- Apabila media sosial mengkritik kerajaan mengenai 1MDB, pasti sekali kesahihannya diragui atas banyak sebab yang tak perlu dihuraikan.
- Tetapi apabila Utusan Malaysia menulis mengenainya, semua mata tertumpu kepada penulis dan maklumat yang disampaikannya.
- Pada 9 Ogos lepas, pengarang veteran Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Husin menguatkan semangat untuk mengkritik isu nasional yang Perdana Menteri paling tidak suka mendengarnya iaitu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan siasatan SPRM.
- Diakui bahawa isu-isu itu sudah basi sebab banyak diperkatakan di tepi jalan, warung, restoran dan hotel.
- Ku Seman bertanya apakah UMNO mampu berhadapan dengan rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum 14. Kalau isu ini tidak diurus dengan bijak, UMNO akan habis modal bercakap soal integriti.
- Semasa Anwar Ibrahim dipecat, tercetus gelombang penentangan yang besar. Namun UMNO bijak dan bertanggungjawab untuk tidak menyekutukan parti dengan masalah moral pemimpin.
- Hari ini UMNO tidak boleh melibatkan diri dalam isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
- Ketika media sosial dedahkan isu itu, UMNO segera menafikan tetapi apabila SPRM mengesahkan, barulah UMNO mengaku duit derma itu adalah dana politik.
- Kalau UMNO mahu dilihat umum sebagai menjunjung integriti, jelaskan kepada rakyat bahawa duit itu bukan untuk UMNO.
- Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. Jangan anggap duit itu hak parti sedangkan pemimpin parti tidak tahu menahu kewujudannya.
- Rakyat marhaen yang dunia mereka sebesar tempurung pun faham benar perbezaan antara kedua-duanya.
- Tan Sri Shahrir Samad (BNBBC) mengesahkan selama beliau dalam UMNO, soal derma tidak pernah didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri. Ini jelas menunjukkan derma itu bukan kepada UMNO.
- Akibat kritikan itu, Ku Seman `diserang’ beberapa wakil Perdana Menteri seperti Datuk Dr Puad Zakarshi dan Datuk Seri Salleh Said Keruak.
- Bagaimanapun wakil Perdana Menteri itu tidak menyentuh isu yang beliau bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion bukan milik UMNO.
- Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga tidak tahu tentang kewujudan derma itu yang secara tiba-tiba diisytihar milik UMNO.
- Lalu Ku Seman mendakwa bahawa UMNO kelihatan bersedia memikul biawak hidup. Memikul liabiliti Perdana Menteri yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli UMNO kepada UMNO.
- Puad dan Salleh dikatakan `spin' kenyataan Ku Seman seolah-olah pengarang itu menuduh derma RM2.6 bilion itu sebagai rasuah. Mereka menjawab seolah-olah Ku Seman mempertikaikan status derma itu.
- “Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.
- “Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.
- “Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.
- “Untuk pengetahuan Puad, saya sangat faham bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan.
- “Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.
- “Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik UMNO, sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi.
- “Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan UMNO terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.
- “Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.
- “Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Puad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan supaya menjadi tukang angguk.
- “Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul,” cantas Ku Seman.
- Sudut pandang Ku Seman mengenai hak menikmati maklumat yang betul sememangnya tidak boleh dinafikan, sementelahan beliau merupakan pengarang media arus perdana yang dilengkapi dengan etika dan kemahiran.
- Namun kemahiran beliau itu dilihat segelintir UMNO sebagai petanda bahawa nyawanya dalam Utusan Malaysia akan dipendekkan.
Tuesday, 11 August 2015
Bila Utusan Malaysia berbunyi…
Friday, 7 August 2015
After The Rain imbau kenangan kepada Muhyiddin dan rakan
![]() |
| Najwa menyuntik semangat patriotik menerusi lagu After The Rain |
Khabarnya ribuan netizen Malaysia tersentuh hati apabila
mendengar lagu pop After The Rain karya anak Melayu yang bernama Najwa
Mahiadin.
Ramai percaya kekuatan lagu itu terletak pada melodi dan lirik yang indah, manakala ramai juga yakin latarbelakang penyanyi itu turut memberi kekuatan pada lagu. Bagi penulis, semua padangan di atas benar, ia merupakan lagu yang saling melengkapi.
Biarpun Najwa Mahiadin merupakan artis baru dalan dunia hiburan namun beliau adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang dipecat baru-baru ini kerana menyuarakan kegelisahan rakyat mengenai projek 1MDB.
Selain Muhyiddin, ramai lagi menteri kanan yang turut dipecat dalam sekelip mata dan diberi lambaian terima kasih yang ringkas daripada pucuk pimpinan.
Sudah tentu mereka menghadapi saat getir dan sukar dengan insiden yang tidak dijangka berlaku. Apatah lagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar pengumuman menyedihkan itu.
Sudah tentu mereka menghadapi saat getir dan sukar dengan insiden yang tidak dijangka berlaku. Apatah lagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar pengumuman menyedihkan itu.
Lalu Najwa dengan cerdiknya menyuntik kata-kata semangat kepada
umum termasuk pemimpin dan pejuang Malaysia yang
merasa sedih dan tertekan ketika mengharungi saat-saat kehidupan yang sukar.
But we all get up
Hold your head up Malaysia
After the rain comes the sun
When life gets cold and skies aren’t
blue
You're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters
We'll see you through
Adunan melodi R&B yang indah dan lembut, lagu After The
Rain oleh Najwa telah berjaya menyentap perasaan warga patriotik Malaysia.
Lagu penuh simbolik itu telah diviralkan di laman sosial
Facebook dan ia kini menjadi siulan warga Malaysia daripada pelbagai lapisan
bangsa dan usia.
Percaya kepada kuasa muzik, Najwa tampil untuk
merawat kesedihan hati pemimpin masyarakat yang sedang menghadapi kesukaran melalui lagu
terbarunya, After The Rain.
“Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu
ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran,”
katanya dalam laman sosial.
Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di
Twitter, dan turut menggunakan hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia. Lagu dan klip
video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik yang penuh dengan makna.
Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu
berkenaan dapat memberi “kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu
mencabar ini”.
Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila
mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.
Lagu ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan
kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.
Najwa juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa ayahnya
kerana dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu.
Malah pada hari Perdana Menteri mengumumkan keputusannya
mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: “Allah knows best“.
Lagu After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di
Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.
Susulan daripada penyebaran lagu itu di laman sosial, ramai
beranggapan bahawa penyanyi R&B itu mahu rakyat Malaysia terus
bersolidariti menghadapi apa sahaja dugaan.
Mungkin ada yang mengaitkan lagu itu dengan isu
politik semasa di mana ayah Najwa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat
daripada kabinet.
Tapi ada juga yang kata ia adalah usaha 'memulihkan' luka
antara kita selepas peristiwa MH370, MH17, banjir besar dan sebagainya.
Bertajuk After The Rain, ia sedikit sebanyak memberikan
motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai
kesukaran dan cabaran. Berikut disertakan video klip lagu Najwa daripada Youtube.
Wednesday, 5 August 2015
DAP kenyang dapat cerita panas untuk sembelih UMNO
- Portal satey milik DAP cukup gembira mengumumkan `perang terbuka’ di antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Ini berikutan tindakan UMNO Bahagian Semporna mengubah jadual perasmian mesyuarat pada 15 Ogos ini dilakukan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mengikut jadual asal mesyuarat itu sepatutunya drasmikan oleh Presiden UMNO.
- The Malaysian Insider milik DAP (Tong Koii Ong) mencipta persepsi bahawa pemimpin Sabah itu telah mengisytihar perang ke atas Najib walaupun Shafie Apdal berjanji tidak akan mendurhakai parti.
- DAP dan PKR cuba menggambarkan Shafie dan Muhyiddin sedang bersatu menentang Najib. UMNO pula digambarkan sedang menghadapi perang saudara yang sama besar seperti dalam tahun 1997.
- Bagi mereka yang singkat akal, akan membenarkan persepsi ciptaan DAP itu. Namun bagi mereka yang ada akal panjang, mereka dapat melihat tindakan itu mahu menyelamatkan maruah Najib daripada kemungkinan dicemuh, diserbu dan dimalukan oleh segelintir warga UMNO Semporna.
- Shafie tidak mungkin dapat mengawal emosi semua ahli UMNO di Bahagiannya, maka cara terbaik mengelak Najib daripada diserbu dan dimalukan ialah dengan membatalkan kehadiran Presiden UMNO itu.
- Menyediakan ruang untuk menjatuhkan air muka Presiden parti, hanya akan membunuh kedudukan serta kerjaya politik Shafie Apdal sendiri.
- Sebaiknya laporan beberapa portal DAP mest dicermati sebelum ditelan dan dihadam kerana portal seumpama itu tidak pernah memberi liputan positif tentang UMNO dan kerajaan.
- Di Johor, DAP cuba `menangguk di air yang keruh’ (kalau DAP faham bidalan) dengan menumpang kenyataan Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Khaled Nordin yang mahu UMNO membanteras rasuah secara lebih bersungguh-sungguh.
- Lalu DAP membuka pintu berkerjasama dengan pemimpin dan ahli UMNO yang anti-rasuah, yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh penyelewengan, perkauman dan salahguna kuasa.
- Dengan selamba Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menasihatkan pimpinan dan anggota UMNO supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu mengenai rasuah termasuklah dalam hal penerimaan 'derma RM2.6 bilion' kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri.
- DAP gigih berusaha untuk menjuarai isu rasuah kerana mereka mahu bangsa Melayu yang mentah ini melupakan hakikat bahawa bangsa Cina di Malaysia sebenarnya `maharaja rasuah’.
- MCA dan Gerakan merupakan perasuah di dalam kerajaan, manakala DAP perasuah di luar kerajaan. Mereka berkekongkol tanpa perlu berkata apa-apa atau menjalin hubungan secara lisan mahupun bertulis.
- Di hati mereka sudah terpahat bahawa demi perjuangan ekonomi bangsa Cina di Malaysia, mereka terpaksa merasuah semua bangsa Melayu yang berkepentingan terutama kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan tender dan sebagainya.
- Pekara ini pernah disindir oleh beberapa penulis berkaliber di media perdana terutama Utusan Melayu dan sering dibangkitkan oleh blogger Melayu juga.
- Apa reaksi bangsa Cina terutama DAP. Mereka mahu penulis akhbar itu membuktikan siapakah di kalangan ahli DAP, MCA, Gerakan yang menjadi perasuah.
- Gagal membuktikan dakwaan bererti penulis akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Itu bab satu. Bab kedua pula, setakat ini bangsa Cina anggap perasuah bukan penjenayah kerana tidak ada perundangan menghukumnya.
- Yang ada cuma hukuman ke atas penerima rasuah iaitu kalangan bangsa Melayu dan UMNO jadi mangsa sembelihan DAP tak berkesudahan.
- Soal blogger Melayu yang menyuarakan isu serupa, mereka tak berapa peduli kerana mereka anggap blogger Melayu seumpama `kucing kurap’ dan mereka tidak mahu buang masa untuk berdepan kumpulan ini.
- Lalu DAP terus memainkan `sentimen persepsi’ di kalangan masyarakat Malaysia agar sentiasa memusuhi UMNO yang korupsi sedangkan DAP dan bangsa Cina secara umumnya merupakan bangsa perasuah.
- Sedihnya ramai di kalangan bangsa Melayu terjerumus dalam permainan `sentimen persepsi’ ciptaan DAP itu dan kini bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri dalam berbicara isu rasuah.
- Lebih parah lagi apabila bangsa Melayu tidak mahu `mengangkat mata’ apatah lagi mahu memerangi perasuah yang dijuarai oleh bangsa Cina.
- Saban hari bangsa Melayu hanya mengutuk dan menghina penerima rasuah seperti UMNO, polis, pegawai dan agensi kementerian.
- Apabila sentimen persepsi yang dilakukan oleh DAP berjaya, maka mudahlah parti Cina itu menyembelih UMNO dengan apa juga isu semasa yang terlintas di depan mata. Sayang seribu kali sayang. Melayu masih belum mahu matang.
Subscribe to:
Comments (Atom)


