Friday, 7 August 2015

After The Rain imbau kenangan kepada Muhyiddin dan rakan

Najwa menyuntik semangat patriotik menerusi lagu After The Rain
Khabarnya ribuan netizen Malaysia tersentuh hati apabila mendengar lagu pop After The Rain karya anak Melayu yang bernama Najwa Mahiadin.

Ramai percaya kekuatan lagu itu terletak pada melodi dan lirik yang indah, manakala ramai juga yakin latarbelakang penyanyi itu turut memberi kekuatan pada lagu. Bagi penulis, semua padangan di atas benar, ia merupakan lagu yang saling melengkapi.

Biarpun Najwa Mahiadin merupakan artis baru dalan dunia hiburan namun beliau adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat baru-baru ini kerana menyuarakan kegelisahan rakyat mengenai projek 1MDB.

Selain Muhyiddin, ramai lagi menteri kanan yang turut dipecat dalam sekelip mata dan diberi lambaian terima kasih yang ringkas daripada pucuk pimpinan.

Sudah tentu mereka menghadapi saat getir dan sukar dengan insiden yang tidak dijangka berlaku. Apatah lagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar pengumuman menyedihkan itu. 

Lalu Najwa dengan cerdiknya menyuntik kata-kata semangat kepada umum termasuk pemimpin dan pejuang Malaysia yang merasa sedih dan tertekan ketika mengharungi saat-saat kehidupan yang sukar.

We may all fall down
But we all get up
Hold your head up Malaysia
After the rain comes the sun
When life gets cold and skies aren’t blue
You're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters
We'll see you through       

Adunan melodi R&B yang indah dan lembut, lagu After The Rain oleh Najwa telah berjaya menyentap perasaan warga patriotik Malaysia.

Lagu penuh simbolik itu telah diviralkan di laman sosial Facebook dan ia kini menjadi siulan warga Malaysia daripada pelbagai lapisan bangsa dan usia.

Percaya kepada kuasa muzik, Najwa tampil untuk merawat kesedihan hati pemimpin masyarakat yang sedang menghadapi kesukaran melalui lagu terbarunya, After The Rain.

“Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran,” katanya dalam laman sosial.

Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Twitter, dan turut menggunakan hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia. Lagu dan klip video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik yang penuh dengan makna.

Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu berkenaan dapat memberi “kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu mencabar ini”.

Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.

Lagu ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.

Najwa juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa ayahnya kerana dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Malah pada hari Perdana Menteri mengumumkan keputusannya mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: “Allah knows best“.

Lagu After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.

Susulan daripada penyebaran lagu itu di laman sosial, ramai beranggapan bahawa penyanyi R&B itu mahu rakyat Malaysia terus bersolidariti menghadapi apa sahaja dugaan.

Mungkin ada yang mengaitkan lagu itu dengan isu politik semasa di mana ayah Najwa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada kabinet.

Tapi ada juga yang kata ia adalah usaha 'memulihkan' luka antara kita selepas peristiwa MH370, MH17, banjir besar dan sebagainya.

Bertajuk After The Rain, ia sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran. Berikut disertakan video klip lagu Najwa daripada Youtube.


No comments:

Post a Comment