- Beberapa bulan lalu sebuah syarikat gergasi dari tanah besar China telah membeli hartanah di Johor Baru dan mengiklankannya di media.
- R&F Properties mahu membina bangunan ikonik pencakar langit bernilai billion ringgit. Syarikat itu memang hebat kerana telah memecah rekod jualan hartanah dengan pungutan RM21.1 bilion sewaktu upacara perasmian Hotel R&F Ritz-Carlton, Chengou pada tahun 2013.
- Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1994, ia telah diiktiraf sebagai pemaju tersohor di China, dengan menyiapkan 6 siri projek ikonik, lebih 14 hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa, termasuk Ritz-Carlton, Grand Hyatt dan Marriott, dan 26 menara pejabat ikonik di Tianjin dan Guangdong – yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di China.
- Bagi pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, khususnya di Danga Bay, Johor Bahru, aktiviti penjualan hartanah oleh pelbagai pihak (pemilik hartanah tempatan) kepada pelabur asing didapati berleluasa. Antara hartanah yang telah dijual itu adalah 116 ekar tanah di Danga Bay yang telah dijual kepada syarikat R&F Properties ini dengan harga RM4.5 billion.
- Dalam iklan 19 Jun lalu, ada dinyatakan bahawa di atas tanah seluas 116 ekar yang telah dibeli oleh R&F Properties inilah nanti satu “mercu tanda global” akan dibangunkan, dan bakal dinamakan “R&F Tanjung Puteri”.
- Akibatnya, Tanjung Puteri yang berasaskan citarasa anak Johor akan luput dari pandangan kerana ia “ditransformasi” menjadi Tanjung Puteri mengikut selera syarikat gergasi dari China.
- Walaupun ada syarikat pelabur dari Cina yang lain yang datang ke sini dan membeli hartanah di Johor sebelum ini, misalnya Country Garden Holdings Co (dari Foshan, selatan Cina), Agile Property Holdings Ltd, dan Greenland Group, syarikat R&F Properties merupakan pembeli hartanah yang paling bernilai sekali, dan lokasi yang paling prestij sekali.
- Mengikut pakar hartanah tempatan, ada tiga lokasi di Iskandar Malaysia yang menjadi tumpuan pelabur asing, iaitu Vantage Bay, Danga Bay and Medini. Lokasi pertama (Vantage Bay) sedang dibangunkan oleh pelabur dari Singapura, manakala lokasi kedua (Danga Bay) menjadi tumpuan utama pelabur dari negara Cina, seperti yang disebutkan di atas tadi. Lokasi ketiga (Medini) menjadi tumpuan pelabur Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, juga dari negara Cina.
- Mengikut Datuk Syed Mohamed Ibrahim, CEO Iskandar Investment Bhd, penglibatan Qingdao merupakan pelaburan hartanah besar-besaran pertama di Medini oleh sebuah syarikat asing, bernilai RM2.5 bilion.
- Country Garden, yang merupakan syarikat hartanah ke-7 terbesar di China, memuktamadkan pelaburannya di Danga Bay pada tahun lalu bila syarikat itu membelanjakan lebih RM800 juta membeli 28 hektar tanah di lokasi itu dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH). Pelaburan ini dianggar akan membuahkan hasil bernilai RM18 bilion.
- Greenland Group dari Shanghai juga menumpukan perhatiannya ke Danga Bay, setelah berjaya membeli 13.96 ekar tanah dari IWH dengan harta RM600 juta. Pelaburan ini dianggar akan membuahkan pulangan bernilai RM2.2 bilion. Ini merupakan pelabuaran pertama bagi syarikat hartanah China itu di negara ini.
- IWH merupakan pemaju utama (master developer) kawasan tepian seluas 1,620 hektar di sebelah timur dan barat Tambak Johor, dengan Danga Bay terletak dalam Flagship Zone A Iskandar Malaysia. Flagship Zone A terdiri satu kawasan kewangan yang baru, satu kawasan perniagaan, bandaraya tepian pantai Danga Bay, pembangunan bercampur di Tebrau Plentong and Tambak Johor.
- Mengikut sebuah portal, www.forbes.com, IWH dimiliki bersama oleh seorang jutawan tempatan Lim Kang Hoo (60% ekuiti), selebihnya (40%) oleh Kumpulan Praserana Rakyat Johor (KPRJ). Mengikut portal yang sama Lim miliki 4,000 ekar dalam wilayah Iskandar.
- Andainya hartanah di Johor Baru terus menerus dijual dengan begitu mudah sekali kepada pelabur asing, akhirnya nanti bila anak cucu kita tanya “Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”. – Prof Salleh Buang.
Wednesday, 3 December 2014
Bumi Melayu Johor ditelan China
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment