- PRU14 mungkin masih jauh lagi namun amaran `tsunami Melayu’ sudah dibunyikan dengan lantang oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Perdana Menteri yang kini terpalit dengan pelbagai isu mega perlu segera diganti atau tampuk kuasa negara akan berpindah ke tangan golongan berhaluan kiri pada pusingan seterusnya.
- Blog Apa Yang Tersirat telah mengingatkan kita bagaimana konsisten `tsunami Cina’ pada PRU12 dan PRU13 yang telah menggugat dan melemahkan Umno dan BN.
- Kini `tsunami Melayu’ dikatakan akan melanda negara pada PRU14 akibat kecuaian Perdana Menteri dan isterinya yang mendedahkan diri dengan pelbagai isu mega.
- Satu pengalaman pahit Umno-BN, pada PRU-12, dengan mengambil mudah perasaan rakyat, hanya kerana menang besar pada PRU-11, di mana UBN bukan sahaja mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat akan tetapi kuasa 3/4.
- Pada PRU tersebut, hampir sahaja parti-parti pembangkang tidak mendapat kerusi, malah PKR hanya tinggal Parlimen Permatang Pauh, itupun Wan Azizah hanya menang 560 undi.
- Akibat keputusan hebat itu, Perdana Menteri masa itu Dato Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun), sangat merasa yakin, bahawa beliau mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat, atas sebab itu berani menaikkan harga minyak, yang menyebabkan semua harga barangan naik berlipat ganda, dan tidak pernah turun-turun lagi sehingga kini.
- Malah dalam satu pejumpaan Umno di PWTC, di mana kebetulan ada demonstrasi Hindraf, PM dengan suara lantang dan mencabar, dengan kenyataan "SAYA PANTANG DICABAR" dan kalau mahu mencabar "GUNAKAN PETI UNDI" bukan demostrasi jalanan.
- Oleh kerana banyak perancangan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan dibatalkan, lantas mantan Perdana Menteri, turun padang membantah dan mengkritik Perdana Menteri. Malangnya Tun Dr Mahathir dipulau, termasuk kekalahan memalukan pada pertandingan perwakilan di Bahagian Kubang Pasu, di mana Tun Dr Mahathir menjadi Ketua Bahagian bermula tahun 1974.
- Pak Lah menganggap enteng kritikan Tun Dr Mahathir, sehingga pada PRU-12, Pak Lah tidak mengeluarkan manifesto kepada rakyat. Kita tahu, bahawa keputusan PRU-12 tersebut, Umno BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, julung kalinya pada era Malaysia moden.
- Akibat kehilangan kuasa itu, desakan dibuat agar Pak Lah meletak jawatan, dan akhirnya pada 2/4/2009, Pak Lah turun dari kerusi Perdana Menteri.
- Najib sebagai pengganti, mengubah pendekatan, dengan menjenamakan dirinya sebagai `maskot’ kepada Umno BN kerana menganggap bahawa Umno, bukan lagi sebagai bahtera yang boleh diharap sangat untuk menentukan kemenangan.
- Sebelum PRU-13, para penyokong Najib lebih menononjolkan jenama Najib, termasuk `AJIBGhor’, slogan `I Lov PM’ dan lagu `IM4U’.
- Benar juga, Umno menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88, kerana semua kawasan majoriti Melayu yang ditandingi komponen BN, diambil alih oleh Umno. Dan jangan lupa sebahagian kerusi itu disumbangkan oleh Umno Sabah yang menang 100 peratus.
- Kini, apa yang berlaku terhadap Pak Lah berlaku lagi. Tun Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Najib kerana isu 1MDB, sebuah syarikat yang dicetuskan Najib yang kini berdepan dengan berbagai masalah termasuk hutang RM42 bilion.
- Tun Mahathir, bukan mempertikaikan jumlah hutang, akan tetapi "kehilangan" wang yang sukar dijawab. Beliau juga mempersoal kewujudan 1MDB, negara mengalami kerugian kerana tanah kerajaan dijual kepada syarikat itu dengan harga yang sangat rendah.
- Tanah TRX dijual pada harga RM60 sekaki persegi (skp), berbanding harga pasaran RM7,000 skp, Tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi, dijual pada harga RM90 skp berbanding harga pasaran RM5,000 skp.
- Walaupun Umno BN hanya menang 133 kerusi Parlimen, lebih buruk daripada kemenangan yang dicapai Pak Lah 140, namun Najib membuat keputusan selari dengan perjuangan pembangkang, menghapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad. Selain itu, beliau mencetuskan percukaian baru GST, yang dianggap mencabar rakyat.
- Pengurangan subsidi berbagai barangan termasuk petrolium, telah mendorong kenaikan barangan keperluan rakyat, namun diimbangi dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kononnya untuk mengimbangi kenaikan harga barangan yang dihadapi golongan sasar.
- Namun, BR1M, tidakpun berimpak positif kepada UBN, malah kehilangan undi popular, kalaulah sistem pemilihan negara seperti di Indonesia, sudah tentu UBN sudah kehilangan kuasa.
- Najib tidak mengambil iktibar pada keadaan itu, malah semakin membuat tindakan yang mencabar emosi rakyat, termasuk bermain golf semasa negara dilanda bencana banjir luar biasa penghujung tahun lalu.
- Memang benar, sejak tahun 2009, defisit negara berkurang daripada 6.7 peratus ke 3.2 Tahun 2015 (jangkaan), namun itu bukan persoalannya. Persoalan kini, adalah RAKYAT kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.
- Sebagai contoh, semasa harga minyak turun, rakyat beralih ke RON 97 yang lebih mahal. Masih ramai rakyat berkunjung ke restoran-restoran, pasar-pasar raya, melawat luar negara, ertinya rakyat mempunyai wang untuk dibelanjakan, tetapi mengapa bantahan luar biasa kepada GST yang hanya 6 peratus?
- Apapun ceritanya, bayangan kepada tsunami Melayu itu bakal dilihat pada dua PRK Permatang Pauh dan Rompin.
- Kesimpulannya, langkah menggantikan Najib adalah kaedah terbaik setakat ini untuk BN berdepan dengan cabaran PR pada PRU14. Pahit buat Najib menerimanya tetapi itulah pilihan terbaik buat rakyat.
- Cuma persoalannya apakah Najib sanggup melepaskan jawatan itu demi kepentingan Umno dan BN? Jika beliau enggan mendengar nasihat Tun Mahathir, maka akan berlakulah TEORI RAHMAN yang mana Najib merupakan Perdana Menteri terakhir dari Umno.
Tuesday, 28 April 2015
Amaran tsunami Melayu sudah berberbunyi
Monday, 27 April 2015
Kadir describe PM loneliness
- A veteran journalist Datuk A Kadir Jasin jotted in his blog to confirm beyond a shadow of doubt that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak is not lonely.
- Kadir said, in the first instance, nobody had said that PM was lonely or alone. In the second, the man himself told the high-level Invest Malaysia Conference in Kuala Lumpur on April 23 that he did not feel lonely.
- This is how The Star newspaper in its April 24 quoted Mohd Najib: “Well, I can tell you that I don't feel lonely standing here in front of you today. And when so many respected international bodies, individuals, and institutions have confirmed their belief in Malaysia's success and have honoured us by rating us so highly - I don't feel lonely at all - in fact I feel in a very good company."
- In his blog Kadir claimed that Mohd Najib had intended to take a swipe at Tun Dr Mahathir Mohamad, but as always, he got it wrong.
- Kadir has no clue where the Prime Minister got this idea that people think he was lonely. Instead most Malaysians know just how merry and jolly their PM is.
- The veteran journalist said Mohd Najib misunderstood what Dr Mahathir had written in his blog on April 13.
- In that post, Dr Mahathir said “saya sedar saya keseorangan” (I realise that I am alone). Dr Mahathir was referring to his quest to seek the truth about 1MDB and the murder of Altantuya Shaariibuu.
- Unless Mohd Najib is speaking Kazak (the predominant language of Kazakhstan), he would have realised that Dr Mahathir did not say he was lonely.
- He said he was alone. So when Mohd Najib said he did not feel lonely, he once again misunderstood what Dr Mahathir said. Still the people thank Mohd Najib for making doubly clear that he wasn’t feeling lonely.
- Kadir said, PM wasn’t lonely as he had just returned from leading a glittering wedding party of his daughter with Datin Seri Rosmah Mansor to Kazakhstan, which, according to Dr Mahathir, comprised some 300 merrymakers.
- Also some 160 Umno divisional chiefs had pledged their unequivocal support for him. The Umno Youth had held him up so high up that he could see eternity. The Wanita Umno had wildly waved the “I love PM” banners and sang “1M4U”.
- Kadir also not heard of Mohd Najib’s armies of advisers, consultants, special officers and hangers-on abandoning him, and would not dare suspect that any of them are playing “kayu tiga” with PM.
- The mainstream media and the Mohd Najib-linked bloggers (ULB) - paid or voluntary, “bangang” or brilliant – continue to singing praises for him and maligning his critics. But some of them are saying that plots are being hatched in Umno to oust Mohd Najib although this was denied.
- At the same conference Najib said prosperity must be shared but Kadir had a different view that in the last two decades Malaysia has become less equal.
- The rich are getting richer and the poor are getting nowhere but backward. Even some in the lower middle class are falling off the ledge.
- That’s probably why Malaysians are only mildly happy. We are ranked 53 out of 158 countries featured in the most recent World Happiness Report published by the United Nations Sustainable Development Solutions Network. The Switzerland is the happiest country and Togo is the saddest.
- Apart from 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), Mohd Najib recently shared the wealth of the country with fellow members of the Dewan Rakyat and Dewan Negara by agreeing to a hefty pay rise.
- Lower House members had their monthly salary from RM11,500 to RM16,000 and those of the Upper House from RM7,000 to RM11,000. It happened almost at the same time as the rakyat – the wealthy and the pauper – are making sense of the GST.
- According to an economist/researcher, that raise catapulted our Yang Berhormats to the top one-per cent of the income band – to be exact the top 0.6%.
- Income inequality is growing despite the economy expanding at a respectable high rate, signalling the failure of the wealth distribution in the post-NEP period. The lowest paid civil servants earned under RM1,300 a month after adding cost of living and housing allowances. The situation is worse in the private sector and among the self-employed.
- Yet Kadir said, the people were recently told by Rosmah Mansor that her hairstylist charged her RM1,200 for hair colouring at home and she blamed it on the GST. A society lady told me that its costs double that to do facial at a beauty outlet like Aster Spring. Today even men visit beauty parlours. Of course these are not the ordinary men in the street.
- The 2014 report of the Amanah Saham Bumiputera (ASB) showed that 72% of unit holders had an investment of only RM536. This represented a decline of 12.3% from 2012. The dividend they received was only RM45 a year or RM3.75 a month.
- And look at Tabung Haji, the pride and joy of Malaysian Muslims. The bottom 87% of savers have average investment of only RM567 in 2013 according to the UNDP Human Development Report 2013 authored by economist (Tan Sri) Kamal Salih, Dr Mohamed Abdul Khalid and Dr Lee Hwok Aun. Less than 40% of Muslims have accounts at Tabung Haji.
- Then what has happened to Mohd Najib’s call on April 10, 2014 for better representation of gender, ethnicity and age in the Malaysian corporate sector? He said he would like to see a greater number of Malaysian-listed companies producing sustainability reports that include these features. Where is the update or is this another empty transformational promise?
- 1MDB Stayed Away. The conference was organised by Bursa Malaysia with Khazanah Nasional Berhad and CIMB banking group being key participants. 1MDB was invited “to give its side of the story” but declined.
- As a bona fide government strategic investment company it should not have shied away from the gathering whose keynote speaker was the Prime Minister himself. If 1MDB’s board of advisers, directors and management are so darn sure of their modus operandi and transparency, they should have attended the conference.
- In another development, the company had declined to entertain inquiries from the media saying that “1MDB does not comment on speculation and market rumours.”
- According to the report, The Malaysian Insider news portal had asked 1MDB to comment on claims that it had provided falsified bank statements concerning a subsidiary.
- Maybe its President and Group Executive Director, Arul Kanda Kandasamy had learnt a bitter lesson when he told the Mingguan Malaysia on Feb. 15 (read here) that the talks of T.Ananda Krishman lending RM2 billion to 1MDB were “mere speculation”.
- Then about six weeks later, on March 25, according to Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ananda through his power company, Tanjong Energy Holdings, “had arranged the funding with the help of private investors.”
- So what Arul Kanda said in the interview with the Malay newspaper amounted to lying. So rather than perpetuating the lies, it would be better for 1MDB to keep its mouth shut and open its books to the investigators.
- Kadir was taken aback when, a couple of days ago, several senior Umno leaders, including ministers, who were previously staunch supporters of the Prime Minister, told him a different story.
- “One told me that some of them had seen and examined 1MDB documents, and are sharing the information with party members to ensure no further damage is done to government finances and the culpable parties be held responsible,” Kadir said.
- So, while the Prime Minister does not feel lonely, Dr Mahathir too is not alone in his fight to get the Prime Minister to leave Putrajaya.
Selangor cuba perkecil isu Kafa dan salib
- Kerajaan Selangor tidak mahu menaikkan elaun guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kerana tiada peruntukan dan menasihatkan umat Islam agar jangan memperbesarkan isu kecil itu.
- Dalam pada itu sebuah gereja haram di Taman Medan PJ diarah meneruskan aktiviti walaupun Akta PBT melarangnya kerana tiada permit. Sekali lagi umat Islam diminta jangan kecoh kerana itu pekara kecil.
- Remuk redam hati umat Islam dengan dua keputusan luar dugaan itu. Jika soal guru al Quran dan kemunculan gereja haram di kawasan 95 peratus penduduk Melayu dikatakan kecil, apa lagi yang boleh dikatakan.
- Suatu ketika dahulu isu murtad di Selangor juga dikatakan isu kecil kerana bilangannya tidak ramai manakala pemeriksaan terhadap gereja Khatolik dianggap besar kerana ia dikatakan mencabuli hak masyarakat Kristian.
- Lebih pedih lagi apabila kedua-dua keputusan itu (salib dan Kafa) dipersetujui pemimpin Islam yang mahu meneggakkan syiar Islam di bumi Selangor. Malangnya isu sebegini dianggap kecil dan remeh.
- Bagi kes guru Kafa, seorang Exco dari PAS dengan rasa tak bersalah memberitahu guru Kafa bahawa pihaknya sudah menilai justifikasi dan dimuktamadkan kenaikan setara seperti yang dijanjikan tanpa membezakan tahun berkhidmat demi keadilan kepada semua.
- Bagaimanapun katanya, elaun guru Kafa tidak akan dinaikkan tahun ini memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukan.
- “Saya harap kontroversi ini dihentikan memandangkan ia bukanlah isu besar. Hasil kajian mendapati kenaikan elaun bukanlah suatu jumlah yang besar, meskipun membabitkan lebih 6,000 guru Kafa di negeri ini. Peruntukan tambahan itu RM18 juta setahun,” katanya.
- Hancur perasaan umat Islam apabila Exco PAS mengumumkan sedemikian. Tidak adakah cara lain yang lebih lembut untuk menyampaikan keputusan itu?
- Dan mengapakah ia (elaun guru Kafa) disebut sebagai isu kecil sedangkan tiada pekara yang lebih besar selain daripada meneggakkan syiar Islam dan mempertahankan al Quran.
- Pada Sidang DUN 8 April lalu, seorang guru yang mewakili ribuan guru Kafa datang ke bangunan kerajaan untuk menuntut kenaikan elaun guru Kafa di Selangor sebagaimana yang dijanjikan ketika PR merayu undi dalam PRU yang lalu.
- Guru itu menjelaskan manifesto PR semasa PRU13 telah berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa yang hampir 10,000 di negeri ini daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
- Kerajaan negeri perlu mengotakan janji mereka berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari sehingga menyebabkan terdapat golongan guru Kafa yang terpaksa melakukan kerja tambahan bagi menambah pendapatan.
- Banyak guru Kafa terpaksa bekerja di stesen minyak pada sebelah malam, menjual kuih muih malah ada yang bekerja sebagai tukang cuci semata-mata untuk menampung kos sara hidup.
- Pendapatan elaun bulanan yang guru Kafa yang rendah itu turut meletakkan mereka dalam kumpulan isi rumah di bawah garis kemiskinan negeri Selangor iaitu kadar pendapatan kurang RM3,500 sebulan.
- Lebih menyedihkan kebanyakan guru Kafa di negeri ini masih bertaraf sambilan berikutan kekosongan jawatan tetap perkhidmatan berkenaan terlalu terhad.
- Malangnya tuntutan itu dilayan macam sampah sarap. Guru berkenaan dihalau oleh 10 pengawal keselamatan DUN Selangor daripada memasuki bangunan itu bagi menyerahkan tuntutan kenaikan elaun tersebut kepada 56 Adun Selangor termasuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
- Bagi kes kedua berkaitan kewujudan gereja baru di Taman Medan, umat Islam dapat melihat dengan jelas bagaimana PKR mengetepi peraturan PBT tanpa meminda akta yang wujud sejak sekian lama.
- Dengan bersandarkan kepada keputusan Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam 2008, kerajaan Selangor membenarkan gereja itu beroperasi semula.
- Ini kerana kewujudan gereja di premis komersial atau pejabat tidak lagi memerlukan permit tetapi cukup dengan memberi notis kepada penduduk. Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama.
- Ternyata orang ramai bingung samada Akta 133 Seksyen 70 (12) sudah terbatal dengan wujudnya keputusan kerajaan negeri pada 2008, atau akta itu masih kekal kerana pemansuhannya belum diwartakan.
- Sedihnya keputusan membenarkan gereja itu beroperasi semula datang dari meja Menter Besar Selangor dan diumumkan oleh exco yang beragama Kristian.
- Melihat kepada cara kerajaan negeri menangani kedua-dua isu berkaitan (salib dan Kafa), umat Islam semakin bimbang dan curiga dengan dominasi Kristian DAP dalam pentadbiran Selangor.
Thursday, 23 April 2015
Tempo akui rencana Najib-Rosmah sebagai advertorial
- Ternyata gampang untuk mengesan manusia yang berkomplot mengunjing (memfitnah) Perdana Menteri Malaysia lewat majalah Tempo Indonesia.
- Hanya perlu hantar sms Tango (sejenis sistem seperti Whatsapp) kepada rakan ridaksi senior (editorial) di majalah itu dan bertanya soalan mudah “ngapain ditulis rencana itu” (mengapa menyiarkan rencana itu). Lalu rakan ridaksi memberi jawapan ringkas “advertisement pak”.
- Ditanya lagi “dari siapa” dan jawapannya “loh dari kantor perusahaan Malaysia dong pak, siapa lagi”. Penulis tak mahu bertanya panjang mengenai advertorial (iklan berbentuk rencana) kerana polisi mana-mana penerbitan semestinya tidak akan mendedahkan maklumat `client’ melainkan diperlukan untuk pembuktian mahkamah.
- Lalu semua mata tertumpu kepada kumpulan pembangkang Malaysia (DAP dan PKR) disebalik penyiaran rencana “Hidup mewah sang perdana menteri”. PAS tak mungkin sanggup `menggunjing’ walaupun berbentuk `cut and paste’.
- Penulis teringat kembali amaran jentera PKR pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke penjara atas tuduhan meliwat. Mereka berjanji akan menggandakan tekanan kepada Perdana Menteri di dalam dan luar negara.
- Sekonyong-konyong, Keadilandaily, Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini dan beberapa lagi portal pro pembangkang serentak menyiarkan kandungan rencana majalah Tempo di Indonesia. Kebetulan itu kelihatan seperti dirancang.
- KeadilanDaily melaporkan, menjelang kunjungan Datuk Seri Najib ke Indonesia, majalah berpengaruh di republik itu menyiarkan laporan mengenai gaya hidup mewah perdana menteri itu dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
- Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib pada Khamis ini.
- Tempo antara lain memetik laporan The New York Times mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas, selain kegemaran suami isteri itu pada jam tangan mewah seperti didedahkan NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.
- Dalam laporannya, majalah itu menyebut Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun.
- “Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia,” laporan itu turut dipetik portal bebas, Malaysiakini dan beberapa portal lain.
- Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan isu mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah.
- Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.
- KeadilanDaily mengulas mengenainya dengan berkata, berbeza di Malaysia, kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup ‘mewah’ Rosmah tidak mendapat tempat semua akhbar berbahasa Melayu, kecuali akhbar berbahasa Cina.
- Dalam kalangan akhbar berbahasa Inggeris, hanya The Sun menyiarkan kritikan mantan perdana menteri itu terhadap gaya hidup Rosmah.
- Menulis di blognya semalam, Mahathir berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang “tidak betul” seperti gaya hidup mewah yang dipamerkan keluarganya.
- “Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya,” tulisnya dalam blognya chedet.cc.
- Ketika banyak pihak termasuk Perdana Menteri tersentak dengan rencana gunjing itu, kerajaan cuba menjawab sebaik mungkin.
- Mengikut protokal Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim perlu menepis kegunjingan yang menjaring sidang ridaksi majalah itu.
- Lalu Zahrain menjawab, beliau akan mengadakan pertemuan dengan editorial majalah Tempo untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung rencana panas itu.
- Sambil itu, katanya Malaysia akan beri penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah' Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
- Perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat sejurus selepas Zahrain pulang ke Jakarta kerana buat masa ini beliau masih berada di Kuala Lumpur, mengiringi Najib bagi acara 60 tahun Persidangan Asia-Afrika esok.
- Sebagai reaksi awal, Zahrain memberitahu bahawa gaya perbelanjaan Najib tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sememangnya berasal daripada keturunan kelas tinggi.
- "Perdana menteri daripada keturunan berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan dan penghidupannya tidak jadi masalah jika mampu. Yang jadi masalah ialah jika terlibat dengan korupsi, penyelewengan dan sebagainya," katanya dipetik Utusan Malaysia.
- Zahrain berkata, beliau akan menjelaskan kepada editorial majalah tersebut mengenai kedudukan dan siapa sebenarnya perdana menteri yang berasal daripada keturunan bangsawan dan berdarjat itu.
- Majalah Tempo dalam keluaran khas sempena Peringatan 60 Tahun Persidangan Asia-Afrika bagi edisi 20 hingga 26 April bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri" mendedahkan perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah.
- Zahrain berkata, Tempo sepatutnya menyiasat terlebih dulu kesahihan berita yang 'dikutip' daripada portal berita pembangkang yang sememangnya membawa berita negatif.
- "Tempo tidak mengambil jalan berkecuali dalam laporannya. Mereka sepatutnya mengambil tahu latar belakang perdana menteri. Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Tempo perlu menyiasat dulu kesahihan berita yang dikutip itu sebelum membuat sebarang laporan. Perdana menteri bukan calang-calang orang yang harus dipersoalkan," katanya.
- Tempo melaporkan tentang barangan yang dibelanjakan Rosmah termasuk beg tangan jenama Birkin dan barang kemas, 2 hari selepas melakukan lawatan kerja ke republik itu.
- Tempo juga memaparkan gambar jam tangan mewah yang dikeluarkan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) baru-baru ini yang didakwanya milik pasangan tersebut.
- Mywatch mendakwa, setiap satu jam tangan milik Rosmah berharga antara RM79,200 untuk Hublot BlackBerry Black Magic 114 dan RM486,000 untuk Richard Mille Lady RM 007.
- Tempo juga membuat perbandingan antara jam tangan dengan pendapatan Najib iaitu kira-kira RM350,000 setahun.
- Kehidupan Najib dan keluarganya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, kata artikel itu. Penggayaan rambut Rosmah bernilai RM1,200 juga turut ditimbulkan, yang mengundang kritikan hebat ketika rakyat bergelut dengan tekanan hidup.
- Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times.
- Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari berkaitan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho.
- Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut membidas kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam blognya.
- "Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul. Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir.
Wednesday, 22 April 2015
Gambar palsu Najib mati menguji benteng Akta Hasutan
- Lagi penghinaan dilakukan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak. Terkini, seorang wanita dikenali Connie Chong memuat naik gambar palsu upacara kematian Perdana Menteri di laman Facebook.
- Pada laman sosial itu, kelihatan potret Najib dikelilingi beberapa sami buddha yang menjalankan upacara menyempurnakan kematian mengikut adat kaum Cina.
- Sehingga laporan ini dibuat, lebih 14,000 pengguna FB sudah melayari laman itu. Susulan itu seorang pengguna FB Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung perbuatan biadap itu.
- Beliau menyifatkan perbuatan Connie sebagai kurang ajar dan menjurus kepada tindakan provokasi perpecahan kaum.
- Tindakan Connie itu juga mendapat kecaman pengguna facebook yang menyifatkan perbuatan beliau sebagai cukup kurang ajar dan mahu beliau ditangkap serta dipenjarakan.
- Ada juga yang melahirkan kekecewaan kerana perbuatan sedemikian sudah berlaku beberapa kali dan mahu pihak polis bertindak tegas terhadap pelaku perbuatan terbabit.
- Tentunya, rakyat mahu pelaku tidak beradab ini ditangkap dan dikenakan tindakan keras malah rakyat tentu juga mahu bentuk hukuman terhadap beliau diwar-warkan sebagai langkah pencegahan dari berulang. Sampai bila kita mahu pemimpin kita dihina sebegini?
- Jawapannya mudah. Rakyat tak perlu melatah. Rujuk kembali kepada Akta Hasutan (Pindaan) 2015 yang baru saja diluluskan di Parlimen baru-baru ini.
- Pada akta baru itu sesiapa saja termasuk pembangkang, aktivis, ekstrimis dan kumpulan anti-establishment di Malaysia dibenar mengkritik kerajaan pada tahap maksima.
- Lebih tepat lagi perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa pindaan itu di Dewan Rakyat selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka kepada rakyat.
- Dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.
- Ini bererti perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut, dan dengan itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah akta itu.
- Bagaimanapun, bagi melindungi kesucian agama yang dianuti masyarakat berbilang kaum di negara ini, kerajaan mencadangkan mana-mana individu yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan atas alasan agama, dianggap melakukan kesalahan di bawah akta itu.
- Bagi mengelak kekeliruan, berhubung dengan agama Islam, agama merujuk kepada Hukum Syarak sebagaimana yang termaktub di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan tidaklah termasuk apa-apa ajaran sesat.
- Jadi kesimpulannya, orang ramai tidak lagi boleh melatah apabila pemimpin mereka dihina dan dicemuh di khalayak ramai termasuk dalam internet. Akta sudah dibuat sedemikian. Salah siapa, tepuklah dada tanya otak.
Nur Jazlan ramal kudeta Umno dan PRU14 tahun ini
- Nun dari selatan tanahair seorang pemimpin Melayu kontroversi telah membuat beberapa ramalan yang menggegarkan 30 juta rakyat Malaysia termasuk barisan kepemimpinan Kerajaan Persekutuan.
- Ahli Parlimen Umno Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menulis dalam blognya dengan meramal kemungkinan berlakunya `kudeta’ dalam Umno tidak lama lagi bagi menjatuhkan presidennya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Dalam pada itu beliau juga meramalkan PRU14 akan dilakukan pada tahun ini juga bagi memastikan Umno dan BN terus menerajui negara untuk musim seterusnya. Apakah alasan ramalan Nur Jazlan itu, sama-sama kita lihat blognya seperti berikut.
- Skrip dalam Umno ketika ini, bukan sesuatu yang baru dan ia sudah diakui semua pimpinan tertinggi parti bahawa satu-satunya parti prakemerdekaan di negara ini pernah melalui segalanya.
- Daripada memecat pemimpin nombor dua tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke episod parti diharamkan pada 1998, Umno atau lebih tepat lagi Umno Baru kini mengharungi episod baru yang penuh duri dalam helaian sejarahnya.
- Apa yang disaksikan kini dengan semua pihak atau lebih tepat lagi semua sayap dan sesetengah Badan Perhubungan Umno negeri menyatakan sumpah taat setia kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah sesuatu yang memelikkan, menghairankan atau mengejutkan.
- Ahli parti tidak perlu menoleh jauh ke belakang untuk melihat sokongan seperti ini, pernah diterima Presidennya yang keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sebaik tamat Pilihanraya Umum (PRU) 12 apabila Pak Lah memimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno hanya mampu mencatatkan kemenangan 140 kerusi dengan Umno mendapat 79 kerusi.
- Bagaimanapun, Umno mencatatkan kenaikan dengan mendapat 88 kerusi pada PRU 13, dan ia pun hanya dapat dicapai ‘berkat’ mengambil semula kerusi majoriti Melayu daripada parti komponen BN.
- Sebaik tamat PRU 12 sudah didengari wujudnya gerakan tersusun untuk menjatuhkan Pak Lah daripada kerusi Perdana Menteri dengan menggantikan Najib sebagai Presiden Umno ketujuh dan Perdana Menteri keenam.
- Semua mengetahui Perdana Menteri Malaysia daripada BN adalah Presiden Umno dan hanya usaha menjatuhkan beliau daripada kerusi Presiden Umno lah yang akan membawa kepada pertukaran kuasa sebagai Perdana Menteri.
- Buat masa ini, kedudukan Najib sebagai Presiden Umno secara lahiriah masih lagi kukuh namun kehilangan panglima perang politiknya yang paling kanan, arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.
- Manakala daripada segi pentadbiran pula, Najib kehilangan Ketua Staff Sri Perdana, Datuk Azlin Alias serta Setiausaha Sulitnya, Datuk Po’ad Jelani, boleh diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.
- Sudah dua minggu arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter di Kajang, Selangor dan dalam tempoh dua minggu itu jugalah, rakyat Malaysia memerhatikan Datuk Seri Najib seakan berseorangan mempertahankan dirinya.
- Terpalit dengan pelbagai isu daripada soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara hinggalah berkaitan keluarganya, Najib sebenarnya, kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing.
- Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata.
- Amat jarang sekali seorang Perdana Menteri terpaksa membuat tembual di televisyen secara terbuka bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri kerana kebiasaannya ia dilakukan di belakang tabir atas hubungan bapa dan anak.
- Namun hasil temubual itu, nampaknya langsung tidak menyakinkan Tun Dr Mahathir dan juga menambahkan lagi kurang keyakinan di kalangan rakyat sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terus menuntut Perdana Menteri menjawab persoalan berkenaan.
- Selepas pengisytiharan solidariti Ketua Umno Bahagian di PWTC awal bulan ini, kenyataan Shafie itu membuka semula kemungkinan berlaku kudeta secara teratur dalam pimpinan tertinggi Umno seperti yang dialami Pak Lah sendiri pada 2008 walaupun ketika itu, daripada lahiriahnya semua menyatakan sokongan kepada Pak Lah.
- Umno yang kini dicap sebagai sebuah parti feudal sudah pasti di kalangan bangsawannya bertindak mengelilingi pemimpin apabila beliau diancam dan tradisi ini sama seperti dipamerkan golongan bangsawan Inca yang mengelilingi raja mereka apabila diancam penjajah Sepanyol 500 tahun lalu.
- Namun, nasib semua bangsawan Empayar Inca ini sama seperti dialami raja mereka apabila semua mereka dibunuh hingga menyebabkan rakyat mereka bertaburan melarikan diri dan runtuhlah Empayar Inca di Amerika Selatan.
- Saya sendiri mengakui secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Umno Johor pada 2008 lalu kepada Pak Lah bahawa beliau perlu meletakkan jawatan akibat prestasi teruk BN dan Umno dalam PRU 12.
- Pada zahirnya, Majlis Tertinggi Umno, Sayap serta semua badan perhubungan Umno negeri secara terbuka bersetuju untuk pelan peralihan 18 bulan tetapi apa yang berlaku di belakang adalah wujudnya usaha mempercepatkan pemergian Pak Lah terus berlaku dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Najib mengambil alih dalam tempoh kira-kira setahun selepas PRU 12 dan jelas mengengkari pelan peralihan itu serta sumpah taat setia kepada Pak Lah.
- Sifat bermuka-muka dalam Umno bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan.
- Sedar atau tidak sedar tempoh menghadapi PRU 14 sudah semakin hampir dan jika Umno terus dilanda masalah, bagaimana ia mahu memimpin parti komponen BN terutamanya daripada Semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC dan Gerakan memasuki gelanggang PRU.
- Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan Umno dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14.
- Umno kini sedar musuh utama mereka bukan lagi Pakatan Rakyat yang sendiri berterabur dan bertelingkah sesama mereka, sebaliknya unsur dalaman parti yang sendiri akan membawa kepada kemusnahan parti dalam PRU 14.
- Disebabkan itu jugalah kesetiaan ahli Umno sama ada kepada pemimpinnya atau parti akan menjadi isu utama yang perlu diperhalusi dengan sebaiknya oleh kira-kira tiga juta ahli parti ini.
- Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti.
- Krisis yang dihadapi 1MDB yang mulanya adalah masalah kewangan kerajaan kini melarat menjadi masalah kepada Umno secara langsung dan terbukti apabila ahli perniagaan, Jho Low secara terbuka menuduh Umno menjadi dalang kepada isu berkenaan.
- Walaupun, tiada pemimpin tertinggi Umno yang memberikan komen terhadap kenyataan anak kelahiran Pulau Pinang itu, tetapi kenyataan daripada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican membuktikan ahli Umno tidak mahu parti dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.
- Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku dalam 1MDB melingkari kepada Najib sendiri selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri serta Presiden Umno dan sudah pastilah, beliau perlu bertindak segera bagi menenangkan ahli Umno dengan menidakkan kenyataan Jho Low itu, dalam memastikan sokongan terhadapnya terus padu.
- Di samping itu, masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.
- Sikap berdiam diri akan terus membawa kepada malapetaka terhadap Umno dan ia adalah sesuatu yang langsung tidak diperlukan parti kerana sehingga kini terpaksa terus menerus berada dalam mod bertahan apabila diserang dengan isu pembaziran, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
- Rakyat perlu ditenangkan dengan memberikan gambaran bahawa Umno dan BN masih pilihan terbaik untuk menjadi parti pemerintah di negara ini, namun ketiadaan ‘track record’ baru untuk disandarkan daripada pemerintahan Najib membuatkan kegelisahan rakyat terhadap pimpinannya semakin ketara.
- Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
- Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
- Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.
- Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
- Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
- Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.
- Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini.
- Kesudahannya pasti akan tiba, cuma lambat atau cepat sahaja yang menjadi persoalannya dan butang ‘reset’ paling cepat bagi memastikan segala isu yang melanda pentadbiran Najib dapat diperlambatkan adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran kerajaan yang membawa kepada PRU 14.
- Ataupun Perdana Menteri memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru.
- Persoalan timbul sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno ini boleh dipastikan dengan ‘snap election’ ini bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin.
Taman Medan jadi medan eksperimen konflik agama
- Kewujudan gereja baru di Taman Medan Petaling Jaya dilihat menjadi medan eksperimen konflik perundangan di antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Ini kerana isu itu dikatakan tertakluk pada Akta 133 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Seksyen 70 (12) manakala kerajaan negeri pula menggunakan keputusan Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam 2008.
- Keputusan jawatankuasa itu telah membenarkan gereja beroperasi di premis komersial atau pejabat tanpa permit tetapi melalui notis pemberitahuan kepada penduduk. Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama.
- Ternayata orang ramai khususnya umat islam bingung dan keliru samada Akta 133 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sudah terbatal dengan wujudnya keputusan kerajaan negeri pada 2008 atau akta itu masih boleh digunapakai kerana pemansuhannya setakat ini belum diwartakan.
- Ini bererti di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan, akta berkenaan telah dengan jelas menetapkan bahawa semua pembinaan rumah ibadat baru perlu mendapat kelulusan.
- Tiba-tiba kerajaan negeri Selangor memberitahu mana-mana rumah ibadat yang dibina di negeri itu tidak perlu permit.
- Pemberitahuan itu diumumkan ekoran kekecohan yang berlaku berkaitan gereja baru di Taman Medan yang diwujudkan tanpa kebenaran PBT.
- Susulan itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan gereja yang terletak di unit rumah kedai itu tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat, serta tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.
- Lot kedai yang ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Akta 133 Seksyen 70 (12) dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan, jelas pegawai perhubungan awam MBPJ Zainun Zakaria.
- Katanya, MBPJ memerlukan pematuhan ini bagi memastikan keselamatan penduduk menggunakan bangunan itu.
- Bagaimanapun, katanya, belum ada permohonan bertulis dikemukakan gereja baru itu setakat ini, kata Zainun, sambil menambah yang wakil pihak rumah ibadat itu masih boleh berbuat demikian.
- Beliau berkata semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan. Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan.
- Penjelasan MBPJ itu dibuat bagi menyelesaikan kekeliruan penduduk setempat yang mengadakan protes pada Ahad, menuntut agar salib yang dipasang di tingkat atas rumah kedai itu diturunkan. Salib tersebut diturunkan pihak gereja beberapa jam selepas protes itu.
- Namun penjelasan MBPJ itu mengudang kekeliruan yang lebih besar apabila kerajaan negeri menafikannya. Nampak gaya pegawai perhubungan awam MBPJ bakal dikenakan tindakan disipilin, ditukar jabatan atau diberhentikan kerana memberi kenyataan yang tidak menyenangkan kerajaan PKR Selangor.
- Ini berikutan Exco Selangor Elizabeth Wong menegaskan gereja dibenarkan beroperasi di premis komersial tanpa permit, sekaligus memaklumkan gereja Taman Medan boleh meletakkan semula salib ke tempat asal dan beroperasi seperti biasa.
- Katanya, gereja yang beroperasi di premis komersil hanya perlu memaklumkan kepada penduduk setempat.
- MBPJ juga menjelaskan sejak 2008 Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam membenarkan gereja beroperasi di premis komersial atau pejabat tanpa permohonan permit tetapi melalui notis pemberitahuan kepada penduduk. Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama.
- Wong berkata, kenyataan pegawai MBPJ mengenai gereja itu beroperasi secara haram dan memerlukan permit adalah tidak benar.
- Tidak ada dalam polisi itu yang dipanjangkan dalam jawatankuasa. Notis pemberitahuan sudah mencukupi dan sekiranya penduduk atau ahli majlis mempunyai sebarang isu atau pertanyaan mereka boleh merujuk kepada kerajaan.
- Bagaimanapun terdapatnya peraturan sedia ada dalam bangunan rumah ibadah bukan Islam meliputi permohonan tanah bangunan, perobohan dan permohonan dana.
- Susulan daripada itu, Wong berkata satu pertemuan dianjurkan antara jawatankuasa MBPJ dan wakil gereja.
- Pada mesyuarat itu, jawatankuasa dimaklumkan gereja tersebut beroperasi sejak Ogos tahun lalu dan salib itu hanya diletakkan di luar premis Jumaat lalu.
- Mesyuarat itu juga membangkitkan isu kumpulan protes dipercayai daripada Umno mengasari penganut Kristian.
- Insiden itu memaksa pastor membawa turun salib ekoran bimbang dengan keselamatan penganjur Kristian.
- Dalam pertemuan tersebut kerajaan juga menyarankan gereja untuk mengembalikan salib ke tempat asal bagi menghentikan perbuatan yang bermotifkan politik.
- Wong berkata, kerajaan negeri juga mahu polis mengambil perhatian serius terhadap isu tersebut dengan memastikan keselamatan rumah ibadah dilindungi supaya insiden sama tidak berulang.
- Isu gereja Taman Medan juga mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata Kerajaan negeri Selangor berkuasa penuh ke atas status gereja yang menjadi kontroversi di Taman Medan, Petaling Jaya.
- Beliau berkata, Kabinet telah berbincang dan berpendapat, penduduk yang membuat bantahan mengenai pemasangan lambang salib itu sepatutnya tidak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
- Katanya, mereka juga sepatutnya berbincang dengan pihak yang berkenaan jika mempunyai sebarang bantahan.
- Rakyat mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi serta saling hormat menghormati antara kaum yang berbeza agama.
- Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada jika sabit kesalahan,’’ katanya Najib.
- Katanya lagi, Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ia melindungi semua agama dan kaum.
- Manakala beberapa NGO Islam pula berpendapat, hampir 100 peratus penduduk di Taman Medan merupakan dan agak pelik sebuah gereja Kristian dibina di situ, seolah-olah ada muslihat tertentu.
- Mereka membayangkan mungkinkah ia satu titik cabaran bahawa umat Islam tidak boleh lagi mempertahankan kariah masing-masing atas nama demokrasi.
Tuesday, 21 April 2015
KWSP beri dua pilihan tapi caruman naik ikut cuaca ekonomi
CEO KWSP yang kontroversi |
- Rakyat Malaysia berasa lega sedikit apabila KWSP memberi cadangan dua pilihan pengeluaran penuh pencarum iaitu pada usia 55 dan 60 tahun.
- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak lagi lantang berteriak seperti minggu lepas kerana khabar terkini mengatakan pencarum diberi pilihan tersebut.
- Namun institusi itu diingatkan supaya memikirkan inisiatif untuk memberi pulangan dividen yang lebih tinggi sejajar dengan pelaburan yang banyak di luar negara.
- KWSP hari ini mencadangkan dua pilihan pengeluaran wang caruman penuh ahli iaitu yang diselaraskan sepenuhnya pada usia 60 tahun menjelang 2031 serta pengeluaran seperti biasa pada usia 55 tahun.
- Dalam cadangan kedua-dua pilihan itu, tiada perubahan peraturan untuk pengeluaran prapersaraan seperti sedia ada iaitu pada usia 50 tahun.
- Pencarum yang terlibat bagi cadangan pengeluaran penuh wang caruman pada usia 60 tahun adalah bagi mereka yang kini berusia 43 tahun dan ke bawah.
- Bagi pilihan kedua iaitu pengeluaran pada usia 55 tahun, sekiranya pencarum masih bekerja sehingga umur 60 tahun, wang caruman baharu untuk tempoh lima tahun itu akan dikunci dan dibenarkan untuk dikeluarkan sepenuhnya selepas tempoh berkenaan.
- Realitinya walaupun cadangan caruman sehingga usia 60 tahun itu dijadikan pilihan, pencarum memilih untuk tamat berurusan dengan KWSP pada usia 55 tahun.
- Berdasarkan tinjauan media di beberapa negeri, kesemua pencarum mahu wang mereka pada 55 tahun kerana mereka sudah ada perancangan kewangan.
- Mereka juga berpendapat, usia 60 tahun sudah terlalu tua untuk menikmati wang caruman memandangkan dalam usia itu pelbagai penyakit sudah ‘hinggap’ di badan.
- Wang caruman yang dikeluarkan pada usia 55 tahun lazimnya digunakan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak, penjagaan kesihatan dan menampung perbelanjaan harian.
- Lebih penting lagi, tidak semua pekerja swasta dibenarkan bekerja sehingga usia 60 tahun walaupun akta mengenainya sudah dikuatkuasakan.
- Apa yang berlaku di sektor swasta ialah pekerja ditukarkan statusnya kepada pekerja kontrak yang perlu diperbaharui setiap tahun.
- Bayangkan bayangkan bagaimana nasib mereka yang terus bekerja hingga usia 60 tahun tetapi di pertengahan jalan mereka ditamatkan kontrak atas faktor kesihatan.
- Bolehkah KWSP membenarkan mereka membuat pengeluaran penuh pada usia 57, 58 atau 59 tahun?
- Penjawat awam mungkin tidak ada masalah kerana jika pekerja itu ada masalah kesihatan, mereka akan dipindahkan ke jabatan atau bahagian yang lebih ringan tugas dan tekanan.
- Namun di sektor swasta, majikan sentiasa mementingkan keuntungan melalui produktiviti. Pekerja yang tidak kompeten akan ditamatkan kontrak tanpa sebarang kompromi. Sudah tentu KSWP tidak dapat menjaga kebajikan mereka kerana itu di luar skop tugas institusi itu.
- Mahu tak mahu pencarum mesti membuat pilihan bijak dan tepat untuk menggunakan wang caruman bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka selepas bergelar pesara.
- Bagaimanapun usaha KWSP untuk menaikkan kadar caruman akan menjejaskan gaji bersih yang digunakan pekerja untuk menampung kehidupan harian lantaran ia telah diselaraskan dengan gaji minimum pekerja.
- Peningkatan peratusan kadar caruman bagi syer pekerja dan majikan sememangnya dapat memberi impak berganda terhadap simpanan persaraan ahli.
- Bagaimanapun, KWSP juga perlu peka dan mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi semasa rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi peningkatan kos sara hidup. Wang simpanan KWSP adalah untuk tujuan persaraan ahli dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar upah yang diterima, kadar caruman majikan dan pekerja, pemberian dividen tahunan serta sebarang pengeluaran yang dibuat sebelum mencapai umur 55 tahun.
- Kecukupan simpanan persaraan ahli juga bergantung kepada kesedaran mereka untuk menabung lebih awal bagi menyelaraskan simpanan dengan gaya hidup yang diingini selepas bersara. Ahli juga perlu mengambil kira keadaan kesihatan mereka semasa persaraan dengan menyediakan simpanan secukupnya memandangkan kos kesihatan yang semakin meningkat.
Mahukah Mat Maslan letak jawatan atas kemelut GST
- Hampir semua presiden, perdana menteri dan menteri di mana-mana negara sekalipun pasti pasti didesak supaya LETAK JAWATAN jika situasi tidak menyenangkan berlaku.
- Kalau suatu masa dahulu desakan seperti itu sering dilakukan oleh kumpulan sayap kiri namun kini gertak mengertak supaya letak jawatan kerap berlaku di kalangan kumpulan pro kerajaan juga.
- Dalam konteks Malaysia, pada masa ini dua manusia istimewa yang paling dikehendaki supaya meletakkan jawatan masing-masing dengan kadar segera ialah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Maslan.
- Ada ramai tokoh lagi yang diminta letak jawatan, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamed Sabu, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga mempunyai `rating' yang tinggi. Namun mereka tetap tidak sepopular Mohd Najib dan Mat Maslan.
- Ironinya Mat Maslan pula dilihat `tertonjol’ sebagai tokoh politik dan pentadbir yang paling popular dan berjaya mengatasi populariti Perdana Menteri. Beliau sangat dekat di hati rakyat kerana isu GST yang menggelisahkan semua.
- Dari pagi hingga ke subuh, rata-rata rakyat Malaysia dari selatan, utara, timur dan barat tidak putus-putus mencemuh Mat Maslan dan mendesak beliau segera meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri kewangan.
- Rakyat tanpa mengira parti, bangsa dan agama begitu terkesan dengan beban GST, namun Mat Maslan muncul selamba di kaca televisyen dengan pelbagai jawapan ringan dan melucukan yang membikin hati rakyat sakit tak terhingga.
- Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO itu telah membuat banyak kenyataan yang sangat meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat Malaysia.
- Namun, pasti kita semua tertanya-tanya bagaimana beliau mampu berada di kedudukan tertinggi dalam parti dan juga kerajaan persekutuan.
- Walaupun jawatan dalam kabinet ditentukan berdasarkan kualiti politik dari tahap kelayakan, namun Mat Maslan dikatakan tokoh paling teruk.
- Benar Mat Maslan memiliki kelulusan akademik tinggi, namun rakyat mempersoalkan EQ (emotional intelligence quotient) beliau.
- Dalam beberapa blog popular, ada pihak melontarkan pelbagai sebab mengapa Mat Maslan perlu segera berhenti mewakili kerajaan dalam isu GST. Beliau samada dipindah ke kementerian lain atau terus letak jawatan sebagai timbalan menteri.
- Tetapi belum ada menteri yang sanggup letak jawatan secara gentleman atas desakan orang ramai kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- Dalam kes Mat Malsan, blogger menggariskan LIM sebab Mat Maslan perlu mengosongkan kerusi sebagai timbalan menteri.
- PERTAMA. Beliau dilihat bersikap keanak-anakan dan tidak realistik. Berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa datang dengan pelbagai cabaran antaranya ianya cukup mudah untuk seseorang itu tidak menjejakan kaki dalam dunia realiti seperti yang dialami seorang timbalan menteri.
- Memberitahu pelajar untuk memasak sendiri bagi menghadapi GST dan “menasihati” rakyat untuk mengelakkan dari membayar caj perkhidmatan restoran 10%, adalah beberapa petikan terkenal daripada beliau.
- Kita tertanya-tanya bilakah kali terakhir beliau terpaksa membayar untuk makan sendiri. YB juga, pasti selalu makan di luar daripada memasak di rumah. Tidak semua barangan runcit adalah kadar sifar atau dikecualikan daripada GST juga.
- KEDUA. Mat Maslan ternyata tidak memahami dasar sendiri. Satu realiti yang amat nyata iaitu pada kebanyakan kenyataan yang dibuat, beliau tidak memahami sepenuhnya dasar-dasar sendiri. Dan ia seolah-olah tidak dapat memahami rintangan dan kelemahan dalam pelaksanaan itu. Dalam kes ini, ialah pelaksanaan GST.
- Daripada memberitahu orang mengabaikan caj perkhidmatan 10%, mengapa tidak dia memberi amaran setiap hari kepada pemilik restoran-restoran yang mengambil kesempatan daripada GST?
- Mat Maslan juga berkata bahawa GST hanya mempengaruhi yang kaya kerana ia adalah cukai berasaskan penggunaan. Tapi pasti semua tahu, mereka yang miskin juga membeli barangan runcit.
- Dalam kes GST, Mat Maslan sepatutnya menerima kritikan dan memberi tumpuan memperbaiki masalah, bukannya memesongkan isu atau memberikan jawapan `sacarstic’ atau liar.
- KETIGA. Mat Maslan dilihat tidak mahu mendengar permintaan rakyat. Kuasa seorang pemimpin di negara ini datang daripada rakyat. Apabila rakyat tidak puas hati, pemimpin perlu mengambil tindakan dan bukan mengabaikan mereka.
- Mat Maslan asyik mengulangi fakta teori yang disebut sebelum pelaksanaan GST, walaupun selepas menerima beribu-ribu aduan mengenainya.
- Hakikatnya, kos sara hidup telah meningkat, beberapa harga tidak turun seperti yang diharapkan. Hakikatnya, kerajaan masih mempunyai isu dengan peruncit yang mengambil kesempatan daripada GST.
- KEEMPAT. Mat Maslan dilihat kurang kemahiran dalam berkomunikasi walhal beliau adalah Ketua Penerangan Umno. Rakyat melihat beliau seolah-olah hanya berminat dengan komunikasi sehala, di mana dia memberitahu rakyat apa yang mereka harus dengar.
- Beliau juga pernah berkata bahawa sangat okay untuk BN berkempen di sekolah kerana dari segi teknikalnya ianya adalah aset kerajaan. Ianya seperti kenyataan menyombong. Mungkin Mat Maslan terlalu yakin dengan kemahiran `komunikasi bermonolog’.
- KELIMA. Mat Maslan membuat rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan. Ditambah pula dengan kerajaan sedang berdepan isu 1MDB, kenyataan Mat Maslan menambah lagi sakit hati rakyat Malaysia.
- Rata-rata rakyat berkata Timbalan Menteri ini (Mat Maslan) telah membuatkan Perdana Menteri Malaysia kelihatan seperti orang bodoh. Beliau telah mengkhianati amanah yang diamanahkan kepadanya.
- GST bukanlah kontroversi pertama yang dicetuskan oleh Mat Maslan. Sebelum itu, ketika harga petrol melonjak naik pada tahun 2013, beliau mencadangkan setiap individu hanya mengunakan kenderaan untuk pergi bekerja di tempat yang dekat dengan rumah.
- Berkenaan BR1M pula, bantuan RM100 sekolah dan subsidi petrol (yang kini sudah dibatalkan) dia berkata tiga bulan hidup rakyat telah pun di ‘sponsor’ kerajaan. Sifat angkuh dan bongkak itu adalah satu pencemaran dalam pentadbiran negara.
- Mengapa beliau masih kekal sebagai timbalan menteri sememangnya menjadi persoalan besar rakyat. Najib sepatutnya mengambil langkah lebih tegas dan memberhentikan timbalan menteri ini yang telah melakukan lebih keburukan dari kebaikan.
- Rakyat percaya negara ini masih punyai individu yang layak untuk menggalas jawatan timbalan menteri kewangan dengan penuh saksama. Namun rakyat tak mampu menurunkan Mat Maslan dari jawatannya.
- Najib juga mungkin tidak ada masa untuk mencari timbalan menteri kewangan yang baru kerana jawatannya sendiri sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia kini tercabar dan didesak oleh orang ramai supaya berhenti.
Fatwa GST ikut sedap mulut ulama atau pengkritik
- Semakin ramai manusia tidak berilmu tampil di laman sesawang untuk mencemuh dan menghina `ikut sedap mulut' terhadap golongan ulama kerana tiada siapa mampu menghalang nafsu mereka daripada melemparkan kritikan.
- Kritik di media sosial tidak memerlukan asas pendidikan tertentu kecuali mereka yang mahu berhati-hati bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. Selebihnya orang ramai dilihat `gila' mencaci, menghina, menyindir sesiapa saja yang mereka suka atas nama kritikan tanpa perlu disokong dengan cadangan membina.
- Hampir 100 peratus kritikan yang dilemparkan di laman sosial dilihat mengikut nafsu tanpa mengira mangsa, tempat dan masa. Golongan ulama Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kritikan awam termasuk budak-budak nakal.
- Kebelakangan ini golongan ulama telah dipersenda kerana merumus fatwa yang mengharuskan GST. Pada awalnya kritikan itu datang dari sekelumit cendikiawan Islam yang membuat penilaian berdasarkan pengamatan mata dan perasaan lalu menggunakan al Quran untuk mengesahkan GST itu haram. Tanpa segan silu mereka berceramah dan mengkritik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang disifatkan membuat fatwa secara sambil lewa dan main ikut sedap.
- Lalu orang awam yang mendengar ceramah itu pun merakamkannya menerusi telefon bimbit dan menyebarkan di laman sosial. Dalam tempoh beberapa jam saja ia menjadi viral dan digilai umat Islam yang kurang ilmu.
- Apabila Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat penjelasan panjang lebar mengenai hukum GST melalui laman rasmi kerajaan, kelompok umat Islam yang cetek ilmu ini malas nak membacanya dan terus bersandar kepada ilmu video klip pendek yang diviralkan oleh orang yang tidak berilmu juga.
- Paling tidak mereka akan berkata: “Jika persepsi aku salah mengenai GST, maka sudah tentu ustaz yang menyampaikan ceramah dalam video itu yang patut dipersalahkan dan wajib tanggung dosa.”
- Semudah itu umat Islam membuat tanggapan mengenai hukum tanpa mahu merujuk kepada institusi yang menggubal perundangan.
- Atas rasa sedih dengan tanggapan buruk di kalangan majoriti umat Islam di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah tampil untuk memberitahu bahawa keputusan mereka untuk memutuskan hukum GST sebagai harus adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan.
- Fatwa itu bukannya dibuat 'ikut sedap' dan 'sambil lewa' sepertimana kritikan segelintir pihak yang mungkin cetek ilmu.
- Pengerusi jawatankuasa itu Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, keputusan menjatuhkan hukum GST sebagai harus telah dilakukan secara terperinci dan telah mengambil kira semua pandangan ulamak muktabar.
- "Sebelum keputusan harus ini dibuat, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengarahkan satu kajian terperinci dijalankan dan kajian telah dilaksanakan secara insentif oleh kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada pakar-pakar syariah dan ekonomi.
- "Oleh itu hasil kajian kami mendapati kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum pentadbiran negara dan rakyat. Sehubungan itu, adalah tidak tepat sekiranya dakwaan yang mengatakan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah terhadap isu GST ini adalah berdasarkan hujah yang longgar dan tidak menepati kaedah hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah.
- “Istilah maslahah dalam konteks keharusan GST ini perlu difahami dalam konteks yang luas dalam hukum fiqh iaitu maslahah dharuriyat dan hajiyat.
- "Muzakarah juga ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa keputusan yang diputuskan oleh muzakarah bercanggah dengan Islam kerana berdasarkan kepada maslahah dan tidak membezakan golongan kaya dan miskin adalah amat tidak tepat," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Jakim, Putrajaya.
- Jelasnya, sekiranya mereka meneliti keputusan Muzakarah tersebut secara positif dan dengan hati terbuka, maka akan jelas difahami bahawa keputusan Muzakarah mengharuskan GST telah diikat dengan syarat parameter syarak.
- Mengulas lanjut, katanya hukum harus itu juga diputuskan berdasarkan keadaan semasa yang berlaku sekarang.
- "Muzakarah dalam membuat keputusan mengharuskan GST dengan diikat dengan beberapa syarat, telah meneliti secara mendalam semua pandangan dan penghujahan yang dibawa oleh semua ulama dan pakar-pakar ekonomi Islam dan konvensional.
- "Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan suasana ekonomi negara ini dan juga dunia selaras dengan kaedah fiqh "Perbuatan Pemerintah Terhadap Rakyatnya Adalah Bergantung Kepada Maslahat".
- “GST adalah sebahagian ijtihad ekonomi pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara dan rakyat.
- "Oleh itu pertimbangan hukum yang telah dibuat ini tidak dilakukan secara sembrono dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," jelasnya.
Sunday, 19 April 2015
Kit Siang gagal jerat Mahathir tapi tekanan darah Najib kian tinggi
- DAP usah mimpi dapat menjerat Tun Dr Mahathir Mohamed bagi menyertai gelombang Cina yang mahu menjahanamkan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan, Umno dan BN.
- Anak Melayu jati Kedah itu memberi jaminan untuk menolak sebarang persekongkolan dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak walaupun dipelawa Lim Kit Siang.
- Tegasnya, kemelut Umno mesti diselesaikan secara dalaman dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti pembangkang.
- "Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.
- "Masalah saya adalah dalam Umno sendiri, ahli Umno sudah menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir semasa menghadiri forum anti perang di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.
- Dr Mahathir juga mengulangi pendirian yang Najib perlu berundur kerana pencapaiannya dalam pilihan raya yang masih buruk walaupun dilihat menerima sokongan daripada orang ramai.
- Beliau bimbang BN akan tumpas pada PRU14 kerana Najib kini terdedah dengan terlalu banyak isu yang mana pembangkang sedang menggunakannya bagi mengecam kerajaan.
- Perlu diingat bahawa rancangan Najib sejauh ini tidak mampu meningkatkan sokongan rakyat pelbagai bangsa. Buktinya BN hampir tumbang pada PRU13 dan Najib dengan selamba mendakwa ia berpunca daripada sabotaj komponen BN.
- Dlam pada itu Perdana Menteri dilihat tidak cukup berusaha memperkukuh institusi BN, sebaliknya mendedahkan dirinya dengan lebih banyak isu nasional.
- Kesan daripada pelbagai kritikan Dr Mahathir, kepimpinan Perdana Menteri dikatakan merosot sehingga memaksa kumpulan `think tank’ Najib menggerakkan jentera secara senyap ke seluruh negara bagi meminta sokongan.
- Lalu juak-juak Perdana Menteri termasuk pemimpin JASA yang baru berusia `setahun jagung’ dikerah ke hadapan untuk cuba `mendiamkan’ Dr Mahathir.
- Bayangkan budak mentah seperti Lokman Noor Adam memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia mahu Dr Mahathir Mohamad jangan gunakan kedudukan sebagai bekas perdana menteri untuk menghalalkan tindakan menghentam Najib.
- Mungkin bayaran Lokman terima cukup tinggi dari PMO sehingga beliau terkinja-kinja mendesak Dr Mahathir segera membantu Najib dengan memberi tunjuk ajar selain mencurahkan semua pengalamannya membangunkan negara.
- Mungkin juga Lokman `buta’ kerana selama ini Dr Mahathir telah mencurah ilmu dan pengalaman kepada Najib dan barisan pemimpin negara.
- Mungkin kerana kuasa dan dollar, Lokman bangun dan menempelak Dr Mahathir: "Menjadi seorang bekas perdana menteri yang tua serta banyak berjasa tidak menghalalkannya untuk melanyak Najib hingga lumat kerana tidak mahu mengikut caranya.
- “Jika ada yang beranggapan bahawa orang tua, bekas perdana menteri dan orang yang banyak berjasa itu maksum dan tidak boleh ditegur, maka berlaku adillah dan terimalah juga pandangan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang pernah kecewa terhadap Dr Mahathir.
- "Jadi apa yang diluah Tunku Abdul Rahman sama dengan apa yang dialami Najib dan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kini," dakwa Lokman denga penuh sombong dan angkuh. Ia mengingatkan rakyat kepada kenyataan Khairy Jamaluddin, satu-satunya manusia yang menggelar Dr Mahathir sebagai `beruk’.
- Pun begitu Dr Mahathir tidak pernah terkesan dengan caci maki Lokman dan sesiapa saja yang disifatkan `kencing belum lurus’. Beliau akan terus memperbaiki keadaan dengan pelbagai cara.
- Mula-mula beliau akan memberi `kata dua’ secara bertentang mata. Jika tidak dipeduli, nasihat akan disampaikan menerusi Umno dan jika masih gagal juga beliau akan tampil ke depan mengkritik sebagai seorang negarawan.
- Itulah yang Dr Mahathir lakukan sejak Tun Abdullah mentadbir negara. Semua Perdana Menteri mesti sentiasa kompeten dan menghasilkan keputusan PRU yang lebih baik, bukannya memberi alasan demi alasan sehingga BN tumbang ke mulut pembangkang.
- Dr Mahathir sudah berusaha mengekalkan majoriti dua pertiga pada kebanyakan PRU tetapi ia tidak berlaku pada zaman Tun Abdullah (2008) dan Najib (2013). Ini bererti mereka tidak kompeten untuk berdepan dengan pembangkang yang semakin lama semain pintar. Titik.
Saturday, 18 April 2015
Hadi nafi pakat dengan Khalid untuk ambilalih Selangor
- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kononnya terdapat satu komplot rahsia untuk mengangkat semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
- Menjawab laporan bahawa kedua-dua mereka membincangkan langkah itu semasa mesyuarat di Jakarta baru-baru ini, Hadi bagaimanapun berkata isu itu tidak pernah timbul.
- "Pertemuan dengan Khalid turut dihadiri beberapa pemimpin Islam terkemuka dan ahli akademik dari rantau ini.
- "Kami berbincang tentang perpaduan umat kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah mempengaruhi Asia Tenggara.
- "Walaupun bebeza pandangan dengan kerajaan, kami masih menyokong demokrasi berparlimen di negara ini dan tidak mahu 'penyakit' dari Timur Tengah merebak ke rantau ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Kongres Profesional Muslim Malaysia.
- Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan bahawa Hadi, yang menyokong Khalid sepanjang krisis Menteri Besar Selangor pada tahun lepas berminat untuk mengembalikan kedudukan pemimpin yang dipecat daripada PKR itu ke jawatannya sebelum ini.
- Menurut sumber, perjumpaan antara Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
- “Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta. Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang nanti” katanya.
- Menurutnya dalam perbincangan itu ada lima Adun PKR Selangor yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.
- “Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Khalid dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah. Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” kata sumber itu lagi.
- Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cenderung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.
- Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.
- Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.
- Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.
KWSP jangan memandai-mandai
- TANPA angin, tanpa ribut secara tiba-tiba Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menyatakan KWSP sedang mengkaji untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada 60 tahun.
- Agak melucukan apabila KWSP berhujah ia berdasarkan kaji selidik bebas pakar ekonomi dan penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.
- Soal kaji selidik berdasarkan apa? Siapa yang diselidik? Apa asas kukuh yang digunakan untuk ‘menghalalkan’ KWSP hendak memandai-mandai menentukan bila orang ramai boleh mengeluarkan wang mereka?
- KWSP hanya ‘tukang simpan’ bukan ‘tukang rancang’ apatah lagi ‘tukang kawal’, oleh itu tidak payahlah hendak cari pasal mahu mengawal bila orang ramai boleh mengeluarkan wang mereka. Rakyat sudah menghormati peraturan had umur yang ditetapkan sebelum ini iaitu 55 tahun. Semua orang setuju tidak ada masalah. Tetapi kenapa mahu dilanjutkan kepada 60 tahun pula?
- Malah kita juga menghormati pelbagai peraturan ketat yang dikenakan oleh KWSP bagi memastikan pencarum tidak kehabisan simpanan sebelum bersara. Itu langkah yang tepat. Terima kasih atas keprihatinan tersebut.
- Setelah semua itu dipatuhi, KWSP mahu melanjutkan pula had umur pengeluaran. Persoalannya pernahkah KWSP membuat kajian berapa ramai yang sepatutnya bersara pada usia 55 tahun tidak sempat menikmati hasil simpanan mereka? Pernahkah KWSP selidik berapa ramaikah yang papa kedana selepas mengeluarkan kesemua simpanan mereka? Pernahkan KWSP tanya penyimpan had umur berapa sebenarnya yang mereka mahu wang boleh dikeluarkan?
- Oleh itu KWSP sepatutnya tidak perlu membuang masa untuk mengemukakan cadangan yang ditolak oleh rakyat. Yang simpan wang di KWSP adalah rakyat, wang yang KWSP simpan ialah wang rakyat, jadi apabila rakyat menolak cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran maka terima sahajalah. Tidak usahlah nak bersusah payah mahu mengadakan rundingan awam dengan pencarum.
- Isyarat sudah jelas iaitu rakyat menolak cadangan KWSP. Justeru kenapa KWSP ‘masih degil’ mahu berusaha juga supaya impian mereka menjadi kenyataan? Bagaimana dengan impian pencarum-pencarum yang merancang pelbagai perkara apabila genap usia 55 tahun?
- Dalam situasi ekonomi sekarang KWSP sepatutnya ‘berjiwa prihatin’ dengan mencari jalan bagaimana hendak mengurangkan beban pencarum-pencarum. Bukannya menyebabkan pencarum tidur tak lena. Buatlah kajian cara mana boleh bantu pencarum untuk membelanjakan sedikit wang simpanan mereka dalam KWSP. Contohnya mungkin boleh dipertimbangkan agar pencarum dibenarkan mengeluarkan dividen mereka dalam KWSP.
- Begitu juga pencarum-pencarum yang melabur melalui unit amanah dengan menggunakan simpanan KWSP, mungkin mereka boleh dibenarkan mengeluarkan sejumlah wang hasil pelaburan itu. Mungkin KWSP tersenyum dengan cadangan ini. Tetapi kalau KWSP begitu rajin buat kaji selidik untuk terus ‘memerap’ wang pencarum sehingga umur 60 tahun, kenapa tidak boleh mendapat pandangan pakar ekonomi berhubung perkara itu?
- KWSP perlu memahami ketika ini sentimen rakyat khususnya mereka yang menjadi pencarum tidak menyebelahi KWSP. Rakyat tertanya-tanya kenapakah secara tiba-tiba KWSP muncul dengan idea yang meresahkan itu. Pelbagai tafsiran negatif dibuat dalam laman-laman sosial termasuk menyalahkan kerajaan.
- Tidak pasal-pasal hanya kerana cadangan KWSP yang belum tentu dilaksanakan, kerajaan pula yang dipersalahkan. Oleh itu KWSP perlu melupakan sahaja cadangan itu. Janganlah meletakkan rakyat resah gelisah terutamanya mereka yang akan mencapai usia 55 tahun. – Oleh Zulkifli Bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)