- Media luar negara masih belum lagi mahu berhenti menyebar spekulasi mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Terbaru mereka menyiarkan laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU).
- Laporan itu menyebut Tentera Laut Amerika Syarikat “merampas dan mengalihkan" MH370 ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Diego Garcia, Lautan Hindi MH370 (juga dikenali MH748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik saja menerima maklumat terdapat kargo “mencurigakan”.
- Kargo itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles. Sebelum itu, risikan mendapati kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
- GRU mendakwa kargo itu dipindahkan dari MV Maersk Alabama ke MH370 dalam tempoh 24 jam oleh dua Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan".
- Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
- Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
- Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)
- Sebelum memasuki Zon “The People Liberation Army” (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
- Ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.
- Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia? Laporan itumenyebut ia dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.
- Meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21
- Apa yang membingungkan, dari analisis GRU media pro Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
- Kesimpulan penting dari laporan GRU, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" MH370 kerana mereka pernah melakukannya sebelum ini iaitu selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.
- (EU and US all rights reserved. Permission to use this report in its entirety is granted under the condition it is linked back to its original source at WhatDoesItMean.Com. Freebase content licensed under CC-BY and GFDL.)
Wednesday, 26 March 2014
Kremlin dakwa USA rampas MH370
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment