Wednesday, 25 March 2015

Portal Malaysian Insider fitnah Raja-Raja Melayu

  • Rakyat Malaysia terus dikejutkan dengan fitnah terbaru portal Malaysian Insider yang mendakwa Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan perundangan Hudud di Kelantan.
  • Ternyata fitnah itu mengudang padah apabila Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) menafikan dakwaan itu.
  • Sehubungan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak portal tersebut berhenti menyebarkan fitnah dan menarik kembali artikel tersebut yang disifatkan bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam.
  • “Ini bukan kali yang pertama portal tersebut melemparkan fitnah dan saya mengesa agar artikel tersebut di tarik serta merta. Saya difahamkan mesyuarat tersebut tidak pernah membincangkan berkenaan perlaksanaan hudud” katanya.
  • Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.
  • “Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
  • “Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” dakwa portal itu yang memetik kenyataan sumber.
  • Dr Asyraf menjelaskan melalui akaun Facebook sebagai berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan isu menaik taraf Mahkamah Syariah.
  • “Majlis Raja-Raja tidak pernah pun membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan Hudud, apatah lagi untuk menolaknya.
  • “Yang dibincangkan hanyalah berkenaan menaik taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat” tulisnya di laman Facebook .
  • Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Jangan tolak Hudud dan Ta’zir Kelantan tanpa gali ilmu


Hudud menjadi bualan paling hangat di kalangan masyarakat Malaysia muktahir ini. Dari kedai kopi hinggalah ke hotel, hampir semua orang bercerita mengenainya. Namun amat menyedihkan mereka bercerita tanpa ilmu.

Lebih menyedihkan apabila mereka membuat analogi pelik-pelik dengan menggunakan lojik tanpa ada keinginan untuk menggali ilmu mengenainya. Kalau ada pun ilmu dan maklumat dari internet yang `melekat' dengan jiwa dan akal mereka.

Selalunya asas bualan mereka di kedai kopi adalah mengenai cara perundangan hudud menghukum perbuatan merogol yang membabitkan pasangan Islam dan bukan Islam. Di laman sesawang pula dibanjiri dengan artikel negatif dan pengakuan ramai umat Melayu Islam mengenai sebab mereka menolak hudud.

Tidak kurang juga mengatakan mereka tidak menolak hukum Allah tetapi tidak mahu hukum itu dilaksanakan kerana ia bukan hudud Allah. Tanpa berusaha menggali ilmu, mereka menganggap hudud yang dicadangkan di Kelantan sudah diubahsuai dan bukan lagi hudud Allah tapi merupakan hudud PAS. Inilah modal cerita yang diusung ke sana sini sepanjang hari seolah-olah cerita mereka itu benar semata-mata dan tiada cerita lain yang lebih benar selain cerita mereka.

Bagi mengelakkan mereka terus sesat dengan cerita yang tiada hujung pangkalnya, elok sama-sama kita hayati pengertian hudud dan takzir seperti berikut.

HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH itu tidak banyak.

Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya.

Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes.

Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud.

Contoh-contoh hukum hudud ialah:
1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
2. Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
5. Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.

Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
1. Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
2. Dipenjarakan.
3. Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum.
4. Didenda duit atau disuruh buat kerja berat.

Kesalahan yang sama oleh orang yang berbeza mungkin berbeza pula hukuman ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yang sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar terasa malu atau susah atau sakit yang sepadan dengan kesalahan supaya dia insaf dan kesal dengan perbuatannya itu. Tetapi kesalahan-kesalahan jenayah yang dikenakan hukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walau siapa pun yang terlibat.

Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yang telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada segelintir penjahat itu.

Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang menyeluruh kepada masyarakat. Sepert& h bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan di lihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang penuh keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.

Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya: "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 179)

Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dengan menggunakan ilmu yang ALLAH berikan. Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah begini:

Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan.

Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah. Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH.

Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa takdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu.’

Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhimya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam,. pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yang agak ringan.

Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orangorang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam. Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. “Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik padaku.

Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibatakibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”

Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yang sering berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman-hukuman yang ALLAH tentukan itu.

Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pemah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi kerana mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberian maaf ke atas pesalah. Maka tidak pemah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yang dia telah bersalah. Sementelahan pula hati ini mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu.

Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus jadi jahat. Itulah maksud. hudud yang sebenamya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:

Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. (An Nasyrah: 5-6). Sebaliknya, sekiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana ia tidak dimaafkan, itu tetap akan membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat. Di dunia, hukuman itu, cukup menghina dan memalukan serta menyeksanya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu.

Tidak lebih. dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi. Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dari mengakui kesalahan dirinya. Dalam masa yang sama, hukum hudud yang dijalankan pada seseorang mendidik orang lain agar takut untuk membuat jahat.

Hatinya akan merintih, “Sebagaimana terseksanya orang lain kerana aku, maka padanlah dengan apa yang kutanggung ini.” Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu.


Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima kasih, ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yang mahal itu.

Setakat ini dulu yang boleh dicoretkan di laman sesawang ini. Sehingga bertemu lagi di lain siaran, sekian wasalam.

Sedih projek bantu rakyat miskin 1Azam gagal

  • Ramai rakyat termiskin yang kebanyakannya bangsa Melayu gelisah apabila mendapati program 1Azam dikatakan gagal. Puluhan ribu peserta mendaftar dengan E-Kasih dan sebahagian besar masih belum menerima bantuan yang disediakan untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
  • Kini mereka dikejutkan pula dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendapati program yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) itu bermasalah berikutan kelemahan pelaksanaan.
  • Kata PAC, antara kelemahan projek yang sepatutnya menawarkan peluang kerja kepada golongan miskin itu adalah 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan.
  • Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga mendedahkan beberapa masalah lain seperti ketiadaan semakan dibuat terhadap kelayakan peserta, yang mana pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.
  • Nur Jazlan turut menyentuh tentang ketiadaan justifikasi pembelian barangan selain peserta program sendiri yang tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan.
  • Jelas beliau, tempoh jaminan jangka pendek bagi peralatan seperti mesin jahit, ketuhar dan peti sejuk yang diberikan kepada peserta program juga menyebabkan masalah kerana barangan yang rosak tidak dapat dituntut semula di bawah jaminan tersebut.
  • Kita tahu Nur Jazlan sememangnya `banyak mulut’ dan cakap `ikut lepas’ namun dalam hal program 1Azam untuk rakyat miskin, kita tidak boleh tutup telinga. Kritikan terhadap program ini tidak boleh dianggap sambil lewa kerana cukup ramai rakyat miskin di negara ini perlukan bantuan.
  • 1Azam merupakan usahasama KPWKM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Amanah Ikhtiar Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
  • Bagi mengatasi masalah itu, PAC mahu memanggil Ketua Setiausaha KPWKM pada tahun 2012, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi memberi penjelasan berhubung program itu.
  • Projek 1AZAM bermula pada Jun 2008 bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
  • Mengikut laman sesawang KPWKM, sebanyak empat peluang menambah pendapatan dikenalpasti iaitu penempatan pekerjaan, perniagaan kecil-kecilan, penyediaan perkhidmatan dan pertanian.
  • Semestinya program ini berfaedah antaranya menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan, memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah dan menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.
  • Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010.
  • Inisiatif itu diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA).
  • Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing.
  • Melalui progam yang dipanggil Azam Kerja, warga miskin diberi latihan kemahiran seperti jurujual produk, pengurusan rumahtangga, pekerja restoran makanan segera, pelayan restoran dan pekerja hotel.
  • Selain itu rakyat miskin juga berpeluang menjana pendapatan kecil-kecilan seperti tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan Mat Salai.
  • Di sektor pertanian (Azam Tani), mereka juga berpeluang menjana pendapatan melalui kegiatan seperti pertanian berkelompok, tanaman yang mempunyai pulangan cepat dan ternakan.
  • Bagi projek hiliran hasil pertanian, rakyat termiskin berpeuang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro seperti perniagaan makanan dan minuman, kiosks, perniagaan runcit dan industri kraftangan.
  • Melalui Azam Khidmat, mereka berpeluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti rawatan penjagaan diri, andaman pengantin Spa dan refleksologi.
  • Betapa indahnya semua peluang ini jika semua rakyat termiskin di Malaysia dapat menikmatinya. Namun bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.
  • Hanya segelintir golongan sasar mendapat kemudahan yang disediakan itu, manakala selebihnya terlepas ke tangan pihak yang tidak ketahuan status kemiskinan mereka.
  • Lalu PAC mendedahkan kelemahan pengurusan sebagai aras tanda bahawa tindakan penyelesaian perlu diambil secara drastik bagi mengatasi kemelut yang berlangsung sejak beberapa tahun lalu.
  • Mungkin ada pihak tidak puashati dengan pendedahan sebegini sebaliknya mahu semua pihak yang terlibat duduk semeja untuk berbinang dan menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan.
  • Kaedah seumpama itu sudah dilakukan banyak kali. Setiap kali kepincangan dikesan, semua pihak dipanggil untuk memberi penjelasan dan ketika itu masing-masing datang membawa bukti bahawa mereka menjalankan tugas mengikut peraturan.
  • Penyudahnya tiada penyelesaian terhasil dari mesyuarat itu. Jika ada, perlaksanaannya lambat kerana tidak ada penyukat masa terbuka untuk orang ramai mengetahui sejauh mana tindakan penyelesaian itu dilakukan.
  • Untuk itu, tindakan PAC mendedahkan kelemahan pengurusan 1Azam kepada umum dilihat sesuai bagi memastikan pihak yang berkaitan dapat menanganinya secepat mungkin tanpa emosi atas pendedahan itu.


Lihatlah hudud secara menyeluruh, kata pakar

Pakar Hudud - Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid 
ENAKMEN Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Kerajaan Kelantan, mendapat perhatian ramai, sejak dua minggu lalu. Ia mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Malangnya orang ramai melihat perundangan hudud menerusi sudut pandang sendiri yang sempit dan emosi, umpama sekumpulan orang buta menjelaskan bentuk gajah mengikut kedudukan dan naluri rasa mereka.

Untuk itu Profesor Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menerangkan bagaimana umat Islam dan bukan Islam perlu melihat isu undang-undang hudud alam perspektif yang menyeluruh.

S: Bolehkah Prof jelaskan serba sedikit secara umum apakah itu perundangan hudud?

J: Islam mempunyai dua cara untuk mendisiplinkan masyarakat, salah satunya dengan menjanjikan rahmat Tuhan, syurga dan bidadari, manakala yang kedua dengan memberikan ancaman, sekiranya berbuat jahat akan dimasukkan ke neraka. Isunya sekarang masyarakat tidak melihat hudud secara menyeluruh. Misalnya, kisah sekumpulan orang buta menyentuh gajah. Yang memegang belalai menyangkakan gajah seperti tali, yang memegang telinga gajah menyimpulkan ia adalah kipas, yang memegang kaki pula menyangkakan gajah tiang. Itulah perumpamaan masyarakat yang hanya memahami hudud tidak secara menyeluruh, sedangkan Islam itu sepatutnya dilihat secara keseluruhan. 

S: Sesetengah pihak menganggap hukuman hudud ini sesuatu yang kejam. Benarkah perkara ini?

J: Dalam Islam, hukuman yang digariskan bukan sekadar menghukum, tetapi untuk mendisiplinkan pesalah. Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir. Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat. Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat. Hukum hudud adalah ibarat menggantung rotan tinggi-tinggi, supaya anak kita nampak. Tetapi rotan itu tidak pernah diturunkan, sebab anak kita sudah takut dengan rotan. Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan. Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin. 

Masyarakat yang melihat Islam melalui kaca mata Barat, akan mengatakan undang-undang hudud kolot apabila hendak dikongkong dengan disiplin. Contohnya, hukuman bagi kesalahan zina, hukum hudud memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur. Saksi juga perlu melihat persetubuhan itu seperti melihat benang memasuki lubang jarum (perlu benar-benar perbuatan itu dengan jelas). Bukan mengendap. Oleh itu, adalah agak mustahil  untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina. Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina. Itu pun, beliau sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya. Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan.

S: Bolehkan Prof jelaskan mengenai hukum hudud yang boleh dilaksanakan?

J: Kesalahan yang boleh dikenakan hudud membabitkan murtad, zina, mencuri, merompak, qazaf dan minum arak. Proses hudud adalah sangat berat dan tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada kekeliruan. Dalam kes mencuri, ia perlu mencukupi nisab (jumlah) sebelum seseorang itu dipotong tangannya dan jika dia mencuri barang yang diletakkan di tempat yang tidak sesuai, perkara itu tidak akan dilaksanakan. Banyak syarat yang perlu dipenuhi. Jika ada sikit pun kekeliruan kes itu akan dibuang.

S: Bagaimana jika terdapat kekeliruan dan ketiadaan bukti, adakah pesalah akan terlepas?

J: Objektif utama hudud adalah untuk mendidik. Hudud adalah umpama benda yang ditayang, jika kesalahan yang dilakukan itu memenuhi syarat-syarat yang boleh dikenakan hukuman hudud maka seseorang pesalah itu akan dihukum. Jika syarat yang digariskan bagi membolehkan pesalah itu dihukum mengikut hudud tidak dipenuhi, maka ia akan jatuh kepada hukuman takzir. Kalau hendak dibandingkan dengan hukuman Barat, pakar psikologi jenayah mendapati bahawa seseorang pesalah yang menjalani hukuman penjara lebih daripada tiga bulan akan mengalami masalah dari segi mental. Islam tidak menggalakkan sangat hukuman sebegini. Jika kita lihat berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk penjara, ini adalah hukuman alternatif.

S: Bagaimana pula dengan ketiadaan saksi, bolehkan mana-mana kes disabitkan dengan pembuktian lain? Adakah hukuman hudud itu boleh bersesuaian dengan peredaran zaman?

J: Hukuman hudud ini sudah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW. Semuanya sudah lengkap. Bagaimanapun, dengan peredaran zaman, ia boleh disesuaikan mengikut ijtihad baharu oleh ulama. Contohnya, dalam kes rogol yang tidak mempunyai saksi. Dalam hal ini, teknologi moden boleh digunakan untuk pembuktian kes seperti pemeriksaan doktor. Cuma hal ini perlu ada perbincangan yang lebih mendalam di kalangan ulama dan ahli akademi bagi mewujudkan garis panduan yang boleh digunakan pakai. Contoh zaman dulu, wanita tidak dibenarkan keluar sendirian kerana bimbang ramai orang jahat di jalanan, tetapi fatwa Sheikh Yusuf Qardawi membenarkan wanita bermusafir dengan kumpulan wanita yang dipercayai sesuai dengan zaman yang berubah.

S: Adakah mana-mana negara dunia yang berjaya melaksanakan sistem hudud?

J: Bagi saya, Sudan dan Somalia dilihat gagal tetapi tidak boleh salahkan mereka kerana ia disebabkan sabotaj. Di Brunei pula ia baru dan lihatlah Barat sudah mula tidak senang dan turut mensabotaj negara itu. Arab Saudi dilihat sebagai negara yang boleh dianggap berjaya dalam melaksanakan hudud yang dibantu oleh kuasa Rajanya. Ia mungkin pernah gagal di beberapa negara tetapi saya percaya orang Melayu boleh melaksanakannya. Contoh dari segi perbankan Islam, kita lebih baik dari negara lain.

Saya rasa Brunei boleh berjaya kerana negara itu diperintah Sultan yang tidak berubah sistem politik, tidak seperti di Malaysia yang diperintah oleh parti politik yang boleh berubah-ubah. Selain itu, sistem sokong perlu dimantapkan melalui sistem Mahkamah Syariah yang lebih berwibawa, dengan hakim efisyen dan pelaksanaan hukuman.  Di negara ini, saya melihat perkara ini tidak mustahil. Ini kerana bangsa Melayu yang cukup sederhana dan sentiasa mengambil kira perkara penting untuk jangka panjang dan tidak ekstrem. Tetapi kerajaan perlu menghapuskan perkara yang boleh menyumbang kepada keburukan, termasuk kebebasan media.

S: Bolehkah Kelantan melaksana sistem hudud ini?


J: Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat apa itu hudud terlebih dulu. Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati. Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa. Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa. Selepas ini, perlu ada sistem sokongan serta mencari pengalaman. Dalam mengemukakan undang-undang ini, kita perlu berhati-hati, tidak boleh 'simple minded' (ambil mudah).


Tuesday, 24 March 2015

Pesta halau menghalau dalam pakatan haram

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
  • Kepincangan Pakatan Haram semakin kronik apabila kalangan rakan sekongkol mula bertindak `halau menghalau' sesama sendiri rentetan daripada cadangan perundangan Hudud yang mahu dibentangkan di Parlimen pada Mei depan.
  • Mula-mula Lim Guan Eng menghalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tinggalkan pakatan itu jika masih bertegas mahu bentang rang undang-undang hudud di Parlimen.
  • Dengan selamba wakil DAP itu berkata, jika Hadi masih mahu (hudud), beliau harus laksanakannya sebagai ahli Parlimen Marang dan bukan  sebagai anggota pakatan.
  • "Di sini kita tidak persoal hak Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen. Tetapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR. Kerana, kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR," kata Guan Eng.
  • Akibat tekanan bertalu-talu dari Guan Eng itu, pimpinan PAS juga menghalau DAP daripada pakatan haram itu jika tidak senang dengan usul hudud yang dibawa oleh Hadi.
  • Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS sudah menyatakan pendirian mereka untuk kekal bersama pakatan pembangkang itu.
  • "Daripada suruh orang keluar, baik DAP sendiri keluar... itu lagi senang. Kita dah buat pendirian tak akan tinggalkan Pakatan. Enakmen hudud tak boleh dijadikan alasan Pakatan berpecah kerana ia bukan undang-undang yang zalim. Kalau DAP kata ini punca perpecahan, itu salah DAP," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
  • Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berpendapat, tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai "tekanan luar" kepada presiden PAS itu.
  • "Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan. Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," kata anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
  • Ternyata DAP dan PAS tidak mahu keluar daripada pakatan haram itu. Mereka saling halau menghalau tetapi tiada siapa yang mahu keluar. Orang ramai sudah kebingungan di tahap gaban dan tertanya-tanya apakah bentuk sandiwara pakatan haram kali ini.
  • Lalu pemerhati politik mula membuat ramalan dan mengatakan jika salah satu parti itu istiyhar keluar dari pakatan, maka mereka hilang kelayakan untuk mentadbir Selangor. Maka melompat-lompatlah DAP kegembiraan kerana PAS dilupskan dari peta pentadbiran negeri itu. Begitu juga sebaliknya.
  • Hal itulah yang dikatakan menjadi penyebab mengapa kedua-dua parti tidak mahu keluar dari pakatan haram. Walaupun terpaksa bermasam muka atau jika perlu bertarik rambut, mereka mesti bekerjasama dalam pakatan untuk meruntuhkan parti Melayu Umno yang paling dibenci oleh kedua-dua parti itu.
  • PKR terselamat dari pergaduhan itu kerana tidak mahu menghentam PAS sepertimana DAP menghentam parti Islam itu. Mulut pemimpin PKR sudah diplaster ketat. Hentam Umno BN sahaja, bukan hentam PAS.
  • Kesimpulannya ialah apapun pendekatan PAS dalam soal hudud, parti itu tidak akan mahu bersama UMNO dalam lain-lain urusan, apatah lagi mahu mewujudkan penggabungan dengan parti kerajaan.
  • Apa yang pasti tidak ada satu pun pemimpin PAS yang menyatakan kesediaan untuk mewujudkan hubungan politik dengan UMNO walaupun tawaran sudah dibuka beberapa kali. Hudud adalah soal menegakkan perundangan Allah dan wajib ditaati seuma umat Islam. Titik.
  • Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak pernah berputus asa untuk mendoakan dan mengharapkan agar PAS dan UMNO dapat bersatu dalam semua hal termasuk pentadbiran agama, negara dan bangsa.
  • Sehingga hari ini semua orang tertanya-tanya di manakah agaknya titik pertemuan antara UMNO dan PAS yang boleh disatukan? Ternyata hudud bukan merupakan isu penyatuan bangsa Melayu, ia sekadar tuntutan agama Islam, itu saja.


Kerajaan campuran kafir fantasi DAP tidak akan wujud

  • DAP dilihat sedang berfantasi untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan parti kafir dalam komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan komponen suku bangsa dari Sabah dan Sarawak.
  • Sebab itu DAP bersusah payah `menyerang’ PAS untuk membangkitkan sentimen `kekafiran’ di kalangan parti-parti bukan Islam dalam BN agar `menyeberang jambatan’ tanpa perlu menunggu pilihan raya umum 2018.
  • Hudud merupakan `bahan eksperimen’ paling baik untuk DAP merayu simpati parti-parti kafir di dalam parti kerajaan dan pembangkang supaya bersatu dalam sebuah `kerajaan campuran ABC’ mengikut acuan Lim Kit Siang.
  • Dalam kepala Kit Siang sudah membayangkan jika UMNO sokong Hudud di Parlimen, komponen parti kerajaan seperti MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong BN. PBB juga mungkin keluar BN jika mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
  • Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Ini bererti kerajaan BN akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun. Kalau PAS gadai 21 kerusinya untuk sertai BN sekalipun, Umno akan tumbang juga.
  • Itulah perkiraan Kit Siang ketika mencadangkan kerajaan campuran. Dia tak mengharapkan Umno sertai kerajaan itu kerana DAP selama ini mahu membunuh Umno, bukan mahu menyelamatkannya dalam kerajaan campuran.
  • PAS bukan satu ancaman besar buat DAP. Ramai pemimpin kafir mendakwa bahawa PAS sekadar ikan bilis sahaja. Ada yang mengatakan parti itu selama ini syok sendiri dalam politik. Mahu menjadi juara umat Islam tetapi sekadar memberi 21 kerusi Parlimen saja sedangkan Umno ada 88 kerusi.
  • Bagi DAP, kalau PAS sertai kerajaan campurannya boleh, kalau tak masuk pun tak mengapa. PasMa akan menjadi parti politik nanti bagi menggantikan PAS sedia ada. Sebab it Dato Pahrolrazi letak semua jawatan dan tumpu kepada PasMa. Dia ada agendanya tersendiri dengan Pakatan Rakyat ke arah pembentukan kerajaan campuran. Dia bukan letak jawatan sesuka hati dan ikut emosi. Dia sudah berurusan dengan Lim Guan Eng. Gajinya untuk bulan ini pun sudah masuk  barangkali.
  • Jadi tak mengapalah jika PAS terima atau tolak cadangan Kit Siang dalam membentuk kerajaan campuran kerana ikan bilis tak boleh jadi lauk utama pun.
  • Malahan kata-kata Mujahid Yusof Rawa (PAS) pun dianggap sebagai ikan bilis juga. Bagi PAS adalah terlalu awal mewujudkan kerajaan campuran baru seperti dicadangkan oleh Kit Siang.
  • Ahli parlimen itu berkata, satu perbincangan sihat mengenai isu itu perlu berlaku sebelum apa-apa rumusan boleh dibuat.
  • Malah, isu sama ada melaksanakan undang-undang hudud dibenarkan atau tidak oleh perlembagaan pun masih hangat diperbincangkan.
  • Ketika cadangan kerajaan campuran itu diwar-warkan, orang ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Kit Siang.  Apakah sudah ada tanda-tanda nyanyuk seperti abang angkatnya Lee Kuan Yew (mendiang) yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia Raya (bersama Singapura)?
  • Atau mungkin ia adalah skrip yang disediakan oleh anaknya Guan Eng atas kebimbangan mengenai masa depan Pakatan Haram yang pasti berkubur akibat serangannya terhadap PAS sejak tahun lalu.
  • Bagi mengurangkan ketegangan, DAP menggunakan media tajaannya untuk menyerang Umno dan Perdana Menteri dengan pelbagai isu sehingga ia boleh dilihat sebagai tanda-tanda kejatuhan PM dan Umno.
  • Sementelahan pula DAP ada beberapa `salesman’ yang petah berbahasa Melayu yang dipeliharanya dalam PKR seperti Rafizi Ramli, manakala Mat Sabu pula `salesman’ DAP dalam PAS yang diberi gaji bulanan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Ada ramai lagi salesman DAP dalam kedua-dua parti itu kerana menyedari parti Cina itu tidak memiliki wakil rakyat yang petah berbahasa Melayu.
  • Mereka inilah yang menyampaikan apa jua maklumat yang boleh menjatuhkan Umno atau sekurang-kurangnya menggambarkan bahawa Umno sedang berada di ambang perpecahan, wal hal hakikatnya pakatan haram itulah yang sedang bertelagah di peringkat paling serius dalam sejarah Malaysia.
  • Kesimpulannya cadangan DAP mengenai kerajaan campuran itu sekadar `diversion’ untuk mengalih tumpuan cerita mengenai pakatan haramnya yang sedang tunggang langgang dan bakal berkubur sedikit masa lagi.
  • Hakikat yang lebih pasti lagi, UMNO yang diserang setiap saat oleh pembangkang didapati tidak goyang malah komponen BN yang bermesyuarat kelmarin juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap PM dan kabinetnya.
  • Kerajaan campuran DAP itu sekadar fantasi saja kerana penyudahnya DAP hanya akan `bermukah' dengan PKR saja untuk satu tempoh tertentu, itu pun kerana PKR sudah banyak terhutang budi dengan DAP yang `menaja' dalam banyak pilihan raya kecil dan besar.

Monday, 23 March 2015

DUKE ulas kenapa Hudud belum boleh dilaksana di Malaysia

Ustaz Kazim Elias (DUKE)
Pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika seluruh rakyat Malaysia bersatu menerimanya. Berikut adalah kenyataan beliau. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.

Jika hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza, orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pulak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.
Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.

Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama. Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.

Cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.

Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini?

Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama. – Oleh Ustaz Kazim Elias




Benarkah Pas guna hudud untuk guling UmnoBN

  • Hampir tidak percaya apabila ada penganalisa politik meramalkan bahawa Pas mengumpan hudud untuk menjatuhkan Umno dan BN sekaligus membawa masuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
  • Tidak mungkin tokoh ulama seperti Dato Dr Harun Din dan Abdul Hadi Awang sanggup berkomplot dengan DAP dan PKR ke arah itu. Apapun analisa politik adalah sekadar ramalan teknikal dan bukannya hakikat sebenar. Percaya atau tidak, terpulang kepada kematangan rakyat Malaysia.
  • Alkisah seorang blogger dikenali sebagai AJAB telah menulis dengan panjang lebar di portal MyKMU.net mengenai hudud dan komplot Pas.
  • Katanya, agenda hudud dimainkan oleh Pas bukan atas nama keadilan Islam atau perjuangan Islam tetapi merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional.
  • Para strategis Pakatan Rakyat termasuk di dalam Pas tahu bahawa Hudud tidak akan boleh dilaksanakan di negara ini berikutan komposisi kerusi Parlimen dan kedudukan masyarakat majmuk yang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Malahan mereka tahu Pas tidak mungkin berjaya mendapat kelulusan Parlimen seperti yang diperlukan, namun mereka memainkan isu ini bagi tujuan memecah belah Barisan Nasional.
  • Agenda Hudud yang dimainkan semula oleh Pas bukan sahaja ditentang oleh Ahli Parlimen bukan Islam dalam DAP dan PKR, tetapi juga sebahagian Ahli Parlimen Islam dalam Pas seperti Khalid Samad dan Mujahid Yussof Rawa. Semua ahli Parlimen Islam PKR menentang hudud Pas ini. Demikian juga Zairil Khir Johari.
  • Pas telah membahagi kumpulan pemimpin mereka kepada dua puak iaitu yang menyokong dan menentang Hudud. Apabila UMNO Kelantan memutuskan untuk menyokong Hudud Pas ini dan direstui oleh UMNO Pusat, perangkap Pakatan Rakyat sudah menjadi.
  • Ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional dalam meyakinkan masyakarat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya bukan Islam bahawa tiga parti ini  lebih mesra bukan Islam berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
  • Ketika sebahagian pemimpin Islam dalam Pas sendiri menyatakan dengan lantang mereka tidak bersetuju, ramai pemimpin UMNO membuat kenyatan menyokong Hudud Pas ini. Kononnya ini sebagai satu perjuangan jalan Allah tanpa mereka memahami kandungan Hudud Pas sepenuhnya dan memahami tipu helah politik Pas.
  • Jika Pas sanggup mengkafirkan UMNO dan sehingga sekarang tidak pernah merasakan penyesalan, apakah kita harus percaya keikhlasan Pas membentangkan Hudud ini?
  • Pas sebenarnya hanya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Jika UMNO mengambil keputusan menyokong Hudud Pas ini, maka selepas pembentangan usul persendirian ini pada Mei 2015 nanti, ia akan menjadi pembangkang.
  • DAP dari awal telah mencabar MCA dan Gerakan keluar Barisan Nasional jika benar mereka tidak bersetuju dengan Hudud Pas. MCA, Gerakan dan MIC tiada pilihan, sama mereka ada keluar Barisan Nasional atau berkubur terus dari politik negara. Mereka telah menyatakan pendirian mereka. Demikian juga PRS akan keluar BN jika UMNO menyokong isu ini.
  • Dalam masa yang sama persefahaman Pakatan Rakyat tetap utuh kerana mereka memutuskan untuk terus bekerjsama. Oleh kerana mereka bukan entiti seperti Barisan Nasional, maka tidak timbul isu keluar parti.
  • Sekiranya UMNO menyokong Hudud Pas, kerajaan Barisan Nasional akan tumbang kerana MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong Barisan Nasional.
  • PBB juga kemungkinan perlu keluar Barisan Nasional jika mereka mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
  • Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Bolehkah mana-mana Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri? Kerajaan Barisan Nasional akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun.
  • Apakah Pas akan menyokong UMNO? Pas mungkin akan mengelabui mata umat Islam dengan sebahagian ahli Parlimennya menyokong Presiden UMNO ketika Usul Undi Kepercayaan ke atas Perdana Menteri di buat di Parlimen.
  • Namun ahli-ahli Parlimennya yang menentang Hudud sudah pasti tidak akan menyokong. Jika dengan sokongan penuh pun Pas dan UMNO belum boleh membentuk kerajaan Persekutuan, apatah lagi jika sebahagian ahli Parlimennya telah pun menyatakan tidak menyokong hudud.
  • Adakah anda mendengar mana-mana fatwa ulama Pas bahawa jatuh kafir ke atas Khalid Samad, Mujahid Yusoof Rawa, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sediri kerana tidak bersetuju dengan Hudud ini? Tidak ada, kerana ini adalah permainan politik pas yang amat licik bertopengkan agama.
  • Mereka tahu sukar mengalahkan BN dalam pilihan raya umum kecuali melakukan pecah belah seperti ini. Jika UMNO terperangkap dalam permainan ini mereka akan menjadi pembangkang sebelum Raya Aidilfitri tahun ini dan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.
  • Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak boleh berdolak dalih esok.
  • Pendirian yang perlu dibuat hanyalah melalui keputusan Barisan Nasional bukannya UMNO. Dalam konteks pemerintahan negara UMNO secara sendirian tidak relevan pada masa kini.
  • Ini perlu disedari oleh Mohd Najib Tun Razak, para pemimpin UMNO dan ahli UMNO. Mana lebih penting menjadi parti pemerintah yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu atau menjadi catatan sejarah menyokong Hudud Pas tapi menyebabkan masa depan Islam dan Melayu terumbang ambing dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP, parti didikan mendiang Lee Kwan Yew!
  • Jika Ulama dalam UMNO tidak faham siasah politik ini, maknanya belum cukup dalam ilmu agama mereka.
  • Susulan tulisan AJAB itu, pengendali portal MyKMU yang selama ini pro UMNO juga memberi komen dengan berkata bahawa UMNO membuat kesilapan apabila mengenepikan pendirian awal parti tersebut sejak berdekad-dekad lalu dengan menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (pindaan 2015) baru-baru ini. Penolakan Hudud Pas ini telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh UMNO sejak 20 tahun lalu dan tiada sebab untuk melangkah kebelakang semula.
  • Kita tahu Hudud tidak boleh berfungsi dengan adil selagi ia tidak memperuntukkan hukuman dan sistem menjatuhkan hukum yang sama antara Islam dan bukan Islam. Tidak ada ada dalam sejarah pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan Khulafa ar-Rasyidin, orang Islam menerima hukuman yang lebih berat dari bukan Islam.
  • Jika kita tidak boleh mengenakan hukuman hudud berzina dan minum arak ke atas orang bukan Islam, hukuman ke atas pencuri harus sama. Malangnya ini tidak diambil kira oleh Hudud Pas. Hudud Pas ini juga tidak mengambil kira kaedah-kaedah penentuan hukuman rejam oleh Rasulullah s.a.w dalam kes berzina.
  • Perbahasan mengenai keupayaan Malaysia melaksanakan hudud dengan adil sudah banyak diperbahaskan. Cukuplah dengan kesimpulan bahawa adalah hak pemerintah negara untuk menggantikan Hudud dengan hukuman takzir. Ini kerana dalam agama Islam dosa kepada Allah seperti minum arak dan berzina boleh dihapuskan melalui taubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Hanya jika kejahatan minum arak dan zina itu sampai kepada pemerintah (bukannya pemerintah menubuhkan pasukan pencari kesalahan) maka hukuman perlu dijatuhkan sama ada hudud atau takzir bergantung kepada ijtihad pemerintah ketika itu. - MyKMU.net


Mohd Amar `jahit’ mulut jahat Kit Siang dalam mesyuarat

  • PAS dah tak tahan lagi dengan maki hamun DAP sejak kebelakangan ini, lalu mendedahkan bagaimana mulut jahat Lim Kit Siang `dijahit’ oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.
  • Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu media, betapa Kit Siang 'terdiam' dan `tergamam’ apabila diajukan soalan perihal pelaksanaan hudud di Kelantan dalam mesyuarat baru-baru ini.
  • Mohd Amar hairan mengapa DAP terus menentang pelaksanaan hudud di negeri itu walhal hukum itu langsung tidak melibatkan golongan bukan Islam.
  • "Awak (Kit Siang) kata awak tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.
  • “Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?
  • “Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita laluan. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita.
  • “Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa dia berkeras lagi, kecuali dia ada agenda tersembunyi, kita tak tahu,” kata Mohd Amar.
  • Soalan itu diajukan kepada Kit Siang dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara baru-baru ini.
  • Kit Siang terus terdiam ketika Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud itu memberitahu kerajaan negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan merujuk kerangka undang-undang sepanjang usahanya melaksanakan hukum itu di negeri itu.
  • Mohd Amar juga mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.
  • "Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah.
  • "Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan," ujarnya.
  • Mohd Amar berkata jika kerajaan negeri kelantan gagal mendapat sokongan ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang itu, pihaknya akur namun tetap akan mencari alternatif lain bagi merealisasikan hasrat melaksanakan hukum tersebut.
  • "Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat.
  • "Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan," tegasnya.
  • Buat kesekian kalinya, Mohd Amar memberi jaminan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam.
  • "Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?
  • "Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu," katanya.

Hudud dicabar pelbagai pihak termasuk Melayu fasiq

  • Golongan kafir dari pelbagai kaum dan parti di Malaysia telah mengasak hudud dengan begitu hebat sekali sehingga ada yang mengupah atau meng`kaldai’kan ramai bangsa Melayu fasiq untuk menghentam perundangan Islam.
  • Lihat saja bagaimana portal tajaan kafir seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider yang sedang galak mengoncang perpaduan Islam dengan memutarbelit pelbagai isu.
  • Terbaru, mereka memfitnah Setiausaha Agung UMNO dengan artikel "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. Kaum kafir seperti kena `sawan’ apabila melihat bibit penyatuan Islam Malaysia semakin terserlah.
  • Lalu mereka mencari helah yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam dan atas rasa terdesak Malaysiakini menyiarkan artikel tergantung mengenai Tengku Adnan dan Hudud.
  • Untuk itu umat Islam perlu berhati-hati dengan portal kafir ini. Sebaiknya teliti terlebih isi kandungan sebenar kenyataan Ku Nan daripada pelbagai sumber sebelum menelan fitnah Malaysiakini.
  • Perbuatan gologan kafir menghina Islam dan perundangannya mungkin tidak mendatangkan kesan kepada bangsa Melayu, lalu mereka menggunakan taktik terbaru dengan mengumpan segelintir Melayu fasiq untuk mempersoal hudud bagi menghasil impak yang lebih besar.
  • Buktinya umat Islam gempar apabila radio BFM menggunakan Aishah Tajuddin dalam iklan yang menghina Hudud sambil mempersoal apakah perundangan itu boleh memberi makan kepada manusia.
  • Kita terkejut dan bertanya apakah Aishah itu murtad atau tidak kenal dosa dan pahala. Rupanya dia sekeluarga merupakan ahli dan penyokong DAP. Maka benarlah bahawa DAP menggunakan Melayu fasiq untuk menghina hudud dalam pelbagai bentuk agar perundangan itu dibenci dan digeruni.
  • Dari aspek perundangan pula, Tan Sri Abu Talib Othman (Melayu pro pembangkang) menyertai pakatan kafir untuk menyerang perundangan Islam.
  • Dakwanya, hudud akan menyebabkan kekeliruan dan ketidakadilan kepada rakyat walaupun ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
  • Bekas peguam negara itu mendakwa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama di mana hudud didapati tidak praktikal. Apakah Abu Talib terlupa bahawa perundangan itu mahu dilaksanakan di Kelantan yang mempunyai 92 peratus penduduk Melayu Islam.
  • Abu Talib mula merapu, katanya, apa yang akan terjadi jika jenayah dilakukan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam dan saksinya ialah bukan Islam. Orang Islam yang dihadapkan ke mahkamah syariah mungkin dapat melepaskan diri ekoran saksi yang bukan Islam itu tidak dapat memberi keterangan di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam boleh didakwa dan ditahan melakukan jenayah di mahkamah sivil, dan mereka boleh memberi keterangan di sana.
  • Bekas Peguam Negara itu merapu lagi, katanya, pendakwa raya sebelum ini berdepan dengan pelbagai senario iaitu dari mangsa, tertuduh dan saksi yang terdiri daripada Islam atau bukan Islam.
  • Dakwanya, hanya Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan sepertimana Perkara 8 yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan yang sama dalam undang-undang.
  • Walaupun Islam merupakan agama persekutuan seperti dinyatakan Perkara 3(1), ia mempunyai batasan. Perkara 3(4) menyatakan tiada apa yang terkandung dalam perkara itu mengurangkan kandungan lain dalam Perlembagaan.
  • Begitulah gelapnya hati Abu Talib hingga sanggup menggunakan ilmu perundangannya ke arah dunia yang gelap sedangkan hudud ternyata mahu memberi cahaya kepada beliau dan umat Islam di seluruh dunia.
  • Gelap hati Abu Talib sama juga seperti gelapnya hati Tun Musa Hitam dan beberapa pemimpin Melayu lain yang memandang serong kepada perundangan hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.
  • Tak cukup dengan penghinaan tokoh-tokoh Melayu veteran, hudud menerima kritikan daripada aktivis Melayu pula.
  • Entah dari mana asal usul Dr Ahmad Farouk Musa, dia muncul di portal pembangkang dengan mendakwa hudud yang diperjuangkan kerajaan PAS Kelantan bukan wahyu dari Tuhan.
  • Dia mendakwa, hudud PAS dibentangkan seolah-olah satu set undang-undang dari Allah, menjadikannya seakan-akan imun atau kebal kepada kritikan.
  • Lebih pedih lagi apabila dia menuduh undang-undang PAS itu kebal kepada kritikan padahal ia semata-mata hasil tafsiran literal kumpulan ulama tertentu yang gagal melihat maqasid undang-undang tersebut, atau matlamatnya yang lebih tinggi, dalam mencapai kesempurnaan keadilan.
  • Farouk juga mendakwa, rang undang-undang hudud PAS tidak mungkin maksum kerana ia termasuk peruntukan yang masih menjadi perdebatan antara ulama, contohnya hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin.
  • Dakwanya lagi, hukuman itu tidak wujud di dalam Al-Quran tetapi disimpulkan dari hadith Rasul, sambil menambah yang orang ramai masih mempertikaikannya.
  • Penulis percaya lebih ramai lagi Melayu fasiq akan muncul dalam mana-mana portal kafir untuk mengecam dan menghina Hudud.
  • Samada mereka muncul atas dasar upahan atau tanggungjawab menyokong PKR dan DAP, mereka pasti sudah menyediakan beberapa skrip baru yang lebih segar setiap hari untuk menghentam hudud, PAS dan UMNO.
  • Secara tidak langsung mereka mahu menghasut umat Islam menanam perasaan benci kepada parti PAS dan UMNO yang memperjuangkan Islam, sekaligus cuba meruntuhkan kerajaan Melayu sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan DAP yang lebih selesa di mata mereka.
  • Kesimpulannya, apapun yang diakukan oleh golongan kafir menerusi juak-juak Melayu, Hudud akan menjadi penyatu umat Islam di Malaysia dalam masa terdekat. InsyaAllah.  


Sunday, 22 March 2015

Lega kenaikan tambang pengangkutan awam ditangguh

  • Orang ramai merasa lega sedikit dengan langkah terbaru Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam. Ia dibuat hasil arahan kabinet yang melihat langkah itu tidak sesuai pada masa ini.
  • Secara ringkas pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan.
  • “SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan. Tidak perlu wujud persengketaan,” katanya dalam laporan Buletin Utama TV3.
  • Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta suruhanjaya berkenaan berbuat demikian kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.
  • Muhyiddin berkata, kenaikan itu menyusahkan rakyat yang kini sedia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
  • “Kabinet berpendapat asas untuk kenaikan itu ada, cuma soal yang berbangkit tidak sesuai ketika ini. Beban pengguna mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar dan luar bandar yang menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
  • Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, penangguhan berkenaan juga dibuat kerana waktunya hampir dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.
  • SPAD perlu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti. Selain itu, SPAD boleh membawa perkara itu ke Kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak. Ambil kira pandangan semua walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya.
  • Sebelum ini orang ramai kelam kabut apabila SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus, manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus, berkuat kuasa bermula 15 Mei ini.
  • Penyelarasan itu mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Soi Lek hasut Cina tolak Islam, Najib diharap perkukuh Islam

  • Chua Soi Lek (MCA) yang popular dengan skandal seks suatu ketika dulu tiba-tiba muncul dengan kenyataan akhbar `menghasut’ MCA supaya menghalang UMNO menyokong rang undang-undang hudud di Parlimen.
  • Dia juga meminta parti Cina dalam BN (MCA dan Gerakan) supaya jangan menyalahkan DAP dalam isu hudud. Maknanya jika 88 ahli Parlimen Melayu UMNO sokong usul hudud di Parlimen, MCA dan Gerakan wajib menentang UMNO.
  • Dengan angkuh Soi Lek meramal UMNO tidak akan menyokong rang undang-undang peribadi (private members’ bills) Kelantan yang bakal dibentang Mei depan bagi membenarkan negeri itu melaksana undang-undang Islam itu.
  • Agaknya sebab itulah `gurkanya’ yang juga Presiden MCA, Liow Tiong Lai tak semena mena panggil mesyuarat tergempar di kalangan komponen BN. Kepada media dia jelaskan ia dibuat bagi memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
  • Namun khabarnya dia mahu semua ketua komponen mendesak PM supaya mengarahkan ahli Parlimen Umno jangan menyokong usul hudud atau BN akan terima risiko perpercahan lebih teruk terutama di Sabah dan Sarawak serta mungkin kalah PRU14.
  • Sebab itu bila media bertanya, apa pendirian komponen BN bukan Melayu dalam hal hudud, Tiong Lai tak jawab sebaliknya memberitahu, PM akan membuat pengumuman mengenai isu itu sehari dua lagi. Media sedia maklum PM sedang sibuk dengan walimatul urus anaknya tetapi musykil dengan tindakan Tiong Lai memanggil mesyuarat tergempar itu.
  • Sehari selepas itu, bagaikan wayang opera Cina, Soi Lek pula membuat kenyataan akhbar jika Umno sokong juga hudud di Parlimen, MCA tidak boleh abaikan `the elephant in the room’. Kenyataan itu seperti sudah dirancang oleh semua pemimpin tertinggi MCA dan Gerakan.
  • Soi Lek membayangkan komuniti Cina Malaysia mengharapkan MCA berbuat sesuatu dan inilah masanya parti itu buktikan kepimpinan.
  • Lalu tokoh kontroversi itu membuka cerita lama ketika dia menjadi presiden MCA dengan mendakwa PM telah mengarahkan beliau supaya tidak terlalu keras (tone down) membidas Kanun Jenayah Syariah Islam kerana ia boleh meletakkan MCA sebagai parti anti-Islam.
  • Bagi Cina DAP pula, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah berulang kali menjelaskan bahawa parti itu akan menentukan kedudukannya dalam pakatan haram tidak lama lagi.
  • Berikutan senario itu, PKR telah membuat ketetapan untuk tidak menyokong hudud di Parlimen nanti. Ia dijelaskan oleh presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • Bagaimanapun PAS tidak bimbang dengan ugutan parti-parti Cina itu dan yakin sokongan Umno saja sudah mencukupi untuk rang undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. Pas hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 112 ahli parlimen sahaja.
  • PAS ada 21 kerusi dan Umno ada 88 kerusi, masih kurang empat kerusi muntu membentuk majoriti mudah. PKR ada 15 ahli parlimen Islam dan DAP ada dua orang.
  • Dalam Pas sendiri ada Pasma yang bersekutu dengan PKR. Sudah tentu ahli parlimen mereka akan berjuang untuk PKR kerana mereka cintakan pakatan haram melebihi perundangan itu sendiri, menjadikan Pas dalam dilemma.
  • Tanpa sokongan Umno, tidak mungkin rang undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Namun sistem undian dalam Parlimen jauh berbeza dengan SPR.
  • Jika ada ramai ahli parlimen tidak mengangkat tangan ketika usul itu dibacakan, ini bererti mereka secara otomatik menyokong tapi tidak mahu bertanggungjawab atas rang undang-undang itu jika diluluskan. Ini bererti peluang untuk usul itu diluluskan amat cerah jika ramai ahli parlimen enggan  angkat tangan.
  • Persoalan di sini mengapa MCA dan Gerakan terkinja-kinja mahu Umno menolak usul hudud. Khabarnya mereka malu kepada masyarakat Cina di Malaysia kerana gagal berjuang menjaga kepentingan bangsa dan agama kaum mereka.
  • Jika Umno tolak, semua parti-parti Cina, tak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang akan melompat gembira kerana hak dan kepentingan mereka terpelihara dan dipulihara. Jika Umno tolak, bererti perungandan Islam gagal disempurnakan sekaligus melanbangkan kegagalan Umno yang sepatutunya menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam.
  • Najib bakal mengumumkan satu keputusan yang paling besar dalam sejarah Melayu Islam Malaysia di abad ini. Debaran semakin terasa. - Lani Ahmad


Saturday, 21 March 2015

Cina tak serik tipu Melayu Islam sejak zaman purba

  • Buku Sejarah Melayu edisi Shellabear (Inggeris) telah menipu bangsa Melayu hari ini dengan mendakwa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 kerana bersenjatakan keris dan lembing sedangkan penjajah datang dengan meriam, senapang dan kapal perang yang lengkap.
  • Pembuktian lain mendapati kejatuhan Melaka disebabkan pengkhianatan pedagang Cina dan India yang memberikan jong-jong mereka kepada Portugis untuk melumpuhkan pertahanan perairan Melaka.
  • Manakala pengkhianatan Raja Mendaliar (berbangsa India) pula dilakukan dengan membuka pintu kota bagi membolehkan tentera darat Portugis masuk ke dalam kubu dan memusnahkan Melaka.
  • Pembuktian sejarah itu bukan fokus utama artikel ini, sebalik mahu mengetengahkan penipuan bangsa Cina terhadap kerajaan Melayu Islam yang berlarutan hingga ke hari ini yang mana Cina DAP, Gerakan dan MCA terang-terang menolak hudud yang merupakan sebahagian daripada perundangan Islam.
  • Bagi DAP, mereka menggunakan alasan bahawa hudud bukan isu yang pernah dipersetujui bersama dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan haram yang disekongkoli DAP, PKR dan PAS.
  • Walhal Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bersama dengan PAS dua tahun lalu dengan menyatakan setiap parti mempunyai hak untuk melaksanakan perjuangan atas pandangan masing-masing.
  • “Kita bersetuju dalam dasar bersama pakatan, tetapi setiap parti ada hak untuk berjuang atas pandangan masing-masing tetapi kita dalam pakatan hanya bersetuju atas isu-isu yang kita setujui bersama, isu negara Islam adalah perjuangan Pas, bukan pakatan pembangkang.
  • “Perjuangan bersama kita adalah untuk bersatu atas kebebasan, keadilan, integriti dan demokrasi,” katanya yang dipetik menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman sosial Youtube dua tahun lalu. Rakaman video itu dikeluarkan semula hari ini.
  • Pada 29 April 2013, pemimpin pakatan pembangkang mengeluarkan kenyataan bersama yang dibacakan Datuk Salleh Man yang ketika itu merupakan calon ADUN Permatang Pasir dengan menegaskan kerjasama Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang berteraskan dasar bersama dalam manifesto pakatan iaitu mengikut konsep negara berkebajikan Pas dan perjuangan adil untuk semua mengikut Perlembagaan oleh DAP.
  • Kenyataan yang dikeluarkan demi memancing undi menjelang PRU 13 itu turut menyebut, Pas berhak memperjuangkan akidah dan konsep negara Islam secara sendiri dan DAP berhak memperjuangkan negara berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.
  • Menurut mereka, perbezaan antara Pas dan DAP hanya lima peratus sedangkan mereka bersetuju 95 peratus lagi untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.
  • “Oleh itu manifesto pakatan pembangkang berteraskan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama atau jantina,” katanya.
  • Isu pelaksanaan perundangan hudud menjadi polemik dalam pakatan haram itu apabila DAP bertegas menolak Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2015) kononya melanggar dasar bersama pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan mereka.
  • Sementara itu Cina MCA dan Gerakan pula memulakan episod menentang hudud dengan bersembunyi disebalik Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan soal kebebasan bangsa bukan Melayu untuk menganut agama masing-masing.
  • Mereka menggunakan perlembagaan itu secara membabi buta dengan menganggap mereka bebas menolak hudud atas dasar kebebasan beragama, sedangkan hudud yang mahu dilaksanakan itu hanya untuk umat Islam.
  • Dalam bahasa yang lebih mudah, Cina MCA dan Gerakan cuba menganggu umat Melayu melaksanakan perundangan Islam menerusi mahkamah Syariah.
  • Apabila kedua-dua parti Cina itu bersetuju bergabung tenaga dan wang ringgit untuk menyaman kerajaan Kelantan, mereka sebenarnya mahu menggunakan perundangan sivil untuk mencabar perundangan syariah. Titik.
  • Bagi mengelakkan negara mengiktiraf penderhakaan terbuka MCA dan Gerakan, seorang menteri berbangsa Cina tiba-tiba memanggil mesyuarat tergempar BN dan mempengerusikannya dengan alasan Perdana Menteri tidak dapat mempengerusikannya kerana sibuk menguruskan walimatul urus anaknya.
  • Liciknya menteri ini, beliau memanggil komponen BN untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri. Bila wartawan soal mengenai pendirian mesyuarat itu mengenai hudud, menteri itu kata `itu kena tanya Perdana Menteri.’
  • Persoalannya ketika MCA dan Gerakan berkomplot menyaman hudud, mengapa komponen BN berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap Najib, suatu itu yang tidak ada kaitan dengan kecemasan.
  • Rupanya dibelakang skrin media, komponen BN dipercayai mahu Perdana Menteri membuat keputusan mengarahkan semua Ahli Parlimen Melayu supaya menolak hudud di Parlimen. Jika Najib enggan berbuat demikian, mereka dakwa BN akan pecah dan mungkin akar umbi MCA, Gerakan dan mungkin MIC seerta PPP akan keluar gagasan itu.
  • Tapi media tidak dimaklumkan hal itu. Lalu ia akan dianggap sebagai khabar angina jika pekara ini diviralkan. Begitulah hebatnya penipuan Cina dalam MCA dan Gerakan pada hari ini, cuba menipu Najib yang dilihat semakin lemah di mata Umno.
  • Itulah penipuan bangsa Cina hari ini yang berubah wajah berbanding penipuan penjajahan pada 1511. Cina MCA dan Gerakan menggunakan cara berbeza kerana mereka komponen kerajaan, manakala DAP dengan taktik lain di pihak pembangkang.
  • Cina PKR bersembunyi di belakang barisan Melayu kecewa yang diterajui presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail tapi agenda Cina disuarakan oleh wanita lemah itu. Alasan PKR seperti biasa, PKR tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimennya menyokong hudud di Parlimen kerana itu bukan persepakatan bersama pakatan haram mereka.
  • Menyedari taktik ini, Pas dan UMNO Kelantan tidak peduli dengan bantahan bangsa Cina mengenai hudud lalu melaksanakannya dengan teliti. Kelulusan di peringkat Kelantan sudah diperolehi sebulat suara.
  • Kini halangan yang bakal ditempuh ialah kelulusan di peringkat Parlimen yang diterajui oleh 222 Ahli Parlimen yang mana 132 daripada mereka adalah berbangsa Melayu Islam tapi berlainan parti.
  • Untuk itu, semua Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
  • Ini perlu dilakukan atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.
  • Hudud perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.
  • Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.
  • Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini. - Lani Ahmad