Hudud menjadi bualan paling hangat di kalangan masyarakat
Malaysia muktahir ini. Dari kedai kopi hinggalah ke hotel, hampir semua orang
bercerita mengenainya. Namun amat menyedihkan mereka bercerita tanpa ilmu.
Lebih menyedihkan apabila mereka membuat analogi pelik-pelik dengan
menggunakan lojik tanpa ada keinginan untuk menggali ilmu mengenainya. Kalau ada
pun ilmu dan maklumat dari internet yang `melekat' dengan jiwa dan akal mereka.
Selalunya asas bualan mereka di kedai kopi adalah mengenai
cara perundangan hudud menghukum perbuatan merogol yang membabitkan pasangan Islam dan
bukan Islam. Di laman sesawang pula dibanjiri dengan artikel negatif dan
pengakuan ramai umat Melayu Islam mengenai sebab mereka menolak hudud.
Tidak kurang juga mengatakan mereka tidak menolak hukum Allah
tetapi tidak mahu hukum itu dilaksanakan kerana ia bukan hudud Allah. Tanpa berusaha menggali ilmu, mereka menganggap hudud yang dicadangkan di Kelantan sudah diubahsuai dan bukan lagi hudud Allah
tapi merupakan hudud PAS. Inilah modal cerita yang diusung ke sana sini sepanjang hari seolah-olah
cerita mereka itu benar semata-mata dan tiada cerita lain yang lebih benar
selain cerita mereka.
Bagi mengelakkan mereka terus sesat dengan cerita yang tiada
hujung pangkalnya, elok sama-sama kita hayati pengertian hudud dan takzir
seperti berikut.
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh
ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas
kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah,
menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah
ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH itu tidak banyak.
Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu
ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan
itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan
bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan
dengan kesalahan yang dilakukannya.
Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan
kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup
syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau
terus dibuang kes.
Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan
jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH
memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi
malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih
ringan dari hukum hudud.
Contoh-contoh hukum hudud ialah:
1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
2. Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan
sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
5. Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah
pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.
Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
1. Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
2. Dipenjarakan.
3. Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang
umum.
4. Didenda duit atau disuruh buat kerja berat.
Kesalahan yang sama oleh orang yang berbeza mungkin berbeza
pula hukuman ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara
memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yang sangat memerlukan kebijaksanaan
hakim. Agar setiap pesalah benar-benar terasa malu atau susah atau sakit yang
sepadan dengan kesalahan supaya dia insaf dan kesal dengan perbuatannya itu.
Tetapi kesalahan-kesalahan jenayah yang dikenakan hukum hudud, tidak boleh
berbeza-beza hukumannya walau siapa pun yang terlibat.
Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah
untuk menyelamatkan kebaikan yang telah diusahakan oleh majoriti masyarakat
manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan
tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya
dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan
penyelesaian terakhir kepada segelintir penjahat itu.
Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir,
jangan dipandang lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang
menyeluruh kepada masyarakat. Sepert& h bila doktor mahu membedah
pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan di
lihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang penuh
keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.
Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang
cukup banyak. Lihatlah firman-Nya: "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang
mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 179)
Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dengan menggunakan ilmu
yang ALLAH berikan. Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh
menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah
begini:
Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang
telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu.
Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya
akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul
dipengapakan.
Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak
keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah
benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah. Kerana orang
yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH.
Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang
mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat
pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman
yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu,
pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa takdir yang berlaku adalah
ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan
kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak
faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu.’
Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat
besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhimya, seperti yang selalu terjadi dalam
sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang
mendakwa. Dalam Islam,. pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap
kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma
hukuman ta’zir yang agak ringan.
Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh
orangorang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali
bersama keinsafan yang mendalam. Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok
dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur
oleh keharuan dan kekesalan. “Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik
padaku.
Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan
nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari
kehilangan aku dan akibatakibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan
aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”
Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap
dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah
pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis
tetapi realiti sejarah yang sering berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam
melaksanakan hukuman-hukuman yang ALLAH tentukan itu.
Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir
tidak pemah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi kerana mahkamah di
Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberian maaf ke atas
pesalah. Maka tidak pemah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak
yang dia telah bersalah. Sementelahan pula hati ini mana ada hati yang rela
memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh
sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat
ALLAH anjurkan itu.
Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada
masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka
mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab
itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari
itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus jadi jahat. Itulah maksud. hudud
yang sebenamya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar
di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. (An Nasyrah: 5-6). Sebaliknya, sekiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya
pun, kerana ia tidak dimaafkan, itu tetap akan membawa kebaikan padanya dunia
dan Akhirat. Di dunia, hukuman itu, cukup menghina dan memalukan serta
menyeksanya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran
seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu.
Tidak lebih. dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui
oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.
Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dari mengakui
kesalahan dirinya. Dalam masa yang sama, hukum hudud yang dijalankan pada
seseorang mendidik orang lain agar takut untuk membuat jahat.
Hatinya akan merintih, “Sebagaimana terseksanya orang lain
kerana aku, maka padanlah dengan apa yang kutanggung ini.” Kata-kata inilah
yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu.
Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada
hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan
dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima kasih, ya ALLAH, kerana
kasih sayang-Mu yang mahal itu.
Setakat ini dulu yang boleh dicoretkan di laman sesawang ini. Sehingga bertemu lagi di lain siaran, sekian wasalam.
No comments:
Post a Comment