Wednesday, 29 July 2015

Cerita benar Muhyiddin soal US$700 juta dalam akaun Najib

Muhyiddin bercerita kerpada rakan selepas pemecatannya

Sebaik saja Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari kabinet, ramai rakan dan kenalan datang ke rumahnya Bukit Damansara bagi menyatakan simpati di atas berita sedih itu.

Ketika bersembang di ruang tamu, bekas timbalan perdana menteri itu berkongsi cerita dengan rakan terdekat antaranya berkaitan wang USD$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Cerita itu sulit dan tidak didedahkan pada sidang akhbar tengahari tadi. Malangnya rakan terdekat Muhyiddin yang berada dalam rumah itu telah merakamkan cerita itu dan menyebarkannya kepada umum lalu disiarkan oleh media pembangkang KiniTV.

Kini cerita sulit tu telah menjadi viral paling ganas di laman sosial hari ini bagi menjawab dan mengesahkan bahawa Perdana Menteri mengaku di hadapan timbalannya yang dia (Najib) menerima sejumlah USD$700 juta dari pihak tertentu.

Penulis tidak fikir Muhyiddin mahu mem`viral'kan ceritanya walaupun ia kisah benar. Kebocoran maklumat seumpama ini pernah berlaku pada perjumpaan beliau dengan pemimpin UMNO di Janda Baik, Pahang baru-baru ini yang diisytihar tertutup tapi terbocor juga.

Ketika cerita Muhyiddin mengenai Najib menjadi viral pada masa sekarang ini, orang ramai tertanya-tanya apakah bekas timbalan perdana menteri itu membuat fitnah atau Najib sememangnya mahu menutup isu berkenaan dengan memecat timbalannya.

Video klip berikut menjelaskan kisah sebenar Muhyiddn berkongsi cerita dengan beberapa rakan seperjuangan termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kebenaran sudah tersungkit biarpun tiada dokumen menyokongnya. Bagi Najib dan kabinetnya, Muhyiddin menyimpan terlalu banyak maklumat dan apakah wajar bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti?

Apa yang jelas ialah beliau diancam akan diheret ke mahkamah atas projek 1BestariNet kerana ada pihak sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika lebih banyak maklumat keluar dari Muhyiddin, maka Najib terpaksa menggunakan mahkamah untuk melondehkan bekas timbalannya.

Ternyata sebesar mana pun maklumat yang ada pada Muhyiddin, beliau kini sudah berada di luar kabinet dan secara lojiknya beliau tidak ada kuku yang tajam untuk melukakan Najib lagi. Hanya pemilihan UMNO 2018 akan menentukan masa depan kedua-dua pemimpin itu.

Namun apakah UMNO masih mampu mentadbir negara selepas PRU14 nanti? Dengan situasi yang ada sekarang, tidak salah kalau dikatakan bahawa UMNO bakal `dikhafan' tidak lama lagi gara-gara isu Najib dan 1MDB.  


Menteri dan timbalan menteri baru angkat sumpah jawatan


  1. KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin hari ini mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.
  2. Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10 pagi. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  3. Selepas Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.
  4. Mereka kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  5. Upacara itu diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.
  6. Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau tidak hadir pada istiadat itu. Beliau dilaporkan berada di Itali.
  7. Upacara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi timbalan menteri menyusul dengan didahului Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Johari Baharom, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
  8. Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Asyraf Wadjdi Dusuki, Timbalan Menteri Pendidikan Senator Chong Sin Woon dan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
  9. Ini disusuli olehh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
  10. Semalam, Najib mengumumkan anggota jemaah menteri dan timbalan menteri baharu bagi mewujudkan pasukan Kabinet yang jitu.
  11. Perdana Menteri berkata beliau yakin Kabinet baharu itu dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan, meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. -- BERNAMA


Gerobok Perdana Menteri 2015

  • Pada tarikh 28 Julai 2015 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan rombakan kabinetnya yang pertama sejak 2009.
  • Namun ramai menyifatkan rombakan itu ada kaitan dengan skandal 1MDB. Padahnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat bersama beberapa menteri kanan yang lain.
  • Beberapa peristiwa lain berlaku serentak pada hari rombakan kabinet seolah-olah ia sudah ditentukan dalam satu konspirasi terancang oleh Perdana Menteri.
  • Kesannya, Najib dicemuh sehingga ada yang menganggap kabinetnya saling tak tumpah seperti sebuah kabinet dapur atau gerobok atau almari kayu.
  • Ketika negara dijerut isu 1MDB yang mana ramai pemimpin UMNO turut mempersoalkannya, Najib membuat kejutan besar. Beliau memecat beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa 24 jam.
  • Peliknya ia berlaku hampir serentak dengan beberapa peristiwa lain yang diandaikan ada kaitan antara satu sama lain.
  • Ia telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan pimpinan Najib sedang berusaha membina benteng kebal untuk diri dan keluarganya.
1. Pemecatan Muhyiddin yang dikaitkan dengan isu 1MDB
  • Mula menduduki kerusi TPM pada 10 April 2009, semua orang tahu Muhyiddin dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada Islam, malah bapanya yang juga seorang ulama, tidak takut untuk mempertahankan kebenaran.
  • Muhyiddin yang sebelum ini pernah dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai TPM tetapi ditolak oleh Najib, mula menyuarakan pandangannya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap Umno dan negara.
  • Muhyiddin sebenarnya mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri.
  • Sehinggalah isu 1MDB semakin panas dan kemudian dikaitkan pula dengan laporan The Wall Street Journal bahawa kira-kira RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, serta laporan mengatakan RM2 juta masuk ke akaun peribadi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin mula memberi nasihat kepada Perdana Menteri, namun tidak dipedulikan.
  • Akhirnya, Muhyiddin mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB secara umum dalam perjumpaan dengan ahli Umno sama ada secara tertutup atau terbuka dan dalam Kabinet. Kita yakin beliau tidak membuat kritikan dan menyerang secara terus Perdana Menteri atau keluarganya.
  • Kita menganggap tidaklah berat sangat kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB dan nasihat kepada Najib sehingga Perdana Menteri begitu kejam ‘mematikan’ karier politik orang yang selalu membelanya. Akibat serangan terhadap 1MDB, Muhyiddin akhirnya ‘diberhentikan’ oleh Najib.
2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)
  • Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan, namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar.
  • Apa yang memeranjatkan ialah pendedahan oleh The Wall Street Journal yang memetik laporan Pasukan Penyiasat Khas itu mendedahkan berlaku aliran wang tunai ke dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion. Najib walaupun sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, namun masih tidak menjawab sama ada betul atau tidak wang berkenaan berada di dalam akaun beliau. Ya atau tidak!
  • Malah, ada dakwaan bahawa Gani sudah mempunyai maklumat lengkap dan bercadang mengenakan tuduhan terhadap Najib. Pasukan Penyiasat Khas itu turut dianggotai SPRM, Gabenor Bank Negara, dan PDRM dan kerap menyiarkan kenyataan mengenai siasatan mereka.
  • Khidmat Gani akhirnya ditamatkan. Adakah Pasukan Penyiasat Khas juga terpaksa menghentikan siasatan mereka atau menyerahkan semua dokumen siasatan kepada Najib?
3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)
  • Secara tiba-tiba sahaja, PMSP hari ini membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.
  • Dalam kenyataan kepada media selepas mengemukakan laporan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan dilaporkan meminta Muhyiddin mengambil cuti rehat sehingga siasatan SPRM ke atas projek itu selesai.
  • “Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” kata Suud. Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta.
  • Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib.
  • Jika PMSP menggesa Muhyiddin berehat kerana kata mereka kes itu melibatkan wang rakyat yang jumlahnya sangat besar, wajar juga mereka menggesa Najib supaya berehat kerana wang yang dikawal oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ‘pengawal’ 1MDB adalah berkali-kali ganda besarnya – bukan juta tapi bilion.
  • HARI INI, apabila Muhyiddin sudah menjadi rakyat biasa (kecuali masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen), mudahlah siasatan dijalankan ke atas beliau.
4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)
  • Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi PAC yang kini sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang oleh 1MDB yang dikawal oleh Najib.
  • Adakah, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (satu portfolio penting) adalah usaha untuk memperlahankan siasatan PAC ke atas 1MDB? Ini kerana pelantikan anggota PAC perlu dibuat di Parlimen sedangkan sidang Dewan Rakyat sesi akan datang masih lambat lagi.
  • Sudah diketahui ramai bahawa 1MDB membuat hutang daripada bank tempatan dan luar negara paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu kira-kira RM42 bilion. Wang yang dipinjam itu pula kini dikatakan tidak dapat dikesan.
  • HARI INI, pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri. Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?
5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru
  • Apa pula kaitan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dalam hal siasatan terhadap 1MDB atau Najib? Memang agak sukar untuk dikaitkannya, namun perlu diingat bahawa peranan SB dalam sebarang siasatan kes tidak boleh diketepikan apa lagi dalam isu-isu yang besar dan mengancam keamanan negara.
  • Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya esok, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?


