- Apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah murka mengenai penggunaan slogan "Kita Lawan" oleh kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016, PKR Selangor memberi alasan `kebudak-budakan’ untuk melindung keputusan salah yang dibuatnya sebelum ini.
- Untuk mengelak daripada menanggung malu diejek rakyat, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR) mendakwa pihaknya belum memuktamadkan slogan itu. Ia juga bukan cadangan kerajaan tetapi cadangan dari beberapa pertubuhan dan persatuan.
- “Ini bukan keputusan Kerajaan Negeri. Ia cadangan pertubuhan dan persatuan sukan, belum muktamad tetapi media menggembar-gemburkannya. Exco Amirudin (Shari) akan berbincang dengan persatuan sukan selaras dengan titah Sultan Selangor,” katanya.
- Peliknya, exco Selangor, Amirudin Shari sebelum ini telah mengumumkan penggunaan slogan #Kita Lawan untuk atlet negeri yang akan beraksi pada sukan di Sarawak yang dijadualkan Julai tahun depan.
- Ekoran pengumuman bersifat `malicious' (berniat jahat) itu, Adun BN telah membangkitkan isu slogan itu dalam sidang DUN yang lepas. Bantahan itu berasas kerana "Kita Lawan" merupakan slogan kempen politik PKR yang bertujuan membebaskan banduan peliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
- Oleh kerana Adun BN sudah menjangkakan bantahan itu tidak mendapat perhatian daripada kerajaan Selangor, maka aduan dikatakan telah disampaikan kepada Sultan Selangor sehingga memaksa baginda membuat titiah murka.
- Penyudahnya Sultan Selangor murka dan `membelasah' Azmin di khalayak ramai. Baginda bertitah slogan "Kita Lawan" itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik. "Justeru, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.
- "Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014.
- Azmin dan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang turut hadir pada majlis itu tersipu-sipu apabila mendengar titah Sultan Sharafuddin.
- Dalam titah baginda, Sultan Selangor mengingatkan agar semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan baginda menyeru badan-badan sukan, atlet dan penyokong supaya mengetepikan fahaman politik serta tidak membawanya masuk ke dalam pentadbiran sukan.
- "Beta sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan sukan di Selangor. Beta masih ingat pada era 60-an sehingga 80-an, sukan menjadikan Selangor sebuah negeri yang terkenal serta dihormati dan ini hasil usaha bersungguh-sungguh pemimpin serta atlet Selangor dan komitmen mereka yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan bagi negeri ini yang mereka wakili," titah baginda.
- Sultan Sharafuddin turut menegur kegagalan kontinjen Selangor yang hanya menduduki tempat keempat pada SUKMA lepas serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia sejak beberapa musim lepas.
- Baginda bertitah kerajaan Selangor telah banyak menyediakan kemudahan sukan di setiap daerah, justeru atlet serta pasukan yang mewakili Selangor sepatutnya menjadi juara pada setiap kejohanan.
- "Mengapa perkara tersebut tidak berlaku (kejayaan), oleh itu pengurus pasukan, pegawai serta atlet perlu membuat 'post-mortem' bagi mencari punca kejatuhan ini.
- "Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini, beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab serta persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan kegagalan dan kemunduran sukan di negeri ini," titah baginda.
- Sultan Selangor turut menegur pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan yang banyak menimbulkan masalah serius disebabkan kurang mempunyai perancangan jangka panjang serta tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.
- Titah baginda, jika keadaan itu berterusan, ia akan melemahkan semangat atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.
- "Oleh itu, beta berharap pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberi sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan di negeri ini dikekalkan.
- "Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki serta cuba menjatuhkan antara satu sama lain," titah baginda.
Saturday, 11 April 2015
Azmin `kelentong' Sultan Selangor isu slogan #Kita Lawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment