- Kepincangan Pakatan Haram semakin kronik apabila kalangan rakan sekongkol mula bertindak `halau menghalau' sesama sendiri rentetan daripada cadangan perundangan Hudud yang mahu dibentangkan di Parlimen pada Mei depan.
- Mula-mula Lim Guan Eng menghalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tinggalkan pakatan itu jika masih bertegas mahu bentang rang undang-undang hudud di Parlimen.
- Dengan selamba wakil DAP itu berkata, jika Hadi masih mahu (hudud), beliau harus laksanakannya sebagai ahli Parlimen Marang dan bukan sebagai anggota pakatan.
- "Di sini kita tidak persoal hak Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen. Tetapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR. Kerana, kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR," kata Guan Eng.
- Akibat tekanan bertalu-talu dari Guan Eng itu, pimpinan PAS juga menghalau DAP daripada pakatan haram itu jika tidak senang dengan usul hudud yang dibawa oleh Hadi.
- Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS sudah menyatakan pendirian mereka untuk kekal bersama pakatan pembangkang itu.
- "Daripada suruh orang keluar, baik DAP sendiri keluar... itu lagi senang. Kita dah buat pendirian tak akan tinggalkan Pakatan. Enakmen hudud tak boleh dijadikan alasan Pakatan berpecah kerana ia bukan undang-undang yang zalim. Kalau DAP kata ini punca perpecahan, itu salah DAP," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
- Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berpendapat, tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai "tekanan luar" kepada presiden PAS itu.
- "Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan. Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," kata anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
- Ternyata DAP dan PAS tidak mahu keluar daripada pakatan haram itu. Mereka saling halau menghalau tetapi tiada siapa yang mahu keluar. Orang ramai sudah kebingungan di tahap gaban dan tertanya-tanya apakah bentuk sandiwara pakatan haram kali ini.
- Lalu pemerhati politik mula membuat ramalan dan mengatakan jika salah satu parti itu istiyhar keluar dari pakatan, maka mereka hilang kelayakan untuk mentadbir Selangor. Maka melompat-lompatlah DAP kegembiraan kerana PAS dilupskan dari peta pentadbiran negeri itu. Begitu juga sebaliknya.
- Hal itulah yang dikatakan menjadi penyebab mengapa kedua-dua parti tidak mahu keluar dari pakatan haram. Walaupun terpaksa bermasam muka atau jika perlu bertarik rambut, mereka mesti bekerjasama dalam pakatan untuk meruntuhkan parti Melayu Umno yang paling dibenci oleh kedua-dua parti itu.
- PKR terselamat dari pergaduhan itu kerana tidak mahu menghentam PAS sepertimana DAP menghentam parti Islam itu. Mulut pemimpin PKR sudah diplaster ketat. Hentam Umno BN sahaja, bukan hentam PAS.
- Kesimpulannya ialah apapun pendekatan PAS dalam soal hudud, parti itu tidak akan mahu bersama UMNO dalam lain-lain urusan, apatah lagi mahu mewujudkan penggabungan dengan parti kerajaan.
- Apa yang pasti tidak ada satu pun pemimpin PAS yang menyatakan kesediaan untuk mewujudkan hubungan politik dengan UMNO walaupun tawaran sudah dibuka beberapa kali. Hudud adalah soal menegakkan perundangan Allah dan wajib ditaati seuma umat Islam. Titik.
- Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak pernah berputus asa untuk mendoakan dan mengharapkan agar PAS dan UMNO dapat bersatu dalam semua hal termasuk pentadbiran agama, negara dan bangsa.
- Sehingga hari ini semua orang tertanya-tanya di manakah agaknya titik pertemuan antara UMNO dan PAS yang boleh disatukan? Ternyata hudud bukan merupakan isu penyatuan bangsa Melayu, ia sekadar tuntutan agama Islam, itu saja.
Tuesday, 24 March 2015
Pesta halau menghalau dalam pakatan haram
Kerajaan campuran kafir fantasi DAP tidak akan wujud
- DAP dilihat sedang berfantasi untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan parti kafir dalam komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan komponen suku bangsa dari Sabah dan Sarawak.
- Sebab itu DAP bersusah payah `menyerang’ PAS untuk membangkitkan sentimen `kekafiran’ di kalangan parti-parti bukan Islam dalam BN agar `menyeberang jambatan’ tanpa perlu menunggu pilihan raya umum 2018.
- Hudud merupakan `bahan eksperimen’ paling baik untuk DAP merayu simpati parti-parti kafir di dalam parti kerajaan dan pembangkang supaya bersatu dalam sebuah `kerajaan campuran ABC’ mengikut acuan Lim Kit Siang.
- Dalam kepala Kit Siang sudah membayangkan jika UMNO sokong Hudud di Parlimen, komponen parti kerajaan seperti MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong BN. PBB juga mungkin keluar BN jika mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
- Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Ini bererti kerajaan BN akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun. Kalau PAS gadai 21 kerusinya untuk sertai BN sekalipun, Umno akan tumbang juga.
- Itulah perkiraan Kit Siang ketika mencadangkan kerajaan campuran. Dia tak mengharapkan Umno sertai kerajaan itu kerana DAP selama ini mahu membunuh Umno, bukan mahu menyelamatkannya dalam kerajaan campuran.
- PAS bukan satu ancaman besar buat DAP. Ramai pemimpin kafir mendakwa bahawa PAS sekadar ikan bilis sahaja. Ada yang mengatakan parti itu selama ini syok sendiri dalam politik. Mahu menjadi juara umat Islam tetapi sekadar memberi 21 kerusi Parlimen saja sedangkan Umno ada 88 kerusi.
- Bagi DAP, kalau PAS sertai kerajaan campurannya boleh, kalau tak masuk pun tak mengapa. PasMa akan menjadi parti politik nanti bagi menggantikan PAS sedia ada. Sebab it Dato Pahrolrazi letak semua jawatan dan tumpu kepada PasMa. Dia ada agendanya tersendiri dengan Pakatan Rakyat ke arah pembentukan kerajaan campuran. Dia bukan letak jawatan sesuka hati dan ikut emosi. Dia sudah berurusan dengan Lim Guan Eng. Gajinya untuk bulan ini pun sudah masuk barangkali.
- Jadi tak mengapalah jika PAS terima atau tolak cadangan Kit Siang dalam membentuk kerajaan campuran kerana ikan bilis tak boleh jadi lauk utama pun.
- Malahan kata-kata Mujahid Yusof Rawa (PAS) pun dianggap sebagai ikan bilis juga. Bagi PAS adalah terlalu awal mewujudkan kerajaan campuran baru seperti dicadangkan oleh Kit Siang.
- Ahli parlimen itu berkata, satu perbincangan sihat mengenai isu itu perlu berlaku sebelum apa-apa rumusan boleh dibuat.
- Malah, isu sama ada melaksanakan undang-undang hudud dibenarkan atau tidak oleh perlembagaan pun masih hangat diperbincangkan.
- Ketika cadangan kerajaan campuran itu diwar-warkan, orang ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Kit Siang. Apakah sudah ada tanda-tanda nyanyuk seperti abang angkatnya Lee Kuan Yew (mendiang) yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia Raya (bersama Singapura)?
- Atau mungkin ia adalah skrip yang disediakan oleh anaknya Guan Eng atas kebimbangan mengenai masa depan Pakatan Haram yang pasti berkubur akibat serangannya terhadap PAS sejak tahun lalu.
- Bagi mengurangkan ketegangan, DAP menggunakan media tajaannya untuk menyerang Umno dan Perdana Menteri dengan pelbagai isu sehingga ia boleh dilihat sebagai tanda-tanda kejatuhan PM dan Umno.
- Sementelahan pula DAP ada beberapa `salesman’ yang petah berbahasa Melayu yang dipeliharanya dalam PKR seperti Rafizi Ramli, manakala Mat Sabu pula `salesman’ DAP dalam PAS yang diberi gaji bulanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Ada ramai lagi salesman DAP dalam kedua-dua parti itu kerana menyedari parti Cina itu tidak memiliki wakil rakyat yang petah berbahasa Melayu.
- Mereka inilah yang menyampaikan apa jua maklumat yang boleh menjatuhkan Umno atau sekurang-kurangnya menggambarkan bahawa Umno sedang berada di ambang perpecahan, wal hal hakikatnya pakatan haram itulah yang sedang bertelagah di peringkat paling serius dalam sejarah Malaysia.
- Kesimpulannya cadangan DAP mengenai kerajaan campuran itu sekadar `diversion’ untuk mengalih tumpuan cerita mengenai pakatan haramnya yang sedang tunggang langgang dan bakal berkubur sedikit masa lagi.
- Hakikat yang lebih pasti lagi, UMNO yang diserang setiap saat oleh pembangkang didapati tidak goyang malah komponen BN yang bermesyuarat kelmarin juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap PM dan kabinetnya.
- Kerajaan campuran DAP itu sekadar fantasi saja kerana penyudahnya DAP hanya akan `bermukah' dengan PKR saja untuk satu tempoh tertentu, itu pun kerana PKR sudah banyak terhutang budi dengan DAP yang `menaja' dalam banyak pilihan raya kecil dan besar.
Monday, 23 March 2015
DUKE ulas kenapa Hudud belum boleh dilaksana di Malaysia
![]() |
| Ustaz Kazim Elias (DUKE) |
Pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) berpendapat hukum
hudud hanya boleh dilaksanakan jika seluruh rakyat Malaysia bersatu menerimanya.
Berikut adalah kenyataan beliau. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib
dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada
pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.
Jika hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada
dua jenis hukuman yang berbeza, orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah
berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pulak
mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.
Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu
adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.
Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan
hukuman berat dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati
(jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas
hukuman yang sama. Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat
dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan
seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri
bukan Islam hanya dipenjarakan.
Cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah
kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan
dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan
dari segi hukuman.
Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet
serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan
pindaan ini? Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima
cadangan pindaan ini?
Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di
tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat
semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk
melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi
kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama. – Oleh Ustaz Kazim Elias
Benarkah Pas guna hudud untuk guling UmnoBN
- Hampir tidak percaya apabila ada penganalisa politik meramalkan bahawa Pas mengumpan hudud untuk menjatuhkan Umno dan BN sekaligus membawa masuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
- Tidak mungkin tokoh ulama seperti Dato Dr Harun Din dan Abdul Hadi Awang sanggup berkomplot dengan DAP dan PKR ke arah itu. Apapun analisa politik adalah sekadar ramalan teknikal dan bukannya hakikat sebenar. Percaya atau tidak, terpulang kepada kematangan rakyat Malaysia.
- Alkisah seorang blogger dikenali sebagai AJAB telah menulis dengan panjang lebar di portal MyKMU.net mengenai hudud dan komplot Pas.
- Katanya, agenda hudud dimainkan oleh Pas bukan atas nama keadilan Islam atau perjuangan Islam tetapi merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional.
- Para strategis Pakatan Rakyat termasuk di dalam Pas tahu bahawa Hudud tidak akan boleh dilaksanakan di negara ini berikutan komposisi kerusi Parlimen dan kedudukan masyarakat majmuk yang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Malahan mereka tahu Pas tidak mungkin berjaya mendapat kelulusan Parlimen seperti yang diperlukan, namun mereka memainkan isu ini bagi tujuan memecah belah Barisan Nasional.
- Agenda Hudud yang dimainkan semula oleh Pas bukan sahaja ditentang oleh Ahli Parlimen bukan Islam dalam DAP dan PKR, tetapi juga sebahagian Ahli Parlimen Islam dalam Pas seperti Khalid Samad dan Mujahid Yussof Rawa. Semua ahli Parlimen Islam PKR menentang hudud Pas ini. Demikian juga Zairil Khir Johari.
- Pas telah membahagi kumpulan pemimpin mereka kepada dua puak iaitu yang menyokong dan menentang Hudud. Apabila UMNO Kelantan memutuskan untuk menyokong Hudud Pas ini dan direstui oleh UMNO Pusat, perangkap Pakatan Rakyat sudah menjadi.
- Ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional dalam meyakinkan masyakarat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya bukan Islam bahawa tiga parti ini lebih mesra bukan Islam berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
- Ketika sebahagian pemimpin Islam dalam Pas sendiri menyatakan dengan lantang mereka tidak bersetuju, ramai pemimpin UMNO membuat kenyatan menyokong Hudud Pas ini. Kononnya ini sebagai satu perjuangan jalan Allah tanpa mereka memahami kandungan Hudud Pas sepenuhnya dan memahami tipu helah politik Pas.
- Jika Pas sanggup mengkafirkan UMNO dan sehingga sekarang tidak pernah merasakan penyesalan, apakah kita harus percaya keikhlasan Pas membentangkan Hudud ini?
- Pas sebenarnya hanya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Jika UMNO mengambil keputusan menyokong Hudud Pas ini, maka selepas pembentangan usul persendirian ini pada Mei 2015 nanti, ia akan menjadi pembangkang.
- DAP dari awal telah mencabar MCA dan Gerakan keluar Barisan Nasional jika benar mereka tidak bersetuju dengan Hudud Pas. MCA, Gerakan dan MIC tiada pilihan, sama mereka ada keluar Barisan Nasional atau berkubur terus dari politik negara. Mereka telah menyatakan pendirian mereka. Demikian juga PRS akan keluar BN jika UMNO menyokong isu ini.
- Dalam masa yang sama persefahaman Pakatan Rakyat tetap utuh kerana mereka memutuskan untuk terus bekerjsama. Oleh kerana mereka bukan entiti seperti Barisan Nasional, maka tidak timbul isu keluar parti.
- Sekiranya UMNO menyokong Hudud Pas, kerajaan Barisan Nasional akan tumbang kerana MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong Barisan Nasional.
- PBB juga kemungkinan perlu keluar Barisan Nasional jika mereka mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
- Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Bolehkah mana-mana Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri? Kerajaan Barisan Nasional akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun.
- Apakah Pas akan menyokong UMNO? Pas mungkin akan mengelabui mata umat Islam dengan sebahagian ahli Parlimennya menyokong Presiden UMNO ketika Usul Undi Kepercayaan ke atas Perdana Menteri di buat di Parlimen.
- Namun ahli-ahli Parlimennya yang menentang Hudud sudah pasti tidak akan menyokong. Jika dengan sokongan penuh pun Pas dan UMNO belum boleh membentuk kerajaan Persekutuan, apatah lagi jika sebahagian ahli Parlimennya telah pun menyatakan tidak menyokong hudud.
- Adakah anda mendengar mana-mana fatwa ulama Pas bahawa jatuh kafir ke atas Khalid Samad, Mujahid Yusoof Rawa, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sediri kerana tidak bersetuju dengan Hudud ini? Tidak ada, kerana ini adalah permainan politik pas yang amat licik bertopengkan agama.
- Mereka tahu sukar mengalahkan BN dalam pilihan raya umum kecuali melakukan pecah belah seperti ini. Jika UMNO terperangkap dalam permainan ini mereka akan menjadi pembangkang sebelum Raya Aidilfitri tahun ini dan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.
- Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak boleh berdolak dalih esok.
- Pendirian yang perlu dibuat hanyalah melalui keputusan Barisan Nasional bukannya UMNO. Dalam konteks pemerintahan negara UMNO secara sendirian tidak relevan pada masa kini.
- Ini perlu disedari oleh Mohd Najib Tun Razak, para pemimpin UMNO dan ahli UMNO. Mana lebih penting menjadi parti pemerintah yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu atau menjadi catatan sejarah menyokong Hudud Pas tapi menyebabkan masa depan Islam dan Melayu terumbang ambing dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP, parti didikan mendiang Lee Kwan Yew!
- Jika Ulama dalam UMNO tidak faham siasah politik ini, maknanya belum cukup dalam ilmu agama mereka.
- Susulan tulisan AJAB itu, pengendali portal MyKMU yang selama ini pro UMNO juga memberi komen dengan berkata bahawa UMNO membuat kesilapan apabila mengenepikan pendirian awal parti tersebut sejak berdekad-dekad lalu dengan menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (pindaan 2015) baru-baru ini. Penolakan Hudud Pas ini telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh UMNO sejak 20 tahun lalu dan tiada sebab untuk melangkah kebelakang semula.
- Kita tahu Hudud tidak boleh berfungsi dengan adil selagi ia tidak memperuntukkan hukuman dan sistem menjatuhkan hukum yang sama antara Islam dan bukan Islam. Tidak ada ada dalam sejarah pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan Khulafa ar-Rasyidin, orang Islam menerima hukuman yang lebih berat dari bukan Islam.
- Jika kita tidak boleh mengenakan hukuman hudud berzina dan minum arak ke atas orang bukan Islam, hukuman ke atas pencuri harus sama. Malangnya ini tidak diambil kira oleh Hudud Pas. Hudud Pas ini juga tidak mengambil kira kaedah-kaedah penentuan hukuman rejam oleh Rasulullah s.a.w dalam kes berzina.
- Perbahasan mengenai keupayaan Malaysia melaksanakan hudud dengan adil sudah banyak diperbahaskan. Cukuplah dengan kesimpulan bahawa adalah hak pemerintah negara untuk menggantikan Hudud dengan hukuman takzir. Ini kerana dalam agama Islam dosa kepada Allah seperti minum arak dan berzina boleh dihapuskan melalui taubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Hanya jika kejahatan minum arak dan zina itu sampai kepada pemerintah (bukannya pemerintah menubuhkan pasukan pencari kesalahan) maka hukuman perlu dijatuhkan sama ada hudud atau takzir bergantung kepada ijtihad pemerintah ketika itu. - MyKMU.net
Mohd Amar `jahit’ mulut jahat Kit Siang dalam mesyuarat
- PAS dah tak tahan lagi dengan maki hamun DAP sejak kebelakangan ini, lalu mendedahkan bagaimana mulut jahat Lim Kit Siang `dijahit’ oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.
- Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu media, betapa Kit Siang 'terdiam' dan `tergamam’ apabila diajukan soalan perihal pelaksanaan hudud di Kelantan dalam mesyuarat baru-baru ini.
- Mohd Amar hairan mengapa DAP terus menentang pelaksanaan hudud di negeri itu walhal hukum itu langsung tidak melibatkan golongan bukan Islam.
- "Awak (Kit Siang) kata awak tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.
- “Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?
- “Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita laluan. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita.
- “Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa dia berkeras lagi, kecuali dia ada agenda tersembunyi, kita tak tahu,” kata Mohd Amar.
- Soalan itu diajukan kepada Kit Siang dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara baru-baru ini.
- Kit Siang terus terdiam ketika Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud itu memberitahu kerajaan negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan merujuk kerangka undang-undang sepanjang usahanya melaksanakan hukum itu di negeri itu.
- Mohd Amar juga mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.
- "Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah.
- "Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan," ujarnya.
- Mohd Amar berkata jika kerajaan negeri kelantan gagal mendapat sokongan ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang itu, pihaknya akur namun tetap akan mencari alternatif lain bagi merealisasikan hasrat melaksanakan hukum tersebut.
- "Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat.
- "Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan," tegasnya.
- Buat kesekian kalinya, Mohd Amar memberi jaminan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam.
- "Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?
- "Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu," katanya.
Hudud dicabar pelbagai pihak termasuk Melayu fasiq
- Golongan kafir dari pelbagai kaum dan parti di Malaysia telah mengasak hudud dengan begitu hebat sekali sehingga ada yang mengupah atau meng`kaldai’kan ramai bangsa Melayu fasiq untuk menghentam perundangan Islam.
- Lihat saja bagaimana portal tajaan kafir seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider yang sedang galak mengoncang perpaduan Islam dengan memutarbelit pelbagai isu.
- Terbaru, mereka memfitnah Setiausaha Agung UMNO dengan artikel "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. Kaum kafir seperti kena `sawan’ apabila melihat bibit penyatuan Islam Malaysia semakin terserlah.
- Lalu mereka mencari helah yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam dan atas rasa terdesak Malaysiakini menyiarkan artikel tergantung mengenai Tengku Adnan dan Hudud.
- Untuk itu umat Islam perlu berhati-hati dengan portal kafir ini. Sebaiknya teliti terlebih isi kandungan sebenar kenyataan Ku Nan daripada pelbagai sumber sebelum menelan fitnah Malaysiakini.
- Perbuatan gologan kafir menghina Islam dan perundangannya mungkin tidak mendatangkan kesan kepada bangsa Melayu, lalu mereka menggunakan taktik terbaru dengan mengumpan segelintir Melayu fasiq untuk mempersoal hudud bagi menghasil impak yang lebih besar.
- Buktinya umat Islam gempar apabila radio BFM menggunakan Aishah Tajuddin dalam iklan yang menghina Hudud sambil mempersoal apakah perundangan itu boleh memberi makan kepada manusia.
- Kita terkejut dan bertanya apakah Aishah itu murtad atau tidak kenal dosa dan pahala. Rupanya dia sekeluarga merupakan ahli dan penyokong DAP. Maka benarlah bahawa DAP menggunakan Melayu fasiq untuk menghina hudud dalam pelbagai bentuk agar perundangan itu dibenci dan digeruni.
- Dari aspek perundangan pula, Tan Sri Abu Talib Othman (Melayu pro pembangkang) menyertai pakatan kafir untuk menyerang perundangan Islam.
- Dakwanya, hudud akan menyebabkan kekeliruan dan ketidakadilan kepada rakyat walaupun ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
- Bekas peguam negara itu mendakwa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama di mana hudud didapati tidak praktikal. Apakah Abu Talib terlupa bahawa perundangan itu mahu dilaksanakan di Kelantan yang mempunyai 92 peratus penduduk Melayu Islam.
- Abu Talib mula merapu, katanya, apa yang akan terjadi jika jenayah dilakukan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam dan saksinya ialah bukan Islam. Orang Islam yang dihadapkan ke mahkamah syariah mungkin dapat melepaskan diri ekoran saksi yang bukan Islam itu tidak dapat memberi keterangan di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam boleh didakwa dan ditahan melakukan jenayah di mahkamah sivil, dan mereka boleh memberi keterangan di sana.
- Bekas Peguam Negara itu merapu lagi, katanya, pendakwa raya sebelum ini berdepan dengan pelbagai senario iaitu dari mangsa, tertuduh dan saksi yang terdiri daripada Islam atau bukan Islam.
- Dakwanya, hanya Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan sepertimana Perkara 8 yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan yang sama dalam undang-undang.
- Walaupun Islam merupakan agama persekutuan seperti dinyatakan Perkara 3(1), ia mempunyai batasan. Perkara 3(4) menyatakan tiada apa yang terkandung dalam perkara itu mengurangkan kandungan lain dalam Perlembagaan.
- Begitulah gelapnya hati Abu Talib hingga sanggup menggunakan ilmu perundangannya ke arah dunia yang gelap sedangkan hudud ternyata mahu memberi cahaya kepada beliau dan umat Islam di seluruh dunia.
- Gelap hati Abu Talib sama juga seperti gelapnya hati Tun Musa Hitam dan beberapa pemimpin Melayu lain yang memandang serong kepada perundangan hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.
- Tak cukup dengan penghinaan tokoh-tokoh Melayu veteran, hudud menerima kritikan daripada aktivis Melayu pula.
- Entah dari mana asal usul Dr Ahmad Farouk Musa, dia muncul di portal pembangkang dengan mendakwa hudud yang diperjuangkan kerajaan PAS Kelantan bukan wahyu dari Tuhan.
- Dia mendakwa, hudud PAS dibentangkan seolah-olah satu set undang-undang dari Allah, menjadikannya seakan-akan imun atau kebal kepada kritikan.
- Lebih pedih lagi apabila dia menuduh undang-undang PAS itu kebal kepada kritikan padahal ia semata-mata hasil tafsiran literal kumpulan ulama tertentu yang gagal melihat maqasid undang-undang tersebut, atau matlamatnya yang lebih tinggi, dalam mencapai kesempurnaan keadilan.
- Farouk juga mendakwa, rang undang-undang hudud PAS tidak mungkin maksum kerana ia termasuk peruntukan yang masih menjadi perdebatan antara ulama, contohnya hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin.
- Dakwanya lagi, hukuman itu tidak wujud di dalam Al-Quran tetapi disimpulkan dari hadith Rasul, sambil menambah yang orang ramai masih mempertikaikannya.
- Penulis percaya lebih ramai lagi Melayu fasiq akan muncul dalam mana-mana portal kafir untuk mengecam dan menghina Hudud.
- Samada mereka muncul atas dasar upahan atau tanggungjawab menyokong PKR dan DAP, mereka pasti sudah menyediakan beberapa skrip baru yang lebih segar setiap hari untuk menghentam hudud, PAS dan UMNO.
- Secara tidak langsung mereka mahu menghasut umat Islam menanam perasaan benci kepada parti PAS dan UMNO yang memperjuangkan Islam, sekaligus cuba meruntuhkan kerajaan Melayu sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan DAP yang lebih selesa di mata mereka.
- Kesimpulannya, apapun yang diakukan oleh golongan kafir menerusi juak-juak Melayu, Hudud akan menjadi penyatu umat Islam di Malaysia dalam masa terdekat. InsyaAllah.
Sunday, 22 March 2015
Lega kenaikan tambang pengangkutan awam ditangguh
- Orang ramai merasa lega sedikit dengan langkah terbaru Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam. Ia dibuat hasil arahan kabinet yang melihat langkah itu tidak sesuai pada masa ini.
- Secara ringkas pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan.
- “SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan. Tidak perlu wujud persengketaan,” katanya dalam laporan Buletin Utama TV3.
- Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta suruhanjaya berkenaan berbuat demikian kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.
- Muhyiddin berkata, kenaikan itu menyusahkan rakyat yang kini sedia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
- “Kabinet berpendapat asas untuk kenaikan itu ada, cuma soal yang berbangkit tidak sesuai ketika ini. Beban pengguna mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar yang menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
- Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, penangguhan berkenaan juga dibuat kerana waktunya hampir dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
- SPAD perlu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti. Selain itu, SPAD boleh membawa perkara itu ke Kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak. Ambil kira pandangan semua walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya.
- Sebelum ini orang ramai kelam kabut apabila SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus, manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus, berkuat kuasa bermula 15 Mei ini.
- Penyelarasan itu mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.
Soi Lek hasut Cina tolak Islam, Najib diharap perkukuh Islam
- Chua Soi Lek (MCA) yang popular dengan skandal seks suatu ketika dulu tiba-tiba muncul dengan kenyataan akhbar `menghasut’ MCA supaya menghalang UMNO menyokong rang undang-undang hudud di Parlimen.
- Dia juga meminta parti Cina dalam BN (MCA dan Gerakan) supaya jangan menyalahkan DAP dalam isu hudud. Maknanya jika 88 ahli Parlimen Melayu UMNO sokong usul hudud di Parlimen, MCA dan Gerakan wajib menentang UMNO.
- Dengan angkuh Soi Lek meramal UMNO tidak akan menyokong rang undang-undang peribadi (private members’ bills) Kelantan yang bakal dibentang Mei depan bagi membenarkan negeri itu melaksana undang-undang Islam itu.
- Agaknya sebab itulah `gurkanya’ yang juga Presiden MCA, Liow Tiong Lai tak semena mena panggil mesyuarat tergempar di kalangan komponen BN. Kepada media dia jelaskan ia dibuat bagi memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
- Namun khabarnya dia mahu semua ketua komponen mendesak PM supaya mengarahkan ahli Parlimen Umno jangan menyokong usul hudud atau BN akan terima risiko perpercahan lebih teruk terutama di Sabah dan Sarawak serta mungkin kalah PRU14.
- Sebab itu bila media bertanya, apa pendirian komponen BN bukan Melayu dalam hal hudud, Tiong Lai tak jawab sebaliknya memberitahu, PM akan membuat pengumuman mengenai isu itu sehari dua lagi. Media sedia maklum PM sedang sibuk dengan walimatul urus anaknya tetapi musykil dengan tindakan Tiong Lai memanggil mesyuarat tergempar itu.
- Sehari selepas itu, bagaikan wayang opera Cina, Soi Lek pula membuat kenyataan akhbar jika Umno sokong juga hudud di Parlimen, MCA tidak boleh abaikan `the elephant in the room’. Kenyataan itu seperti sudah dirancang oleh semua pemimpin tertinggi MCA dan Gerakan.
- Soi Lek membayangkan komuniti Cina Malaysia mengharapkan MCA berbuat sesuatu dan inilah masanya parti itu buktikan kepimpinan.
- Lalu tokoh kontroversi itu membuka cerita lama ketika dia menjadi presiden MCA dengan mendakwa PM telah mengarahkan beliau supaya tidak terlalu keras (tone down) membidas Kanun Jenayah Syariah Islam kerana ia boleh meletakkan MCA sebagai parti anti-Islam.
- Bagi Cina DAP pula, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah berulang kali menjelaskan bahawa parti itu akan menentukan kedudukannya dalam pakatan haram tidak lama lagi.
- Berikutan senario itu, PKR telah membuat ketetapan untuk tidak menyokong hudud di Parlimen nanti. Ia dijelaskan oleh presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- Bagaimanapun PAS tidak bimbang dengan ugutan parti-parti Cina itu dan yakin sokongan Umno saja sudah mencukupi untuk rang undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. Pas hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 112 ahli parlimen sahaja.
- PAS ada 21 kerusi dan Umno ada 88 kerusi, masih kurang empat kerusi muntu membentuk majoriti mudah. PKR ada 15 ahli parlimen Islam dan DAP ada dua orang.
- Dalam Pas sendiri ada Pasma yang bersekutu dengan PKR. Sudah tentu ahli parlimen mereka akan berjuang untuk PKR kerana mereka cintakan pakatan haram melebihi perundangan itu sendiri, menjadikan Pas dalam dilemma.
- Tanpa sokongan Umno, tidak mungkin rang undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Namun sistem undian dalam Parlimen jauh berbeza dengan SPR.
- Jika ada ramai ahli parlimen tidak mengangkat tangan ketika usul itu dibacakan, ini bererti mereka secara otomatik menyokong tapi tidak mahu bertanggungjawab atas rang undang-undang itu jika diluluskan. Ini bererti peluang untuk usul itu diluluskan amat cerah jika ramai ahli parlimen enggan angkat tangan.
- Persoalan di sini mengapa MCA dan Gerakan terkinja-kinja mahu Umno menolak usul hudud. Khabarnya mereka malu kepada masyarakat Cina di Malaysia kerana gagal berjuang menjaga kepentingan bangsa dan agama kaum mereka.
- Jika Umno tolak, semua parti-parti Cina, tak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang akan melompat gembira kerana hak dan kepentingan mereka terpelihara dan dipulihara. Jika Umno tolak, bererti perungandan Islam gagal disempurnakan sekaligus melanbangkan kegagalan Umno yang sepatutunya menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam.
- Najib bakal mengumumkan satu keputusan yang paling besar dalam sejarah Melayu Islam Malaysia di abad ini. Debaran semakin terasa. - Lani Ahmad
Saturday, 21 March 2015
Cina tak serik tipu Melayu Islam sejak zaman purba
- Buku Sejarah Melayu edisi Shellabear (Inggeris) telah menipu bangsa Melayu hari ini dengan mendakwa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 kerana bersenjatakan keris dan lembing sedangkan penjajah datang dengan meriam, senapang dan kapal perang yang lengkap.
- Pembuktian lain mendapati kejatuhan Melaka disebabkan pengkhianatan pedagang Cina dan India yang memberikan jong-jong mereka kepada Portugis untuk melumpuhkan pertahanan perairan Melaka.
- Manakala pengkhianatan Raja Mendaliar (berbangsa India) pula dilakukan dengan membuka pintu kota bagi membolehkan tentera darat Portugis masuk ke dalam kubu dan memusnahkan Melaka.
- Pembuktian sejarah itu bukan fokus utama artikel ini, sebalik mahu mengetengahkan penipuan bangsa Cina terhadap kerajaan Melayu Islam yang berlarutan hingga ke hari ini yang mana Cina DAP, Gerakan dan MCA terang-terang menolak hudud yang merupakan sebahagian daripada perundangan Islam.
- Bagi DAP, mereka menggunakan alasan bahawa hudud bukan isu yang pernah dipersetujui bersama dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan haram yang disekongkoli DAP, PKR dan PAS.
- Walhal Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bersama dengan PAS dua tahun lalu dengan menyatakan setiap parti mempunyai hak untuk melaksanakan perjuangan atas pandangan masing-masing.
- “Kita bersetuju dalam dasar bersama pakatan, tetapi setiap parti ada hak untuk berjuang atas pandangan masing-masing tetapi kita dalam pakatan hanya bersetuju atas isu-isu yang kita setujui bersama, isu negara Islam adalah perjuangan Pas, bukan pakatan pembangkang.
- “Perjuangan bersama kita adalah untuk bersatu atas kebebasan, keadilan, integriti dan demokrasi,” katanya yang dipetik menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman sosial Youtube dua tahun lalu. Rakaman video itu dikeluarkan semula hari ini.
- Pada 29 April 2013, pemimpin pakatan pembangkang mengeluarkan kenyataan bersama yang dibacakan Datuk Salleh Man yang ketika itu merupakan calon ADUN Permatang Pasir dengan menegaskan kerjasama Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang berteraskan dasar bersama dalam manifesto pakatan iaitu mengikut konsep negara berkebajikan Pas dan perjuangan adil untuk semua mengikut Perlembagaan oleh DAP.
- Kenyataan yang dikeluarkan demi memancing undi menjelang PRU 13 itu turut menyebut, Pas berhak memperjuangkan akidah dan konsep negara Islam secara sendiri dan DAP berhak memperjuangkan negara berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.
- Menurut mereka, perbezaan antara Pas dan DAP hanya lima peratus sedangkan mereka bersetuju 95 peratus lagi untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
- “Oleh itu manifesto pakatan pembangkang berteraskan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau jantina,” katanya.
- Isu pelaksanaan perundangan hudud menjadi polemik dalam pakatan haram itu apabila DAP bertegas menolak Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2015) kononya melanggar dasar bersama pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan mereka.
- Sementara itu Cina MCA dan Gerakan pula memulakan episod menentang hudud dengan bersembunyi disebalik Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan soal kebebasan bangsa bukan Melayu untuk menganut agama masing-masing.
- Mereka menggunakan perlembagaan itu secara membabi buta dengan menganggap mereka bebas menolak hudud atas dasar kebebasan beragama, sedangkan hudud yang mahu dilaksanakan itu hanya untuk umat Islam.
- Dalam bahasa yang lebih mudah, Cina MCA dan Gerakan cuba menganggu umat Melayu melaksanakan perundangan Islam menerusi mahkamah Syariah.
- Apabila kedua-dua parti Cina itu bersetuju bergabung tenaga dan wang ringgit untuk menyaman kerajaan Kelantan, mereka sebenarnya mahu menggunakan perundangan sivil untuk mencabar perundangan syariah. Titik.
- Bagi mengelakkan negara mengiktiraf penderhakaan terbuka MCA dan Gerakan, seorang menteri berbangsa Cina tiba-tiba memanggil mesyuarat tergempar BN dan mempengerusikannya dengan alasan Perdana Menteri tidak dapat mempengerusikannya kerana sibuk menguruskan walimatul urus anaknya.
- Liciknya menteri ini, beliau memanggil komponen BN untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri. Bila wartawan soal mengenai pendirian mesyuarat itu mengenai hudud, menteri itu kata `itu kena tanya Perdana Menteri.’
- Persoalannya ketika MCA dan Gerakan berkomplot menyaman hudud, mengapa komponen BN berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap Najib, suatu itu yang tidak ada kaitan dengan kecemasan.
- Rupanya dibelakang skrin media, komponen BN dipercayai mahu Perdana Menteri membuat keputusan mengarahkan semua Ahli Parlimen Melayu supaya menolak hudud di Parlimen. Jika Najib enggan berbuat demikian, mereka dakwa BN akan pecah dan mungkin akar umbi MCA, Gerakan dan mungkin MIC seerta PPP akan keluar gagasan itu.
- Tapi media tidak dimaklumkan hal itu. Lalu ia akan dianggap sebagai khabar angina jika pekara ini diviralkan. Begitulah hebatnya penipuan Cina dalam MCA dan Gerakan pada hari ini, cuba menipu Najib yang dilihat semakin lemah di mata Umno.
- Itulah penipuan bangsa Cina hari ini yang berubah wajah berbanding penipuan penjajahan pada 1511. Cina MCA dan Gerakan menggunakan cara berbeza kerana mereka komponen kerajaan, manakala DAP dengan taktik lain di pihak pembangkang.
- Cina PKR bersembunyi di belakang barisan Melayu kecewa yang diterajui presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail tapi agenda Cina disuarakan oleh wanita lemah itu. Alasan PKR seperti biasa, PKR tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimennya menyokong hudud di Parlimen kerana itu bukan persepakatan bersama pakatan haram mereka.
- Menyedari taktik ini, Pas dan UMNO Kelantan tidak peduli dengan bantahan bangsa Cina mengenai hudud lalu melaksanakannya dengan teliti. Kelulusan di peringkat Kelantan sudah diperolehi sebulat suara.
- Kini halangan yang bakal ditempuh ialah kelulusan di peringkat Parlimen yang diterajui oleh 222 Ahli Parlimen yang mana 132 daripada mereka adalah berbangsa Melayu Islam tapi berlainan parti.
- Untuk itu, semua Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
- Ini perlu dilakukan atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.
- Hudud perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.
- Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.
- Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini. - Lani Ahmad
Friday, 20 March 2015
Ada siapa nak saman radio BFM hina Islam
Mungkin dalam hati Aishah Tajuddin berkata, “Kalau korang berani
samanlah aku. Ramai lawyer dah tunggu nak tolong aku.” Tapi apa yang pasti
Aishah tidak boleh nafikan dia tidak terbabit dalam penyediaan skrip menghina
hudud kerana wanita `munafik’ ini merupakan seorang wartawan dan penerbit di
BFM.
Mengapa dia menjadi pelakon jijik itu? Mudah saja
jawapannya. Aishah mahu jadi popular dan mahu BFM menjadi sebutan. Tak kiralah
samada rakyat Malaysia terutamanya umat Islam marah terhadapnya dan radio itu.
Yang penting dia dan radio popular dan meletop.
Ketika Aishah dikutuk seluruh umat Islam di nusantara
termasuk kaum keluarganya, golongan kafir menyanjung Aishah dan BFM. Itulah
yang menjadi keutamaan radio kontroversi yang diterajui oleh Malek Ali (CEO
BFM), lulusan Havard yang kini dikatakan menjadi `kaldai’ puak Pakatan Rakyat.
Satu lagi manusia kontoversi di BFM iaitu Patrick Teoh.
Masih ingatkah kita dengan perbuatan dia menghina Islam di Facebook dua tahun lalu? Selebriti DAP ini mempersoal amalan sembahyang lima kali
sehari bagi umat Islam dan pemakaian tudung. Lepas itu dia minta maaf dan tak
akan buat salah lagi. Kerana kontroversi rating BFM naik sikit.
Kali ini BFM buat hal lagi dan pemerhati media melihat
Patrick mungkin memainkan peranan penting dalam penyediaan video klip yang
dibintangi Aishah mengenai hudud. BFM boleh mendakwa video klip itu merupakan satira atau apa
saja gerne. Tetapi hakikatnya ia sudah menghina agama Islam kerana hudud itu
adalah sebagaimana daripada perundangan Islam.
Kini, siapakah yang akan memulakan tindakan untuk menyaman
BFM? Mungkinkah Malek atau Patrick akan memohon maaf kepada umat Islam Malaysia
kerana video klip itu menghina Islam. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka
sudahpun menarik balik video klip itu. Tetapi saman tetap mesti saman.
Kalaupun sabit dengan kesalahan di bawah mahkamah sivil, BFM
boleh dikenakan denda tak sampai RM500. Patrick dan Malek mungkin sudah membuat
kira-kira mengenainya. Denda murah sedangkan publisiti yang mereka dapat 100
kali ganda nilainya.
BFM tidak boleh diheret ke mahkamah Syariah tapi Aishah
boleh diheret. Itupun jika sabit dengan kesalahan, denda terhadap Aishah tidak
semahal yang dapat dibayangkan di fikiran kita. Tak sampai sebulan gaji Aishah
pun.
Tipu helah BFM pun orang ramai sudah boleh baca. Dikatakan video
klip itu sudah ditarik balik daripada stesen radio itu tetapi bagaimana dengan
viral yang berada dalam Facebook? Bagi persoalan ini mungkin BFM akan
kata “Itu bukan BFM punya pasal la”.
Akur pesan mufti ustaz Kazim henti ceramah tv radio
- Akur dengan teguran Mufti Perak, pendakwah bebas Datuk Kazim Elias membuat keputusan tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio.
- Bagaimanapun, beliau terpaksa menghabiskan semua program yang sudah termaktub dalam kontraknya bersama Astro melalui program ‘Kalau Dah Jodoh’.
- Sebelum ini beliau terpalit kontroversi dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila mengaitkan beliau dengan riwayat hadis palsu. Bagaimanapun, kedua mereka sudah saling bermaafan.
- Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan pendekatan jenaka semasa menyampaikan ceramah ditujukan secara umum dan bukan untuk seseorang individu sahaja.
- Katanya, teguran itu diberikan kepada semua pendakwah yang dilihat semakin ramai menggunakan pendekatan sama (berjenaka) ketika berdakwah.
- “Itu hak dia (Ustaz Kazim) untuk berhenti daripada berceramah. Saya cuma memberi teguran. Berdakwah bukan satu permainan. Bukan dituju kepada dia sahaja, ramai lagi pendakwah di luar sana. Sebagai contoh, penganut agama Kristian, adakah mereka menyampaikan dakwah dengan berjenaka? Perkara-perkara melibatkan hal agama ini tidak boleh dibuat main,” katanya.
- Harussani berkata demikian bagi mengulas keputusan Ustaz Kazim untuk berhenti daripada berceramah ekoran isu-isu yang dihadapinya kebelakangan ini membuat dirinya hilang semangat.
- Harussani turut menekankan bahawa tegurannya sebelum ini bertepatan berdasarkan lunas agama. “Adakah lagu P. Ramlee itu dijadikan nas agama? Begitu juga dengan lagu Bollywood. Sedangkan sudah jelas Bollywood itu adalah sesuatu yang fasik,” tegas beliau.
- Selepas ditegur Mufti Perak yang bimbang dengan aliran dakwah semasa yang dilihat menjurus kepada penglipur lara, Ustaz Kazim dan Ustaz Haslin (Bollywood) tampil memberi penjelasan mengenai cara dakwah masa kini.
- Mereka berpendapat unsur jenaka dan nyanyian boleh diselitkan dalam ceramah bagi menarik perhatian pendengar, khususnya golongan muda, asalkan kena khalayak dan tempatnya serta tidak keterlaluan.
- Malah, kata mereka, kandungan jenaka dan lirik lagu yang disampaikan semasa ceramah mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar sehingga mereka kembali mengamalkan ajaran Islam.
- Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood, berpendapat pendekatan dakwah moden zaman tidak dapat lari daripada unsur berbentuk hiburan seperti nyanyian dan jenaka asalkan tidak melampau.
- Malah, katanya, kaedah berdakwah perlu disesuaikan dengan kumpulan sasaran atau mad'u khususnya untuk menarik golongan muda menghadiri majlis ilmu.
- "Saya bukan nak kata saya hebat...malah saya tidak minta diberi gelaran Ustaz Bollywood...Apakah ini kesalahan besar dalam dunia dakwah moden zaman ini?
- "Rasulullah SAW berpesan berdakwahlah sesuai pemikiran masyarakat pada zaman itu. Ramai anak muda jauh disebabkan hiburan yang tersasar, jadi tidak salah ustaz sesuaikan dengan keperluan mereka yang cenderung kepada hiburan.
- "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius, tapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
- Beliau berada di sana untuk program dakwah santai bersama golongan busker di tepi Jambatan Sultan Yahya Petra.
- Haslin berkata, dalam konteks mendekati golongan muda, tidak salah sekiranya pendakwah menyelitkan unsur hiburan mengikut kreativiti masing-masing daripada mereka terus lalai dengan hiburan serta menjauhi daripada agama.
- "Bagaimanapun, hiburan itu digarap dalam teknik dakwah dengan memberi pengisian bermanfaat. Tidak dinafikan ada yang berpandangan berdakwah perlu serius tetapi timbul juga persoalan sejauh mana pendekatan itu berkesan. Jadi kena pandai cari cara masing-masing," katanya.
- Mengulas mengenai lawak menjadi bahan ulangan yang sering disebut-sebut berbanding isi dan kandungan ceramah pendakwah, Haslin berkata terserah kepada kumpulan sasar untuk menerima ilmu yang disampaikan dan untuk seseorang itu berubah, ia adalah hak Allah SWT.
- Bagaimanapun, katanya, berdasarkan pengalaman serta maklum balas yang diterima, pendekatan diterapkan dalam kaedah dakwahnya dapat diterima baik oleh mereka yang mendengar, malah ada mengaku mendapat manfaat.
- "Alhamdulillah ada yang menerima cara saya berdakwah. Ada yang mengaku dirinya sebenar sudah dikira murtad tapi setelah mendengar ceramah di YouTube, dia kembali kepada Islam dan bertaubat.
- "Ada ibu bapa yang memberitahu selepas mendengar ceramah saya, anak mereka terbuka hati untuk menutup aurat. Jadi, dalam cara santai, berjenaka dan menghibur itu, apa yang saya sampaikan berjaya menjadi titik perubahan kepada orang tertentu," katanya.
- Beliau berkata, tidak sepatutnya ada kerisauan pihak tertentu kerana pendakwah tahu tanggungjawab mereka dan tidak sekali-kali akan menyesatkan masyarakat sebaliknya berusaha mencari pendekatan yang boleh menarik mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.
- Malah beliau mengakui pendakwah selebriti termasuk dirinya pernah mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan isu Bollywood turut dibangkitkan di mana perkara itu sudah dijelaskan serta diterima baik Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Sementara itu, Kazim berkata pendakwah perlu tahu kesesuaian masa dan tempat untuk memasukkan unsur jenaka dan nyanyian dalam ceramah mereka supaya tidak
- "Jika nak menyanyi dan berlawak perlu kena pada tempatnya, jangan sampai sepanjang masa buat lawak kerana itu sudah jadi maharaja lawak...orang tak panggil tok guru tapi tok gurau," katanya.
- Namun, katanya, beliau hanya menyelitkan jenaka dan nyanyian mengikut kesesuaian dan keperluan seperti di ceramah umum berskala besar atau kuliah di masjid dan surau.
- "Apabila berceramah terutama di tempat terbuka, tempat umum dan skala besar, beribu-ribu orang datang termasuk budak kecil, mat rock dan orang bukan Islam juga ada hadir dalam ceramah saya.
- "Jadi, saya selitkan lawak jenaka serta nyanyian yang tidak sampai melalaikan. Ada kena mengena dengan tajuk ceramah dan liriknya bagus dan memberi keinsafan.
- "Ini saya lakukan pada ceramah besar atau membabitkan khalayak yang ramai untuk memastikan mereka tidak jemu dan terus mengikuti ceramah agama yang saya sampaikan, tetapi jika kuliah di masjid dan surau saya tidak buat begitu," katanya.
- Namun, beliau menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perak itu yang menyentuh kecenderungan pendakwah kini bernyanyi dan menyelitkan unsur jenaka berlebihan dalam ceramah. Beliau setiap penceramah dan pendakwah perlu akur dengan teguran itu.
- "Saya tak terkilan dan saya terima teguran itu kalau saya terlanjur...saya akan ikut cakap Mufti dan bagi saya semua kena akur," katanya.
- Kazim juga berkata, beliau sendiri bukan sahaja tidak bersetuju, malah marah jika ada pendakwah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
- "Ada yang baca al-Quran yang dilagukan dengan irama hindustan, itu tak boleh...saya pun marah," katanya.
- Beliau juga faham maksud Harussani yang menyuarakan kebimbangan mengenai pendakwah yang begitu mudah membuat hukum tanpa merujuk kepada mufti atau pihak majlis fatwa negeri atau pusat.
- Sementara itu, pendakwah Syed Nurhisyam Tuan Padang, berpandangan matlamat dakwah adalah untuk mengajak manusia kepada mengamalkan ajaran Islam cuma tekniknya adalah pelbagai mengikut kumpulan sasaran.
- Katanya, kepelbagaian latar belakang pendidikan, status, usia, lokasi program dan sebagainya perlu difahami oleh pendakwah untuk memilih pendekatan yang paling sesuai termasuk memasukkan unsur humor, nasyid serta selingan video.
- "Ini adalah kreativiti yang sangat baik bersesuaian dengan sasaran dan syaratnya ia tidak terlalu melampau. Ia seumpama garam dalam masakan, diperlukan tetapi jangan berlebihan kerana nanti hilang keaslian.
- "Unsur humor digunakan terutama untuk menarik minat mereka yang baru berjinak untuk menuntut ilmu," katanya.
Thursday, 19 March 2015
Benarkah Syed Hamid guna SPAD untuk sabotaj Najib
- Ketika rakyat sedang bergelut dengan isu GST, tiba-tiba Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres.
- Kenaikan di antara 25 peratus hingga 67 peratus itu terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus.
- Kadar tambang baharu tersebut berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan dan hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
- Soalnya, mengapa kenaikan berlaku sedangkan harga petrol dan gas masih rendah berbanding tahun lalu.
- Lalu timbul pula spekulasi kencang mengatakan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berniat mahu sabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Apa motif anak Singa Umno itu? (untuk makluman bapa Syed Hamid penah digelar Singa Umno atas kelantangan bersuara. Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan beberapa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap Najib?
- Apakah Syed Hamid tergolong dalam kem Tun Daim Zainuddin yang dikatakan berkomplot dengan Datuk A Kadir Jasin untuk menghentam Najib dan Rosmah sebelum PRU14?
- Apakah Syed Hamid bersama kem Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang mengkritik Najib di Parlimen mengenai pelbagai projek mega kerajaan? Spekulasi itu tersebar deras dari kedai kopi, masjid, surau hingga ke lobi Parlimen.
- Lebih penting lagi ialah apakah Syed Hamid akan menafikan semua spekulasi ini dan menjelaskan mengapa mebuat pengumuman di saat-saat rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu nasional yang kronik.
- Memang benar alasan kenaikan ialah meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan bas ekspres tetapi orang ramai mempersoalkan “timing” pengumuman itu.
- Kenaikan ini mungkin membantu pemandu teksi menambah pendapatan memandangkan kadar sedia ada dianggap masih murah dan menyebabkan ramai pemandu teksi berada dalam paras kemiskinan. Demikian juga kenaikan tambang bas ekspres dijangka meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan yang lebih baik.
- Lebih menyedihkan lagi susulan daripada pengumuman SPAD itu, KTM Berhad pula mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
- KTM dalam satu kenyataan berkata perbezaan kadar tambang sehala yang baru berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain.
- Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20 peratus bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18 peratus hingga 26 peratus kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19 peratus hingga 35 peratus bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
- Berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam itu menyebabkan rakyat marahkan Syed Hamid, bukannya Perdana Menteri. Ini kerana pengumuman itu dikatakan dibuat tanpa mendapat `lampu hijau' kabinet. Apa ertinya semua ini?
Kelantan lulus hudud, Pakatan Rakyat mula berkecai
- Tongkang haram Pakatan Rakyat bakal berkecai dan tenggelam sedikit masa lagi berikutan keputusan sidang DUN Kelantan yang sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.
- Semua 44 ADUN termasuk 12 dari Umno dan seorang dari PKR telah menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.
- Ekoran kelulusan perundangan hudud itu semua komponen Pakatan Rakyat terutama DAP dan PKR `naik angin’ dan menyerang PAS serta bersiap sedia untuk membubarkan pakatan haram itu.
- Paling melalut ialah Naib Pengerusi DAP Sabah yang meminta Kelantan keluar dari Malaysia dan meminta Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan hudud Kelantan dibincangkan di Parlimen sambil mendakwa wujudnya `pakatan sulit’ antara Kelantan dan Kerajaan Persekutuan yang kononnya akan melebarkan kuasa Kelantan dengan melindungi sistem keadilan jenayah di bawah Perkara 76A.
- DAP Sabah juga mendakwa `pakatan sulit’ itu telah menafikan kuasa 57 Ahli Parlimen dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak dan gabenor di Sabah dan Sarawak daripada mempunyai kuasa berkata apa-apa dalam membuat keputusan mengenainya.
- Lebih `tongong' lagi DAP memberi surat terbuka kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia bahawa `pakatan sulit' itu merupakan satu rampasan kuasa perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak.
- Pada masa yang sama kekalutan juga berlaku di Pulau Pinang apabila DAP meminta semua komponen Pakatan Rakyat memutuskan semua kerjasama melibatkan Pas memandangkan parti itu disifatkan sebagai pengkhianat apabila membawa usul berkenaan hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
- DAP Jelutong berkata kerjasama itu boleh dihentikan di negeri ini terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain termasuk di peringkat Pusat.
- “Kerajaan negeri Pulau Pinang harus membakar semua jambatan yang menghubungkan Pas dengan mereka dan kita tidak boleh percaya dengan Pas lagi,” katanya kepada pemberita.
- Kenyataan bangang itu dibalas semula oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang menyifatkan DAP tidak mengenang budi walhal DAP memerintah negeri ini sejak 2008 bukan disebabkan kekuatan parti itu semata- mata tetapi dengan bantuan Pas.
- Sementara itu di Kuala Lumpur, DAP turut kecoh dan menuduh Pas sebagai `musuh dalam selimut’ kerana cuba ‘menikam dari belakang’ dan tidak hirau amaran DAP mengenai perundangan hudud.
- Tindakan kerajaan Pas Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di DUN Kelantan adalah satu keputusan yang melanggari dasar bersama pakatan pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan pakatan pembangkang.
- Untuk itu DAP juga akan mengadakan mesyuarat tertinggi pada 23 Mac ini bagi memutuskan hala tuju parti itu dalam pakatan pembangkang.
- Dalam perkembangan yang sama PKR juga membelasah PAS kerana tidak menghormati muafakat PR. Kritikan itu disampaikan sendiri oleh Presiden PKR yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- PKR mendakwa Pas memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu mengenai rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993.
- Namun, draf pindaan itu sehingga minggu lalu tidak diterima PKR, malah draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen.
- PKR juga dijangka akan mengambil tindakan tata tertib ke atas ADUNnya di Kelantan yang menyokong enakmen hudud.
- ADUN Guchil dari PKR, Roslan Puteh pula menyerahkan kepada orang ramai bagi menilai sokongannya terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Beliau akui PKR telah mengarahkan beliau untuk tidak mengeluarkan sebarang komen.
- Sementara itu PasMa yang dikatakan `duri dalam daging’ Pas juga bimbang dengan pindaan hudud itu yang akan memecahkan Pakatan Rakyat.
- Presidennya berkata, jurang di antara PAS dan rakan komponen DAP adalah terlalu besar ketika ini dan pada masa ini beliau hanya nampak berlakunya perpecahan.
- Nampaknya sikap opportunis PasMa terserlah apabila masih belum mahu menyatakan pendirian terhadap pindaan hudud itu dengan alasan pihaknya akan tentukan apabila tiba masanya.
- “Kami di PasMa menyokong Pakatan Rakyat dan berharap mereka menyelesaikan isu ini kerana jika tidak Barisan Nasional menjadi terlalu kuat,” kata presiden NGO itu. Desas desus mengatakan NGO itu tidak mahu komen panjang soal pindaan hudud kerana bimbang kehilangan sumbangan DAP sebanyak setengah juta ringgit setiap tiga bulan bagi pengurusan operasi PasMa.
- Apapun yang berlaku di antara DAP, Pas dan PKR, ternyata tongkang haram yang mereka naiki bersama itu bakal pecah dan berkecai sedikit masa lagi. Besar kemungkinan MCA dan Gerakan akan mengisi tempat yang akan dikosongkan oleh Pas. – Oleh Lani Ahmad.
Kenapa DAP mahu guna nama Allah tapi tolak hukum Hudud
- Umat Islam tertanya-tanya mengapa DAP beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang hudud Allah.
- Walhal undang-undang Islam itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1993 dan pembentangan bersabit hudud dalam DUN Kelantan semalam adalah berkisar pada pindaan enakmennya semata-mata.
- DAP sebelum ini mahu menggunakan kalimah Allah selepas dibangkitkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 2012. Ternyata jawapannya mudah diduga.
- Penganalisis politik berpendapat DAP mahu Gereja Katholik dibenar menggunakan kalimah Allah untuk terjemahan Bible dalam versi Bahasa Melayu. Dengan itu mudah bagi mubaligh Kristian memurtadkan Melayu yang lemah iman.
- Hal itu sudah lama berlaku di Indonesia yang mana semua paderi Kristian berucap kepada penganut agama itu dengan menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Jesus sebagai Tuhan mereka.
- Bangunan gereja juga sudah ditulis dengan nama `Rumah Allah’ bagi mengelirukan umat Islam antara gereja dengan masjid. Bayangkan jika umat Islam masuk ke gereja dan mendengar `sermon’ yang dianggap sebagai tazkirah.
- Inilah antara hal-hal yang mungkin dirancang oleh Gereja Khatolik bersama DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng. Mula-mula dapatkan perintah mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah dalam terbitan majalah.
- Jika diluluskan, mereka akan meluaskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terjemahan versi Bahasa Melayu. Selepas itu mungkin akan meletakkan nama Rumah Allah di pintu depan gereja.
- Mujurlah Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terbitan The Herald, sekaligus tidak membenarkan ia digunakan dalam terjemahan Bible dan lain-lain kegunaan yang berkaitan.
- Lihatlah betapa liciknya permainan DAP untuk memusnahkan Islam di bumi Melayu. Kini mereka menggunakan MCA dan Gerakan untuk menyerang hudud di Kelantan dan menyekat perundang itu mendapat kelulusan Parlimen.
- Kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak mempedulikan bantahan itu dan tetap meneruskan agenda mereka Islam untuk umat Islam.
- Umno Kelantan sudah membantu sekadar termampu untuk memartabatkan undang-undang Islam itu dan selebihnya bergantung kepada PAS untuk memujuk rakan sekutunya menyokong usul itu di Parlimen kelak.
- Terdapat seramai 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 132 daripada mereka beragama Islam. Sebahagian besar merupakan Ahli Parlimen Umno dan selebihnya PAS dan PKR. Untuk itu PAS perlu memujuk rakan sekongkol mereka dari PKR untuk menyokong usul itu di Parlimen kelak.
- Kalau gagal mendapat PKR dan kalangan PAS sendiri, mohonlah jangan salahkan Umno. Bagi Umno Kelantan, sokongan pindaan itu perlua bagi menjernihkan lagi pemahaman rakyat terhadap undang-undang sedia ada.
- Persetujuan Umno atas empat pekara iaitu zina, qazaf, arak dan murtad. Kemudian, akan dibawa ke Majlis Raja-raja, kemudian akan dibawa ke Parlimen untuk meminda pekara 355. Selepas dipinda maka, undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah Islam untuk Muslim sahaja.
- Yang itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dan tidak di dalam `roadmap’ ditambah dua lagi iaitu qisah, mencuri dan merompak yang mana itu memerlukan 2/3 majoriti sokongan.
- Apabila Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, DAP, PKR, MCA dan Gerakan pasti akan serang Umno lagi.
- Mungkin parti-parti Cina itu akan mem`viral’kan spekulasi bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi arahan kepada semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu Islam supaya menyokong enakmen itu.
- Kalau tak percaya, tunggulah bagaimana bentuk tulisan dalam Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today dan lain-lain portal pro Pakatan Rakyat.
- Malah ada kalangan editor sudah menyusun PAGE LEAD masing-masing yang antara lain berbunyi “Umno paksa Ahli Parlimen sokong hudud”; “Najib arah Ahli Parlimen Melayu sokong hudud” atau “Hudud lulus kerana terpaksa”.
- Namun kalangan umat Islam Malaysia sebenarnya ingin melihat semua ahli parlimen beragama Islam, menggunakan kebebasan untuk membuat pendirian sendiri jika ia melibatkan hal-hal agama dan kepercayaan.
- Apa yang pasti ialah akan berlakunya tidak semua ahli parlimen PAS dan Melayu PKR menyokong enakmen berkenaan jika ia dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.
- Ahli Parlimen Pasma sudah tentu mahu menjaga hubungan dengan DAP dan mungkin mereka akan menolak usul hudud itu di Parlimen.
- Begitu juga dengan ahli parlimen PKR yang mesti sedondon sokongan dengan MB Selangor yang menganggap hudud tidak perlu disegerakan dan ia bukan agenda dalam Pakatan Rakyat.
- Ahli Parlimen Melayu DAP tak usah ceritalah. Mereka sanggup potong jari untuk membantah perlaksanaan hudud di Kelantan atau di mana-mana di bumi Malaysia ini. Mereka akan guna alasan demokrasi, kemanusiaan, berbilang kaum dan lain-lain alasan untuk menolak hudud.
- Ini bererti walaupun pindaan perundangan hudud boleh melepasi DUN Kelantan namun ia belum tentu dapat melepasi tangga Parlimen. Sama-samalah kita berdoa agar hudud dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman. – Oleh: Lani Ahmad.
MCA dan Gerakan kini sekongkol serang Islam Kelantan
- Umno Kelantan menyatakan sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 kerana Allah, bukannya kerana politik semata-mata.
- Namun disebalik ikrar itu ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berpesan bahawa kerajaan dan umat Islam di Kelantan akan berdepan dengan dugaan yang berat selepas ini.
- Lalu beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.
- "Kita akan hadapi masalah yang besar, percayalah. YAB Menteri Besar akan hadapi masalah yang besar. Orang Islam akan hadapi masalah yang besar. Mereka (bukan Islam) akan bepakat. Mereka akan datang dengan berbagai kumpulan dan cara untuk menghalang apa jua yang kita buat,” katanya di sidang DUN Kelantan.
- Telahan Md Alwi ternyata benar. Di luar sidang DUN, parti Gerakan sudah memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana membentangkan pindaan perundangan hudud sambil mendakwa ia bertentangan denan Perlembagaan Malaysia.
- Beberapa jam kemudian peguam MCA pula muncul dengan kenyataan akhbar dengan mengecam Umno sambil menyatakan kesediaan untuk membantu Gerakan dalam perjuangan di mahkamah sivil bagi memastikan saman itu bebas daripada masalah teknikal.
- Dengan sombongnya seorang pemimpin MCA, Gan Peng Sieu berkata, partinya mesti memutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
- Katanya, jika Umno menyokong rang undang-undang itu di peringkat persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial.
- Gan yang merupakan pengerusi pasukan petugas khas MCA mengenai pelaksanaan dasar dan undang-undang syariah, berkata senario itu akan memaksa MCA untuk bertindak.
- Tanpa segan silu, Gan berkata jika perlu beliau akan menggesa parti-parti komponen lain dalam BN untuk juga berpisah daripada Umno.
- Begitulah kesombongan bangsa Cina yang dipamerkan oleh MCA dan Gerakan. Mereka mencari peluang untuk bersatu tenaga dengan DAP dan inilah masa yang dinanti-nanti. Isu hudud merupakan peluang terbaik untuk mereka menyatakan bantahan secara terbuka.
- Inilah juga peluang untuk mereka keluar dari BN. Mereka juga mengharapkan MIC, PPP dan lain-lain parti komponen keluar dari BN atau sekurang-kurangnya memutuskan hubungan dengan Umno.
- Jika MCA, Gerakan dan DAP gagal dalam perjuangan mereka menentang hudud di mahkamah sivil, sudah pasti mereka akan merancang untuk mendapat simpati antarabangsa seperti yang DAP dan PKR lakukan berkaitan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Peluang untuk mendapat simpati dunia lebih cerah kerana Brunei yang mengamalkan hudud kini sedang mengalami kesulitan kerana masyarakat Barat telah diarah supaya memboikot hotel-hotel dan ditegah membeli minyak mentah negara itu.
- Kita hendak lihat apakah bangsa Cina akan memboikot produk dan perkhidmatan Melayu Islam di Malaysia semata-mata kerana Kelantan melaksanakan perundangan hudud, manakala PAS akan bekerjasama dengan Umno secara lebih menyeluruh.
- Sementara itu, kebanyakan bangsa Melayu Malaysia sudah mula muak dengan tindak tanduk bangsa Cina terutama penokong tegar DAP, MCA dan Gerakan. Bangsa Melayu sudah mula `ringan tangan’ dan sudi untuk bermandi darah demi membela agama Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)












