Friday, 22 November 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kena hentam pembangkang?

 
 
 
  • Adakah ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokthar Al-bukhary seorang yang zalim sehingga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau kerap menghentamnya terutama di Parlimen?
  • Biasanya, orang kena hentam disebabkan sikapnya yang jahat, zalim atau menganiaya orang. Namun, dilihat sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia di negara ini, jasanya amat besar.
  • Beliau satu-satunya Bumiputera yang menjadi majikan secara langsung kepada 110,000 pekerja di negara ini. Ini bermakna kalau Syed Mokhtar ini ‘lingkup’ ada 110,000 keluarga yang terumbang-ambing dan hilang pekerjaan.
  • Beliau mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan, tapi adakah beliau mengadai kepentingan Melayu atau Bumiputera melalui syarikat-syarikat itu sehingga digambarkan seolah-olah sangat zalim oleh pembangkang?
  • Dalam hal ehwal kebajikan Syed Mokhtar antara dermawan yang tidak pernah lokek memulangkan semula kekayaannya kepada masyarakat melalui Yayasan Al-Bukhari. Sebut saja jenis sumbangan, dari membayar yuran tuisyen kepada anak-anak orang miskin, buat masjid, sehinggalah membina universiti di Alor Setar.
  • Banyak orang lupa bagaimana beliau bermula. Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary tulisan Premilla Mohanlall sepatutnya dijadikan rujukan yang secara jujur menggariskan bagaimana beliau yang tidak berpelajaran tinggi mula berniaga secara kecil-kecilan di Kedah.
  • Bukan rahsia perniagaan pertamanya jual beli lembu sebelum menubuhkan syarikat beras dengan jenama Al Bukhary hasil perkongsian dengan dua orang Cina tetapi beliau memegang saham majoriti. Itu dulu tetapi beliau kini mempunyai kepentingan dalam konglomerat MMC, DRB-Hicom.
  • Bagaimanapun, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini cuba menggambarkan Syed Mokhtar sebagai seorang individu tamak, hanya kerana beliau mahu menyah-senarai syarikat beras negara, Bernas dari Bursa Saham Malaysia.
  • Dalam kata mudahnya, Syed Mokhtar mahu membeli semua saham Bernas dan menjadikan syarikat tersebut syarikat sendirian berhad. Eksasais korporat ini bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia.
  • Taikun Tan Sri Ananda Krisnan pernah melakukannya melalui Maxis. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan ‘pembetulan’ pada syarikat sebelum menyenaraikan semula di pasaran saham. Biasanya syarikat-syarikat yang dinyah-senaraikan akan bertambah teguh selepas senaraikan semula.
  • Persoalannya, kenapa Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan bising sangat berhubung cadangan tersebut? Penyah-senaraian atau delisting oleh Bernas ini dilaksanakan mengikut listing requirements yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  • Walau bagaimanapun, delisting Bernas tidak akan memberi kesan ke atas mandat kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat khususnya golongan petani. Ini kerana Bernas masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.
  • Sejak Syed Mokhtar mengambil-alih Bernas pada 1994 sampai sekarang masih dalam pegangan orang Melayu walaupun sudah lebih 17 tahun pengambil-alihan. Central Sugar Refinery (SCR) yang mengeluarkan gula pun masih dalam pegangan beliau.
  • Nampaknya, Anwar cuba mengaitkan pengambil-alihan BERNAS dan keputusan menghapuskan subsidi gula kononnya untuk mengayakan kroni.
  • Secara jujurnya, langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014. Walaupun subsidi sudah dihapuskan, peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan.
  • Tidak timbul soal mengayakan kroni kerana sebelum subsidi dihapuskan, ia ditanggung kerajaan dan kini rakyat membayar terus melalui pemansuhan tersebut. Memanglah harga gula di Thailand lebih murah tetapi negara itu adalah pengeluar utama gula mentah dunia.
  • Negara pula hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula untuk keperluan domestik dan memerlukan kira-kira 1.3 juta tan setahun. Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.
  • Kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah.
  • Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota.
  • Sesungguhnya Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV.
  • Berdasarkan kesimpulan di atas, adalah menghairankan kenapa kejayaan beliau dijadikan sasaran pembangkang. Sebelum Syed Mokhtar ambil Bernas, kita maklum banyak ketirisan dalam syarikat tersebut.
  • Pembangkang juga bising pasal ketirisan tapi bila orang Melayu memegang kepentingan dan tak berlaku ketirisan,pelik juga memikirkan apabila kejayaan Syed Mokhtar menyakitkan hati pemimpin pembangkang.-21/11/2013 -BNBBC.MY

KDEB offers RM2.82b to buy SPLASH and TMSB

 
 
 
  • PETALING JAYA: The Selangor state government through its wholly owned investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), has offered RM2.82 billion to buy water concessionaires Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) and Titisan Modal Sdn Bhd (TMSB).
  • In a filing to Bursa Malaysia yesterday, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), which controls a 30% stake in Splash and 90.8% of TMSB, said KDEB will pay RM1.83 billion for Splash and RM990 million for TMSB, which in turn owns Konsortium Abass Sdn Bhd (KASB) that has a 30-year concession to privatise the Sungai Semenyih Water Supply Scheme starting 2001.
  • The offers are based on a return on equity of 12% per annum while the water assets will be acquired concurrently by federal government controlled vehicle Pengurusan Aset Air Bhd. Deadline for both the offers is Dec 4, 2013.
  • Earlier this month, Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim said the state government will offer RM9.65 billion to take over all four concessionaires in the state — namely Splash, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) and KASB.
  • The state government has deemed interest of 30% in Syabas, the state’s water distribution company, while another 70% is controlled by Puncak Niaga Holdings Bhd, whose substantial shareholder is Tan Sri Rozali Ismail.
  • The state government wants to bring all water assets in the state under its administration under a restructuring exercise, and should all the offers get accepted, the exercise should be completed by mid-2014 -- FMT

Selangor is not budging its offer to Puncak

  • PETALING JAYA (Nov 22, 2013): The Selangor state government is not budging on its offer of RM5.6 billion for Puncak Niaga Holdings Bhd's 100% interests in Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) and a 70% stake in Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), despite it being rejected the last time.
  • In February 2013, the Selangor government, via its investment arm Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), had tabled the same offer to acquire Puncak Niaga's two water assets. The group had then rejected the offer made, saying they were incomplete and inconclusive.
  • In a filing with Bursa Malaysia yesterday, Puncak Niaga said it has received two hand-delivered letters from KDEB, its fifth offering, to acquire Puncak Niaga's 100% interest in PNSB for RM2.477 billion and its 70% stake in Syabas for RM3.117 billion, similar to that tabled by KDEB previously.
  • The offer includes the same proposed equity contribution plus a 12% return on equity per year for the two water assets.
  • Separately, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd told Bursa Malaysia that it has received a letter from KDEB to buy the former's 90.83% stake in Titisan Modal (M) Sdn Bhd for RM990.2 million, slightly lower than the previous offer of RM992.2 million made in February, as well as its 30% stake in Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) for RM1.835 billion.
  • Both Puncak Niaga and Perangsang Selangor said the closing date for acceptance of KDEB's offer is by 5pm on or before Dec 4, 2013 or such other extended or revised closing date(s) as may be decided by KDEB.
  • "The board and management of Perangsang Selangor will review the offer from KDEB and will update the exchange on further developments on this matter in due course," said Perangsang Selangor.
  • The proposed acquisitions are part of the consolidation of Selangor's water industry, in which both the Selangor state and federal governments had set Dec 31, 2013 as the target date to come out with an amicable solution to resolve the existing deadlock. -- The Sun

"Last offer" beli 4 syarikat konsesi air

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan tawaran akhir untuk membeli empat syarikat konsesi air negeri itu pada jumlah RM9.65 bilion dalam satu surat tawaran yang dihantar kepada pengendali syarikat berkenaan semalam.
Empat syarikat konsesi tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, tawaran tersebut adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) demi kepentingan menubuhkan industri air secara holistik di Selangor.
Menurut kenyataan itu, surat tawaran yang dihantar menerusi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) perlu dijawab dalam masa 14 hari atau selewat-lewatnya pukul 5 petang pada 4 Disember.
KDEB turut menetapkan ekuiti keempat-empat syarikat konsesi air yang memberi pulangan sebanyak 12 peratus dikira sehingga 31 Disember 2012, tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu, akan dibeli kerajaan negeri.
"Tawaran itu juga menyatakan bahawa KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan itu berkata jika pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut merasakan mereka berhak mendapat jumlah lebih daripada yang ditawarkan, mereka boleh meminta perkara itu untuk dibawa ke timbang tara antarabangsa.
Katanya ia boleh memecahkan kebuntuan rundingan berikutan kerajaan negeri sudah bersedia dengan rancangan pengambilalihan industri air tersebut.
"Tawaran yang dibuat bersesuaian tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan sokongan untuk menyatukan industri air di negeri tersebut menerusi surat yang dihantar pada Jun dan September lalu," katanya.
Abdul Khalid turut berharap pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut dapat menerima tawaran yang dilihat akan memberi pulangan menguntungkan. - Bernama

Thursday, 28 March 2013

GOM Resources, Medcoenergi meterai MoA bagi kerjasama minyak dan gas


Naib Pengerusi GOM Resources, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
Written By Lani Said

  • KUALA LUMPUR: PT Medco Energi Internasional Tbk (MedcoEnergi), syarikat senaraian awam Indonesia, melancarkan penerokaan pertamanya ke Malaysia dengan permeterian Memorandum Perjanjian (MoA) dengan GOM Resources Sdn Bhd.
  • Pengerusi eksekutif GOM Resources Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata perkongsian baharu itu akan menyediakan saluran bagi kerjasama teknikal dalam teknologi terkini untuk menyediakan penyelesaian bagi cabaran dalam eksplorasi antara kedua-dua syarikat.Beliau juga berharap perkongsian itu akan membolehkan perkongsian kepakaran dan sumber bagi mengukuhkan kapasiti tenaga. 
  •  "Tujuan MoA ini adalah untuk membolehkan GOM membida projek pembangunan lapangan yang dibuka semula dan projek kontrak perkhidmatan risiko di Malaysia serta eksplorasi dan pengeluaran di peringkat serantau," katanya dalam ucapan beliau sebelum majlis permeterian MoA di sini, hari ini.
  • Beliau berkata GOM mahu memanfaatkan keupayaan ini dengan mewujudkan sinergi dengan MedcoEnergi. "Saya yakin perkongsian ini adalah perkongsian sama-sama menang yang akan membawa kami kepada pencapaian lebih besar dalam sektor minyak dan gas Malaysia dan di tempat lain," katanya.
  • Sementara itu, Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MedcoEnergi Lukman Mahfoedz berkata permeterian MoA itu menunjukkan usaha berterusan syarikat bagi mencari peluang untuk berkembang dalam sektor eksplorasi dan pengeluaran.
  • "Kami menilai GOM Resources sebagai rakan kongsi strategik tempatan dalam penerokaan baharu ini dan GOM Resources akan membawa sumbangan ketara kepada konsortium," katanya.
  • Kedua-dua syarikat bersetuju untuk melaksanakan bersama penilaian dan kaji selidik data teknikal bagi menilai daya maju peluang yang telah dikenal pasti.
  • MoA itu dijangka mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia, dan termasuk membangunkan pengetahuan perkongsian dan usaha kerjasama antara GOM Resources dan MedcoEnergi.
  • GOM Resources, penyedia perkhidmatan bagi perkhidmatan pembinaan luar pantai dalam industri minyak dan gas Malaysia, merupakan anak syarikat milik penuh Puncak Oil and Gas Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Puncak Niaga Holdings Bhd.
  • MedcoEnergi ialah syarikat tenaga bersepadu yang menumpukan kepada eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas, dengan operasi petroleum di Indonesia, Oman, Libya, Yaman dan AS.

Monday, 18 March 2013

100,000 ahli GWGF sedia gempur pembangkang di Felda



Tan Sri Rozali Ismail melancarkan program Gerak Gempur GWGF bagi mempertahankan 317 gugusan Felda di seluruh negara daripada serangan pembangkang pada PRU13
  • BERA, PAHANG: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) akan menggerakkan lebih 100,000 ahlinya ke 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara tidak lama lagi bagi membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaannya.
  • Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan 14 pemimpin gabungannya dan bersedia pada bila-bila masa untuk `menggempur’ pembangkang menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
  • GWGF memilih Felda sebagai medan tempurnya buat kali pertama, sesuai dengan ikrar ketika diterima secara rasmi menjadi sekutu BN beberapa tahun lalu dan berjanji untuk memastikan semua warga Felda di 317 tanah rancangan akan menyokong calon BN serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • “Darah yang mengalir ini adalah darah ibu bapa kami yang dipilih menjadi peneroka tanah pertanian Felda sejak Allahyarham Tun Razak membuka ladang secara besar-besaran pada tahun 70an.
  • “Sebagai tanya syukur kepada jasa Allahyarham dan anaknya yang kini menerajui kepimpinan negara, GWGF bersedia untuk memberi sokongan padu kepada semua wakil BN dicalonkan pada PRU13 nanti.
  • “Kita akan gerakkan lebih 100,000 ahli untuk berkempen di seluruh tanah rancangan Felda bagi memastikan kemenangan BN yang diterajui oleh UMNO,” tegas Tan Sri Rozali ketika berucap di majlis pelancaran projek menaik taraf bekalan air Pahang di Felda Purun baru-baru ini.
  • Perasmiannya disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Timbalan Pengerusi GWGF Dato Abdullah Abu Bakar dan Setiausahanya Kamarulzaman Mohamed.
  • Tan Sri Rozali yang juga anak Felda Gedangsa di Selangor berkata, sesuai dengan tema projek gerak gempur GWGF “Bersatu Kita Untukmu FELDA”, pihaknya sedang menyusun strategi kempen membantu BN dan akan menggempur pembangkang tidak lama lagi.
  • GWGF disertai Persatuan Peneroka Felda, Persatuan Penerokawati Felda, Dewan Perniagaan Generasi Felda, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Felda, Persatuan Anak Peneroka Luar Negara, Persatuan Sukan Bermotor GWGF, Yayasan Pembangunan Generasi Felda, Pertubuhan Kontraktor Generasi Felda, Pertubuhan Generasi Felda Universiti, Pertubuhan Silat Generasi Felda, Pertubuhan Imam Muda Felda, Kelab Storm Riders dan  Persatuan Peguam Generasi Felda.
  • Menurutnya, GWGF tidak akan mengizinkan pembangkang meracuni minda peneroka dan generasi baru Felda semata-mata kerana agensi itu mengalami masalah dalaman yang kecil.
  • “Jika ada sedikit masalah dalaman Felda, mengapa sampai nak ubah kerajaan sedia ada?. Apakah janji pembangkang untuk masyarakat Felda boleh diyakini? Ini soal anak cucu bangsa Melayu yang mewarisi pertanian di negara ini,” katanya.
  • Tan Sri Rozali membawa kemelut di Felda Selangor sebagai contoh untuk perhatian rakyat Malaysia: “Sebelum ini GWGF pernah mencadangkan satu projek perumahan untuk generasi baru Felda di Selangor. Projek itu dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri beberapa tahun lalu.
  • “Malangnya kerajaan pembangkang Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu meluluskan tanah untuk projek perumahan itu sehingga sekarang ini, mengakibatkan ramai generasi baru Felda di Selangor tidak menikmati kemudahan itu,” katanya.
  • Katanya, projek di Selangor itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan untuk membangunkan perumahan bagi anak-anak peneroka Felda di seluruh negara dengan belanja yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 billion.
  • Tan Sri Rozali berkata, situasi pembangunan di Selangor jauh lebih buruk berbanding Pahang kerana pemimpin Pakatan Rakyat tidak serius melaksanakan pembangunan, sebaliknya cukup sibuk mewujudkan perbalahan dan perselisihan di kalangan rakyat.
  • Untuk itu, beliau menyeru seluruh warga peneroka, kakitangan dan generasi baru Felda di seluruh negara agar bersatu padu menyokong BN dan Perdana Menteri pada PRU13 dan pilihan raya seterusnya.
  • Dalam perkembangan yang sama, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera memberitahu pemberita bahawa Pakatan Rakyat semakin goyah di seluruh negara menjelang PRU 13 kerana mereka tidak mempunyai prinsip perjuangan yang sama.
  • Menurutnya, media sudah melaporkan pertelagahan serius di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR di beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Perak dan Kedah sebagai tanda kemusnahan persepakatan itu tidak lama lagi.
  • Katanya, sejak pembangkang bersepakat dalam pilihan raya umum, mereka tidak pernah mahu menggunakan satu lambang, malahan gabungan itu juga tidak pernah didaftarkan. Ini kerana mereka mempunyai matlamat berbeza dan berniat mahu menang pilihan raya saja.

