Thursday, 29 November 2012

GWGF membawa misi keamanan di FELDA



Tan Sri Rozali Ismail membawa misi kemanan di FELDA melalui Askar Wataniah
  • Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merancang menjadikan kesemua 317 buah penempatan Felda di seluruh negara sebagai Kompeni Askar Wataniah.
  • Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata, sehingga kini Selangor, Johor, Terengganu, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Melaka telah berjaya menubuhkan Kompeni Askar Wataniah masing-masing.
  • Beliau yang juga merupakan Brig Jen (Kehormat) Askar Wataniah (Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja) berkata ia adalah selari dengan dasar Pertahanan Negara iaitu tanggungjawab semua lapisan masyarakat perlu diintegrasikan secara bersepadu.
  • Menurutnya, keanggotaan Kompeni Askar Wataniah di seluruh Felda kini melebihi 3,000 anggota termasuk wanita.
  • Penyertaan masyarakat peneroka Felda dalam Askar Wataniah dijangka dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai nisbah satu anggota tetap bagi dua anggota sukarela menjelang 2020.
  • Dengan jumlah 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara, hasrat itu mampu dicapai yang sekaligus dilihat dapat membantu kerajaan memupuk semangat patriotisme di kalangan warga peneroka.
  • "Penubuhan Kompeni Askar Wataniah di seluruh negeri yang ada tanah rancangan Felda ini perlu diteruskan agar kita dapat melatih Askar Wataniah bersama anggota tentera tetap.
  • "Apabila mereka telah dilatih ia pastinya akan memantapkan lagi pertahanan negara kita dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang," katanya semasa berucap melancarkan Kompeni Askar Wataniah Wilayah Melaka, baru-baru ini.
  • Tan Sri Rozali berkata tanggungjawab mempertahan negara bukanlah hanya terletak pada pasukan keselamatan semata-mata, bahkan semua rakyat.
  • "Penyertaan masyarakat Felda dalam Askar Wataniah akan menambah bilangan benteng pertahanan negara, dan mereka juga dapat mempertahankan Felda dari ancaman pihak-pihak tertentu yang iri hati dengan kejayaan msyarakat Felda," katanya.








1 comment:

  1. Tahniah Tan Sri Rozali kerana gigih membawa anak peneroka bergiat aktif dalam Rejimen Askar Wataniah. Sungguh tak disangka apabila bilangan anak peneroka yang akan mendaftar masuk rejimen berkenaan baru-baru ini meningkta sehingga mencecah tiga ribu ahli. kalau macam ni, saya pun nak masuklah!

    ReplyDelete