- Rang Undang-undang (RUU) Hasutan (Pindaan) 2015 akhirnya diluluskan pada jam 2.30 pagi Jumaat selepas dibahas 14 jam dengan menyaksikan 18 ahli parlimen BN dan PR berperang mengenai impak RUU itu.
- RUU yang dibentangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 11.40 pagi Khamis mendapat kritikan pembangkang dalam beberapa aspek remeh.
- Seperti biasa PR mendakwa RUU itu dikatakan telah menghina sistem kehakiman, wal hal selama ini merekalah yang paling lantang lantang menghina sistem kehakiman Malaysia.
- Selain itu pembangkang juga mendakwa RUU itu terdedah untuk salah guna pihak berkuasa dan pada masa yang sama didapati kononnya melanggar hak kebebasan asasi manusia sejagat.
- Wakil BN pula bertegas pindaan itu amat perlu bagi memelihara keharmonian rakyat pelbagai kaum dalam negara majmuk untuk menuju kemajuan.
- Zahid dalam penggulungannya menyatakan alasan mengapa kerajaan mahukan pindaan terhadap Akta Hasutan dibuat.
- Paling utama ialah kali erakhir Akta Hasutan dibuat lebih 40 tahun lalu sewaktu belum wujud elemen komunikasi tanpa lisan (media sosial). Lanskap Malaysia masa kini sudah berubah dan pindaan itu dibuat bagi menyesuaikan dengan keperluan rakyat negara ini.
- Sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia akan menjelaskan keperluan pindaan itu bagi menangani masalah komunikasi semasa.
- Soal pelanggaran hak tidak harus dijadikan isu kerana Jabatan Peguam Negara hanya melakukan pendakwaan setelah memiliki 90 peratus bukti kukuh.
- Sekaligus, individu yang membuat kenyataan tanpa niat menghasut tidak perlu bimbang sebaliknya mereka yang menyimpan hasrat jahat untuk menghasut harus berwaspada.
- Api ketika kecil adalah kawan tetapi apabila besar menjadi lawan. Masalahnya adalah api dalam sekam.
- Antara hasutan paling ketara ialah tindakan menghasut mana-mana negeri tidak hanya Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.
- Selepas penggulungan, pembangkang meminta undian belah bahagi yang keputusannya memihak kerajaan dengan 108 bersetuju manakala 79 tidak bersetuju.
- Persidangan semalam (Khamis) ditangguhkan pada jam 4.25 pagi Jumaat, mengatasi rekod sidang sehari terpanjang sebelum ini jam 3.15 pagi.
- Sepanjang persidangan 20 hari itu juga Dewan Rakyat telah meluluskan 12 rang undang-undang terdiri daripada enam rang undang-undang baharu dan enam pindaan akta.
- Rang undang-undang baharu termasuk Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014; Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.
- Turut diluluskan, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; Rang Undang-Undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015.
- Pindaan akta yang diluluskan pula ialah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan); Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014.
- Sementara, sebanyak lapan rang undang-undang lain yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua pada persidangan kali ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.
- Rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014; Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015.
- Rang undang-undang lain adalah Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015; Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Ahli Kimia (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015.
Friday, 10 April 2015
Akta Hasutan Pindaan 2015 lulus jam 2.30 pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment