- Kepantasan blogger memuat naik berita dan gambar di laman sesawang memang tidak boleh dinafikan, tetapi kesahihan bahan sangat meragukan dan mereka biasanya `buat bodo’ selepas melakukan kesilapan.
- Insiden helikopter terhempas di Semenyih yang membawa beberapa VVIP baru-baru ini menjadi kelam kabut apabila blogger mendahului maklumat polis dengan memuat naik gambar gadis misteri yang bernama Aidana Baizeiva.
- Tiba-tiba seorang wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkifli dari Eagle Air Charter tampil di media dengan mendakwa gambar selfienya bersama Kapten Clifford Fournier yang dimuatnaik di laman Facebook telah dianggap umum sebagai Aidana Baizeiva.
- Kali ini seorang lagi wanita tampil memberitahu gambar yang tersiar itu adalah gambar beliau sambil memperkenalkan diri sebagai Aidana Karabasova dari Khazakstan, bukannya Aidana Baizeiva dari Kyrgystan.
- Jalan cerita menjadi semakin lucu apabila Karabasova dikatakan menulis email kepada seorang blogger tempatan yang kontroversi iaitu Shahbudin Hussin yang kerjanya siang dan malam menghentam Perdana Menteri yang ada sekarang.
- Kata Shahbudin, dia terima email daripada Aidana Karabasova dari Khazakstan yang mengaku gambarnya telah digunakaan sebagai mangsa nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini
- Karabasova mendakwa gambarnya telah digunakan sebagai individu yang berada di sebelah juruterbang helikopter, Clifford Fournier. Wanita itu juga menafikan laporan mengatakan dia dari Kyrgystan sebaliknya dia dari Kazakhstan. Shahbudin memaklumkan dia menerima email daripada Karabasova pada pagi Khamis.
- Begini cerita Shahbudin: “Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.”
- Berdasarkan maklumat yang diterima, blogger karat itu yakin email itu menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.
- “Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva,” katanya.
- Shahbudin sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya berhubung gambar yang tersebar luas kononnya milik Aidana Baizieva. Hujah itu dibuat atas alasan imej berkenaan diperolehi daripada laman web gaukhara.com.
- “Ini juga bermakna, gambar sebenar Aidana Baizieva masih lagi tidak dapat dipastikan,” tulis Shahbudin yang turut memaparkan kandungan emel yang diterima beliau dari wanita itu yang mengakui beliau belajar dalam bidang kewartawanan.
- Shahbudin menyiarkan `print screen' email dari wanita Khazakstan itu sebagai bukti. Namun orang ramai tertanya-tanya mengapa Karabasova tulis email kepada blogger karat itu, bukannya menulis terus kepada kerajaan Malaysia, PDRM atau pihak kedutaan yang berkaitan.
- Apakah blogger itu mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa dia merupakan pakar rujuk yang popular dan email dari Kazakstan itu membuktikan Shahbudin cukup hebat berbanding bloger-blogger lain yang ada.
- Atau blogger itu kena `main’ dengan internet hackers’ yang amat suka menghantar `bogus email’ dalam laman sosial.
- Lawak jenaka Shahbudin itu boleh ditinggalkan di tepi tangga kerana blogger itu mungkin menyebarkan `bogus email', tetapi pengesahan kedutaan Kyrgyzstan bahawa Aidana Baizieva adalah mangsa nahas helikopter di Semenyih, tidak boleh dipandang ringan.
- Menurut wakil kedutaan itu, keluarga Aidana telah diberitahu dan wakil keluarganya telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses kenal pasti melalui DNA. Setakat ini, forensik belum dapat sahkan bahawa mayat itu milik Aidana 100 peratus. Kedutaan itu juga tidak tahu berapa lama keputusan itu akan mengambil masa.
- Kedutaan Kyrgyzstan juga tidak dapat mengesahkan pekerjaan dan umur Aidana, namun hanya memaklumkan mangsa beragama Islam.
- Sementara itu, Ketua Polis Selangor menjelaskan DNA adik beradik tiri mangsa tidak cukup kuat untuk membantu siasatan. Hanya ahli keluarga mangsa saja yang boleh membuktikannya.
- Dengan ini identiti mangsa ke-enam helicopter VVIP yang terhempas di Semenyih masih diklasifikan sebagai misteri.
Friday, 10 April 2015
Gambar Aidana Baizeiva salah kali kedua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment