Saturday, 4 April 2015

Rukun Negara pupus jika Pakatan Rakyat memerintah


  • Jika Pakatan Rakyat memerintah, yang hampir pasti menghadapi perubahan, jika tidak kepupusan, ialah Rukun Negara. Ini kerana belum pun berkuasa barisan pembangkang itu sudahpun mempamerkan sikap tidak hormat pada lima prinsip asas membina bangsa Malaysia yang  bersatu.
  • Dalam kemaruk untuk menegur, mengkritik dan menyerang kerajaan Barisan Nasional hari ini, secara wewenang dan atas pertimbangan politik semata-mata pembangkang nampaknya kerap bertindak menggugat prinsip-prinsip luhur rukun itu.
  • Perlakuan dan tindakan yang bertentangan dengan semangat Rukun Negara itu dipamerkan dengan galak tidak kira di dalam persidangan Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri mahupun di khalayak ramai.
  • Malah kegiatan melepaskan dendam politik  yang terbuku di hati tanpa tapisan nilai-nilai murni yang dimaktubkan Rukun Negara ala Pakatan Rakyat ini semakin meluas dihamburkan dalam medan media sosial.
  • Rukun Negara yang seharusnya menjadi pengikat rasa muhibbah di kalangan rakyat dan merentasi perbezaan budaya, agama dan bangsa mutakhir seolah-olah diinjak oleh kegilaan berpolitik.
  • Mukadimah Rukun Negara disusun begitu sopan dan rapi dan bermula dengan pernyataan “Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita:

  1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  2. Memelihara satu cara hidup demokratik;
  3. Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
“Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • Rukun yang mula-mula tumpas pada kegelojohan berpolitik oleh pembangkang ini ialah prinsip kesopanan dan kesusilaan. Malah turut tercemar ialah Rukun Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Gejala ini dapat disaksikan pada pembukaan persidangan Dewan Undangan Perak Selasa lalu. Wakil-wakil rakyat pembangkang sengaja memakai serba hitam untuk menzahirkan protes politik mereka.
  • Mereka marah terhadap cara kerajaan Barisan Nasional mengurus negara. Radang tercetus kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan kegagalan mereka menghalang penguatkuasaan sistem percukaian GST.
  • Pembangkang dalam Dewan Undangan Perak juga sengaja melanggar istiadat Dewan dengan berpakaian serba hitam kerana memprotes penahanan dua Adun Perak yang terbabit dalam tunjuk perasaan #Kitalawan di Kuala Lumpur.
  • Mereka juga membantah keputusan mahkamah yang memenjarakan ahli-ahli PAS yang cuba menghalang upacara angkat sumpah Dr Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak pada 2009.
  • Bagaimanapun yang jelas tercela ialah Sultan Nazrin Muizuddin Shah. Ini adalah pertama kali baginda menyarung persalinan diraja untuk memuliakan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • Sultan Nazrin memang masyhur sebagai seorang cendekiawan berhemah dan sopan berinteraksi dengan rakyat. Bagaimanapun secara langsung atau tidak, kedudukan baginda sebagai Sultan Perak dicela oleh wakil-wakil rakyat pembangkang dengan “berkabung” dalam majlis baginda.
  • Sewajarnya apa jua perbezaan pandangan di antara ahli-ahli politik seharusnya diselesaikan di kalangan mereka secara beradab dan bukan cuba mencuri publisiti politik dalam istiadat yang membabitkan Sultan.
  • Dengan sengaja melanggar etika dan protokol di raja, ahli-ahli pembangkang itu mengguris kemuliaan Sultan dan menyinggung Rukun Negara yang dilakar dan dipersetujui sebagai salah satu sendi penting pembentukan bangsa Malaysia.
  • Lantaran taksub pada tuntutan politik mereka, soal kesopanan dan susila sebagai pemimpin langsung dilempar ke sisi. Tindakan itu menunjukkan tiada sekelumitpun rasa hormat pada institusi Raja yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
  • Natijahnya, Sultan Perak yang jelas tersinggung, terus meninggalkan dewan sebaik sahaja selesai menyampaikan titah baginda tanpa menghadiri majlis bergambar dengan wakil-wakil rakyat dan menyertai santapan di raja.
  • Negara Malaysia berdiri di atas tonggak tiga institusi utama – eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini membentuk, memperkasa dan langsung mendaulatkan undang-undang negara.
  • Bagaimanapun dirangsang persepsi negatif terhadap wibawa dan integriti badan kehakiman yang dirasuk oleh kepentingan politik meluap-luap, ada pemimpin pembangkang tergamak membawa usul supaya Dewan Rakyat mencela badan kehakiman secara rasmi.
  • Sesungguhnya ini adalah pemikiran dan amalan politik yang biadap. Sekaligus ia meremeh dan menghina sistem kenegaraan Malaysia. Lantas tidak hairanlah jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Rukun Negara yang dilembagakan sebagai pengikat muhibah di antara rakyat akan terlerai.
  • Tanpa rasa hormat dan pemikiran santun mengatur pembentukan bangsa Malaysia berpekerti tinggi seperti yang dipandu oleh Rukun Negara tidak mustahil Malaysia porak peranda dan liar kerana pemikiran biadap Pakatan Rakyat. – Oleh: Lokman Ramlee


Harga gas masak naik, banyak lagi `on standby’

  • Khabarnya harga gas memasak telah dinaikkan gara-gara GST walaupun ia disahkan bebas cukai. Banyak lagi barangan keperluan harian `on standby’ untuk dinaikkan oleh peniaga nakal menerusi pakatan licik dan terancang.
  • KPDNKK pasti dapat mengesan kegiatan itu kerana banyak aduan sudah dibuat terutama di selatan Semenanjung. Laman Twitter dan FB juga sudah dimaklumkan, hanya menunggu pihak berkuasa memburu peniaga terbabit.
  • Entah bila golongan peniaga nakal ini akan dikenakan tindakan tak tahulah kerana 25,000 aduan diterima KPDNKK pada hari pertama pun belum banyak yang sempat ditinjau. Mungkin aduan awam pada hari kedua, ketiga dan seterusnya belum sempat dibuka untuk semakan.
  • Jelasnya kebanyakan peniaga dilihat tidak peduli dengan GST. Bertindak seperti pasaran saham dan komoditi, mereka akan menaikkan harga berdasarkan pengumuman kerajaan, perubahan situasi ekonomi, mata wang dan spekulasi.
  • Berbeza dengan bursa yang sentiasa mengalami turun naik harga, masyarakat peniaga mengamalkan dasar TIDAK BOLEH TURUN harga. Contohnya, pada tarikh kenaikan harga petrol, peniaga sudah siap menampal stiker harga baru barangan masing-masing.
  • Namun apabila harga petrol turun mengikut pasaran global, selepas didesak kerajaan dan persatuan pengguna lebih dua bulan, tak sampai LIMA PERATUS daripada hampir SATU JUTA peniaga bertindak menurunkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing.
  • Kini GST muncul dengan penuh bergaya pada 1 April 2015. Pada hari pertama saja lebih 25,000 aduan telah dibuat dan kelambatan menyelesaikannya telah mengakibatkan Timbalan Perdana Menteri menegur KPDNKK supaya mempercepatkannya.
  • Maka KPDNKK dan Jabatan Kastam Diraja mula mencari helah untuk melepaskan diri daripada dibelasah orang ramai sambil memberi jaminan awam bahawa kekusutan GST akan diatasi dalam tempoh enam bulan.
  • Aduhai, luluh hati rakyat apabila mendengar alasan menyiksakan itu tapi rakyat tetap rasional dan tabah meranduk kehidupan yang serba sulit dan maha kelam kabut.
  • Peniaga ketawa besar dengan suasana kelam kabut sebegini. Lagi banyak mereka menekan harga. Ada yang mendakwa harga barangan tinggi sedikit kerana GST sudah diserapkan di dalamnya.
  • Ada peniaga yang tidak daftar dengan Jabatan Kastam tetapi mahu kenakan GST juga. Ada juga peniaga yang mencatat GST dengan tulisan tangan pada resit yang dibeli di supermarket kerana kedainya tak ada komputer.
  • Kalangan syarikat Telco pula mula `temberang’ dengan berkata harga akan kekal tinggi tetapi mereka akan memberi tambahan masa berbual, sms dan sebagainya yang sekadar dengan GST.
  • Terbaru, harga gas masak pun dinaikkan di beberapa kawasan di seluruh Malaysia. Peniaga tidak peduli amaran KPDNKK dan aduan pengguna. Mereka kata kedai mereka kena bayar GST dan untuk itu harga gas masak mesti naik juga.
  • Tinjauan persatuan pengguna mendapati, gas memasak dinaikkan kepada RM29 hingga RM31 berbanding harga sebelum ini iaitu RM26.60 satu tong.
  • Peniaga kedai runcit lagi caca marba. Semua harga di dalam kedai mereka dinaikkan tanpa diketahui pengguna kerana urusan jual beli tidak mengunakan resit. Pengguna juga tidak larat bertanya harga bawang, sayur, tempe, ikan, pecal dan lain-lain setiap kali mereka membeli di kedai berkenaan atau setiap kali pekedai membuat timbangan.
  • Akhirnya pengguna melenting dan menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan dasar baru yang menyusahkan mereka, hingga ada yang sanggup memangkah parti DAP pada PRU14 semata-mata kerana GST.


Rundingan air Selangor dijangka gagal hingga 2020


  • Benarkah rundingan air Selangor sengaja digagalkan hingga 2020 bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil semula 31 loji rawatan air (LRA) yang diswastakan, termasuk 29 loji milik Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) tanpa perlu membayar satu sen pun.
  • Ini kerana hampir semua LRA kendalian PNSB akan tamat tempoh pada 2020. Syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail itu memegang lima konsesi air dengan kerajaan Selangor, mengurus dan mengendalikan 29 LRA dengan kapasiti penghasilan air bersih sebanyak 1,930 juta liter sehari.
  • Penganalisa ekonomi melihat jika perjanjian air yang dimeterai pada September 2014 ditunaikan, kerajaan Selangor terpaksa berbelanja RM9.65 bilion ringgit untuk membayar imbuhan kepada PNSB, Splash dan Konsortium Abbas.
  • Lalu bagaimanakah cara untuk tidak membayar satu sen pun kepada mereka? Beberapa penganalisa ekonomi berpendapat MB Selangor, Mohamed Azmin Ali dikatakan sengaja menangguh perlaksanaan perjanjian itu dengan memberi tujuh alasan teknikal yang telah disepakati oleh pemimpin tertinggi PR.
  • Ini penting kerana jika perjanjian itu tertangguh sehingga 2020, hampir semua loji rawatan air di seluruh Selangor dapat diambil balik secara PERCUMA kerana loji-loji itu sudah tamat tempoh konsesi. Mudahkan?
  • Dalam situasi lain, jika rundingan itu terus ditangguh seberapa lama yang boleh, nilai belian pasti menurun dari semasa ke semasa.
  • Sebaik saja Azmin menjadi MB, dia telah menggunakan kuasanya untuk membatalkan perjanjian itu. Tak sampai 24 jam kemudian dia memperbetulkan kenyataan dengan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan meneruskan rundingan.
  • Namun keadaan semakin terbelit, dan menyedari kekusutan itu Sultan Selangor bertitah agar isu penstrukturan air MESTI segera dimuktamadkan.
  • Namun Azmin tetap berdegil dan rundingan baru selalu ditangguh dengan pelbagai alasan termasuk beliau sibuk berbahas di sidang DUN.
  • Pada masa yang sama jentera dan tentera berbayar PR berhujah dengan melontar pelbagai alasan di dalam media sosial bagi menutup keseriusan krisis air di Selangor akibat kecuaian pemimpin mereka melewatkan usaha penambahbaikan kemudahan perbekalan air.
  • Maka orang ramai semakin percaya bahawa kerajaan PR mahu menghalau semua syarikat konsesi air di Selangor tanpa mahu membayar satu sen pun kepada mereka? Kesannya, krisis air meruncing dan rakyat tersiksa dengan peperangan korporat di Selangor.
  • Krisis air Selangor bukan isu baru. Ramalan mengenai krisis air sudah dibuat sejak 2006 lagi dan ketika itu BN telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.
  • Apabila PR mentadbir kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.
  • Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
  • Ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.
  • Lalu kerajaan PR Selangor memutuskan tidak memberi kebenaran merancang dan membina Loji Langat 2. Loji itu penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan diproses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
  • Beliau telah melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan BN. Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.
  • Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka.
  • Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.
  • Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
  • Lantaran tindakan tidak cermat Khalid itu akhirnya krisis air menjadi kenyataan. Selangor terpaksa mencatu air, manakala kerajaan Persekutuan terpaksa membantu rakyat Selangor dengan membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
  • Menyedari kemarahan rakyat akan memuncak, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula “pemain industri air Selangor”.
  • Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
  • Malangnya kerajaan PR Selangor enggan membantu menyelesaikan krisis itu sebaliknya sibuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan Persekutuan yang kononya hampir bengkrap, mahu merampas tanah kerajaan negeri.
  • Sambil itu Azmin `melalut’ dengan mendakwa disebabkan hutang 1MDB yang kononnya mencecah RM45 bilion, Putrajaya kini tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.
  • Nasib baik, BN Permatang sempat menjelaskan kepada rakyat bahawa Azmin menganggap Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan LRA Semenyih adalah milik Selangor walhal kedua-duanya terletak di atas tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih itu hak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Mengikut undang-undang siapa punya tanah maka aset yang ada padanya adalah miliknya. Sebab itu diminta dua aset ini dikeluarkan daripada senarai aset yang dikatakan hak kerajaan Selangor.
  • Apapun alasan Azmin, pemerhati ekonomi melihat penangguhan perjanjian air Selangor 2014 itu dikatakan ada kaitan dengan elemen `sabotaj’ yang sengaja dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.


Thursday, 2 April 2015

Terkejut Dr M ramal UMNO tumbang PRU14

  • Ketika negara kelam kabut dengan karenah peniaga memperolok-olok GST, rakyat dikejutkan pula dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang meramalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU14.
  • Sebelum ini ramalan seumpama itu pernah dilontarkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kehidupannya tidak pernah lekang dari bergelumang dengan pelbagai isu kontroversi sejak 30 tahun lalu.
  • Manakala puak pembangkang pula percaya UMNO dan BN akan tersungkur seawal PRU12 lagi walaupun ia sekadar khayalan. Dan menjelang PRU13 yang lalu mereka tetap yakin dapat menawan Putrajaya.
  • Malahan ramai penaja bertaraf bilionair muncul di khalayak ramai untuk menyatakan sokongan kerana terlampau yakin gerombongan pakatan itu akan memenangi pilihan raya umum yang mereka sifatkan paling berprestij.
  • Malangnya sokongan dollar mereka tidak mampu mengatasi kehendak Allah yang meletakkan kemenangan tipis kepada UMNO dan BN pada 2013.
  • Rentetan itu, blok Pakatan Rakyat meraung seperti orang gila. Merayau ke seluruh Malaysia merai kekalahan mereka menerusi apa disebut `kemenangan undi popular’ (purata 51 peratus PR dan 49 peratus BN). Wal hal sejak merdeka, kemudi pentadbiran negara ditentukan melalui majoriti kerusi Parlimen.
  • Kini gelombang baru PRU14 sudah mula muncul dengan analogi yang sama iaitu UMNO dan BN akan tumbang di tangan Pakatan Rakyat. Banyak isu telah diketengahkan bagi melemahkan UMNO dan BN termasuk menyerang Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
  • Tapi kali ini gelombang itu agak berbeza sedikit. Ia dimulakan dengan serangan dari dalam kemah UMNO sendiri. Paling menyedihkan ialah serangan itu datang dari bekas Perdana Menteri yang sebelum ini mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengganti selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang semusim.
  • Serangan Tun Mahathir pada kali ini agak luar biasa dan menyeramkan. Dalam blog muktahir, beliau menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak nyanyuk ketika menu;is sebegitu rupa. Berikut adalah kenyataannya.
  • Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
  • Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
  • Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
  • Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
  • Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
  • Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
  • Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
  • Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
  • Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
  • US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
  • Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
  • Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
  • Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
  • Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
  • Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
  • Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
  • Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
  • Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
  • Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
  • Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
  • Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
  • Sesungguhnya kenyataan blog Tun Mahathir itu sememangnya menggerunkan ramai umat Melayu di negara ini. Ramai kebingungan dan terfikir apakah Mahathir begitu kejam sehingga tergamak `membelasah' Najib sebegitu rupa.
  • Lemah sangatkah Najib di mata Mahathir? Mengapa tak dibimbing jika mendapati Perdana Menteri itu tersasar dari landasan?  Benarkah Najib tutup pintu untuk berbincang dengan Mahathir? Miskin sangatkah Malaysia di bawah pemerintahan kabinet Najib?
  • Seribu pertanyaan berlegar dalam kotak pemikiran rakyat, semuanya tertumpu kepada Najib yang semakin hari semakin diam seribu bahasa. Apakah diamnya Najib seperti resmi padi yang `semakin tunduk semakin berisi'?


GST jadi `satey' puak haluan kiri

  • Perlaksanaan GST pada peringkat awal dilihat sedikit kelam kabut ramai peniaga mengenakan GST kepada pengguna bagi barangan yang dikecualikan cukai dengan alasan tidak faham dengan sistem itu.
  • Rangkaian kedai runcit 7 Eleven sudah minta maaf atas kesilapan sistem mesin jualan yang mengenakan GST kepada beberapa barangan termasuk nilai tambah (topup) prabayar dan surat khabar.
  • Bagi Mydin pula, walaupun ada tertulis GST di atas resit pembayaran, kadarnya sudah diserap dalam diskaun barangan. GST tidak boleh dipadam daripada resit kerana ia merupakan Standard Operating Prosedur (SOP) syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Lain-lain peniaga mengatakan mereka masih tidak faham GST. Ada juga peniaga yang tidak berdaftar tetapi mengenakan GST sesuka hati kepada pengguna. Kes sebegini cukup lucu, mereka beri alasan satu masa nanti kedai mereka akan dikenakan cukai, jadi mereka perlu kutip GST dahulu untuk buat modal bayar cukai kerajaan.
  • Walaupun KPDNKK hanya menerima 419 aduan pada hari pertama, ia tidak bermakna jumlah itu sedikit. Ia merupakan `tips of iceberg' situasi yang berlaku di semua rangkaian kedai, mini market, pasaraya dan hypermarket di seluruh Malaysia.
  • Malahan ia berlaku di kedai runcit, pasar basah dan pasar borong membabitkan pelbagai jenis barangan antaranya sotong, ikan, air mineral dan gula. Di pasaraya dan stesen petrol dilihat GST dikenakan ke atas kad nilai prabayar dan surat khabar.
  • Daripada jumlah itu, sebanyak 118 aduan dilihat mempunyai elemen menunjukkan peniaga cuba mengambil keuntungan berlebihan yang boleh disabitkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  • Sementara itu, di portal dan media sosial pula, aktivis dan tokoh politik haluan kiri tidak kenal penat menuduh kerajaan cuai kerana melaksanakan GST sehingga menyusahkan peniaga dan pengguna.
  • Lebih lucu lagi mereka mendakwa insiden kelam kabut yang berlaku pada hari pertama perlaksanaan GST adalah disebabkan sistem pentadbiran kerajaan tidak betul, malah dikatakan mengenakan cukai itu kerana kerajaan sudah bengkrap.
  • Lalu kisah jet peribadi Perdana Menteri dan projek mega 1MDB muncul dan diikat selonggok bersama-sama GST untuk memastikan semua rakyat percaya dengan cerita mereka. Sudah tentu penghujungnya mereka meminta rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada dan memilih parti mereka sebagai pentadbir yang kononnya jauh lebih baik.
  • Wal hal dalam kes GST, beberapa kesilapan dilakukan oleh peniaga itu sendiri yang cuai dalam melaksanakan sistem itu samada secara sengaja atau ada masalah teknikal. Ia tidak ada kena mengena dengan projek 1MDB dan jet peribadi.
  • Tak cukup dengan itu isu GST menjadi `satey’ yang dibakar politik apabila dipertikai halal haramnya. Video klip bertaburan di laman sosial mendakwa GST merupakan satu bentuk percukaian haram di sisi Islam.  
  • Lalu Perdana Menteri terpaksa muncul untuk menangkis tohmahan itu dengan berkata perlaksanaan GST di negara ini adalah halal, mengikut fatwa dan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh lebih 35 tahun.
  • Kata Perdana Menteri, GST Malaysia berbeza dengan negara lain, di sini kerajaan mengecualikan cukai bagi banyak barangan dan perkhidmatan seperti air dan barangan asas makanan, semuanya ada dalam senarai.
  • Kepada mereka yang bencikan kerajaan dan GSTnya, silalah semak antara 40 negara di dunia yang tidak mengenakan GST, kemungkinan boleh berpindah ke sana pada masa depan. Untuk penjelasan lanjut sila tanya blogger tersohor Rocky Bru (Dato Ahiruddin Atan)
  • Bagi yang rajin, cuba semak 160 negara yang berjaya melaksanakan GST dalam struktur baru percukaian. Jika sistem itu tidak baik atau gagal, mengapa lebih 80 peratus negara di dunia melaksanakan GST?
  • Persoalan ini perlu difikirkan secara matang oleh rakyat dengan melihat sejauhmana fakta GST yang dibawa oleh puak penentang kerajaan.
  • Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan walaupun terpaksa menghasut dan menipu rakyat.
  • Penulis suka memetik blog Rocky Bru yang menjelaskan, “dalam apa keadaan pun jika anda memilih untuk mempercayai ahli politik pembangkang, ini adalah berita baik untuk anda. Ada 40 negara lagi yang belum melaksanakan GST.
  • “Di Asia Tenggara hanya tinggal Brunei dan Myanmar. Lebih jauh sedikit ialah Korea Utara. Banyak negara Afrika belum lagi melaksanakan GST, Angola, Eritrea, Somalia dan sebagainya, mungkin membuatkan anda sukar memilih.
  • “Jadi, jika anda benar-benar yakin bahawa GST merupakan pengakhiran bagi semua kebaikkan dan kesenangan hidup anda di Malaysia, semak negara yang tidak mengenakan GST kemungkinan anda boleh berpindah ke sana pada masa depan.”
  • Penulis membuat kesimpulan di sini bahawa rakyat perlu bijak bertindak bagi menangani kegiatan penipuan yang dilakukan oleh segelinir peniaga berkaitan perlaksanaan GST.
  • Jika ada peniaga menipu, segera laporkan kepada pihak berkaitan atau sekurang-kurangnya jangan beli barangan di situ. Waktu inilah kita perlu menggunakan kuasa beli pengguna secara bijak.
  • Selagi banyak alasan kita untuk tidak memboikot mereka, selagi itulah mereka (peniaga tidak beretika) akan terus menipu kita. `Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar’. Jangan manjakan diri dengan menyalahkan kerajaan sedangkan peniaga sudah terang-terang menipu kita samada dalam keadaan sedar (perasan) atau sebaliknya.


Wednesday, 1 April 2015

Jom boikot peniaga salahguna GST

  • GST dimulakan dengan langkah kiri apabila hampir semua peniaga kecil, sederhana dan besar sudah menyalahgunakannya.
  • FB dihujani pelbagai resit yang menyatakan GST dikenakan pada barangan bebas cukai. Bila ditanya bagaimana ini boleh terjadi, pengusaha mendakwa keseluruhan premis perniagaan mereka terpaksa menanggung cukai. Lalu mereka berhak memindahkan GST itu kepada pengguna pada setiap belian walaupun RM1.
  • Contoh paling ketara, pengguna mengisi petrol di mana-mana stesen akan mendapati GST enam peratus dikenakan walaupun kerajaan mengecualikan petrol dikenakan cukai. Pengusaha berkata cukai itu bukan atas petrol tetapi premis mereka yang dikenakan GST.
  • Ada pengguna keliru mereka dikenakan cukai GST atas keseluruhan barangan yang dibeli dan pada masa yang sama setiap barangan itu sudah dinaikkan 6 peratus daripada harga asal. Hal ini menyebabkan ramai tidak puas hati dengan sikap peniaga sebegitu.
  • Bila ditanya lebih, pekedai mudah menjawab “tak nak beli tak apa, orang lain mahu beli”. Ini menyebabkan pengguna marah dan kembali menghentam kerajaan kerana menguatkuasakan GST tanpa terlebih dahulu mendidik peniaga.
  • GST sepatutnya memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia termasuk peniaga, ia sepatutnya mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.
  • Hal itu diakui Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang berkata pelaksanaan GST bertujuan mengembangkan ekonomi negara dalam jangka panjang.
  • Jika dilaksanakan dengan betul, GST dapat mengurangkan beban rakyat menerusi penurunan harga barang dan menjadikan sistem percukaian negara lebih telus. GST Malaysia pada kadar enam peratus merupakan antara yang paling rendah di dunia berbanding negara lain.
  • Untuk itu peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan mereka dengan tidak menaikkan harga sesuka hati, dengan alasan mereka dikenakan GST.
  • Golongan tersebut tidak boleh menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga tanpa memahami konsep sebenar sistem percukaian itu.
  • Mana-mana peniaga yang dikesan menaikkan harga barang sesuka hati perlu dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguat kuasa.
  • Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan pengguna agar menggunakan kuasa beli dengan memboikot peniaga yang memanipulasi harga barang atau perkhidmatan selepas GST dilaksanakan.
  • Tindakan itu perlu bagi memberi pengajaran berguna kepada semua peniaga serta menyekat kerakusan kapitalis yang mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.
  • Sekiranya terdapat peniaga atau usahawan yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan menaikkan harga barang, pendekatan secara menyeluruh menerusi boikot perlu dilakukan pengguna.
  • Jika tindakan tersebut tidak berkesan, tindakan lebih radikal boleh diambil bagi memperjuangkan hak-hak pengguna. Kita mahu suara pengguna negara ini dide­ngari dan mereka juga perlu berilmu dan bijak.
  • Dalam perkembangan yang sama, beberapa syarikat di Malaysia telah mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan masing-masing.
  • Bagi pasaraya Mydin yang dimiliki peniaga Islam, pihaknya menyerap enam peratus GST ke dalam syarikat sebagai langkah untuk tidak membebankan pengguna.
  • Bagaimanapun pasaraya lain yang kebanyakannya dimonopoli bangsa Cina, mereka tidak berminat untuk menigkut jejak Mydin dan kebanyakan mereka tidak mahu mengulas langsung mengenainya.
  • Apa yang berlaku ialah mereka akur dengan peraturan dan mengenakan GST ke atas barangan yang diarahkan.
  • Manakala syarikat otomobil seperti Proton, Honda, Toyota sudah mula menurunkan harga kenderaan masing-masing seiring dengan pelaksananaan GST.
  • Honda Malaysia menurunka harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) manakala UMW Toyota pula menurunkan sehingga RM4,000 mengikut model.
  • Proton turut mengumumkan pengurangan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus ke atas model-model keluarannya.
  • Rakyat masih menunggu dengan penuh minat siapakah lagi yang akan menurunkan barangan dan perkhidmatan mereka sering dengan GST.
  • Orang ramai juga tak sabar menanti pengumuman pasaraya seperti Giant, Tesco, NSK, Econsave dan lain-lain lagi untuk menyerapkan GST sepertimana yang dilakukan oleh Mydin. Kita tunggu dan lihat sejauhmana keikhlasan mereka.

Tuesday, 31 March 2015

Lapan perkara Lee Kuan Yew lakukan jika perintah Malaysia

Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP. Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan. Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu. Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’. Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.
Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998. Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.


Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.

Monday, 30 March 2015

Kit Siang rayu simpati guna nama al Qardawi

  • Seorang pemimpin Cina DAP yang pernah mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia dan parti `dinasti'nya menolak pembentukan sebuah kerajaan Islam di Malaysia, tetapi hari ini merayu simpati rakyat Malaysia termasuk umat Islam dengan mengumpan al Qardawi untuk mencari seorang Perdana Menteri baru.
  • Itulah kelicikan Lim Kit Siang yang bermimpi sejak merdeka untuk membentuk Malaysian Malaysia sepertimana yang pernah dilakukan oleh `kembar'nya mendiang Lee Kuan Yew di Singapura suatu ketika dahulu.
  • Kini Kit Siang merayu kepada rakyat Malaysia supaya mencari calon Perdana Menteri baru menggantikan Datuk Seri Najib bagi memimpin negara `Pakatan Baru’ Malaysia yang pada impiannya akan menggabungkan ahli parlimen kerajaan (BN) dan bukan kerajaan (pakatan rakyat).
  • Hairan bin Ajaib, pemimpin chauvinist Cina seperti Kit Siang yang siang malam tugasnya menghina kerajaan Melayu Malaysia, menghina Islam serta terkini menolak hudud, tiba-tiba dengan rasa tak malu dia mengumpan al Qardawi untuk merayu simpati umat Islam supaya menggantikan Perdana Menteri sedia ada yang dijangka membawa sokongan UMNO ke atas enakmen hudud di Kelantan.
  • Dalam tulisannya di portal Roketkini, Kit Siang merapu sehingga tidak sedar dia mempamerkan kebodohannya mengenai Islam dengan menolak hudud sambil meminjam kata pujangga tokoh ilmuan Arab Islam bertaraf dunia.
  • Dengan riak, dia berkata: “Saya bukan seorang Muslim tetapi saya berbekalkan petikan ilmuan Islam yang diberi kumpulan G25 berkenaan hal ini, terutamanya Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, yang mengatakan bahawa pelaksanaan Syariah mestilah ditadbir oleh ijtihad, bagi ketetapan dari teks lama untuk diaplikasikan kepada masyarakat moden.”
  • Penulis yakin Kit Siang pinjam petikan al Qardawi mengenai `ijtihad’ tetapi tidak tahu maksud terutama pada perspektif Malaysia yang tidak menyentuh langsung kepentingan golongan kafir seperti Kit Siang.
  • Mungkin dia terlampau teruja dengan pendirian `rakan upahan’ yang menggelarkan diri sebagai G25 yang menggesa Putrajaya menjunjung Perlembagaan Persekutuan sambil mendakwa perlaksanaan hudud bermakna Malaysia meninggalkan jalan kesederhanaan yang telah menjadi pilihan negara sejak ia Merdeka pada tahun 1957.
  • Kenyataan G25 menyebut: “Pengenalan undang-undang hudud PAS akan memberi isyarat kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan kesederhanaan”
  • (The imposition of PAS’ hudud laws will signify to the world that Malaysia has abandoned the moderate path.)
  • “Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh undang-undang berasaskan agama, yang boleh melalui pelbagai ragam tafsiran para ulama’ yang juga manusia biasa yang berbuat silap”
  • (We will be seen as a country governed by religious laws which are subjected to the vagaries of interpretation of the ulama who are also fallible human beings.) – G25.
  • Dengan bangga, Kit Siang meneruskan petikan al Qardawi bahawa hudud dilaksanakan sebelum syarat-syarat pelaksanaannya dipenuhi, termasuklah menonjolkan Islam sebenar, di mana masyarakatnya beriman dan bertaqwa, memastikan keperluan ekonomi rakyat dipenuhi, menyediakan peluang pekerjaan kepada semua; dan mengurangkan jurang pendapatan dan memastikan kemiskinan lenyap sama sekali.
  • Berikutan penjelasan Sheikh Qaradawi ini, Kit Siang dalam tulisannya itu bertanya sama ada mana-mana negeri di Malaysia boleh mendakwa bahawa mereka telah memenuhi kesemua syarat bagi membolehkan pelaksanaan hudud?
  • Pada masa yang sama Kit Siang mengungkit kenyataan Timbalan MB Kelantan yang pernah berkata adalah mustahil melaksanakan hudud hanya apabila sesebuah negeri bebas daripada kemiskinan.
  • Chauvinist DAP itu mengulangsiar kenyataan Nik Amar yang menyebut, “Di mana dalam dunia ini ada negara seperti itu? Ia semacam utopia, utopia ini sesuatu yang tidak dapat dicapai, ia mustahil”.
  • Sambil itu Kit Siang cuba membakar sentiment rakyat dengan mendakwa kononnya Presiden PAS telah menjelajah ke seluruh negara pada PRU13 yang lalu dan berkata bahawa hudud hanya boleh dilaksana jika syarat-syarat yang secukupnya dipatuhi.
  • Dakwa DAP lagi, adakah Hadi bersalah mengejar utopia atau adakah beliau tidak berlaku jujur dengan janjinya kepada pengundi?
  • DAP juga setuju dengan G25 bahawa pelaksanaan hudud melanggar Persetujuan 20 Perkara dan 18 Perkara yang telah dirunding oleh Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak masing-masing, sebelum pembentukan Malaysia.
  • Bagi Sabah, perkara pertama menyebutkan bahawa “Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Sabah, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Sabah”.
  • Begitu juga dalam Perjanjian 18 Perkara Sarawak ada ditekankan bahawa semua orang berhak beribadat menurut kepercayaan dan kehendaknya. Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan akan dicabul dengan serius sekiranya undang-undang hudud PAS dilaksanakan.
  • Kit Siang meramalkan jika PM mengumumkan bahawa Umno/BN menyokong usul hudud, Najib dijangka hilang kredibiliti dan mandat dalam soal inisiatif antarabangsanya, Global Movement of Moderates – sesuatu yang terus didukungnya di forum-forum antarabangsa termasuk di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu beberapa tahun lalu.
  • Lalu Kit Siang mendakwa, konspirator Umno mengumpan PAS dengan menyokong hudud di Kelantan sebagai senjata menghancurkan kedua-dua Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.
  • “Selagimana Najib masih bergelut dan terhalang daripada menyatakan secara jelas pendirian yang dipegang oleh lima Perdana Menteri sebelumnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah; bahawasanya undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dengan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia,”
  • “Maka tibalah masanya untuk meneroka siapa pula yang akan menjadi PM baru bagi sebuah kerajaan gabungan untuk ‘Selamatkan Malaysia’ demi mempertahankan Perlembagaan,” dakwa Kit Siang dalam Roketkini.
  • Rayuan Kit Siang itu dilihat mengharapkan ahli parlimen menolak Najib di dalam Dewan Rakyat dan mencalonkan pengganti seperti Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail dari PKR atau Mat Sabu, Husam Musa dari PAS atau mungkin Khairy Jamaluddin dari UMNO.
  • Semua calon-calon ini boleh memberi keuntungan kepada DAP untuk tempoh jangka panjang kerana semua pemimpin tidak memiliki roh Melayu dan kemelayuan yang tinggi.
  • Kit Siang mungkin membayangkan jika salah satu daripada mereka terpilih sebagai PM sementara, maka senanglah DAP berkompromi dengan PM untuk membawa masuk ahli parlimen dari Singapura dalam penyatuan Malaysia Raya.
  • Ketika itulah semua ahli parlimen Malaysia akan dilimpahkan dengan kemewahan Singapura dan akhirnya apabila sokongan Cina semakin kukuh di negara yang disatukan itu akan memungkinkan Perlembagaan Persekutan dipinda dengan memansuhkan semua keistimewaan Melayu sekaligus menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu.
  • Penulis bukan menyampaikan dongeng di sini sebaliknya menulis antara `fakta tersembunyi’ yang kemudiannya didedahkan oleh bekas pengarah strategik DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman yang menjelaskan 25 agenda DAP di bumi Melayu.


Sunday, 29 March 2015

Kay Kim `kelentong' sejarah komunis di mahkamah, sukanya pembangkang

  • Apakah mahkamah akan terpedaya apabila institusinya dijadikan medan `kelentong' pihak tertentu yang mahu menafikan sejarah penjajahan Barat dan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).
  • Atau mereka dahagakan publisiti hingga sanggup membawa epik dan sejarah ke dalam mahkamah, sedangkan mahkamah hanya mengukur ketepatan pertuduhan kes. Titik.
  • Hal ini berlaku dalam kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Mahkamah Sesyen Butterworth, berkaitan isu Bukit Kepong dan pejuang komunis yang dikenali sebagai Mat Indera.
  • Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana buat tohmahan memburukkan nama baik anggota anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah pada 2011.
  • Perbicaraan 2011 diheret hingga ke hari ini dengan menyaksikan peguam Mat Sabu yang sudah ketandusan modal lalu menuntut ketepatan sejarah daripada saksi pendakwa ke-11 Tan Sri Prof Khoo Kay Kim.
  • Sebelum itu, Kay Kim menceritakan kepada mahkamah itu secara panjang lebar berkenaan sejarah komunis di mana tesis PhD beliau adalah berkaitan sejarah perjuangan ekstrem dan anarki di Tanah Melayu 1915 hingga 1935.
  • Beliau juga menyatakan semasa Jepun menyerang Malaysia pihak British telah meminta bantuan Partai Komunis Malaysia (PKM) dan memberikan senjata kepada PKM. Sebaik sahaja Jepun mengundur diri dan British kembali memerintah, British telah enggan membenarkan permohonan PKM untuk terlibat dalam politik secara sah.
  • Tindakan British itu, menurut beliau, adalah kerana desakan atau ugutan Amerika yang menjadi sekutu British. Amerika juga, katanya adalah pembeli utama getah dan bijih timah daripada British di mana kedua dua komoditi itu diambil oleh British daripada bumi Tanah Melayu.
  • Saksi tersebut juga menyatakan menurut pendapat beliau negeri negeri Tanah Melayu selain daripada negeri negeri selat bukanlah tanah jajahan British sebaliknya ianya hanya di bawah naungan British.
  • Alasan beliau kerana wujudnya perjanjian antara Raja-­Raja Melayu dengan British di mana British mengakui kedaulatan Raja­Raja Melayu meskipun menerima British sebagai Penasihat.
  • Tiba-tiba peguam Mat Sabu (yang juga ahli parlimen PAS pro Anwar Ibrahim), melihat cerita itu menarik untuk dimanipulasi dalam mahkamah, lalu Kay Kim diasak bertubi-tubi dengan pelbagai soalan.
  • Seperkara menarik mengenai perbicaraan Mat Sabu ialah bagaimana portal Harakah mengulit perbicaraan itu dengan menjulang nama Hanipa Maidin (peguam Mat Sabu) sebagai hero yang kononnya memulakan soalan bergeliga ke atas saksi.
  • Portal itu menulis bahawa Kay Kim bersetuju dengan cadangan Hanipa bahawa sejarawan itu tidak pernah membuat kajian akademik atau menulis apa apa tesis berkaitan peristiwa Bukit Kepong.
  • Saksi juga setuju bahawa British dan negara­negara Barat terlibat dalam imperialisme di mana Tanah Melayu salah satu sasaran mereka di Asia Tenggara.
  • Banyak lagi soalan soalan yang kononnya menarik ditanya oleh Hanipa kepada saksi tersebut sepertimana berikut:
  • Hanipa: Prof, anda kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, bagaimanapun saya katakan bagi rakyat atau orang awam di Tanah Melayu pada masa itu kedatangan British adalah sebagai penjajah, setuju atau tidak?
  • Prof: Ya, setuju, bagi orang awam British adalah penjajah.
  • Hanipa: Tetapi, Prof tak setuju British adalah penjajah?
  • Prof: Ya, saya tak setuju kerana Tanah Melayu hanya naungan British.
  • Hanipa: Baiklah Prof, saya katakan apa yang Prof katakan ini bahawa British bukan penjajah sebenarnya satu pendapat yang tidak diakui sebagai pendapat rasmi di negara ini, setuju atau tidak?
  • Prof: Ya, orang politik itu katakan begitu.
  • Hanipa: Prof saya katakan orang politik itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana dalam jawapan beliau kepada soalan di Parlimen beliau secara jelas menyatakan negara ini telah dijajah. Inilah pendirian rasmi Kerajaan, sila Prof lihat Hansard Parlimen ini (sambil tunjukkan Hansard kepada saksi)...Setuju atau tidak berdasarkan Hansard atau Penyata Rasmi Parlimen ini, pendapat Prof tidak disokong oleh Kerajaan?
  • Prof: (Sambil membaca Hansard) Ya, saya setuju.
  • Hanipa: Jadi pendapat Prof ditolak, setuju atau tidak?
  • Prof: Ya.
  • Hanipa: Setuju atau tidak Prof jika saya katakan jika kita terima logik atau teori Prof bahawa negara ini tidak pernah dijajah, maka rombongan pergi ke London meminta Kemerdekaan Tanah Melayu tidak ada makna, begitu juga sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 juga tidak ada makna?
  • Prof: (saksi termenung) Ya lah..tapi saya anggap ia bukan merdeka.
  • Hanipa: Kalau begitu Prof, apa kita nak gelar pada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan atau bapa apa? Bapa Naugan?
  • Prof: (saksi dilihat termangu dan ketawa kecil)
  • Hanipa: Baiklah Prof, saya juga ingin bertanya adakah Prof sedar dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan (sambil hulurkan buku tersebut kepada saksi) buku ini menggunakan istilah British dengan istilah penjajah...adakah Prof sedar?
  • Prof: Ya, saya sedar..
  • Hanipa: Adakah Prof juga ingin katakan bahawa buku ini juga tidak menceritakan sejarah yang betul bila ia kata British adalah penjajah?
  • Prof: Ya, bagi saya, buku ini tidak betul!
  • Hanipa: Tapi buku ini adalah buku teks rasmi sekolah di negara ini dan ditulis oleh para penulis antaranya Prof Dr Ramlah Adam, yang tertulis di sini adalah pakar sejarah juga.
  • Prof: Ya, tapi Ramlah Adam ini pemimpin nombor dua Perkasa!
  • Hanipa: So Prof tak terima Perkasa lah..tetapi Prof, cuba Prof lihat dalam senarai penghargaan dalam buku ini dinyatakan secara jelas bahawa nama Prof dan Profesor Ainudin Wahid adalah sebagai dua pakar rujuk yang telah dirujuk sebelum buku teks ini diterbitkan. Apa Prof nak kata?
  • Prof: (kelihatan terkejut ) err.. tapi saya tak pernah dirujuk..ini tak betul..pada masa itu juga Prof Ainuddin Wahid dalam keadaan uzur.
  • Hanipa: Jadi tak betullah bila dikatakan dalam buku ini Prof telah dirujuk..
  • Prof: Ya...tidak betul.
  • Hanipa: Tak mengapa Prof...kalau Prof nak saman nanti boleh bincang dengan saya (orang ramai di gelari awam dan saksi dilihat ketawa dengan gurauan Hanipa tersebut).
  • Hanipa: Prof setuju dengan saya bagi orang Islam mereka tidak boleh menerima penjajahan British kerana apabila British datang ke Tanah Melayu mereka juga selain ambil khazanah dan hasil mahsul Tanah Melayu juga memperkenalkan sistem perundangan common law British menggantikan undang­undang Islam?
  • Prof: Ya.
  • Hanipa: Prof, apabila PKPMM diharamkan British anggota­anggota mereka menyertai PKM sebagai platform sahaja untuk melawan British.
  • Prof: British tidak haramkan PKPMM, hanya isytihar darurat.
  • Hanipa: Kesan darurat itu, British akan tangkap mereka yang menentang British termasuk British gubal Akta Hasutan 1948 menangkap mereka yang lawan British atas alasan menghasut orang ramai benci British dan undang undang ini diambil daripada India semasa British jajah India?
  • Prof: Ya, benar.
  • Hanipa: Saya katakan Prof, orang Islam yang menentang British seperti Mat Indera hanya gunakan platform PKM untuk lawan British bukan untuk mengganut fahaman British.
  • Prof: Bagi saya mereka melawan Raja­Raja Melayu.
  • Hanipa: Macam Tok Janggut lah Prof...dia digelar penderhaka oleh British sebab walaupun lawan British dikira lawan Raja.
  • Prof: Ya, Tok Janggut digelar penderhaka.
  • Hanipa: Prof, sebagai orang bukan Islam dan tak ada pengetahuan tentang Islam, saya katakan Prof tak tahu tahaluf siyasi yang Islam benarkan.
  • Prof: Ya, saya tak tahu, ia bukan pengajian saya.
  • Hanipa: Saya katakan mereka yang lawan penjajah British seperti Mat Indera bekerjasama dengan PKM bukan kerana sokong komunis tapi gunakan PKM untuk tapak mereka lawan penjajah British.
  • Prof: Tapi mereka langgar undang­undang.
  • Hanipa: Undang­undang zalim British...Islam benarkan lawan kezaliman, jadi saya katakan tidak semudah itu untuk kita katakan hanya kerana Mat Indera bersama­sama PKM maka terus dilabelkan sebagai komunis, setuju Prof...it is not as simple as that.
  • Prof: Ya, it is not as simple as that.
  • Perbicaraan kemudian disambung pada 27 April depan. Namun apa yang hendak disampaikan oleh Hanipa ialah oleh kerana sejarah komunis dan kemerdekaan tidak tepat maka bosnya Mat Sabu tidak boleh dikaitkan dengan pertuduhan.
  • Apapun mahkamah jauh lebih cerdik berbanding Hanipa dan sudah pasti hakim akan tumpukan kepada fakta mengenai Mat Sabu yang dituduh melakukan jenayah di bawah Akta 500 Kanun Kesiksaan, bukannya menerima atau menolak pembuktian atau penafian sejarah komunis.
  • Kalau Mat Sabu sabit dengan kesalahan itu, beliau wajar dihukum penjara dan denda tanpa mengambil kira samada Tanah Melayu pernah dijajah atau sekadar dinaungi.
  • Malah konsep negara naungan dan jajahan, ia sudah dibuktikan oleh beberapa sejarahwan tempatan bahawa Tanah Melayu telah dijajah mulai 1511 hingga 1957 walau pun `de facto’ atau `de jur’, kita tetap telah dijajah oleh Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun dan Inggeris kembali. Titik.


Harussani jawab mengapa hudud mesti dilaksanakan

  • Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Bagaimanapun umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.
  • "Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?. Itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.
  • "Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," tegas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
  • Beliau mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Sambil itu beliau mengajak umat Islam bersatu dan menerima hukum tersebut.
  • "Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah," katanya.
  • Daripada kenyataan Harussani itu, kita sepatutunya lebih berhati-hati ketika memberi pendapat mengenai hudud kerana jika tersilap perkataan, akidah kita akan terjejas.
  • Hal ini pernah diingatkan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang berkata seseorang Islam tidak boleh berkata beliau menolak hudud atau pelaksanaannya kerana hudud merupakan undang-undang Allah yang wajib dilaksanakan.
  • "Jika dia berkata dia tidak menolak hudud tetapi menolak pelaksanaan hudud sekali pun, ia tidak boleh. Sebaliknya katakanlah bahawa hudud itu akan dilaksana tetapi dengan ruang-ruang dan perbincangan antara sekutu sehingga ia boleh dilaksanakan dengan persetujuan semua.
  • "Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum ini, hudud itu dikatakan tidak sejajar dengan perlembagaan tetapi ia perlu jua dilaksanakan apabila ada ruang persetujuan antara pihak berkenaan nanti," katanya.
  • Mohamad Shukri berkata hukuman hudud bagi orang Islam adalah wajib seperti solat, haji dan puasa, namun katanya atas sebab-sebab tertentu ada juga yang tidak mengamalkan solat, puasa atau haji.
  • "Ada juga orang Islam yang tak solat, tetapi dia tak tolak solat. Ada yang tak buat haji walaupun dia mampu tapi dia tak tolak haji. Begitu juga hudud, pelaksanaannya juga tidak boleh ditolak sebaliknya terus dibincang sehingga boleh dilaksanakan," katanya.
  • Mohamad Shukri juga menasihatkan agar umat Islam negara ini berhati-hati ketika membincangkan tentang hudud sama ada di laman sosial atau sebagainya untuk mengelak akidah terkena 'virus' atau menjejas syahadah.
  • "Virus itu maksudnya kita semacam termakan apa yang orang kata tentang hudud kononnya zalim dan sebagainya sedangkan mereka tidak faham apa itu hudud. Manakala syahadah pula pendirian kita terhadap Islam dengan lafaz dua kalimah syahadah, itu perlu dijaga jangan sampai terjejas," katanya.
  • Katanya perbincangan tentang hudud sepatutnya diserahkan kepada pihak yang pakar mengenainya dalam usaha memberikan pemahaman terutama kepada orang bukan Islam.
  • Mohamad Shukri turut meminta anggota-anggota politik termasuk calon pilihan raya mengelak menggunakan isu hudud sebagai bahan untuk kempen mereka. Agama dan politik adalah dua perkara yang tidak seharusnya dicampur adukkan apatah lagi sebagai bahan kempen.
  • "Bawalah apa sahaja bahan, tetapi bukan agama, bukan hudud. Bila dah cakap banyak pasal, ada yang mungkin tidak sedar akidah terjejas. Kita faham, kalau bukan Islam hudud memang mereka tolak, tetapi jika yang bercakap itu orang Islam, dia atas tiket politik, mereka perlu berhati-hati, elakkan," katanya.
  • Bagaimanapun masih ada beberapa mufti dan pendakwah yang mengatakan hudud boleh ditolak atau tidak dilaksanakan, antaranya Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan.
  • Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau “ijtihad” lain.
  • “Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.
  • “Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas,” kata Asri dalam satu kenyataan di laman blognya.
  • Beliau berkata, umat Islam perlu mengetahui perincian undang-undang syariah itu kebanyakannya tidak wujud dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
  • Tambahnya perincian mengenai hudud mungkin terdapat dalam beberapa nas (dalil) tetapi dari segi perbincangan hukum fekah, ia boleh diandaikan pelbagai tafsiran.
  • “Ini yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian). Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar,” katanya.
  • Oleh kerana terdapat pelbagai tafsiran dalam nas tersebut, terdapat perbezaan dalam perincian hukum seperti kadar curian, ‎suasana undang-undang itu dilaksanakan dan sama ada taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, kata Asri.
  • ‎Pada masa sama, beliau menegaskan pendiriannya menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud tetapi mahu kerajaan PAS itu memberi ruang agar enakmen syariah itu dikaji semula pakar perundangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Katanya, tindakan mengkaji semula enakmen tersebut adalah wajar agar kerajaan Kelantan tidak mengulangi kegagalan pelaksanaan hudud yang pernah berlaku di negara lain seperti di Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan.
  • ‎”Yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang dibuat oleh mereka, katanya.
  • Asri berkata, Kelantan di bawah pentadbiran PAS harus mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan kekejaman undang-undang seperti berlaku di bawah pentadbiran Taliban dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
  • Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.
  • Sementara itu, pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) pula berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika seluruh rakyat Malaysia bersatu menerimanya.
  • Katanya, hudud jika hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya akan ada dua jenis hukuman yang berbeza, orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pulak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.
  • Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam. Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin).
  • Di sini akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama. Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.
  • Cara untuk laksanakan hudud secara menyeluruh ialah dengan meminda undang-undang sivil terlebih dahulu yang selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.
  • Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? Mahukah DAP, PKR malah sebahagian ahli parlimen PAS dan UMNO menerima cadangan pindaan ini?
  • Kesimpulannya, perbezaan pandangan antara ulama tersohor Malaysia seperti Harussani, DrMaza dan DUKE menyebabkan umat Islam semakin keliru kebingungan. Nasihat ulama mana satu nak mereka ikut.