- Baru-baru ini Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan laporan media sosial yang mendakwa kadar internet dan jalur lebar negara berada pada tahap paling mahal.
- Menerusi satu kenyataan, TM menegaskan laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index yang meletakkan Malaysia di tangga ke 26 daripada 192 negara untuk purata kelajuan muat turun juga tidak tepat.
- “Kaji selidik itu tidak menyeluruh dan seimbang kerana banyak faktor yang tidak dijelaskan secara terperinci. TM ingin menjelaskan, tahap kelajuan jalur lebar dan keluasan liputannya adalah berbeza di antara negara dan patut turut ambil kira polisi nasional dan dinamik pasarannya,” katanya.
- Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata 5.4Mbps, liputan jalur lebarnya melangkaui kebanyakan negara-negara jiran. Setakat suku tahun pertama 2014, tahap penembusan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives - NBI).
- Sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia, TM kini mampu beri jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan di kawasan yang kurang menerima perkhidmatan secara berperingkat dengan pelancaran perkhidmatan 4G pertama iaitu TMgo, baru-baru ini.
- Menyentuh mengenai dakwaan kos sambungan internet dikatakan tinggi berbanding negara lain, ianya tidak seharusnya diperbandingkan secara terus memandangkan terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kos pelaksanaan rangkaian infrastruktur termasuklah faktor geografi serta saiz sesebuah negara itu.
- “Sebagai contoh, Malaysia, dengan kawasan pendalaman serta bentuk topografi berbentuk banjaran dan gunung meliputi sebahagian besar negara, menjadikan pelaksanaan sebuah negara yang tersambung secara menyeluruh sangat mencabar,” katanya.
- Menurutnya, kaji selidik BT Teleconsult telah membuktikan bahawa perbelanjaan modal (capex) TM adalah di antara paling efektif di dunia berdasarkan ciri-ciri utama rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang dilaksanakan serta tempoh pelaksanaan yang paling cepat.
- Sebelum ini beberapa pihak di Malaysia menyatakan rasa tidak puashati dengan perkhidmatan jalur lebar yang lembap tetapi mahal. Ada yang mendakwa Malaysia mengenakan perkhidmatan paling mahal di dunia.
- Malahan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
- Bagaimana pula dengan negara jiran? Khabarnya Filipina juga dilanda masalah yang sama. Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal.
- Beliau mahukan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan.
- Umumnya kelajuan & kepantasan internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara. Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan; ada negara kelajuan Internet sederhana, harga tidak munasabah; ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah; ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan. Pendekata macam-macam pakej harga yang ditawarkan.
- Realitinya, kelajuan internet di Singapura adalah terpantas bagi kalangan negara di Asia Tenggara malahan Jepun dengan USA juga tewas dengan negara ini dengan hanya menyediakan purata kelajuan 41.4Mbps & 22.3 Mbps.
- Di Malaysia pula, harga caj langganan internet adalah 5 hingga 10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
- Jom kita buat sedikit perbandingan caj internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Caj di Filipina: RM73 (3Mbps Unlimited); caj di Singapore (Singtel): RM95 (15 Mbps Unlimited); caj internet di Thailand (True Internet): RM80 (12 Mbps Unlimited); caj internet di Malaysia (TM dan Maxis): hampir RM200 (10Mbps); caj di Korea Selatan (Hanara Telecom): RM64 (100Mbps Unlimited).
- Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini. Sedihnya.
Wednesday, 5 November 2014
Benarkah kadar internet Malaysia paling mahal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment