- Maklumat terkini yang diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin telah menjadi mangsa pertama dalam kemelut kepimpinan Umno masakini.
- Difahamkan Mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang lewat semalam telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tradisi melantik Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN untuk mengetuai kempen pilihanraya kecil.
- Sebaliknya amanah Presiden Umno itu kini dianugerahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi (untuk kempen BN bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh ) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (bagi PRK kawasan Parlimen Rompin).
- Tidak pasti jika Muhyiddin yang kini berada di Jakarta untuk lawatan kerja telah dimaklumkan terlebih dahulu ataupun beliau sendiri telak menolak tanggungjawab tersebut.
- Kenapa Muhyiddin memilih untuk ke Jakarta dan tidak menghadiri mesyuarat penting Biro Pengurusan Umno di Kuala Lumpur?
- Walau apa pun, perkembangan yang agak mengejutkan ini pasti akan menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya akan hubungan diantara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan beliau.
- Satu lagi perkembangan yang akan mengeruhkan lagi keadaan serta menimbulkan pelbagai spekulasi ialah ura-ura akan tindakan menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
- Jika maklumat di-atas adalah benar serta sahih, apa maknanya? Apakah Najib sudah tidak lagi mempercayai Muhyiddin atau mungkinkah Muhyiddin sudah tidak yakin dengan Najib?
- Apakah sudah bermula langkah drastik untuk memperkukuhkan kedudukan Najib dengan menyingkirkan Muhyiddin yang hangat diperkatakan sebagai individu paling layak menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bila Najib terpaksa berundur?
- Sementara menunggu pengesahan/penafian atau pengumuman rasmi akan perkara yang disebut di-atas, marilah kita sama-sama mendengar serta mengambil iktibar dari nasihat ikhlas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
- Kata orang nasihat ini masih panas dan berhubungkait dengan kemelut kepimpinan dalam Umno. Saya tidak pasti, biarlah para pembaca sekalian yang membuat kesimpulan masing-masing.
- Untuk makluman, Umno Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu di Seremban. – Blog Apanama
Sunday, 12 April 2015
Operasi Umno singkir Muhyiddin Yassin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment