Monday, 16 May 2011

Petrol RON95 mungkin naik lagi




Oleh: DS Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA — Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
  Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
  Sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya. Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu. 

No comments:

Post a Comment