar, Muftinya Dr Juanda Jaya berkata Perlis tidak mahu terburu-buru memutuskan pengharaman poco-poco, sebaliknya akan meneliti terlebih dulu kesahihan dakwaan yang mengaitkan tarian itu dengan upacara keagamaan Kristian.
8) Katanya, selagi tiada bukti sahih mengenai dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utamanya sekadar untuk bersenam dan menyihatkan badan.
9) Katanya, untuk kaitkan poco-poco dengan mana-mana anutan atau upacara keagamaan, sewajarnya pihak terbabit perlu bertanya atau rujuk terlebih dulu kepada agama berkenaan untuk mendapatkan pengesahan.
10) Perak sudah mengharamkan tarian itu Januari lalu kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

No comments:
Post a Comment