Sunday, 26 July 2015

Padahnya berbai'ah mentalakkan isteri



  • SEJAK kebelakangan ini isu sumpah bai’ah yang mentalakkan isteri kembali menjadi buah mulut di kalangan umat Islam di Malaysia.
  • Ramai yang menyokong dan ramai juga mencemuh. Kalangan cendikiawan dan professional Islam saling berbalas fakta dan fitnah mengenai bai’ah. Pelbagai hadis diketengah dan tidak kurang juga menggunakan hukum logik sebagai  sandaran hujah.
  • Lebih menyedihkan lagi apabila kalangan mufti juga turut bertelagah pandangan dan fatwa. Ada yang mengatakan bai’ah Pas mentalakkan isteri sebagai sah dan ada pula yang mengatakan tidak sah.
  • Lalu umat Islam yang mengikuti siatuasi itu semakin terkeliru dan dikelirukan dengan pelbagai hujah yang semakin berbelit dan mengelirukan.
  • Di laman sosial, fitnah semakin berganda viralnya. Semua hujah para ilmuan Islam ditokok tambah dengan fitnah sehingga ada yang tidak segan-segan berusaha memesongkan akidah sesame umat Islam semata-mata mahu menjadi juara `spin’ dalam isu bai’ah mentalakkan isteri dengan talak tiga.
  • Lalu isu bai’ah menjadi bahan bualan yang semakin berbelit dan berselirat. Lihatlah bagaimana para ilmuan Islam berbicara mengenainya.
Pandangan Mufti Perlis
  • Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedih dengan tindakan Pas menjadikan sumpah talak isteri sebagai cagaran sekali gus tidak mengharmonikan masyarakat dan mampu meruntuhkan rumah tangga.
  • Katanya, politik begitu berada di tahap negatif apabila agama dijadikan alat menguatkan parti. Beliau juga bersetuju bahawa bai’ah mentalakkan isteri itu tidak sah.
  • "Seperti pendapat Ibnu Taimiyah menyatakan jika seseorang menyebut sesuatu akibat contoh 'jika saya ambil duit awak lagi, maka awak tertalak' kerana tujuannya tidak mahu hidup dengan isteri, oleh itu talaknya berlaku.
  • “Tetapi jika dia tidak bermaksud talak dan sekadar mahu takutkan diri dia sahaja supaya tidak melakukan perkara itu maka Ibnu Taimiyah berpendapat talak tidak terjadi dan individu itu perlu  membayar kifarah sumpah itu dengan berpuasa tiga hari serta bertaubat,” katanya.
  • Mohd Asri menjelaskan sumpah bai’ah dilafazkan ahli Pas dengan tertalaknya isteri dengan talak tiga jika keluar parti atau melompat ke parti lain tidak wajar berlaku kerana mempertaruhkan isteri demi kepentingan politik.
Pandangan Mufti Pulau Pinang
  • Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat Pas sama sekali tidak sah.
  • "Janganlah memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talak semata-mata untuk mencapai kepentingan diri atau kumpulan sendiri, sedangkan talak atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah.
  • “Talak tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh si suami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.
  • "Saya nasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa selama tiga hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.
  • "Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar," ujarnya.
Pandangan bekas Timbalan Presiden Pas
  • Mohamad Sabu menyatakan pendiriannya sama dengan  Mufti Pulau Pinang berhubung isu bai'ah. Beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung isu itu tempoh hari.
  • “Isu ini saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang tempoh hari. Apa yang dikeluarkan mufti (negeri), itulah yang saya pegang,” katanya.
  • Pandangan Pas Terengganu
  • Pas Terengganu hanya melafazkan bai’ah atau sumpah taat setia terhadap perjuangan parti tanpa sebarang penambahan lafaz taklik talak tiga sebagaimana yang dikatakan berlaku di negeri lain.
  • Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang juga Adun Paka berkata, bai’ah dilakukan oleh semua calon Pas Terengganu sama ada menang atau kalah pada pilihan raya lalu.
  • “Kita berbai’ah di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pelantikan calon di Rusila, Marang. Semua berbai'ah sama ada menang atau tidak, tapi kita tak ada tambahan lafaz cerai talak tiga seperti negeri lain.
  • “Bai’ah yang kita lafaz antaranya tak boleh khianat, tak boleh lari daripada perjuangan sama ada menang atau kalah,” katanya ketika mengulas isu bai’ah dalam Pas yang dikatakan mengandungi lafaz taklik talak tiga jika mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat meninggalkan parti.
  • Satiful berkata, pihaknya tidak mengetahui alasan negeri lain seperti Kelantan dan Selangor menambah lafaz taklik tersebut namun bersetuju dengan pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Mohamad bahawa talak dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar sah dan hakiki serta tidak boleh dielakkan sekalipun dengan kafarah atau bayar denda sumpah.
Pandangan Mursidul Am Pas
  • Datuk Dr Haron Din berkata wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.
  • Ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
  • "Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.
  • "Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran baiah," katanya.
Pandangan  Timbalan Mursyidul Am Pas
  • Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
  • Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
Pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan
  • Datuk Daud Muhammad berkata mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
  • Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki. Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.
  • Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.
  • Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah. Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.
Pandangan Majlis Syura Pas
  • Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai’ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.
  • Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai’ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
  • “Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.
  • “….Mereka berbai’ah  janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai’ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai’ah ini ).
  • "Dia kena ingat, dia berbai’ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman,” katanya.
  • Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.
  • Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
  • “Hasil kewangan yang mereka peroleh daripada tiket Pas adalah haram bagi dia, dan ahli Pas tidak akan reda sama sekali dia makan walau lima sen daripada harta yang dia peroleh dari atas nama Pas,” katanya.
Pandangan penganalisa politik
  • Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sudah tiba masanya mufti menetapkan satu garis panduan berkaitan bai’ah supaya tidak mencampur aduk politik dengan peribadi.
  • “Saya tidak nafikan dalam Islam ada menyatakan tentang sumpah setia tetapi mengenai bai’ah talak tiga yang mencagarkan keluarga sebagai syarat, saya tidak pernah dengar,” katanya.
  • Jelasnya, kedudukan organisasi keluarga lebih tinggi jika dibandingkan dengan parti politik. “Parti politik bukan sebuah organisasi yang suci dan terhindar daripada dosa. Perkahwinan itu diibaratkan sebagai membina sebuah masjid dan ia sepatutnya dipelihara.
  • "Perceraian adalah yang dibenarkan dalam Islam tetapi dibenci oleh ALLAH, ia tidak wajar dimasukkan dalam kesetiaan politik” katanya.
  • Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai bai’ah talak tiga kerana ia seolah-olah mencagarkan masa hadapan institusi keluarga.
Pandangan pakar perundangan
  • Dekan Pembangunan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohammad Fuad Othman berkata, bai’ah yang diguna pakai Pas merupakan mekanisme mengelakkan wakil rakyatnya lompat parti.
  • “Saya pasti setiap wakil rakyat yang melafazkan bai’ah merelakan hati mereka dan ikhlas untuk setia dengan parti.
  • “Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang adalah syarat-syarat dalam bai’ah itu sendiri terlalu berat untuk diterima,” katanya.
  • Tegasnya, Pas perlu adil terhadap wakil rakyat dan ahlinya bebas bersuara serta berpolitik. “Bila meletakkan syarat yang berat had kepada wakil rakyat, bermakna mereka dalam keadaan tidak bebas.
  • “Begitu juga dengan pendekatan kesederhanaan dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Di mana kita letakkan hak kebebasan?" soalnya.

Sunday, 5 July 2015

Negara Melayu dilanda fitnah maya


  1. Berhati-hatilah kita semua dengan fitnah alam maya yang sedang dilakukan terhadap kepimpinan negara.
  2. Setiap hari ada saja pelbagai cerita yang dijaja tentan pemimpin dan parti UMNO yang bertujuan untuk membentuk persepsi buruk di kalangan rakyat terutama sekali anak muda yang majoriti pembaca dan pelayar alam maya.
  3. Pecah dan perintah itulah strategi yang sedang dibuat oleh pembangkang dan mereka disokong oleh grup, blog dan macam-macam lagi.
  4. Kalau tiada apa-apa niat dan tujuan, buat apa Wall Steet Journal dan Sarawak Report buat tuduhan yang tidak berbukti.
  5. Sudah tentu ada pihak yang mempunyai kepentingan dan untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam negara kita hanya pembangkang sajalah yang memang mahu melihat kerajaan BN tumbang.
  6. Kita sekarang dikerah mempercayai bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah pecah seperti apa yang berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif sebelum ini tetapi hakikatnya PR belum pecah. Yang berpecahhanyalah orang Melayu.
  7. Kini sebuah lagi pertubuhan politik Melayu akan muncul iaitu PASMA hasil strategi pecah dan perintah DAP terhadap PAS.
  8. DAP khuatir yang orang Melayu PAS dan UMNO akan bersatu dan kalau itu terjadi maka musnah dan kempunanlah bangsa Cina untuk memerintah negara.
  9. Strategi yang sama digunakan oleh DAP dan kumpulan yang menyokong mereka untuk memecah belahkan Melayu dalam UMNO dengan membuat fitnah alam maya agar kita mula berbelah bagi dan mencurigai kepimpinan kita.
  10. Mereka percaya jika setiap hari fitnah disogokkan ke kepala orang Melayu, pasti satu hari nanti akan terciptalah pelbagai persepsi di kalangan ahli UMNO dan tidak mustahil apa yang berlaku terhadap PAS akan berlaku terhadap UMNO.
  11. UMNO sudah ada sejarah berpecah sebelum ini apabila terbentuknya Semangat 46. Dan kalau itu berlaku lagi, Melayu dalam UMNO akan berpecah dan mereka yang berada di kalangan `atas pagar’ akan lari dari menyokong.
  12. Jika ini berlaku maka akan terjadi `tsunami politik’ negara yang terbesar dalam sejarah negara menjelang PRU14 nanti.
  13. Ia akan merupakan satu sejarah hitam kepada politik orang Melayu kerana kita akan kehilangan kuasa politik dan tak mungkin dapat berkuasa semula,.
  14. Ini semua disebabkan kita silap buat percaturan dan gagal membaca strategi politik halus yang sedang `dijarumkan’ oleh puak pembangkang.
  15. Sekarang ini Melayu ada di dalam parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan PASMA. Jika strategi pembangkang `mengena’ maka akan berpecah lagi Melayu di kalangan ahli UMNO dan bertambahlah parti Melayu.
  16. Untuk itu kita perlu segera dewasa dan mematangkan diri dalam politik sebab bangsa Melayu akan hilang di dunia sebab kita tak bersatu dalam membentuk `saf’ yang kuat untuk mendepani cabaran politik alaf baru.
  17. Kita perlu jadi macam orang Cina, walaupun mereka mempunyai beberapa parti politik dan berbeza ideologi politik seperti DAP, MCA dan Gerakan, tetapi itu tidak menghalang mereka bersatu apabila ada perkara-pekara yang menyentuh dan melibatkan kepentingan bangsa dan agama mereka.
  18. Sejarah telah membuktikannya. Mereka bangsa yang jauh lebih lama bertamadun dari kita tetapi itu bukan satu halangan untuk kita mengekalkan kuasa politik Melayu.
  19. Kita mesti bersatu demi Agama dan Bangsa. Setiap individu Melayu perlu memainkan peranan untuk menerangkan perkara ini kepada orang kita.
  20. Kita mulakan dengan keluarga kita, kawan-kawan dan seterusnya terhadap masyarakat Melayu. Kita perlu terangkan apa akibatnya kau kita jatuhkah parti dan kita tak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak tarian yang sedang didendangkan oleh pembangkang.
  21. Jangan bila kita susah sedikit maka terfikirlah kita utk menjatuhkan parti tetapi fikirlah yang lebih jauh lagi iaitu bangsa Melayu akan hilang segala-galanya kalau kita jatuhkan parti kita.
  22. Jatuhkan pemimpin boleh tetapi biarlah ikut peraturannya serta berhemah. Kita perlu ada sikap yang lebih patriotik serta bangga terhadap bangsa sendiri.
  23. Belajarlah daripada sejarah sebab bangsa yang gagal mengambil iktibar daripada sejarah, dikhuatiri akan mengulangi sejarah itu sendiri. Dan bangsa Melayu punya sejarah malang sebelum ini. – Oleh Naim Ahmat


Tuesday, 30 June 2015

Jawapan kepada tuduhan Kumpulan 501


Baru-baru ini puak pembangkang menggunakan jenama 501 telah menyebarkan 10 tuduhan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan tujuan agar rakyat semakin membenci Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.

Perbuatan itu dilancarkan sebagai salah satu senjata merendahkan moral kerajaan lantas rakyat akan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Dalam konteks ini Gabungan Rakyat Prihatin (GRP) telah melihat bahawa 10 pertuduhan itu sebenarnya tidak berasas sambil menyediakan jawapan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.


Tuduhan 1: Pasaran menghadapi kacau bilau GST. Kebanyakan barangan telah naik harga ataupun saiz makanan semakin kecil. Mana janji "harga barang turun"?

Jawapan : Kerajaan telah berjanji harga turun dan ia telah di kotakan. Apabila SST dihapuskan, kebanyakan harga barangan telah diturunkan. Kos dari pihak Kerajaan telah diturunkan supaya faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat.

Tapi Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka, bukan sistem ekonomi komunis. Keenganan peniaga menurunkan harga adalah di luar kuasa undang-undang sedia ada untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bagi barangan bukan tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga, kerajaan tidak boleh memaksa peniaga menurunkan harga melainkan satu akta baru diluluskan dalam Parlimen. Malangnya BN tidak lagi menguasai 2/3 kuasa undi yang diperlukan untuk memperkenalkan akta baru.


Tuduhan 2: Peniaga terpaksa beli software GST dan upah kerani tambahan untuk kendali operasi GST. Walaupun kebanyakan barangan asas adalah kadar sifar GST tetapi kebanyakan ramuan lain dikenakan GST. Ini telah menyebabkan kos naik dan harga barang juga naik.

Jawapan: Kerajaan memberi subsidi kepada peniaga untuk meningkatkan taraf kemudahan dan membeli software GST sebanyak RM1,500. Tiada isu mengatakan peniaga terpaksa menanggung kos pembelian software GST.

Sekiranya selama ini peniaga telah mematuhi arahan kerajaan mengenai penyimpanan akaun, mereka hanya perlu upgrade kepada akaun sedia ada untuk memenuhi GST compliance. Malah jumlah subsidi yang diberikan melebihi kos untuk meningkatkan taraf akaun sedia ada.

Kerajaan telahpun menghapuskan SST dan harga pasaran adalah tertakluk kepada kuasa penawaran dan pembelian. Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli barangan yang diklasifikasikan sebagai sifar GST dan telah dinaikkan harga jualan mereka. Ini akan memberi tekanan kepada para peniaga untuk menurunkan kembali harga mereka.


Tuduhan 3: Lagi panjang senarai pengecualian GST,lagi jelas membuktikan Malaysia tidak sesuai laksanakan GST. Ini kerana kebanyakan gaji rakyat hanya mencukupi untuk isi perut dan tiada wang tambahan untuk bayar cukai.

Jawapan: Ini sama sekali tidak benar. Ambil contoh negara Australia yang telah memperkenalkan GST 14 tahun yang lepas. Ketika memperkenalkan GST, gaji mingguan pekerja am rakyat Australia hanya sekitar AUD $350 - $500.

Dengan kejayaan cukai GST yang diperkenalkan, gaji mingguan pekerja am rakyat Australia kini tidak kurang dari AUD $1,000. Penyelarasan kesimbangan antara pendapat dan  perbelajaan akibat GST diperkenalkan tidak boleh dirasai dalam sekelip mata tetapi memerlukan sedikit jangkamasa.

Sistem percukaian GST amat bertepatan dengan matlamat Kerajaan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dimana dijangkakan pendapatan purata rakyat Malaysia sekitar RM4,000 - RM5,000 sebulan.


Tuduhan 4: Sama ada anda gaji RM10,000 ataupun RM1,000 semua rakyat Malaysia menggunakan kuantiti barangan dan perkhidmatan asas yang sama. Tapi bagi golongan berpendapatan rendah, pembayaran tambahan GST RM100 beri tamparan hebat kerana mereka tidak dikenakan cukai sebelum ini. Dengan hanya 75% pekerja Malaysia yang bergaji bulanan RM2000 ke bawah (sumber KWSP), RM100 amat bermakna untuk mereka.

Jawapan: Kenyataan mengatakan golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Malah hakikat sebenarnya mereka membayar cukai SST dalam setiap barangan yang dibeli oleh mereka sebelum ini.

Di bawah sistem SST para peniaga tidak perlu menunjukkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Oleh kerana itu ada di kalangan peniaga menggelak daripada membayar cukai SST tersebut kepada kerajaan walaupun ia tetap dikenakan kepada pembeli.

Kerajaan mengalami kerugian pendapatan cukai sementara rakyat mengalami kerugian dari segi pembangunan yang dapat dilaksanakan dengan cukai yang dilarikan.

Sistem pencukaian GST memerlukan para peniaga mempamerkan jumlah cukai yang dikenakan kepada pembeli dan kerana itu ianya kelihatan seolah-olah satu cukai baru. Sistem percukaian GST dapat menghindar para peniaga dari melarikan diri dari membayar cukai dan cukai yang diperolehi dapat dinikmati oleh rakyat dalam bentuk program program pembangunan negara.


Tuduhan 5: GST dikenakan untuk isi kepincangan pentadbiran kerajaan dan rasuah. Tiap-tiap tahun Laporan Ketua Audit Negara membongkarkan banyak agensi kerajaan berbelanja sewenang-wenangnya. Terbaru, 1MDB pula berhutang RM42 billion. Malaysia telah alami kerugian wang haram sebanyak RM173.8 billion pada tahun 2011 dimana ia 8 kali ganda daripada jangkaan pendapatan RM23.2 billion. Kerajaan seharusnya fokus banteras rasuah, bukannya cukai duit rakyat.

Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah rasuah yang melanda negara dan sedang berusaha menghapuskan rasuah. GST ialah salah satu komponen yang diperkenalkan untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan wang kerajaan.

Sistem GST menghendaki setiap transaksi direkodkan dan jumlah cukai GST yang dibayar harus seimbang dengan jumlah pembelian. Sebarang ketidakseimbangan akan menunjukkan ketirisan dan penyalahgunaan wang kerajaan. Sistem GST juga boleh diperluaskan untuk merangkumi perbelanjaan rakyat dan semua perbelanjaan akan diseimbangkan dengan pendapatan individu yang di isytiharkan kepada LHDN.

Sebarang transaksi yang menunjukkan perbelanjaan serta simpanan melebehi pendapatan akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dan perlu disiasat sumber pendapatan tambahan yang digunakan dalam perbelanjaan.

Pemberi rasuah juga tidak dapat melarikan diri kerana akaun mereka juga akan menunjukkan ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaan. Sebarang pendapatan dari rasuah tidak dapat disorokkan dan kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi dan menerima rasuah.

Pengaliran keluar wang haram juga dapat dibanteraskan apabila semua transaksi yang di hantar kepada kerajaan perlu seimbang bukan sahaja dengan akaun syarikat dan persendirian tetapi juga dengan akaun pemborong, peniaga dan lain lain.


Tuduhan 6: Tak berjimat masa harga minyak naik, harga turun baru nak cari duit. Minyak naik, harga petrol naik, minyak turun kenakan GST. Rakyat yang menderita.

Jawapan: Tidak benar sama sekali. Kerajaan telah mula mempertimbangkan penggunaan sistem percukaian GST semenjak 1992. Jangka waktu pengenalan GST adalah secara kebetulan bertembung dengan jangka waktu harga minyak turun. Penurunan harga minyak tidak sama sekali ada kena mengena dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian GST.


Tuduhan 7: Dalam jawapan yang diberikan di Parlimen, 7 juta orang menerima BR1M bermakna 60% isi rumah mendapat gaji kurang daripada RM4000. Perahan GST dan kenaikan barang bebankan golongan bawah. Daripada fokus mengedar BR1M, mengapa tidak kurangkan ketirisan, rasuah dan pembaziran serta memperbaiki ekonomi dan meningkatkan pendapatan semua.

Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan berusaha mengatasi semua masalah tersebut. Sistem percukaian GST ini adalah jawapan terhadap semua permasalahan yang dinyatakan. Sistem percukaian GST yang lebih lengkap dan menyeluruh dapat mengatasi semua masalah tersebut jika diberi masa untuk sistem ini berfungsi sepenuhnya.


Tuduhan 8: Kekurangan pembayaran cukai berpunca dari gaji rendah dan ekonomi teruk, maka kebanyakan tidak capai tahap pembayaran cukai pendapatan. GST memaksa golongan miskin dan penganggur seperti pelajar, pesara dan kanak-kanak membayar cukai. rakyat jadi mangsa apabila kerajaan berhasrat untuk menghalang pelarian cukai.

Jawapan: Kerajaan telah mengenal pasti permasalahan rakyat dari segi pendapatan. Berdasarkan kepada sejarah beberapa negara yang telah melaksanakan GST, kadar pendapatan purata rakyat semakin meningkat kerana pungutan cukai yang lebih efisyen membolehkan kerajaan melabur dan melaksanakan program yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi serta mewujudkan peluang peluang perniagaan serta pekerjaan. Bagi barangan asas yang di perlukan oleh golongan berpendapatan rendah, miskin dan kanak-kanak, banyak dari barangan ini tidak dikenakan cukai GST.


Tuduhan 9: GST memaksa golongan yang tidak mampu untuk membayar cukai. Selepas pelaksanaan GST, pelanggan berkurang. Kekurangan bisnes bermaksud kemelesetan ekonomi dan pengganguran meningkat, Kos dan tekanan hidup semakin tinggi menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Jawapan: GST tidak memaksa golongan tidak mampu membayar cukai tambahan kerana sebelum ini pengguna sememangnya membayar cukai SST yang disorokkan dalam harga jualan. Malah GST membenarkan peniaga untuk mengurangkan harga jualan kerana GST hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding dengan SST yang mengenakan cukai sebanyak 10%.

Kekurangan bisnes merupakan satu petanda baik dan rakyat harus bersabar dengan situasi ini. Kekurangan bisnes ini akan memaksa peniaga menurunkan kembali harga barangan mereka ke satu tahap yang munasabah.

Di negara maju di mana Persatuan Pengguna aktif, para peniaga sentiasa tertekan dengan program yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna sehingga peniaga terpaksa menurunkan harga barangan dan perkhidmatan ke paras yang munasabah.


Tuduhan 10: Ulang sekali lagi. Golongan berpendapatan rendah memang tidak mampu membayar cukai pendapatan. Pengurangan kadar cukai pendapatan langsung tidak beri kesan kepada 90% rakyat kecuali 10% yang bayar cukai pendapatan. Lagipun, pembayaran BR1M berpunca dari GST dimana golongan berpendapatan rendah tidak dapat tingkatkan pendapatan. Golongan tersebut sama ada mengurangkan perbelanjaan ataupun bekerja sambilan. Tetapi kedua-dua pilihan tidak memanfaatkan dan menyusahan rakyat.

Jawapan: Mengikut perangkaan yang dikeluarkan, hanya 40% daripada penduduk Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah, manakala hanya 1.7% dikategorikan sebagai golongan miskin. Tuduhan mengatakan 90% dari rakyat tidak membayar cukai sama sekali tidak benar.


Di samping itu, GST akan membolehkan kerajaan mendapatkan pendapatan yang munasabah untuk terus membangunkan negara dan membuka peluang peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia di samping membantu golongan miskin.

Saturday, 27 June 2015

Akibat marah Palanivel masuk DAP?


  1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib akhirnya membuat pengumuman bahawa beliau akur dengan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melucutkan keahlian Datuk Seri G. Palanivel daripada parti MIC.
  2. Pengumuman itu pastinya amat mengecewakan veteran MIC itu dan pengikut tegar MIC, lalu beliau dikatakan mahu membawa seberapa ramai ahli parti masyarakat India Malaysia agar menyertai DAP dalam tempoh terdekat.
  3. Palanivel dikatakan membuat kenyataan ringkas dalam Facebook yang mengatakan telah berbincang dengan Prof Dr Ramasamy dari DAP dan parti itu bersetuju menerima presiden MIC yang tersingkir itu dan pengikutnya.
  4. Sambil itu Palanivel dikatakan telah memberi tempoh 24 jam kepada ROS untuk menarik balik keputusan sebelum beliau menyertai DAP.
  5. Penulis menerima kenyataan pendek Palanivel itu daripada seorang sahabat yang merupakan seorang pengamal undang-undang. Katanya beliau kutip daripada laman Facebook presiden MIC yang tersingkir.
  6. Jika benar Palanivel membuat kenyataan dangkal sebegitu, beliau perlulah berfikir secara lebih rasional. MIC bukanlah miliknya, ia milik masyarakat India yang bermastautin di Malaysia sejak merdeka.
  7. Jika perundangan ROS menetapkan keahliannya dilucutkan, beliau perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana Perdana Menteri sudah menjawab pertanyaannya secara terbuka juga.
  8. Perdana Menteri berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau tidak mempunyai pilihan selain perlu akur kepada keputusan ROS kerana perkara tersebut telah melalui proses mahkamah.
  9. Najib telah melihat surat ROS berhubung ketetapan yang dibuat terhadap parti MIC. Keputusan yang dibuat telah disahkan Mahkamah Tinggi.
  10. “Saya tidak ada pilihan melainkan menerima pilihan yang ditafsirkan oleh ROS,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
  11. MIC bergolak apabila ROS mengumumkan Palanivel bukan lagi ahli parti itu berdasarkan Perkara 91 Perlembagaan MIC.
  12. Menurut surat ROS, Palanivel hilang keahlian secara persendirian (Ipso Facto) berdasarkan perkara tersebut yang menyatakan hal berkaitan parti tidak boleh dirujuk ke mahkamah tanpa persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti.
  13. Dalam pada itu, ROS juga mengarahkan CWC 2009 MIC menjalankan pemilihan semula parti bermula Julai hingga Oktober ini.

Wednesday, 24 June 2015

Justo jual maklumat kepada pembangkang


  1. GAGASAN pembangkang Malaysia akan dilondehkan sedikit masa lagi kerana bersekongkol dengan ejen antarabangsa yang membeli pelbagai maklumat sulit PetroSaudi dan 1MDB bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
  2. Silap gaya media pembangkang seperti Sarawak Report akan diheret ke mahkamah kerana bertindak sebagai pembeli atau mewakili pembeli maklumat dan menokok tambah sebelum disiarkan dengan tujuan menghasut rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan.
  3. Terbaru bekas pegawai PetroSaudi Xavier Andre Justo yang telah membocorkan maklumat 1MDB akhirnya ditangkap di Thailand.
  4. Bahagian Pencegahan Jenayah Thailand menahan warga Switzerland itu susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.
  5. Polis telah menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah peras ugut.
  6. Dua tahun lalu Justo telah dipecat daripada PetroSaudi dan dikatakan memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).
  7. Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi. 
  8. Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
  9. Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.
  10. Kini terbukti isu yang dibawa oleh Sarawak Report sebenarnya berdasarkan e-mel dan dokumen yang sudah ditokok tambah.
  11. Penangkapan Justo di Thailand bakal mendedahkan penipuan maklumat oleh Sarawak Report hasil kerjasama beberapa NGO antarabangsa dan gagasan pembangkang Malaysia.
  12. Pembangkang Malaysia sudah hilang kepercayaan sejak Justo ditangkap. Maklumat spin dan fitnah Sarawak Report terus tenggelam.
  13. Ironinya, semua kroni portal pembangkang tidak mahu melaporkan maklumat penagkapan Justo kepada umum padahal media-media lain melaporkan lengkap tentang perkara ini.
  14. Sementara itu PetroSaudi berasa lega kerana Justo akan dihadapkan ke mahkamah dan pihak syarikat itu juga kesal 1MDB menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia.
  15. Akhirnya bukti sudah ada dan PetroSaudi meminta maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukan salah seorang bekas pekerjanya sehingga menyebabkan masalah kepada Malaysia.
  16. Diharapkan agar tindakan undang-undang disegerakan oleh PetroSaudi International kerana isu 1MDB ini telah menimbulkan banyak putar belit dan tuduhan yang digunakan untuk memburuk-burukkan pihak yang dikaitkan dengannya.
  17. Kita tunggu dan lihat kesudahan berita penangkapan Justo ini dan helah spin portal pembangkang yang sebelum ini menjaja fitnah dengan merujuk kepada sumber berita tipu dari Sarawak Report.
  18. Biarlah siasatan PAC dan Bank Negara Malaysia diselesaikan bagi mendapatkan gambaran jelas sebelum menunding jari kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Yang penting, isu 1MDB selesai secara `facts and figures’.


Saturday, 20 June 2015

DAP semakin dekat menakluk Malaysia


  1. LIM KIT SIANG mahu semua rakyat Malaysia membaca bukunya Time Bombs in Malaysia kerana di situlah terletak tapak semaian membenci kerajaan.
  2. Dalam buku itu, semua pembangunan yang kerajaan buat adalah salah, korup dan tidak cekap. Terkini Kit Siang mendakwa sebanyak 10 TIME BOMBS akan berlaku di Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Melayu.
  3. Dalam bahasa lain, dia menuduh kerajaan pimpinan Melayu bodoh. Sampai hari ini DAP masih menanam dan menyemai kepercayaan itu, sehinggakan ramai di kalangan anak Melayu (dari peringkat belia hingga ke usia warga emas) sudah mencemuh dan tidak menghormati kepemimpinan Melayu.
  4. Sesungguhnya DAP sangat licik dan penuh dengan muslihat. Gerak-geri mereka pada masa sekarang ini jauh berbeza dengan taktik semasa mereka tiada kuasa politik. Kini mereka cukup strategik.
  5. Penasihat mereka juga hebat. Bukan sahaja dari dalam negara, malah mereka menggunakan penasihat dari luar negara termasuk Amerika Syarikat.
  6. Kelihatannya DAP berkeyakinan untuk menakluk Malaysia. Beberapa negara asing yang baik dengan DAP juga mahu melihat kerajaan Melayu sekarang ini segera ditumbangkan.
  7. Sedar atau tidak, ketika orang Melayu sedang sengketa sesama sendiri, warga DAP sedang cergas bergerak ke sana sini untuk menabur fitnah dan menghasut semua pihat supaya terus membenci kerajaan Melayu.
  8. Sehinggakan ke Mesir pun mereka (DAP) pergi membawa ideologi Malaysian Malaysia (konsep sama rata) sambil mempersoal mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di negara itu. Mengapa tiada bangsa Cina dan India dihantar belajar perubatan di situ?
  9. Mengapa DAP tiba-tiba ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan Malaysia di Kaherah.
  10. Dengan yakin DAP juga ke bumi Kelantan untuk memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!
  11. Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itu sebenarnya agenda utama DAP.
  12. PASma, merupakan serpihan PAS yang dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya PASma? Semua sudah tahu, malahan Kit Siang sendiri mengesahkan bahawa semua wakil DAP dalam PASma sudah ditendang keluar dari barisan kepimpinan PAS.
  13. Hakikatnya dalam politik Malaysia dari dahulu hingga sekarang hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan PAS. Jika DAP tidak boleh pecahkan UMNO, maka DAP mesti pecahkan Melayu dan Islam dalam PAS.
  14. Sebab itu DAP marah kerana semua wakil mereka dalam PAS sudah gulung tikar. Mat Sabu dan rakan-rakan telah gagal menjalankan misi utama dalam PAS.
  15. Namun misi ejen DAP ini ialah terus menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakan supaya menghasut ahli PAS sedia ada supaya membenci Presiden PAS dan golongan ulama.
  16. Soal runtuhnya institusi Pakatan Rakyat, individu yang bersungguh-sungguh mengisytihar pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.
  17. Terus terang bahawa barisan pemimpin tertinggi pembangkang sekarang ini sedang melancarkan satu strategi perang yang paling mengelirukan umat Melayu.
  18. Umat Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak sedar apa yang sedang berlaku sekarang kerana ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan berbeza.
  19. DAP kata PR sudah bubar, PAS kata belum, PKR pula kata jangan libatkan mereka dalam sengketa itu. UMNO cuba cari peluang tapi disekat oleh PAS sendiri.  
  20. Tentera semut DAP pula sedang sibuk bekerja. Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan selamba berkata “kami susah mahu kalahkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.
  21. DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara sebenarnya tidak tidur. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!
  22. Operasi perang saraf mereka (pembangkang) cukup halus, cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU14. Malaysia mesti ditawan.
  23. Semasa UMNO dan kerajaan Persekutuan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan pelbagai isu termasuk 1MDB (yang paling hangat), DAP dan kroni sedang mengatur langkah.
  24. Isu ke mana perginya wang berbilion ringgit dalam Selangor Incorporation telah dilupakan sama sekali.
  25. Rafizi, Tony Pua diberi peranan menggegar kerajaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.
  26. Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati, jangan terlalu seronok sangat kerana muslihat mereka semakin hari semakin profesional. Tentera semut dan semua jeneral pembangkang sedang bekerja 24 jam termasuk dari dalam penjara!


Thursday, 18 June 2015

Johor tidak boleh keluar Malaysia?


  1. Rakyat semakin gelisah dengan `perang mulut’ di antara kerabat istana Johor dengan Kerajaan Persekutuan sehingga timbul kenyataan `menggerunkan’ bahawa kerajaan negeri Johor boleh bertindak keluar dari Malaysia.
  2. Lantas pakar perlembagaan muncul untuk memberitahu umum bahawa kandungan perjanjian bersama Persekutuan Tanah Melayu yang menyentuh isu hak mutlak Kerajaan Johor yang memungkinkan negeri itu keluar dari Malaysia dianggap terbatal selepas negara mencapai kemerdekaan.
  3. Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perjanjian itu dan banyak lagi dokumen termasuk pada zaman negara dijajah British dikira terbatal dengan sendiri selepas 31 Ogos 1957.
  4. "Benda ini semua sudah tutup buku, Kuasa Raja-raja Melayu sudah dimasukkan di dalam Perlembagaan.
  5. "Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.
  6. "Namun untuk isu Johor keluar Malaysia rasanya tidak timbul lagi. Jika boleh, ia pasti memakan masa dan proses yang amat panjang," kata Dr Ramlah.
  7. Dr Ramlah mengulas catatan di akaun Instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  8. Catatan itu turut menyebut bahawa Johor telah bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
  9. "Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia," jelas tulisan itu.
  10. Syarat itu turut menyebut, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
  11. Selain itu, perlembagaan negeri Johor juga tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.
  12. Tulisan itu juga menyatakan, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.
  13. Dalam pada itu, jelas Dr Ramlah, di dalam sistem kerajaan negeri, Sultan Ibrahim merupakan pemerintah tertinggi dan kuasa pentadbiran harian diserahkan kepada pembesar yang dilantik.
  14. Dr Ramlah turut merujuk beberapa insiden melibatkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak mempedulikan amaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malahan menuduh Tengku Mahkota Johor itu bersalah dalam 'krisis' panas di antara mereka.
  15. "Nazri seharusnya lebih teliti, tidak payah cabar mencabar seperti apa yang berlaku kini. Dia kena ingat kuasa pemimpin politik tertakluk kepada Sultan. Malu kita tengok perselisihan begini," ujarnya.
  16. Tengku Mahkota Johor, Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini dilaporkan memuat naik satu status berkaitan #Nothing2Hide di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir pada majlis berkenaan.
  17. Status itu mengundang teguran daripada Nazri yang 'menasihatkan' Tunku Ismail agar menjauhkan diri daripada politik.
  18. Persoalan sekarang ialah mengapa tidak ada sebarang usaha dilakukan oleh Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor untuk menjernihkan suasana yang semakin menggerunkan ini?
  19. Setidak-tidaknya mulakan dengan permohonan maaf menteri dan pihak yang berkaitan kepada institusi istana Johor.


Tuesday, 16 June 2015

Defining and redefining Malay


  1. WHO or what is a Malay? Every now and then, and especially now when Arabisation is creeping in, the answer to that question could vary and provocatively stir up debate.
  2. Just like last week, when it was said at a forum in Petaling Jaya, which discussed Melayu dan makna-maknanya (Malay and its meanings), that there was a worrying tendency to dump a person out of the “club” for thoughts deemed too liberal and even for political reasons.
  3. That may be ridiculous, but at the same time, it underlines a common trait of Malays today of having a siege mentality, which happens to be one of the swift answers I got when I threw a “What is a Melayu?” question to a group of people through social media recently.
  4. It is quite strange, come to think of it, that many people place  importance in the description and definition of a Malay, since there is none of the sort for, say, an Englishman or a Javanese or a Bugis, other than for the broad purpose connected to nationality.
  5. I suppose the whole Malay thing revolves around the Federal Constitution, which, in establishing provisions for special privileges of Bumiputeras under Article 153, spells out the definition of a Malay under Article 160: A person born in the Federation, or of a parent who is a Malaysian citizen, who professes to be a Muslim, habitually speaks the Malay language, adheres to Malay customs and is domiciled in Malaysia.
  6. Therefore, controversial lecturer Professor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah is, by definition, a Malay, though he was born Chinese. I was not at last week’s forum organised by Projek Dialog, but reports on the event came out with interesting thoughts by some of those who took part on not only who, but what, is a Malay.
  7. For instance, lawyer Syahredzan Johan said he was told in the past that because of his liberal views, he had betrayed Islam and Malays, and was, therefore, no longer Malay. He said there was a general feeling that all Malays should conform to an official set of characteristics to be called Malay.
  8. But, who has the right to decide whether a person is more Malay or less Malay? “We do not have that right,” Syahredzan said, “because to define what is Malay is something that is very difficult.” How right.
  9. According to DAP’s Dyana Sofya Mohd Daud, a Malay with liberal thinking or who is secular does not make him less of a Malay. Similarly, those influenced by Arabic and Western culture.
  10. But, I still remember what was said at the Umno general assembly 10 years ago, when Tun Abdullah Ahmad Badawi, who had just become prime minister, gave a sobering reflection on the subject in his adjournment speech, saying Malays were religious, but tended to resign themselves too much to fate and could be very superstitious.
  11. “They believe in Islam,” he said, “but they also believe in ghosts and other nonsensical things, helped by some Malay newspapers that play up stories about five-legged cats and three-legged chickens, which they believe bring good luck.
  12. “They believe in ghosts and seek the help of spirits to achieve something. This even happened in the Umno elections. I have been told that some Umno members went up north looking for something. Don’t do that, it’s not wise.”
  13. Abdullah then referred to Frank Swettenham, the British colonial governor at the end of the 19th century, who had given a penetrating rundown of what is a Malay in his book,  The Real Malay. Among the many amusing things in the book is the observation that a Malay “is fond of borrowing money and very slow in repaying it. He takes an interest in the affairs of his neighbours and is consequently a gossip”.
  14. Yes, that still holds some truth till today, as study loans remain unpaid and even athletes’ attire becomes a talking point. Of course, Swettenham’s views could be dismissed as a mere evaluation applicable to that time by a foreigner.
  15. But, the British official was known to be very perceptive, apart from having very close relations with the locals when he was in the Malay states for more than 30 years.
  16. However, the passing of time certainly has had an effect on many aspects of Malay-ness. For instance, some families nowadays are so Anglophile, they speak with a stiff upper lip, spend a lot of time in England, have tea with scones and exchange presents on Christmas.
  17. Arabic influence plays its part as well, and this has led to the death of some common features of Malay practices. The bersanding at weddings is slowly being phased out and so is the joget dance.
  18. The kebaya is being replaced by the jubah. And the greetings? As the fasting month begins, it is no longer  selamat berpuasa,  but Ramadan al-Mubarak,   and not buka puasa, but iftar Ramadan. Even the good old `selamat pagi' is being slowly taken over by assalamualaikum. – By Syed Nazri


Istana menasihat bukan berpolitik


  1. Dengan hanya berpadukan Deklarasi London 1957 bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh mencampuri urusan politik, segelintir pihak beranggapan bahawa istana juga tidak boleh menasihati kerajaan dalam apa cara sekalipun. Itu persepsi dangkal dan dungu.
  2. Berbekalkan persepsi ini Datuk Seri Nazri Aziz telah memukul gong untuk memulakan `permusuhan’ dengan institusi istana, kebetulan pula Johor telah dipilih sebagai tapak awal untuk dijadikan medan tempur.
  3. Nazri menyebut bahawa niatnya ialah mahu mempertahan maruah Perdana Menteri daripada terus diherdik umum.
  4. Walaupun sedar bahawa status institusi istana diletakkan pada tahap yang tertinggi dan khusus, namun beliau menggunakan Deklarasi London 1957 sebagai sandaran dungunya untuk berhujah.
  5. Dengan selamba beliau menggertak Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar jangan campur urusan politik negara atau kena bersedia untuk dibelasah.
  6. Mungkin Nazri menyesal kerana terlepas cakap. Tapi sukar baginya untuk memohon maaf kepada TMJ dan institusi istana.
  7. Lalu beliau tiba-tiba mempersoal kewibawaan PDRM yang menyoalsiasat beliau sedangkan dia berbuat demikian untuk mempertahan Perdana Menteri.
  8. Atau mungkin juga beliau diarah datau diminta Perdana Menteri supaya menegur istana, terutama TMJ yang kini popular dan agresif dalam industri sukan tanahair.
  9. Apapun `nasi sudah menjadi bubur'. Lalu TMJ terpaksa menegur sekali lagi kepada semua menteri Persekutuan termasuk Nazri yang dungu itu.
  10. Baginda telah bertitah panjang lebar dengan menjelaskan tugasnya sebagai kerabat diraja Johor untuk menasihati kerajaan dan rakyat.
  11. Titah baginda sengaja dipaparkan dalam Facebook untuk tatapan rakyat jelata tanpa boleh di`spin' atau tokok tambah oleh mana-mana pihak terutama media yang mendukung kepimpinan Perdana Menteri.
  12. Susulan itu juga, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitiah bahawa Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara. baginda bertitah bahawa Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.
  13. Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya.
  14. “Beta mengimbas kembali pada kesempatan ini beberapa perkara untuk kita renungi. Pertama, Beta melafazkan persetujuan dengan apa yang disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beberapa hari yang lalu agar semua rakyat mengamalkan politik yang tidak berlebihan.
  15. “Amalan bersederhana dalam apa sahaja perkara wajarlah dijadikan pedoman sebab ia juga ajaran agama. Apapun jika dilakukan secara keterlaluan boleh membawa bencana,” titah baginda.
  16. Perutusan baginda dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia semalam kepada media rasmi.
  17. Dalam perutusan itu, Sultan Pahang juga merujuk kepada titah Sultan Johor Sultan Ibrahim yang menggesa agar kerajaan Persekutuan berunding dan melibatkan kerajaan negeri dalam sebarang rundingan dengan negara-negara lain di mana hak dan kepentingan negeri disentuh.
  18. “Kita perlulah sentiasa sedar dan ingat bahawa negara kita adalah negara Persekutuan iaitu yang berkongsi hak-hak dan tanggungjawab antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
  19.  “Kerjasama dan saling hormat-menghormati akan mewujudkan keharmonian pemerintahan di kedua-dua peringkat negara dan negeri bagi kebaikan dan kebajikan rakyat jua akhirnya,” titah baginda.
  20. Sultan Ahmad Shah turut memetik titah ucapan Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang menganjurkan agar peranan Majlis Raja-raja dimanfaatkan sebagai satu platform tunggal yang berkesan menemukan institusi Raja-raja dengan institusi rakyat tanpa mengira fahaman politik.
  21. Sebagai contoh, Raja-raja bersidang dan Menteri Besar atau Ketua Menteri turut hadir sebagai penasihat rasmi kepada Raja-raja.
  22. Sistem begini adalah unik dan wajar digunakan sebagai penampung kepada peranan dan tanggungjawab Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Persekutuan, titah baginda.
  23. Demikianlah perutusan Sultan Pahang yang sudahpun diketahui oleh semua menteri termasuk Nazri. Peliknya setelah faham dengan perutusan Sultan Pahang, Nazri tetap mahu berperang dengan istana. Mengapa? Kita tunggu apa dia jawab selepas ini dan apakah dia akan minta maaf kepada TMJ.
  24. Apa yang jelas ialah isu Nazri ini sudah menjadi kecoh di Johor. Setakat ini lebih 50 aduan telah dibuat bagi mendesak PDRM mengambil tindakan keras terhadap Nazri walaupun beliau bergelar menteri.
  25. Apa yang nyata rakyat Johor melihat Nazri telah merosakkan hubungan istana dengan kerajaan dan tidak kurang jga mengesyakki Nazri merupakan antara beberapa petualang UMNO dan BN yang nak sangat menjatuhkan institusi istana.
  26. Apa yang menakutkan, ada kalangan Melayu menyifatkan Nazri adalah ejen DAP dalam UMNO. Lalu orang-orang seperti Nazri perlu disingkirkan sepertimana pembersihan yang dilakukan oleh ulama PAS baru-baru ini.
  27. Apa yang pasti ialah, isu pergeseran kerajaan dan istana Johor tidak akan berakhir di hujung perkataan maaf Nazri (kalau dia mahu minta maaf). Ia merupakan permulaan yang dicetuskan oleh Nazri dan pasti berlarutan untuks atu tempoh yang lama.
  28. Hayatilah titah TMJ pada perenggan terakhir: “Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.”

Monday, 15 June 2015

Nazri musnahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO

  1. Menteri yang memilik latarbelakang pendidikan perundangan seperti Datuk Seri Nazri Aziz semestinya sudah mencongak `untung rugi’ sebelum melontar sebarang kenyataan awam.
  2. Veteran UMNO ini jarang bertingkah hujah di khalayak ramai kecuali apabila keadaan terdesak atau diarahkan oleh pihak tertentu.
  3. Umpamanya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri, Nazri hentam Tun M dengan bahasa paling kasar yang belum pernah digunakan oleh mana-mana menteri kanan.
  4. Kini Nazri sudah jemu untuk mengulangi penghinaan ke atas Tun M kerana bagi Nazri, bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun itu sudah tidak lagi penting untuk diperkatakan.
  5. Lalu beliau mahu bersilat di dalam gelanggang yang lebih mencabar. Dikatakan beliau telah menghina dan memberi amaran kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
  6. Pastinya beliau sedar impaknya cukup besar dan seluruh rakyat Malaysia kini menumpukan pandangan ke arah Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak yang kelihatan dungu itu.
  7. Sebagai peguam dan menteri, Nazri dikatakan telah menghina dan mengugut TMJ dalam keadaan waras dan bukan panas baran. Dia sudah ada `kira-kira untung rugi’ sebelum mengkritik dan menghina putera Sultan Johor itu.
  8. Selepas menghina secara membuta tuli, beliau tidak langsung menunjukkan semangat untuk memohon maaf kepada TMJ, malahan mendakwa bahawa tidak akan ada keadilan apabila beliau mengkritik kerabat diraja.
  9. Seperti orang tidak siuman, Nazri pula menuduh PDRM tidak bersikap adil kerana menyiasatnya sedangkan beliau bertindak biadap kepada TMJ kerana mahu mempertahankan Perdana Menteri.
  10. Dengan sombong Nazri menyebut beliau seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang.
  11. Nazri berkata semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
  12. “Apabila TMJ serang Datuk Seri Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.
  13. “Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” katanya.
  14. Sebelum itu Nazri membidas TMJ kerana mengkritik Najib yang tidak hadir forum “Nothing to Hide” bagi merungkai isu 1MDB.
  15. Berkaitan isu itu, TMJ menulis di laman Facebook Johor Southern Tigers: “Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk “Nothing2Hide” dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul.”
  16. “Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” tulis baginda pada posting Facebook bertarikh 5 Jun.
  17. Nazri kemudiannya memberitahu TMJ  supaya “menjauhi politik” jika tidak mahu “dibelasah”, lapor akhbar The Star Online.
  18. “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan ‘whack’ (belasah) beliau,” beliau dipetik berkata.
  19. Ekoran itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya menyoal siasat Nazri mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya yang memberi amaran kepada TMJ.
  20. Kebiadapan Nazri terhadap institusi istana telah menyebabkan seluruh kabinet kerajaan UMNO terpalit sama yang akhirnya semakin dibenci umum.
  21. Keadaan semakin parah apabila TMJ murka dan membuat kenyataan panjang lebar mengenai insiden kedunguan Nazri.
  22. Baginda bertitah, seseorang menteri bukannya tuhan daripada syurga yang tidak boleh ditegur. Tunku Ismail mempertahan tindakannya menegur Perdana Menteri mengenai 1MDB atas dasar diri baginda sebagai pemimpin rakyat Johor dan Malaysia.
  23. "Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat," titah baginda dalam kenyataan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
  24. "Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur."
  25. Titah baginda, tidak seperti menteri dan ahli politik, baginda tidak menjalankan suruhan seperti boneka dan hanya bertanggungjawab kepada Allah.
  26. Baginda juga berkata, negara memerlukan ahli politik yang bersih, telus, dan menjalankan tanggungjawab dengan keikhlasan dan integriti.
  27. "Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.
  28. "Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," titah baginda.
  29. Titah TMJ itu mempunyai maksud yang dalam dan perlu ditafsir dengan halus oleh Perdana Menteri dan kabinetnya.
  30. Kebiadapan Nazri sebenarnya merugikan negara dan telah melunturkan kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan UMNO.
  31. Nazri bersilat tetapi di gelanggang yang salah. Akibatnya kerajaan Persekutuan dan UMNO bakal menanggung padah.
  32. Sementara itu kebanyakan suara dari Johor berpesan jika politik bergoncang dari selatan tanah air, ia merupakan satu petanda buruk kepada kerajaan Persekutuan.
  33. Untuk itu Perdana Menteri perlu menyelesaikan isu Nazri dan TMJ dengan pantas atau negara bakal menerima musibahnya nanti.

Friday, 12 June 2015

Jom sekat projek rasuah bangsa Cina

  1. RMK11 cenderung memperkasa kepentingan Melayu dan bumiputera terutama penduduk luar bandar.
  2. Menyedari hal itu bangsa Cina telah mengambil pelbagai langkah baru untuk memastikan Melayu terus ketinggalan dalam ekonomi.
  3. Ini kerana kerajaan mungkin terlupa atau terlepas pandang untuk membentuk beberapa dasar bagi membenteng bangsa Cina melakukan sabotaj ekonomi terhadap bangsa Melayu dan negara.
  4. Bangsa Cina sebenarnya tidak memerlukan dasar sokongan daripada kerajaan. Yang penting sistem ekonomi Malaysia terus terbuka dan mereka pasti menang dalam apa jua persaingan kerana memiliki lautan DUIT.
  5. Dengan limpahan duit, bangsa Cina mampu merebut semua projek mega yang ditawarkan oleh kerajaan, termasuk merasuah kakitangan kerajaan dari peringkat kerani hingga ke peringkat menteri.
  6. Ironinya bangsa Cina menggunakan DAP dan PKR untuk menyerang kerajaan UMNO dan BN yang dilabel sebagai penerima rasuah paling cergas di dunia. Cina MCA dan Gerakan senyap dalam bab rasuah yang membabitkan bangsa mereka.
  7. Hakikatnya merekalah (bangsa Cina) yang sebenarnya menjuarai rasuah di Malaysia sejak era awal kemerdekaan dengan mengumpan DUIT kerana menyedari kerajaan dan bangsa Melayu miskin.
  8. Kini sudah sampai masanya kerajaan berbuat sesuatu untuk menghalang projek memberi rasuah yag sering dilakukan di kalangan bangsa Cina.
  9. Untuk itu cadangan SPRM agar kerajaan menggubal akta bagi menghalang aktiviti penjualan tender oleh kontraktor Melayu dan Bumiputera kepada pihak ketiga (Cina, India dan bangsa asing).
  10. Tindakan menjual tender perlu dijadikan satu kesalahan jenayah memandangkan perbuatan tersebut menyebabkan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputera gagal dicapai.
  11. Jika tidak dibendung, tindakan kontraktor tersebut yang dilabel sebagai musuh negara akan turut menjadi penghalang kepada peluang generasi muda yang berminat atau mahu belajar dalam bidang berkenaan.
  12. Sudah sampai masanya anak Melayu yang merosakkan nama bangsanya dengan menjual 100 peratus kontrak yang diberikan perlu dihukum di bawah undang-undang ini.
  13. Kalau seorang anak Melayu betul-betul menjalankan konsesi balak, akan terbina kilang papan orang Melayu, akan lahir kilang perabot Melayu.
  14. Malangnya anak Melayu yang mendapat konsesi balak lebih suka menerima rasuah dan menyerahkan projek itu kepada bangsa Cina.
  15. Itu baru kisah balak. Bagaimana dengan tender bina bangunan, jalanraya, jambatan, LRT, MRT, lapangan terbang, lebarkan sungai dan lain-lain kemudahan awam?
  16. SPRM turut mencadangkan Akta 694 diperkasakan dengan menambah peruntukan liabiliti korporat sebagai langkah kawalan dalaman bagi mencegah pekerja melakukan kesalahan rasuah demi manfaat institusi korporat.

Wednesday, 10 June 2015

PAS mahu jadi king maker bersama UMNO


  1. Kepimpinan PAS sedang bersiap sedia menjadikan parti itu sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.
  2. Ia mahu menjadi satu gerakan Islam yang lebih terbuka dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahat rakyat.
  3. Untuk itu seluruh ahli PAS diseru merapatkan ukhuwah dan memperkukuh iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru.
  4. Dalam bahasa politik, PAS mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu mahu menjadi pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia.
  5. Ini bererti PAS tidak lagi mahu berfungsi sebagai `pak turut’ seperti yang pernah dialami ketika bersama Pakatan Rakyat terutama parti kafir yang sombong dan diktator seperti DAP.
  6. Ramai pemimpin PAS dikatakan yakin dengan bahawa parti itu kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.
  7. Saf kepimpinan PAS yang baru diharapkan memiliki iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam.
  8. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.
  9. Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi parti untuk kembali ke landasan sebenar.
  10. Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada pada landasan yang betul termasuk kesediaan parti Islam itu menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti.
  11. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.
  12. Parti itu semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak.
  13. Ia semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini.
  14. Saf kepimpinan baru PAS didominasi golongan ulama tetapi pada masa yang sama didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains, teknologi dan perundangan.
  15. Keyakinan PAS untuk menjadi king maker politik pada masa depan merupakan satu lagi indikasi ke arah kerjasama professional dengan kerajaan BN yang didominasi oleh bangsa Melayu Islam UMNO.
  16. Biarpun ramai ahli PAS tidak ingin berpakat dengan UMNO, tetapi selepas melihat bagaimana DAP melayan mereka seumpama haiwan, maka parti Islam itu lebih berhati-hati bekerjasama dengan kafir.
  17. Jika PAS berkerjasama dengan BN, mereka tidak akan menerima beban tekanan langsung dari parti anti hudud seperti MCA, Gerakan dan MIC.
  18. Ini kerana UMNO adalah parti teras BN dan pasti akan bersama PAS dalam  memartabatkan Islam di Malaysia.
  19. UMNO tidak sezalim firaun adalah antara kata petunjuk Presiden PAS yang memberi indikasi bahawa kerjasama bangsa Melayu tidak boleh terputus kerana mereka tetap mengadap kiblat yang sama.
  20. Berbeza dengan DAP yang tiada berkiblat, ketika berdepan dengan isu Islam, DAP akan melaungkan hak dan kebebasan sejagat sebagaimana yang tercatat dalam piagam kafir antarabangsa.
  21. DAP, MCA, Gerakan tetap bersama walaupun berlainan pakaian. Sayangnya PAS dan UMNO tidak mahu bersama biarpun mengadap kiblat yang sama.
  22. Seribu sebab telah dilontarkan bagi memisahkan UMNO dan PAS sejak merdeka. Semua sebab musabab itu diulang siar oleh ejen perpecahan dalam DAP, MCA dan Gerakan bagi memastikan UMNO dan PAS sentiasa menjarakkan diri dalam segala hal.
  23. Contoh paling ketara, Mat Sabu dibayar oleh DAP Pulau Pinang dengan gaji bulanan yang lumayan untuk terus berkhutbah ke seluruh Malaysia bagi menanam kebencian umat Islam terhadap UMNO.
  24. Nasib baik PAS berjaya merawat penyakit dalam parti. Kini PAS sudah tiada nanah dan kudis. Sebab itu perjuangan memartabatkan Islam secara bersama dengan parti Melayu lain di Malaysia kembali diberi penekanan.
  25. Namun persoalannya, apakah PAS mampu menjadi `king maker’ jika kembali `berduet’ dengan UMNO? Kita lihat senario seterusnya nanti.