Friday, 27 June 2014

CEO PETRONAS TUNJUK GARANG DI HUJUNG JALAN


  • SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
  • Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
  • Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
  • Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
  • Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
  • Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
  • Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
  • Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
  • Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
  • Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
  • Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
  • “Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur ​​setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
  • “Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
  • CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
  • Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
  • Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
  • Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
  • Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
  • Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
  • Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
  • “Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
  • Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
  • “Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
  • “Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
  • “Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
  • “Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
  • “Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
  • Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
  • Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
  • Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya.

Thursday, 3 April 2014

Jika MH370 tidak terhempas?

  1. SINAR HARIAN menyiarkan rencana menarik mengenai misteri kehilangan MH370 yang masih belum ada kepastian sehingga hari ini. Berikut ulasan yang diketengahkan oleh akhbar berkenaan.
  2. Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
  3. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
  4. Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
  5. Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
  6. Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
  7. Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
  8. Dakwaan penduduk Maldives kukuh. Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
  9. Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
  10. Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
  11. Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
  12. MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
  13. Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
  14. Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
  15. Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari  malang buat MH370 itu.
  16. Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.
  17. Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama. Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.
  18. Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.
  19. Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.
  20. Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.
  21. Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.
  22. Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.
  23. Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.
  24. Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalah antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.
  25. Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.
  26. Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
  27. Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.
  28. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.
  29. Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
  30. Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang  berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.
  31. Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.
  32. "Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.
  33. Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.
  34. Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.
  35. Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.
  36. Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
  37. “Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
  38. “Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.
  39. Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
  40. Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.
  41. Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.

Kenyataan penuh Najib di Perth mengenai MH370


  1. Berikut teks penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Perth, Australia, berhubung misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang:
  2. Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.
  3. Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.
  4. Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.
  5. Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.
  6. Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang -- kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.
  7. Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.
  8. Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.
  9. Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.
  10. Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.
  11. Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu.
  12. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.
  13. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.
  14. Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.
  15. Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri  Abbott sebagai ‘satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini".
  16. Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, para penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.
  17. Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.
  18. Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah. Terima kasih.
 

Thursday, 27 March 2014

122 gambar ditemui tapi belum sah MH370

  1. Biarpun sudah ada gambar satelit yang menemui 122 objek di Lautan Hindi, setakat ini masih belum ada pengesahan ia merupakan bangkai pesawat MH370. Seperti biasa PWTC dihujani pelbagai pertanyaan pelik-pelik, namun MH370 belum disahkan berpusara di koridor selatan Lautan Hindi.
  2. Terbaru, imej satelit Airbus Defence and Space yang diteliti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menemui 122 objek berpotensi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
  3. Objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 km persegi itu terletak 2,557 km dari Perth, Australia. Objek-objek itu didapati bersinar, berbentuk keras dan objek paling panjang berukuran 23 meter.
  4. Kerajaan segera menyalurkan maklumat satelit itu kepada pusat koordinasi operasi di Perth, Australia dan ini merupakan petunjuk terbaharu. Dengan ini, Malaysia sudah mempunyai empat petunjuk imej satelit termasuk daripada Australia, China dan Perancis untuk mengesan serpihan pesawat. Namun setakat ini kerajaan tidak boleh memaklumkan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370.
  5. Bagi operasi pencarian, Australia terus kekal mengetuai pencarian di selatan Lautan Hindi. Operasi dipecahkan kepada dua sektor iaitu timur dan barat dengan melibatkan penyertaan pelbagai aset udara dan marin.
  6. Pencarian udara di sektor timur akan melibatkan satu pesawat P3 Orion Australia, tiga pesawat sivil Australia, satu pesawat Ilyushin IL-76 China dan satu pesawat P3 Orion Australia.
  7. Pencarian di sektor barat pula melibatkan satu pesawat Amerika Syarikat (AS) P8 Poseidon, satu pesawat Korea Selatan P3 Orion, satu pesawat Jepun P3 Orion, dua pesawat Australia P3 Orion dan satu pesawat sivil Australia. Kapal Australia HMAS Success telah dihantar ke sektor barat manakala kapal China, Xue Long dihantar ke sektor Timur.
  8. Sementara itu, sebuah kumpulan kerja antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji lebih lanjut data daripada satelit Inmarsat dan menentukan lokasi terakhir pesawat MH370. Kumpulan itu terdiri daripada Inmarsat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC), agensi AAID dari China, National Transport Safety Board (NTSB) AS, Federal Aviation Administration (FAA) AS, Boeing, Rolls Royce dan agensi- agensi Malaysia berkaitan.

Wednesday, 26 March 2014

Kremlin dakwa USA rampas MH370

  1. Media luar negara masih belum lagi mahu berhenti menyebar spekulasi mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Terbaru mereka menyiarkan laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU).
  2. Laporan itu menyebut Tentera Laut Amerika Syarikat “merampas dan mengalihkan" MH370 ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Diego Garcia, Lautan Hindi  MH370 (juga dikenali MH748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik saja menerima maklumat terdapat kargo “mencurigakan”.
  3. Kargo itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles. Sebelum itu, risikan mendapati kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
  4. GRU mendakwa kargo itu dipindahkan dari MV Maersk Alabama ke MH370 dalam tempoh 24 jam oleh dua Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan".
  5. Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
  6. Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
  7. Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
  8. Sebelum memasuki Zon “The People Liberation Army” (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
  9. Ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.
  10. Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia? Laporan itumenyebut ia dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.
  11. Meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21
  12. Apa yang membingungkan, dari analisis GRU media pro Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
  13. Kesimpulan penting dari laporan GRU, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" MH370 kerana mereka pernah melakukannya sebelum ini iaitu selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.
  14. (EU and US all rights reserved. Permission to use this report in its entirety is granted under the condition it is linked back to its original source at WhatDoesItMean.Com. Freebase content licensed under CC-BY and GFDL.)

Tuesday, 25 March 2014

Serpihan MH370 ditemui, kotak hitam selesaikan spekulasi


  1. Spekulasi pelik-pelik mengenai kehilangan MH370 bakal terlerai berikutan pengesahan serpihan pesawat yang bakal menemukan rangka, mayat penumpang dan kotak hitam tidak lama lagi.
  2. Persoalan seperti mengapa pesawat keluar daripada laluan udara, apakah ia dirampas atau perbuatan bunuh diri, semuanya bakal dijawab selepas kerajaan meneliti kotak hitam sedikit masa lagi. Ini sekaligus dapat menangkis tohmahan pihak tertentu yang mempunyai motif tertentu membuat dan menyebarkan spekulasi masing-masing.
  3. Ada spekulasi dilemparkan dengan tujuan mahu merendah-rendahkan maruah Malaysia dan ada juga spekulasi disebarkan sekadar mahu meraih populariti, menaikkan rating tontonan, menarik iklan, menambah jualan bahan cetak dan sebagainya.
  4. Penemuan Kotak Hitam amat ditunggu walaupun ia mungkin mengambil masa yang lama. Namun dari raut keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan penemuan serpihan itu di koridor selatan Lautan Hindi, misteri kehilangan MH370 akan terlerai.
  5. Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana. Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.
  6. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
  7. Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
  8. Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.        Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.
  9. Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.

Friday, 21 March 2014

Daim reads Anwar's mind well

     
  • Tun Daim Zainuddin seldom speaks or writes for media for the past few years. But when Datuk Seri Anwar Ibrahim attacked him left and right lately for political reasons, Daim's raised his eyebrows and wrote small piece of Q&A to media (NST) to explain about Anwar's fascination with him as a political topic.
  • Question: Why is Anwar attacking you in his ceramah?
  • Answer: I don't know, I'm not obsessed with him, I have no interest in what he's up to, but the media, every time you see me, you will always ask about him. He is obsessed with me. Maybe he thinks I know too much about him. He finds me a convenient target as I'm not on the ceramah circuit to rebut his nonsense. I'm told he says that Dr M (former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad) and I are scared of PKR winning in Kajang. That's his platform? Let's frighten a few old retirees and vote for PKR because that's going to scare these two old folks? Think about it, what is their platform?
  • First, because Anwar is Churchill to stop the Barisan Nasional onslaught. Then, Anwar is needed to save Selangor from what happened in Perak (with 12 seats in a 50-plus-seat assembly?). Then BN is scared of the cooperation between Pakatan parties if Anwar wins. Then Kajang is necessary for the road to Putrajaya. Then the court found him guilty because he would have won in Kajang, and then etc, etc, etc. Every day is another justification for an unnecessary and pointless by-election.
  • Question: PKR had also alleged that you and Khalid (Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) had made a deal concerning Khalid's out-of-court settlement with regards to the latter's case with Bank Islam.
  • Answer: Let's put this in context. No adun (state assemblyman) is ill, dead or convicted. This Kajang move is to solve an internal party problem. (PKR deputy president Azmin Ali) Azmin wants to be menteri besar, Khalid does not want to go, so Anwar steps in and offers himself -- shows the shallowness of his leadership, not to resolve the issue internally but to take an egoistical solution that involves the public and public funds. The biggest loser here is Azmin. If Anwar had won, it was either Anwar or Khalid who would have been menteri besar, not Azmin. Now that it's (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) Wan Azizah, it still will not be Azmin. Poor Azmin, all those years of loyalty... but it's typical Anwar -- all solutions lead to him. And if it's not him, then his proxy Wan Azizah steps in.
  • In attacking Khalid, they found that it has backfired, so the only thing left is to discredit Khalid's integrity. So they bring in Anwar's favourite bogeyman -- me.
  • I have not seen or spoken to either Khalid or (Tan Sri) Rashid Manaf (an ex-lawyer and corporate personality) for over 20 years nor do I know anyone in Bank Islam. This was totally orchestrated by Pakatan. They can spin it any which way but, in the end, it is still about PKR's internal problems, whether about the menteri besar's post or Anwar's impending court case at the time of the move.
  • Question: What do you think of this by-election?
  • Answer: Every reason given for the Kajang move has been debunked, so now they are going on the Court of Appeal's verdict. But the case was much earlier than the "move" and it seems quite a coincidence to hold the Kajang move during the dates that were set earlier. It's to distract people from the case, obviously. In this by-election, the circus has come to town. It's a party issue and if it's me, I would not participate in this circus and dance to every tune that he plays. If he wants to syok sendiri (self-glorification), let him lah, but that is just my own opinion.
  • Question: So you think it's a mistake for BN to stand?
  • Answer: Before this, Pas did not agree and DAP has been silent on this issue. With BN's participation, they have no choice but to support Anwar, and now Wan Azizah, and bring unity to Pakatan.
  • The irony here is that DAP has always accused MCA and Gerakan of dancing to Umno's tune. And here, what are they doing? When Anwar makes a decision, they fall in line.
  • Question: Will Wan Azizah win? Will Anwar's guilty verdict make a difference?
  • Answer: Let me put it this way, Anwar would never have stood in any place unless he was sure that he would win and win big. Now Wan Azizah is going for the sympathy vote, and I don't see anything much has changed since the last election to make Kajang voters change their mind. It's only a question of the majority.
  • As for Anwar, those who believe in him, believe he can do no wrong and that he can walk on water, and those who don't, won't.
  • But there is another group of people, the liberal middle class, who are not blind to Anwar's faults and weaknesses, but still think that regardless, they need to have him there because of their dislike for this government.
  • They want change and if he is the one to do it, so be it. They use him; he uses them -- a real symbiotic relationship. Morality does not matter to them.
  • But morality is important in a leader. Tell me, was (former US president) Bill Clinton the only man in America who committed adultery? Was Elliot, what's his name, the US A-G (Elliot Spitzer, the former New York governor and attorney-general) the only man in America who visited prostitutes? So why were they taken to account? Because we demand more from our leaders. That is why it is said that if you want to be a leader, there must be sacrifices.
  • You are not the man in the street. You are a leader and you have to lead by a strong moral code of conduct. Look at Italy under (former prime minister Silvio) Berlusconi; it was a joke.
  • Question: What do you think of the MoU on Langat 2 (water treatment plant)?
  • Answer: I think it's good and good for the people of Selangor. It was the right thing to do and the MB was brave to do it. PKR wanted to haul him up to explain to Anwar. I don't think I have heard that when (Penang Chief Minister Lim) Guan Eng does something in Penang, he has to go explain to (DAP chairman Karpal Singh) Karpal or (DAP supremo Lim) Kit Siang, nor does the Kelantan MB have to seek (Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang) Hadi's approval.
  • Question: You have recently been critical of Najib's administration.
  • Answer: Let me set the record straight here. Najib is a decent man who is trying his best under the most trying of circumstances. I think it was easier during my time to implement policies; now with a strong opposition and social media, everyone is an expert. One football team and 20 million coaches, me included.
  • If we are critical, it is because we want him to succeed. If he is to succeed, he needs a good team of advisers and I'm not sure he has that. The policies and statements that come out do not seem to be well thought out. If I were him, I'd bring in fresh, intelligent, well-educated but politically-savvy advisers.
  • He should clear his plate, so that he has thinking time, no need to hold on to so many portfolios and be bogged down by details.
  • He must have the big picture but details are worked out by others. I think also, that there are many policies that are not well explained and the PR (public relations) has been disastrous, but there is still time to do it right. He has the experience and intelligence to make things right.
  •  

Petanda baru konflik air Selangor hampir selesai

     
  1. Minggu depan, kerajaan Selangor akan bentangkan maklumat berkaitan penyelesaian menyeluruh penstrukturan industri air di bawah Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).
  2. Butiran itu akan didedahkan kepada umum berdasarkan perjumpaan MB Selangor dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
  3. Dalam pertemuan itu mereka berdua membincangkan butiran terperinci bagaimana kerajaan persekutuan mengguna pakai Seksyen 114 WSIA 2006 dan seterusnya membolehkan kerajaan negeri ‘campur tangan’ dalam syarikat- syarikat konsesi air di Selangor. Mereka juga telah meneliti perjanjian utama yang melibatkan  pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
  4. MB Selangor sebelum itu berkata penguatkuasaan WSIA akan mengurangkan kos mengambil alih aset empat syarikat konsesi air sebanyak RM2 bilion kepada RM7.65 bilion. Empat syarikat konsesi itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
  5. Pada 26 Februari lepas, kerajaan Selangor dan Persekutuan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri ini yang telah berlanjutan sejak 2008.
  6. Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa 26 Februari lepas dan memastikan semua kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani.
  7. Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
  8. Dalam pada itu, MB Selangor mengesahkan pihaknya menerima surat daripada KeTTHA berkenaan pembayaran dana tambahan RM2 bilion daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri serta penerangan terma dan syarat penggunaan dana itu.
  9. Orang ramai mungkin berpuashati dengan usaha itu bagi menamatkan kemelut air di Selangor yang dikatakan semakin meruncing sejak beberapa tahun lalu. Namun bagi syarikat konsesi air yang mengendalikan loji-loji rawatan di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, apakah terma dan syarat mereka bakal dipenuhi?
  10. Apakah pembentangan minggu depan bakal mendebarkan mereka atau biasa-biasa saja kerana mereka sudah menjangkakan kerajaan Selangor tidak akan berganjak dari harga tawaran sebelum ini. Kini syarikat konsesi air sedang menunggu kebijaksanaan kerajaan Persekutuan menyelesaikan kemelut ini dalam tempoh terdekat.
  11. Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah mengeluarkan tawaran akhir untuk membeli empat syarikat konsesi air negeri itu pada jumlah RM9.65 bilion dalam satu surat tawaran yang dihantar kepada pengendali syarikat berkenaan.
  12. Pada masa yang sama kerajaan Selangor akan membayar pulangan 12 peratus kepada keempat-empat syarikat pengendali air yang dikira sehingga 31 Disember 2012, tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu.
  13. Tawaran itu juga menyatakan bahawa kerajaan Selangor melalui KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan.
  14. MB Selangor bagaimanapun sedar syarikat pengendali terbabit tidak selesa dengan tawaran itu sambil mengesyorkan mereka membawa perkara itu ke timbangtara antarabangsa jika mahu menuntut jumlah wang yang lebih banyak lagi.
  15. Seperti yang diduga, tiga syarikat konsesi air, Syabas, Puncak Niaga dan Splash menolak tawaran itu manakala ABASS menerima tawaran berkenaan. Puncak Niaga, mengulangi syarat-syaratnya termasuk pulangan terkompaun ekuiti sebanyak 15% setahun diambil sebagai pampasan kepada PNSB untuk kerugian pendapatan pada masa akan datang.
  16. Puncak Niaga juga menunggu bayaran yang belum dijelaskan Syabas kepada PNSB untuk dijelaskan kepada syarikat induk kerana jumlah itu bagi perkhidmatan itu telah pun diberikan.
  17. Di pihak Gamuda pula, syarikat itu mempunyai 40% kepentingan dalam Splash. Gamuda menjelaskan bahawa tawaran itu adalah lebih rendah daripada nilai aset bersih (NAB) dan “tidak munasabah untuk diterima oleh syarikat itu”.
  18. Tawaran bersih itu adalah RM250.6 juta untuk Splash berbanding NAB Splash sehingga RM2.54 bilion setakat 31 Disember 2013 yang akan memberikan kerugian penjualan besar RM920 juta kepada syarikat. Tawaran RM250.6 juta itu adalah di bawah 10% daripada NAB Splash. Oleh itu, tawaran berkenaan tidak munasabah untuk diterima oleh syarikat itu.
  19. Sementara itu, penganalisis kewangan berharap penstrukturan semula air di Selangor boleh diselesaikan pada kaedah “willing buy, willing sell” kerana ia merupakan pendekatan komersial yang praktikal dalam menyelesaikan masalah pengambilalihan.
  20. Kaedah terbaik ialah, kerajaan Persekutuan perlu menambah lagi suntikan sejumlah dana tertentu selepas syarikat konsesi terbabit menjelaskan mereka tidak dapat menerima RM9.65bil tawaran pengambilalihan oleh Selangor kerana ia adalah terlalu rendah.
  21. Bagi kerajaan Selangor, walaupun ada rizab kerajaan negeri yang agak besar, namun pada masa yang sama ia masih menanggung hutang kepada Syabas dengan jumlah berbilion ringgit juga kerana tunggakan bayaran air percuma yang belum dijelaskan.
  22. Ini bererti kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu membayar lebih daripada apa yang sudah ditawarkan kepada syarikat pengendali air yang sedia ada. Jika mampu sekalipun, kerajaan terpaksa bersikap `kedekut' kerana itulah sikap itulah yang paling kukuh bagi pemimpin untuk terus disenangi rakyat. 
  23. Penggunaan undang-undang WASIA untuk memaksa syarikat konsesi air menjual aset mereka dikhuatiri akan mengusir pelabur dari ketiga-tiga negeri terbabit. Mana-mana pengambilalihan secara paksa akan memberi implikasi terhadap pemegang kontrak konsesi.
  24. Selepas kebuntuan selama lima tahun yang mana enam tawaran ditolak, jika maklumat yang dibentangkan oleh kerajaan Selangor pada minggu depan masih tidak memuaskan, berkemungkinan Puncak Niaga Holdings Bhd dan Gamuda Bhd akan menyelesaikannya di peringkat timbang tara antarabangsa.

Wednesday, 19 March 2014

#MH370: Kenyataan penuh DS Hishammuddin -18 Mac 2014

  1. Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, di Sepang, Selangor, hari ini:
  2. Kenyataan pengenalan. Semalam, saya nyatakan bahawa operasi mencari MH370 telah memasuki fasa baharu, yang turut membawa cabaran-cabaran baharu dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.
  3. Hari ini, saya akan memberikan anda perkembangan terkini mengenai aspek logistik dan diplomatik dalam operasi mencari itu. Operasi mencari dan menyelamat telah memasuki dimensi baharu peringkat antarabangsa.
  4. Pencarian masih diselaraskan oleh Malaysia, tetapi rakan-rakan kami telah memainkan peranan penting dalam menguruskan dan menjalankan operasi, dalam kawasan mereka sendiri dan juga di sektor yang telah dipersetujui bagi operasi mencari. Rakan sejawat saya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memberikan kenyataan lebih terperinci mengenai usaha diplomatik kami pada masa ini.
  5. Dari segi logistik, dalam tempoh 24 jam lepas kami telah bekerja keras dengan negara-negara lain untuk menjuruskan pencarian di koridor-koridor. Kami memfokuskan kepada empat tugas: mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit, analisis data daripada pengawasan radar, menambah aset udara dan permukaan, dan menambah jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.
  6. Mengenai pengawasan satelit, saya tidak boleh dedahkan siapa memiliki keupayaan satelit, tetapi saya dapat sahkan bahawa kami telah menghubungi setiap negara relevan yang mempunyai akses kepada data satelit.
  7. Mengenai analisis data radar, di koridor selatan, Australia dan Indonesia telah bersetuju untuk mengetuai di bahagian masing-masing dalam pencarian di koridor. Di koridor utara, China dan Kazakhstan telah bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.
  8. Mengenai aset udara dan permukaan, saya telah berhubung dengan hampir kesemua pemimpin Asean bagi meminta bantuan selanjutnya, termasuk aset dilengkapi keupayaan pengesanan dan pengawasan di laut dalam. Kami juga meminta rakan antarabangsa yang telah membantu kami untuk meneliti semua data pada radar primer mereka.
  9. Perkembangan terkini operasi. Di koridor utara, kami telah membahagikan kawasan pencarian kepada tujuh kuadran. Setiap daripada tujuh kuadran itu adalah 400 batu nautika darab 400 batu nautikal – atau 160,000 batu nautika persegi secara keseluruhannya.
  10. Kami juga membahagikan koridor selatan kepada tujuh kuadran. Sama seperti di utara, setiap kuadran meliputi kawasan 160,000 batu nautika persegi. Keseluruhan kawasan pencarian kini adalah 2.24 juta batu nautika persegi. Ini adalah kawasan pencarian yang amat luas. Dan ia sesuatu yang Malaysia tidak mampu lakukan secara bersendirian. Saya dengan ini amat berbesar hati bahawa terdapat begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan terhadap operasi mencari dan menyelamat ini.
  11. Dari segi penghantaran aset-aset spesifik. Hari ini, Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar dua lagi kapal ke koridor selatan. Penghantaran ini termasuk sebuah helikopter Super Lynx, yang boleh beroperasi daripada mana-mana dua kapal itu. Ini menjadikan jumlah kapal Malaysia dihantar ke koridor selatan kepada empat buah, dengan dua helikopter Super Lynx.
  12. Hari ini Malaysia turut menghantar dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia dalam pencarian di koridor selatan. Negara-negara lain turut menyumbang dengan aset-aset berikut:  Amerika Syarikat menghantar sebuah P-8 Poseidon, dan akan menghantar sebuah pesawat P-3 Orion.
  13. Australia, sepertimana saya sebut semalam, telah menghantar tiga P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. New Zealand menghantar sebuah P-3 Orion untuk membantu usaha pencarian oleh Australia. Republik Korea menjanjikan sebuah P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. Jepun, menjanjikan dua P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream. UAE menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8.
  14. Aset dari Korea, Jepun, dan UAE kini berada di Malaysia dan sedang menunggu arahan daripada kerajaan masing-masing. Selain menghantar aset-asetnya ke koridor utara, China juga membuat perjanjian dengan Australia untuk menghantar sebuah pesawat ke koridor selatan.
  15. ACARS (Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat). Saya ingin menjelaskan mengenai apa telah diperkatakan mengenai ACARS dan turutan kejadian sebelum pesawat berpatah balik.
  16. Pada Sabtu, kami menyatakan bahawa  – dan saya petik: “Berdasarkan maklumat baharu daripada satelit, kami boleh katakan dengan kepastian tahap tinggi bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan sejurus sebelum pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia.
  17. "Tidak lama selepas itu, dekat sempadan antara kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan.” Dapatan ini dirumuskan secara bersama dengan wakil-wakil pasukan penyiasat utama antarabangsa, berdasarkan maklumat diperoleh pada waktu itu.
  18. Semalam, Malaysia Airlines menjelaskan bahawa kami tidak dapat tentukan secara tepat bila ACARS dimatikan, hanya bahawa ia berlaku dalam tempoh waktu spesifik: dari 01:07 – anggaran ketika pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia, dan transmisi terakhir ACARS berlaku – hingga 01:37, iaitu masa pelaporan seterusnya dijadualkan. Ini sebenarnya yang berlaku.
  19. Ini tidak mengubah kepercayaan kami, seperti dinyatakan, bahawa sehingga ke titik ia keluar daripada liputan radar primer tentera, pergerakan pesawat itu adalah konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu. Ini menjadi tumpuan pasukan penyiasat.
  20. Adalah juga penting untuk ditegaskan bahawa masa tepat ACARS dimatikan tidak memberikan tekanan kepada operasi mencari dan menyelamat. Kami tahu bahawa kedudukan terakhir pesawat seperti disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa adalah sama ada di koridor utara atau selatan, yang menjadi fokus usaha mencari dan menyelamat. Keutamaan kami ialah mencari pesawat itu.
  21. Siasatan Polis. Saya sedar ramai mengikuti dengan dekat dan mahu mengetahui perkembangan siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap penumpang dan anak kapal MH370. Saya harap anda faham bahawa saya tidak boleh mengulas mengenai butiran siasatan itu, yang masih berjalan.
  22. Saya juga ingin menyatakan bahawa usaha mencari MH370 adalah lebih penting daripada politik. Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan kita dan bersatu dalam waktu sukar ini tatkala kami menumpukan usaha untuk mencari pesawat itu dan 239 orang di dalamnya.
  23. Kenyataan penutup. Operasi mencari MH370 terus menjadi keutamaan kami. Kami akan terus memberikan anda perkembangan terkini operasi ini, termasuk maklumat mengenai aset-aset digunakan, sebaik sahaja maklumat itu diperoleh. Beberapa hari lepas kami telah menghubungi rakan-rakan kami di kawasan yang menjadi tumpuan operasi mencari.
  24. Kerjasama yang kami terima dalam fasa pertama diteruskan dalam fasa baharu ini. Malah, lebih banyak komitmen diberikan kepada kami dalam operasi rumit dan besar ini, melibatkan pelbagai negara. Pada masa sama, doa kami terus bersama-sama anggota keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat.- Bernama

#MH370 may be in Somalia or Mongolia

  1. It’s quite funny when a so-called RMAF staff who involved in the search for missing flight MH370 have told a Chinese web portal Tencent' about the plane whereabouts.
  2. As far as any military policy is concerned, nobody will pass or share information to “strangers” outside military compound. They have sworn on that. But when the Chinese web portal wrote that a RMAF official have said different thing about MH370, question arise whether the portal received info from whom? Malaysia Chinese? China Chinese? American Chinese? Or the web has been paid to create speculation based on a poison pen letter?
  3. Whatever the intention is, the portal has openly speculated that a RMAF staff gave a view of the flight situation, differ from info provided by the Malaysian government.
  4. He claimed that the RMAF knowingly and continuously tracked the plane on radar for more than an hour after communication with ground control was severed in the early hours of March 8.
  5. RMAF knew very well the plane they were tracking on radar was flight MH370 and followed it as it climbed above the Boeing 777's approved altitude of 45,000ft and took a sharp turn to the west before descending unevenly to 23,000ft on the approach to the island of Penang.
  6. The plane then climbed back to 35,000ft and headed northwest towards the Indian Ocean, with the final reading showing it above the tiny island of Pulau Perak in the Strait of Malacca at around 2.40am.Though they had known this all along, Malaysian authorities did not reveal this crucial information until March 15, a week after the plane's disappearance, the official claimed.
  7. It also meant that Malaysia knew from the beginning that the plane — if it had crashed — was likely in the Strait of Malacca region on the west side of the country as opposed to the South China Sea on the east side, where dozens of ships and aircraft from other countries searched fruitlessly for days.
  8. The first public announcement made by Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya on Saturday morning was that the plane had remained in contact until 2:40am, but the timing was subsequently changed to 1:20am, just as communications was being handed over from Malaysian air traffic controllers to their counterparts in Vietnam.
  9. It has since been revealed that the plane's transponder was "deliberately" switched off at 1:21am and that it had completely vanished off Malaysian civilian radar screens at roughly 1:30am. But if the official's claims are to be believed, then Malaysian authorities knew exactly where the plane was and what it was doing for another 70 minutes.
  10. The official's revelations about Malaysia's knowledge about the flight's true last point of contact are also consistent with why Datuk Azharuddin Abdul Rahman, director-general of the Malaysia's Department of Civil Aviation, said "there are some things that I can tell you and some things that I can't" when explaining why the search was being expanded to the Strait of Malacca on March 11. In fact, the official said, Malaysia had been secretly searching that region all along.
  11. Meanwhile, the number of countries involved in the search, as it enters its ninth day, has expanded from 14 to 25 and will take in large tracts of land crossing 11 countries as well as deep and remote areas of ocean. The new focus comes after the Malaysian prime minister, Najib Razak, declared Saturday that satellite "pings" received nearly seven hours after takeoff placed flight MH370 in two possible flight corridors: one between Thailand and Kazakhstan, and another between Indonesia and the southern Indian Ocean.
  12. Another Malaysian air force official told Tencent that flight MH370 could have flown west as far as Somalia or north past Thailand and Myanmar to the southern part of Mongolia. The chosen flight path would have been close to the borders of several countries, where radar detection is relatively weak, the official added.
  13. Whoever among the 239 people on board that hijacked MH370 must have been very familiar with the geography near Malaysia as well the capabilities of both civilian and military radar, the official said, adding that it is common knowledge in the aviation industry that both Somalia and southern Mongolia are places that do not require government permission to perform a landing. Somalia is effectively in a state of anarchy due to civil war, while Mongolia has several secret airports providing safe landing strips for smugglers, the official added.