- Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merancang menjadikan kesemua 317 buah penempatan Felda di seluruh negara sebagai Kompeni Askar Wataniah.
- Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata, sehingga kini Selangor, Johor, Terengganu, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Melaka telah berjaya menubuhkan Kompeni Askar Wataniah masing-masing.
- Beliau yang juga merupakan Brig Jen (Kehormat) Askar Wataniah (Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja) berkata ia adalah selari dengan dasar Pertahanan Negara iaitu tanggungjawab semua lapisan masyarakat perlu diintegrasikan secara bersepadu.
- Menurutnya, keanggotaan Kompeni Askar Wataniah di seluruh Felda kini melebihi 3,000 anggota termasuk wanita.
- Penyertaan masyarakat peneroka Felda dalam Askar Wataniah dijangka dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai nisbah satu anggota tetap bagi dua anggota sukarela menjelang 2020.
- Dengan jumlah 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara, hasrat itu mampu dicapai yang sekaligus dilihat dapat membantu kerajaan memupuk semangat patriotisme di kalangan warga peneroka.
- "Penubuhan Kompeni Askar Wataniah di seluruh negeri yang ada tanah rancangan Felda ini perlu diteruskan agar kita dapat melatih Askar Wataniah bersama anggota tentera tetap.
- "Apabila mereka telah dilatih ia pastinya akan memantapkan lagi pertahanan negara kita dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang," katanya semasa berucap melancarkan Kompeni Askar Wataniah Wilayah Melaka, baru-baru ini.
- Tan Sri Rozali berkata tanggungjawab mempertahan negara bukanlah hanya terletak pada pasukan keselamatan semata-mata, bahkan semua rakyat.
- "Penyertaan masyarakat Felda dalam Askar Wataniah akan menambah bilangan benteng pertahanan negara, dan mereka juga dapat mempertahankan Felda dari ancaman pihak-pihak tertentu yang iri hati dengan kejayaan msyarakat Felda," katanya.
Showing posts with label gwgf. Show all posts
Showing posts with label gwgf. Show all posts
Thursday, 29 November 2012
GWGF membawa misi keamanan di FELDA
Askar Wataniah GWGF benteng pertahanan negara
- Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Leftenan Kolonel Datuk Abdullah Abu Bakar menyatakan beliau yakin askar wataniah GWGF mampu menjadi benteng pertahanan negara.
- Ini lantaran latihan yang diterima oleh para anggota sudah mencapai tahap yang sepatutnya untuk menjadi seorang pahlawan negara.
- Beliau turut menyatakan barisan askar wataniah ini mampu berkhidmat kepada negara sekiranya dipanggil pada bila-bila masa.
- Sepanjang penglibatan beliau didalam askar wataniah, beliau sering turun padang bersama askar wataniah yang lain bagi mengetuai program khidmat masyarakat.
- Menurut beliau lagi, ketika permohonan askar wataniah ini dibuka lebih 3000 pemohonan diterima.
- “Permohonan yang kita terima agak banyak tetapi tidak semua yang dipilih kerana kita ada membuat proses saringan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Senggeh.
- Lebih membanggakan beliau apabila lebih separuh daripada mereka yang menyertai askar wataniah kini telah diserap masuk menjadi anggota tetap.
- “Lebih 1000 orang anggota askar wataniah telah dipilih dan diserap masuk menjadi anggota tetap dan ini merupakan satu perkembangan positif serta boleh dibanggakan,”ujarnya lagi yang gembira dengan perkembangan sihat itu.
Monday, 26 November 2012
Askar Wataniah FELDA mampu lahirkan generasi baru berwawasan - kata Tan Sri Rozali
- Perlancaran kompeni askar wataniah berakhir di Melaka selepas berjaya dilancarkan di lapan buah negeri.
- Ternyata penubuhan kompeni Askat Wataniah FELDA ini mencapai misinya untuk memberi pendedahan kepada masyarakat FELDA mengenai tugas dan peranan angkatan sukarela.
- Hasilnya objektif penubuhannya tercapai apabila ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat FELDA mengenai kepentingan keselamatan dan pertahanan negara.
- Selain itu ia turut mewujudkan kompeni Askar Wataniah di peringkat FELDA dimana keanggotaannya terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA.
- Ia juga dilihat berjaya mengeratkan silatuhrrahim diantara warga FELDA sendiri bersama Rejimen Askar Wataniah dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang menjadi wasilah memperjuangkan nasib genersi baru FELDA.
- Pada majlis perlancaran itu, Lefthenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah turut berbangga dengan pencapai FELDA kali ini.
- “Saya amat berbangga kerana hasrat untuk menubuhkan kompeni askar wataniah wilayah Felda seluruh Malaysia tercapai,
- “Ia seterusnya menyahut seruan ibu pertiwi yang sesuai dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang diterapkan didalam Dasar Pertahanan Negara,
- “Semoga penubuhan Kompeni Askar Wataniah di tanah rancangan FELDA ini dpat memberi rangsangan,
- “Serta memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut mengambil inisiatif yang sama demi mempertahankan kedaulatan negara,
- “Sesungguhnya ini merupakan satu khidmat yang sangat murni dan wajar diberikan pujian kerana sejajar dengan usaha Angkatan Tentera Malaysia,
- “Yang inginkan penambahan bilangan anggota Askar Wataniah dengan nisbah 1 anggota tetap, 2 anggota sukarela menjelang 2020,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan.
- Pada majlis itu juga, pengerusi GWGF, Brigedier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Rozali Ismail turut memberi nasihat kepada generasi baru FELDA.
- “Ingin saya nasihatkan kepada warga generasi baru supaya menunjukkan contoh yang baik apabila terpilih menjadi kompeni Askar Wataniah,
- “Diharap juga anda mampu menjadi generasi yang lebih berwawasan tinggi dan berdisiplin,
- “Kita juga harus sedar bahawa jika bukan kita tiada siapa lagi yang dapat mempertahankan tanah rancangan ini kecuali kita sendiri,
- “Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga, memajukan, dan memakmurkan tanah rancangan FELDA ini.
- “Saya juga berharap dengan wujudnya Askar Wataniah ini di seluruh tanah rancangan ia dapat menjaga keamanan setempat,
- “Oleh itu, anda haruslah menjadi warga yang kental dalam mempertahankan masyarakat peneroka dari diganggu oleh anasir-anasir yang ingin memecah belahkan kita,”kata Tan Sri Rozali.
- Turut hadir pada majlis yang disempurnakan oleh Lefthenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar bin Kaseh, Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda, Brigedier Jeneral Tan Sri Rozali Ismail dan juga pemangku panglima 3 divisyenm Brigedier Jeneral Dato’Sheikh Mokhsin Hassan.
Thursday, 15 November 2012
Terimakasih dari GWGF buat Perdana Menteri dan isteri kerana prihatin terhadap kebajikan anak peneroka Felda
- KUALA LUMPUR: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), sebuah badan gergasi yang menerajui 12 persatuan dan kelab dengan keanggotaan lebih 500,000 ahli, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan isterinya kerana menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru FELDA.
- Pada pusingan terakhir itu, setiap keluarga generasi baru menerima insentif RM5,000 dengan jumlah keseluruhan melibatkan RM563.2 juta.
- Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga peneroka dan generasi baru Felda, di samping memberi pelbagai insentif dan bantuan.
- Beliau berkata, pemberian durian runtuh pusingan ketiga itu membuktikan kerajaan sentiasa menepati janji kepada rakyat terutama dalam usaha membela nasib masyarakat peneroka di 317 tanah rancangan Felda seluruh negara.
- "Inilah keistimewaan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, setiap individu yang berada di tanah rancangan Felda pasti akan menikmati bantuan atau sumbangan yang diberikan sama ada daripada segi wang ringgit, bantuan persekolahan dan banyak lagi," katanya.
- Timbalan Presiden GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar pula berkata, masyarakat Felda terutama generasi baru menyifatkan `durian runtuh’ yang diberikan oleh kerajaan adalah luar biasa serta pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak Felda ditubuhkan pada 1956.
- Beliau berkata sumbangan itu sangat bermakna kepada 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA serta generasi kedua mereka yang selama ini tidak pernah hilang keistimewaan pada mata kerajaan.
- Katanya, warga Felda dilimpahi rahmat kerana inilah pemberian paling besar yang pernah mereka dapat, selain bonus tahunan dan duit raya.
- “Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak-anak,” katanya.
- Setiausaha GWGF, Kamaruzaman Mohamad pula berkata, durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan kerajaan kepada masyarakat peneroka yang banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi negara.
- “Keperihatinan kerajaan telah menambat hati semua warga peneroka dan generasi baru. Justeru itu rakyat Felda akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri,” katanya.
- Presiden kelab Stormrider GWGF, Borhanuddin Ramli berkata sumbangan durian runtuh kepada generasi kedua Felda itu memberi nafas baru kepada mereka untuk terus berada di sisi kerajaan, sekaligus membantu negara memajukan pelbagai sektor ekonomi.
- “Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan,” katanya.
- Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda Malaysia, Amran Mohamad juga berterimakasih kepada Perdana Menteri dan isteri kerana memberi sumbangan berupa `durian runtuh’ kepada generasi baru Felda.
- Di samping itu beliau juga berterimakasih kepada kerajaan kerana berusaha menyediakan perumahan mencukupi kepada generasi baru.
- Ini kerana, katanya masih ramai lagi yang terpaksa menumpang atau tinggal bersama keluarga mereka yang juga merupakan peneroka asal Felda.
- Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Generasi Felda (Perkesan), Siti Hajar Ismail juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri dan isterinya kerana menyempurnakan pemberian durian runtuh kepada generasi baru Felda.
- Sambil itu beliau menyeru generasi baru supaya menggunakan sumbangan kerajaan itu dengan teratur serta berbelanja secara berhemah.
- Katanya, bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah, sumbangan itu juga wajar digunakan untuk keperluan pakaian anak-anak yang akan menyambung persekolahan mulai Januari depan.
- “Saya percaya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pemberian durian runtuh itu kerana ia membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan semua pihak termasuk warga Felda,” katanya.
- Selain itu, beberapa pemimpin pertubuhan di bawah naungan GWGF juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana memberi sepenuh perhatian kepada warga Felda.
- Pertubuhan terbabit ialah Persatuan Sukan Bermotor GWGF, Persatuan Peneroka Felda, Persatuan Penerokawati Felda, Yayasan Pembangunan Generasi Felda, Pertubuhan Generasi Felda Universiti, Dewan Perniagaan Generasi Felda, Pertubuhan Silat Generasi Felda, Pertubuhan Imam Muda Felda dan Anak-anak Peneroka Luar Negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)


