- KUALA LUMPUR: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), sebuah badan gergasi yang menerajui 12 persatuan dan kelab dengan keanggotaan lebih 500,000 ahli, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan isterinya kerana menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru FELDA.
- Pada pusingan terakhir itu, setiap keluarga generasi baru menerima insentif RM5,000 dengan jumlah keseluruhan melibatkan RM563.2 juta.
- Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga peneroka dan generasi baru Felda, di samping memberi pelbagai insentif dan bantuan.
- Beliau berkata, pemberian durian runtuh pusingan ketiga itu membuktikan kerajaan sentiasa menepati janji kepada rakyat terutama dalam usaha membela nasib masyarakat peneroka di 317 tanah rancangan Felda seluruh negara.
- "Inilah keistimewaan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, setiap individu yang berada di tanah rancangan Felda pasti akan menikmati bantuan atau sumbangan yang diberikan sama ada daripada segi wang ringgit, bantuan persekolahan dan banyak lagi," katanya.
- Timbalan Presiden GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar pula berkata, masyarakat Felda terutama generasi baru menyifatkan `durian runtuh’ yang diberikan oleh kerajaan adalah luar biasa serta pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak Felda ditubuhkan pada 1956.
- Beliau berkata sumbangan itu sangat bermakna kepada 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA serta generasi kedua mereka yang selama ini tidak pernah hilang keistimewaan pada mata kerajaan.
- Katanya, warga Felda dilimpahi rahmat kerana inilah pemberian paling besar yang pernah mereka dapat, selain bonus tahunan dan duit raya.
- “Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak-anak,” katanya.
- Setiausaha GWGF, Kamaruzaman Mohamad pula berkata, durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan kerajaan kepada masyarakat peneroka yang banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi negara.
- “Keperihatinan kerajaan telah menambat hati semua warga peneroka dan generasi baru. Justeru itu rakyat Felda akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri,” katanya.
- Presiden kelab Stormrider GWGF, Borhanuddin Ramli berkata sumbangan durian runtuh kepada generasi kedua Felda itu memberi nafas baru kepada mereka untuk terus berada di sisi kerajaan, sekaligus membantu negara memajukan pelbagai sektor ekonomi.
- “Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan,” katanya.
- Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda Malaysia, Amran Mohamad juga berterimakasih kepada Perdana Menteri dan isteri kerana memberi sumbangan berupa `durian runtuh’ kepada generasi baru Felda.
- Di samping itu beliau juga berterimakasih kepada kerajaan kerana berusaha menyediakan perumahan mencukupi kepada generasi baru.
- Ini kerana, katanya masih ramai lagi yang terpaksa menumpang atau tinggal bersama keluarga mereka yang juga merupakan peneroka asal Felda.
- Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Generasi Felda (Perkesan), Siti Hajar Ismail juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri dan isterinya kerana menyempurnakan pemberian durian runtuh kepada generasi baru Felda.
- Sambil itu beliau menyeru generasi baru supaya menggunakan sumbangan kerajaan itu dengan teratur serta berbelanja secara berhemah.
- Katanya, bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah, sumbangan itu juga wajar digunakan untuk keperluan pakaian anak-anak yang akan menyambung persekolahan mulai Januari depan.
- “Saya percaya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pemberian durian runtuh itu kerana ia membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan semua pihak termasuk warga Felda,” katanya.
- Selain itu, beberapa pemimpin pertubuhan di bawah naungan GWGF juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana memberi sepenuh perhatian kepada warga Felda.
- Pertubuhan terbabit ialah Persatuan Sukan Bermotor GWGF, Persatuan Peneroka Felda, Persatuan Penerokawati Felda, Yayasan Pembangunan Generasi Felda, Pertubuhan Generasi Felda Universiti, Dewan Perniagaan Generasi Felda, Pertubuhan Silat Generasi Felda, Pertubuhan Imam Muda Felda dan Anak-anak Peneroka Luar Negara.
Thursday, 15 November 2012
Terimakasih dari GWGF buat Perdana Menteri dan isteri kerana prihatin terhadap kebajikan anak peneroka Felda
Wednesday, 14 November 2012
Tan Sri Rozali bawa masuk askar Wataniah ke 317 rancangan tanah FELDA, satu kejayaan terhebat!
- PERNAHKAH kita terfikir tanah pertanian FELDA akan dibanjiri askar Melayu separa profesional? Tak cukupkah Rejimen Askar Melayu Diraja yang ada sekarang sehingga perlu ditambah? Brigadier Jeneral Tan Sri Rozali Ismail sudah menyediakan jawapannya. Malah lebih jauh dari itu, beliau sudah merealisasikannya melalui kerjasama Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Askar Wataniah.
- Anak peneroka Felda Gedangsa itu sudah menyaksikan bagaimana lebih 120,000 peneroka Felda menyemai bakti pada Tanah Melayu sejak awal tahun 1960an sehingga berjaya membentuk sebuah empayar pertanian yang hebat sekaligus melahirkan lebih 1.6 juta pewaris pada ketika ini.
- Tidak cukup dengan itu, ramai bukan pewaris peneroka juga bertandang dan berhijrah untuk mencari rezeki di 317 rancangan tanah dan menjadikan keseluruhan warga Felda setakat ini seramai lebih 3.5 juta orang, satu jumlah yang sangat menakjubkan.
- Sebagai anak Felda, Tan Sri Rozali melihat pada prisma yang lebih jauh, apakah 3.5 juta warga Felda yang ada cukup sekadar berbudi pada tanah saja? Beliau berpendapat warga Felda tidak sepatutnya berhenti di situ sebaliknya perlu berbudi kepada negara.
- Dengan memiliki warga seramai itu, anak pintar dari Felda Gedangsa itu melihat kaedah terbaik ialah dengan menyumbang tenaga bagi menjaga keselamatan negara menerusi gerakan pertahanan askar wataniah.
- Ramai tidak yakin usaha itu dapat dilaksanakan di 317 rancangan tanah Felda kerana tiada siapa yang berminat untuk menyahut cabaran besar itu.
- Akhirnya, Tan Sri Rozali sendiri menyempurnakan usaha itu menerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) di bawah pimpinan beliau sendiri.
- Beliau memulakan langkah pada awal 2012 dengan melancarkan penubuhan kompeni askar wataniah yang pertama di Felda Gedangsa bagi mewakili negeri Selangor.
- Tan Sri Rozali percaya usaha itu dapat menyemai minat kesukarelaan serta tanggungjawab memelihara keselamatan negara di kalangan generasi FELDA.
- Usahanya tidak berhenti di situ. Satu demi satu wilayah Felda menubuhkan kompeni askar wataniah dengan matlamat ianya dapat dikembangkan ke seluruh 317 rancangan penempatan FELDA seluruh negara.
- Anak Felda Gedangsa itu berpendapat penyertaan generasi baru dalam askar wataniah adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin negara yang mewujudkan dan memajukan rancangan FELDA.
- Tan Sri Rozali sendiri mengambil inisiatif menyertai wataniah dengan memngikuti pelbagai kursus dan latihan berat sehingga berjaya menyandang jawatan Brigedier Jeneral Rejimen 60 Pakar Pengendalian Air Askar Wataniah (60 RAJD-AW).
- Beliau berbuat demikian kerana yakin pasukan wataniah tetap relevan dengan peranan dan fungsi yang sama seperti Angkatan Tentera Malaysia.
- Berikutan itu, beliau dan GWGF berusaha keras melancarkan kompeni wataniah di Johor, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Sabah.
- Usaha beliau itu mendapat sambutan memberangsangkan di setiap negeri yang dijelajahi. Ini kerana ramai berpendapat askar wataniah adalah barisan pertahanan kedua terpenting selepas Angkatan Tentera Malaysia.
Tuesday, 13 November 2012
Tan Sri Rozali `hardcore biker', 1MBW masuk Malaysia Book of Records
- PUTRAJAYA: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad, Tan Sri Rozali Ismail amat berbangga kerana menjadi salah seorang peserta Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012 yang berjaya mencatat Malaysia Book of Records (MBOR).
- Konvoi yang berlangsung selama enam hari merentasi Semenanjung Malaysia berjaya dicatatkan dalam sijil MBOR sebagai ekspedisi motosikal berkuasa tinggi terbesar di negara ini.
- Ia berikutan kejayaan konvoi yang bermula 6 hingga 11 November itu menghimpunkan penyertaan 438 motosikal berkuasa tinggi membabitkan 536 penunggang dan pembonceng.
- Selain itu, perhimpunan (1MBW) di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya pada hari penutup turut dicatatkan dalam MBOR sebagai perhimpunan motosikal berkuasa tinggi terbesar selepas berjaya mengumpulkan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.
- Sijil MBOR diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan berkenaan.
- Sepanjang konvoi yang mencabar itu, Tan Sri Rozali, 54 cukup gagah dan bertenaga ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di lebuhraya Johor Bharu ke Kuantan, manakala cabaran hebat menantinya di antara Pulau Pinang ke Kuala Lumpur kerana menggunakan jalan lama yang berliku terutama di Hutan Melintang, Lekir dan Sabak Bernam.
- Syabas kepada Tan Sri Rozali dan rakan-rakan STORMRIDERS kerana berkesempatan bersama-sama menyertai 1MBW dan buat pertama kalinya bersama-sama penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura, Jepun dan Indonesia, kerana bersama-sama mencatat rekod MBOR.
- Semoga rekod itu akan diperbaharui pada tahun depan kerana ia sudahpun diistiyharkan sebagai acara tetap tahunan.
- Apapun pengalaman sepanjang kembara perlu dicatatkan sebagai kenangan di sini. Bermula di Johor Bahru pada 6hb Nov, pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor.
- Perjalanan terjauh adalah pada hari pertama sepanjang 540 km dari Johor Baru ke Kuantan, Pahang melalui Merlimau, Melaka dan Bahau Negeri Sembilan sebelum menuju bandar Muadzam Shah dan terus ke Kuantan.
- Secara keseluruhan keadaan cuaca adalah baik. Konvoi direnjis air hujan pada hari ke empat dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dan disimbah hujan setibanya di Ijok membawa ke Kuala Lumpur pada hari ke lima konvoi.
- Secara amnya pergerakan konvoi adalah lancar hanya sedikit dicemari insiden kemalangan ahli seketeriat di Grik bilamana berlanggar dengan kenderaan awam yang secara tiba-tiba keluar dari simpang.
- Kemalangan di Lekir, Perak pula melibatkan seorang anggota polis peneraju yang berlangar dengan lori ais yang terus menerjah walaupun diarahkan berhenti.
- Walaupun motorsikal anggota polis mengalami kerosakan teruk dan sedikit kerosakan pada motorsikal ahli seketariat, namun anggota polis dan ahli seketariat tidak mengalami kecederaan.
- Syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan konvoi sebesar ini. Walaupun terdapat sedikit rungutan di kalangan peserta tapi keseluruhannya ia berjaya.
Monday, 12 November 2012
Tan Sri Rozali Ismail terima Anugerah Socrates
- Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dipilih sebagai penerima Anugerah Socrates bersempena Persidangan Pemimpin-pemimpin Oxford dari 25 hingga 27 Oktober lalu di Oxford, United Kingdom.
- Anugerah itu disampaikan kepada Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Puncak Niaga Holdings Bhd, Ismail Hashim yang mewakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.
- Anugerah Socrates itu mengiktiraf ahli perniagaan elit pada peringkat global yang sentiasa berusaha melalui kaedah dan cara yang tersendiri untuk menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman di kalangan masyarakat antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan.
- Penerima anugerah sudah melalui proses pemilihan oleh Jawatankuasa Socrates Antarabangsa yang memilih calon yang paling layak berdasarkan pencapaian profesional yang tinggi dan memberi pengiktirafan antarabangsa atas kejayaan mereka.
- Rozali berkata, anugerah itu membuktikan keupayaan cemerlang PNHB dalam mengurus dan mengendalikan projek bekalan air berskala besar di Malaysia, khususnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
- Beliau berkata, anugerah itu juga sebagai menghargai sumbangan PNHB terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia dan beberapa negara membangun lain seperti China dan India.
- Walaupun PNHB telah beroperasi di negara membangun, kami sesekali tidak akan melupakan peranan utama syarikat dalam membekalkan air bersih ke kawasan Greater Kuala Lumpur yang merangkumi 7.5 juta pengguna, termasuk sektor industri dan komersial, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
- PNHB menyediakan khidmat bersepadu dalam bidang air, air sisa dan persekitaran yang unggul di rantau ini serta memainkan peranan yang semakin penting dalam sektor minyak dan gas.
- Kini PNHB terbabit dalam projek berasaskan air di China, India dan beberapa buah negara Asia.
Sunday, 5 June 2011
TNB jadi Kuda Belasahan - kata Ani Arope
YB: When we overlooked, it will overcooked.

Laporan FaceBook
- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) kerana menaikkan tarif elektrik.
- Ani dilaporkan berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah sejak 20 tahun lalu.
- Beliau berkata EPU memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
- “Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang pernah menerajui TNB antara 1990 hingga 1996.
- “Dengan fasal ambil dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
- “Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
- Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
- Ani pernah menggemparkan TNB 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)
- Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff.
- “TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.
Tuesday, 31 May 2011
Tiada Kenaikan Jika Guna Elektrik 300 kWj
Laporan Utusan Malaysia
- PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
- Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
- Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
- Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
- “Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
- “Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
- Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
- “Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
- “Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
- Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
- Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
- Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
- Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
- Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
- Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
- Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.
Monday, 30 May 2011
Tarif Elektrik Naik 7.12 Peratus
Laporan BERNAMA
- PUTRAJAYA - Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.
- Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.
- Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.
- Di bawa keputusan itu, kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam.
- Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan.
- Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.
- Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
- Dalam pada itu, kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Hijau dan Air menyebut harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjun daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu, maka tarif elektrik di Semenanjung perlu disemak semula.
- “Berkuat kuasa 1 Jun 2011, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada kadar purata semasa 31.31sen/kWj kepada 33.54sen/kWj,” katanya.
- Kata kenyataan itu, ia melibatkan dua komponen iaitu kesan penyelarasan harga gas daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 5.12 peratus atau 1.60sen/kWj dan semakan tarif asas TNB iaitu kenaikan sebanyak 2 peratus atau 0.63sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa.
- Ketika ini, gas asli merupakan sumber utama penjanaan elektrik di Semenanjung (54.2 peratus), diikuti arang batu (40.2 peratus) manakala selebihnya adalah daripada sumber hidro (5.2 peratus) dan ‘distillate’ (0.4 peratus).
- Oleh itu kata kenyataan, berikutan penyelarasan harga gas sebanyak RM3/MMBtu, maka tarif elektrik perlu diselaraskan 5.12 peratus atau 1.60sen/kWj.
- Walaupun pada masa sekarang, harga arang batu di pasaran antarabangsa adalah sekitar AS$120/tan, untuk semakan tarif elektrik kali ini, katanya, kerajaan menetapkan harga arang batu untuk sektor elektrik dikekalkan pada harga AS$85/tan sepertimana diguna pakai bagi penyelarasan tarif elektrik pada 1 Mac lalu.
- “Selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan,” katanya.
- Kenyataan itu menambah, kuantum kos bahan api yang akan dilepaskan kepada pengguna adalah dikira berdasarkan pada kos sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu bagi tujuan penjanaan untuk tempoh enam bulan.
- Mengenai semakan tarif asas TNB, kata kenyataan itu, selain mengambil kira kenaikan harga bahan api, pihak kerajaan telah meluluskan permohonan TNB untuk menyemak semula tarif asas.
- Katanya, keputusan telah dibuat supaya tarif asas TNB dinaikkan sebanyak dua peratus.
- Malah tambah kenyataan, semakan tarif asas TNB diperlukan bagi membolehkannya menampung peningkatan kos pembekalan elektrik semasa.
Khazanah Frustred By Political Handicap
YB: Jarang sekali Khazanah Holdings mengumumkan kesulitan niaganya dikaitkan dengan dengan tekanan politik Kerajaan Persekutuan. Namun kini ia dinyatakan sedemikian seolah-olah mahu bebas sepenuhnya daripada kongkongan Kerajaan Persekutuan. Spekulasi pula melihat kenyataan itu sebagai satu usaha untuk membebaskan diri daripada sebarang ikatan dengan kerajaan, terutama seandainya Pakatan Rakyat (PR) berupaya mengambil alih Putrajaya.
-----------------------------------
- KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Bhd managing director Tan Sri Azman Mokhtar has admitted to being disappointed by his inability to trim fat from the portfolio he inherited in 2004 due to political interference, the Financial Times reported yesterday.
- “We have had our frustrations, and there have been areas, mostly in the regulated sectors such as electricity, automobiles and aviation, where value has stagnated or even declined,” Azman (picture) told the international financial daily.
- The Financial Times said that despite scoring a “crushing victory” in a US$3.6 billion (RM10.8 billion) takeover battle with India’s Fortis for Singapore healthcare group Parkway Holdings, Khazanah was still struggling to turn around companies in its legacy portfolio, which includes national car maker Proton and Malaysia Airlines.
- “Big questions remain about Khazanah’s ability to deal equally decisively with the rest of its portfolio, not least because of government opposition to radical surgery on any of its significant companies,” the report said.
- “Khazanah’s ability to turn round the biggest legacy companies is tightly bound by government limitations on its freedom of manoeuvre.”
- It added that the impact of this “political framework” was evident in the detailed financial information released by Khazanah this year, which showed that the value of newer investments grew by an average of over 20 per cent while older investments only grew by five per cent.
- The agency, burdened by a complex and potentially conflicting mandate to grow the portfolio, earn significant returns, lead GLC transformation and help Malaysia become a developed country by 2020, had “significantly less firepower” than other wealth funds, the Financial Times pointed out.
- The net portfolio value of Singapore’s sovereign wealth fund Temasek at the end of December was US$149 billion compared to Khazanah’s US$24.6 billion.
- Tan Teng Boo, chief executive of Kuala Lumpur-based investment adviser Capital Dynamics, told the daily that while there were many “very capable and committed people” in Khazanah, there were just as many political obstacles to real reform.
- Although the investment fund’s portfolio showed “some growth”, he faulted politicians who refused to let Khazanah “do what is necessary” for its failure to transform lacklustre GLCs as mandated.
- Azman, however, argued that the agency was fulfilling its mandate for the most part, citing a 39 per cent increase in portfolio value last year, with compounded annual growth of 13 per cent from its level of RM33.3 billion when he took over in 2004.
- At the same time, the group has sold its 32 per cent stake in Pos Malaysia, reduced holdings in successful companies such as Malaysia Airports Holdings Bhd and strongly encouraged regional expansion by successful portfolio companies like Axiata and CIMB.
- “We are in the seventh year of a major transformation programme, and we have achieved a lot in terms of making the GLCs more efficient while also growing the value of our portfolio and playing our part in helping Malaysia to develop,” said Azman, a former UBS and Salomon Smith Barney banker.
- “The GLCs have conclusively improved their performance as a result of the management and other changes we have made, with aggregate earnings for the 20 biggest rising by 49 per cent in 2010 to RM17.3 billion and total shareholder returns of 16.4 per cent since 2004.”
Kontroversi Bill Elektrik
YB: Bila subsidi petrol dikurangkan, harga bahanapi naik. Bila rakyat marah, kerajaan kekalkan harga untuk sementara waktu kerana musim mengundi sudah dekat. Bila taukeh pengeluar tenaga elektrik IPP (independant power producers) terkena tempias potongan subsidi petrol, MCA dan DAP mengamuk kerana taukeh IPP adalah keluarga mereka. Mereka dah terbiasa dengan subsidi berbilion ringgit. Mereka nak subsidi yang sama. Kalau subsidi dipotong, mereka akan naikkan harga elektrik pulak. Rakyat jugak yang kena tempiasnya.
-------------------
Oleh Reporter Kampung Baru
KUALA LUMPUR — The growing local Facebook group known as the No Mega Tower (NMT) community is mounting a 24-hour anti-price hike cyber protest from midnight tonight.
Bolstered by past support, the NMT is hoping to ride on rising public anger over Putrajaya’s subsidy cuts and pressure the Najib administration into carrying out what the group called “real reforms” through three methods.
In a statement today, the 296,000-strong cyber community demanded a pay cut for ministers, top civil officers and extend the policy to government-linked companies besides publicly disclosing details over major deals such as with the independent power producers and the controversial MyEmail project.
The Facebook pressure group also wants the government to curb its spending to cut down on waste and corruption and a comprehensive package deal to aid the poor, namely cheaper transport fees.
“We are not opposing economic reforms. We do understand that subsidy needs to be cut eventually,” it said in a statement today.
“We however oppose an ill-thought out subsidy rationalisation programme that would threaten the economic, social and political stability of this country,” it added.
It urged the public to demonstrate their support by changing their social network statuses to the following messages: “Saya Tak Nak Barang Naik! Tak Nak MyEmail! Tak Nak Mega Tower!” or “No price hike! No MyEmail! No Mega Tower!”
The NMT said supporters could also post the messages direct to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s Facebook page and personal website.
The group, which was founded on October 16 last year to lobby against the RM5 billion Menara Warisan, called on Putrajaya to pledge it will not bail out the unpopular 100-storey mega tower
Sunday, 29 May 2011
Kerajaan Haramkan Beer Halal
Oleh BERNAMA
- PADANG Serai - Umat Islam disarankan tidak minum sejenis beer yang didakwa sebagai "halal" kerana minuman itu mengandungi alkohol lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata syarikat itu mendakwa beer berkenaan hanya mengandungi 0.01 peratus alkohol sedangkan ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol sebenar 0.5 peratus.
- Jakim dan kerajaan Malaysia akan melarang penjualan minuman itu kepada umat Islam berkuatkuasa serta merta.
- Beliau mengulas kenyataan sebuah akhbar melaporkan "beer halal" sangat popular di kalangan umat Islam di Malaysia. Jus buah-buahan itu mengandungi alkohol 0.5 peratus.
- Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman mengikut hukum Islam berada di bawah 0.01 peratus.
- Paras itu dibenarkan kerana alkohol boleh terbentuk secara semulajadi dalam makanan dan minuman.
- Arak halal itu diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah, terdapat di kafe-kafe di Malaysia dan dijual dengan harga antara RM3 dan RM5 sebotol botol.
Wednesday, 25 May 2011
PM ONLINE
YB: Ramai teringin menuju ke Putrajaya untuk mengubah nasib rakyat Malaysia, tetapi membawa sentimen, emosi serta benci kepada kaum seagama. Pasti si penjual bawang berterimakasih kepada bangsa kita kerana sudi menggadaikan negara kepada mereka.
BERNAMA
BERNAMA
- Perdana Menteri akan perkenalkan dua platform interaktif baru mulai 1Jun, satu aplikasi telefon pintar dan perbincangan meja bulat 1Malaysia secara online.
- Najib berkata aplikasi itu menggabungkan semua platform online beliau termasuk laman web, FB dan Twitter supaya orang ramai lebih mudah menghubunginya.
- Katanya, orang ramai boleh membincangkan pemikiran yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dengan dibimbing pakar tempatan pelbagai bidang pada perbincangan meja bulat.
- "Saya amat gembira tentang perbincangan Meja Bulat 1Malaysa secara online melalui 1Malaysia.com.my.
- "Bantulah saya untuk menjadikan Malaysia bertambah makmur, berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya yang dapat kita banggakan bersama," katanya.
Tuesday, 24 May 2011
IPP subsidies cannot be removed, says MCA President
YANG BENAR: Dalam pada rakyat menikmati subsidi petrol semakin sedikit, MCA tidak mahu kerajaan mengurangkan subsidi berbilion ringgit kepada industri pengeluar tenaga (IPP) dengan alasan perjanjian subsidi sudah dimeterai.
Atas nama pembangunan, rakyat perlu menanggung beban kemelesetan ekonomi bersendirian manakala industri pula mencari alasan tidak mahu menanggung beban itu bersama rakyat.
Buktinya, MCA secara terus terang memberi amaran kepada kerajaan supaya jangan menyekat subsidi kepada industri tenaga. Kenyataan berikut jelas mempamerkan sikap kapitalis.
KUALA LUMPUR — The government cannot remove billion-ringgit subsidies for independent power producers (IPPs) as it is tied up in agreements with them, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said today.
The DAP has said that the government would only spur inflation by removing the diesel super subsidy before cutting “big opium” gas subsidies worth RM19 billion for IPPs and commercial power sectors.
“Because the government is tied up in a lot of agreements, this (subsidy) cannot just be abolished,”
“Then Malaysia will be recognised in the world as one government who does not honour its agreement. That’s wrong,” Chua said.
He said some of the agreements were due to lapse and the government could then start negotiations.
RON95 dijangka naik 20sen
Laporan AMRESEARCH
KUALA LUMPUR — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.
Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.
“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008 - ENDS
Tuesday, 17 May 2011
Kerajaan mansuh Subsidi Diesel Sembilan Kategori
Press Release
KUALA LUMPUR — Kerajaan memansuhkan pemberian diesel "super subsidi" kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.
Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi 9 Mei, harga diesel dinaikkan daripada RM1.481 seliter kepada RM1.80 seliter.
Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.
Kenyataan akhbar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.
“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.
“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan akhbar itu.
Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.
Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.
Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.
Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter.
Oleh: DS Mohd Najib Tun Razak
KUCHING - Warga pendidik akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuatkuasa 1 Januari 2012 dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan guru.
Kerajaan telah memutuskan demikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.
Guru adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukan dengan lima kaedah kenaikan pangkat:
1) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan
2) kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP)
3) kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan
4) kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang
5) kenaikan pangkat guru cemerlang
Ia sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion perguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
Kerajaan mendapati sekarang, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian lama menabur bakti selama 25 tahun.
Kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusunya kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan.
Namun guru yang tidak dinaikan pangkat ke gred khas masih berpeluang menikmati pergerkaan gaji tahunan. Kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
Kerajaan juga bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Manakala guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan.
Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan.
Monday, 16 May 2011
Petrol RON95 mungkin naik lagi
Oleh: DS Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA — Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
Sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya. Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.
Subsidy burden is expected to double this year - DPM
by DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA - The subsidy burden is expected to double this year from RM10.32 billion to RM20.58 billion. The country could no longer maintain the current subsidies in remarks signalling the inevitability of price hikes.
Yes, we are subsidising but we cannot sustain subsidies on the same amount. So there are ways in which we are trying to reduce subsidy costs like the increase in price of sugar. We are doing it in stages.
Subsidy costs has also doubled from RM10.32 billion in 2010 to an expected cost of RM20.58 billion in 2011. RM18 billion is subsidy for petroleum-related sectors.
Malaysia’s low purchasing power, coupled with rising prices, is putting pressure on the PM administration to pump more public funds into existing subsidies.
The move is seen as necessary to avoid public unrest over the escalating cost of living, as well as to counter Pakatan Rakyat’s (PR) attacks on the government’s previous plans of phasing out subsidies.
PM said on April 1 that the recent surge in the cost of living may force the government to slow subsidy cuts, and that while the government was committed to reducing the nation’s deficit, “we don’t want rising prices in Malaysia to be a major burden for the people.”
He has already announced the government’s willingness to fork out an additional RM4 billion in addition to the RM10 billion allocated for subsidies this year.
Analysts and politicians believe that problems affecting the economy — distorted and inefficient markets, lack of competition, low wages and a weak ringgit — will be the biggest problem for the BN administration as the country heads into the next general election, speculated to be held by year end.
The government is now preparing the public for more cuts.
We cannot guarantee there will be no increase in the prices of goods. We cannot control the prices but where the government can intervene to decrease public burden then we will.
------------
a note: The 2010 Prices and Wages report by Swiss Bank UBS AG shows that residents in KL have only 33.8 per cent the purchasing power of their counterparts in New York, 42 per cent that of London, 33.7 per cent that of Sydney, 32.6 per cent that of Los Angeles and 31.6 per cent that of Zurich.
Sunday, 15 May 2011
The Ringgit And The Dollar - says DM
- The dollar i.e. the US dollar has been depreciating against the Ringgit. It is now hovering just below RM3.00 to 1 USD. Obviously this currency crisis is not over yet. Obviously the US is still in trouble. Europe is also in trouble and so is the rest of the world. This is the longest financial crisis in history. It is now in the fourth year.
- This crisis started in the US in 2008 with the banks going bankrupt because the sub-prime loans defaulted and Lehman Brothers went bankrupt. Since then the US Government has been printing money by the trillions to bail out banks, insurance and automobile companies.
- Currently Greece is still unable to repay loans caused by the switch to the Euro.
- Malaysia appears to have escaped much of the crisis. Our currency is in fact getting stronger and our economy is growing at a good rate.
- Why has a serious currency crisis affected the developed countries and not as much the developing countries? The answer is that we have not been trying to get rich quick through playing the money market.
- I am not a financier of course and my knowledge about finance can be written on the back of a postage stamp. So no one should take what I say about finance seriously.
- Still, I would like to hazard a theory.
- The US was, after the Second World War, the richest nation. They have companies like General Motors, General Electric, Caterpillar Tractors, McDonnell Douglas & Boeing, great manufacturers of household appliances, radios and television, machine tools, precision instruments and of course a massive weapons industry.
- They were so confident of the superiority of their industries that they did not mind teaching the Japanese the importance of quality and expertise in manufacturing.
- To cut a long story short, the Japanese mastered manufacturing so well that their high quality but competitive products displaced those of the Americans and much of the Europeans in the world market.
- After Japan came Taiwan, South Korea and then China. The products of these countries even displaced American and European products in their own countries. The last straw is the invasion of East-Asian cars into the American and European markets.
- Instead of trying to compete, the Americans in particular, and the Europeans opted to surrender the markets to the Asian newcomers. But American and European economies continued to grow and they remain as prosperous as ever.
- To remain ahead in wealth the Americans and Europeans invented a new market - the money market. They invented ways of making money from money. These they call products although they cannot be eaten or used.
- The banking system they created was for the purpose of lending money to finance business enterprises. To do this the banks were allowed to lend more money than they have as capital, assets and deposits. In effect this means the banks could create money. In fact in the past banks issued banknotes to pay for goods and services. Later the banknotes were replaced by cheques. Everything can be paid with cheques. No cash is needed any more.
- It was fine as long as the Government oversees the money created by the banks and limits it to ten times the banks assets. Then the American Government decided that it should not supervise the banks. The market would regulate itself.
- Freed of Government oversight the banks began to lend far more than ten times their assets. They lent even to people with no income and no capacity to repay the loans, especially for houses.
- The loans were then either mortgaged or insured. The belief was that they were safe. In any case if the borrower defaulted the property would be worth more than the loans as property prices seem to appreciate all the time.
- Other ways of making money were invented. Hedge funds, carry trade, currency trade, mergers and acquisitions, investment in 'emerging markets' (formerly known as developing countries), junk bonds, securitised mortgage, commercial paper, short selling, index funds, sub-prime loans, private equity funds, repo market, structured investment vehicles, etc etc
- Any of these things can give huge profits. For the astute players any of these things can make them millionaires or billionaires overnight, practically overnight.
- The money market products yield nothing substantial. They create no jobs, no tangible products, no trade in goods or services, no spin-offs in terms of business, no transportation of goods by land, sea or air.
- Yet the size of the transactions in monetary terms is mind-boggling. The trade in currencies is said to amount to four (4) trillion US dollars a day. It is the size of the total German productivity for a year. Yet no jobs are created, no goods or services are produced, no movement of anything is seen.
- Of course the people involved in the trade make billions of dollars. Operating out of tax free havens, they report to no one and pay no tax.
- The money market players and the billions they make contribute to the high GDP and the Per Capita incomes of America and Europe.
- Then came the collapse. The bubble bursts. And there was nothing spilling from the burst bubbles.
- The money market players know nothing about other business, about the production of goods and service, about real trade in these things. Actually all of them have become poor.
- And so they resort to printing money, to remain rich. But the money they print is as valuable as toilet paper.
Saturday, 14 May 2011
Benarkah Negara Akan Mundur Kerana Subsidi?
Oleh: A Kadir Jasin
KALAU tidak kerana subsidi baja dan padi, ratusan ribu petani akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil beras negara merudum. Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.
Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana subsidi baja, industri baja kita tidak sebesar sekarang.
Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna terima subsidi RM1 akan berbelanja. Pekedai dapat untung kerana barang jualan diperolehnya dengan harga lebih rendah dari pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 bertukar tangan, ia menambah nilai ekonomi.
Billionaire pun telan subsidi. Jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga pun mendapat subsidi berbilion ringgit. Antaranya subsidi diesel dan gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).
Malah tauke billionaire yang pakai Mercedes 6,000cc dapat subsidi minyak petrol berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton. Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka tipu?
Umumnya semua sedar penguatkuasaan lemah. Sekadar melepaskan batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.
Bukan semua subsidi dalam bentuk lintang (cross) di mana pengguna membayar harga tinggi untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.
Subsidi dari duit rakyat juga. Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.
Duit yang digunakan untuk subsidi bukan duit kerajaan tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.
Pandangan bahwa kerajaan tak mampu tampung kadar subsidi adalah pandangan sempit. Sempit juga pandangan jika mengatakan salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.
Mustahil subsidi boleh dihapuskan. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?. Ya kita semua yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.
Subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak akan dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memang besar.
Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.
Potongan subsidi akan jejaskan rakyat. Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).
Kerajaan tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.
Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?
Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!
Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.
Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.
Soalnya, bagaimanakah kerajaan akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.
Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














