Thursday, 5 March 2015

Benarkah Raja Arif cuba jerat Najib dalam Renaisans Anwar

  • Malam Perpaduan Melayu pada 28 Februari dipatri indah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Malaysia sampai bila-bila.
  • Namun di sebalik tabir majlis makan malam itu, ada desas desus mengatakan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Raja Ariff Raja Ali dikatakan mahu menjerat Perdana Menteri dalam kemelut perjuangan Renaisans yang dibawa oleh banduan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Mungkin juga Najib sudah tahu perkara itu, lalu tiba-tiba Malam Renaisans Melayu yang diilhamkan sebelum ini oleh Raja Arif sudah bertukar menjadi Malam Perpaduan Melayu.
  • Mungkin juga Najib sudah tahu kemungkinan Raja Ariff merupakan pendokong atau pemuja Anwar, tapi tetap memberi laluan kepada majlis itu kerana ia merupakan platform bagi Perdana Menteri Melayu untuk bertemu dengan semua pemimpin NGO Melayu bagi memberi suntikan kepada mereka bahawa beliau bukannya Anwar.
  • Kalangan pemerhati politik memberi reaksi berbeza mengenai Malam Perpaduan Melayu. Ada pihak menatakan Raja Ariff mahu memerangkan Najib dalam Renaisans Anwar.
  • Namun tidak kurang juga yang menyifatkan Najib sedar dengan jerat itu dan tetap mahu meranduk lautan bergelombang bagi mengukur sepanjang mana mata kail Raja Ariff.
  • Apa pun riwayat seorang blogger senja yang menempelak Malam Perpaduan Melayu itu wajar diguna sebagai penyukat bagi memikirkan apakah sebenarnya taktik Raja Ariff dalam menggunakan jentera BTN, samada untuk kepentingan Najib atau Anwar.
  • Blogger berkenaan mendakwa perjuangan Melayu hari ini digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan. Kita susuri apa penjelasan blogger berkenaan.
  • Inilah juga sebahagian daripada  drama atas nama Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk  menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem Terbaik Tahun 2015 dan sebab  itulah tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama tersebut.
  • Demikianlah sedikit analogi ringkas berkaitan dengan  program yang diberi promo bertaraf A+ melalui sebaran vedio klip yang menggunakan tokoh-tokoh bertujuan bagi menjemput orang Melayu berkumpul pada 28.2.2015 di Stadium Bukit Jalil itu,mungkin gagasan awal penganjur yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan Melayu bermaksud ingin menghimpunkan orang-orang Melayu adalah tepat dan kena pada masanya, cuma apabila program telah di "hijack" oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu, maka beginilah jadinya.
  • Sebab itu sekarang nama program sudah tidak penting, pengisiannya juga tidak menjadi keutamaan, yang paling penting PM hadir dan Raja Arif boleh berlakon untuk dilihat penting dan releven supaya kontraknya sebagai  KP BTN disambung. Sebenarnya matlamat " happy ending" itulah yang di inginkan drpd drama Malam Perpaduan Melayu pada 28. 2. 2015 ini.
  • Sebab  itulah ramai tercari-cari apa maksud dan tujuan program ini? Kenapa tarikh 28.2.2015 di pilih? Apa pengisian dan siapakah pula peserta yang dijemput hadir?
  • Rasa simpati yang amat sangat kepada penganjur asal program ini yang niat luhurnya telah disalah gunakan oleh Raja Arif yang begitu angkuh dan hipokrit malah lebih tepat lagi tidak layak pun untuk  berada bersama dalam program Malam Perpaduan Melayu kerana umum tahu bahawa ancaman terbesar Melayu pada masa ini ialah Institusi Kesultanan Melayu sedang dihina secara halus dan sistematik melalui pendekatan dengan menimbulkan konflik perundangan dan perlembagaan berhubung institusi kesultanan Melayu dan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan. ini semua telah dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim melalui DAP dan pelbagai gerakan "networking" mereka.
  • Strategi yang diatur melalui pelbagai isu yang mereka timbulkan secara berpanjangan sseperti kes perlantikan MB Selangor, kes liwat 2, kes mohon pengampunan Agong dan pelbagai kes yang lain, dapat disimpulkan bahawa rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan demi menghakis serta menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dengan cara yang paling sistematik dengan menjadikan kes-kes yang dinnyatakan tersebut sebagai kayu ukur terhadap kekebalan Perlembagaan dan perundangan negara memelihara Rukunegara Ke 2, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat kepada  kerajaan yang ada.
  • Apakah Raja Arif sebagai pendokong dan pemuja Anwar layak duduk bersama setelah ancaman ini diwujudkan oleh SIFU beliau dan rakan karib beliau dalam PAKATAN? Apakah tidak ada unsur-unsur menyerap idea ANWAR dalam program ini setelah campurtangan Raja Arif?Bukankah Sanggah Tok Janggut telah memperingatkan sebelum ini bahawa istilah RENAISSANCE itu adalah istilah yang dipopularkan oleh Anwar? Nasib baiklah ada yang tidak sanggup memalukan PM dan akhirnya program telah ditukarkan menjadi Malam Perpaduan.
  • Namun kita juga perlu bertanya kenapa 28.2.2015?Kenapa tidak sahaja kita tunggu tarikh yang lebih sesuai, yang ada nilai sejarah seperti sempena Melayu disatukan di Istana johor pada bulan Mei, atau sempena menghayati 100 tahun perjuangan Tok Janggut yang akan jatuh pada 24 Mei 2015? Tarikh yang dipilih 28.2.2015 adalah satu tarikh yang langsung tidak ada signifikan dengan  nilai sejarah perjuangan Melayu melainkan hanya satu sahaja yang paling hampir dengan maksud program penting kepada Raja Arif ini, iaitu sejarah bulan Febuari 2003, idea asas penggabungan PKR dan PRM dibincangkan untuk membentuk PAKATAN RAKYAT atau tarikh yang lebih dekat dengan jiwa Raja Arif sepatutnya 29 Mac 1982 iaitu tarikh Anwar menyertai UMNO ataupun 6.8.1971 ABIM ditubuhkan.
  • Selain daripada  itu program ini terburu-buru setelah campur tangan Raja Arif ini dibuat pada tarikh tersebut semata-mata untuk memastikan PM nampak sumbangan Raja Arif yang kontraknya akan tamat pada bulan Mac 2015 dan sebab itulah perlu dilaksanakan sebelum tibanya Mac 2015.
  • Sebab itulah juga tidak pernah sebelum ini,satu bentuk kerahan dibuat oleh Raja Arif kepada semua Pengarah BTN Negeri supaya memastikan setiap negeri menghantar 2 bas Tenaga Penggerak dan sahabat supaya WAJIB hadir ke Bukit Jalil,sesuatu yang tidak pernah dibuat sewaktu Melayu di serang dan Islam di hina. Pernahkah kita mendengar sebelum ini sahabat-sahabat BTN berkumpul membantah, membuat laporan polis malah menyertai himpunan gerakan mempertahankan Melayu Islam atas nama sahabat BTN dan penggerak BTN? Kenapa tiba-tiba untuk Malam Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, Raja Arif begitu bersungguh-sungguh dan boleh pula mengarahkan supaya berkumpul?
  • Apakah tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Melayu atau seolah-olah sokongan kepada Raja Arif supaya dilihat kononnya berjaya mengumpul orang-orang Melayu untuk dilihat oleh PM dan TPM? Kalau sekadar kumpul 20 ribu orang Melayu yang jumlahnya hanya mewakili 0.07 % daripada jumlah orang Melayu dalam negara,ianya masih belum layak lagi mendapat Guiness Books of Record kerana perhimpunan lain boleh menghimpunkan Melayu dengan jumlah yang lebih ramai.
  • Jika ingin beri ruang kepada PM Najib bertemu dengan sejumlah orang-orang Melayu dan PM dapat lontarkan idea dan gagasan untuk orang Melayu, apakah tidak cukup penting dan bernilaikah Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung dan jutaan Melayu boleh mendengar suara dari sanubari PM yang sebahagian daripada arahan beliau sebelum ini ada yang masih tidak di laksanakan lagi oleh para pimpinan Melayu.
  • Oleh sebab itulah kita perlu bertanya kepada Raja Arif apakah cukup satu pertemuan yang bermula daripada  jam 5 petang dan berakhir 12 malam ini sebagai satu gerakan yang akan merubah bangsa Melayu atau sekadar retorik yang tersembunyi maksud peribadi ? Jika serius drama dan lakonanya biarlah plot dan skripnya benar-benar menarik dan menyakinkan.Susunlah agenda program yang ada nilai intelektual dan bukan sekadar "ceremony",susunlah dulu sesi `brainstorming'nya, buat sidang pleno, `action plan' kemudian serahlah kepada PM apa resolusinya.
  • Janganlah terus hiburkan PM Najib dengan jumlah yang datang kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan.Manakala jemputannya pula janganlah main tangkap muat dan janganlah hanya dikalangan NGO dan orang-orang yang sudah jelas menyokong kerajaan sahaja. Kenapa atas nama perpaduan Melayu sanggup peralatkan pengurusan dan kerah pelajar UITM tetapi gagal pula mengajak Dyana Sofea yang lahir daripada kepincangan acuan UITM? Kenapa tidak dibawa bersama Melayu di dalam Bar Council, Melayu di dalam PAS, PKR dan berapa ramai Melayu yang tidak berparti seperti Melayu kelas pertengahan di Putrajaya, Kajang dan Bangi?
  • Berapa ramai Raja Arif yang hebat ini dapat bawa Melayu intelek dan berjaya dari Persatuan Murid Tua Sek Men Alam Shah seperti Aziz Bari? Atau kita tanya berapa ramai ahli ABIM, PKPIM boleh dikumpulkan pada malam 28.2.2015 nanti? Kenapa hanya harapkan GPMS dan rakan-rakan sewaktu dengannya sahaja?
  • Kasihan kepada pimpinan NGO Melayu yang ikhlas mewakili persatuan silat, persatuan ulama dan agamawan, pondok dan lain-laian daripada seluruh negara yang akan bergerak tinggalkan rumah dan keluarga dengan harapan dapat berjihad untuk gerakan Melayu tetapi akhirnya hanya jadi alat dan terpesong matlamat sebenar iaitu hanya untuk memberi nyawa kepada Raja Arif supaya disambung kontrak KP BTN semata mata.
  • Malah lebih kasihan ialah kesungguhan badan-badan lain yg turut tertipu termasuklah tokoh-tokoh  veteren, ahli akademik dengan lakonan Raja Arif yang sentiasa retorik secara tiba-tiba muncul seolah-olah dialah pejuang Melayu, sedangkan dalam masa yang sama dialah yang mengharamkan lagu Warisan dan menggelarkan pejuang Melayu lain sebagai assabiyyah dan sosialis termasuklah kpd Tan Seri Nordin Kardi dan Tan Seri Sanusi yang digunakan didalam vedio promo program tersebut.
  • Oleh sebab itu, kepada  semua yang sayangkan perjuangan Melayu yang sebenar-benarnya dan juga berniat untuk menyelamatkan Melayu dalam negara kita, mereka perlu menilai dan mengkaji apakah yang tersirat disebalik program yang nama asalnya Renaissace Melayu ini? Walaupun namanya telah ditukar kerana arahan, apakah maksud dan tujuan Raja Arif  turut bertukar? Beliau sebenarnya tetap mengiktiraf malam tersebut sebagaimana asal iaitu RENAISSANCE sebab istilah yang dipinjam daripada  perkataan Italy ini lebih dekat dengan  tujuan dan matlamat beliau.
  • Perkataan Renaissance membawa maksud kelahiran semula iaitu penyambungan semula kontrak sebagai KP BTN dan itulah yang di harap-harapkan melalui penganjuran program ini. Walaupun mungkin beliau agak kecewa dengan penukaran nama, tetapi setelah gagal menggunakan MB Terengganu, MB Perak, ahli-ahli politik lain yang beliau temui termasuklah pemimpin NGO supaya menyokong beliau untuk  disambung kontrak, apa lagi jalan penyelamat yang di cari melainkan program 28.2.2015 dan inilah yang diharap dapat menjadi penyelamat tanpa mengambil kira apa kesan politik kepada  PM Najib.
  • Apakah drama arahan Raja Arif ini akan memberi kesan politik yang baik kepada PM Najib atau akan menjadi bom jangka dan peluru baru untuk membunuh 1Malaysia yang telah di semai oleh PM Najib?Bukan lagi persoalan penting kepada Raja Arif sebab sebagai orang yang diasuh oleh Anwar,beliau akan menggunakan apa sahaja peluang untuk diri sendiri walaupun perlu dikorbankan bangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang lain.
  • Muncung yang penuh muslihat. Inilah sebenarnya yang perlu difikirkan dan ditanggani secara bersama bahkan dengan penuh bijaksana oleh PM Najib. apakah ingin mencari sedikit simpati daripada kelompok sendiri yang belum pasti 20 ribu akan hadir atau menghormati dan bertindak lebih bijak kepada sejumlah besar Melayu yang tidak berhimpun di Bukit Jalil dan tidak menjadi alat kepada kepentingan Raja Arif .
  • PM Najib sepatutnya tidak boleh lagi mengguna pakai pemikiran orang-orang seperti Shahlan Ismail dan Raja Arif dalam menghadapi gelombang kebangkitan Melayu ini kerana mereka berdua sudah jelas terperangkap dengan strategi dan pemikiran Anwar Ibrahim dan menyanjungi Anwar lebih daripada PM Najib. PM Najib harus dilihat mempunyai `political will' dalam penyelesaian kemelut ini.
  • PM Najib perlu menyerahkan urusan membina Melayu yang glokal dan progresif serta bersama dengan kerajaan ini kepada yang benar-benar pakar, yang menunggu-nunggu untuk  bekerja dan membantu dan bukannya menyerahkan urusan kepada yang berlagak pandai lagi memandai mandai seperti Raja Arif dan Sahlan itu. Ingatlah kepada amaran Tuhan bahawa jika sesuatu urusan diserahkan kepada yg bukan ahli, tunggulah saat kehancurannya.
  • Percayalah jika  PM Najib terus menerus mengguna pakai dua makhluk perosak ini, PM sebenarnya sedang mengumpul jumlah musuh yang lebih ramai, bukan mereka tidak sayang PM Najib tetapi mereka lebih sayang kepada bangsa dan negara dan tidak sanggup berterusan melihat para pengkhianat terus diangkat dan diberikan tempat di sisi Najib.


Rakyat dipaksa akur peraturan pembangkang

  • Biasanya mereka yang tahu undang-undang akan lebih menghormati peraturan. Perkara itu bagaimanapun seolah-olah tidak terpakai kepada barisan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
  • Mereka hanya mahu pihak berkuasa yakni kerajaan menghormati hak mereka yang didakwa ‘rakyat’ sedangkan mereka pula bermaharajalela berbuat apa sahaja termasuk melanggar segala peraturan negara yang dibuat dan dilaksanakan demi aspek keselamatan jutaan penduduk.
  • Bilamana Jabatan Penjara menolak permohonan banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen Isnin depan, keputusan itu disifatkan peguam pembangkang sebagai menyalahi undang-undang malah didakwa dibuat secara sewenang-wenangnya.
  • “Amat memeranjatkan kerana ia ditolak mentah-mentah tanpa alasan. Penolakan ini benar-benar tidak boleh diterima dan ia dilihat menjadi penghalang kepada fungsi Dewan Rakyat. Anwar Ibrahim adalah pemimpin Parlimen yang sah dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kedudukan pemimpin pembangkang dari segi undang-undang dan Perlembagaan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam sistem demokrasi berparlimen,” kata kenyataan peguam Anwar, N. Surendran dan Latheefa Koya.
  • Hakikatnya, bukan mereka tidak sedar bahawa seorang banduan kehilangan segala hak yang dinikmati di luar dinding empat tembok batu tidak kira siapa dia mahupun jutaan pengikutnya.
  • Sebagai pakar undang-undang, mereka tentu maklum bahawa Anwar tetap seorang banduan selagi Lembaga Pengampunan belum membuat sebarang keputusan.
  • Bagaimana pula dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan di depan pusat beli-belah Sogo Sabtu, 7 Mac ini.
  • Polis sudah mengisytiharkan ia perhimpunan haram kerana penganjur tidak “mengikut prosedur” dalam memohon permit untuk mengadakan perhimpunan.
  • Penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti disyaratkan di bawah Akta Perhimpunan Aman malah penganjur juga menolak cadangan memindahkan perhimpunan itu ke sebuah stadium.
  • adam haramPolis terpaksa bertindak demikian susulan enam laporan berhubung perhimpunan #KitaLawan 28 Februari lalu yang mengganggu urusan perniagaan harian syarikat beli belah Sogo dan sebuah restoran segera mengenai bunyi bising yang dicetuskan.
  • Nyatanya, penolakan itu dibuat kerana penganjur tidak mematuhi undang-undang serta kerana pihak berkuasa mahu urusan harian perniagaan lancar dan bukan kerana sebab lain.
  • “Polis tidak ada hak untuk meminta supaya berpindah tempat dan kedua, tidak ada keperluan memohon permit. Tidak ada isu dengan polis dan perhimpunan itu dijangka diteruskan,” kata Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, sekaligus jelas bagaimana pembangkang langsung tidak menghormati udang-undang negara.
  • Dalam erti kata mudah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu mereka harus dihormati dan dibenarkan berbuat apa sahaja kerana jika tidak, pembangkang akan memberitahu seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia telah mencabuli hak rakyat.
  • Apa sahaja tindakan terhadap mereka akan dikatakan pencabulan hak asasi rakyat, sedangkan mereka pula secara sengaja melanggar undang-undang yang dibuat serta dilaksana untuk kemakmuran rakyat.
  • Jadi di mana keadilan yang diperjuangkan peguam-peguam pakatan pembangkang, adakah semata-mata untuk penyokong pembangkang yang tidak seberapa kerat atau seluruh masyarakat Malaysia yang semakin muak tipu helah mereka. Penghormatan itu harus diperolehi bukannya dibeli mahupun dipaksakan. -- BNBBC


Tuesday, 3 March 2015

PAS pecah lepas muktamar

  • Ramai menjangkakan PAS akan berpecah selepas muktamar pada 1 Jun depan. Antara pihak yang membuat ramalan itu ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
  • Ramalannya itu dibuat selepas membuat kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kepemimpinan parti.
  • "Sebagai contoh, isu menteri besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam PAS sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.
  • "Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baru iaitu PasMa," katanya.
  • Mohd Zuhdi menyifatkan NGO PasMa sebagai "duri dalam daging" dalam PAS sementara golongan ulama dan profesional dalam parti itu bukan merupakan ancaman kepada perpecahan dalaman.
  • Beliau juga mendakwa PasMa sedang berusaha menguasai PAS dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan ia akan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.
  • Jika PasMa gagal merebut kuasa, kumpulan NGO itu menjadi parti politik bagi menggantikan PAS.
  • "Mereka (PasMa) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding PAS dalam isu melibatkan soal agama kerana PasMa dilihat lebih bertolak ansur berbanding kami (PAS) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam.
  • "Jika mereka (PasMa) tidak berjaya, saya jangka PasMa akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan," katanya lagi.
  • Namun pada masa kini, kebanyakan kenyataan di antara Pas dan PasMa boleh dikatakan belum `membunuh’ di antara satu sama lain.
  • Mereka cuba menyembunyikan perselisihan faham yang kritikal itu. Sedangkan di peringkat akar umbi, pergerakan PasMa dikatakan sangat hebat.
  • Kebangkitan kuasa baru PasMa kebanyakannya dianggotai oleh anak muda dan golongan profesional.
  • Anak muda pro PasMa menganggap cara perjuangan Pas terlalu lembut dan sudah tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.
  • Perselisihan antara Pas dan PasMa di peringkat akar umbi begitu ketara hingga bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain yang dihatar ke Kelantan untuk menangani banjir baru-baru ni, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.
  • Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.
  • Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.
  • Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).
  • Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.
  • Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?


17 pekara Melayu perlu tahu tentang DAP


Yahya Ismail menulis. Ini bukan fitnah tapi fakta. Orang Melayu perlu tahu siapa kawan, siapa lawan dlm politik Malaysia. Jangan jadi seperti kambing, lembu dan kerbau bodoh mengikut tiupan nafiri DAP yang cuba memperbodohkan Melayu supaya menjadi kaldai mereka.
  1. DAP lahir dari PAP Singapura waktu PAP disepak dari Msia pada tahun 1965.
  2. Lim Kit Siang pernah jadi Setiausaha Agung PAP (Lee Kuan Yew) waktu Singapura dalam Malaysia. Lee Kuan Yew yang memberi idea kepada Lim Kit Siang untuk teruskan perjuangan PAP yang pro Cina di Malaysia melalui DAP.
  3. DAP ikut telunjuk PAP Singapura mengamalkan politik sosialis kononnya tapi pekat cauvinis Cina sebenarnya.
  4. Falsafah perjuangan Malaysian Malaysia yang dicetuskan PAP pra 1965 dan disambung oleh DAP sampai sekarang.
  5. Dasar utama Malaysian Malaysia adalah menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura yang memberi kuasa penuh kepada bangsa Cina.
  6. DAP tanam semangat anti Melayu, anti kuasa politik Melayu, anti hak keistimewaan Melayu, anti Raja-Raja Melayu, pluralisme dalam agama, dimana Islam bukan lagi agama rasmi negara yang tunggal, penggunaan berbagai bahasa dan hak sama rata dalam semua bidang kehidupan masyarakat dan kerajaan.
  7. Sebahagian besar ahli DAP, MCA, Gerakan dan MIC bukan Melayu lainnya yang berusia lebih dari 57 tahun (tarikh kemerdekaan negara) mendapat kerakyatan jus soli dengan mudah walaupun mereka tak tahu berbahasa Melayu, adat resam Melayu. Juga diberi kerakyatan secara percuma kepada Cina, India dan bangsa-bangsa asing termasuk para penjenayah juga. Inilah semangat toleransi pemimpin2 UMNO yang menyerahkan hak kerakyatan mudah kepada bangsa-bangsa pendatang.
  8. Beberapa orang pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, pernah ditahan dibawah ISA dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Bayangkan, 12 tahun selepas mendapat kerakyatan dengan mudah, kaum Cina khasnya dan India amnya sudah menentang kuasa politik Melayu.
  9. Agenda DAP menguasai kerajaan-kerajaan negeri yang maju di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia kerana disini kebanyakan penduduk di bandar adalah orang Cina. Sasarannya menguasai P. Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. DAP berjaya tendang BN di P.Pinang pada PRU 12 dan berkuasa hingga sekarang. Perak jatuh ke tangan DAP malangnya tak ada adun Melayu dalam DAP. MB Perak mesti seorang Melayu beragama Islam. Maka adun Pas dipilih untuk jadi keldai DAP. Dalam masa singkat (10 bulan) MB Pas telah bermurah hati memberi hak milik tanah Kampung Baru yang didiami orang Cina selama 999 tahun - suatu tindakan paling bodoh dari pihak Pas. Walaupun MB dari Pas namun yang berkuasa dikatakan exco DAP yang dikatakan anti Melayu, anti Islam itu.
  10. DAP berjaya menguasai P.Pinang dan mendapat banyak kerusi Parlimen dan DUN di pelbagai negeri dalam PRU 12 dan PRU 13 kerana perpecahan di kalangan Melayu akibat mainan politik kotor Anwar Ibrahim. Perpecahan Melayu menyebabkan DAP naik tocang dan paling berkuasa sebagai pembangkang hari ini.
  11. DAP menjadikan P. Pinang sebagai kubu kuatnya seperti mana PAP menguasai Singapura. Majoriti penduduk kaum Cina dan mudah bagi DAP melaksanakan berbagai dasar politik-ekonomi-pendidikan- sosial-agama dan lain-lain yang mengutamakan kaum Cina. Apa yang dilakukan di Singapura akan diikuti oleh DAP di P. Pinang.
  12. Perlulah diingat sebahagian besar pimpinan DAP adalah Kristian. Barangkali ada agenda kristianisasi Malaysia melalui berbagai muslihat "dakwah" kristian di kalangan orang Melayu untuk memurtadkan Melayu dengan harapan pada suatu masa nanti Malaysia bukan lagi dikuasai oleh Melayu Islam.
  13. Memang ada rancangan sulit DAP, PAP Singapura dan beberapa NGO serta parti politik di Sabah dan Sarawak yang dikuasai bukan Islam untuk menolak kepimpinan Melayu Islam Malaysia. Ada agenda pihak anti Melayu Islam dari Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menjadikan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Singapura.
  14. DAP yakin ia boleh mengekalkan P. Pinang, menawan se mula Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada PRU 14. Sebahagian besar pengundi Cina akan berpihak kepada DAP dan menolak MCA serta Gerakan.
  15. DAP dengan kerjasama parti-parti politik bukan Islam dari Sabah dan Sarawak akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut sebahagian besar kerusi DUN dan juga Parlimen. Mereka yakin kalau separuh kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak jatuh ke pembangkang pada PRU 14, BN akan tumbang.
  16. DAP tetap menolak hudud dan akan tentang gagasan "negara Islam" acuan Pas. Mereka sanggup menendang Pas kerana mereka yakin Anwarinas dalam Pas boleh menggugat golongan ulamak dan menyokong DAP serta PKR. Hanya Pas yang terhegeh-hegeh bergayut serban di bawah ketiak DAP dan PKR sekarang.
  17. Strategi DAP menghadapi PRU 14 ialah menguasai semua kerusi Parlimen bandar dari MCA dan Gerakan. Pembangkang akan memastikan BN kalah atau menang dengan majoriti kecil. Kalau ini berlaku, ada kemungkinan DAP berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran kelak sekiranya Najib masih menjadi PM. Banyak orang meramalkan MCA dan Gerakan akan ditendang pengundi-pengundi Cina kelak kerana mereka mahu memberi kemenangan besar kepada DAP sebagai mewakili suara orang Cina. Ingat, ini hanya sebahagian dari sendiwara politik wayang Cina DAP. Orang Melayu perlu berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan slogan-slogan DAP yang mengamalkan politik telunjuk lurus kelingking berkait.

Parlimen jadi kartun jika Anwar dibenar bersidang

Banduan teringin nak ke sidang Parlimen
  • Ketika banduan Anwar Ibrahim menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, isterinya Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.
  • Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang. Ia dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan banduan itu dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.
  • Sekarang, kedudukan banduan Anwar sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.
  • Perkara ini telah disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
  • Bagi pejuang PKR, ia membawa maksud bahawa banduan Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan perlu dibenarkan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
  • Mereka tertanya tanya sama ada banduan Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  • Mereka menyifatkan ia sebagai satu kes ujian sama ada seseorang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.
  • Lebih pelik lagi, juak-juak PKR berpendapat banduan Anwar wajib dibenarkan hadir atas lima sebab iaitu peliwat itu seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
  • Mereka mendakwa, adalah tidak wajar jika hak rakyat sebagai pengundi dinafikan. Sekalipun banduan itu dihukum, ia tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah. Biarpun Anwar seorang peliwat, beliau masih seorang Ahli Parlimen yang sah.
  • Justeru itu, penyokong PKR mahu banduan itu dibenarkan hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab dan selepas itu dihantar semula ke penjara.
  • Penyokong PKR juga mahu banduan itu bersidang di Parlimen kerana tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
  • Dengan dungunya mereka beranggapan, secara tidak langsung, hal itu mengesahkan banduan Anwar masih ahli parlimen dan berhak hadir semasa parlimen bersidang.
  • Lebih dungu lagi apabila penyokong PKR mahu banduan itu menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang. Sebab tiada pemilihan ketua baru dibuat kerana mereka mahu banduan Anwar bersidang di Parlimen.
  • Kata mereka lagi, Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
  • Kedunguan PKR semakin terserlah apabila mereka juga mahu banduan itu berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat banduan dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
  • Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, puak pembangkang menganggap kedudukan banduan Anwar sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.
  • Dengan bodohnya mereka mendesak KDN supaya menimbang perkara ini dengan adil kerana ia satu peluang untuk membuktikan kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
  • Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada banduan Anwar hadir ke Parlimen.
  • Kebodohan semakin berpanjangan apabila pembangkang mendesak kerajaan supaya membenarkan banduan itu ke parlimen atas alasan ia adalah kemahuan rakyat. Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, banduan itu masih punya sokongan yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing. Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mahu banduan itu segera dibebaskan.
  • Jika kerajaan memenuhi kehendak luahan hati penyokong PKR, maka institusi Parlimen Malaysia akan menjadi kartun kerana membenarkan banduan menyertai sidang dewan. Belum pernah ada kes sedemikian berlaku di Malaysia dan negara berdekatan.
  • Sebelum ini puak pembangkang mendesak Yang DiPertuan Agong supaya memanggil banduan Anwar ke majlis minum petang untuk membincangkan soal pengampunan diraja. Astagfirullah, di manakah rasionalnya permintaan sebegini biadap dan bodoh.
  • PKR sepatutnya berhenti menjadi sebuah parti kartun kerana desakan mereka sejak dahulu sehingga ke hari ini ternyata tersasar, terbabas, tergelincir, tertiarap dan terkangkang. Rakyat yang menyokong parti itu semakin muak dan menyampah.

Hanya Melayu DAP dan PKR tolak tujuh amanat PM

Tujuh amanat Perdana Menteri perlu disambut oleh 17 juta bangsa Melayu Malaysia
  • Semua NGO Melayu Islam menyatakan sokongan padu terhadap tujuh amanat yang digariskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
  • Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan amanat itu sebagai panduan untuk bangsa Melayu menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
  • Antara lain amanat Najib menyentuh mengenai keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
  • Lebih penting amanat beliau menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
  • Jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
  • Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
  • Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila.
  • Lebih 1,000 NGO Melayu Islam di Malaysia yang mewakii 17 juta penduduk Melayu ternyata menyokong tujuh amanat Perdana Menteri itu. Malangnya Melayu DAP dan PKR menolak hak Melayu dan Islam dilindungi serta diperkukuh.
  • Bagi DAP tiada Melayu dalam negara ini yang melebihi bangsa lain dan agama Islam pula tidak boleh melebihi kepentingan agama lain. Semuanya dilabel sebagai samarata, sama penting dan perlu mengetepikan hak agama sendiri bagi menghormati agama lain.
  • Ambil saja contoh mudah, DAP tidak mahu surau dan masjid memanggil umat Islam bersolat melalui azan yang dilaungkan pembesar suara bagi menghormati penganut agama lain untuk menikmati kebebasan masing-masing.
  • Jika panggilan bersolat tidak boleh dilaungkan di kawasan perumahan, lalu apakah maknanya azan. Apa ertinya azan berkumandang secara perlahan tetapi hanya kedengaran di dalam surau itu saja. Untuk siapa panggilan `hai ya ala solah’.
  • Kini DAP sudah mula mengkritik teks khutbah solat Jumaat dan pemimpin Islam hanya mencemuh DAP melalui media arus perdana dan laman sosial tanpa ada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas parti chauvinis itu.
  • Melayu dalam PKR juga serupa. Kebanyakan mereka menolak institusi istana yang selama ini telah menjaga dan memelihara Islam di Malaysia. Hak Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan pemilikan tanah juga mereka tolak kerana mementingkan kesamarataan bangsa.
  • Peliknya pernahkah dalam kerajaan PKR di Selangor, ekonomi bangsa Melayu, Cina dan India disamaratakan? Dalam bahasa lebih mudah, apakah  90 peratus kek ekonomi yang dikuasai Cina diagih-agih kepada bangsa Melayu atau India? Jawapannya tidak. Bukan itu yang diperjuangkan. PKR hanya berjuang agar hak memiliki apa jua diberikan sama rata kepada semua bangsa mengikut kemampuan masing-masing. Kalau bangsa Melayu tak mampu memilikinya, biarlah mereka tertinggal dibelakang, biarlah mereka merempat, biarlah mereka papa kedana. Itu yang dinamakan kesamarataan hak. Itulah matlamat perjuangan PKR, selain melonjak-lonjak mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri secara revolusi sedangkan peluang yang disediakan ketika beliau berada dalam kerajaan kira-kira 20 tahun lalu disia-siakan.
  • Bagaimana pula dengan PAS? Parti itu menganggap Melayu sebagai assobiyah. Tapi PAS tak menolak sistem kesultanan. Kerajaan PAS Kelantan menyanjung sultan. Hanya PASMA saja yang menolak sistem kesultanan seperti PKR dan DAP. Siapakah PASMA? Mereka adalah jentera PKR yang diserapkan dalam PAS kira-kira 15 tahun dahulu untuk menguasai dan mencengkap PAS dari dalam.
  • Lalu siapakah yang akan meempertahankan bangsa Melayu di Malaysia? Kalaupun Melayu PAS dan PKR cukup benci mendengar nama UMNO, namun hakikatnya UMNO itulah satu-satunya parti yang memartabatkan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu sejak 1957.
  • Mengapa segelintir Melayu benci menyebut UMNO? Sudah tentu dakyah itu dicetus dan diulangsiar oleh DAP sejak 1957 secara tidak henti-henti hingga ke hari ini. Sifat benci itu sudah menjadi sebati dalam jiwa ahli PKR dan PAS pada masa kini.
  • Bagi mereka segala yang kotor dan jijik adalah UMNO, segala yang putih dan bersih adalah PKR, PAS dan DAP. Ingin saya tutup dengan persoalan, sejak DAP memerintah Pulau Pinang, berapa banyak masjid dan surau telah mereka bina untuk umat Islam? Sama juga dengan PKR yang telah memerintah Selangor sejak 2008. Berapa banyak surau dan masjid telah mereka bina?. Jangan beri alasan bahawa tanggungjawab bina masjid adalah tugas kerajaan pusat dan UMNO.
  • Lalu pihak yang akan mendukung tujuh amanat Perdana Menteri Malaysia adalah 17 juta bangsa Melayu, bukannya 10 juta bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Maka pijaklah di bumi yang nyata dan jangan bermimpi di siang hari. Apakah maksud perumpamaan itu, tepuklah dada tanyalah selera.


Thursday, 12 February 2015

Perang antara Ismail Sabri dan Tiong Lai makin kronik

  • Semakin kronik nampaknya perang siber di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Datuk Seri LiowTiong Lai. Terkini mereka berdua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan peniaga Cina dan harga barang mahal.
  • Berikut adalah kenyataan media berkenaan yang diviralkan dalam laman sosial.
  • Polemik yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
  • Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di viral dan disalah-tafsirkan. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentiment perkauman.
  • Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
  • Ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga (3) kali.
  • Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional. Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
  • Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
  • Kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan. Manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak , Kadazan-Dusun dan lain-lain.
  • Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
  • (Kenyataan bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 12hb Februari 2015)
  • Tak semena-mena Tiong Lai segera menafikan kenyataan media bersama itu menerusi Twitter beliau. Dakwanya, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedang beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.
  • Apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua? Apakah sandiwara dalam media sosial itu palsu yang bertujuan mahu melaga-lagakan antara MCA dan UMNO? Ada spekulasi lain mendakwa fitnah itu dibuat bagi memporak perandakan hubungan Melayu dan Cina.
  • Jika Melayu `naik darah’, maka akan tercetusnya keganasan yang dinanti-antikan oleh puak yang mahu memanggil Amerika dan PBB masuk untuk menjajah Malaysia semula atas nama kedamaian dan keamanan.
  • Sementara itu beberapa NGO Melayu marah dengan hasrat Ismail Sabri yang mahu bertemu Tiong Lai di Wisma MCA bagi menjelaskan maksud sebenar berkaitan kenyataan sinisnya berkaitan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
  • Ismail tidak perlu ke MCA menjelaskan apa-apa, sebaliknya jika MCA tidak faham dengan kenyataan akhbar itu, mereka boleh ke pejabat Ismail sendiri atau Tiong Lai membangkitkan isu itu di dalam mesyuarat kabinet.
  • Manakala Ketua Pemuda MCA yang bertaraf senator perlu tutup mulut berkaitan isu panas itu atau beliau angkat kaki bersama MCA untuk bergabung dengan DAP dalam pilihanraya akan datang. UMNO sudah bersedia menghadapi risiko pengkhianatan MCA berdasarkan keputusan PRU13 yang mempamerkan undi Cina 100 peratus memihak kepada pembangkang.
  • Namun tanpa rasa malu MCA  menuntut beberapa kerusi menteri dan timbalan menteri daripada kerajaan. UMNO pun satu hal juga. Terlalu memberi muka kepada MCA dan Gerakan walaupun sedar mereka adalah musuh dalam selimut.
  • Jika UMNO masih terus berlembut dengan MCA, jangan terkejut jika Putrajaya akan terlepas dari genggaman pada PRU14.


Haram anjur candlelight vigil depan penjara

  • Upacara berhimpun dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.
  • Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.
  • Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.
  • Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil - Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara.
  • Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  • Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
  • Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
  • Apa yang berlaku di perkarangan Penjara Sungai Buloh ternyata mirip candlelight vigil. Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kalangan pelbagai bangsa termasuk umat Islam berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada pemimpin mereka yang dipenjara.
  • Sejak ia dimulakan jam 9 malam tadi, dianggarkan hanya kira-kira 200 penyokongnya termasuk kanak-kanak hadir memberi sokongan menyertai perhimpunan itu yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Beberapa pemimpin pembangkang turut sama hadir antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
  • Mereka turut membuat pengucapan awam yang antara lainnya mendakwa sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar yang juga ketua Umum PKR itu sebagai tidak adil dan zalim.
  • Mereka yang hadir juga dilihat menyalakan lilin kononnya simbol bagi menerangi kezaliman yang didakwanya dilakukan terhadap ketua pembangkang itu.
  • Bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit, anggota polis dilihat melakukan kawalan di lokasi bagi memastikan perhimpunan diadakan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.
  • Persoalannya ialah apakah umat Islam yang menyertai perhimpunan itu sedar perbuatan mereka melakukan candlelight vigil merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan walaupun pada dasarnya niat mereka sekadar mahu memperingati ketua mereka yang dipenjara.
  • Fatwa telah menetapkan sedemikian dan tidak ada sebab bagi sesiapapun di kalangan umat Islam terkecuali daripada menanggung dosa kerana melakukannnya.
  • Jika sekalipun puak PKR dan konco-konconya membenci dan menolak perundangan sivil Malaysia, bagi umat Islam tidak mengira parti apa sepatutnya akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana itu adalah sebahagian daripada sistem perundangan syariah.
  • Jika umat Islam enggan mematuhi syariah yang ditetapkan, undang-unang apakah yang sesuai untuk mereka. Mungkinkah mereka mahu undang-undang rimba yang dicipta oleh PKR dan konco-konconya diguna pakai untuk semua rakyat Malaysia. Jangan bermimpi di siang hari.


Wednesday, 11 February 2015

Cerita keadilan mahkamah buat rakyat Malaysia

  • Tulisan di bawah adalah terjemahan bebas dari kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berjudul “Anwar Ibrahim verdict”
  • Penghakiman ini mengakhiri saga tujuh tahun perbicaraan membabitkan 9 Hakim dan barisan peguam yang begitu ramai. Anwar sendiri menggunakan 20 orang peguam dalam keseluruhan peringkat perbicaraan. Malah di peringkat Mahkamah Persekutuan sahaja beliau menggunakan 14 orang peguam bela.
  • Beribu jam masa Mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) dan 9 Hakim digunakan untuk meneliti secara mendalam dan terperinci setiap bukti yang dikemukakan. Sebagai peguam saya berpuashati kerana akhirnya keadilan telah ditegakkan.
  • Namun ia bukan satu kepuasan mahu pun kebanggaan kerana kejadian liwat ini telah telah memporak-perandakan kehidupan seorang anak muda. Lebih teruk, mangsa telah diperiksa dan disoal balas dengan begitu mendalam dan terperinci selama 7 hari secara terbuka tanpa kerahsiaan oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sukar dibayangkan penderitaan emosi dan rasa malu yang ditanggung oleh mangsa kes ini.
  • Anehnya, tidak seperti mangsa yang berhadapan dengan pelbagai soal balas pihak pembela, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak membenarkan dirinya disoal balas.
  • Memang benar itu adalah hak beliau. Namun beliau menggunakan hak memberi keterangan tanpa disoal balas untuk menyerang pendakwaraya, para hakim dan bekas rakan-rakan beliau dalam kerajaan. Beliau juga merendah-rendahkan negaranya sendiri.
  • Kes Anwar Ibrahim ialah kisah “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya, namun beliau memilih untuk membelasah reputasi kehakiman.
  • Justeru saya memohon rakyat Malaysia dan mereka yang di luar negara yang waras dan rasional supaya mengambil kira semua fakta secara teliti sebelum membuat kesimpulan. Lebih penting, tolonglah baca setiap perkataan dalam penghakiman hari ini dan sebelumnya. Ia memberi fakta-fakta yang benar biar sejijik mana pun kes ini.
  • Bukti DNA merupakan contoh yang paling menarik. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai beban pembuktian paling ketat di dunia.
  • Pertamanya, ia mengkehendaki padanan 16 daripada 16 titik pengecaman DNA. Ini bermakna mesti padanan DNA mesti seratus peratus adanan sempurna sebelum diterima. Kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak mempunyai syarat yang sebegini ketat.
  • Keputusan ujian mendapati kesemua 16 titik padanan DNA sepadan dengan DNA Anwar, – in gambler’s jargon, a ‘full flush’.
  • Dan semua ini diambil dari semen (air mani) yang berada dalam dubur Saiful. Sesunggunya bukti semen ini merupakan satu pembuktian DNA yang sangat utuh berbanding pembuktian melalui peluh. Anda boleh mengambil peluh manusia tanpa disedari, namun anda tidak boleh mengambil air mani tanpa disedari mahupun memalsukannya.
  •  
  • Kedua, Malaysia tidak mempunyai undang-undang mewajibkan tertuduh memberi sampel DNA kepada Mahkamah. Justeru apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pendakwa raya di Mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk mematikan bukti ini dengan menawarkan secara sukarela sampel beliau sendiri untuk bukti baru.
  • Jika beliau tidak bersalah, beliau pasti memberikannya dan kita tidak perlu mempunyai satu perbicaraan yang begitu panjang dan menyusahkan. Jika DNA diberi Anwar berbeza dari yang diambil oleh penyiasat, ia boleh menyelesaikan kesnya sekelip mata. Namun Anwar menolak peluang ini.
  • Berhubung degan alibi, Anwar pada mulanya menyatakan beliau mempunyai senarai penyaksian (alibi) yang banyak dan kuat bagi menafikan tuduhan ke atas dirinya. Namun semuanya diabaikan oleh Anwar sendiri sebaik sahaja Pendakwa raya mengemukakan rakaman litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian kepada mahkamah.
  • Sebagai seorang muslim, Anwar Ibrahim juga menolak untuk bersumpah dengan al-Quran, sedangkan mangsa beliau, Saiful (juga seorang muslim), telah bersumpah dengan kitab suci Islam ini di Malaysia dan di hadapan Kaabah, di tanah suci, Makkah.
  • Apakah kes ini merupakan kosnpirasi politik? Kes ini merupakan satu kes yang sangat teknikal, ia juga melalui semua jalan perbicaraan yang ada dengan penuh tertib dan mengikut perundangan; dibicara serta diputuskan di hadapan mahkamah tertinggi Malaysia.
  • Adakah terdapat sebarang perkara teknikal yang boleh mencabarkan keputusan Mahkamah sebelum ini mengenai beban pembuktian? Panel lima hakimn terbaik negara memutuskan tiada! Mereka memutuskan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini tepat, terbukti betul dan tidak perlu ubah.
  • Penghakiman turut menolak dakwaan berulang kali Anwar bahawa kes ini merupakan satu insiatif politik atau konspirasi politik.
  • Adalah tidak masuk akal mendakwa kes ini merupakan inisiatif politik (politically motivated) bukan sahaja kerana kebebasan kehakiman dijamin Perlembagaan Malaysia, tetapi juga kerana sifat kes ini yang merupakan aduan individu ke atas majikannya, Anwar Ibrahim.
  • Kes Anwar Ibrahim muncul kerana pekerja Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan membuat laporan polis ke atas. Saiful mendakwa majikannya, Anwar Ibrahim, telah “menekan” beliau agar melakukan hubungan seks di luar tabie (liwat).
  • Tidak mungkin ada sesiapa yang boleh merancang skrip seperti ini, yang kemudiannya melalui satu proses perundangan yang panjang, terperinci dan luar biasa tanpa menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa kejadian ini merupakan satu penipuan atau pemalsuan.
  • Satu-satunya pihak yang berusaha menjadikan kes ini sebagai kes sebagai kes politik ialah Anwar Ibrahim dan penyokong beliau kerana mahukan kes tersebut digugurkan.
  • Consider how this matter first arose. As Hansard (dated 22 October 1997, 18 December 1997) recalls, the very first time an MP stood up in parliament holding a statutory declaration that accused Anwar Ibrahim of sexual – homosexual – assault, Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister and his accuser was not a member of the government, but in fact an opposition MP from the DAP. And who was his original accuser? The late Karpal Singh MP, a brilliant lawyer. Any account of the criminal and then political downfall of Anwar Ibrahim should recall who threw the first stone.
  • Namun kepada mangsa dan rakyat malaysia lain, kes merupakan satu saga yang berpanjangan dan menyesakkan. Demi satu penutupan satu saga yang cukup panjang ini, saya mohon pihak media yang membuat liputan kes ini agar `to impartially look at the facts of the case, to analyse the meticulous judgments, and to carry these, as best they may, to the people.
  • Saya khuatir sebahagian media mempunyai anggapan Mahkamah Malaysia hanya bertindak adil apabila keputusan menyebelahi Anwar Ibrahim dan menganggap sebaliknya apabila ia tidak menyebelahi Anwar.
  • Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, seorang pemuda yang pernah menjadi pembantu peribadi Anwar, yang menjadi tumpuan dalam dan luar negara bukan kerana kesalahannya. Seperti semua mangsa jenayah serius, beliau mempunyai hak untuk mendapat keadilan dari penyiasatan pihak Polis dan perbicaraan di pihak Kehakiman.
  • Jadi, daripada menjadikan isu ini satu isu politik, media sewajarnya melihat perbicaraan ini merupakan satu kisah kemanusiaan. Malah dari sudut Kehakiman, ia merupakan hak kedua belah pihak mendapatkan keadilan di Mahkamah.
  • Sesungguhnya, semua ini sepatutnya mengenai hak yang sama rata untuk kita semua rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan tanpa mengira kedudukan, kuasa dan pengaruh. 


PKR umpan Amerika untuk desak Najib bebaskan Anwar

  • Seperti yang dijangka, PKR menggunakan hubungan Anwar Ibrahim dengan Amerika Syarikat dengan menggunakan laman sesawang negara itu bagi menarik perhatian dunia menerusi satu petisyen untuk menentang keputusan mahkamah.
  • Kali ini PKR mengajak orang ramai di seluruh dunia menandatangani petisyen secara atas talian untuk mendesak agar Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama memberikan keutamaan polisi pentadbiran kerajaannya terhadap pembebasan Anwar.
  • Parti itu mendakwa sesiapa yang mahu menandatangani petisyen itu  boleh berbuat demikian di laman sesawang http://1.usa.gov/1EX0m0q. PetisyenDisasarkan 100,000 petisyen diperlukan sebelum tarikh 12 Mac ini.
  • “Kenyataan ini sahaja tidak cukup. Ia hendaklah mengikut kata-kata dan tindakan. Anwar adalah seorang tahanan politik. Oleh itu, masa depan demokrasi di Malaysia yang dipertaruhkan,” tulis petisyen itu.
  • Sehubungan itu, tindakan untuk mendapatkan pembebasan Anwar dari penjara mesti menjadi keutamaan dalam dasar Amerika terhadap Malaysia. Dalam pada itu Kerajaan Amerika mengeluarkan kenyataan kecewa dengan keputusan mahkamah menolak rayuan Anwar.
  • White House juga memaklumkan bahawa keputusan mendakwa Anwar dan pengendalian perbicaraan menimbulkan kebimbangan serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.
  • Tak cukup dengan itu, PKR dan konco-konconya mahu berdemonstrasi di Penjara Sungai Buloh setiap hari sehingga kerajaan Malaysia membebaskan Anwar tanpa syarat. Tindakan itu dibuat seolah-olah Anwar tidak mendapat keadilan mahkamah.
  • Wal hal sepanjang 6 tahun tempoh perbicaraan, Anwar tidak langsung memberi kerjasama di dalam mahkamah, diam seribu bahasa dan gagal menghasilkan apa-apa bukti dan saksi bagi memperkukuh penafiannya dalam kes liwat.
  • Kegagalan peguam Anwar  di dalam mahkamah telah menyebabkan ketua pembangkang itu mengambil jalan untuk  `menyalak’ di luar mahkamah. Beliau percaya suaranya laku di luar mahkamah terutama ketika berpindato di padang bola atau di tepi jalan.
  • Selagi suaranya laku di jalanan, beliau tidak peduli sekatan dan halangan perundangan. Baginya undang-undang Malaysia tak berguna. Hanya pidato jalanan yang diluahkannya itulah merupakan perundangan yang wajib dipakai oleh semua.
  • Dalam Bahasa lebih mudah, Anwar mahu menggunakan undang-undang rimba sebagai perundangan negara yang mana rakyat menjadi hakim kepada semua hal pentadbiran dan jenayah. Jika rakyat kata BETUL maka itulah perundangan. Jika rakyat kata salah SALAH itulah yang perlu ditolak dalam perundangan.
  • Betul atau salah kata-kata rakyat perlu dizahirkan dari bibir Anwar dan PKR sahaja. Sistem kehakiman Malaysia ditolak mentah-mentah, tapi pada masa yang sama, parti malang itu tetap menggunakan mahkamah untuk urusan saman menyaman. Setakt itu sahalah kepercayaan Anwar dan PKR terhadap sistem perundangan Malaysia.
  • Penjara adalah pasti dan Anwar mengharapkan rakyat memberontak, berdemonstrasi dari semasa ke semasa sehingga beliau dibebaskan dalam apa cara sekalipun.
  • Jika dalam demonstrasi ada kekerasan, PKR akan meminta bantuan Amerika untuk memujuk PBB menghantar tentera bagi  menjaga keamanan sambil menukar Perdana Menteri Malaysia kepada calon yang pro Amerika, pro PBB dan pro Anwar.
  • Ketika itu Umno akan hilang ketuanan dan Raja-raja Melayu hilang kedaulatannya. Soal harta dan tanah tak payah cerita. Semuanya dirampas. Tanah Rizab Melayu hapus, kuota itu dan ini kepada Melayu dan bumiputera juga lenyap.
  • Bangsa Cina akan berbondong-bondong menguasai tanah, perniagaan, politik, universiti, hospital dan sebagainya. Melayu akan terus tersepit seperti di Singapura. Ketika itu nanti Melayu tidak dibenarkan bersuara samada dalam blog mahupun dalam politik,semuanya akan disekat seperti di Singapura.

Fakta kes liwat Anwar didedah Karpal Singh pada 1997

  • Ketika ini penyokong Anwar Ibrahim percaya kes liwat ketua mereka itu merupakan konspirasi kerajaan Umno. Ini ditambah dengan kenyataan penghinaan Anwar terhadap mahkamah ketika diberi peluang membuat rayuan.
  • Namun selepas membaca artikel ini, penyokong Anwar pasti terkedu kerana tidak menjangka atau terlupa bahawa kes liwat Anwar sebenarnya telah didedahkan kepada umum oleh Karpal Singh (mendiang) pada 1997 iaitu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • Berikut adalah kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes liwat  Anwar. Diharap artikel ini dapat membuka mata semua pengikut Anwar di mana jua mereka berada agar lebih berhati-hati ketika berikrar memilih pemimpin:
  • Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.
  • Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.
  • Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.
  • Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.
  • Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.
  • Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.
  •  Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.
  • Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.
  • Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.
  • Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.
  • Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.
  • Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.
  • Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.
  • Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.
  • Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.
  • Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.
  • Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.
  • Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.
  • Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.
  • Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah  sama rata di sisi undang-undang. - 10 Februari 2015.


Anwar hina mahkamah sebelum ke penjara

  • Versi Utusan: Pada awal ‘rayuannya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti masih dalam keadaan terkedu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan dengan suaranya yang serak dan tertahan-tahan, Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah.
  • Namun, segalanya berubah sekelip mata apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertukar sikap dan mula menyelar institusi kehakiman tersebut yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ dalam membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.
  • Anwar juga mendakwa bahawa panel hakim tersebut telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan ke­dudukan.
  • “Anda (panel hakim) mempunyai peluang untuk menebus diri sendiri, membetulkan yang salah dan meletakkan semula kehakiman di tempat yang tinggi dan melakar nama sebagai pejuang keadilan. Namun anda telah memilih untuk terus berada di sisi yang gelap dan bergelumang dengan penipuan dan muslihat,” kata Anwar.
  • Ekoran kenyataan tersebut; Ketua Hakim Negara menegur dan bertanyakan mengenai relevannya ‘rayuan’ terbabit dengan rayuan bagi mengurangkan hukumannya.
  • Pada ketika ini, peguam bela utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon agar mahkamah memberikan anak guamnya hak untuk terus mengemukakan rayuan.
  • “Beliau (Anwar) ada hak untuk merayu tetapi bukannya mengutuk mahkamah,” kata Hakim Arifin.
  • Pada ketika ini, Anwar masih meneruskan ‘rayuannya’ tanpa menghiraukan teguran panel ha­kim menyebabkan hakim-hakim bersidang meninggalkan dewan mahkamah bagi membuat keputusan mengenai tempoh hukuman penjara.
  • Sungguhpun begitu, Anwar tetap meneruskan ‘rayuannya’ dengan lantang dan berjanji dengan bersaksikan Allah bahawa beliau tidak akan diam, akan terus berjuang bagi kebebasan dan keadilan serta tidak akan menye­rah kalah.
  • Selesai ‘rayuannya’, beberapa penyokong Anwar mula melaungkan perkataan ‘Reformasi’ dan takbir di dalam dewan mahkamah berulang kali.
  • Anwar kemudian berpusing ke arah galeri awam dan mula memeluk isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya yang menangis teresak-esak.
  • Versi Malaysian Insider yang memetik blogger Mohd Sayuti Omar yang bertajuk “Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam kelima-lima Hakim.”
  • Sayuti berkata, di sini saya postkan ucapan Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.
  • Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.
  • Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.
  • Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima Hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.
  • Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, kecuali Allah sang hakim yang maha adil saja mengetahuinya.
  • Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit dari jiwa seorang yang menganggap dianiya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.
  • Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang katajanji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelek dan insiden yang tidak pernah berlaku
  • Berikut adalah ucapan berkenaan:
  • Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
  • Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.
  • Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
  • Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
  • Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
  • Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
  • Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
  • Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
  • Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
  • Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
  • Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
  • Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
  • Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
  • Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
  • Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
  • Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! - ANWAR IBRAHIM