GWGF agih projek kepada peneroka dan generasi baru Felda


Tan Sri Rozali Ismail mengagihkan projek GWGF kepada peneroka dan generasi baru Felda Pahang
Tan Sri Rozali Ismail
  • BERA, PAHANG: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) mengagihkan semua projek menaik taraf bekalan air Pahang kepada kontraktor tempatan yang membabitkan keluarga peneroka dan generasi baru Felda.
  • Selepas NGO itu diberi kepercayaan penuh daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar GWGF menyempurnakan projek bernilai RM400 juta bagi menggantikan paip lama di Felda negeri itu, pertubuhan berkenaan melihat projek mega itu perlu dikongsi kepada semua anak peneroka Pahang.
  • Ini kerana anak peneroka Felda hari ini mampu mengendalikan pelbagai kegiatan bukan berasaskan pertanian, sebaliknya berkelayakan melaksanakan projek menaik taraf bekalan air menerusi pengantian paip lama di kawasan Felda masing-masing.
  • Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata pihaknya sudah melantik ramai kontraktor di kalangan anak peneroka Felda yang berkemahiran bagi menjalankan kerja-kerja yang ditetapkan.
  • “InsyaAllah dengan kesungguhan dan komitment yang ditunjukkan oleh semua kontraktor yang dipilih, kita akan dapat menyiapkan kerja mengantikan paip lama di seluruh Felda di Pahang dalam tempoh enam bulan.
  • “Proses menaik taraf bekalan air di Felda negeri ini dijangka mengambil masa yang singkat dan diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama,” katanya di pelancaran projek menaik taraf bekalan air Pahang di Felda Purun, baru-baru ini.
  • Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut  hadir ialah Timbalan Pengerusi GWGF Dato Abdullah Abu Bakar dan Setiausahanya Kamarulzaman Mohammed.
  • Tan Sri Rozali menjelaskan, dengan siapnya projek itu, masyarakat Felda dan luar bandar di Pahang tidak perlu bimbang dengan tekanan air yang rendah dan gangguan bekalan kerana semua paip lama yang berusia lebih 45 tahun itu akan digantikan dalam tempoh enam bulan.
  • Bagaimanapun beliau berharap semua ketua kampung, ketua blok dan jawatankuasa masing-masing perlu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap projek ini agar ia dapat disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • “Janganlah ada ketua kampung atau pemimpin setempat cuba menyekat projek pembangunan itu kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang selama ini menyemai kebencian terhadap kerajaan,” katanya.
  • Beliau juga berkata, rakyat Pahang dan warga Felda seluruh negara wajar berterima kasih dan terus menyokong Perdana Menteri kerana beliau meneruskan perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak dalam membaiki taraf hidup warga peneroka Felda.
  • “Saya juga anak peneroka Felda, dilahir dan dibesarkan di Felda Gedangsa, Selangor. Saya rasa pelik ada orang sebut ramai peneroka Felda tidak mahu sokong Perdana Menteri.
  • “Saya tahu dan merasai bagaimana Felda berusaha menjaga kepentingan semua peneroka dan generasinya.
  • “Malah, ke mana saja saya melawat Felda di seluruh negara, saya dapati semua warga peneroka memberi sokongan padu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri yang dikasihi,” jelas Tan Sri Rozali.
  • Bagi memastikan ukhwah di kalangan warga peneroka terus kukuh, beliau menyeru masyarakat Felda supaya sentiasa bersepakat dalam satu pasukan dan meneruskan agenda perjuangan ibu bapa yang bergelar peneroka.
  • Sementara itu pada sidang akhbar yang diadakan selepas majlis itu, Tan Sri Rozali menjelaskan pada keseluruhan projek menaik taraf bekalan air yang bernilai RM400 juta itu, ia diagihkan kepada tiga zon melibatkan Jerantut, Temerloh dan Raub (Zon 1); Bera dan Jengka (Zon 2); manakala Kuantan, Pekan dan Rompin berada dalam kelompok Zon 3.
  • Di Bera, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan 13 pekej projek meliputi Felda Bukit Kepayang, Bukit Mendi, Mayam, Rentam, Sebertak, Tementi, Triang 1 dan 3, Tembangau 1, Mengkuang, Bukit Puchong dan Felda Purun. Di Jengka pula ia melibatkan Felda 1 hinga 25, Ulu Jempol dan Kampung Awah.
  • Projek ini meliputi kerja menggantikan paip lama yang berusia lebih 40 tahun di kawasan sejauh 450km. Tindakan segera Perdana Menteri dalam menyalurkan peruntukan ini membuktikan bahawa segala kesulitan penduduk luar bandar terutama di Felda mendapat perhatian serius daripada kerajaan pusat.
  • Ini juga bukti kerajaan BN tidak pernah berbohong dalam membela rakyat malahan segala janji telah ditunaikan biarpun ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.
  • Selain itu, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat serta menghulurkan pelbagai bantuan termasuk prasarana demi kesejahteraan rakyat.

Monday, 11 March 2013

Sunday, 20 January 2013

Krisis air Lembah Klang tidak selesai selagi tiada loji baru

Tan Sri Rozali bersama Sekretariat Permuafakatan Siswa-Siswi FELDA (PERSADA) Universiti Malaya.
  • KUALA LUMPUR 19 Jan. - Masalah kekurangan bekalan air di Lembah Klang, Putrajaya dan Selangor tidak akan selesai selagi loji baharu tidak dibina serta projek- projek meningkatkan kapasiti air di loji sedia ada tidak dilakukan.
  • Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, krisis air di Lembah Klang baru-baru ini boleh menjadi lebih buruk sekiranya tiada tindakan segera diambil.
  • Katanya, krisis air itu juga boleh berulang selagi loji baharu tidak dibina dan loji-loji air sedia ada di sekitar Selangor tidak dinaik taraf.
  • "Perkara ini yang sering kami maklumkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan. Banyak projek bagi mengatasi masalah ini belum dilaksanakan terutamanya projek besar seperti pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) yang sepatutnya boleh siap dengan cepat tetapi masih belum dibina.
  • "Maknanya kita akan sentiasa menghadapi masalah kekurangan bekalan air mentah. Kalau tidak bina loji baharu, besarkan loji sedia ada, masalah ini akan berterusan dan makin besar, ini yang kita perlu hadapi," katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sederap Selangkah ke Universiti 2013 anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa-Siswi Felda (Persada) Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Generasi Felda Malaysia (Perkesan) di sini hari ini.
  • Rozali yang merupakan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda memberitahu, pihaknya tidak boleh melaksanakan banyak projek yang dirancang untuk membaik pulih sistem agihan memandangkan kerajaan negeri Selangor memberi arahan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) untuk tidak melaksanakannya.
  • Ekoran itu katanya, kerja-kerja membaik pulih, menaik taraf dan menambah sistem bekalan air ke loji-loji air tidak dapat dilaksanakan sekali gus menyusahkan pengguna.
  • "Berikutan masalah kekurangan bekalan air mentah juga, ada projek-projek perumahan di kawasan baharu tidak dapat diberikan kelulusan oleh Syabas kerana bimbang tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan," jelasnya.
  • Dalam pada itu, Rozali bersyukur kerana krisis air di Lembah Klang dapat diatasi, namun mengingatkan penduduk di kawasan berkenaan menggunakan air secara berhemah kerana Syabas masih mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah.
  • "Walaupun krisis air sudah berakhir tetapi kita masih mengalami gangguan bekalan berskala kecil dan tekanan air rendah di beberapa kawasan kerana kekurangan bekalan air mentah dalam sistem.
  • "Selain itu, loji sedia ada juga telah beroperasi lebih daripada kapasiti sepatutnya," ujarnya.