Tuesday, 28 July 2015

Sayu membalut rombakan kabinet 2015

Muhyiddin sayu dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri
  • Rombakan kabinet 2015 yang menyaksikan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan, menyulam Aidilfitri dengan suasana sedih dan sayu di kalangan majoriti rakyat Malaysia.
  • Pada masa yang sama ramai juga yang marah dan tidak puashati dengan pemecatan timbalan perdana menteri sebagai mengulangi sejarah silam yang dialami oleh Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba.
  • Namun Perdana Menteri mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau melakukan rombakan sedemikian rupa.
Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.
  • Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
  • Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
  • Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
  • Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri yang baru itu berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengurus dan mentadbir negara.
  • Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya.
  • Ahmad Zahid turut meminta semua Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO memberi sokongan padu kepadanya dan seluruh barisan Kabinet baharu.
Datuk Seri Shapie Apdal
  • "Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya,” katanya.
  • Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk merombak kabinet sekiranya perjuangannya tidak selari dengan pendirian pemimpin negara ini.
  • “Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi. Sekiranya ia dianggap tidak selari dengan pendirian, maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan,” katanya.
Tengku Adnan Tengku Mansor
  • Saya meminta semua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak berkaitan keputusan beliau melakukan rombakan kabinet hari ini.
  • Sewajarnya, keputusan YAB Presiden melakukan rombakan kabinet tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan Jemaah Menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara.
Tan Sri Gani Patail
  • Katanya, beliau tidak mengetahui mengenai keputusan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa pagi ini.) “I don’t know, OK? I don’t want to say a word right now,” (Saya tidak tahu, OK? Saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang).
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
  • Beliau mengingatkan semua pihak supaya akur dengan keputusan yang dibuat Perdana Menteri. Dalam lanskap politik hari ini semua pihak perlu bersikap rasional dalam menerima apa juga keputusan yang dibuat perdana menteri.
  • "Kita jangan melatah, ini hak Perdana Menteri, beliau telah buat keputusan, maka kita perlu rapatkan barisan kita dan patuh apa yang diputuskan.
  • "Ini realiti, apa juga keputusan tidak berkisar kepada individu dan kita akan selamat dan lanskap politik tidak terjejas," katanya.

Monday, 27 July 2015

Adilkah Muhyiddin digelar pengkhianat bangsa?

  • Tak semena-mena Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana mempersoal isu 1MDB secara terbuka di hadapan ahli UMNO Cheras.
  • Ia mengingatkan kita kepada ucapan tertutup beliau di Janda Baik sebelum ini yang dibocorkan kepada umum hingga mencetus reaksi negatif dan diputar belit oleh pihak yang mahu meruntuhkan kerajaan Melayu.
  • Pelbagai persepsi tercetus daripada kedua-dua ucapan itu yang mana Muhyiddin dikatakan sedang berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri.
  • Lantas beberapa blogger upahan mula menyerang Muhyiddin secara `sakarstik' di media sosial yang mana ia dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan pojok beberapa blog popular antaranya Unspinners dan juga MyKmu.
  • Kali ini timbalan perdana menteri telah digelar sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana mengulangi tindakan membangkitkan isu 1MDB sedangkan siasatan mengenai aktiviti syarikat pelaburan itu masih belum selesai.
  • Bagaimana Muhyiddin mampu berdiam diri mengenai isu 1MDB yang membabitkan sejumlah wang berbilion ringgit. Ke mana beliau pergi semua orang bertanyakan kepadanya mengenai persoalan yang sama. Ternyata rakyat semakin marah dan meminta penjelasan yang lebih meyakinkan.
  • Malangnya penjelasan yang diberikan oleh beberapa wakil kerajaan setakat ini terlalu lemah dan beliau sendiri sebagai timbalan perdana menteri tidak mampu membalas pelbagai soalan susulan yang dibangkitkan oleh orang awam yang mendapat maklumat dari sumber tertentu.
  • Dalam kemelut isu itu orang ramai juga bertanya apakah Muhyiddin tidak membantu atau menasihati Perdana Menteri dalam menangani isu 1MDB? Wallahi Muhyiddin menyebut beliau telah banyak kali berusaha untuk membantu Najib.
  • Pada ceramah di UMNO Cheras, Muhyiddin menjelaskan kepada rakyat bahawa beliau ada menasihati Najib antaranya meminta Perdana Menteri `keluar’ dari lembaga penasihat 1MDB dan jangan menduduki kerusi pengerusi.
  • Langkah itu perlu kerana dibimbangi Perdana Menteri akan terpalit dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh penggerak 1MDB khususnya apabila berlaku situasi buruk seperti yang sudah berlaku baru-baru ini.
  • Ahli UMNO Cheras dan seluruh masyarakat Malaysia terkejut dengan ucapan terbuka Muhyiddin itu yang mengatakan Najib tidak endahkan pandangannya.
  • Dan apabila berlaku krisis dalam 1MDB, Najib menjadi bahan kritikan bukan saja di kalangan rakyat Malaysia malahan juga seluruh dunia memandang rendah terhadap kepimpinan negara pada masa sekarang ini.
  • Orang ramai juga tertanya-tanya mengapa Muhyidin terus mengalunkan isu 1MDB tatkala negara sedang dikeroyok pembangkang.
  • Beliau menjawab, perkara itu perlu segera diselesaikan kerana sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti UMNO semakin merosot dan `hampir kosong’.
  • Berdasarkan keputusan PRU13 sokongan BN jelas sekali merudum. Untuk itu UMNO perlu mencari `wow factor’ untuk mengembalikan sokongan rakyat.
  • Ketika UMNO sedang mencari `wow factor’ itu, isu 1MDB pula timbul sehingga keadaan semakin kusut.
  • Pada beberapa siri mesyuarat kabinet yang lalu, Muhyiddin telah menyuarakan pandangan mengenai 1MDB tetapi nasihatnya tidak diterima pakai. Apakah Muhyiddin perlu berdiam diri lagi?
  • Sebelum itu Tun Dr Mahathir Mohamed juga telah menasihati Najib secara tertutup dan keputusannya tetap sama. Lalu bekas perdana menteri itu terpaksa mengkritik dari luar kerajaan.
  • Dek kerana marah Najib telah melancarkan serangan balas dengan setiap hari memburuk-burukan Tun Mahathir menerusi TV3.
  • Muhyiddin menjelaskan kepada UMNO Cheras bahawa lagi kuat Najib menyerang Tun Mahathir di kaca televisyen, semakin tinggi rating bekas perdana menteri itu dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin jatuh.
  • Jangan dikacau Tun Mahathir. Biarlah dia menasihati dengan caranya sendiri. Muhyidin pun mengakui beliau pernah beberapa kali bertemu bekas perdana menteri mengenai 1MDB dan beberapa isu lain yang mungkin boleh menjejaskan sokongan UMNO pada PRU14.
  • Menyedari sokongan UMNO semakin lemah, Muhyiddin cuba mententeramkan ahli berkaitan isu 1MDB seperti apa yang dilakukannya di Janda Baik dan juga di Cheras.
  • Malangnya niat baik Muhyidin sudah disalah erti. Kesannya blogger-blogger upahan pihak tertentu telah menyerang beliau dengan menggelarkan beliau sebagai pengkhianat bangsa dan negara.
  • Mereka melemparkan pelbagai tuduh terhadap Muhyiddin, antaranya beliau cuba menentang arus kepimpinan UMNO dan kerajaan serta mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib dengan menggunakan isu 1MDB.
  • Di kalangan blogger bebas pula, mereka tidak percaya ada pergeseran antara Najib dan Muhyiddin, sebaliknya kedua-dua pemimpin itu dikatakan sedang bermain silap mata (magic show).
  • Memetik coretan blogger Rocky Bru yang berkata silap mata telah beberapa kali berlaku sejak Tunku Abdul Rahman dipelawa letak jawatan Perdana Menteri oleh Tun Razak, manakala di zaman Tun Mahathir pula, Ghafar Baba didesak turun oleh Anwar Ibrahim.
  • Katanya, semuanya merupakan wayang kulit di antara Anwar dan Mahathir, Mahathir dan Musa, Ghafar dan Mahahtir, Musa dan Ku Li, Najib dan Pak Lah. Kini Najib dan Muyhiddin.
  • Penyudahnya rakyat pening kepala dengan viral blogger yang pelik-pelik wal hal jika diteliti ucapan penuh Muhyiddin di Cheras, mesej yang mahu disampaikan sangat jelas dan tidak berbelit-belit. Maka nyatalah bahawa semua media pro pembangkang sebenarnya telah menyelewengkan tajuk dan cerita di Cheras.
  • Sila ikuti ucapan penuh Muhyiddin seperti berikut untuk mendapat gambaran yang paling jelas dan tepat mengenai siapakah sebenarnya pengkhianat negara. Ternyata blogger-blogger upahan itulah sebenarnya yang dimahkotakan dengan gelaran itu.

Sunday, 26 July 2015

Padahnya berbai'ah mentalakkan isteri



  • SEJAK kebelakangan ini isu sumpah bai’ah yang mentalakkan isteri kembali menjadi buah mulut di kalangan umat Islam di Malaysia.
  • Ramai yang menyokong dan ramai juga mencemuh. Kalangan cendikiawan dan professional Islam saling berbalas fakta dan fitnah mengenai bai’ah. Pelbagai hadis diketengah dan tidak kurang juga menggunakan hukum logik sebagai  sandaran hujah.
  • Lebih menyedihkan lagi apabila kalangan mufti juga turut bertelagah pandangan dan fatwa. Ada yang mengatakan bai’ah Pas mentalakkan isteri sebagai sah dan ada pula yang mengatakan tidak sah.
  • Lalu umat Islam yang mengikuti siatuasi itu semakin terkeliru dan dikelirukan dengan pelbagai hujah yang semakin berbelit dan mengelirukan.
  • Di laman sosial, fitnah semakin berganda viralnya. Semua hujah para ilmuan Islam ditokok tambah dengan fitnah sehingga ada yang tidak segan-segan berusaha memesongkan akidah sesame umat Islam semata-mata mahu menjadi juara `spin’ dalam isu bai’ah mentalakkan isteri dengan talak tiga.
  • Lalu isu bai’ah menjadi bahan bualan yang semakin berbelit dan berselirat. Lihatlah bagaimana para ilmuan Islam berbicara mengenainya.
Pandangan Mufti Perlis
  • Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedih dengan tindakan Pas menjadikan sumpah talak isteri sebagai cagaran sekali gus tidak mengharmonikan masyarakat dan mampu meruntuhkan rumah tangga.
  • Katanya, politik begitu berada di tahap negatif apabila agama dijadikan alat menguatkan parti. Beliau juga bersetuju bahawa bai’ah mentalakkan isteri itu tidak sah.
  • "Seperti pendapat Ibnu Taimiyah menyatakan jika seseorang menyebut sesuatu akibat contoh 'jika saya ambil duit awak lagi, maka awak tertalak' kerana tujuannya tidak mahu hidup dengan isteri, oleh itu talaknya berlaku.
  • “Tetapi jika dia tidak bermaksud talak dan sekadar mahu takutkan diri dia sahaja supaya tidak melakukan perkara itu maka Ibnu Taimiyah berpendapat talak tidak terjadi dan individu itu perlu  membayar kifarah sumpah itu dengan berpuasa tiga hari serta bertaubat,” katanya.
  • Mohd Asri menjelaskan sumpah bai’ah dilafazkan ahli Pas dengan tertalaknya isteri dengan talak tiga jika keluar parti atau melompat ke parti lain tidak wajar berlaku kerana mempertaruhkan isteri demi kepentingan politik.
Pandangan Mufti Pulau Pinang
  • Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat Pas sama sekali tidak sah.
  • "Janganlah memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talak semata-mata untuk mencapai kepentingan diri atau kumpulan sendiri, sedangkan talak atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah.
  • “Talak tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh si suami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.
  • "Saya nasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama tiga hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.
  • "Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar," ujarnya.
Pandangan bekas Timbalan Presiden Pas
  • Mohamad Sabu menyatakan pendiriannya sama dengan  Mufti Pulau Pinang berhubung isu bai'ah. Beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung isu itu tempoh hari.
  • “Isu ini saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang tempoh hari. Apa yang dikeluarkan mufti (negeri), itulah yang saya pegang,” katanya.
  • Pandangan Pas Terengganu
  • Pas Terengganu hanya melafazkan bai’ah atau sumpah taat setia terhadap perjuangan parti tanpa sebarang penambahan lafaz taklik talak tiga sebagaimana yang dikatakan berlaku di negeri lain.
  • Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang juga Adun Paka berkata, bai’ah dilakukan oleh semua calon Pas Terengganu sama ada menang atau kalah pada pilihan raya lalu.
  • “Kita berbai’ah di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pelantikan calon di Rusila, Marang. Semua berbai'ah sama ada menang atau tidak, tapi kita tak ada tambahan lafaz cerai talak tiga seperti negeri lain.
  • “Bai’ah yang kita lafaz antaranya tak boleh khianat, tak boleh lari daripada perjuangan sama ada menang atau kalah,” katanya ketika mengulas isu bai’ah dalam Pas yang dikatakan mengandungi lafaz taklik talak tiga jika mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat meninggalkan parti.
  • Satiful berkata, pihaknya tidak mengetahui alasan negeri lain seperti Kelantan dan Selangor menambah lafaz taklik tersebut namun bersetuju dengan pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Mohamad bahawa talak dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar sah dan hakiki serta tidak boleh dielakkan sekalipun dengan kafarah atau bayar denda sumpah.
Pandangan Mursidul Am Pas
  • Datuk Dr Haron Din berkata wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.
  • Ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
  • "Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.
  • "Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran baiah," katanya.
Pandangan  Timbalan Mursyidul Am Pas
  • Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
  • Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
Pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan
  • Datuk Daud Muhammad berkata mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
  • Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki. Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.
  • Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.
  • Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah. Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.
Pandangan Majlis Syura Pas
  • Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai’ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.
  • Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai’ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
  • “Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.
  • “….Mereka berbai’ah  janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai’ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai’ah ini ).
  • "Dia kena ingat, dia berbai’ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman,” katanya.
  • Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.
  • Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
  • “Hasil kewangan yang mereka peroleh daripada tiket Pas adalah haram bagi dia, dan ahli Pas tidak akan reda sama sekali dia makan walau lima sen daripada harta yang dia peroleh dari atas nama Pas,” katanya.
Pandangan penganalisa politik
  • Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sudah tiba masanya mufti menetapkan satu garis panduan berkaitan bai’ah supaya tidak mencampur aduk politik dengan peribadi.
  • “Saya tidak nafikan dalam Islam ada menyatakan tentang sumpah setia tetapi mengenai bai’ah talak tiga yang mencagarkan keluarga sebagai syarat, saya tidak pernah dengar,” katanya.
  • Jelasnya, kedudukan organisasi keluarga lebih tinggi jika dibandingkan dengan parti politik. “Parti politik bukan sebuah organisasi yang suci dan terhindar daripada dosa. Perkahwinan itu diibaratkan sebagai membina sebuah masjid dan ia sepatutnya dipelihara.
  • "Perceraian adalah yang dibenarkan dalam Islam tetapi dibenci oleh ALLAH, ia tidak wajar dimasukkan dalam kesetiaan politik” katanya.
  • Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai bai’ah talak tiga kerana ia seolah-olah mencagarkan masa hadapan institusi keluarga.
Pandangan pakar perundangan
  • Dekan Pembangunan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, bai’ah yang diguna pakai Pas merupakan mekanisme mengelakkan wakil rakyatnya lompat parti.
  • “Saya pasti setiap wakil rakyat yang melafazkan bai’ah merelakan hati mereka dan ikhlas untuk setia dengan parti.
  • “Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang adalah syarat-syarat dalam bai’ah itu sendiri terlalu berat untuk diterima,” katanya.
  • Tegasnya, Pas perlu adil terhadap wakil rakyat dan ahlinya bebas bersuara serta berpolitik. “Bila meletakkan syarat yang berat had kepada wakil rakyat, bermakna mereka dalam keadaan tidak bebas.
  • “Begitu juga dengan pendekatan kesederhanaan dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Di mana kita letakkan hak kebebasan?" soalnya.

Sunday, 5 July 2015

Negara Melayu dilanda fitnah maya


  1. Berhati-hatilah kita semua dengan fitnah alam maya yang sedang dilakukan terhadap kepimpinan negara.
  2. Setiap hari ada saja pelbagai cerita yang dijaja tentan pemimpin dan parti UMNO yang bertujuan untuk membentuk persepsi buruk di kalangan rakyat terutama sekali anak muda yang majoriti pembaca dan pelayar alam maya.
  3. Pecah dan perintah itulah strategi yang sedang dibuat oleh pembangkang dan mereka disokong oleh grup, blog dan macam-macam lagi.
  4. Kalau tiada apa-apa niat dan tujuan, buat apa Wall Steet Journal dan Sarawak Report buat tuduhan yang tidak berbukti.
  5. Sudah tentu ada pihak yang mempunyai kepentingan dan untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam negara kita hanya pembangkang sajalah yang memang mahu melihat kerajaan BN tumbang.
  6. Kita sekarang dikerah mempercayai bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah pecah seperti apa yang berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif sebelum ini tetapi hakikatnya PR belum pecah. Yang berpecahhanyalah orang Melayu.
  7. Kini sebuah lagi pertubuhan politik Melayu akan muncul iaitu PASMA hasil strategi pecah dan perintah DAP terhadap PAS.
  8. DAP khuatir yang orang Melayu PAS dan UMNO akan bersatu dan kalau itu terjadi maka musnah dan kempunanlah bangsa Cina untuk memerintah negara.
  9. Strategi yang sama digunakan oleh DAP dan kumpulan yang menyokong mereka untuk memecah belahkan Melayu dalam UMNO dengan membuat fitnah alam maya agar kita mula berbelah bagi dan mencurigai kepimpinan kita.
  10. Mereka percaya jika setiap hari fitnah disogokkan ke kepala orang Melayu, pasti satu hari nanti akan terciptalah pelbagai persepsi di kalangan ahli UMNO dan tidak mustahil apa yang berlaku terhadap PAS akan berlaku terhadap UMNO.
  11. UMNO sudah ada sejarah berpecah sebelum ini apabila terbentuknya Semangat 46. Dan kalau itu berlaku lagi, Melayu dalam UMNO akan berpecah dan mereka yang berada di kalangan `atas pagar’ akan lari dari menyokong.
  12. Jika ini berlaku maka akan terjadi `tsunami politik’ negara yang terbesar dalam sejarah negara menjelang PRU14 nanti.
  13. Ia akan merupakan satu sejarah hitam kepada politik orang Melayu kerana kita akan kehilangan kuasa politik dan tak mungkin dapat berkuasa semula,.
  14. Ini semua disebabkan kita silap buat percaturan dan gagal membaca strategi politik halus yang sedang `dijarumkan’ oleh puak pembangkang.
  15. Sekarang ini Melayu ada di dalam parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan PASMA. Jika strategi pembangkang `mengena’ maka akan berpecah lagi Melayu di kalangan ahli UMNO dan bertambahlah parti Melayu.
  16. Untuk itu kita perlu segera dewasa dan mematangkan diri dalam politik sebab bangsa Melayu akan hilang di dunia sebab kita tak bersatu dalam membentuk `saf’ yang kuat untuk mendepani cabaran politik alaf baru.
  17. Kita perlu jadi macam orang Cina, walaupun mereka mempunyai beberapa parti politik dan berbeza ideologi politik seperti DAP, MCA dan Gerakan, tetapi itu tidak menghalang mereka bersatu apabila ada perkara-pekara yang menyentuh dan melibatkan kepentingan bangsa dan agama mereka.
  18. Sejarah telah membuktikannya. Mereka bangsa yang jauh lebih lama bertamadun dari kita tetapi itu bukan satu halangan untuk kita mengekalkan kuasa politik Melayu.
  19. Kita mesti bersatu demi Agama dan Bangsa. Setiap individu Melayu perlu memainkan peranan untuk menerangkan perkara ini kepada orang kita.
  20. Kita mulakan dengan keluarga kita, kawan-kawan dan seterusnya terhadap masyarakat Melayu. Kita perlu terangkan apa akibatnya kau kita jatuhkah parti dan kita tak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak tarian yang sedang didendangkan oleh pembangkang.
  21. Jangan bila kita susah sedikit maka terfikirlah kita utk menjatuhkan parti tetapi fikirlah yang lebih jauh lagi iaitu bangsa Melayu akan hilang segala-galanya kalau kita jatuhkan parti kita.
  22. Jatuhkan pemimpin boleh tetapi biarlah ikut peraturannya serta berhemah. Kita perlu ada sikap yang lebih patriotik serta bangga terhadap bangsa sendiri.
  23. Belajarlah daripada sejarah sebab bangsa yang gagal mengambil iktibar daripada sejarah, dikhuatiri akan mengulangi sejarah itu sendiri. Dan bangsa Melayu punya sejarah malang sebelum ini. – Oleh Naim Ahmat


Tuesday, 30 June 2015

Jawapan kepada tuduhan Kumpulan 501


Baru-baru ini puak pembangkang menggunakan jenama 501 telah menyebarkan 10 tuduhan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan tujuan agar rakyat semakin membenci Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.

Perbuatan itu dilancarkan sebagai salah satu senjata merendahkan moral kerajaan lantas rakyat akan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Dalam konteks ini Gabungan Rakyat Prihatin (GRP) telah melihat bahawa 10 pertuduhan itu sebenarnya tidak berasas sambil menyediakan jawapan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.


Tuduhan 1: Pasaran menghadapi kacau bilau GST. Kebanyakan barangan telah naik harga ataupun saiz makanan semakin kecil. Mana janji "harga barang turun"?

Jawapan : Kerajaan telah berjanji harga turun dan ia telah di kotakan. Apabila SST dihapuskan, kebanyakan harga barangan telah diturunkan. Kos dari pihak Kerajaan telah diturunkan supaya faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat.

Tapi Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka, bukan sistem ekonomi komunis. Keenganan peniaga menurunkan harga adalah di luar kuasa undang-undang sedia ada untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bagi barangan bukan tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga, kerajaan tidak boleh memaksa peniaga menurunkan harga melainkan satu akta baru diluluskan dalam Parlimen. Malangnya BN tidak lagi menguasai 2/3 kuasa undi yang diperlukan untuk memperkenalkan akta baru.


Tuduhan 2: Peniaga terpaksa beli software GST dan upah kerani tambahan untuk kendali operasi GST. Walaupun kebanyakan barangan asas adalah kadar sifar GST tetapi kebanyakan ramuan lain dikenakan GST. Ini telah menyebabkan kos naik dan harga barang juga naik.

Jawapan: Kerajaan memberi subsidi kepada peniaga untuk meningkatkan taraf kemudahan dan membeli software GST sebanyak RM1,500. Tiada isu mengatakan peniaga terpaksa menanggung kos pembelian software GST.

Sekiranya selama ini peniaga telah mematuhi arahan kerajaan mengenai penyimpanan akaun, mereka hanya perlu upgrade kepada akaun sedia ada untuk memenuhi GST compliance. Malah jumlah subsidi yang diberikan melebihi kos untuk meningkatkan taraf akaun sedia ada.

Kerajaan telahpun menghapuskan SST dan harga pasaran adalah tertakluk kepada kuasa penawaran dan pembelian. Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli barangan yang diklasifikasikan sebagai sifar GST dan telah dinaikkan harga jualan mereka. Ini akan memberi tekanan kepada para peniaga untuk menurunkan kembali harga mereka.


Tuduhan 3: Lagi panjang senarai pengecualian GST,lagi jelas membuktikan Malaysia tidak sesuai laksanakan GST. Ini kerana kebanyakan gaji rakyat hanya mencukupi untuk isi perut dan tiada wang tambahan untuk bayar cukai.

Jawapan: Ini sama sekali tidak benar. Ambil contoh negara Australia yang telah memperkenalkan GST 14 tahun yang lepas. Ketika memperkenalkan GST, gaji mingguan pekerja am rakyat Australia hanya sekitar AUD $350 - $500.

Dengan kejayaan cukai GST yang diperkenalkan, gaji mingguan pekerja am rakyat Australia kini tidak kurang dari AUD $1,000. Penyelarasan kesimbangan antara pendapat dan  perbelajaan akibat GST diperkenalkan tidak boleh dirasai dalam sekelip mata tetapi memerlukan sedikit jangkamasa.

Sistem percukaian GST amat bertepatan dengan matlamat Kerajaan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dimana dijangkakan pendapatan purata rakyat Malaysia sekitar RM4,000 - RM5,000 sebulan.


Tuduhan 4: Sama ada anda gaji RM10,000 ataupun RM1,000 semua rakyat Malaysia menggunakan kuantiti barangan dan perkhidmatan asas yang sama. Tapi bagi golongan berpendapatan rendah, pembayaran tambahan GST RM100 beri tamparan hebat kerana mereka tidak dikenakan cukai sebelum ini. Dengan hanya 75% pekerja Malaysia yang bergaji bulanan RM2000 ke bawah (sumber KWSP), RM100 amat bermakna untuk mereka.

Jawapan: Kenyataan mengatakan golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Malah hakikat sebenarnya mereka membayar cukai SST dalam setiap barangan yang dibeli oleh mereka sebelum ini.

Di bawah sistem SST para peniaga tidak perlu menunjukkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Oleh kerana itu ada di kalangan peniaga menggelak daripada membayar cukai SST tersebut kepada kerajaan walaupun ia tetap dikenakan kepada pembeli.

Kerajaan mengalami kerugian pendapatan cukai sementara rakyat mengalami kerugian dari segi pembangunan yang dapat dilaksanakan dengan cukai yang dilarikan.

Sistem pencukaian GST memerlukan para peniaga mempamerkan jumlah cukai yang dikenakan kepada pembeli dan kerana itu ianya kelihatan seolah-olah satu cukai baru. Sistem percukaian GST dapat menghindar para peniaga dari melarikan diri dari membayar cukai dan cukai yang diperolehi dapat dinikmati oleh rakyat dalam bentuk program program pembangunan negara.


Tuduhan 5: GST dikenakan untuk isi kepincangan pentadbiran kerajaan dan rasuah. Tiap-tiap tahun Laporan Ketua Audit Negara membongkarkan banyak agensi kerajaan berbelanja sewenang-wenangnya. Terbaru, 1MDB pula berhutang RM42 billion. Malaysia telah alami kerugian wang haram sebanyak RM173.8 billion pada tahun 2011 dimana ia 8 kali ganda daripada jangkaan pendapatan RM23.2 billion. Kerajaan seharusnya fokus banteras rasuah, bukannya cukai duit rakyat.

Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah rasuah yang melanda negara dan sedang berusaha menghapuskan rasuah. GST ialah salah satu komponen yang diperkenalkan untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan wang kerajaan.

Sistem GST menghendaki setiap transaksi direkodkan dan jumlah cukai GST yang dibayar harus seimbang dengan jumlah pembelian. Sebarang ketidakseimbangan akan menunjukkan ketirisan dan penyalahgunaan wang kerajaan. Sistem GST juga boleh diperluaskan untuk merangkumi perbelanjaan rakyat dan semua perbelanjaan akan diseimbangkan dengan pendapatan individu yang di isytiharkan kepada LHDN.

Sebarang transaksi yang menunjukkan perbelanjaan serta simpanan melebehi pendapatan akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dan perlu disiasat sumber pendapatan tambahan yang digunakan dalam perbelanjaan.

Pemberi rasuah juga tidak dapat melarikan diri kerana akaun mereka juga akan menunjukkan ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaan. Sebarang pendapatan dari rasuah tidak dapat disorokkan dan kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi dan menerima rasuah.

Pengaliran keluar wang haram juga dapat dibanteraskan apabila semua transaksi yang di hantar kepada kerajaan perlu seimbang bukan sahaja dengan akaun syarikat dan persendirian tetapi juga dengan akaun pemborong, peniaga dan lain lain.


Tuduhan 6: Tak berjimat masa harga minyak naik, harga turun baru nak cari duit. Minyak naik, harga petrol naik, minyak turun kenakan GST. Rakyat yang menderita.

Jawapan: Tidak benar sama sekali. Kerajaan telah mula mempertimbangkan penggunaan sistem percukaian GST semenjak 1992. Jangka waktu pengenalan GST adalah secara kebetulan bertembung dengan jangka waktu harga minyak turun. Penurunan harga minyak tidak sama sekali ada kena mengena dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian GST.


Tuduhan 7: Dalam jawapan yang diberikan di Parlimen, 7 juta orang menerima BR1M bermakna 60% isi rumah mendapat gaji kurang daripada RM4000. Perahan GST dan kenaikan barang bebankan golongan bawah. Daripada fokus mengedar BR1M, mengapa tidak kurangkan ketirisan, rasuah dan pembaziran serta memperbaiki ekonomi dan meningkatkan pendapatan semua.

Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan berusaha mengatasi semua masalah tersebut. Sistem percukaian GST ini adalah jawapan terhadap semua permasalahan yang dinyatakan. Sistem percukaian GST yang lebih lengkap dan menyeluruh dapat mengatasi semua masalah tersebut jika diberi masa untuk sistem ini berfungsi sepenuhnya.


Tuduhan 8: Kekurangan pembayaran cukai berpunca dari gaji rendah dan ekonomi teruk, maka kebanyakan tidak capai tahap pembayaran cukai pendapatan. GST memaksa golongan miskin dan penganggur seperti pelajar, pesara dan kanak-kanak membayar cukai. rakyat jadi mangsa apabila kerajaan berhasrat untuk menghalang pelarian cukai.

Jawapan: Kerajaan telah mengenal pasti permasalahan rakyat dari segi pendapatan. Berdasarkan kepada sejarah beberapa negara yang telah melaksanakan GST, kadar pendapatan purata rakyat semakin meningkat kerana pungutan cukai yang lebih efisyen membolehkan kerajaan melabur dan melaksanakan program yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi serta mewujudkan peluang peluang perniagaan serta pekerjaan. Bagi barangan asas yang di perlukan oleh golongan berpendapatan rendah, miskin dan kanak-kanak, banyak dari barangan ini tidak dikenakan cukai GST.


Tuduhan 9: GST memaksa golongan yang tidak mampu untuk membayar cukai. Selepas pelaksanaan GST, pelanggan berkurang. Kekurangan bisnes bermaksud kemelesetan ekonomi dan pengganguran meningkat, Kos dan tekanan hidup semakin tinggi menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Jawapan: GST tidak memaksa golongan tidak mampu membayar cukai tambahan kerana sebelum ini pengguna sememangnya membayar cukai SST yang disorokkan dalam harga jualan. Malah GST membenarkan peniaga untuk mengurangkan harga jualan kerana GST hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding dengan SST yang mengenakan cukai sebanyak 10%.

Kekurangan bisnes merupakan satu petanda baik dan rakyat harus bersabar dengan situasi ini. Kekurangan bisnes ini akan memaksa peniaga menurunkan kembali harga barangan mereka ke satu tahap yang munasabah.

Di negara maju di mana Persatuan Pengguna aktif, para peniaga sentiasa tertekan dengan program yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna sehingga peniaga terpaksa menurunkan harga barangan dan perkhidmatan ke paras yang munasabah.


Tuduhan 10: Ulang sekali lagi. Golongan berpendapatan rendah memang tidak mampu membayar cukai pendapatan. Pengurangan kadar cukai pendapatan langsung tidak beri kesan kepada 90% rakyat kecuali 10% yang bayar cukai pendapatan. Lagipun, pembayaran BR1M berpunca dari GST dimana golongan berpendapatan rendah tidak dapat tingkatkan pendapatan. Golongan tersebut sama ada mengurangkan perbelanjaan ataupun bekerja sambilan. Tetapi kedua-dua pilihan tidak memanfaatkan dan menyusahan rakyat.

Jawapan: Mengikut perangkaan yang dikeluarkan, hanya 40% daripada penduduk Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah, manakala hanya 1.7% dikategorikan sebagai golongan miskin. Tuduhan mengatakan 90% dari rakyat tidak membayar cukai sama sekali tidak benar.


Di samping itu, GST akan membolehkan kerajaan mendapatkan pendapatan yang munasabah untuk terus membangunkan negara dan membuka peluang peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia di samping membantu golongan miskin.

Saturday, 27 June 2015

Akibat marah Palanivel masuk DAP?


  1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib akhirnya membuat pengumuman bahawa beliau akur dengan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melucutkan keahlian Datuk Seri G. Palanivel daripada parti MIC.
  2. Pengumuman itu pastinya amat mengecewakan veteran MIC itu dan pengikut tegar MIC, lalu beliau dikatakan mahu membawa seberapa ramai ahli parti masyarakat India Malaysia agar menyertai DAP dalam tempoh terdekat.
  3. Palanivel dikatakan membuat kenyataan ringkas dalam Facebook yang mengatakan telah berbincang dengan Prof Dr Ramasamy dari DAP dan parti itu bersetuju menerima presiden MIC yang tersingkir itu dan pengikutnya.
  4. Sambil itu Palanivel dikatakan telah memberi tempoh 24 jam kepada ROS untuk menarik balik keputusan sebelum beliau menyertai DAP.
  5. Penulis menerima kenyataan pendek Palanivel itu daripada seorang sahabat yang merupakan seorang pengamal undang-undang. Katanya beliau kutip daripada laman Facebook presiden MIC yang tersingkir.
  6. Jika benar Palanivel membuat kenyataan dangkal sebegitu, beliau perlulah berfikir secara lebih rasional. MIC bukanlah miliknya, ia milik masyarakat India yang bermastautin di Malaysia sejak merdeka.
  7. Jika perundangan ROS menetapkan keahliannya dilucutkan, beliau perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana Perdana Menteri sudah menjawab pertanyaannya secara terbuka juga.
  8. Perdana Menteri berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau tidak mempunyai pilihan selain perlu akur kepada keputusan ROS kerana perkara tersebut telah melalui proses mahkamah.
  9. Najib telah melihat surat ROS berhubung ketetapan yang dibuat terhadap parti MIC. Keputusan yang dibuat telah disahkan Mahkamah Tinggi.
  10. “Saya tidak ada pilihan melainkan menerima pilihan yang ditafsirkan oleh ROS,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
  11. MIC bergolak apabila ROS mengumumkan Palanivel bukan lagi ahli parti itu berdasarkan Perkara 91 Perlembagaan MIC.
  12. Menurut surat ROS, Palanivel hilang keahlian secara persendirian (Ipso Facto) berdasarkan perkara tersebut yang menyatakan hal berkaitan parti tidak boleh dirujuk ke mahkamah tanpa persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti.
  13. Dalam pada itu, ROS juga mengarahkan CWC 2009 MIC menjalankan pemilihan semula parti bermula Julai hingga Oktober ini.

Wednesday, 24 June 2015

Justo jual maklumat kepada pembangkang


  1. GAGASAN pembangkang Malaysia akan dilondehkan sedikit masa lagi kerana bersekongkol dengan ejen antarabangsa yang membeli pelbagai maklumat sulit PetroSaudi dan 1MDB bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
  2. Silap gaya media pembangkang seperti Sarawak Report akan diheret ke mahkamah kerana bertindak sebagai pembeli atau mewakili pembeli maklumat dan menokok tambah sebelum disiarkan dengan tujuan menghasut rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan.
  3. Terbaru bekas pegawai PetroSaudi Xavier Andre Justo yang telah membocorkan maklumat 1MDB akhirnya ditangkap di Thailand.
  4. Bahagian Pencegahan Jenayah Thailand menahan warga Switzerland itu susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.
  5. Polis telah menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah peras ugut.
  6. Dua tahun lalu Justo telah dipecat daripada PetroSaudi dan dikatakan memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).
  7. Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi. 
  8. Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
  9. Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.
  10. Kini terbukti isu yang dibawa oleh Sarawak Report sebenarnya berdasarkan e-mel dan dokumen yang sudah ditokok tambah.
  11. Penangkapan Justo di Thailand bakal mendedahkan penipuan maklumat oleh Sarawak Report hasil kerjasama beberapa NGO antarabangsa dan gagasan pembangkang Malaysia.
  12. Pembangkang Malaysia sudah hilang kepercayaan sejak Justo ditangkap. Maklumat spin dan fitnah Sarawak Report terus tenggelam.
  13. Ironinya, semua kroni portal pembangkang tidak mahu melaporkan maklumat penagkapan Justo kepada umum padahal media-media lain melaporkan lengkap tentang perkara ini.
  14. Sementara itu PetroSaudi berasa lega kerana Justo akan dihadapkan ke mahkamah dan pihak syarikat itu juga kesal 1MDB menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.
  15. Akhirnya bukti sudah ada dan PetroSaudi meminta maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukan salah seorang bekas pekerjanya sehingga menyebabkan masalah kepada Malaysia.
  16. Diharapkan agar tindakan undang-undang disegerakan oleh PetroSaudi International kerana isu 1MDB ini telah menimbulkan banyak putar belit dan tuduhan yang digunakan untuk memburuk-burukkan pihak yang dikaitkan dengannya.
  17. Kita tunggu dan lihat kesudahan berita penangkapan Justo ini dan helah spin portal pembangkang yang sebelum ini menjaja fitnah dengan merujuk kepada sumber berita tipu dari Sarawak Report.
  18. Biarlah siasatan PAC dan Bank Negara Malaysia diselesaikan bagi mendapatkan gambaran jelas sebelum menunding jari kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Yang penting, isu 1MDB selesai secara `facts and figures’.


Saturday, 20 June 2015

DAP semakin dekat menakluk Malaysia


  1. LIM KIT SIANG mahu semua rakyat Malaysia membaca bukunya Time Bombs in Malaysia kerana di situlah terletak tapak semaian membenci kerajaan.
  2. Dalam buku itu, semua pembangunan yang kerajaan buat adalah salah, korup dan tidak cekap. Terkini Kit Siang mendakwa sebanyak 10 TIME BOMBS akan berlaku di Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Melayu.
  3. Dalam bahasa lain, dia menuduh kerajaan pimpinan Melayu bodoh. Sampai hari ini DAP masih menanam dan menyemai kepercayaan itu, sehinggakan ramai di kalangan anak Melayu (dari peringkat belia hingga ke usia warga emas) sudah mencemuh dan tidak menghormati kepemimpinan Melayu.
  4. Sesungguhnya DAP sangat licik dan penuh dengan muslihat. Gerak-geri mereka pada masa sekarang ini jauh berbeza dengan taktik semasa mereka tiada kuasa politik. Kini mereka cukup strategik.
  5. Penasihat mereka juga hebat. Bukan sahaja dari dalam negara, malah mereka menggunakan penasihat dari luar negara termasuk Amerika Syarikat.
  6. Kelihatannya DAP berkeyakinan untuk menakluk Malaysia. Beberapa negara asing yang baik dengan DAP juga mahu melihat kerajaan Melayu sekarang ini segera ditumbangkan.
  7. Sedar atau tidak, ketika orang Melayu sedang sengketa sesama sendiri, warga DAP sedang cergas bergerak ke sana sini untuk menabur fitnah dan menghasut semua pihat supaya terus membenci kerajaan Melayu.
  8. Sehinggakan ke Mesir pun mereka (DAP) pergi membawa ideologi Malaysian Malaysia (konsep sama rata) sambil mempersoal mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di negara itu. Mengapa tiada bangsa Cina dan India dihantar belajar perubatan di situ?
  9. Mengapa DAP tiba-tiba ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan Malaysia di Kaherah.
  10. Dengan yakin DAP juga ke bumi Kelantan untuk memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!
  11. Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itu sebenarnya agenda utama DAP.
  12. PASma, merupakan serpihan PAS yang dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya PASma? Semua sudah tahu, malahan Kit Siang sendiri mengesahkan bahawa semua wakil DAP dalam PASma sudah ditendang keluar dari barisan kepimpinan PAS.
  13. Hakikatnya dalam politik Malaysia dari dahulu hingga sekarang hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan PAS. Jika DAP tidak boleh pecahkan UMNO, maka DAP mesti pecahkan Melayu dan Islam dalam PAS.
  14. Sebab itu DAP marah kerana semua wakil mereka dalam PAS sudah gulung tikar. Mat Sabu dan rakan-rakan telah gagal menjalankan misi utama dalam PAS.
  15. Namun misi ejen DAP ini ialah terus menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakan supaya menghasut ahli PAS sedia ada supaya membenci Presiden PAS dan golongan ulama.
  16. Soal runtuhnya institusi Pakatan Rakyat, individu yang bersungguh-sungguh mengisytihar pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.
  17. Terus terang bahawa barisan pemimpin tertinggi pembangkang sekarang ini sedang melancarkan satu strategi perang yang paling mengelirukan umat Melayu.
  18. Umat Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak sedar apa yang sedang berlaku sekarang kerana ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan berbeza.
  19. DAP kata PR sudah bubar, PAS kata belum, PKR pula kata jangan libatkan mereka dalam sengketa itu. UMNO cuba cari peluang tapi disekat oleh PAS sendiri.  
  20. Tentera semut DAP pula sedang sibuk bekerja. Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan selamba berkata “kami susah mahu kalahkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.
  21. DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara sebenarnya tidak tidur. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!
  22. Operasi perang saraf mereka (pembangkang) cukup halus, cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU14. Malaysia mesti ditawan.
  23. Semasa UMNO dan kerajaan Persekutuan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan pelbagai isu termasuk 1MDB (yang paling hangat), DAP dan kroni sedang mengatur langkah.
  24. Isu ke mana perginya wang berbilion ringgit dalam Selangor Incorporation telah dilupakan sama sekali.
  25. Rafizi, Tony Pua diberi peranan menggegar kerajaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.
  26. Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati, jangan terlalu seronok sangat kerana muslihat mereka semakin hari semakin profesional. Tentera semut dan semua jeneral pembangkang sedang bekerja 24 jam termasuk dari dalam penjara!