- Pejabat Perdana Menteri (PMO) digesa segera menyaman Malaysian Insider dan penerajunya Jahabar Sadiq kerana memfitnah Majlis Raja-Raja Melayu dengan tuduhan paling serius dalam sejarah.
- Portal pembangkang itu telah dengan sengaja mendakwa Raja-Raja Melayu telah menolak pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi perlaksanaan perundangan hudud di Kelantan.
- Sehubungan itu SKMM pula perlu segera menarik balik lesen portal pembangkang itu sebagai pengajaran agar semua sidang editorialnya mempraktikkan etika kewartawanan, bukannya menabur fitnah.
- Tindakan keras perlu dikenakan terhadap portal penipu itu kerana ia membabitkan maruah dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
- Buat pertama kalinya Majlis Raja-Raja Melayu menyampaikan titah murka bagi menafikan tuduhan liar itu.
- Majlis Raja Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja Raja hari ini menafikan kenyataan Malaysian Insider yang menulis yang membawa maksud Majlis Raja Raja menolak Pindaan Perlembagaan bagi pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (ii) Kelantan (Pindaan 2015).
- Kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja memaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja Raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Raja Melayu.
- “Artikel yang membawa maksud Majlis Raja Raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu” menurut kenyataan tersebut.
- “Majlis Raja Raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis”.
- Penyimpan Mohor Besar Raja Raja juga memaklumkan bahawa intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015 adalah saperti berikut –
- (i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).
- (ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.
- (iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.
- (iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
- (v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.
- “Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja Raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan,” titah Majlis Raja-Raja Melayu.
- Ternyata perbuatan Malaysian Insider sudah keterlaluan. Demokrasi apakah yang dibawanya sehingga sanggup menderhaka.
- Kalaupun dalam bidang kewartawanan mempunyai kebebasan namun ia disalahguna dengan menulis apa saja yang dapat memuaskan emosi puak yang menaja dan menyokong penerbitan mereka.
- Sudah sampai masanya kerajaan perlu bertegas terhadap media sebegini. Kebebasan media tidak sepatutnya diberkan sepenuhnya kerana pengamal media tertentu seperti Malaysian Insider akan menulis tanpa ada rasa tanggung jawab.
- Kepada semua warga editorial Malaysian Insider yang merangkak-rangkak membaca tulisan bahasa Melayu, bacalah teguran di bawah khusus kepada Jahabar Sadiq yang `buta hati' dan buta bahasa Melayu.
- When the government give freedom to people many of whom are not very responsible, they don’t use that freedom responsibly. They exploit it and couldn't care less about correcting their wrongs even when asked to.
- It is a fact that freedom comes with responsibility. Singapore knew that even their people don’t appreciate that point much. So, they license the so-called news portals.
- Until and unless Dato Seri Najib does that to such “blogs” in this country – most of whom are on the Opposition stable – they will continue to ride rough shots time and again. Shoot like cowboys, below the belt and so on. Twist, spin and slant. Even plain inaccurate reporting to give bad impressions on the government.
- Therefore Najib should tackle wisely to these kinds of nonsense by what have been referred to as news scrotals and start to license them like Singapore does.
Wednesday, 25 March 2015
Saman dan tarik balik lesen Malaysian Insider
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment