Friday, 20 March 2015

Ada siapa nak saman radio BFM hina Islam


Mungkin dalam hati Aishah Tajuddin berkata, “Kalau korang berani samanlah aku. Ramai lawyer dah tunggu nak tolong aku.” Tapi apa yang pasti Aishah tidak boleh nafikan dia tidak terbabit dalam penyediaan skrip menghina hudud kerana wanita `munafik’ ini merupakan seorang wartawan dan penerbit di BFM.

Mengapa dia menjadi pelakon jijik itu? Mudah saja jawapannya. Aishah mahu jadi popular dan mahu BFM menjadi sebutan. Tak kiralah samada rakyat Malaysia terutamanya umat Islam marah terhadapnya dan radio itu. Yang penting dia dan radio popular dan meletop.

Ketika Aishah dikutuk seluruh umat Islam di nusantara termasuk kaum keluarganya, golongan kafir menyanjung Aishah dan BFM. Itulah yang menjadi keutamaan radio kontroversi yang diterajui oleh Malek Ali (CEO BFM), lulusan Havard yang kini dikatakan menjadi `kaldai’ puak Pakatan Rakyat.

Satu lagi manusia kontoversi di BFM iaitu Patrick Teoh. Masih ingatkah kita dengan perbuatan dia menghina Islam di Facebook dua tahun lalu? Selebriti DAP ini mempersoal amalan sembahyang lima kali sehari bagi umat Islam dan pemakaian tudung. Lepas itu dia minta maaf dan tak akan buat salah lagi. Kerana kontroversi rating BFM naik sikit.

Kali ini BFM buat hal lagi dan pemerhati media melihat Patrick mungkin memainkan peranan penting dalam penyediaan video klip yang dibintangi Aishah mengenai hudud. BFM boleh mendakwa video klip itu merupakan satira atau apa saja gerne. Tetapi hakikatnya ia sudah menghina agama Islam kerana hudud itu adalah sebagaimana daripada perundangan Islam.

Kini, siapakah yang akan memulakan tindakan untuk menyaman BFM? Mungkinkah Malek atau Patrick akan memohon maaf kepada umat Islam Malaysia kerana video klip itu menghina Islam. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka sudahpun menarik balik video klip itu. Tetapi saman tetap mesti saman.

Kalaupun sabit dengan kesalahan di bawah mahkamah sivil, BFM boleh dikenakan denda tak sampai RM500. Patrick dan Malek mungkin sudah membuat kira-kira mengenainya. Denda murah sedangkan publisiti yang mereka dapat 100 kali ganda nilainya.

BFM tidak boleh diheret ke mahkamah Syariah tapi Aishah boleh diheret. Itupun jika sabit dengan kesalahan, denda terhadap Aishah tidak semahal yang dapat dibayangkan di fikiran kita. Tak sampai sebulan gaji Aishah pun.

Tipu helah BFM pun orang ramai sudah boleh baca. Dikatakan video klip itu sudah ditarik balik daripada stesen radio itu tetapi bagaimana dengan viral yang berada dalam Facebook? Bagi persoalan ini mungkin BFM akan kata “Itu bukan BFM punya pasal la”.

No comments:

Post a Comment