- WHO or what is a Malay? Every now and then, and especially now when Arabisation is creeping in, the answer to that question could vary and provocatively stir up debate.
- Just like last week, when it was said at a forum in Petaling Jaya, which discussed Melayu dan makna-maknanya (Malay and its meanings), that there was a worrying tendency to dump a person out of the “club” for thoughts deemed too liberal and even for political reasons.
- That may be ridiculous, but at the same time, it underlines a common trait of Malays today of having a siege mentality, which happens to be one of the swift answers I got when I threw a “What is a Melayu?” question to a group of people through social media recently.
- It is quite strange, come to think of it, that many people place importance in the description and definition of a Malay, since there is none of the sort for, say, an Englishman or a Javanese or a Bugis, other than for the broad purpose connected to nationality.
- I suppose the whole Malay thing revolves around the Federal Constitution, which, in establishing provisions for special privileges of Bumiputeras under Article 153, spells out the definition of a Malay under Article 160: A person born in the Federation, or of a parent who is a Malaysian citizen, who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs and is domiciled in Malaysia.
- Therefore, controversial lecturer Professor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah is, by definition, a Malay, though he was born Chinese. I was not at last week’s forum organised by Projek Dialog, but reports on the event came out with interesting thoughts by some of those who took part on not only who, but what, is a Malay.
- For instance, lawyer Syahredzan Johan said he was told in the past that because of his liberal views, he had betrayed Islam and Malays, and was, therefore, no longer Malay. He said there was a general feeling that all Malays should conform to an official set of characteristics to be called Malay.
- But, who has the right to decide whether a person is more Malay or less Malay? “We do not have that right,” Syahredzan said, “because to define what is Malay is something that is very difficult.” How right.
- According to DAP’s Dyana Sofya Mohd Daud, a Malay with liberal thinking or who is secular does not make him less of a Malay. Similarly, those influenced by Arabic and Western culture.
- But, I still remember what was said at the Umno general assembly 10 years ago, when Tun Abdullah Ahmad Badawi, who had just become prime minister, gave a sobering reflection on the subject in his adjournment speech, saying Malays were religious, but tended to resign themselves too much to fate and could be very superstitious.
- “They believe in Islam,” he said, “but they also believe in ghosts and other nonsensical things, helped by some Malay newspapers that play up stories about five-legged cats and three-legged chickens, which they believe bring good luck.
- “They believe in ghosts and seek the help of spirits to achieve something. This even happened in the Umno elections. I have been told that some Umno members went up north looking for something. Don’t do that, it’s not wise.”
- Abdullah then referred to Frank Swettenham, the British colonial governor at the end of the 19th century, who had given a penetrating rundown of what is a Malay in his book, The Real Malay. Among the many amusing things in the book is the observation that a Malay “is fond of borrowing money and very slow in repaying it. He takes an interest in the affairs of his neighbours and is consequently a gossip”.
- Yes, that still holds some truth till today, as study loans remain unpaid and even athletes’ attire becomes a talking point. Of course, Swettenham’s views could be dismissed as a mere evaluation applicable to that time by a foreigner.
- But, the British official was known to be very perceptive, apart from having very close relations with the locals when he was in the Malay states for more than 30 years.
- However, the passing of time certainly has had an effect on many aspects of Malay-ness. For instance, some families nowadays are so Anglophile, they speak with a stiff upper lip, spend a lot of time in England, have tea with scones and exchange presents on Christmas.
- Arabic influence plays its part as well, and this has led to the death of some common features of Malay practices. The bersanding at weddings is slowly being phased out and so is the joget dance.
- The kebaya is being replaced by the jubah. And the greetings? As the fasting month begins, it is no longer selamat berpuasa, but Ramadan al-Mubarak, and not buka puasa, but iftar Ramadan. Even the good old `selamat pagi' is being slowly taken over by assalamualaikum. – By Syed Nazri
Tuesday, 16 June 2015
Defining and redefining Malay
Istana menasihat bukan berpolitik
- Dengan hanya berpadukan Deklarasi London 1957 bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh mencampuri urusan politik, segelintir pihak beranggapan bahawa istana juga tidak boleh menasihati kerajaan dalam apa cara sekalipun. Itu persepsi dangkal dan dungu.
- Berbekalkan persepsi ini Datuk Seri Nazri Aziz telah memukul gong untuk memulakan `permusuhan’ dengan institusi istana, kebetulan pula Johor telah dipilih sebagai tapak awal untuk dijadikan medan tempur.
- Nazri menyebut bahawa niatnya ialah mahu mempertahan maruah Perdana Menteri daripada terus diherdik umum.
- Walaupun sedar bahawa status institusi istana diletakkan pada tahap yang tertinggi dan khusus, namun beliau menggunakan Deklarasi London 1957 sebagai sandaran dungunya untuk berhujah.
- Dengan selamba beliau menggertak Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar jangan campur urusan politik negara atau kena bersedia untuk dibelasah.
- Mungkin Nazri menyesal kerana terlepas cakap. Tapi sukar baginya untuk memohon maaf kepada TMJ dan institusi istana.
- Lalu beliau tiba-tiba mempersoal kewibawaan PDRM yang menyoalsiasat beliau sedangkan dia berbuat demikian untuk mempertahan Perdana Menteri.
- Atau mungkin juga beliau diarah datau diminta Perdana Menteri supaya menegur istana, terutama TMJ yang kini popular dan agresif dalam industri sukan tanahair.
- Apapun `nasi sudah menjadi bubur'. Lalu TMJ terpaksa menegur sekali lagi kepada semua menteri Persekutuan termasuk Nazri yang dungu itu.
- Baginda telah bertitah panjang lebar dengan menjelaskan tugasnya sebagai kerabat diraja Johor untuk menasihati kerajaan dan rakyat.
- Titah baginda sengaja dipaparkan dalam Facebook untuk tatapan rakyat jelata tanpa boleh di`spin' atau tokok tambah oleh mana-mana pihak terutama media yang mendukung kepimpinan Perdana Menteri.
- Susulan itu juga, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitiah bahawa Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara. baginda bertitah bahawa Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.
- Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya.
- “Beta mengimbas kembali pada kesempatan ini beberapa perkara untuk kita renungi. Pertama, Beta melafazkan persetujuan dengan apa yang disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beberapa hari yang lalu agar semua rakyat mengamalkan politik yang tidak berlebihan.
- “Amalan bersederhana dalam apa sahaja perkara wajarlah dijadikan pedoman sebab ia juga ajaran agama. Apapun jika dilakukan secara keterlaluan boleh membawa bencana,” titah baginda.
- Perutusan baginda dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia semalam kepada media rasmi.
- Dalam perutusan itu, Sultan Pahang juga merujuk kepada titah Sultan Johor Sultan Ibrahim yang menggesa agar kerajaan Persekutuan berunding dan melibatkan kerajaan negeri dalam sebarang rundingan dengan negara-negara lain di mana hak dan kepentingan negeri disentuh.
- “Kita perlulah sentiasa sedar dan ingat bahawa negara kita adalah negara Persekutuan iaitu yang berkongsi hak-hak dan tanggungjawab antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
- “Kerjasama dan saling hormat-menghormati akan mewujudkan keharmonian pemerintahan di kedua-dua peringkat negara dan negeri bagi kebaikan dan kebajikan rakyat jua akhirnya,” titah baginda.
- Sultan Ahmad Shah turut memetik titah ucapan Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang menganjurkan agar peranan Majlis Raja-raja dimanfaatkan sebagai satu platform tunggal yang berkesan menemukan institusi Raja-raja dengan institusi rakyat tanpa mengira fahaman politik.
- Sebagai contoh, Raja-raja bersidang dan Menteri Besar atau Ketua Menteri turut hadir sebagai penasihat rasmi kepada Raja-raja.
- Sistem begini adalah unik dan wajar digunakan sebagai penampung kepada peranan dan tanggungjawab Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Persekutuan, titah baginda.
- Demikianlah perutusan Sultan Pahang yang sudahpun diketahui oleh semua menteri termasuk Nazri. Peliknya setelah faham dengan perutusan Sultan Pahang, Nazri tetap mahu berperang dengan istana. Mengapa? Kita tunggu apa dia jawab selepas ini dan apakah dia akan minta maaf kepada TMJ.
- Apa yang jelas ialah isu Nazri ini sudah menjadi kecoh di Johor. Setakat ini lebih 50 aduan telah dibuat bagi mendesak PDRM mengambil tindakan keras terhadap Nazri walaupun beliau bergelar menteri.
- Apa yang nyata rakyat Johor melihat Nazri telah merosakkan hubungan istana dengan kerajaan dan tidak kurang jga mengesyakki Nazri merupakan antara beberapa petualang UMNO dan BN yang nak sangat menjatuhkan institusi istana.
- Apa yang menakutkan, ada kalangan Melayu menyifatkan Nazri adalah ejen DAP dalam UMNO. Lalu orang-orang seperti Nazri perlu disingkirkan sepertimana pembersihan yang dilakukan oleh ulama PAS baru-baru ini.
- Apa yang pasti ialah, isu pergeseran kerajaan dan istana Johor tidak akan berakhir di hujung perkataan maaf Nazri (kalau dia mahu minta maaf). Ia merupakan permulaan yang dicetuskan oleh Nazri dan pasti berlarutan untuks atu tempoh yang lama.
- Hayatilah titah TMJ pada perenggan terakhir: “Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.”
Monday, 15 June 2015
Nazri musnahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO
- Menteri yang memilik latarbelakang pendidikan perundangan seperti Datuk Seri Nazri Aziz semestinya sudah mencongak `untung rugi’ sebelum melontar sebarang kenyataan awam.
- Veteran UMNO ini jarang bertingkah hujah di khalayak ramai kecuali apabila keadaan terdesak atau diarahkan oleh pihak tertentu.
- Umpamanya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri, Nazri hentam Tun M dengan bahasa paling kasar yang belum pernah digunakan oleh mana-mana menteri kanan.
- Kini Nazri sudah jemu untuk mengulangi penghinaan ke atas Tun M kerana bagi Nazri, bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun itu sudah tidak lagi penting untuk diperkatakan.
- Lalu beliau mahu bersilat di dalam gelanggang yang lebih mencabar. Dikatakan beliau telah menghina dan memberi amaran kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
- Pastinya beliau sedar impaknya cukup besar dan seluruh rakyat Malaysia kini menumpukan pandangan ke arah Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak yang kelihatan dungu itu.
- Sebagai peguam dan menteri, Nazri dikatakan telah menghina dan mengugut TMJ dalam keadaan waras dan bukan panas baran. Dia sudah ada `kira-kira untung rugi’ sebelum mengkritik dan menghina putera Sultan Johor itu.
- Selepas menghina secara membuta tuli, beliau tidak langsung menunjukkan semangat untuk memohon maaf kepada TMJ, malahan mendakwa bahawa tidak akan ada keadilan apabila beliau mengkritik kerabat diraja.
- Seperti orang tidak siuman, Nazri pula menuduh PDRM tidak bersikap adil kerana menyiasatnya sedangkan beliau bertindak biadap kepada TMJ kerana mahu mempertahankan Perdana Menteri.
- Dengan sombong Nazri menyebut beliau seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang.
- Nazri berkata semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
- “Apabila TMJ serang Datuk Seri Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.
- “Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” katanya.
- Sebelum itu Nazri membidas TMJ kerana mengkritik Najib yang tidak hadir forum “Nothing to Hide” bagi merungkai isu 1MDB.
- Berkaitan isu itu, TMJ menulis di laman Facebook Johor Southern Tigers: “Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk “Nothing2Hide” dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.”
- “Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” tulis baginda pada posting Facebook bertarikh 5 Jun.
- Nazri kemudiannya memberitahu TMJ supaya “menjauhi politik” jika tidak mahu “dibelasah”, lapor akhbar The Star Online.
- “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan ‘whack’ (belasah) beliau,” beliau dipetik berkata.
- Ekoran itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya menyoal siasat Nazri mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang memberi amaran kepada TMJ.
- Kebiadapan Nazri terhadap institusi istana telah menyebabkan seluruh kabinet kerajaan UMNO terpalit sama yang akhirnya semakin dibenci umum.
- Keadaan semakin parah apabila TMJ murka dan membuat kenyataan panjang lebar mengenai insiden kedunguan Nazri.
- Baginda bertitah, seseorang menteri bukannya tuhan daripada syurga yang tidak boleh ditegur. Tunku Ismail mempertahan tindakannya menegur Perdana Menteri mengenai 1MDB atas dasar diri baginda sebagai pemimpin rakyat Johor dan Malaysia.
- "Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat," titah baginda dalam kenyataan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
- "Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur."
- Titah baginda, tidak seperti menteri dan ahli politik, baginda tidak menjalankan suruhan seperti boneka dan hanya bertanggungjawab kepada Allah.
- Baginda juga berkata, negara memerlukan ahli politik yang bersih, telus, dan menjalankan tanggungjawab dengan keikhlasan dan integriti.
- "Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.
- "Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," titah baginda.
- Titah TMJ itu mempunyai maksud yang dalam dan perlu ditafsir dengan halus oleh Perdana Menteri dan kabinetnya.
- Kebiadapan Nazri sebenarnya merugikan negara dan telah melunturkan kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan UMNO.
- Nazri bersilat tetapi di gelanggang yang salah. Akibatnya kerajaan Persekutuan dan UMNO bakal menanggung padah.
- Sementara itu kebanyakan suara dari Johor berpesan jika politik bergoncang dari selatan tanah air, ia merupakan satu petanda buruk kepada kerajaan Persekutuan.
- Untuk itu Perdana Menteri perlu menyelesaikan isu Nazri dan TMJ dengan pantas atau negara bakal menerima musibahnya nanti.
Friday, 12 June 2015
Jom sekat projek rasuah bangsa Cina
- RMK11 cenderung memperkasa kepentingan Melayu dan bumiputera terutama penduduk luar bandar.
- Menyedari hal itu bangsa Cina telah mengambil pelbagai langkah baru untuk memastikan Melayu terus ketinggalan dalam ekonomi.
- Ini kerana kerajaan mungkin terlupa atau terlepas pandang untuk membentuk beberapa dasar bagi membenteng bangsa Cina melakukan sabotaj ekonomi terhadap bangsa Melayu dan negara.
- Bangsa Cina sebenarnya tidak memerlukan dasar sokongan daripada kerajaan. Yang penting sistem ekonomi Malaysia terus terbuka dan mereka pasti menang dalam apa jua persaingan kerana memiliki lautan DUIT.
- Dengan limpahan duit, bangsa Cina mampu merebut semua projek mega yang ditawarkan oleh kerajaan, termasuk merasuah kakitangan kerajaan dari peringkat kerani hingga ke peringkat menteri.
- Ironinya bangsa Cina menggunakan DAP dan PKR untuk menyerang kerajaan UMNO dan BN yang dilabel sebagai penerima rasuah paling cergas di dunia. Cina MCA dan Gerakan senyap dalam bab rasuah yang membabitkan bangsa mereka.
- Hakikatnya merekalah (bangsa Cina) yang sebenarnya menjuarai rasuah di Malaysia sejak era awal kemerdekaan dengan mengumpan DUIT kerana menyedari kerajaan dan bangsa Melayu miskin.
- Kini sudah sampai masanya kerajaan berbuat sesuatu untuk menghalang projek memberi rasuah yag sering dilakukan di kalangan bangsa Cina.
- Untuk itu cadangan SPRM agar kerajaan menggubal akta bagi menghalang aktiviti penjualan tender oleh kontraktor Melayu dan Bumiputera kepada pihak ketiga (Cina, India dan bangsa asing).
- Tindakan menjual tender perlu dijadikan satu kesalahan jenayah memandangkan perbuatan tersebut menyebabkan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera gagal dicapai.
- Jika tidak dibendung, tindakan kontraktor tersebut yang dilabel sebagai musuh negara akan turut menjadi penghalang kepada peluang generasi muda yang berminat atau mahu belajar dalam bidang berkenaan.
- Sudah sampai masanya anak Melayu yang merosakkan nama bangsanya dengan menjual 100 peratus kontrak yang diberikan perlu dihukum di bawah undang-undang ini.
- Kalau seorang anak Melayu betul-betul menjalankan konsesi balak, akan terbina kilang papan orang Melayu, akan lahir kilang perabot Melayu.
- Malangnya anak Melayu yang mendapat konsesi balak lebih suka menerima rasuah dan menyerahkan projek itu kepada bangsa Cina.
- Itu baru kisah balak. Bagaimana dengan tender bina bangunan, jalanraya, jambatan, LRT, MRT, lapangan terbang, lebarkan sungai dan lain-lain kemudahan awam?
- SPRM turut mencadangkan Akta 694 diperkasakan dengan menambah peruntukan liabiliti korporat sebagai langkah kawalan dalaman bagi mencegah pekerja melakukan kesalahan rasuah demi manfaat institusi korporat.
Wednesday, 10 June 2015
PAS mahu jadi king maker bersama UMNO
- Kepimpinan PAS sedang bersiap sedia menjadikan parti itu sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.
- Ia mahu menjadi satu gerakan Islam yang lebih terbuka dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahat rakyat.
- Untuk itu seluruh ahli PAS diseru merapatkan ukhuwah dan memperkukuh iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru.
- Dalam bahasa politik, PAS mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu mahu menjadi pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia.
- Ini bererti PAS tidak lagi mahu berfungsi sebagai `pak turut’ seperti yang pernah dialami ketika bersama Pakatan Rakyat terutama parti kafir yang sombong dan diktator seperti DAP.
- Ramai pemimpin PAS dikatakan yakin dengan bahawa parti itu kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.
- Saf kepimpinan PAS yang baru diharapkan memiliki iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam.
- Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.
- Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi parti untuk kembali ke landasan sebenar.
- Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada pada landasan yang betul termasuk kesediaan parti Islam itu menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti.
- PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.
- Parti itu semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak.
- Ia semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini.
- Saf kepimpinan baru PAS didominasi golongan ulama tetapi pada masa yang sama didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains, teknologi dan perundangan.
- Keyakinan PAS untuk menjadi king maker politik pada masa depan merupakan satu lagi indikasi ke arah kerjasama professional dengan kerajaan BN yang didominasi oleh bangsa Melayu Islam UMNO.
- Biarpun ramai ahli PAS tidak ingin berpakat dengan UMNO, tetapi selepas melihat bagaimana DAP melayan mereka seumpama haiwan, maka parti Islam itu lebih berhati-hati bekerjasama dengan kafir.
- Jika PAS berkerjasama dengan BN, mereka tidak akan menerima beban tekanan langsung dari parti anti hudud seperti MCA, Gerakan dan MIC.
- Ini kerana UMNO adalah parti teras BN dan pasti akan bersama PAS dalam memartabatkan Islam di Malaysia.
- UMNO tidak sezalim firaun adalah antara kata petunjuk Presiden PAS yang memberi indikasi bahawa kerjasama bangsa Melayu tidak boleh terputus kerana mereka tetap mengadap kiblat yang sama.
- Berbeza dengan DAP yang tiada berkiblat, ketika berdepan dengan isu Islam, DAP akan melaungkan hak dan kebebasan sejagat sebagaimana yang tercatat dalam piagam kafir antarabangsa.
- DAP, MCA, Gerakan tetap bersama walaupun berlainan pakaian. Sayangnya PAS dan UMNO tidak mahu bersama biarpun mengadap kiblat yang sama.
- Seribu sebab telah dilontarkan bagi memisahkan UMNO dan PAS sejak merdeka. Semua sebab musabab itu diulang siar oleh ejen perpecahan dalam DAP, MCA dan Gerakan bagi memastikan UMNO dan PAS sentiasa menjarakkan diri dalam segala hal.
- Contoh paling ketara, Mat Sabu dibayar oleh DAP Pulau Pinang dengan gaji bulanan yang lumayan untuk terus berkhutbah ke seluruh Malaysia bagi menanam kebencian umat Islam terhadap UMNO.
- Nasib baik PAS berjaya merawat penyakit dalam parti. Kini PAS sudah tiada nanah dan kudis. Sebab itu perjuangan memartabatkan Islam secara bersama dengan parti Melayu lain di Malaysia kembali diberi penekanan.
- Namun persoalannya, apakah PAS mampu menjadi `king maker’ jika kembali `berduet’ dengan UMNO? Kita lihat senario seterusnya nanti.
Tuesday, 9 June 2015
Najib pula tuduh Mahathir cetus masalah besar negara
- Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad terus berbalas hujah mengenai siapa yang lebih banyak mencetus masalah besar negara.
- Terbaru Perdana Menteri berkata, dakwaan mengatakan beliau menimbulkan masalah lebih besar terhadap negara sebenarnya berpunca daripada perbuatan Mahathir sendiri.
- "Masalah yang dirujuk oleh Tun sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada 'serangan' dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang."
- Perdana menteri menjawab demikian dalam ruangan soalan yang sering ditanya di dalam blog najibrazak.com.
- Najib berkata dakwaan berkenaan telah disebar luas menerusi Internet, dan ini merupakan sesuatu yang Dr Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.
- Beliau berkata apa yang jelas Dr Mahathir telah menggunakan pendemokrasian maklumat dalam sosial media iaitu semua maklumat, walaupun sekelumitpun tidak benar, dianggap sebagai benar.
- "Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beriburibu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar. Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun fikir wujud 'masalah' lebih besar hari ini," kata Najib.
- Najib mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pembelian jet rasmi dan kebimbangan terhadap keselamatan di Sabah.
- Mengakui bahawa pentadbiran beliau, sama seperti manamana pentadbiran lain, tidak terlepas daripada berdepan cabaran, Najib berkata rekod kerajaan sejak enam tahun lepas menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.
- "Dan kami akan terus mengotakan janji kami untuk melakukan transformasi terhadap ekonomi, kerajaan dan negara apabila kita mencapai Wawasan 2020," katanya sambil menggesa rakyat Malaysia untuk terus yakin dan bersamasama berusaha untuk mencapainya daripada berbalah sesama sendiri.
- Najib juga mengingatkan anggota UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia untuk tidak terus percaya bulatbulat setiap kali Dr Mahathir melakukan 'serangan'.
- Meminta mereka untuk berfikir sejenak dan menganalisis faktanya apabila itu berlaku, perdana menteri berkata apa yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir merupakan tuduhan dan masalah kerana beliau tahu bagaimana "untuk mempengaruhi minda rakyat terhadap kerajaan sekarang dan saya".
- Najib berkata Dr Mahathir telah melakukan banyak perkara baik dan hebat semasa menjadi perdana menteri tetapi beliau tidak lagi menerajui pentadbiran.
- "Malah sekiranya saya berundur, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Beliau boleh kata yang beliau hanya melaksanakan hak demokrasi sebagai sebagai seorang warganegara, tetapi inilah sifat Tun Mahathir," kata Najib.
- Beliau berkata rakyat cenderung untuk percaya apa sahaja yang dikatakan oleh Dr Mahathir walaupun ia tidak betul sepenuhnya, dan ia mempunyai kesan amat besar terhadap persepsi orang ramai kerana beliau bukan sekadar orang biasa.
- "Terdapat sebab kenapa kebanyakan bekas ketua kerajaan di seluruh dunia tidak campur tangan dalam kerja pentadbiran semasa kerana apa sahaja yang mereka katakan boleh dengan mudah menjejaskan sistem itu," katanya. - BERNAMA
Muhyiddin bakal disingkir pada rombakan kabinet
- Pergolakan UMNO semakin panas apabila ura-ura mengatakan rombakan kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat dengan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Lawatan Presiden UMNO ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bersama dua Naib Presidennya telah menimbulkan spekulasi bahawa kepulangan mereka akan disusuli dengan rombakan kabinet.
- Naib Presiden yang mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
- Ramai berkata amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO untuk mengiringinya menunaikan umrah, kecuali ada perbincangan yang perlu disepakati di tanah suci itu.
- Oleh kerana bangsa Melayu begitu suka bergosip, maka pemergian beberapa pemimpin negara ke tanah suci Mekah dikatakan ada hubung kait dengan suasana politik yang sedang melanda negara.
- Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang diketahui mempunyai pendirian berbeza dengan Najib sejak kebelakangan ini terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa menunaikan umrah. Difahamkan beliau berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.
- Dengan Najib membawa Zahid dan Hishamuddin ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi ialah kemungkinan Muhyiddin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Ini kerana kedudukannya dalam kabinet dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.
- Najib dikatakan sudah tidak tahan dengan karenah Muhyiddin yang kononnya tidak cukup setia terutama sejak isu 1MDB meletus.
- Tempat Muhyiddin akan diambil alih oleh Zahid manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan diberi portfolio Kementerian Kewangan sebagai persediaan menjadi calon Perdana Menteri masa depan.
- Shafie pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.
- Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya mencadangkan penyingkiran Muhyiddin.
- Agensi itu mencadangkan Najib menamatkan `masa bertahan’ dan memulakan `serangan’ jika mahu terus kekal memimpin parti dan negara.
- Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan.
- Ini kerana Najib menyedari mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.
- Bagi mengisi kekosongan kabinet, Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad akan diserapkan semula kerana beliau sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.
- Najib dikatakan berpuas hati dengan pendekatan Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan Tun Mahathir.
- Nama lain yang disebut akan kembali ke dalam kabinet ialah Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
- Ini kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.
- Dalam menghadapi kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib tiada pilihan selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinet dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir dan Annuar untuk membenteng kedudukannya.
- Ini sekaligus menunjukkan bahawa pahlawan Bugis itu (Najib) sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini.
- Persoalannya jika Muhyiddin disingkirkan, apakah beliau akan berdiam diri dan reda dengan apa yang berlaku, atau bangkit menentang Najib dalam bentuk dan gaya yang sukar dibaca umum.
Selangor menuju kerajaan campuran baru
- Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kini berada di ambang kehancuran akibat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
- Hal ini diakui ramai pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang sambil terpening-pening mencari formula menyelesaikan masalah itu.
- Walaupun PAS belum memuktamadkan penceraian PAS-DAP, mustahil kedua-dua parti itu berkerja seperti biasa di Selangor.
- Hubungan rapuh PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman PAS mahu menggunakan “lutut” dan “siku” bagi mengajar DAP.
- Bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi jika exco PAS-DAP enggan bekerjasama. Sudah pasti mesyuarat exco negeri akan huru hara apabila exco dari kedua parti itu saling tidak bertegur sapa.
- Bukan saja mesyuarat exco terkesan dengan permusuhan itu, malahan ia merebak di semua peringkat kerajaan Selangor.
- Ahli majlis tempatan PAS-DAP saling tidak mengendahkan komen, cadangan dan saranan ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan.
- Lalu DAP dan PKR sedang membuat penyusunan semula politik bagi membolehkan kerajaan PR terus berkuasa di Selangor.
- Kegagalan mencari gabungan yang menerima polisi bersama PR ternyata membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Selangor.
- Tidak mustahil kerajaan PR Selangor bakal hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan.
- Situasi yang mendorong ke arah pilihan raya negeri Selangor pernah terbayang sebelum ini apabila PAS tidak bersetuju Dr Wan Azizah Ismail diangkat sebagai MB Selangor.
- PAS menggunakan haknya agar Abdul Khalid terus menjadi MB Selangor tetapi Anwar Ibrahim berkeras bahawa jawatan MB adalah milik PKR walaupun kerusi DUN parti itu di Selangor kurang berbanding PAS.
- Lalu DAP dan PKR memberi tekanan paling hebat ke atas PAS sehingga parti Islam itu terpaksa tunduk dengan kehendak rakan sekongkolnya walaupun di hati PAS tetap tidak bersetuju.
- Akhirnya PR terselamat daripada kemusnahan apabila Mohamed Azmin Ali dipilih menjadi MB Selangor dan padahnya kersi exco PAS dikurangkan kepada tiga.
- Kini gelombang kemusnahan PR muncul sekali lagi. Sekali lagi PAS dipersalahkan kerana memutuskan hubungan dengan DAP.
- Saban hari penulis upahan PKR dan DAP melemparkan rencana kutukan ke atas PAS dengan menuduh parti Islam itu bersifat angkuh memutuskan hubungan dengan DAP tanpa melihat kesan ke atas kerajaan PR Selangor.
- Walhal apa yang berlaku ialah DAP sendiri begitu sombong menelanjangkan PAS sejak dua tahun lalu dengan pelbagai tuduhan tidak masuk akal.
- Barangkali blogger prepaid DAP dan PKR terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa DAP sendiri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
- Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS samalah dengan memutuskan hubungan dengan parti secara keseluruhan.
- Padahnya kerajaan PR Selangor huru hara di peringkat paling kritikal. Kit Siang dan anaknya Guan Eng sudah membayangkan Selangor akan jatuh ke tangan UMNO melalui kerjasama dengan PAS.
- Sambil memperkukuh tembok Cina Pulau Pinang, kedua beranak itu mengupah beberapa blogger Melayu paling kontroversi supaya menjenamakan kepimpinan PAS sebagai angkuh, sombong dan keras kepala. Sebutlah apa saja, spinlah apa saja, blogger pro DAP dan PKR pasti dibayar upah lumayan macam upah yang diterima Mat Sabu.
- Kini blogger Melayu pro DAP dan PKR sudah mula mencanai politik di Selangor. Mereka mendakwa DAP ada kekuatan tenaga dan modal untuk berdepan dengan PAS yang serba miskin.
- Kekuatan DAP sebanyak 15 kerusi DUN di Selangor sudah cukup untuk parti itu memboneka PKR.
- PAS juga ada 15 kerusi DUN Selangor tetapi dikatakan lemah kerana dua wakil PAS (Saari Sungip dan Hasnol) dipecat atau digantung keahliannya.
- PAS kini pada dasarnya ada 13 kerusi sahaja dan tidak cukup bagi PAS membentuk kerajaan negeri bersama UMNO.
- Jika UMNO-PAS bergabung, mereka baru ada 26 kerusi termasuk calon bebas Khalid Ibrahim. Dengan sombong PKR dan DAP mendakwa mereka ada kelebihan lima kerusi untuk membentuk kerajaan. Mereka ada 30 kerusi iaitu PKR (13), DAP (15) dan dua kerusi wakil PAS yang dipecat.
- Walaupun kerajaan campuran DAP-PKR mempunyai kelebihan lima kerusi, ia tidak menstabilkan kerajaan yang ada.
- Untuk itu satu pilihan raya baru perlu diadakan bagi menyerahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan bentuk kerajaan Selangor yang baru.
- Janji Dr Wan Azizah mahu mendamaikan PAS dan DAP langsung tak bermakna apabila Guan Eng memberi amaran berupa nasihat kepada Presiden PKR supaya jangan jadi orang tengah.
- Sayugia dimaklumkan bahawa kebanyakan blogger upahan DAP dan PKR mencanai politik Selangor berdasarkan mesyuarat kedai kopi.
- Mereka terlupa UMNO dan PAS boleh mewujudkan kerajaan campuran bersama Mohamed Azmin Ali (bernaung di dalam kem Tun Mahathir Mohamed) dan rakan-rakannya DEMI MELAYU dan ISLAM.
- Bolehkah blogger Melayu pro DAP seperti Mohd Sayuti Omar dan rakan-rakannya mencanai situasi politik sebegini?
Monday, 8 June 2015
Pengarah dan penasihat 1MDB letak jawatan bulan depan
- Semua ahli lembaga pengarah 1MDB dijangka akan letak jawatan serentak pada bulan depan bagi mengurangkan tekanan syarikat yang saban hari dikecam rakyat Malaysia.
- Perletakan jawatan juga dijangka membabitkan mereka yang berada di dalam lembaga penasihat (advisory board) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
- Perkara itu dijangka berlaku pada bulan depan (Julai) atau selewat-lewatnya Ogos ini, kata sumber.
- Antara ahli lembaga pengarah 1MDB ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (pengerusi), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J. Valiram.
- 1MDB dilaporkan berhutang lebih RM42 billion dan kini sedang disiasat oleh Pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Kewangan Awam, Bank Negara dan PDRM.
- Sebelum ini beberapa pihak termasuk menteri mengakui hutang 1MDB agak membebankan dan dek kerana itu Putrajaya terpaksa tangguh segala pinjaman baharu.
- Antaranya Datuk Seri Abdul Wahid Omar di JPM pernah berkata, pelaburan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.
- Katanya, 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.
- Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.
- Kerajaan sedar bebanan hutang itu memberi impak kepada 1MDB dan berikutan itu tiga langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.
- Tiga langkah itu termasuk menangguh semua bentuk pinjaman baharu, fokus kepada dua projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.
- Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti. 1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.
- Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.
- Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.
- Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion. Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.
- Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada. Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.
- Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.
- Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.
- Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut.
Petanda baru Najib sedia bincang dengan PAS
- Ketika imej Perdana Menteri dilihat semakin menguncup, beliau dikatakan mahu berbincang dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
- Kesediaan itu disebut selepas golongan ulama PAS mendominasi semula kepimpinan parti pada muktamar minggu lalu.
- Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, PAS telah membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
- "Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.
- "Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
- Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
- "Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik berkata.
- Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bersama di Kundasang, Sabah bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu.
- Sebelum ini, Abdul Hadi menggulung muktamar PAS dengan berkata walaupun ada pihak mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, UMNO tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.
- Rentetan petanda kerjasama PAS dan UMNO semakin terserlah, DAP mula gelisah dan melancarkan serangan demi serangan.
- Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang terus menyerang PAS melalui pelbagai kenyataan dangkal sambil menyifatkan hubungan Pakatan Rakyat sudahpun mati dan kini hanya menunggu digali kubur saja.
- Penganalisis politik pro DAP dan PKR juga mula mengorak langkah dengan melancarkan serangan ke atas PAS melalui media tajaan DAP.
- Mereka mula menuduh PAS didominasi golongan ulama yang bertunjangkan kesombongan. PAS juga dituduh kembali mundur 30 tahun ke belakang kerana menolak golongan progressif.
- Walhal golongan progressif itu sebenarnya merupakan proksi DAP dan PKR yang akan membawa dakyah pemimpin masing-masing apabila diperlukan.
- Sudah tentu pada masa ini mereka sedang berusaha keras menghalang usaha UMNO dan PAS berkerjasama dalam apa jua bentuk.
- Mereka sedar jika kedua-dua parti itu berkerjasama pada PRU14, maka sekurang-kurangnya 90 peratus daripada seluruh bangsa Melayu di Malaysia akan bersatu hati menyokong kepimpinan Melayu baru.
- Jika kerjasama itu berlaku, sudah pasti gabungan itu akan mengembalikan dua pertiga kerusi Parlimen kepada Melayu BN.
- Komponen lain seperti MCA, Gerakan dan MIC sudah hanya tinggal nama sahaja sedangkan semua ahlinya sudah menyertai DAP.
- Masa depan Melayu dan Islam di Malaysia kini bergantng kepada sejauh mana UMNO dan PAS berkerjasama. Itu adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan.
- Sambil itu, imej Datuk Seri Najib akan kembali pulih dan besar kemungkinan boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
- Ketika itu juga, suara sumbang dan negatif terhadap Najib akan mengendur kerana beliau membuktikan kewujudan semula kerajaan Melayu Islam dengan bilangan kerusi Parlimen melebihi dua pertiga.
Tuduhan paling bengap, ulama PAS diwarisi orang sombong
- Kemenangan besar golongan ulama menyapu bersih semua kerusi tertinggi PAS baru-baru ini diratapi DAP dan PKR.
- Hampir semua calon pemimpin PR dalam PAS tersungkur termasuk Mohamad Sabu yang dianggap `petualang terbesar'.
- Mana-mana proksi PR yang dipilih masuk ke dalam kelambu golongan ulama seperti Mazlan Aliman sudah mula gelisah dan mahu keluar PAS kerana ramai rakan-rakannya jatuh `ke dalam gaung'.
- DAP pula sudah bersiap sedia untuk terus membelasah PAS pada bila-bila masa, manakala PKR pula berlakon mahu mendamaikan mereka.
- Namun dalam senyap DAP dan PKR sebenarnya telah melancarkan `serangan dalam selimut' melalui proksi masing-masing termasuk kumpulan penganalisis politik.
- Dengan menganggap diri mereka neutral, penganalisis politik upahan PKR dan DAP melihat Muktamar PAS ke-61 sebagai kemenangan golongan ulama yang sombong.
- Analisa bengap itu muncul apabila 99.9 peratus pemimpin proksi PR dalam PAS telah `terjun ke laut'. Lalu penganalisa bengap menyimpulkan “kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif dalam PAS.”
- Lebih bengap lagi apabila mereka mendakwa kaedah kempen, pola pengundian dan perjalanan muktamar yang berlangsung dapat dianggap sebagai kemuncak kepada manifestasi kesombongan.
- Berikut adalah antara petikan rautan bengap penganalisa pro PR yang dilontarkan kepada pemimpin PAS:
- Kerana sombong dan terlalu berbangga dengan dominasi terhadap ilmu agama, maka mereka yang tidak sealiran diketepikan.
- Kesombongan menyebabkan sukar bagi golongan agamawan untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif.
- Kesombongan menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.
- Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang “tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar”.
- Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya hidup subur dalam Umno.
- Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya. Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini.
- Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang “kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara”. Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan.
- Kesombongan menyebabkan PAS masih mahu berpegang pada Islamisme sedangkan dunia sedang bergerak ke arah pasca Islamisme. Kesombongan menyebabkan apa sahaja idea-idea yang bertentangan dilihat sebagai ancaman dan bukan sebagai kelainan.
- Tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. Kerana sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri, apa jua alasan cuba dihamburkan bagi menutup pembersihan yang berlaku.
- Sebagai contoh, penegasan yang yang parti itu masih mempunyai golongan profesional seperti pensyarah walaupun kumpulan progresif ini tersingkit. Tetapi profesional bukan sekadar dilihat dari segi status pekerjaan. Ia juga dicerminkan kepelbagaian ideologi, keterbukaan, kemahuan berbeza pandangan dan dekat dengan kemodenan.
- Bagi yang mengikuti secara dekat muktamar yang berlangsung selama tiga hari, kesombongan adalah bahasa badan yang paling menonjol terpapar.
- Dalam bentuk pengendalian muktamar yang jelas menampakkan kecondongannya pada ideologi semasa, dalam bentuk laungan takbir yang dikhususkan hanya untuk perwakilan pro-agamawan, dalam bentuk wajah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang amat ketat dan tidak langsung pernah tersenyum, dalam bentuk sorakan sindiran yang tidak putus-putus ditujukan kepada golongan progresif yang berucap dan sehinggalah kepada kehilangan suasana kesedihan yang sewajarnya dirasakan berikutan kepergian golongan progresif ini dari parti.
- Tangisan Hanipa Maidin dan juga nyanyian melankolik Mohamad Sabu hanya mampu mengheningkan suasana tetapi tidak mampu membuatkan mana-mana perwakilan untuk bangun memujuk atau menahan keputusan beliau yang ingin meletakkan jawatan dari semua jawatan yang disandangnya.
- Bahasa badan yang ditunjukkan bukan sahaja melengkapkan pembersihan yang berlaku tetapi semacam menghantar mesej “jika boleh, kami tidak mahu lagi kamu kembali di sini”.
- Apa yang berlaku dalam Muktamar PAS 61 adalah tragedi sebuah kesombongan. Sombong dengan kekuatan diri dan lantas menjadi taksub dan narsistik.
- PAS seperti seorang suami yang baru mendapat “isteri kedua” yang kaya, cantik dan berpendidikan. Tetapi apabila jatuh sakit, isteri pertama yang tua dan kurang cantik yang sering dicari untuk menjaga si suami kerana isteri kedua tadi rupanya tidak boleh diharapkan.
- Kesombongan menyaksikan kapal Titanic karam walaupun dianggap sebagai kapal yang tidak akan karam. Kesombongan membuka jalan kepada tragedi 9/11 di Amerika Syarikat. Kesombongan jugalah yang kini menjadikan Umno terumbang-ambing.
- Muktamar PAS menyarankan yang kesombongan merupakan nilai yang kini menjadi virtue dalam parti tersebut. Kesombongan yang wujud dalam PAS amat menakutkan dan lebih menakutkan dari kesombongan Umno. Dalam mana golongan ini sering mengkritik keangkuhan kuasa Umno, mereka terlupa untuk menyelak kesombongan diri sendiri.
- Benarlah kata-kata tokoh revolusi Poland, Lech Walesa yang mengingatkan tentang kewujudan pemimpin yang menghasilkan sistem dan kepimpinan yang lebih buruk (dibaca: lebih sombong) selepas menggulingkan sistem yang mereka tentang sebelum itu.
- Ironinya, kesombongan ini seolah-olah hanya disedari wakil DHPP yang bukan beragama Islam apabila menyatakan kejutannya terhadap kebejatan yang berlaku. Untuk wakil DHPP ini, pertimbangkan logik ini. Jika kesombongan seperti ini boleh dilakukan terhadap saudara seagama mereka, adakah anda merasakan yang mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan kesombongan yang serupa kepada mereka yang bukan seagama?
- Tahniah sekali lagi kepada PAS. Gunakanlah "cakaran", "siku", "lutut" (dan juga laungan takbir) itu sebaik mungkin.
- Analisa ke laut seperti itu sudah diramal akan muncul samada lambat atau cepat. Ini kerana DAP dan PKR sebenarnya meratapi kekalahan teruk calon-calon mereka dalam PAS yang sudah diternak sejak 1980an lagi.
- Selepas ini banyak lagi analisa bengap yang menghukum kemenangan PAS sebagai satu kegagalan misi mentadbir Kelantan dan visi untuk membantu PR mengurus Selangor dengan cekap dan berkesan.
Mat Sabu ajak exco PAS Selangor berhenti
- Mat Sabu kalah kerusi timbalan presiden dalam muktamar PAS baru-baru ini dan mengumumkan tidak mahu menerima gaji yang `disedekahkan' oleh kerajaan Cina Pulau Pinang.
- Telunjuk Mat Sabu dilihat lurus tetapi kelingkingnya berkait. Veteran kecewa itu mencetuskan isu dengan mengajak pemimpin PAS Selangor letak jawatan bagi menyatakan kesetiaan kepada ulama.
- Wal hal beliau tahu situasi Pulau Pinang dan Selangor berbeza. Di Pulau Pinang jawatannya itu diberi kerana simpati Lim Guan Eng.
- Di Selangor, kuasa pentadbiran diagih sama rata dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka sama-sama memenangi PRU13.
- Ternyata Mat Sabu tidak boleh menafikan dirinya berjiwa Cina DAP. Beliau sanggup menghasut bangsanya sendiri supaya berhenti mentadbir Selangor bagi memudahkan bangsa Cina DAP menguasai pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu.
- Atau mungkinkah hasutannya pada muktamar itu dirancang bersama atau dipengaruhi oleh Guan Eng untuk melihat bagaimana golongan ulama PAS menangani isu pentadbiran Selangor selepas parti itu menerima usul memutus kerjasama dengan DAP.
- Mat Sabu tahu PAS tidak boleh melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor kerana komposisi kerusi di Dewan Undangan Rakyat (DUN), keadaannya tidak semudah seperti di Pulau Pinang.
- Tetapi Mat Sabu mahu membuat provokasi selepas kalah dalam PAS. Ini adalah lagkah awal. Selepas ini Mat Sabu akan membuat banyak lagi provokasi lain yang akan memeningkan kepala pemimpin PAS.
- Umumnya DAP merasakan PAS perlu menamatkan kerjasama di Selangor. Tetapi PAS tidak akan mengguna pakai usul itu kerana kemewahan dan kuasa yang mereka akan hilang di Selangor.
- Buat masa ini, keadaan seperti biasa dalam kerajaan Selangor sehingga mereka membuat pendirian rasmi mengenai perkembangan terkini dalam PAS.
- Pelantikan semua jawatan rasmi adalah mengikut rundingan berdasarkan kepada kekuatan setiap parti dalam DUN Selangor.
- PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) manakala PKR memiliki 13 kerusi.
- Pecahan jawatan ini juga melibatkan mereka yang berada dalam jawatankuasa kampung, majlis tempatan, majlis mesyuarat kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
- Keadaannya berbeza di Pulau Pinang, di mana PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN daripada 40 Adun Pulau Pinang.
- Di Pulau Pinang ia sudah jelas. Ahli PAS dilantik dalam jawatan kerajaan negeri berdasarkan budi bicara ketua menteri. PAS tidak ada jawatan exco tetapi Adun tunggal parti itu, Datuk Salleh Man dilantik untuk mengetuai Majlis Agama Islam Pulau Pinang, atas syor Guan Eng.
- Oleh itu, apabila PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka ahlinya perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang. Perkara yang sama tidak boleh dilakukan di Selangor.
- PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 yang berakhir pada Sabtu lepas, menerima usul tanpa bahas mengenai cadangan memutuskan hubungan parti itu dengan DAP. Pemimpin PAS, bagaimanapun, menegaskan ia bukan keputusan muktamad parti.
- Usul itu dibawa Dewan Ulama PAS, tetapi kata putus sama ada untuk melaksanakannya akan dibuat oleh jawatankuasa pusat parti itu dan Majlis Syura yang dianggotai barisan ustaz.
- Serentak dengan berita penerimaan usul berkenaan, Lim mengumumkan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerjaaan Pulau Pinang.
- Individu pertama yang berbuat demikian ialah Mat Sabu yang digulingkan dalam pemilihan parti baru-baru parti.
- Pemimpin DAP Selangor berpendapat adalah wajar bagi PAS untuk melakukan perkara yang sama di sini.
- Pemimpin PAS Selangor, bagaimanapun, cuba untuk memujuk ketua mereka untuk tidak meluluskan usul itu.
- Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan DAP di negeri ini dan memberi amaran pelaksanaan usul itu akan memusnahkan kerajaan PR di Selangor.
- PAS akan mencari jalan untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di Selangor bagi terus mendapat manfaat ketika berada dalam kerajaan negeri.
- Episod ini sebenarnya mahu menghasut ahli PAS supaya menilai sendiri sama ada golongan ulama mampu mengurus segala kerumitan yang berlaku dalam parti politik itu ataupun tidak.
Friday, 5 June 2015
Kesan buruk jika Najib hadir dialog Nothing 2 Hide
- Mungkin imej Perdana Menteri akan tercalar jika hadir pada dialog "Nothing 2 Hide" yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamed.
- Mungkin juga kewibawaan Perdana Menteri akan tergugat pada sesi dialog yang disifatkan sebagai pertembungan antara dua jaguh.
- Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah berdialog dalam gelanggang interaktif. Kebetulan juga tahap pidatonya sejauh ini masih lemah.
- Berdepan dengan ratusan pemimpin NGO di PWTC tidak boleh dipandang `enteng’. Pun begitu Najib sudah bersedia untuk berdialog kerana baginya `he has nothing to hide’ terutama dalam isu 1MDB.
- Najib mahu menjelaskan sekali lagi kepada rakyat bahawa 1MDB dilaksanakan mengikut prinsip dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
- Najib sudahpun mengosongkan jadualnya untuk pagi Jumaat dan ratusan pemimin NGO pula sudah menyusun pelbagai soalan yang mahu diajukan kepada Perdana Menteri.
- Tup tup di saat-saat akhir Mahathir mahu menyertai dialog itu. Hal ini menyebabkan Najib terkedu dan serba salah.
- Serba salah bukan kerana takutkan Mahathir, tetapi risau kesan buruk yang akan berlaku jika dialog itu panas dan tidak terkawal.
- Bayangkan reaksi umum yang fanatik jika berlaku perselisihan pendapat antara Najib dan Mahathir secara terbuka.
- Pastinya Najib akan menanggung malu dan kewibawaannya sebagai pemimpin nombor satu negara akan tergugat.
- Tambahan pula media dan bloggers sudah `siaga’ untuk mengganyang setiap inci perkataan kedua-dua jaguh politik itu untuk kepentingan media masing-masing.
- Media pembangkang sememangnya `kelaparan’ pada pagi Jumaat dan berharap Najib dan Mahathir bertempur di gelanggang PWTC.
- Jutaan manusia menunggu dengan penuh perasaan di laman Twitter, Facebook dan Youtube untuk mengetahui setiap inci dialog Mahathir dan Najib.
- Selepas mengambil kira kesan buruk yang bakal ditanggung oleh Perdana Menteri, para penasihat termasuk agensi Lim Kok Wing telah menghalang Najib daripada masuk gelanggang interaktif yang berbahaya itu.
- Untuk tidak memalukan Najib, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah membuat kenyataan pendek bahawa PDRM mendapati penganjur gagal menepati Standard Operating Procedure (SOP).
- Untuk tidak menghampakan selautan manusia yang membanjiri PWTC sejak awal pagi, penganjur telah meneruskan dialog dengan menjemput Mahathir memberi sepatah dua kata.
- Beberapa minit kemudian, polis naik ke pentas dan meminta Mahathir berhenti berucap kerana majlis itu tidak diluluskan oleh PDRM.
- Menjawab soalan media selepas turun dari pentas, Mahathir berkata, “Saya diminta pihak polis berhenti berucap kerana saya dikatakan terlalu membuat bising dalam program hari ini."
- Beliau juga tidak mengetahui bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengeluarkan arahan supaya membatalkan program tersebut.
- "Saya tak tahu arahan dia, saya tak dengar, apa yang saya tahu polis datang kepada saya, minta saya berhenti (bercakap)," katanya.
- Forum anjuran Sukaguam itu dibatalkan di saat akhir selepas Ketua Polis Negara menerusi akaun Twitternya hari ini meminta ia ditangguhkan atas faktor keselamatan.
- Walaupun Sukaguam cuba berunding dengan pihak polis, namun forum yang lebih berkisar kepada penjelasan isu 1MDB itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.
- Mengulas lanjut, Mahathir berkata kehadirannya adalah untuk mendengar penjelasan Najib berhubung persoalan 1MDB.
- "Sebab itu saya datang dan minta izin supaya saya diberi peluang sama dengan Najib. Kalau dia dapat satu jam, saya juga minta satu jam.
- “Kalau dia nak jawab soalan, saya juga nak jawab soalan, tapi malangnya Najib tak dapat datang kerana polis membatalkan perjumpaan ini," ujarnya.
- Jelas Mahathir, meskipun beliau dihalang meneruskan ucapan, namun beliau meminta polis membenarkannya bertemu dengan pihak media.
- "Saya patuh kepada undang-undang, tetapi saya minta izin supaya saya dapat bercakap dengan media sahaja," jelasnya.
- Ketika ditanya tentang kelantangan beliau telah menakutkan Najib untuk muncul pada program tersebut, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan jika Najib boleh beri penjelasan.
- "Saya tak boleh mencederakan sesiapa, kenapa perlu orang (Najib) nak takut dengan saya, kamu (media) pun tak takut pada saya," ujarnya.
- Bagaimanapun Mahathir hanya beranggapan ketidakhadiran Najib itu kerana beliau sibuk dengan urusan rasmi kerajaan.
- "Kita pun tak tahu (kenapa Najib tak hadir), saya fikir dia sibuk, dia mesti ada tugas rasmi yang lebih mustahak berbanding jumpa dengan rakyat," katanya lagi.
- Pada sidang akhbar yang sama, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menuduh Perdana Menteri sebagai penakut.
- “Kalau hendak kata Mahathir pembelit, kaki pembohong, Mahathir berani datang ke dialog ini. Dia berani hendak berhadapan dengan semua orang. Tetapi Najib tidak berani datang, bagi saya dia penakut... tiada alasan lain,” katanya.
Saturday, 30 May 2015
Gangster Thai upah media persenda Malaysia isu Rohingya
- Penemuan tapak kubur di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi fitnah media Thailand berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Islam Rohingya dan Bangladesh.
- Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa 'Malaysia benar-benar memalukan' susulan penemuan mengejutkan itu.
- Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.
- Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.
- Kenyataan 'Don't visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya' dan 'Malaysia truly embarrassed' digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.
- Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.
- Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.
- Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.
- Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: "Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!" (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).
- Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
- Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.
- Rentetan itu media tempatan menemuramah beberapa warga Rohingya yang terselamata daripada kegiatan pemerdagangan manusia.
- Melalui temuramah itu beberapa bukti muncul antaranya kem transit di Wang Kelian dikendalikan oleh sindiket yang dikuasai oleh gangster Thailand.
- Ini kerana kumpulan tersebut berkomunikasi dalam bahasa Thailand dan warga Rohingya dihantar ke beberapa kawasan di selatan Thailand untuk dijadikan buruh murah dan ada juga menjadi buruh percuma bagaikan hamba abdi.
- Menyedari kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa Malaysia, sindiket berkenaan telah menggunakan media Thailand untuk mempersenda Malaysia, seolah-olah kegiatan jual beli buruh Rohingya itu dikendalikan oleh rakyat Malaysia.
- Diharapkan pihak PDRM dapat mengesan kumpulan gangster ini yang berselindung disebalik nama Yassin.
- Geng Yassin ini bukan saja menjual buruh murah malah menaniaya warga Rohingya lebih buruk daripada binatang.
- Di kem transit Wang Kelian, kebanyakan wanita Rohingya dirogol beramai-ramai dan kanak-kanak dibunuh kerana menyusahkan urusan jual beli buruh murah.
- Kini terpulang kepada PDRM untuk menyiasat jenayah paling kejam dan memalukan. Manakala rakyat Malaysia pula jangan kelam kabut dengan fitnah dari Thailand itu.
Sunday, 24 May 2015
Hikayat 1MDB versi The Untold Story
- Pelbagai versi cerita 1MDB bertebaran di seluruh negara. Rata-rata mengatakan ia merupakan pelaburan yang tidak cermat dan gelojoh.
- Perdana Menteri menjadi bungkem (tak terkata apa2) apabila menyaksikan pertanyaan awam bertali arus setiap hari dan dalam pada itu pembangkang kian galak menyerang dan melondehkan kepimpinan negara.
- Isu 1MDB sepatutnya boleh dijelaskan dengan cekap sehingga rakyat tak akan terkata apa-apa. Menagih masa untuk membuktikan 1MDB berada di landasan yang betul ternyata tidak cerdik.
- Rakyat mahu jawapan yang lebih meyakinkan. Menjelaskan sambil bermain tarik tali berkaitan istilah wang tunai dan aset tunai dalam bank di Singapura juga tidak berapa cerdik.
- Mengapa tidak berterus terang mengatakan 1MDB mahu menyelamatkan harta negara digerogoti (digigit rakus) setiap tahun oleh beberapa pemain industri pengeluar tenaga bebas atau IPP (independence power producer)?
- Jika alasan itu diketengahkan sedari awal, rakyat tak sebegitu marah dan menjadi `sawan’ dengan isu 1MDB.
- Mengapa perlu tunggu seorang manusia kerdil yang tidak berpangkat menteri mendendangkan The Untold Story mengenai 1MDb kepada media sosial.
- Seorang manusia yang mahu dikenali sebagai Eol Zari bercerita mengenai isu itu pada 18 Mei lalu dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak sekaligus menjadi viral. Tulisan beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr
- Berikut adalah sedutan sebahagian ceritanya. - Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenal konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.
- Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).
- Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.
- Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.
- Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.
- Bagi menangani masalah ini, sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.
- Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.
- Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.
- Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.
- Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.
- Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.
- Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost PASS Through (FCPT).
- Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.
- Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.
- Oleh itu, penstrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi; pengguna mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak; PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta.
- Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.
- Mengenai isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.
- Terdapat juga dakwaan pembangkang mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.
- Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.
- Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion yang mana ia bukan fakta sebenar.
- Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion seperti yang didakwa. Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.
- Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche BANK mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.
- Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.
- Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.
- Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.
- Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.
- Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)














