- Ustaz Azhar Idrus (UAI) memang terkenal dengan jenakanya dalam loghat Terengganu. Kemana saja beliau berceramah, pasti tidak kering gusi. Namun dalam berceramah soal dunia dan akhirat, UAI juga sesekali memberi nasihat kepada beberapa pemimpin negara.
- Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dinasihati UAI dalam nada jenaka tetapi perlu diberi perhatian serius. Antara jenaka ceramahnya ialah dengan meminta Najib membangunkan negara seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahthir iaitu dengan membina sesuatu yang baru untuk rakyat.
- Katanya, Dr Mahathir pada ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak berjasa pada negara walaupun ramaiorang kata dia `jahat sikit'. Dr Mahathir telah membina Petronas, Putrajaya, lapangan terbang baru, kereta Proton, kilang besi dan bermacam-macam lagi.
- UAI berjenaka lagi dengan mengatakan Perdana Menteri hari ini (Najib) hanya cipta simbol `jari telunjuk' saja untuk mentadbir negara. Najib dinasihatkan supaya mencontohoi pembangunan yang dilakukan oleh Dr Mahathir, barulah rakyat Malaysia akan sentiasa menghormatinya.
- Ceramah video UAI itu ternyata satu sindiran dalam bentuk jenaka atau lebih popular dipanggil `sacarstic jokes' namun Perdana Menteri perlu mengambil kira nasihat itu dengan serius iaitu berusaha membangunkan negara dengan lebih agressif.
- Agresif bukan bermakna menubuhkan 1MDB untuk melabur di luar negara dan hasilnya entah bila dibawa masuk dan daedahnya untuk siapa. Di mana peluang kerja atau peluang niaga yang 1MDB berikan kepada rakyat Malaysia.
- Memang benar 1MDB mirip kepada konsep pelaburan Temasik Holdings yang dilakukan oleh kerajaan Singapura pada zaman Lee Kuan Yew dan anaknya. Malah mungkin ia `copy cat' dari negeri jiran kerana pengendali projek 1MDB juga adalah bangsa bukan Melayu yang teruja dengan kejayaan `bapa angkat' dari Singapura yang baru saja `mati tua' baru-baru ini.
- Rakyat pun sudah menyampah nak bercerita soal 1MDB yang tak berkesudahan dan Najib sememangnya disahkan gagal menasihati projek ini, tak kiralah berapa ruginya kerana angka kerugian hanya akan lebih memaskan hati masyarakat.
- Kini negara dilanda badai GST. Kartel perniagaan yang dikuasai bangsa Cina memang menunggu saat seperti ini untuk mengenakan beban kepada pengguna walaupun perundangan menghalangnya.
- Bila bebanan `mencanak', rakyat akan menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST dengan pelbagai janji manis iaitu harga barangan dan perkhidmatan pasti turun. Apabila keadaan sebaliknya berlaku, kerajaan berkata berilah tempoh dalam tiga hingga enam bulan lagi untuk keadaan kembali stabil.
- Secara lojik kalau diberikan tiga tahun pun, keadaan akan kekal kerana harga yang sudah dinaikkan tidak akan diturunkan walaupun dengan paksaan. Ini semuanya memang komplot peniaga Cina untuk menjahanamkan pentarbiran kerajaan yang ada sekarang.
- Lalu Najib menyerahkan kepada menteri seperti Ahmad Maslan untuk menyejukkan hati rakyat dengan pelbagai janji manis, manakala rakannya menteri KPDNKK pula tidak pernah menyerang peniaga-peniaga Cina yang menaikkan harga sesuka hati.
- Paling jauh pun,pengguna dinasihatkan menggunakan kuasa untuk tidak membeli di kedai yang menjual harga mahal. KPDNKK dan mana-mana menteri (kecuali Menteri Pertanian), tidak pernah meminta orang ramai memboikot peniaga Cina yang berkomplot itu kerana takut diklasifikasikan rasis.
- Ketakutan itu menjadikan peniaga Cina di Malaysia bermaharajalela, manakala Perdana Menteri tidak langsung mahu menegur peniaga berniat jahat yang menghuru harakan situasi harga barangan dan perkhidmatan.
- Di mana Najib ketika rakyat sedang kepayahan berenang di lautan GST. Yang muncul hanya KPDNKK kerana itu bidang kerjanya. Sebab itulah manusia seperti Ustaz Azhar Idrus terpaksa menyindir Perdana Menteri kerana sikap lembap menjadikan rakyat semakin benci.
Sunday, 12 April 2015
UAI nasihat Najib bina negara bukan pakai jari telunjuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment