Sunday, 19 April 2015

Kit Siang gagal jerat Mahathir tapi tekanan darah Najib kian tinggi


  1. DAP usah mimpi dapat menjerat Tun Dr Mahathir Mohamed bagi menyertai gelombang Cina yang mahu menjahanamkan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu, Perlembagaan, Umno dan BN.
  2. Anak Melayu jati Kedah itu memberi jaminan untuk menolak sebarang persekongkolan dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak walaupun dipelawa Lim Kit Siang.
  3. Tegasnya, kemelut Umno mesti diselesaikan secara dalaman dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti pembangkang.
  4. "Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.
  5. "Masalah saya adalah dalam Umno sendiri, ahli Umno sudah menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir semasa menghadiri forum anti perang di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.
  6. Dr Mahathir juga mengulangi pendirian yang Najib perlu berundur kerana pencapaiannya dalam pilihan raya yang masih buruk walaupun dilihat menerima sokongan daripada orang ramai.
  7. Beliau bimbang BN akan tumpas pada PRU14 kerana Najib kini terdedah dengan terlalu banyak isu yang mana pembangkang sedang menggunakannya bagi mengecam kerajaan.
  8. Perlu diingat bahawa rancangan Najib sejauh ini tidak mampu meningkatkan sokongan rakyat pelbagai bangsa. Buktinya BN hampir tumbang pada PRU13 dan Najib dengan selamba mendakwa ia berpunca daripada sabotaj komponen BN.
  9. Dlam pada itu Perdana Menteri dilihat tidak cukup berusaha memperkukuh institusi BN, sebaliknya mendedahkan dirinya dengan lebih banyak isu nasional.
  10. Kesan daripada pelbagai kritikan Dr Mahathir, kepimpinan Perdana Menteri dikatakan merosot sehingga memaksa kumpulan `think tank’ Najib menggerakkan jentera secara senyap ke seluruh negara bagi meminta sokongan.
  11. Lalu juak-juak Perdana Menteri termasuk pemimpin JASA yang baru berusia `setahun jagung’ dikerah ke hadapan untuk cuba `mendiamkan’ Dr Mahathir.
  12. Bayangkan budak mentah seperti Lokman Noor Adam memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia mahu Dr Mahathir Mohamad jangan gunakan kedudukan sebagai bekas perdana menteri untuk menghalalkan tindakan menghentam Najib.
  13. Mungkin bayaran Lokman terima cukup tinggi dari PMO sehingga beliau terkinja-kinja mendesak Dr Mahathir segera membantu Najib dengan memberi tunjuk ajar selain mencurahkan semua pengalamannya membangunkan negara.
  14. Mungkin juga Lokman `buta’ kerana selama ini Dr Mahathir telah mencurah ilmu dan pengalaman kepada Najib dan barisan pemimpin negara.
  15. Mungkin kerana kuasa dan dollar, Lokman bangun dan menempelak Dr Mahathir: "Menjadi seorang bekas perdana menteri yang tua serta banyak berjasa tidak menghalalkannya untuk melanyak Najib hingga lumat kerana tidak mahu mengikut caranya.
  16. “Jika ada yang beranggapan bahawa  orang tua, bekas perdana menteri dan orang yang banyak berjasa itu maksum dan tidak boleh ditegur, maka berlaku adillah dan terimalah juga pandangan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang pernah kecewa terhadap Dr Mahathir.
  17. "Jadi apa yang diluah Tunku Abdul Rahman sama dengan apa yang dialami Najib dan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kini," dakwa Lokman denga penuh sombong dan angkuh. Ia mengingatkan rakyat kepada kenyataan Khairy Jamaluddin, satu-satunya manusia yang menggelar Dr Mahathir sebagai `beruk’.
  18. Pun begitu Dr Mahathir tidak pernah terkesan dengan caci maki Lokman dan sesiapa saja yang disifatkan `kencing belum lurus’. Beliau akan terus memperbaiki keadaan dengan pelbagai cara.
  19. Mula-mula beliau akan memberi `kata dua’ secara bertentang mata. Jika tidak dipeduli, nasihat akan disampaikan menerusi Umno dan jika masih gagal juga beliau akan tampil ke depan mengkritik sebagai seorang negarawan.
  20. Itulah yang Dr Mahathir lakukan sejak Tun Abdullah mentadbir negara. Semua Perdana Menteri mesti sentiasa kompeten dan menghasilkan keputusan PRU yang lebih baik, bukannya memberi alasan demi alasan sehingga BN tumbang ke mulut pembangkang.
  21. Dr Mahathir sudah berusaha mengekalkan majoriti dua pertiga pada kebanyakan PRU tetapi ia tidak berlaku pada zaman Tun Abdullah (2008) dan Najib (2013). Ini bererti mereka tidak kompeten untuk berdepan dengan pembangkang yang semakin lama semain pintar. Titik.


No comments:

Post a Comment