- Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dipilih sebagai penerima Anugerah Socrates bersempena Persidangan Pemimpin-pemimpin Oxford dari 25 hingga 27 Oktober lalu di Oxford, United Kingdom.
- Anugerah itu disampaikan kepada Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Puncak Niaga Holdings Bhd, Ismail Hashim yang mewakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.
- Anugerah Socrates itu mengiktiraf ahli perniagaan elit pada peringkat global yang sentiasa berusaha melalui kaedah dan cara yang tersendiri untuk menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman di kalangan masyarakat antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan.
- Penerima anugerah sudah melalui proses pemilihan oleh Jawatankuasa Socrates Antarabangsa yang memilih calon yang paling layak berdasarkan pencapaian profesional yang tinggi dan memberi pengiktirafan antarabangsa atas kejayaan mereka.
- Rozali berkata, anugerah itu membuktikan keupayaan cemerlang PNHB dalam mengurus dan mengendalikan projek bekalan air berskala besar di Malaysia, khususnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
- Beliau berkata, anugerah itu juga sebagai menghargai sumbangan PNHB terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia dan beberapa negara membangun lain seperti China dan India.
- Walaupun PNHB telah beroperasi di negara membangun, kami sesekali tidak akan melupakan peranan utama syarikat dalam membekalkan air bersih ke kawasan Greater Kuala Lumpur yang merangkumi 7.5 juta pengguna, termasuk sektor industri dan komersial, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
- PNHB menyediakan khidmat bersepadu dalam bidang air, air sisa dan persekitaran yang unggul di rantau ini serta memainkan peranan yang semakin penting dalam sektor minyak dan gas.
- Kini PNHB terbabit dalam projek berasaskan air di China, India dan beberapa buah negara Asia.
Monday, 12 November 2012
Tan Sri Rozali Ismail terima Anugerah Socrates
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Canggihnya dan cantiknya kenderaan kerana perekanya yang berinovasi dan kreatif pemikirannya, masyurnya sesebuah tamadun itu kerana umatnya yang cemerlang dan pemimpin yang hebat manakala tingginya pencapaian sesebuah syarikat itu kerana hebatnya warga kerja syarikat dan karisma kepimpinan sbg teraju utama syarikat tersbut. Apalagi boleh saya katakan, terbukti dengan anugerah Socrates Award yang diterima oleh Tan Sri Rozali baru2 ini menunjukkan beliau seorang tokoh korporat yang hebat yang berjaya mengemudikan Puncak Niaga dan Syabas di tengah2 persekitaran yang penuh ranjau dan bergelora. Jika tidak, masakan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa, bukan? Hanya penyokong dan pemimpin pembangkang sahaja yang tidak iktiraf bakat tempatan. Asyik bangkang je pun tak kemana la yob. Kepada Tan Sri, Tahniah! U deserve it!
ReplyDeleteIndeed, action speaks louder than words. Puncak Niaga has been silent all this while on water issues. They don’t always publicize their professionalism, but when they do they’ve received numerous awards such as Socrates Awards from the Oxford and National Award in Occupational Safety and Health two in a row Well-established on both local and international scene. In your face MB Khalid! And congrats Tan Sri Rozali!
ReplyDeleteCongrats to Tan Sri and Puncak Niaga. Your effort, determination and hardwork are finally paid off. The Socrates Award prove that Puncak Niaga are serious in managing water industry in the world and also in Malaysia. Keep up the excellent work!
ReplyDelete