Monday, 17 March 2014

Alahai mahalnya harga ikan

  1. Rata-rata nelayan tak berani jual ikan kembung melebihi RM2 sekilo kepada peraih. Takut peraih tak nak beli.  Biasanya mereka jual RM1 atau RM1.50 sekilo. Namun di pasaraya dan pasar basah harganya menjangkau RM10 sekilo manakala di kedai runcit melambung lagi ke paras RM14 sekilo.
  2. Itu harga hari biasa. Kalau musim perayaan atau tengkujuh atau air mati (istilah nelayan), ikan kembung melambung sampai RM16 di pasaraya. Jangan tanyalah harga di kedai runcit. Boleh pengsan dibuatnya.
  3. Rata-rata nelayan berkata, 'orang tengah menekan kami'.  Kalau tak percaya, cuba turun ke pangkalan jeti Kuala Selangor atau mana-mana jeti ikan di seluruh Malaysia dan bertanyalah kepada nelayan.
  4. Keluhan mereka mesti sama. Masalah orang tengah (peraih) sudah lama berlaku. Bukan ikan kembung saja yang melambung. Lain-lain pun sama. Nelayan jual murah tapi peraih tekan harga cukup-cukup. "Siapa banyak mulut, tak payah beli ikan" kata peraih sombong.
  5. Ikan belukang (sesetengah orang panggil ikan bagok), ikan yang paling low class dalam spesis ikan laut. Nelayan jual kepada peraih pada harga RM1.50 sekilo, tetapi apabila sampai ke pasar harga melambung sehingga RM8 sekilo.
  6. Sebagai nelayan bot kecil mereka hanya menangkap beberapa jenis ikan sahaja seperti belukang, ikan sebelah, bawal, kembung dan udang.
  7. Sama juga dengan harga udang kelabu misalnya, nelayan jual pada orang tengah pada harga RM14 sekilo tetapi apabila di pasar harganya menjangkau RM31 sekilo.
  8. Begitu juga dengan harga ikan lain, udang mahupun sotong, juga tidak menentu kerana ia bergantung kepada musim, misalnya harga akan jauh lebih tinggi pada hujung minggu dan ketika air laut mati.
  9. Ketika permintaan ikan tinggi, harga ikan juga akan melambung selain daripada kekurangan jumlah nelayan yang turun ke laut.
  10. Harga di pasar tani murah sikit. Bagi memastikan bekalan ikan basah sentiasa mencukupi dan harganya rendah di semua pasar tani, Fama memberi sokongan dengan menyediakan ruang kepada persatuan nelayan dan nelayan individu untuk membuka gerai jualan di pasar tani.
  11. Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak berkata, tujuan pasar tani diwujudkan adalah untuk mengawal harga barang secara berterusan.
  12. "Setakat ini, terdapat 560 pasar tani seluruh negara dan sehingga kini, 156 penglibatan dari persatuan nelayan mendaftar sebagai peserta pasar tani. Untuk menjadi peserta pasar tani, peniaga memerlukan modal pusingan.
  13. "Peserta boleh memohon pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 daripada Nekmat," katanya. Beliau menambah, Fama turut menyediakan lot kosong di pasar tani yang diperuntukkan kepada nelayan, persatuan nelayan kawasan dan Nekmat yang boleh dipohon melalui Fama.
  14. "Nelayan boleh menyertai untuk menjual tangkapan mereka secara terus di pasar tani atau pun menerusi persatuan nelayan dengan keuntungan dimiliki terus oleh mereka," katanya.
  15. Itu masalah nelayan. Bagaimana pula dengan pengguna? Perlukah mereka turun ke sungai dan laut untuk mendapatkan keperluan protein dengan harga murah? Atau mengemis dengan Nekmat?
  16. Tempiasnya lebih terkena kepada rakyat berpendapatan rendah. Mereka bertanya tidak bolehkah harga ikan itu dikawal? Walhal ia merupakan sumber protein dan makanan laut yang paling diperlukan semua lapisan masyarakat.
  17. Menurut statistik, Malaysia berada di kedudukan kelima di dunia sebagai negara penggemar ikan dan tertinggi di Asia Tenggara.
  18. Malangnya, harga ikan di negara ini semakin lama semakin mahal dan membebankan pengguna apatah lagi ketika di musim perayaan dan tengkujuh.
  19. Mengapa begitu mahal? Saban tahun soalan sama diaju, saban tahun juga jawapan sama diterima.
  20. Mahal kerana musim tengkujuh, mahal disebabkan stok bekalan kurang dan macam-macam lagi alasan. Tetapi yang menanggung kosnya adalah rakyat.
  21. Terbaru, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan menghapuskan peranan orang tengah yang menjadi penyebab kepada kenaikan harga ikan.
  22. Bermula dari situ, kementerian itu dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melancarkan lapan inisiatif yang digelar 'jihad memerangi orang tengah' untuk membantu nelayan, sekali gus mengurangkan harga ikan di pasaran.
  23. Bagi memastikan pelaksanaannya, LKIM, Jabatan Perikanan, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (Fama) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bergabung tenaga.
  24. Boleh turun harga 30 peratus. Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, jika kegiatan orang tengah berjaya dibanteras, harga ikan akan dapat diturunkan sehingga 20 ke 30 peratus.
  25. “Orang tengah membeli ikan daripada nelayan dengan harga rendah, kemudian menjual semula kepada pengguna dengan menaikkan harga ikan 20 dan 30 peratus.
  26. “Situasi ini dilihat menindas nelayan yang berhempas pulas ke laut dan golongan pengguna yang membeli ikan dengan harga tinggi,” katanya.
  27. Menurutnya, inisiatif terbaru ini dibuat untuk memastikan orang tengah lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan dengan apa yang mereka ingin jual di pasaran.
  28. “Jika kita tidak mengambil berat masalah ini rakyat akan terus terbeban dengan sikap tidak bertanggungjawab orang tengah dan kenaikan harga yang melampau,” katanya.
  29. Nelayan jual terus ke Nekmat.  Penjualan secara terus daripada nelayan kepada Nekmat yang bertindak sebagai orang tengah mampu mengurangkan harga ikan basah sehingga 30 peratus di pasaran.
  30. Irmohizam berkata, terdapat dua alternatif bagi mengawal harga ikan. Pertama, Nekmat bersama persatuan nelayan kawasan akan membeli terus hasil tangkapan nelayan dengan harga sama seperti orang tengah atau harga pasaran yang berpatutan.
  31. “Ikan yang diambil akan dijual terus kepada pengguna. Dalam erti kata lain tidak mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan tinggi, sekali gus mengurangkan harga ikan jauh lebih rendah berbanding peniaga lain yang menjual bukan melalui Nekmat.
  32. “Kaedah kedua, nelayan sendiri bertindak sebagai penjual ikan di pasar tani. Secara langsung, harga ikan juga dapat dikawal,” katanya.
  33. Bagi mengelak bekalan ikan tidak mencukupi terutama ketika musim tengkujuh, iaitu sekitar November sehingga Februari setiap tahun, Nekmat bertanggungjawab memastikan bekalan ikan sentiasa ada dalam simpanan.
  34. “Setakat ini, terdapat 23 pusat pengumpulan dan pengedaran ikan basah di bawah seliaan LKIM dan sembilan lagi dikendalikan Nekmat. Bilangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan stok bekalan ikan basah mencukupi.
  35. “Nekmat juga berusaha meningkatkan bekalan ikan basah daripada 50 juta tan setahun kepada lebih 100 juta tan setahun,” katanya.
  36. Bagaimanapun, sebagai permulaan, pelaksanaan akan dimulakan dengan penjualan ikan basah di pasar tani seluruh negara, secara berperingkat.
  37.  

Friday, 14 March 2014

Khalid oh Khalid.

     
  1. Dari tahun 2008 hingga 2013, Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia tidak henti-henti memuji Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan bijak dan professional mentadbir Selangor sehingga mampu menyimpan sejumlah rizab berbilion ringgit.
  2. Tup tup sejak penghujung 2013, MB Selangor mula dikritik secara kecil-kecilan dari rakan sekongkolnyai. Makin lama makin banyak dan lantang Malah Abdul Khalid dibalun cukup-cukup oleh ramai pucuk pimpinan tertinggi parti kesayangannya itu.
  3. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sendiri mahu mengusulkan undi tak percaya terhadap MB Selangor yang selama ini beliau sanjung tinggi. Malas nak hurai mengapa Azmin mahu berbuat demikian tetapi cukuplah sekadar menjelaskan bahawa Azmin pernah minta duit dari Khalid untuk keperluan PKR sebelum ini tetapi ditolak dengan alasan wang negeri tak boleh beri kepada parti. Azmin bengang, Anwar pun bengang tapi tak boleh buat apa-apa sebab Khalid merupakan boss besar di Selangor.
  4. Kini api kebencian terhadap Khalid diwacanakan melalui satu konsprasi dikenali sebagai “Langkah Kajang”. Anwar arah Lee Chin Chen letak jawatan bagi memudahkannya bertanding. Jika menang, Anwar akan minta Khalid letak jawatan dan beliau sendiri akan menjadi MB Selangor.
  5. Khalid sedar dirinya sudah mula diperbodohkan oleh bos besar PKR tapi beliau “diam-diam ubi” kerana mahu tunjuk setia pada parti. Kesetiaan itu dibuktikan apabila Khalid menawarkan diri menjadi pengarah pilihan raya di Kajang.
  6. Tup tup Anwar dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan meliwat. Sebagai ahli politik veteran, Anwar sudah menjangka hal itu lalu mengarahkan isterinya bertanding pula. Jika menang nanti, Azizah mungkin boleh mempengaruhi Khalid dalam membuat semua keputusan penting berkaitan kerajaan negeri, parti dan mungkin juga hal-hal keluarga.
  7. Di mata umum, orang ramai melihat Anwar ada lineup bersama “Azmin and the gang”, manakala Azizah bersama “Khalid and the gang”. Ini bererti pada mata kasar, dalam keluarga PKR-Anwar ada serbuk kaca yang berserakan.
  8. Apakah lineups Anwar dan Azizah itu sekadar helah politik PKR untuk mengelirukan pemandangan UMNO?, dalam kes ini sudah tentu hanya “Johari yang mampu mengenal Maniam”.
  9. Dari samar-samar kelihatan lineups Azizah dan Khalid akan cenderung menuju ke pangkuan UMNO. Sebab itu Khalid menandatangani MoU dengan kerajaan pusat berkaitan projek Langat 2 dan penstrukturan aset air Selangor.
  10. Anwar sedar helah Khalid, lalu meminta Azimn mengumpulkan pemimpin PKR pusat pada Mac 6, 2014 lalu yang diketuai oleh bekas ADUN Kajang Lee Chin Chen; Zakaria Hamid (MPP PKR Pusat); Lee Loy Sian (MP PJ Selatan); Abdullah Sani Abd Hamid (MP Kuala Langat) dan Dr Xavies Jayakumar (ADUN Sri Andalas) dalam perjumpaan PKR di Hotel Pavillion, Sandakan.
  11. Secara terbuka, Lee Chin Cheh mendakwa selama Khalid menjadi MB Selangor dia memang tidak sehaluan kerana MB Selangor seorang yang degil dengan menaikan gaji ADUN & Exco sehingga 400% yang dilihat tidak masuk akal dan tanpa berunding dengan parti. Khalid juga digambarkan tamak kuasa dengan memecat Azmin dari PKNS.
  12. Abdullah Sani pula secara terbuka menyifatkan Khalid sebagai pengkhianat kerana mengamalkan kroni dan rasuah dalam memberi projek kerajaan negeri dan mendesak agar letak jawatan. Dr Xavier pula mededahkan walapun Selangor negeri terkaya di Malaysia tetapi gagal dalam membantu rakyat di bawah pentadbiran Khalid. Banyak lagi keburukan dan kelemahan Khalid yang didedahkan oleh rakan rakan beliau sendiri.
  13. Sebelum ini mereka memuji Khalid setinggi langit. Kali ini mereka sesuka hati meludah Khalid. Pelikkan? Adakah Khalid tidak professional atau mereka yang mengkritik MB itu ada motif lain? Atau ia merupakan agenda Azmin.
  14. Tambahan pula, Khalid mengumumkan mahu mencabar jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Azmin Ali. Sudahlah Azmin dibuang dari PKNS, kini jawatan Timbalan Presiden pula nak dicabarnya. Sudah tentulah Azmin “jambu” naik minyak.
  15. Situasi itu memaksa Azmin menggerakkan jentera ke seluruh negara untuk mendedahkan kelemahan Khalid dengan harapan Khalid tersungkur dan Anwar naik. Nampaknya strategi KL gengster ini tersilap congak.
  16. Anwar tidak layak bertanding kerana mahkamah mensabitkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat. Khalid terselamat. Tapi tak mungkin Azizah jadi MB Selangor yang baru kerana banyak sebab yang tidak mengizinkan.
  17. Persoalannya pergolakan kepimpinan PKR Selangor jauh lebih hodoh berbanding zaman Umno yang dikatakan berebut-rebut mahu menjadi MB Selangor. Mampukah Khalid mentadbir Selangor dengan baik jika rakan rakan nya sendiri menikam dari belakang? Hanya masa akan menentukannya.
  18. Kepada mereka yang baru menyusur alur politik Selangor, mungkin tertanya-tanya mengapa Khalid tiba-tiba buat U-TURN? Awalnya, Anwar menghidu kehadiran Tun Daim Zainuddin untuk menghalang kebangkitannya di Selangor. Lalu geng haluan kiri memaparkan surat layang dengan mendakwa Bank Islam mahu selesaikan kes saman hutang RM66.67 juta terhadap Abdul Khalid dengan amaun rendah jika berkompromi dengan kerajaan Pusat.
  19. Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat. Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.
  20. Baru-baru ini pemblog pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) mengupas surat layang dengan mendakwa faktor hutang Khalid-Bank Islam yang bakal diselesaikan dengan ‘pihak ketiga,’ merupakan faktor utama Anwar melaksanakan Langkah Kajang.
  21. Malah, MSO turut mendedahkan dua pimpinan tertinggi PAS yang bermesyuarat secara sulit dan mempertahan Khalid dan kemungkinan ada kecenderungan untuk membuat pakatan dengan UMNO. Namun, artikel MSO ditarik balik daripada blognya pada keesokan harinya. PKR bertalu-talu mendakwa isu Khalid dan Bank Islam telah mengaibatkan Khalid berlembut dengan kerajaan Pusat dan membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan dan bersetuju pengambilan asset air di Selangor. Namun Khalid jawab mudah:“Saya langsung tak ada hubungan dengan Daim”
  22. Mengenai isu air Selangor, Rafizi Ramli paling menggila mengutuk Khalid. Dia mendakwa harga air akan naik, rakyat terbeban dan perjanjian air kononnya tidak menjaga kepentingan rakyat. Anwar pula dikatakan tidak meminta mana-mana pemimpin parti PKR menutup mulut berkaitan isu penstrukturan semula air.
  23. Khalid pula dalam kenyataan menyebut perjanjian air di tidak dimaklumkan kerana tidak mahu campur tangan dalam menentu harga. Kita kena tahu Perjanjian Air Selangor bukan sahaja melibatkan Kerajaan Selangor dengan Persekutuan tetapi melibatkan entiti lain seperti Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas. Setengahnya memang GLC kerajaan negeri (KDEB) ada stake, Gamuda, selain dari individu seperti Tan Sri Wan Azmi menerusi Sweet Water Alliance (30% dalam Splash) dan juga Tan Sri Rozali Ismail menerusi Syabas.
  24. Difahamkan Khalid sendiri berdepan dengan campur tangan Anwar yang membawa Tan Sri Wan Azmi bertemu Khalid bagi mendapatkan "deal" yang lebih baik kepada concessionare (at the extra of RM2 billion for Tan Sri Wan Azmi).
  25. Khalid dilihat membuat pertimbangan yang wajar menyegerakan perkara ini tanpa pengetahuan Anwar kerana bimbang dengan campur tangan sebegini. Timbul pula persoalan adakah campur tangan Anwar untuk kepentingan rakyat atau kepentingan pihak tertentu?
  26. Banyak persoalan yang timbul. Ada yang menyebut Khalid berdepan dengan situasi yang sangat rumit dan memerlukan satu tindakan yang bijak demi kepentingan rakyat Selangor. Justeru itu, beliau mengambil keputusan menyegerakan perjanjian itu demi rakyat.
  27. Khalid menyegerakan "deal" dengan kerajaan Pusat kerana kegagalan "willing seller willing buyer" yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat berakhir pada 31 Disember 2013 yang lalu. Mengelakkan campur tangan politik parti ini dan tekanan kepada Khalid untuk memberi "better deal for concessionare" akan menyebabkan rakyat Selangor menanggung beban RM 4 billion.
  28. Ada pula maklumat yang mendakwa tentang wang RM50 juta dijanjikan kepada PKR atas urus niaga ektra RM2 billion. Rafizi sebelum ini dikatakan telah di'taja' oleh individu kaya berkenaan bagi meneruskan 'perjalanan politik'. Kalau tak ada sumber wang, macam mana nak bergerak? Sebab itu beliau tak habis-habis melaung di sana sini.
  29. Akal Khalid tidak secetek Rafizi. Beliau tidak mengiyakan semua kemahuan kerajaan Pusat tanpa sebarang pertimbangan. Track recordnya dalam banyak isu dengan kerajaan Pusat semuanya menunjukkan Khalid merupakan seorang yang berpengalaman, bijak dan jujur dengan amanah yang diberikan serta tak ambil kesempatan untuk "kebas" duit rakyat.
  30. Jika Kerajaan Pusat gagal menunaikan janji, kerajaan Selangor melalui Majlis Eksekutif dan Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kuasa di bawah undang-undang Selangor dan Perlembagaan Persekutuan untuk menafikan sebarang lesen kepada entiti Kerajaan Persekutuan yang berkaitan bagi maksud projek Langat 2. Dengan kata lain, tanpa sebarang kelulusan tambahan, projek Langat 2 masih tidak boleh diteruskan.

Pencarian MH370 hari ke tujuh

 
 
Updates 7.1
  • Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon ke Lautan Hindi untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
  • Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.
  • Kenyataan itu berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. – Bernama
Updates 7.2
  • Imej yang dikesan oleh satelit China bukan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin. Kesahihan maklumat berkenaan telah diperinci dan mendapati imej berkenaan bukan pesawat MH370.
  • "Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) telah dihantar pagi tadi untuk menyiasat serpihan yang dikesan satelit China. Kita telah hantar aset tapi tak temui apa-apa," katanya kepada pemberita.
  • Mengulas lanjut, beliau berkata, kedutaan China turut mengesahkan penyiaran imej itu suatu kesilapan. Mereka memberitahu bahawa imej itu disiarkan 'by mistake' dan tidak menunjukkan sebarang serpihan MH370.
Updates 7.3
  • Malaysia menafikan laporan media asing berhubung data enjin pesawat Boeing 777-200 yang mendakwa pesawat itu terbang empat jam selepas hilang dari radar. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa laporan berkenaan tidak tepat.
  • "Saya nak jelaskan mengenai laporan media berhubung data enjin pesawat dan MAS telah sahkan sebentar tadi bahawa ia tidak tepat. Kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi (Sabtu) yang menunjukkan bahawa semuanya normal," katanya.
  • Rolls-Royce dan pengeluar Boeing bekerjasama dengan MAS serta pasukan penyiasat sejak Ahad lalu. Isu ini tak pernah dibangkitkan. Bila ada maklumat baru, mereka berkolaborasi. Berhubung laporan ini, MAS telah dapatkan maklumat terperinci dari Rolls-Royce dan pasukan Boeing tentang data itu. Mereka mengesahkan laporan itu tidak tepat.
Updates 7.4
  • Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan KLIA kononnya mampu mengesan pesawat MH370, Menteri Belia dan Sukan menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.
  • "Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter. Katanya, tidak mungkin kerajaan akan berbuat demikian.
Updates 7.5
  • Vietnam perluaskan operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang, ke kawasan hutan dan gunung tatkala operasi melibatkan pelbagai negara masih belum menemui sebarang petunjuk pada hari keenam selepas kehilangan MH370.
  • Wartawan Malaysia bersama-sama rakan sejawat mereka dari Vietnam serta dari China turut serta dalam operasi mencari itu dengan menaiki satu daripada pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Briged 918 di sini.
  • Pesawat itu meninjau di kawasan Laut China Selatan di kawasan selatan hala barat di selatan Vietnam tetapi operasi selama tiga jam itu tidak menemui apa-apa yang boleh membantu mengesan lokasi MH370 yang hilang itu.
  • Pencarian di kawasan selatan Vietnam diperluaskan ke kawasan hutan dan gunung berikutan laporan mungkin MH370 berpatah balik dan tersasar keluar daripada laluan biasa.

Ada insiden dalam kokpit MH370

     
  1. Apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat MAS MH370 yang hilang terus menjadi misteri kepada dunia. Pelbagai andaian dikemukakan sehingga ada yang mengatakan pesawat Boeing 777-200 itu dirampas, disabotaj atau pun meletup di udara.
  2. Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mohd Noor berpendapat, sesuatu mungkin berlaku di dalam kokpit pesawat sehingga sebarang komunikasi atau isyarat kecemasan tidak boleh dihantar ke menara kawalan.
  3. "Mungkin berlaku letupan kecil dalam kokpit sehingga menyebabkan semua sistem terpadam selain juruterbang dan pembantunya tidak sedarkan diri, jika tidak masakan isyaratnya boleh hilang begitu sahaja.
  4. "Saya berpendapat mustahil berlaku letupan besar di udara, kerana sekiranya ia berlaku sudah pastinya pasukan penyelamat sudah menemui serpihan pesawat itu bertaburan, tetapi apa yang berlaku usaha mencari MH370 masih lagi tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk di mana ia berada," katanya kepada Sinar Harian semalam.
  5. Beliau berkata, kebarangkalian pesawat itu terjunam ke dalam laut dan tersekat di dasar laut adalah tidak mustahil berdasarkan kepada beberapa insiden kemalangan pesawat udara seperti mana yang berlaku terhadap pesawat Air France 447 yang jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009.
  6. "Jika pesawat itu (MH370) masih belum ditemui, ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk ia 'membebaskan diri' bergantung kepada kadar pereputan badan pesawat dan juga arus di dasar laut," katanya.
  7. Muhammad Fuad juga berkata, kebarangkalian pesawat itu dirampas adalah mustahil memandangkan tiada isyarat kecemasan dihantar oleh pesawat itu kepada menara kawalan udara.
  8. Menurutnya, untuk melakukan rampasan pesawat di udara, si perampas terlebih dahulu terpaksa memecahkan pintu kokpit dari dalam pesawat dan pada ketika itu, juruterbang masih sempat untuk menghantarkan isyarat kecemasan ke menara kawalan.
  9. "Isyarat MH370 tiba-tiba lenyap begitu sahaja, mustahil ia boleh dirampas tanpa juruterbang menghantar isyarat kecemasan. Kita juga sudah sedia maklum bahawa juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang yang berpengalaman dan tahu bagaimana berdepan jika situasi seperti itu berlaku," katanya.
  10. Katanya, sekiranya benar pesawat itu dirampas dan sistem transponder pesawat dimatikan dengan sengaja ia tidak mustahil boleh hilang dikesan radar pesawat komersial. Bagaimanapun pesawat itu tidak boleh lari daripada dikesan radar pertahanan udara.
  11. Menurutnya, ada laporan kononnya radar pertahanan udara berjaya mengesan pesawat misteri yang merentasi Semenanjung Malaysia dari arah Laut China Selatan menuju ke Selat Melaka.
  12. Muhammad Fuad bagaimanapun mempersoalkan sekiranya pesawat misteri itu dikesan mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menghantar pesawat tempurnya untuk memintas dan menyuruh pesawat misteri itu mendarat.
  13. "Selain radar pertahanan udara TUDM, Thailand juga mempunyai sistem radar pertahanan udara mereka yang diletakkan di Phuket dan mereka juga menafikan wujud pesawat misteri yang dikatakan MH370 pada pagi ia hilang di udara.
  14.  

Lembah Klang dalam kritikal - bekalan air menyusut

     
  1. Selangor terus menjadi perhatian umum dengan situasi bekalan air yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Orang ramai dan pengusaha industri semakin tidak selesa dengan catuan bekalan air bersih.
  2. Catuan air bukannya dilakukan dengan sesuka hati tetapi berdasarkan paras air empangan terbesar di Selangor iaitu Empangan Sungai Selangor berada di kedudukan kritikal apabila kapasiti yang boleh disalurkan hanya tinggal 40.53 peratus mengikut paras air yang direkodkan pada pukul 8 pagi Khamis.
  3. Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Empangan Sungai Selangor menyalurkan air bersih kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang dan 7.1 juta penduduk orang Selangor.
  4. Kadar air di empangan itu yang semakin menurun dilihat konsisten dengan kenyataan kerajaan Selangor pada awal Februari yang mengatakan air di empangan berkenaan berkurangan sebanyak 0.4 peratus setiap hari disebabkan cuaca panas terik dan kekurangan hujan.
  5. Empangan lain di Selangor yang turut merekodkan kedudukan paras air membimbangkan ialah Empangan Batu (90,72 peratus), Langat (61.53 peratus), Semenyih (77.49 peratus) , Sg Tinggi (71.22 peratus) dan Tasik Subang (91.63 peratus).
  6. Akhbar berbahasa Inggeris, The Star sebelum ini melaporkan paras air di empangan akan dianggap kritikal jika  berada dibawah 40 peratus.
  7. Walau bagaimanapun, Pengarah LUAS Md Khairi Selamat, menolak dakwaan tersebut kerana kadar air di empangan dianggap kritikal apabila berada dibawah paras 30 peratus.
  8. "Jika keadaan seperti ini berterusan iaitu tiada hujan, kita hanya mempunyai masa selama 30 hari sebelum air di Empangan Sungai Selangor mencapai paras kritikal.
  9. Kekurangan sumber air bersih di  Selangor telah membawa angkah catuan air bagi bulan Mac.
  10. Proses catuan air kini melalui fasa ketiga dan menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tindakan itu telah menjejaskan 722,032 isi rumah atau kira-kira 3.6 juta orang.
  11. Misi pembenihan awam juga kini tertangguh gara-gara pasukan keselamatan dan pesawat digunakan untuk mencari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dari radar.
  12. Sementara itu di Johor, beribu-ribu keluarga bakal bergantung kepada lori tangki bagi mendapatkan air bersih. Menurut SPAN, loji rawatan air di Sembrong Timur hanya mampu menghasilkan kurang daripada 0.4 juta liter air terawat sehari, berbanding dengan 31 juta liter yang digunakan di seluruh negeri berkenaan.
  13. Keadaan paras air yang kritikal turut direkodkan di Mersing iaitu di empangan Empangan Congok. Berikutan itu, catuan air terpaksa dikenakan di Mersing, Kulaijaya dan Kota Tinggi bermula 17 hingga 31 Mac. -- AntaraPos
  14.  

Wednesday, 12 March 2014

Orang awam boleh bantu cari MH370


  1. Masyarakat tempatan dan global menunjukkan minat untuk membantu mengesan kehilangan misteri pesawat MH370. Masing-masing menawarkan khidmat dan kepakaran sebagai keprihatinan terhadap insiden paling pelik dalam sejarah penerbangan.
  2. Di New York, syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.
  3. Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia dalam laman web itu.
  4. Pengurus kanan DigitalGlobe, Luke Barrington berkata, pakar algoritma laman web kemudian akan menyelidik objek yang ditanda itu yang mungkin mampu membantu penyiasatan pesawat tersebut.
  5. Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu. Kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc. dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines.
  6. DigitalGlobe Inc. berkata, pengguna laman web syarikat itu boleh menanda imej-imej tersebut jika mereka dapat melihat bangkai, bot penyelamat, tompokan minyak atau petunjuk lain. Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://www.tomnod.com.
  7. Di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama-sama menyokong segala usaha habis-habisan yang sedang dilakukan untuk mengesan MH370.
  8. Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan, bersatu hati dan berdoa. Mudah-mudahan Insya-Allah apa yang kita harapkan sesuatu pengetahuan yang boleh menutup isu ini sama sekali akan dapat kita kesan tidak berapa lama lagi, katanya.
  9. Perdana Menteri mengingatkan bahawa bagi umat Islam, mereka diajar supaya menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya, dan perlu menerima qada dan qadar Ilahi.
  10. Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan, kita mesti berusaha sedaya upaya kita, dengan segala kemampuan dan kekuatan yang ada pada kita. Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan.
  11. Walaupun dengan segala kecanggihan teknologi yang ada, akhirnya umat Islam perlu menerima bahawa mereka hanyalah manusia biasa yang  lemah dan kerdil. Sememangnya pesawat Boeing 777 antara yang paling canggih yang ada track record amat baik.
  12. Keluarga yang terlibat juga perlu sedar ini satu kejadian yang tak diduga sama sekali dan kita kena faham bahawa segala usaha sedang dilakukan dan secara bersungguh-sungguh. Kerajaan dengan bantuan sembilan buah negara dan berbekalkan peralatan yang canggih, bertungkus-lumus dalam usaha mengesan pesawat berkenaan. Kerajaan lakukan segala-galanya (termasuk) tambah aset, pesawat dan kapal dengan peralatan canggih, dengan sonar dan sebagainya.
  13. Di KUANTAN, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menggerakkan lebih 1,000 ahlinya di seluruh daerah ini untuk membantu pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 yang hilang.
  14. Ahli Lembaga Pengarah PNK Kuantan, Talib Husin berkata, nelayan yang digerakkan ini adalah terdiri daripada semua kategori termasuklah nelayan pesisir pantai dan laut dalam. Menurutnya, pihaknya sudah maklumkan kepada nelayan yang terlibat untuk memberitahu kepada pihak berkuasa jika menemui sebarang penemuan di laut.
  15. “Setakat ini ada lebih kurang 20 bot jenis C2 sedang berada di tengah laut dan mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini menggunakan walkie-talkie. Kebanyakan bot laut dalam ini boleh berhubung terus dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim). Buat masa ini, saya belum menerima laporan mengenai penemuan oleh nelayan di kawasan ini,” katanya.
  16. Nelayan bot kelas C2 itu juga boleh pergi ke kawasan 60 batu nautika dan secara tidak langsung boleh membantu pihak berkuasa mencari pesawat yang hilang. Nelayan tradisional dan nelayan pesisir pantai juga boleh memantau ketika mereka pergi menangkap ikan. Jika ada sebarang penemuan, mereka boleh terus pergi ke pihak berkuasa.

Enam sebab kehilangan misteri MH370 – kata pakar


  1. Kehilangan misteri pesawat MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.
  2. Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
  3. Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.
  4. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
  5. "Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.
  6. Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan. "Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
  7. Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
  8. Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. "Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.
  9. Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.
  10. Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air. "Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.
  11. ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini. Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau. -- BERNAMA

Hormatilah kontrak konsesi air Lembah Kelang


  1. Dalam satu langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia), termasuk Seksyen 114, yang membuka jalan bagi Kerajaan Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri ini.
  2. Ini merupakan kali pertama bahawa Wasia digunakan sejak Akta itu diluluskan pada 1 Jun 2006. Di bawah Wasia, terdapat peruntukan bagi hak-hak di mana menteri boleh, sekiranya difikirkan perlu demi kepentingan negara dan dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Kerajaan Persekutuan, bagi mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) untuk mengambil alih kawalan operasi pemegang lesen, dan menjalankan atau melantik pihak lain untuk menjalankan operasi pemegang lesen itu.
  3. Kerajaan Persekutuan, menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan meneruskan "hak-hak dan kuasa-kuasa di bawah Wasia, dan juga apa-apa tindakan lain berkaitan, undang-undang atau peraturan-peraturan" untuk membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan cadangan penyusunan semula dan penggabungan industri bekalan air Selangor.
  4. "Ini termasuk menggunakan Seksyen 114 Wasia untuk menangani isu-isu kepentingan negara bagi memastikan keselamatan, kemampanan dan daya maju industri bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata Kerajaan Persekutuan dan Selangor dalam satu kenyataan bersama.
  5. Menurut kenyataan itu, keputusan dibuat bersama dalam satu mesyuarat antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  6. Dalam mesyuarat itu, Ongkili sekali lagi menegaskan tentang komitmennya untuk memudahkan kerajaan negeri mengambil alih industri air Selangor daripada empat syarikat konsesi air seperti yang dipersetuji dalam memorandum persefahaman (MoU).
  7. Pada 26 Februari lalu, MoU ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor untuk mengambil alih Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dengan nilai RM9.65 bilion.
  8. Kerajaan negeri pula akan mengeluarkan perintah pembangunan untuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan sistem pengedarannya, dan memastikan kesemua kelulusan dan kebenaran untuk projek itu dilakukan dalam tempoh 30 hari.
  9. Pada Isnin, tiga syarikat konsesi air, Syabas, Puncak Niaga dan Splash menolak tawaran itu manakala ABASS menerima tawaran berkenaan. Puncak Niaga, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, mengulangi syarat-syaratnya termasuk pulangan terkompaun ekuiti sebanyak 15% setahun diambil sebagai pampasan kepada PNSB untuk kerugian pendapatan pada masa akan datang.
  10. Puncak Niaga juga menunggu bayaran yang belum dijelaskan Syabas kepada PNSB untuk dijelaskan kepada syarikat induk kerana jumlah itu bagi perkhidmatan itu telah pun diberikan.
  11. Gamuda yang mempunyai 40% kepentingan dalam Splash berkata, tawaran itu adalah lebih rendah daripada nilai aset bersih (NAB) dan “tidak munasabah untuk diterima oleh syarikat itu”.
  12. “Tawaran bersih itu adalah RM250.6 juta untuk Splash berbanding NAB Splash sehingga RM2.54 bilion setakat 31 Disember 2013 yang akan memberikan kerugian penjualan besar RM920 juta kepada syarikat. Tawaran RM250.6 juta itu adalah di bawah 10% daripada NAB Splash. Oleh itu, tawaran berkenaan tidak munasabah untuk diterima oleh syarikat itu," kata Gamuda.
  13. Sementara itu, beberapa penganalisis kewangan termasuk CIMB Research dan Maybank IB Research berharap bahawa penstrukturan semula air di Selangor boleh diselesaikan pada kaedah “willing buy, willing sell”.
  14. "Kami masih percaya perlu ada pendekatan yang lebih komersial untuk menyelesaikan pengambilalihan itu," kata CIMB Research dalam nota kepada pelanggan. Firma itu mencadangkan agar kerajaan Persekutuan menambah lagi suntikan sejumlah dana tertentu selepas syarikat konsesi terbabit menjelaskan mereka tidak dapat menerima RM9.65bil tawaran pengambilalihan oleh Selangor kerana ia adalah terlalu rendah.
  15. Penganalisis kewangan berpendapat menggunakan undang-undang untuk memaksa syarikat konsesi air untuk menjual aset mereka dikhuatiri akan mengusir pelabur dari ketiga-tiga negeri terbabit.
  16. "Mana-mana pengambilalihan secara paksa akan memberi implikasi terhadap pemegang kontrak konsesi," kata Maybank IB Research.
  17. Selepas kebuntuan selama lima tahun dan sekurang-kurangnya enam tawaran ditolak, kini berkemungkinan juga Puncak Niaga Holdings Bhd dan Gamuda Bhd akan menyelesaikannya di peringkat timbang tara antarabangsa. -- Starbiz

Misteri hilangnya pesawat MH370



  1. Isu kehilangan pesawat MH370 semakin misteri apabila maklumat berkaitan radar TUDM tidak konsisten. Pada awalnya dikatakan radar TUDM ada merekodkan pesawat itu berpatah balik dan kali terakhir dikesan di Selat Melaka (sekitar perairan Pulau Perak), selepas hilang daripada radar pada jam 2.40 pagi. Pesawat itu dikatakan terbang rendah sekitar 25,000 kaki atas permukaan laut sekurang-kurang untuk masa 1 jam 10 minit dan menempuh jarak 350 km ke arah barat Semenanjung, ertinya melepasi Selat Melaka.
  2. Namun Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud tiba-tiba menafikan beliau pernah menyatakan MH370 dikesan kali terakhir di Selat Melaka oleh pihak tentera. "Apa yang berlaku ialah wartawan bertanya kepada saya sama ada insiden tersebut berlaku seperti yang diperinci dalam laporan mereka. Bagaimanapun saya tidak memberi sebarang jawapan kepada soalan itu," katanya.
  3. Dalam tempoh 24 jam kemudian, beliau menukar kenyataan lagi, dengan berkata: "Radar utama TUDM mengesan pesawat tidak dikenali di lokasi terakhir kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang pada jam 2.15 pagi. Walaupun tidak disahkan, ia mungkin pesawat MH370 yang melakukan air turn back atau berpatah balik selepas memasuki ruang udara Laut China Selatan sejurus berlepas dari KLIA.
  4. “Saya tidak katakan ini MH370, ini adalah plot yang tidak dikenal pasti oleh radar. Kita kini sedang menganalisis kemungkinan ini dengan memeriksa data radar tentera dan penerbangan awam menerusi kerjasama dengan FAA serta NTSB. Sebab itu kita perluaskan carian merangkumi Selat Melaka,” katanya.
  5. Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu yang dipetik agensi berita antarabangsa, berkata pihaknya mengesan pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat. Beliau berkata, ada bertanya dua kali kepada pihak Malaysia tetapi tidak dijawab.
  6. Dalam perkembangan yang sama, radar unit udara Singapura turut mendapati MH370 telah berpatah balik. Keadaan itu disokong dengan laporan polis yang dibuat beberapa penduduk di pantai timur yang mendakwa mereka terlihat cahaya besar dan pesawat pada paras 1,000 meter dari aras laut di Kota Baru, Kelantan.
  7. Indikasi yang menunjukkan MH370 mungkin berpatah balik mendorong operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman. Operasi mencari pesawat hilang itu membabitkan pasukan tentera dan pihak berkuasa dari Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat selain Malaysia. Terbaru, India dan Berunai menyerti misi itu.
  8. Kini orang ramai tertanya-tanya, mengapa MH370 berpatah balik? Lebih penting lagi ialah apakah MH370 terhempas atau mendarat di lapangan tertentu? Hanya individu yang pakar berkaitan peralatan pesawat sahaja yang mampu berbuat demikian. Dalam pesawat itu, hanya juruterbang atau jurutera sahaja yang mengetahui selok belok peralatan pesawat.
  9. Pakar penerbangan sehingga kini buntu, berkaitan kehilangan pesawat B777-200ER MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac dan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun tidak pernah mendarat.
  10. FBI, interpol, menafikan bahawa pesawat diambil alih pengganas, demikian juga Pentagon, menafikan bahawa letupan menyebabkan pesawat hilang misteri, atas sebab tiada apa-apa imej satellite yang menunjukkan ke arah itu.
  11. Jika teori berlakunya peruraian di udara (mid air disintegration) pasti kini sudah ditemukan kepingan pesawat. Pasukan mencari dan menyelamat telah menggunakan peralatan canggih termasuk bantuan satellite dan pesawat yang mengunakan peralatan canggih untuk mengesan; kapal laut canggih untuk mengesan kepingan atau bangkai pesawat, namun sehingga kini, belum ada tanda-tanda berkaitan pesawat MH370.
  12. Kalau pesawat terhempas, setidak-tidaknya ada petanda. Kotak hitam (black box) akan memberi signal dan dapat dikesan sejauh 10 km. Namun sehingga kini tiada signal daripada black box MH370.
  13. Berpatah balik? Lapangan terbang terdekat adalah di Sumatera atau wilayah Mnymar. Satu persoalan besar, mengapa berpatah balik? Pesawat tidak berdepan kecemasan, atas sebab tiada panggilan mayday atau kod rahsia, bahawa pesawat dalam kecemasan, seperti berlaku pada pesawat yang sedang dikuasai perampas. Krew pesawat terlatih menghantar mayday, bukan sahaja pilot atau co-pilot boleh memberi isyarat mayday, akan tetapi krew juga.
  14. MH370 yang hilang memeningkan semua pakar penerbangan serta pakar keganasan kerana tiada sebarang petunjuk yang boleh disandarkan dengan kehilangan pesawat malang itu. Orang ramai tertanya-tanya, apakah pesawat dicuri?
  15. Susulan persoalan itu, timbul lagi satu persoalan berkaitan dua penumpang yang menggunakan passport curi serta lima penumpangyang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Beijing. Ia bagaimanapun sudahpun diketepikan berikutan ada dakwaan kemungkinan ia berkaitan tindakan pengganas.
  16. Kini perhatian ditumpukan kepada 20 penumpang MH370 yang merupakan kakitangan syarikat semi-konduktor Freescale yang berpusat di Austin, Texas. Mereka terdiri daripada 'jurutera dan pakar dalam fasiliti semi-konduktor moden bagi memasang dan menguji mikropemproses, pemproses isyarat digital dan litar bersepadu frekuensi radio. Freescale beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya di Malaysia, Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.
  17. Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitary.
  18. Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti: Komunikasi medan perang; Avionik; Radar HF melalui Band L dan S; Pemandu Misil (Missile Guidance); Peperangan Elektronik (Electronic Warfare); Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF).
  19. Apakah ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat malang ini.
  20. Seramai 20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut terdiri daripada 12 kakitangan Freescale di China yang datang ke Kuala Lumpur bersama 8 kakitangan dari cawangan di Petaling Jaya. Menurut sumber, semua kakitangan terbang ke Beijing untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan semi-konduktor.
  21. Apakah mereka menjadi punca MH370 hilang dengan penuh misteri? Persoalan itu bakal diketahui menerusi siasatan yang dijangka mengambil masa bertahun-tahun. Apa pun yang penting setakat ini ialah misi mencari dan menyelamat penumpang pesawat MH370.

What we know about the missing MH370


Mystery surrounds the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370. Here's a rundown of what is known about the flight, its disappearance and the passengers who used stolen passports.

1. Was there any sign of trouble?

No distress signals were received before the plane disappeared, and there were no reports of bad weather. Royal Malaysian Air Force chief Rodzali Daud says radar data shows the aircraft may have turned back from its scheduled route to Beijing.

“We looked back at the recording and there is an indication, a possible indication, that the aircraft made a turn-back and we are trying to make sense of this," he said.

2. Are there any suspicious circumstances?

Two passengers on the plane were travelling on stolen passports, which added to the mystery surrounding the plane's disappearance. However, Interpol secretary general Ronald Noble says he does not believe the disappearance of the plane was a terrorist incident.

"The more information we get, the more we are inclined to conclude it is not a terrorist incident," he said.

3. Who was travelling on the stolen passports?

One of the men travelling on the stolen passports has been identified as Pouria Nour Mohammad Mehrdad, an Iranian who Malaysian police say was trying to migrate to Germany. Authorities say he is not likely to have been a member of a terrorist group; they have spoken to his mother, who was expecting him in Frankfurt. They say both men travelling with stolen passports arrived in Malaysia on February 28.

The head of Interpol, Ronald Noble, said the other man was also Iranian; identified as 29-year-old Delavar Seyed Mohammad Reza. The BBC has reported that the men using the false passports purchased tickets together and were due to fly on to Europe from Beijing, meaning they did not have to apply for a Chinese visa and undergo further checks. An employee at a travel agency in Pattaya, Thailand, told Reuters the two had purchased the tickets there.

4. Have any traces of the plane been found?

Malaysian investigators say they have not found anything that could be parts of the missing plane, despite earlier reports that debris had been found in the sea off Vietnam. They say Vietnamese authorities have not confirmed sighting any debris from the plane.

Two large oil slicks, which authorities suspected may have been caused by jet fuel, were detected off the coast of Vietnam but tests have shown the oil was a type used by ships. Dozens of military and civilian vessels have been criss-crossing waters beneath the aircraft's flight path, and Australia has committed two RAAF P-3C maritime surveillance aircraft to help with the search.

5. How can a modern plane just disappear?

Aviation lawyer and former Inspector General of the US Department of Transportation Mary Schiavo says it is very unusual that a Boeing 777 would just disappear without a hint of what went wrong.

"This is a great plane," she said. "The 777 is very much like the Airbus 340 in that the plane itself gives off information and they're called system status checks and the plane sends this information back to the airline's base all the time.

"It's kind of like the plane taking its own temperature. But here, at least according to reports so far, there was no information. And that's very odd because this is a very sophisticated plane and it has triple redundancies. It doesn't have just one radio or two, it doesn't have one set of wiring, it has lots of redundancies.

"So whatever made it impossible to transmit was a pretty significant event, because otherwise there would be transmissions and of course there was no - or at least according to what we've heard so far - no mayday call. And it doesn't have to be a radio call. There are transponder codes - they call it squawking transponder codes - and you can also put it through a computer system called an ACARS."

6. Has anything like this happened before?

The disappearance of the plane is a chilling echo of an Air France flight that crashed into the South Atlantic on June 1, 2009, killing all 228 people on board. Searchers spotted debris from Air France Flight 447 within a day - but it took nearly two years to find the black box flight recorders and the remains of the fuselage. A 2009 story on ABC TV's Foreign Correspondent raised questions about why airlines still relied on black boxes on board planes to record flight data.

"It's highly desirable that data is streamed live from the aircraft to the maintenance base," aviation lawyer James Healy-Pratt told Foreign Correspondent in 2009, when AF447's flight recorders had not yet been recovered.

"It is absurd that air safety depends on black boxes, which sometimes cannot be recovered - or if they are recovered, then the data cannot be properly transcribed because the boxes are damaged beyond analysis. And that's happened in many aircraft crashes that we've been involved in."

7. What do we know about the plane and crew?

The missing plane is an 11-year-old Boeing 777-200ER, powered by two Rolls-Royce Trent engines. The Boeing 777 is the plane maker's most popular wide-body aircraft, and has one of the best safety records of any commercial aircraft in service. Its only previous fatal crash came on July 6 last year, when Asiana Airlines flight 214 struck a seawall on landing in San Francisco, killing three people.

Malaysia Airlines says the pilot was captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total of 18,365 flying hours and joined Malaysia Airlines in 1981. First officer Fariq Ab Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total of 2,763 flying hours and joined Malaysia Airlines in 2007.

8. Who was on board?

Passengers on flight MH370. China/Taiwan (153), Malaysia (38), Indonesia (7), Australia (6), India (5), France (4), USA (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Canada (2), Russia (1), Netherlands (1), Italy (1 stolen passport), Austria (1 stolen passport).

There were 227 passengers and 12 crew on board flight MH370, according to the complete passenger list that Malaysia Airlines released. The BBC reports 19 artists and calligraphers who were "very famous in China" were among the passengers.