Di mana silap Melayu
- UMNO telah selesai bersidang. Semua sudah pulang ke lubuk
masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.
- Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada
pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas,
mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan
sudah berputik.
- Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan
saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi
diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?
- Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang
dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.
- Katanya. UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan
masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu
masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.
- Beliau bertanya: Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini,
Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan
Islam berada di bawah ancaman?
- Beliau berkata faktanya ialah:
- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Melayu.
- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia
adalah Melayu.
- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.
- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.
- Majoriti Menteri Persekutuan adalah Melayu dan
Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.
- Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50 peratus
adalah Melayu.
- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari
bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.
- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada
Melayu.
- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk
orang Melayu.
- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang
Melayu.
- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.
- Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya
sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia
satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain
sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu
“bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk
terus hidup di bumi bertuah ini.
- Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji
sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu? – Zaini Hassan
No comments:
Post a Comment