- KENYATAAN Tony Pua (MP PJ Utara) bahawa tarif elektrik akan naik bagi menampung beban hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat berniat jahat.
- Dia tahu tarif elektrik naik sedikit demi sedikit bagi mengimbang harga bahan bakar dan pengurusan prasarana Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti mana yang terkandung dalam pengumuman polisi Rasionalisasi Subsidi oleh Perdana Menteri.
- Menggunakan kesempatan ini, Tony Pua mendakwa pemberian projek loji kuasa oleh kerajaan kepada 1MDB mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik.
- Pertamanya, tiada pemberian projek-projek loji janakuasa kepada 1MDB. Sebaliknya syarikat tersebut mendapat kontrak melalui tender dan juga pembelian IPP sedia ada.
- Justeru kenyataan bahawa kerajaan “memberi” merupakan satu kenyataan jahat yang bertujuan mengelirukan orang ramai.
- Kedua, bagaimana kenaikan tarif elektrik akan membantu 1MDB menampung hutangnya merupakan satu misteri ekonomi yang sangat luar biasa. Keuntungan 1MDB atau mana-mana syarikat penyedia loji janakuasa tidak bergantung kepada kenaikan tarif elektrik.
- Mereka telah mempunyai perjanjian secara langsung dengan TNB untuk menjual letrik yang dihasilkan mengikut perjanjian yang dipersetujui. Justeru tidak masuk akal tarif dinaikkan untuk membiayai hutang 1MDB.
- Ketiga, apabila Tony Pua mendakwa, ”Saya boleh memberitahu anda bahawa kadar elektrik akan naik pada masa hadapan. Mereka mungkin berkata ‘kami tidak ada wang untuk memberi subsidi kepada anda’ (tetapi) sebab sebenar ialah mereka menganugerahkan kadar tarif yang lebih tinggi kepada 1MDB,”; ia menimbulkan spekulasi bahawa serangan Tony Pua berkaitan dengan kekalahan YTL dalam merebut tender projek janakuasa elektrik 3B.
- Semasa tender dijalakan, Tony Pua secara terbuka menyatakan YTL perlu diberi kontrak kerana menawarkan harga terendah. Hakikatnya, dalam apa pembidaan pun, harga terendah bukan syarat mutlak untuk mendapat kontrak kerana terdapat faktor-faktor lain diambil kira termasuk kemampuan, kualiti dan kecekapan. Atas semua faktor inilah Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan tender ini kepada 1MDB yang merupakan pembida yang memberi harga kedua terendah selain YTL. Manakala Malakof dan TNB memberi harga yang lebih tinggi.
- Selepas Kekalahan YTL ini, Tony Pua dilihat menjadikan 1MDB sebagai musuh nombor satu beliau.
- 1MDB wins RM11 bil Track 3B power plant project
- Malaysia Development Board (1MDB) has officially clinched the RM11 billion 2,000 megawatt power plant project coded Track 3B, beating close competition from YTL Power International.
- According to the Energy Commission (EC), the 1Malaysia Development Berhad–Mitsui Co Ltd consortium would receive a 25-year concession period for the coal-fired power plant which will be built in Jimah, Negeri Sembilan.
- The levelised tariff for the concession is 25.33 sen/kWh, to be commissioned in two stages — by Oct 1, 2018 and April 1, 2019.
- In a statement today, the EC said that the 1MDB-Mitsui consortium will be required to sign a new power purchase agreement (PPA) with Tenaga Nasional Berhad (TNB) and a coal supply and transportation agreement (CSTA) with TNB Fuel Services Sdn. Bhd. based on terms and conditions stipulated by the commission.
- The commission added that that the winning bid was chosen based on the criteria of full compliance with all the bid requirements as stipulated in the Request For Proposal (RFP) document and the lowest levelised tariff offered.
- “The proposed coal-fired power plant will consist of two units of IHI ultra-supercritical technology steam generator and two units of Toshiba turbo generator with proven operational track records,” said the EC. “The proposed plant will incorporate the latest emissions control technologies to meet the environmental requirements, as well as reduction in coal consumption for every unit of energy generated.”
- Track 3B will be developed to meet power requirements in Peninsular Malaysia from 2018 onwards based on EC’s demand projections.
- Edging out YTL Power
- Clinching the project means 1MDB has edged out stiff competition from YTL Power International, which was initially reported to be the frontrunner for the project with a lower adjusted tariff of 25.23 sen/kWh.
- Some reports claim that YTL Power’s bid was preferred by the EC’s technical evaluation team with an overall cheaper cost compared to 1MDB’s bid, which was initially said to be at 25.65 sen/kWh.
- However, 1MDB’s proposed site for the power plant — next to its existing 1,400MW coal-fired power plant in Jimah — means the new plant would be closer to an injection point where the power generated can be channeled into the national grid.
- In comparison YTL Power had proposed a site in Tanjung, Johor, is reportedly three times farther from an injection point compared to 1MDB’s site, which means a greater distance of transmission in turn leading to higher transmitted energy losses.
- Previous media reports also claimed that even in the best case scenario YTL Power’s bid price would end up higher than 1MDB’s bid price. Reports quoting unnamed sources said that YTL Power was the only bidder whose proposed location was not within the country’s major load centres. Other bidders for the project was TNB and and Malakoff Corp Berhad.
- Dalam dunia korporat, serangan-serangan seperti ini boleh merosakkan memusnahkan perniagaan 1MDB dan inilah yang dikehendaki oleh Tony Pua bagi membolehkan beliau meneruskan usaha menjatuhkan Barisan Nasional.
- Namun yang masih menjadi tanda tanya, apakah kesungguhan Tony Pua ini disokong oleh YTL yang tidak berpuas hati dengan kemenangan 1MDB dan juga beberapa keputusan kerajaan yang tidak lagi menyebelahi konglomerat tersebut?
- Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendenda YTL Communications Sdn Bhd sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan sekolah seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.
- Mengapa Tony begitu sibuk isu 1MDB tetapi memajam mata kegagalan YTL melaksanakan Bestari Net dengan kontrak mencecah RM 1 bilion?
- Para pemerhati politik dan ekonomi negara tentu tertanya-tanya apa hubungan Tony Pua dengan YTL sehingga bersungguh sekali Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menyerang 1MDB berdasarkan harga YTL lebih murah dari 1MDB sahaja.
- 1MDB belum gagal sudah diserang bertubi-tubi oleh Tony Pua. YTL yang sudah dikatakan gagal oleh Ketua Audit Negara dipejam mata sahaja oleh beliau. Adakah YTL menaja Tony Pua?
Thursday, 20 November 2014
Tony Pua `diupah' YTL hentam 1MDB?
Wednesday, 5 November 2014
Melayu bergaji RM4,001 - anak mereka tidak layak dapat pinjaman penuh PTPTN
- Satu-satunya harapan keluarga Melayu miskin dan sederhana untuk menyambung pendidikan anak-anak mereka ke menara gading ialah dengan bergantung kepada pinjaman PTPTN. Ini kerana kebanyakan mereka penjawat awam dan swasta, dan tidak ada sumber pendapatan lain untuk menyara pendidikan anak masing-masing.
- Pada masa yang sama warga bukan Melayu tidak kisah sangat soal pinjaman PTPTN kerana kebanyakan mereka merupakan golongan peniaga dan sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa bantuan dan subsidi kerajaan.
- Kini bangsa Melayu sederhana yang berpendapatan RM4,000 ke atas terpaksa mengikut jejak langkah bangsa Cina untuk tidak menikmati pinjaman PTPTN sepenuhnya sedangkan bebanan kehidupan mereka semakin getir.
- Cukai pendapatan terpaksa dibayar, sewa rumah terlampau tinggi, kos hidup melambung dan minyak petrol semakin mahal. Bangsa Cina tak kisah soal cukai pendapatan kerana kebanyakan mereka bijak dalam menyediakan dua akaun syarikat.
- Bagi tujuan percukaian mereka akan menunjukkan penyata akaun yang paling rendah sedangkan pendapatan sebenar jauh berbeza. Jabatan Hasil pula tidak cukup masa dan kakitangan untuk menyiasat status sebenar akaun sebenar syarikat untuk memastikan tiada penipuan. Asal mereka bayar cukai sudah memadai. Sedikit pun tak apa.
- Soal pinjaman PTPTN dianggap tidak penting bagi bangsa bukan Melayu kerana pendapatan mereka tinggi melangit. Malangnya kehidupan bangsa Melayu bagai melukut di tepi gantang. Makin parah pabila anak-anak mereka tidak dapat menikmati pinjaman penuh PTPTN.
- Semakin ramailah agaknya anak-anak Melayu akan tercicir pelajaran disebabkan birokrasi sebegini pelik dan memeningkan. Dosa apakah yang mereka lakukan hingga terpaksa menerima hukuman sebegini dashyat.
- Mengapakah penderhakaan bangsa Cina dalam pilihan raya umum yang lalu, bangsa Melayu turut dijadikan mangsa. Apakah kerajaan sudah berfikir panjang mengenai PTPTN dan yakin mereka mampu mendapat undi secukupnya daripada bangsa Melayu untuk mentadbir Malaysia pada musim seterusnya.
- Atau kerajaan Melayu mahu menguji masyarakat Melayu supaya lebih taat kepada pemerintah atau hukuman lebih berat daripada PTPTN akan dikenakan kepada mereka pada masa hadapan. Timbul persoalan di kalangan bangsa Melayu, dalam banyak-banyak isu nasional yang diperjuangkan kerajaan, mengapa pinjaman PTPTN terhadap keluarga Melayu menjadi keutamaan.
- Sebelum ini institusi ekonomi Melayu dimusnahkan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan, mengakibatkan kegiatan ekonomi Melayu menjadi tunggang langgang akibat ketiadaan program mentor mantee, program francais, konsep payung dan sebagainya yang berkepentingan Melayu.
- Program2 itu diserapkan ke dalam beberapa kementerian tertentu tetapi peniaga Melayu tidak tahu di mana program itu bersembunyi. Apabila ditanya, setiap kementerian menuding jari ke sana dan ke mari hingga peniaga letih dan serik untuk berurusan dengan kerajaan.
- Kini sistem pendidikan mula diubah dan sekali lagi bangsa Melayu menjadi mangsa perubahan yang berkepentingan itu. Sudah tentu kerajaan mempunyai 1,001 sebab untuk menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian tetapi kesannya tetap terpalit kepada bangsa Melayu juga.
- Bangsa bukan Melayu tesenyum lebar apabila melihat ketetapan mengenai pinjaman PTPTN itu. Pucuk dicita ulam pun tiba. Tanpa didesak tanpa dipaksa, kerajaan Melayu secara tidak sengaja telah memberi tekanan kepada bangsa sendiri.
- Berikut laporan akhbar mengenai isu PTPTN.
- PETALING JAYA: Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana badan itu telah mula menguatkuasakan syarat berkenaan.
- Langkah tersebut telah berkuat kuasa Sabtu lalu, ia menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.
- Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sejak Sabtu, hanya BR1M digunakan sebagai sistem tapisan yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar itu akan menerima jumlah pinjaman maksimum daripada badan berkenaan.
- "Sekiranya jumlah pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM8,000 maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.
- "Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dalam satu temu bual pada Selasa.
- Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.
- Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800.
- Dalam pekeliling bertarikh 29 Oktober yang diedarkan kepada universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata pengurangan nilai pinjaman tersebut tidak akan memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana yuran mereka agak tinggi.
- Shamsul berkata dengan kekangan yang dihadapi, PTPTN tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk mengurangkan jumlah pelajar yang menerima pinjaman sebanyak 50,000 atau mengurangkan jumlah pinjaman sedia ada.
- "PTPTN memilih pilihan kedua agar bilangan pelajar yang menerima pinjaman akan kekal sama," katanya.
Malaysia akan guna vaksin denggi pertama dunia
- Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kelebihan dan kebaikan vaksin denggi pertama di dunia yang akan berada di pasaran pertengahan tahun depan sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya.
- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, pihaknya sedang menganalisis segala data mengenai vaksin itu yang dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi.
- “Selepas selesai kajian itu, kita akan membuat keputusan dalam kadar segera dan memuktamadkan sama ada ia boleh digunakan di negara ini atau sebaliknya.
- Kita sentiasa mengikuti perkembangan dan kita difahamkan, sebelum vaksin itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat, beberapa kajian antarabangsa perlu dilakukan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
- Beliau mengulas mengenai vaksin denggi syarikat multinasional Sanofi Pasteur yang akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.
- Subramaniam berkata, pihaknya sedar akan kelebihan vaksin berkenaan, namun kajian menyeluruh perlu dilakukan dari beberapa sudut seperti sasaran kumpulan pengguna dan penerima, umur dan sebagainya.
- Syarikat itu dalam satu kenyataan menyatakan kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan vaksin itu dapat memberikan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk, serta mengurangkan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.
- Pengeluar ubat dari Perancis itu telah menjalankan kajian melibatkan lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia. – Bernama
Benarkah kadar internet Malaysia paling mahal
- Baru-baru ini Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan laporan media sosial yang mendakwa kadar internet dan jalur lebar negara berada pada tahap paling mahal.
- Menerusi satu kenyataan, TM menegaskan laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index yang meletakkan Malaysia di tangga ke 26 daripada 192 negara untuk purata kelajuan muat turun juga tidak tepat.
- “Kaji selidik itu tidak menyeluruh dan seimbang kerana banyak faktor yang tidak dijelaskan secara terperinci. TM ingin menjelaskan, tahap kelajuan jalur lebar dan keluasan liputannya adalah berbeza di antara negara dan patut turut ambil kira polisi nasional dan dinamik pasarannya,” katanya.
- Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata 5.4Mbps, liputan jalur lebarnya melangkaui kebanyakan negara-negara jiran. Setakat suku tahun pertama 2014, tahap penembusan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives - NBI).
- Sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia, TM kini mampu beri jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan di kawasan yang kurang menerima perkhidmatan secara berperingkat dengan pelancaran perkhidmatan 4G pertama iaitu TMgo, baru-baru ini.
- Menyentuh mengenai dakwaan kos sambungan internet dikatakan tinggi berbanding negara lain, ianya tidak seharusnya diperbandingkan secara terus memandangkan terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kos pelaksanaan rangkaian infrastruktur termasuklah faktor geografi serta saiz sesebuah negara itu.
- “Sebagai contoh, Malaysia, dengan kawasan pendalaman serta bentuk topografi berbentuk banjaran dan gunung meliputi sebahagian besar negara, menjadikan pelaksanaan sebuah negara yang tersambung secara menyeluruh sangat mencabar,” katanya.
- Menurutnya, kaji selidik BT Teleconsult telah membuktikan bahawa perbelanjaan modal (capex) TM adalah di antara paling efektif di dunia berdasarkan ciri-ciri utama rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang dilaksanakan serta tempoh pelaksanaan yang paling cepat.
- Sebelum ini beberapa pihak di Malaysia menyatakan rasa tidak puashati dengan perkhidmatan jalur lebar yang lembap tetapi mahal. Ada yang mendakwa Malaysia mengenakan perkhidmatan paling mahal di dunia.
- Malahan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
- Bagaimana pula dengan negara jiran? Khabarnya Filipina juga dilanda masalah yang sama. Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal.
- Beliau mahukan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan.
- Umumnya kelajuan & kepantasan internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara. Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan; ada negara kelajuan Internet sederhana, harga tidak munasabah; ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah; ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan. Pendekata macam-macam pakej harga yang ditawarkan.
- Realitinya, kelajuan internet di Singapura adalah terpantas bagi kalangan negara di Asia Tenggara malahan Jepun dengan USA juga tewas dengan negara ini dengan hanya menyediakan purata kelajuan 41.4Mbps & 22.3 Mbps.
- Di Malaysia pula, harga caj langganan internet adalah 5 hingga 10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
- Jom kita buat sedikit perbandingan caj internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Caj di Filipina: RM73 (3Mbps Unlimited); caj di Singapore (Singtel): RM95 (15 Mbps Unlimited); caj internet di Thailand (True Internet): RM80 (12 Mbps Unlimited); caj internet di Malaysia (TM dan Maxis): hampir RM200 (10Mbps); caj di Korea Selatan (Hanara Telecom): RM64 (100Mbps Unlimited).
- Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini. Sedihnya.
Stesen keretapi KL ke 6 paling antik di dunia
- Stesen keretapi Kuala Lumpur merupakan antara 10 stesen terhebat di dunia dengan menggabungkan seni bina Arab, India dan Barat. Berikut adalah senarai stesen keretapi terhebat di dunia.
- 1. Grand Central Terminal, London - Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.
- 2. Atocha, Madrid - Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.
- 3. St Pancras International, London - Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar champagne terbesar di Eropah.
- 4. Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai - Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.
- 5. Gare De Strasbourg, Perancis - Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.
- 6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia - Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat.
- 7. Berlin Hauptbahnhof, Jerman - Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.
- 8. Antwerp Central Station, Belgium - Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.
- 9. Steseb Kanazawa, Jepun - Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.
- 10. Southern Cross Station, Australia - Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.
Dunia miliki 16,300 senjata nuklear
- Penduduk bumi hari ini dikira bernasib baik kerana masih belum mengalami sebarang bencana besar nuklear sejak ledakan bom atom meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945. Lebih 200,000 nyawa terkorban dalam bencana yang amat dahsyat itu.
- Namun, hakikatnya ancaman bencana nuklear terhadap manusia dilihat semakin besar hari ini berbanding apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua memandangkan kemajuan pesat teknologi nuklear serta jumlah senjata itu yang ada begitu tinggi.
- Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).
- Kira-kira 4,400 daripada senjata itu diletakkan dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.
- "Mungkin memerlukan hanya empat hingga lapan minit untuk mana-mana jeneral atau presiden memutuskan sama ada mahu melancarkan senjata itu atau tidak", kata Profesor Gareth Evans dalam forum anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Wisma Putra baru-baru ini.
- Bagaimanapun, Evans yang juga mantan Menteri Luar Australia menyatakan perang nuklear mungkin berlaku bukan kerana tindakan kejam seorang 'penyangak' tetapi lebih kepada kesilapan sistem atau manusia akibat salah jangkaan atau salah anggapan.
- "Jadi jika setakat ini masih belum ada bom nuklear yang meletup dan meragut nyawa kita, ia bukan kerana pengurusan atau pentadbiran yang tegas tetapi lebih kepada nasib semata-mata", kata Evans.
- Beliau turut menyatakan bahawa dunia sejagat termasuk Malaysia boleh terjejas teruk walaupun perang nuklear yang meletus itu hanya melibatkan kawasan kecil dunia.
- Buku "Nuclear Weapons: The State of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu Perang Dingin.
- Ini memandangkan lebih banyak negara di rantau yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang kian meningkat berterusan mencari untuk memiliki senjata nuklear.
- Sementara itu, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata pada majlis yang sama, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh daripada sasarannya.
- "Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jentera ke arah pelucutan kurang berhasil", katanya ketika Perhimpunan Agung PBB di New York bulan Oktober lepas.
- Sementara itu, Evans menjelaskan bahawa semua negara yang mempunyai senjata nuklear termasuk China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan AS yang kelima-limanya ahli Perjanjian Pengawalan Senjata sepatutnya komited kepada pelucutan senjata itu tetapi setakat ini tidak melakukan apa-apa ke arah matlamat itu.
- Katanya, tidak ada satu negara yang mempunyai senjata nuklear memberi komitmen kepada sebarang jadual untuk mengurangkan stok simpanan itu, apa lagi untuk menghapuskannya.
- Tambah beliau, stok simpanan nuklear kian meningkat terutama di Korea Utara dan sebagai tambahan kepada itu, program nuklear Iran.
- "Apa yang berlaku sekarang sememangnya mudah untuk menjadikan kita pesimis dan melupakan sahaja usaha pelucutan senjata tetapi itu menunjukkan kita sudah berputus asa", kata Evans.
- Bagaimanapun, Evans tetap optimis dan menggesa generasi muda mengambil giliran untuk bertindak. Antara langkah penting yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang ini ke arah dunia bebas senjata nukleaer adalah untuk berhujah secara berterusan untuk menghapuskan senjata nuclear.
- Contohnya, untuk menghapuskan kepercayaan senjata nuklear sebenarnya penstabil keamanan dalam kalangan kuasa besar. Ini perlu dilakukan secara berterusan menerusi ucapan dan penulisan bagi memastikan mesej itu dihayati pembuat dasar.
- Beliau juga menekankan fokus juga perlu diberi kepada mengurangkan proses senjata nuklear sebelum membuat jadual untuk pelucutan senjata itu sepenuhnya.
- "Secara jujur kita perlu akur kita tak akan berjaya mencapai pelucutan senjata 100 peratus dan pastinya juga kita tak akan dapat mencapainya, katakan menjelang 2030. Perlu ada dua peringkat penting, pertama, meminimumkan dan kemudian menghapuskan. Mungkin proses ini tidak akan selancar yang diharapkan.
- "Apabila kita bergerak daripada angka yang rendah kepada sifar, bukan sahaja ada sekatan psikologi dan geopolitik tetapi juga halangan teknikal yang serius di samping, pengesahan dan penguatkuasaan", katanya. - BERNAMA
Tuesday, 4 November 2014
Belum terlambat untuk perkukuh politik dan ekonomi Melayu
- Bangsa Melayu Malaysia dilanda pelbagai cabaran getir termasuk cemuhan daripada bangsa sendiri yang tidak mahu berbangsakan Melayu tetapi lebih suka digelar sebagai umat Islam sahaja.
- Mereka ini membentuk Melayu minoriti yang berhaluan kiri dan menyertai beberapa parti pembangkang. Lebih parah lagi ialah mereka menganggap lebih layak mentadbir Malaysia berbanding Melayu majoriti yang telah memimpin negara sejak ratusan tahun lalu.
- Melayu merupakan satu bangsa yang tidak bersuku-suku. Tetapi hari ini sudah ada Melayu majoriti dan minoriti?. Hal ini berlaku kerana pihak minoriti tidak mahu bekerjasama dengan pemerintah sedia ada dan memilih untuk menjadi pembangkang sejak Tanah Melayu menikmati kemerdekaan dari penjajah.
- Dek kerana perseteruan inilah bangsa Melayu mula berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri dalam menegakkan kebenaran masing-masing. Melayu minoriti beranggapan bahawa pada suatu hari nanti mereka akan memimpin Malaysia dengan gandingan pembangkang berbangsa pendatang.
- Oleh kerana bangsa pendatang jauh lebih ramai daripada Melayu minoriti, maka apa juga perjuangan Melayu minoriti selalunya terkandas di tengah jalan. Malah perjuangan mereka diperlekeh oleh bangsa pendatang.
- Di satu pihak lain, Melayu majoriti bekerjasama dengan bangsa pendatang selepas kemerdekaan kerana mematuhi Kontrak Sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka terus berlembut sehingga hampir semua kek ekonomi dibalun oleh bangsa pendatang. Manakala Melayu minoriti tidak peduli rompakan ekonomi Melayu oleh bangsa pendatang kerana mereka mahu meneraju politik Negara walau apa jua kos dan risikonya.
- Maka musuh-musuh Islam dari luar Negara khususnya Kristian telah menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi menyokong Melayu minoriti yang bersekongkol dengan bangsa pendatang. Pabila ada usaha menyatukan Melayu, pihak luar tergesa-gesa mencari isu untuk memecahkan mereka semula.
- Musuh Melayu Islam di Malaysia bertepuk tangan apabila segelintir bangsa Melayu menolak kerjasama sesama saudara tetapi menerima bangsa pendatang yang sejak azali tidak menerima Islam.
- Jika Melayu majoriti dan minoriti bersatu, perjuangan ke arah memperkukuhkan Islam boleh dilakukan secara bersama walaupun dalam beberapa situasi mereka berselisih pendapat dan pandangan.
- Malangnya mereka memilih untuk mengikut haluan masing-masing dan akhirnya bangsa pendatang yang didalangi Kristian antarabangsa berjaya memecahkan kekuatan bangsa Melayu di Malaysia.
- Namun Allah masih menyayangi bangsa Melayu. Perpecahan bangsa dan agama yang kritikal di Malaysia pada ketika ini tidak mengakibatkan Negara ini tergadai kepada bangsa kafir dan musyrikin. Malaysia masih lagi ditadbir oleh pemimpin Islam.
- Musuh Islam antarabangsa terutamanya Yahudi dan Nasrani cukup hairan terhadap kuasa politik Melayu Islam di.Malaysia pada hari ini yang masih teguh walaupun sudah digoncang dengan begitu kuat oleh ejen2 mereka.
- Di negara2 Arab, mereka sudah berjaya memporak-perandakannya. Rupa-rupanya kekuatan Melayu berada pada aqidah Islam berteraskan ahlus sunnah waljamaah, akhlak dn semangat cintakan tanah.
- Ejen2 Yahudi dan nasrani telah dihantar ke Malaysia untuk merosak parti pemerintah yang dikenali sebagai Umno. Mereka mahu menunbangkan tunggak kuasa politik Melayu Islam yang dipegang oleh parti itu.
- Pelbagai isu diketengahkan untuk meracuni pemikiran rakyat yang akhirnya BN hampir tumbang pada pilihanraya umum 2008 dan 2013. Kini mereka membawa masuk fahaman liberal pluralisme untuk menghakis aqidah ahlussunnah waljamaah dan semangat patriotik di kalangan anak2 muda. Nampaknya tindakan mereka hampir berjaya.
- Kini anak2 muda sudah ramai menyebelahi bangsa pendatang dan ejen Yahudi yang berselindung disebalik parti2 politik tajaan Barat. Anak2 muda hanya kenal pejuang2 tempatan yang melaungkan demokrasi mengikut naluri parti yang dibawa.
- Mereka tidak sedar laungan itu datang dari ejen2 Yahudi yang mahu meruntuhkan Islam di Malaysia dengan menggunakan beberapa pemimpin pembangkang tempatan. Merekalah yang meracuni rakyat Malaysia supaya menolak kerajaan dan sistem kehakiman sedia ada. Merekalah yang mahu rakyat Malaysia kembali pada undang-undang rimba sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa Negara di Timur Tengah.
- Selepas undang-undang rimba diamalkan, mereka akan datang penjajah ke wilayah ini dengan alasan mahu menukar undang-undang rimba kepada demokrasi mengikut kehendak mereka. Akhirnya bangsa Melayu Malaysia juga akan rugi.
- Sebelum situasi di Malaysia menjadi lebih parah, semestinya bangsa Melayu bersatu tanpa dibatasi rantai politik kepartian dan membawa semula kemajuan ekonomi bangs sebelum ia lenyap diratah bangsa pendatang yang didalangi Yahudi Barat.
Wednesday, 22 October 2014
Debat sentuhan anjing bermula pada 1937
- Program ‘I want to touch a dog’ merupakan program ulangan. Satu perdebatan berkaitan dengan perihal jilatan anjing telah berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ini bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda ketika itu, yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj. Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.
- Perbezaan ini bermula dari tahun 1936, apabila Hj. Nik Abdullah dipanggil oleh Raja Kelantan ketika itu YM Tengku Ibrahim ibnu Sultan Muhammad IV ke istana bagi meminta pandangannya berkaitan hasrat baginda untuk memelihara anjing. Hj. Nik Abdullah menjawab, jika ada keperlun seperti menjaga keselamatan maka ia adalah diharuskan. Berkaitan perihal jilatan anjing pula beliau memberikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie. Beliau menyatakan, jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut.
- Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi.
- Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu. Ayahnya yang merupakan bekas Mufti Kelantan, meyakini kebenaran pandangan anaknya, Hj. Wan Musa bertindak mempertahankan pandangan anaknya dalam kuliah-kuliah pengajian yang dikendalikannya.
- Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Sultan Kelantan ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memanggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk mendapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini.
- Usaha pihak istana tidak terhenti disitu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang. Perdebatan itu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa. Sultan Ismail bertindak sebagai hakim.
- Namun seperti sebelumnya, Sultan Ismail tidak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan.
- Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori. Tidak cukup setakat itu, Raja Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar 3 soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937.
- Jelas dicatatkan dalam sejarah, orang Melayu telah berbincang berkaitan hal ini kira-kira 90 tahun yang lalu. Oleh itu hasrat Sdr. Syed Azmi al-Habshi selaku penganjur program ‘I Want to touch a dog’ tidak lebih dari sekadar mengulang kisah lama. Jika mahu diukur dari sudut keupayaan dan potensi terhadap impak menukar persepsi orang Melayu khususnya terhadap makhluk Allah yang kita namakan sebagai anjing, jelas perdebatan tahun 1937 jauh lebih berupaya kerana melibatkan istana dan kelompok ulama’ berpengaruh.
- Natijahnya, tiada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang memelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya. Oleh itu, ia merupakan polemik yang sia-sia dan tidak membawa perubahan dalam masyarakat.
Jangan liberalkan hukum hakam syariah Islam
- Sepanjang zaman akan berlalu percubaan musuh Islam secara halus untuk menggugat dan meracuni aqidah, syariat dan akhlak umat Islam. Usaha-usaha sebegini tidak semestinya hanya menerusi tindakan bukan Islam malah juga menggunakan orang yang mengaku muslim sendiri kerana impaknya sangat besar bagi orang Islam. Kehadiran golongan munafik dan fasik di kalangan muslim yang mempromosi aqidah yang rosak atau syariat yang salah serta akhlak yang rosak lebih mudah mempengaruhi orang-orang Islam sendiri.
- Hari ini, satu percubaan untuk mempromosi syariat yang salah dengan dipelopori oleh orang Islam sendiri berlangsung menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak dan dihiasi dengn ungkapan yang manis iaitu " i wan't to touch a dog". Hakikatnya ia merupakan sebahagian agenda liberalisma untuk meliberalkan hukum-hakam Islam.
- Anjing merupakan seekor binatang yang dicipta oleh Allah dengan ada kelebihan dan ada kekurangannya serta ada ketetapan hukum-hakam dan Syariat yang menjadi ujian bagi orang-orang Islam.
- Kelebihan anjing yang dicipta oleh Allah ialah ia binatang yang digunakan untuk menjaga manusia, harta dan tanaman serta memburu dan pada hari ini digunakan untuk penyiasatan kes-kes keselamatan.
- Al-Quran menceritakan tentang anjing yang mengiringi golongan yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka iaitu Ashabul Kahfi (surah al-Kahfi ayat 18).
- Islam mengajar sifat ihsan kepada binatang termasuk anjing sebagaimana kisah dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim cerita seorang lelaki memberi minum kepada anjing yang kehausan. Sahabat Nabi saw lalu bertanya
- يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
- Wahai Rasulallah, adakah kami mendapat pahala menerusi binatang? Tegas Nabi saw; "Pada setiap makhkuk yang mempunyai limpa yang lembut (hati) pasti ada pahala"
- Kekurangan anjing pula ialah selalunya dijadikan bidalan untuk perkara yang keji. Antaranya al-Quran membuat bidalan orang-orang yang meninggalkan ilmunya di kalangan ulamak yang menjadi jahat adalah seperti anjing yang menjelir lidahnya (surah al-A'raf ayat 176)
- Adapun Hukum Syariat yang melibatkan anjing maka ia menjadi ujian untuk hamba-hambanya yang beriman dengan Syariat Muhammad melibatkan hukum Allah dalam membela dan juga menyentuh anjing. Mengikut dan menjunjung Syariat ini adalah terjemahan kepada iman dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Pencipta telah menetapkan hukum-hakam sebagai ujian pada manusia. Di samping keimanan bahawa pada apa yang dihalalkan pasti ada kebaikan manakala pada apa yang diharamkan pasti ada keburukan sama ada kebaikkan dan kebirukan itu dapat dihayati oleh akal manusia atau tidak. Kepada umat Islam yang berjaya mengikut hukum-hakam maka syurgalah tempatnya.
- Hukumnya ialah;
- PERTAMA; Haram Membela Anjing Kecuali Untuk Maslahat Menjaga Ternakan atau Tanaman atau Berburu
- Hukum ini berdasarkan Hadis-hadis Sahih antaranya Hadis Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah. Antaranya riwayat Muslim sabda Nabi saw;
- مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
- Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."
- Kempen menyentuh anjing membawa mesej untuk masyarakat memiliki anjing tanpa menghiraukan hukumnya. Ia satu tindakan meliberalkan hukum-hakam Syariat yang sabit dengan nas yang jelas.
- Hatta jika ada yang cuba berdalih dengan pandangan segelintir Ulamak seperti Ibnu Abdil Barr yang menilai hukum memeliharanyanya sebagai makruh maka perkara makruh juga (makruh ertinya dibenci) wajar ditinggalkan dan tidak dijadikan kempen.
- KEDUA; Makruh Bermusafir dengan Anjing
- Bagi mereka yang dibolehkan oleh Islam membela anjing kerana menjaga tanaman, ternakan, rumah dan berburu adalah MAKRUH (dibenci) membawanya berjalan dan bermusafir. Ia berdasarkan Hadis Sahih Muslim sabda Nabi saw;
- لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ.
- Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"
- Imam Nawawi berkata; fiqh hadisnya ialah makruh membawa anjing dan loceng sebagai teman musafir. Malaikat yang memohon rahmat dan keampunan untuk manusia tidak bersama rombongan musafir tersebut. (Syrah Muslim juz 14/ ms 95)
- Kempen menyentuh anjing adalah menjurus kepada kempen menjadikan anjing teman perjalanan yang dibenci oleh Nabi saw.
- KETIGA; Anjing Najis
- Jilatan Anjing hukumnya najis di sisi majoriti Ulamak kecuali Mazhab Maliki. Ia perlu dibasuh dengan air yang bercampur tanah. Justeru, ia disebut sebagai Najis Berat ( mughallazah). Hukum ini berdasarkan Hadis Sahih antaranya riwayat Muslim
- طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
- Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"
- Kempen menyentuh anjing akan mendedahkan pelakunya kepada jilatan anjing yang dihukum sebagai najis berat dalam Islam yang perlu dibersihkan dengan air dan tanah tidak seperti najis-najis biasa. Untuk apakah kempen seumpama ini yang mendedahkan masyarakat Islam melakukan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam?
- Adapun hukum badan dan bulu anjing majoriti ulamak menghukumnya najis seperti Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Hambali manakala mazhab Abu Hanifah, Mazhab Maliki dan satu riwayat lain Imam Hambali menilainya suci.
- Kempen menyentuh anjing adalah kempen menyentuh sesuatu yang najis. Ia perlakuan yang tidak berfaedah. Malah bagi ulamak yang menilai bulunya tidak najis juga tiada kalangan mereka yang berkempen dan menyarankan untuk anjing disentuh. Kempen yang dibuat hari ini oleh orang yang mengaku Islam adalah satu perlakuan bid'ah yang diada-adakan yang mencemarkan Islam.
- Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan Anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya.
- Tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen dan pesta terbuka dalam realiti masyarakat Malaysia adalah tindakan tidak bijak dan tidak sensitif terhadap pegangan beragama.
- Diriwayatkan bahawa Imam Syafie apabila solat Subuh di Baghdad tidak melakukan Qunut selama sebulan kerana menghormati pegangan dan pandangan Abu Hanifah yang tidak berpegang dengan Qunut Subuh. Itu boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada umat Islam dalam menjaga dan menghormati sensitiviti beragama berasaskan mazhab.
- Kesimpulannya;
- Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati seluruh umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menjurus kepada usaha meliberalkan hukum-hakam Syariat Islam.
- Begitu juga sebarang usaha yang hanya berdalih dan mencari alasan dengan perbezaan pandangan ulamak bagi menghalal dan merasionalkan sesuatu tindakan adalah perlu ditolak. Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan Syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil yang terkuat berdasarkan nilaian ulamak muktabar.
- Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.
- Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam. – Daripada Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Wednesday, 15 October 2014
DAP dan perpaduan Oktoberfest
- Tidak bolehkah rakyat pelbagai keturunan dan agama di negara ini mencapai kata sepakat seperti dalam isu rokok di mana faktor kesihatan dan ketenteraman keluarga serta masyarakat dijadikan alasan untuk mengawal aktiviti minum arak?
- Jika manusia bertamadun seantero seluruh dunia boleh berkempen dan mengekang nafsu merokok demi kepentingan manusia dan kemanusiaan sendiri, mengapa pendirian yang sama tidak boleh diambil untuk arak?
- Di sisi sains dan keharmonian sosial, rokok dan arak sama-sama tertonjol kemudaratannya kepada manusia. Namun mengapa di Malaysia yang masih di tahap awal proses pembentukan jatidirinya, tidak mampu mengambil jalan pintas dan melarang aktiviti yang memudaratkan ini?
- Sebaliknya, tiba-tiba muncul gerakan untuk “menghalalkan” pesta minum arak sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang mengiktiraf hak asasi manusia yang amat dahagakan sokongan politik.
- DAP sengaja gunakan isu 'Oktoberfest' laung hak asasi manusia? PKR dan DAP dengan sengaja, sedar dan berhemah mengambil tempat di saf hadapan isu ini demi melaungkan pendirian dan kebersatuan mereka mereka dalam isu Oktoberfest ini.
- Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang. Teresa Kok dan beberapa pemimpin muda parti itu serta Elizabeth Wong dari PKR kelihatan bersama lebih 5,000 pengunjung pesta di Bandar Utama malam Jumaat lalu.
- Turut meraikan majlis itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
- Kehadiran mereka bolehlah dirumuskan sebagai satu langkah politik. Berbeza dengan Langkah Kajang yang dianjurkan oleh PKR untuk membenci dan menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kehadiran pemimpin politik DAP dan PKR ini mungkin mahu menyatakan bahawa arak juga boleh menjadi unsur penyatu rakyat bukan Islam di Malaysia.
- Maka tinggallah PAS keseorangan diri merengus betapa pesta sebegitu adalah mencabar sensitiviti umat Islam. Soalnya mana betul, arak itu bawa lebih banyak mudarat atau satu unsur yang boleh mengukuhkan perpaduan, sekurang-kurangnya dalam Pakatan Rakyat?
- Sebaliknya, pemimpin Melayu-Islam dalam PKR, termasuk Menteri Besar baru Selangor, Azmin Ali, kelihatan tidak berselera menganggap isu itu sebagai sesuatu yang mencalar imej Islam di negara ini.
- Kenapa Oktoberfest 2014 jadi pertikaian? Namun anehnya sambutan Oktoberfest bukanlah satu perayaan baru yang disambut di negara ini. Mengapa baru tahun ini tiba-tiba ia menjadi kontroversi?
- Hakikatnya, baru tahun ini Oktoberfest dianjurkan di kawasan terbuka. Baru tahun ini juga sambutannya dilakukan secara besar-besaran melalui paparan papan iklan di tempat terbuka.
- Tahun ini juga Oktoberfest “diangkat” oleh pemimpin pembangkang sebagai perayaan “rasmi” kerana ia melambangkan sebahagian hak asasi rakyat Malaysia.
- Soalnya mengapa DAP dan PKR seolah-olah tidak melihat sambutan Oktoberfest ini memudaratkan perpaduan masyarakat Malaysia? Mungkinkah ini kerana ia adalah pelaburan politik yang menguntungkan?
- Jika diamati pragmatisme politik DAP dan PKR tidak jauh berbeza. Jika disekat aktiviti arak di negara ini tentu akan memarakkan kebencian sebahagian rakyat yang semakin rimas dengan penekanan kerajaan yang dilihat “menganaktirikan” mereka.
- Oktoberfest adalah acara kemasyarakatan bagi mereka. Mengapa ia perlu dibendung? Kini kerajaan semakin condong dan berpaut pada sokongan Melayu-Islam semakin galak menganjurkan program-program agama yang mempamerkan kehebatan perpaduan Islam; begitu juga Oktoberfest untuk bukan muslim!
- Oktoberfest adalah buah catur politik. Gurisan kebencian inilah yang hendak dimanfaatkan oleh DAP dan PKR. Ia akan meningkatkan suhu kebencian dan kerimasan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Rumusannya Oktoberfest adalah satu strategi politik.
- Mungkin kefahaman PAS terhadap konsep tahaluf siyasi yang dijalin dengan PKR dan DAP yang kerap dibanggakannya di khalayak ramai, belum mampu menggarap realiti sebenar apabila ia diamalkan demi kemenangan politik.
- PKR dan DAP parti sekular. Bagi kedua-duanya soal kerugian jangka pendek dengan menanamkan sedikit “kebencian” sesama rakyat adalah cagaran politik yang perlu demi merebut kuasa. Dengan kuasa, barulah perubahan luhur boleh dilaksanakan (?)
- Namun PAS nampaknya mulai belajar. Dewan Syura Ulama, penggubal dasar tertingginya, sudah berani membuat teguran terhadap betapa mudaratnya Oktoberfest. Lantas PAS pun mengemukakan protes kepada kerajaan negeri Selangor.
- Harapan PAS ialah, segala sumpah taat setia dan azam untuk mempertahankan Islam agar tidak diperlekeh di bumi Darul Ehsan akan mendorong, Azmin Ali mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Oktoberfest.
- Bagaimanapun sebagai orang baru, Azmin mengambil sikap berhati-hati. Iktibar yang boleh diambil daripada nasib politik Khalid Ibrahim ialah jangan sekali-kali mengingkari pucuk pimpinan PKR. Jika tidak yang diperjudikan ialah jawatan menteri besar.
- Pimpinan PKR, terutama Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedikitpun tidak berbunyi membuat komentar terhadap isu Oktoberfest yang dilihat PAS boleh mencalar maruah Islam.
- Mungkin Anwar masih menimbang-nimbang apakah kenyataan yang harus dibuat kepada umum sebagai reaksi teguran jujur Sultan Selangor bahawa skim politik Langkah Kajang PKRlah yang menjadi punca kemelut politik Selangor.
- Baginda Sultan Selangor juga menegur gerak politik kurang murni PKR yang telah mentohmah nama baik mantan menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim, walaupun dalam bulan Ramadan yang suci.
- Sementara itu, Lim Kit Siang akan terus menyusun strategi bagaimana mahu menrincingkan lagi kebencian rakyat bukan Islam terhadap kerajaan Barisan Nasional tanpa curiga dan khuatir PKR akan membantah.
- Benar kata pujangga, sesuatu makanan mungkin enak bagi seseorang tetapi ia boleh menjadi racun kepada PAS. Pada Oktoberfest, DAP hilang hormat dan tidak sensitif dengan pantang larang agama PAS tetapi pada masa yang sama ia adalah pengikat kesatuan di kalangan pihak yang tidak gemar PAS serta pegangannya. -- Abdul Rahman Malik
Saturday, 11 October 2014
Hak membina SJK tiada dalam Perlembagaan
- Apabila UMNO mahu mencadangkan agar sekolah vernakular dimansuhkan, ramai pemimpin Cina membantahnya dengan beranggapan mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.
- Susulan itu, Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH menjelaskan kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.
- SOALAN: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini?
- JAWAPAN: Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.
- Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.
- Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.
- Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia, pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.
- Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.
- Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.
- SOALAN: Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK?
- JAWAPAN: Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah ‘mengajar’ dan ‘diajar’, tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah ‘menggunakan’ dan ‘mengkaji’. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah ‘menggunakan’ dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan ‘pengajian’ pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.
- Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.
- Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu yang boleh digunakan untuk kajian.
- SOALAN: Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan?
- JAWAPAN: Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.
- Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.
- SOALAN: Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?
- JAWAPAN: Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.
- Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.
- SOALAN: Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum?
- JAWAPAN: Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?
- Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.
- Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.
- Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.
- Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.
- SOALAN: Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?
- JAWAPAN: Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya. Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini?
- Benda dah ada kalau kita hapuskan pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.
- Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.
- Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.
- Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?
- SOALAN: Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat institusi pengajian tinggi?
- JAWAPAN: Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.
- Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.
- Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.
- Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.
- SOALAN: Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- JAWAPAN: Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu. Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentangan.
Thursday, 9 October 2014
Dr Mahathir bercerita soal PAS dan TAHALUF SIYASI
- Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu
- PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.
- Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.
- Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.
- Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.
- Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.
- Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
- Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.
- Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.
- PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.
- Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.
- Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.
- Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
- Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.
- Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.
- Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.
- PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
- Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.
- Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah. - Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Petanda huru hara perkauman bermula di Bukit Bintang
- PERKAUMAN semakin menebal di Malaysia sehingga ada pihak sudah tidak tahan lalu mengebom sebuah kelab malam di Bukit Bintang sebagai tanda bahawa bangsa Melayu Islam pantang dicabar.
- Ekoran insiden letupan itu banyak pihak meminta polis membuat siasatan terperinci kerana ia dibimbangi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.
- Setakat ini belum ada kes kelab malam dibom. Mungkinkah kejadian di Bukit Bintang sebagai petanda bermulanya huru hara di ibukota akibat perasaan perkauman yang semakin menebal?
- Ada pihak mengandaikan kejadian itu dilakukan oleh segelintir umat Islam yang dikaitkan dengan perjuangan ISIS dan Abu Sayaf. Manakala tidak kurang juga menganggap ia digerakkan oleh rangkaian pejuang Perkida.
- Kedua-dua kumpulan itu dilihat mahu memelihara martabat Islam secara `by hook or by crook’ selepas melihat kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan keagamaan.
- Namun ada juga pihak yang menganggap insiden itu dirancang oleh segelintir samseng upahan berbangsa Cina dengan tujuan mahu membangkitkan kemarahan kaum mereka terhadap polis dan kerajaan.
- Usaha itu membolehkan bangsa Cina menuntut kepentingan dalam pelbagai bidang secara paksa walaupun mereka sudah terbukti menolak kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.
- Aktiviti samseng bangsa Cina dapat dilihat dengan jelas pada peristiwa membakar pusat menjual kenderaan di Jalan Ipoh baru-baru ini disebabkan pemiliknya enggan membayar wang perlindungan kepada samseng tersebut.
- Insiden mengebom kelab malam di Bukit Bintang juga mungkin ada kaitan dengan kumpulan samseng Cina yang semakin bermaharajalela di ibu kota.
- Siapapun yang mengebom kelab malam itu, kesannya akan menjejaskan keselamatan Kuala Lumpur dan juga Malaysia. Bunuh, bakar dan bom semakin popular bagi menuntut sesuatu kehendak atau menyelesaikan masalah.
- Apakah budaya arnaki di Malaysia akan semakin berleluasa dan siapakah yang mula mempopularkan budaya arnaki ini? Hanya polis dapat menjawabnya. Apapun insiden Bukit Bintang perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
- Persoalan yang kini berlegar di minda rakyat ialah apakah insiden di Bukit Bintang itu merupakan satu petanda bermulanya arnaki di negara ini, di manakah sasaran selanjutnya dan siapakah mangsa seterusnya.
Tragedi berdarah Bukit Bintang.
- KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang cedera, termasuk seorang lelaki pekerja joki parah dalam letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.
- Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.
- Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
- "Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- Katanya, tujuh mangsa termasuk seorang yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan lanjut.
- "Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian, latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Comments (Atom)












