Wednesday, 13 May 2015

Agenda pecat Isa Samad (bahagian 1)


  1. Luluh hati peneroka dan anak-anak FELDA apabila melihat saham FGV merudum dari RM4.55 ketika disenaraikan kini hanya RM2.07 seunit sahaja.
  2. Sepanjang kejatuhan harga sejak dua tahun lalu, tiada siapa sudi melayan kegundahan hati 3.5 juta keluarga FELDA.
  3. Keluhan hati berbalam di celahan pokok sawit dan getah. Bila diajukan remuk redam itu pada insan yang sudi mendengar, tiba-tiba bergegar tiang seri pentadbiran FELDA yang kemudiannya menuduh ada pihak sakit hati dan mahu meracuni minda peneroka.
  4. Namun tika hati peneroka sedang gundah gulana, di mana wakil-wakil FELDA atau menteri datang mendamaikan hati yang gelisah? Di mana kelibat Tan Sri Isa Samad yang sepatutnya datang ke semua FELDA untuk mententeramkan jiwa yang sedang lara.
  5. Apakah agaknya detik hati Isa pada ketika ini dan saat ini pabila melihat harga saham FGV merudum dari sehari ke sehari.
  6. Oleh kerana suasana senyap sunyi, maka peneroka mengambil keputusan meluahkan perasaan di dada media sosial yang penuh kontroversi.
  7. Akhirnya seorang insan yang dikenali sebagai Mohd Nasaie Ismail muncul untuk menulis kepada kerajaan dengan jodolnya `Pecat Isa Samad Siri Satu’.
  8. Esok saya akan tulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA.
  9. Datuk Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Datuk Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
  10. KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji.
  11. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
  12. Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.
  13. Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada. 
  14. Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan.
  15. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa dan ahli politik katak yang melompat dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Tunggu satu persatu akan didedah.
  16. Isa. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang naib presiden Umno. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA.
  17. Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi batalkan penyenaraian FELDA di zamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup. Bersambung...


No comments:

Post a Comment