- Perdana Menteri Datuk Seri Najib akhirnya membuat pengumuman bahawa beliau akur dengan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melucutkan keahlian Datuk Seri G. Palanivel daripada parti MIC.
- Pengumuman itu pastinya amat mengecewakan veteran MIC itu dan pengikut tegar MIC, lalu beliau dikatakan mahu membawa seberapa ramai ahli parti masyarakat India Malaysia agar menyertai DAP dalam tempoh terdekat.
- Palanivel dikatakan membuat kenyataan ringkas dalam Facebook yang mengatakan telah berbincang dengan Prof Dr Ramasamy dari DAP dan parti itu bersetuju menerima presiden MIC yang tersingkir itu dan pengikutnya.
- Sambil itu Palanivel dikatakan telah memberi tempoh 24 jam kepada ROS untuk menarik balik keputusan sebelum beliau menyertai DAP.
- Penulis menerima kenyataan pendek Palanivel itu daripada seorang sahabat yang merupakan seorang pengamal undang-undang. Katanya beliau kutip daripada laman Facebook presiden MIC yang tersingkir.
- Jika benar Palanivel membuat kenyataan dangkal sebegitu, beliau perlulah berfikir secara lebih rasional. MIC bukanlah miliknya, ia milik masyarakat India yang bermastautin di Malaysia sejak merdeka.
- Jika perundangan ROS menetapkan keahliannya dilucutkan, beliau perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana Perdana Menteri sudah menjawab pertanyaannya secara terbuka juga.
- Perdana Menteri berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau tidak mempunyai pilihan selain perlu akur kepada keputusan ROS kerana perkara tersebut telah melalui proses mahkamah.
- Najib telah melihat surat ROS berhubung ketetapan yang dibuat terhadap parti MIC. Keputusan yang dibuat telah disahkan Mahkamah Tinggi.
- “Saya tidak ada pilihan melainkan menerima pilihan yang ditafsirkan oleh ROS,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
- MIC bergolak apabila ROS mengumumkan Palanivel bukan lagi ahli parti itu berdasarkan Perkara 91 Perlembagaan MIC.
- Menurut surat ROS, Palanivel hilang keahlian secara persendirian (Ipso Facto) berdasarkan perkara tersebut yang menyatakan hal berkaitan parti tidak boleh dirujuk ke mahkamah tanpa persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti.
- Dalam pada itu, ROS juga mengarahkan CWC 2009 MIC menjalankan pemilihan semula parti bermula Julai hingga Oktober ini.
Saturday, 27 June 2015
Akibat marah Palanivel masuk DAP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment