Thursday, 9 April 2015

Misi DAP takluk Malaysia pada PRU14

  • Seorang blogger telah mem`viral’kan maklumat yang dia rasakan perlu dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia.
  • Katanya, dia ditemui seorang yang pernah menjadi `think tank’ kepada pentadbiran kerajaan yang terdahulu.
  • Sambil ngeteh, lelaki ini mendedahkan satu maklumat yang perlu di`viral’kan. Ia membabitkan soal sempadan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baru namun ia perlu diwar-warkan sebelum `nasi menjadi bubur’.
  • Pakatan Rakyat bukan lagi `selekeh’ macam dulu. Kini mereka sudah berduit. Mereka ada dua negeri yang amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
  • Kali ini mereka ada formula baru untuk menakluki Malaysia pada PRU14. Tindak tanduk mereka cukup sistematik, konsisten dan sentiasa di luar ramalan BN.
  • Secara senyap-senyap DAP dan pakatannya sedang memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.
  • Mereka mengalihkan pengundi dari kawasan yang mereka menang dengan majoriti besar ke kawasan `grey area’ (kawasan 50/50) bagi membolehkan pakatan mereka menang pada PRU14.
  • Pengundi tidak berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.
  • Misalnya, di Parlimen Seputeh yang majoriti DAP melebihi 50,000 undi, kempen dilakukan secara sistematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yang BN menang tipis di bawah 1,000 undi.
  • Pada PRU13, ramai pengundi Kedah dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu. Begitu juga perpindahan besar-besaran pernah terjadi di Selangor bagi memastikan mereka kekal berkuasa.
  • Mungkin BN menyedari komplot itu kerana mereka memiliki rangkaian special branch (SB) yang sentiasa memerhati pergerakan pembangkang setiap masa. Sayangnya BN tidak mahu mencantas pelan itu. Kesannya BN menang tipis akibat pengkhianatan bangsa Cina dan India.
  • Tiada siapa tahu pelan BN untuk PRU14 melainkan bercakaran sesama sendiri di antara kem Najib dan Dr Mahathir yang bakal merugikan bangsa Melayu, Umno dan BN.
  • Walaupun komponen BN memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib tetapi itu bukan jaminan bahawa kerusi MCA, MIC dan Gerakan akan bertambah pada PRU14. Silap gaya satu kerusi pun tiada.
  • Semuanya bergantung kepada strategi perang. Siapa bijak mengatur strategi dialah yang menang. Siapa lambat dialah yang kena pancung.


No comments:

Post a Comment