Saturday, 11 April 2015

Bukan Islam terima Hudud, DAP memang mengada-ngada


  1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran keras kepada DAP jangan jadi parti anti-Islam. Ini kerana golongan kafir di Malaysia dan luar negara memberi maklum balas positif berkaitan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
  2. Menurutnya, pihaknya menerima respons sangat positif daripada orang bukan Islam tentang hudud dan menemubualnya sama ada dari dalam atau luar negara. Malah Hadi turut diundang memberi ceramah khusus di Universiti Nanyang, Singapura hujung bulan ini.
  3. Semua itu, katanya, menunjukkan respons daripada pihak yang bukan Islam secara ilmu dan bukannya secara hentam keromo.
  4. Maka, sebab itulah DAP diingatkan supaya tidak membuat kenyataan sehingga mengheret kepada anggapan bahawa dia adalah anti-Islam dan nak bermusuh dengan orang Islam.
  5. Namun DAP peduli apa dengan semua amaran itu. Selagi ada PKR dan PasMa disisinya, DAP akan menghentam semua yang tidak disukai. Mereka semakin sombong kerana mempunyai kekuatan ekonomi yang disokong oleh bilionair seperti Robert Kwok dan rakan-rakan. Malah DAP semakin yakin kerana mereka sudah menguasai Pulau Pinang dan Selangor yang cukup kaya.
  6. Pas merupakan `cacing tanah’ yang mudah diumpan dengan wang ringgit. Jika Hadi mahu berkerat rotan, DAP tak kisah kerana meraka ada PasMa dan Erdogan dalam AJK Pas Pusat untuk menawan Pas secara keseluruhan.
  7. DAP juga sudah lama `membeli’ PKR. Kit Siang, Guan Eng, Tony Phua dan konco-konco sentiasa memantau dan mengikat Anwar Ibrahim anak beranak, Azmin Ali, Rafizi Ramli dan lain-lain pemimpin Melayu dalam PKR.
  8. Lalu DAP memasang perangkap untuk menundukkan Pas. Serangan demi serangan dilakukan agar Hadi dan golongan ulama tewas kepada Erdogan dan PasMa.
  9. Namun kutukan DAP yang keterlaluan itu juga tidak disenangi masyarkat kafir. Akhbar Nanyang Siang Pau 7 April 2015 menyiarkan artikel menegur DAP.
  10. Ruangan Pendapat akhbar itu menyatakan DAP perlu bersikap terbuka serta tidak mencampuri urusan ‘rumah tangga’ Pas selaku parti rakan dalam PR.
  11. Keputusan berkaitan hudud telah dipersetujui kepimpinan tertinggi Pas, malah Hadi dan bebeapa pemimpin Pas bertegas bahawa Pas mampu berjuang bersendirian tanpa DAP dan PKR dalam hal itu.
  12. Malah, hudud yang dibentangkan dalam sidang DUN Kelantan berkaitan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir juga telah diluluskan. Tidak ada apa yang DAP boleh lakukan kecuali ‘merestui’ keputusan Pas itu.
  13. Jika hudud diluluskan Dewan Rakyat, ini bermakna tugas itu telah diserahkan kepada UMNO dan Perdana Menteri, dan jika enakmen itu ‘terkandas’ berikutan bantahan rakyat, maka Abdul Hadi akan dikritik orang ramai.
  14. Dalam konteks ini Hadi dan golongan ulama sedang berdepan dengan puak Erdogan yang ramai di dalam parti itu. Justeru pelaksanaan hukum hudud disifatkan ‘talian hayat’ kepada beliau untuk terus dilihat sebagai seorang pemimpin tertinggi parti yang menguasai Pas.
  15. Jika benar Pas telah berazam mahu melaksanakan hukum hudud, sudah pasti mereka telah mengkaji kesan-kesannya selepas itu. Mungkin Pas perlu berbaik semula dengan UMNO untuk bersama-sama memperkukuhkan kedudukan dan kuasa orang Melayu dan terus memperjuangkan agama Islam.
  16. Biarpun Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak akan bergabung dengan Umno dalam apa jua situasi, majlis itu memikirkan bagaimanakah Hudud mahu dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan Umno.
  17. Ahli Parlimen Melayu PKR dan DAP sudah `berbaiah’ untuk tidak menyokong hudud dalam apa jua situasi, manakala kerabat PasMa dan Erdogan mungkin buat U-Turn dalam Dewan Parlimen.
  18. Lalu apakah opsyen yang Pas ada. Tak perlulah bersifat keanak-anakan untuk bertanya kepada Umno mengapa sokong hudud hari ini, mengapa tidak sokong 20 tahun dahulu atau 10 tahun atau 3 tahun dahulu.
  19. Persepsi mengatakan Umno nak bersatu dengan Pas pada masa ini kerana terdesak dan akan kalah dalam PRU14 juga patut dihentikan kerana ia adalah perasaan negatif yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
  20. Jika sekalipun Umno tewas PRU14, apakah kemenangan pakatan akan membolehkan Pas melaksana hudud di bumi Kelantan? Impian itu tidak akan terlaksana biarpun terpaksa menunggu 1,000 tahun. Sebaliknya besar kemungkinan Pas akan ditutup kerana dicap sebagai pengganas agama. Ini bukan provokasi tetapi merupakan `unspoken truth’ dari jentera DAP sendiri (rujuk kenyataan Razali Abdul Rahman – bekas DAP Pulau Pinang)
  21. Lalu apakah opsyen Pas yang ada sekarang ini. Jangan terlalu berharap semua Melayu dalam Umno, PKR dan DAP akan sudi `sujud’ kepada Pas pada masa hadapan. Kemungkinan itu terlalu tipis untuk berlaku.
  22. Maka gunakan kemungkinan yang lebih realistik iaitu bersatu, bersatu dan bersatu dengan parti Melayu terbesar yang ada sekarang ini kerana masing-masing wajib menunaikan solat lima waktu sehari dan mengadap kiblat yang sama.


No comments:

Post a Comment