- Apabila media sosial mengkritik kerajaan mengenai 1MDB, pasti sekali kesahihannya diragui atas banyak sebab yang tak perlu dihuraikan.
- Tetapi apabila Utusan Malaysia menulis mengenainya, semua mata tertumpu kepada penulis dan maklumat yang disampaikannya.
- Pada 9 Ogos lepas, pengarang veteran Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Husin menguatkan semangat untuk mengkritik isu nasional yang Perdana Menteri paling tidak suka mendengarnya iaitu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan siasatan SPRM.
- Diakui bahawa isu-isu itu sudah basi sebab banyak diperkatakan di tepi jalan, warung, restoran dan hotel.
- Ku Seman bertanya apakah UMNO mampu berhadapan dengan rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum 14. Kalau isu ini tidak diurus dengan bijak, UMNO akan habis modal bercakap soal integriti.
- Semasa Anwar Ibrahim dipecat, tercetus gelombang penentangan yang besar. Namun UMNO bijak dan bertanggungjawab untuk tidak menyekutukan parti dengan masalah moral pemimpin.
- Hari ini UMNO tidak boleh melibatkan diri dalam isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
- Ketika media sosial dedahkan isu itu, UMNO segera menafikan tetapi apabila SPRM mengesahkan, barulah UMNO mengaku duit derma itu adalah dana politik.
- Kalau UMNO mahu dilihat umum sebagai menjunjung integriti, jelaskan kepada rakyat bahawa duit itu bukan untuk UMNO.
- Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. Jangan anggap duit itu hak parti sedangkan pemimpin parti tidak tahu menahu kewujudannya.
- Rakyat marhaen yang dunia mereka sebesar tempurung pun faham benar perbezaan antara kedua-duanya.
- Tan Sri Shahrir Samad (BNBBC) mengesahkan selama beliau dalam UMNO, soal derma tidak pernah didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri. Ini jelas menunjukkan derma itu bukan kepada UMNO.
- Akibat kritikan itu, Ku Seman `diserang’ beberapa wakil Perdana Menteri seperti Datuk Dr Puad Zakarshi dan Datuk Seri Salleh Said Keruak.
- Bagaimanapun wakil Perdana Menteri itu tidak menyentuh isu yang beliau bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion bukan milik UMNO.
- Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga tidak tahu tentang kewujudan derma itu yang secara tiba-tiba diisytihar milik UMNO.
- Lalu Ku Seman mendakwa bahawa UMNO kelihatan bersedia memikul biawak hidup. Memikul liabiliti Perdana Menteri yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli UMNO kepada UMNO.
- Puad dan Salleh dikatakan `spin' kenyataan Ku Seman seolah-olah pengarang itu menuduh derma RM2.6 bilion itu sebagai rasuah. Mereka menjawab seolah-olah Ku Seman mempertikaikan status derma itu.
- “Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.
- “Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.
- “Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma.
- “Untuk pengetahuan Puad, saya sangat faham bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan.
- “Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.
- “Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik UMNO, sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi.
- “Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan UMNO terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.
- “Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.
- “Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Puad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan supaya menjadi tukang angguk.
- “Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul,” cantas Ku Seman.
- Sudut pandang Ku Seman mengenai hak menikmati maklumat yang betul sememangnya tidak boleh dinafikan, sementelahan beliau merupakan pengarang media arus perdana yang dilengkapi dengan etika dan kemahiran.
- Namun kemahiran beliau itu dilihat segelintir UMNO sebagai petanda bahawa nyawanya dalam Utusan Malaysia akan dipendekkan.
Tuesday, 11 August 2015
Bila Utusan Malaysia berbunyi…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment