-
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI
PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan
berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki
dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan
berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki
dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak
bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH
Mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan
sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama
Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi
secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran
demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi
2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT
Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat
adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat
dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam bab ini, KHALWAT bermakna (a)
bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau (b) Mengasingkan diri dalam
keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan
perbuatan maksiat.
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG
JUMAAT
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan
sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan
yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama,
dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN.
Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau
menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan
Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada
jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta
di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada
mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua
makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa
dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian
(2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah
dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan
kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan
bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan
atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA
Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan
dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah
berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman
hadd seperti berikut:
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati
dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan
dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh
satu tahun.
Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan
dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan:
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30
sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak
melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3
tahun.
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina
dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan
syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang
sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina
dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang
diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana
yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN
MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR BALIGH.
Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau
belum mencapai umur baligh melakukan zina dan:
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh,
atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’
setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah
al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat
pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak
melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada
yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud
ialah 1 dinar (4.25g emas)
Jika didapati bersalah (dengan cara
pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka kesalahan pertama potong tangan kanan hingga
pergelangan tangan / kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut / kesalahan ketiga dan seterusnya penjara tidak
lebih 15 tahun / Kalau bersalah bukan cara di atas, kena
penjara dan denda.
Pengecualian: Pesalah 15 tahun ke bawah atau tidak siuman / owner memang tak jaga keselamatan brg / pencuri bayar sikit, lepas tu lari / bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth:
buah2) / bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat
musik) / mencuri dari penghutang yang tak nak bayar
hutang pencuri / keadaan memaksa: bencana alam, perang / isteri curi dari suami atau sebaliknya (kecurian
dalam keluarga sendiri)
No comments:
Post a Comment